BENDA pertama yang Ellia lihat sebaik mencelikkan mata ialah lampu di sisi katil yang terpasang dengan keadaan cahayanya separa malap. Dia termenung sejenak, memikirkan lampu itu yang sengaja dia biarkan terpasang sepanjang malam tadi. Halus dia melepaskan keluhannya. Tabiat yang terlalu sukar untuk dia lepaskan...
Nyatanya, selepas didiagnosis menghidapi kemurungan, Ellia kerap berdepan masalah insomnia. Sulit untuk tidur pada malam hari, jadi dia terbiasa berjaga sehingga mentari pagi menjelma.
Bimbang masalah insomnia itu akan membocorkan penyakit yang dihidapinya, dia mencari ikhtiar sendiri bagaimana untuk menanganinya. Bermacam-macam kaedah dicuba, akhirnya dia mendapati satu yang sesuai dengan dirinya, iaitu membiarkan lampu terpasang mengiringi tidurnya.
Jujur cakap, Ellia bukannya tidak mengantuk pada waktu malam. Sebaliknya, dia tidak inginโ Ah, ralat! Akalnya yang menolak untuk mengizinkan dirinya berada dalam kegelapan ketika tidur. Masalah ini, Ellia hanya dapat mengecamnya setelah mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah insomnianya.
Entah disebabkan suasana mindanya yang sudah sedia gelap atau ada hal lain, namun keadaan gelap sememangnya memburukkan kondisi kesihatan mental Ellia... Apabila berada dalam kegelapan, dia akan semakin kerap mendengar suara-suara nyaring dalam benaknya. Hal inilah yang mengakibatkan dia menderita dengan masalah insomnia... Kerana dia, Sofie Gracellia, tidak mampu tidur dalam gelap.
Dalam kegelapan, Ellia pernah merasakan bagaimana dirinya dicekik oleh bayangan akalnya sendiri. Bagaimana dia hampir kehilangan nafasnya ketika tidur tanpa bertemankan cahaya... Pengalaman yang jauh daripada perkataan manis itu sungguh memberi impak kepada karakternya.
Kesannya, bilamana dia mendapati bahawa sedikit cahaya daripada lampu malam atau lampu tidur mampu memberikan dia ketenangan dan mengizinkan dia untuk berehat dengan damai, tabiat membiarkan lampu terpasang sepanjang malam itu menjadi berakar umbi dalam dirinya. Awalnya, memang tidak dinafikan ada ketidakselesaan yang menjalar di sanubari bila cahaya lampu sedikit sebanyak mendera mata yang memerlukan rehat... Akan tetapi, seiring berjalannya waktu, dia mula merasakan cahaya lampu itu ibarat peneman yang membenarkan masa rehatnya menjadi lebih baik, tenang dan teratur.
Hasilnya, walaupun kondisi mentalnya kian membaik kala ini, dia tetap meneruskan tabiatnya itu tanpa rasa berat hati.
Just as the saying goes, habits die hard.
Seusai mengubah postur baringnya kepada duduk tegak, Ellia kemudian membuat beberapa regangan ringan untuk keselesaan sendi-sendinya. Melirik sekilas ke arah jam dinding, dia lalu membuat pelan pantas dalam benaknya.
Jam baru menunjukkan pukul 5.00 pagi, perlawanan rasmi untuk pemilihan PQ of VRS yang baharu atau sebutan formalnya, IGCC VRS Queen Selection pula akan bermula pada pukul 9.00 nanti... Tolak beberapa ketika daripada jumlah masa yang ada sebelum perlawanan itu bermula, dia mempunyai lebih kurang dua jam lebih lagi untuk berlatih dalam VRS.
Siap merangka rancangannya, Ellia bingkas bangkit dari katil lalu pergi membersihkan dirinya. Langsung tidak berlengah, dia bertindak sepenuhnya mengikut rancangan yang dia sediakan dalam mindanya.
Dua jam setengah... Hanya dalam tempoh ini sahaja dia masih berpeluang untuk mempersiapkan diri sebelum pertempuran yang sesungguhnya dimulakan. Jadi, dia sama sekali tidak boleh leka dan membuang masa!
