๐Ÿฌ๐Ÿต๐Ÿญ โ€ฃ ๐™๐™๐™š ๐˜ผ๐™›๐™ฉ๐™š๐™ง ๐™ค๐™› ๐™ฉ๐™๐™š ๐˜ฝ๐™–๐™ฉ๐™ฉ๐™ก๐™š

Background color
Font
Font size
Line height

PERASAAN senang yang menjengah ke laman dada tiba-tiba terusik tatkala Ellia teringat semula akan deal yang telah dipersetujuinya dengan CL sebelum ini. Deal itu... Bagaimana mereka patut meneruskannya sekarang ini?

"About our deal, memandangkan kita seri... Jadi, kita berdua patutnya ada hak yang sama rata."

Tidak perlu pun dia menyoal, jawapan langsung sahaja dihidangkan oleh CL. Musykil dia... Agak-agak ada kemungkinan tak yang CL itu mempunyai kebolehan telepati? Bukan apa, dia cuma rasa macam CL cepat sahaja mengetahui apa yang bermain dalam fikiran orang lain.

"Then, CL... Saya nak awak datang ke perlawanan rasmi nanti untuk tengok saya main."

Tanpa bertele-tele, Ellia lantas mengumumkan keinginan hatinya. Jelas betul apa yang dia cuba lakukan, bukan?

CL menghela nafas perlahan. Jika dia perlu jujur, maka dia akan mengatakan yang dia tidak rasa terkejut langsung dengan permintaan Ellia itu. Malah sebenarnya, dia sudah bersedia dengan sebarang permintaan Ellia yang akan membuat dirinya berada dalam keadaan sulit. Tidak hairanlah Ellia bersungguh-sungguh melawan dirinya ketika dalam arena Duel tadi... Nyatanya, ada hasrat yang ingin dia realisasikan.

"Okey. Aku akan datang, tapi hanya pada finale nanti, dan aku yang akan tetapkan macam mana penampilan aku bila aku datang masa tu."

Ellia terpegun. Keningnya hampir bercantum mendengar balasan CL itu. Tunggu... Ini tidak seperti yang dia bayangkan. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, suara CL terdengar lagi.

"Making your wish can only be once. Kau tak tetapkan syarat yang lebih spesifik untuk battle kita tadi, Sofie. Hence, you ain't having another moment of making a wish. So now, will you take it or leave it?"

Geram, Ellia mengetap giginya dengan penuh rasa tidak puas hati. Hei! Kenapa situasinya saat ini seperti senjata makan tuan? Bukan sepatutnya dia dapat kelebihan ke? Jadi, kenapa dia seolah lebih merasakan kehilangan daripada mendapatkan sesuatu?

"Take. It." Dua patah kata itu ditekan berat olehnya.

"Alright, then that's it. Sekarang, dah masanya untuk korang semua berehat... Terutamanya kau, lady. Kau ada appointment penting esok, jadi kau mesti dapat rehat yang cukup. Kepada korang semua, Rel, princess, Crowner dan... Empire, sorry sebab baru mention korang, tapi aku tak familiar sangat with you guys... Anyway, aku harap korang semua jaga diri baik-baik dan I wish you all many many good days ahead."

Ringan sahaja intonasi CL memberikan ucapan itu. Tidak berlebihan, dan tidak juga terlalu singkat. Hanya sekadar cukup belaka.

Empire yang akhirnya dimention terpaku sejenak waktu. Mereka bukannya sedang bermimpi, kan? CL, PK of VRS yang sangat dihormati itu memang ada mention mereka tadi... Betul tak?

"C-CL... Mention kita tadi, kan?"

Gagal menahan rasa terujanya, suara Zaire berbunyi kuat. Hanya apabila dirinya dicerlung tajam oleh ahli-ahli Empire yang lain, dia baru sedar yang dia terlupa mengawal nada suaranya. Memejamkan matanya, dia lantas menepuk mulut sendiri. Hesy, hilang cool dia di depan idolanya itu!

"Man, I don't even know how did I ended up having you who is... Ugh, well... With this kind of temperament, as a teammate," keluh Hoshi. Dari atas ke bawah, dia memandang Zaire dengan pandangan menghakimi.

"Mula dah, tak lama lagi nak bertinjulah dua orang ni nampaknya..." Ingrid memutarkan bola matanya. Muak sudah dia dengan keletah dua manusia yang bergelar teammatenya itu!

"Oh Lord, just please... Can we skip forward to the part where their fight is over?" Airika terus mengurut-urut pelipisnya. Akhir-akhir ini, Hoshi dan Zaire semakin aktif berperang sehingga dia pun naik pusing dibuatnya!

"Alright, cukuplah tu. Tak ada siapa yang nak tengok korang berlawan dekat sini... Ingat hebat apa kalau korang bertinju depan kitorang? Lagi tak nampak matang adalah," tempelak Claude, dingin ton suaranya.

"Perghh, Head Prefect is still a Head Prefect, full respect on you!"

CL bersuara lagi seusai mendengar suara Claude. Nada bekas classmatenya itu sama sekali tidak berubah... Tetap dingin dan tegas bilamana berhadapan dengan spesies manusia yang suka buat onar. Nada tersebut terlalu sebati untuk deria pendengarannya sampai-sampai dia boleh langsung mengecam identiti Claude sebaik satu perkataan meniti di mulut lelaki itu. Amboi, lain macam betul! Tetapi, memang ini kenyataan... Dan alasan mengapa CL begitu peka dengan nada itu adalah keranaโ”€

"Ah, yes... I'll return the same phrase to you as well. King Troublemaker is still a King Troublemaker. I highly respect you the most, CL." Claude, tidak terkesan dengan kata-kata CL yang berbunyi seperti sindiran itu, memulangkan balik paku buah keras kepadanya.