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Tepat pukul 8.15 pagi, sesuai dengan rencana asalnya, Ellia sudah pun bersiap sepenuhnya. Pakaian yang dipakainya cukup santai namun membawa vibe budak jalanan. Secara jelasnya, pakaiannya kali ini bukan jenis pakaian yang umum dia kenakan pada hari-hari biasa. Akan tetapi, demi mengelakkan dirinya dikenali sebagai ahli keluarga Lawrence dan Jennings, dia perlu mengubah gaya pemakaiannya. Lagi pula, Blake dan Sapphire menegaskan supaya dia tidak mendedahkan identitinya kepada publik.
Alasannya? Tentulah sebab mereka tidak mahu menanggung malu kalau-kalau dia kalah dalam IGCC VRS Queen Selection itu nanti.
Tetapi jangan salah faham, Ellia bukannya mengubah gaya pemakaiannya itu semata-mata untuk memuaskan hati mereka berdua. Sebaliknya, dia berbuat sedemikian untuk dirinya sendiri juga. Walaupun tanpa penegasan grandma dan grandpanya, dia sebenarnya tetap tidak akan mendedahkan identitinya sebagai Sofie Gracellia. Dia mahu dikenali sebagai Siea, bukan sebagai Sofie Gracellia. Dia ingin semua orang mengakui kebolehannya, dan bukannya menilai dirinya berdasarkan nama keluarganya.
Mengapa? Adakah kerana dia tidak dapat menerima cemuhan orang lain? Sesungguhnya tidak, Ellia bukan lagi selemah itu. Dia sudah boleh menghadapi kata-kata sinis orang lain dengan lebih baik pada masa ini. Sakit hati itu memang tidak boleh dielakkan, namun untuk mentalnya terluka, hal itu tidak mungkin. Belajar daripada masa lalu, Ellia bertatih sendiri menguatkan mentalnya. Dan kini, dia percaya dirinya mampu berdiri megah waima dihentam pelbagai aksara kata yang pahit untuk didengar dan diterima sukma.
Sebab sebenar dia enggan mendedahkan identitinya sebagai Sofie Gracellia ialah dia mahu mendapatkan pengiktirafan sepenuhnya berdasarkan kelayakan dan pencapaian peribadinya. Jika dia benar-benar berhak mendapat sebarang gelaran, Ellia yakin gelaran itu akan datang tanpa perlu nama keluarganya dibangkitkan.
Melorek senyum sambil matanya tegak memanah cermin, dia memberi semangat dalam diam kepada diri sendiri. Dia pasti boleh melakukannya!
Tok! Tok! Tok!
"Kakak?"
Suara Sun yang menjengah telinga membuatkan Ellia mengalih pandang ke arah pintu yang tertutup rapat itu. Usai memastikan pakaiannya kemas, dia perlahan-lahan mengatur langkah menghampiri pintu lalu membukanya.
Sun yang baru mahu mengetuk pintu itu lagi sedikit terkejut apabila pintu tersebut tiba-tiba dibuka dari dalam. Lagi bertambah terperanjat dia tatkala mata menangkap rupa luar kebiasaan sang kakak yang selama ini bahkan tidak pernah terbayang di akalnya.
"Sun?" Ellia melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Sun dengan dahi yang berkerut. Kenapa pula adiknya ini mengkhayal pagi-pagi buta begini?
"Huh?"
Sun langsung menampar-nampar kecil pipinya, memaksa dirinya balik ke realiti sepenuhnya. Liur ditelan payah sambil mata mengimbas penampilan Ellia dari bawah ke atas. Tidak semena-mena, tangan kanannya naik menyentuh dahi Ellia sementara tangan kirinya dibawa ke dahi sendiri.
Sedetik kemudian, dia menghela nafas lega lalu menjatuhkan kedua-dua belah tangannya ke sisi tubuh. Suhu badan normal... Jadi, apa masalahnya? Matanya lantas membulat. Jangan-janganโ
Tapp!
"Auchhh!" Segera Sun mengusap-usap dahinya yang baru dijentik Ellia. Cerlungan mata penuh rasa tidak puas hati ditujukan kepada kakaknya itu. "Sakitlah! Kakak ni..."
"Padan muka. Pagi-pagi lagi dah buat orang geram... Sun fikir apa pasal kakak? Sun fikir kakak sakit? Atau Sun fikir kakak kena rasuk?" Geram Ellia bersuara.
Sun terkulat-kulat seketika di hadapan kakaknya yang sedang menahan geram itu. Namun disebabkan dia tidak ingin beralah begitu sahaja, dia mengawal diri dan membalas tatapan Ellia dengan tajam.
"Kakaklah puncanya... Kenapa tiba-tiba pakai pakaian macam ni? It's so not your style. Sun hairanlah... Is it my fault that I care about you?"
Ellia menggeleng-gelengkan kepala mendengar nada Sun yang kedengaran macam mangsa keadaan itu. Kalau cakap pasal pakar play victim, nama Susan Haelynn memang tidak mungkin tidak disebut. Lihatlah wajahnya yang menarik simpati, dan dengarlah nadanya yang penuh kasihan... Sukar sekali untuk orang tidak terpedaya dengan fiilnya itu.
"Kakak tak nak kena cam oleh sesiapa, so I changed my usual style of appearance. Seeing your expression, kakak jadi ragu pula nak pakai pakaian ni. Is it bad on me? Do I not look good? I must be a weirdo wearing this clothes..." Riak penuh tertekan nyata tergambar di bingkai wajah Ellia. Keluhan perlahan lantas terdengar.
Melihatkan ekspresi wajah itu, Sun jadi panik dibuatnya. Ah, sudah! Dia sudah berjanji dengan diri sendiri yang hati dan mental kakaknya mesti dijaga rapi olehnya. Apa yang dia sudah lakukan? Kakaknya tidak akan berfikir hal yang tidak elok tentang diri sendiri, bukan?
"No, no, no... Kakak, dengar cakap Sun, okey? Sun cuma terkejut dan hairan aje tengok kakak pakai macam ni. You look good in it, trust me. Sun aje yang tak biasa nampak kakak dalam pakaian dengan gaya macam ni... But it's all because of the feeling of unfamiliarity, and not because you don't look good in it."
Cepat sahaja lidah Sun mengatur bicara memujuk. Fuh, nasib baik dia biasa berdebat! Ayat-ayat yang ingin dituturkan itu pun langsung datang dengan sendirinya memenuhi akal sebaik dia membuka mulut. Lidahnya yang fleksibel pula membantu dia bertutur dengan baik dan jelas. Jadi, tidaklah dia tergigit lidah walaupun bicaranya diuntaikan dengan kadar yang cukup laju.
Raut wajah Ellia berubah cerah semula. Tetapi, matanya masih lagi menampakkan sinar keraguan. "Betul ni?" tanyanya, ingin mendapatkan kepastian.
"Yes, tak tipu! Sekarang, kakak kena turun bawah dengan Sun... Semua orang tengah tunggu kakak." Sun tersenyum manis lalu merangkul lengan Ellia.
Mendapatkan kepastian yang diinginkan, pudar jua keraguan Ellia tentang ketidaksesuaian dirinya memakai pakaian di tubuhnya tika ini. Dibiarkan sahaja Sun menariknya mengikuti langkah adiknya itu.
Sementara itu, di ruang legar tingkat bawah tempat CA, Crowner, Empire dan Rel berkumpul, satu notis pemberitahuan terbaharu di laman rasmi VRS Timeline IGCC mengejutkan mereka semua.
"What is this?"
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Beberapa minit kemudian, Ellia dan Sun tiba di tingkat bawah sambil berbual-bual tentang pelbagai hal. Apabila sampai ke tempat di mana semua orang berkumpul, mereka dihidangkan dengan suasana yang sangat gelap lagikan mendung.
"Kenapa ni?" Sun membuka bicara.
Menyedari kehadiran mereka berdua, semua orang yang ingin membuka mulut terkedu sebentar bilamana pandangan mereka jatuh pada Ellia. Terkebil-kebil mereka memandangnya.
"You... Are you Ellia?" CA menyoal, ingin memastikan yang dia tidak tersilap cam orang.
Ellia tersenyum kelat. "Yes, it's me."
"Wow... You... You look so different," tutur Hoshi dengan mata yang sedikit bersinar-sinar. Nampak sangat dia mengidolakan Ellia!
Tidak tahu mahu memberikan reaksi seperti apa, Ellia menggaru-garu pipinya. "Well..."
"Kakak mimpi apa sampai tiba-tiba tukar penampilan macam ni?" L bernada curiga.
"Kakak cuma tak nak kena cam orang ramai. So naturally, I have to change my usual style of appearance."
Alasan yang sama seperti yang diberitahukannya kepada Sun sebentar tadi Ellia gunakan semula. Tidak perlulah dia berbicara panjang lebar... Cukup sudah penerangan singkat itu untuk semua orang faham yang dia tidak ingin dikenali ramai. Mereka bukannya jenis orang yang suka 'menggali' semua perkara sehingga ke akar umbinya, jadi Ellia tidak risau yang mereka akan banyak bertanya mengenai perkara ini.
"It doesn't feel like your usual self, but... It suits you a lot. I like it," kata Airika. Tulus bait bicara itu hadir dari hatinya.
"Great disguise, I must say... Kau memang tahu apa benda yang kau nak buat, Ellia," tutur Claude dengan senyuman nipis. Jujur cakap dia agak kagum dengan Ellia yang punya cara dan idea tersendiri untuk menangani sebarang perkara yang dipanggil masalah dalam tangannya.
"Yeah, an unexpected change but... It's so nice." Hope tersenyum memandang Ellia. Terdetik dalam hatinya, bagaimana jika dia yang mengenakan gaya Ellia itu. Sesuai atau tidak?
Dan merangkul bahu Hope. Hidung gadis itu dicuitnya tanpa sebarang amaran. Kemudian, dia menundukkan tubuhnya sedikit sehingga mulutnya menyamai kedudukan telinga Hope. "Dear, don't you think about wearing this kind of clothes in public. Ramai orang akan pandang kau, dan aku tak nak diaorang ada fikiran yang tak elok pasal kau."
Memerah wajah Hope mendengar bisikan Dan itu. Nada sensual yang jelas terselit keinginan untuk melindungi dirinya itu membuatkan hatinya berbunga mekar dalam pada rasa malu memamah jiwanya.
Berlagak seakan dia tidak pernah mengatakan apa-apa kepada Hope, Dan lalu berdehem kecil. "I agreed... Kau nampak berbeza, but it's an exceptionally good different."
"Hontลni... Anata wa masani joล to yoba reru ni fusawashฤซ jinbutsudesu! (Seriously... You deserve to be called a queen!)" Yuki terkesima tatkala penampilan Ellia selesai diamatinya. Perubahan penampilannya itu benar-benar membuatkan auranya jauh lebih hidup daripada sebelum ini. Aura seorang ratu yang mampu menguasai seluruh empayar VRS dengan kemahiran yang ada pada dirinya.
"Vibe girl crush, stan youuu!"
Ingrid menaikkan dua ibu jarinya, tanda suka dengan perubahan penampilan Ellia. Jiwanya yang senang tertawan dengan gaya girl crush memang tertarik terhadap Ellia sekarang ini. Tertarik bukan sebab apa, tetapi kerana figura Ellia di hadapannya saat ini sesuai dengan gambaran watak girl crush yang baru-baru ini menjadi inspirasi lukisan animenya. Sebagai pelukis anime, dia sangat menghargai penampilan Ellia yang pada waktu ini terlihat sebagai bukti hidup watak yang hanya wujud dalam imaginasinya itu.
"Not bad, you don't look awkward in it," komen Zaire, tidak terlalu berlebihan. Raut wajahnya datar dan bersahaja, namun hanya dia yang tahu pemikirannya kala ini. Penampilan Ellia... Walaupun jelas berbeza, tetapi auranya hampir menyerupai CL. Aura yang menekan dan memukau orang lain malahan memperlihatkan kekuasaan di dalam dirinya tanpa gadis itu sendiri sedari.
"Kau memang neutral-looking... Apa-apa gaya pun kau boleh sesuaikan dengan diri kau. Really, you'd be perfect as a model." Alex yang selalunya jarang menunjukkan keterujaannya turut memandang Ellia dengan rasa takjub. 'Bintang' di matanya yang acapkali tersembunyi kini sedikit menonjolkan sinarnya.
"I agree, kau memang sesuai jadi model." CA berbicara dalam pada membayangkan Ellia menjadi muka depan majalah syarikatnya. Terbayang-bayang dia akan larisnya jualan produk syarikat jika Ellia menjadi model syarikatnya. Ah, tetapi hal itu tidak mungkin menjadi nyata! Seketika kemudian, dia melepaskan keluhan. "If only you're not... Never mind."
Menyambut semua kata-kata pujian daripada mereka, Ellia tertunduk malu. Namun bila dia menangkap rasa sayang dalam nada CA, tangannya diangkat menepuk-nepuk perlahan bahu gadis itu.
"Aside from me, bukan ke masih ada orang lain yang kau boleh recruit jadi model dekat sini?"
CA pantas memanggung kepala ke hadapan. "Who?"
"Well, Rel pun neutral-looking..."
Rel yang mendengar namanya disebut terus terpinga-pinga di posisinya. Apa kes pula nama dia yang diangkat oleh Ellia?
"Forget it. Rel tak boleh jadi model untuk aku."
"Kenapa pula?" Ellia bingung. Celah mana yang Rel kurang sifat untuk menjadi model?
"It's not that he doesn't have what I want. Cuma masalahnya sekarang ni... Rel terikat kontrak dengan VIS yang tak benarkan dia untuk terlibat dalam kontrak lain, not even a job contract."
Meskipun tidak menyangka dia akan terbabit dalam perbualan berkenaan 'model' antara dua gadis itu, Rel cukup terharu dengan kata-kata CA. Maksudnya, jika dia tidak ada kontrak dengan VIS, CA mungkin mempertimbangkan dirinya untuk menjadi model syarikat gadis itu. Bukankah itu bererti CA mengakui kebolehan modellingnya?Mengenangkan hal ini, hatinya terasa senang sekali.
To be acknowledged by others is an accomplishment that the soul would always wear with great pride.
"Oh..." Terangguk-angguk kepala Ellia.
"Mmm, maaf mencelah... Tapi, aku rasa korang dah terlupa something." Suara Eli yang akhirnya timbul menarik perhatian semua orang.
Menangkap aksi Eli yang menggoncang-goncangkan telefonnya, Sun yang tiada menyentuh telefon langsung sejak pagi tadi buru-buru mengeluarkan telefonnya dari kocek kardigannya. Berita apa yang dia terlepas?
Sejurus telefonnya berada dalam mod online, berduyun-duyun notification masuk daripada aplikasi VRS Timeline diterimanya. Tidak menunggu lama, satu notification announcement daripada pihak IGCC terus diketik. Skrin telefonnya kemudian menampilkan laman rasmi pihak IGCC di VRS Timeline beserta announcement mereka. Daripada riak hairan, ekspresinya berubah kepada riak tidak percaya dalam waktu sesaat cuma. Apakah?
Ellia yang diratah perasaan tertanya-tanya pantas sahaja melihat skrin telefon Sun. Sebaik membaca announcement pihak IGCC itu, dia yang awal tadi berseri wajah dek rasa senang hati kini berwajah datar. Matanya semakin bertona gelap seiring berjalannya waktu.
"El-Ellia..." Airika menggoyang kecil lengan sepupunya itu. Berdiri dekat dengan Ellia, dia rasa seram sejuk semacam. Itu yang sampai nada suaranya pun ikut bergetar memanggil nama Ellia.
"Err... Pihak VGC mungkin dah buat something. Ellia, kau jangan ambil hati... Benda niโ" Mati kata Hope tika tawa kecil Ellia kedengaran.
"Ambil hati? Untuk benda macam ni... Is it worthy of my concern?" Dingin nada Ellia bersuara. Matanya lalu ditebarkan memandang satu-persatu wajah di sekitarnya. Senyuman nipis dilorek. "Jangan risaulah, aku okey... I just feel bad untuk participants lain yang kena 'scam' macam aku. Dan aku rasa tak sedap hati pasal sesuatu."
Apabila Ellia berkata sedemikian, barulah semua orang rasa lega hati sedikit. Sekurang-kurangnya mereka tahu yang Ellia tidak ambil hati dengan perubahan aturan IGCC yang berlaku pada minit akhir itu.
CA memegang bahu kiri Ellia. "Kau jangan risau... Kitorang ada dengan kau. Aku, Rel, Crowner, Empire... And him. Kau takkan keseorangan walaupun kau ditimpa masalah sebab kitorang sentiasa dekat dengan kau."
"Aku tahu." Ellia menepuk-nepuk kekura tangan CA. Bibirnya masih setia dengan lengkung senyuman yang manis.
"Jadi, kita tak payah nak pergi sanalah, kan?" Rel menyoal, ingin tahu.
"Well, I think better ambil masa
You are reading the story above: TeenFic.Net