CL tertawa rendah. "Aku tak sempat jumpa kau hari tu... So sekarang, aku nak take a short moment untuk ucap terima kasih dekat kau sebab sudi jadi partner-in-crime aku masa tu."

Raut wajah Claude berkocak halus saat bicara CL itu dinoktahkan. Namun demikian, segera dia mengawal ekspresinya agar tidak ditangkap oleh sesiapa.

"I-Itu... Aku cuma buat apa yang patut... Kau, cakap elok-elok sikit. Aku bukan rakan subahat kau, okey? Macam yang aku cakap, akuโ”€"

"Ya, ya, ya, ya, ya... Dah banyak kali kau ulang benda tu, Claude Hesper. Tapi, aku rasa aku tetap berhutang terima kasih dekat kau. Dan jujur cakap, aku memang tak main-main bila aku kata kau Head Prefect terbaik yang pernah aku kenal di sekolah tu."

Kali ini, Claude tidak mampu membendung ekspresinya lagi. Wajahnya sungguh terasa berbahang, dan hujung puncak telinganya bertukar kemerah-merahan. Manis mulut CL ini... Kadangkala impaknya benar-benar tidak terduga skalanya!

CA, Crowner, ahli-ahli Empire yang lain dan Ellia lekas mencari wajah Rel. Masing-masing menjongket kening, mengirim rasa ingin tahu mereka terhadap lelaki itu dengan harapan diberikan pencerahan mengenai perkara dan hubungan antara CL dengan Claude.

Hasilnya? Rel cuma membuat pergerakan mengunci mulut lalu membuang satu kunci halimunan ke sembarangan arah, tanda bahawa dia akan merahsiakan hal itu. Disebabkan hal ini, dia merasa hampir tidak bernafas dek ditebuk tatapan maut mereka semua. Hei! Apa salah dia pula? Dia hanya menghormatโ”€ Ah, ralat! Bukan menghormati, tetapi menepati janjinya untuk tidak membuka kisah silam antara dua manusia itu. Janji itu dibuatnya suatu masa dahulu dengan CL dan Claude... Oleh itu, selagi mereka berdua tidak membuka mulut tentangnya, dia bertanggungjawab untuk mengawasi mulutnya sendiri daripada membocorkan kisah tersebut.

"Ehem... Well, aku pula rasa aku berhutang maaf dengan kau. Pasal aku tuduh kau meniru masa assessment tu, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak pernah expect... That a King Troublemaker would actually be granted with too many blessings from heaven."

Ha, sudah! Semakin haus jiwa-jiwa yang penasaran di ruangan itu untuk mengetahui kisah zaman sekolah CL dan Claude, tetapi tiada siapa yang dapat menghilangkan dahaga mereka. Rel pun satu... Setianya pada sebuah janji layak mendapat anugerah di pentas dunia! Janji dilayannya ibarat emas, emas yang terlalu berharga hingga harus disimpan dalam balang ketat agar tidak hilang.

"Nah-uh... Aku tak salahkan kau. Lagipun, siapa yang akan sangka seorang pembuat onar dekat sekolah boleh excel secara tiba-tiba on the assessment..." Ringan nada CL, membuktikan yang dia sudah membiarkan kejadian itu berlalu begitu sahaja. Yalah, pada dia, perkara itu tidaklah serius mana untuk mendorong dia mempunyai motif balas dendam.

"That's what I'm saying... You are just pampered with blessings, dan itu buatkan orang-orang mudah salah faham bila kau yang biasanya tunjuk macam kau tu tak ada sebarang kelebihan positif suddenly menyerlah showing your majestic side." Claude mencebikkan bibirnya. Nampak sangat tidak puas hati!

"Okey, I apologize to you too then. Untuk semua kesusahan kau disebabkan aku dan kesalahfahaman yang sempat jadi masa tu."

Claude menghembus nafasnya. "Okey, cukuplah tu... You and I, let's consider we are now even with each other."

Menyambut respons positif itu, CL tersenyum di hadapan skrin komputernya. Lunas juga akhirnya 'hutang' yang telah tertunggak selama beberapa tahun itu antara dirinya, si King Troublemaker dengan Claude, si Head Prefect!

"Alright, let everyone take a rest now. Sleep tight."

"Tunggu dulu," ujar Ellia, bernada keras.

CL yang telah bersedia untuk keluar dari arena Duel sekali gus mengakhiri sesi komunikasinya dengan pihak di seberang sana perlahan-lahan menjatuhkan tangannya ke sisi. Fuh, sipi-sipi betul! Andai kata suara Ellia muncul lewat sesaat sahaja lagi, pasti dia kini sudah keluar dari arena Duel tersebut.

"What's the matter?" soalnya, tidak terburu-buru dan tidak juga terlalu lambat. Tenang dan tersusun baik sebaris pertanyaan itu diajukan.

"Boleh... Boleh tak saya contact awak guna akaun awak ni after this?"

Lambat-lambat CL memberi jawapan. Bukannya apa, tetapi dia sebetulnya tidak ingin menyebabkan emosi Ellia terganggu. Sekurang-kurangnya, bukan buat tempoh ini. Sebarang perubahan emosi yang melanda gadis itu mungkin menjejaskan dirinya dalam battle yang akan disertainya nanti. Sumpah CL enggan mendatangkan masalah sedemikian buat Ellia!

"CL, don't just assume things on your own. You have to talk. Be honest."

Dengan intonasinya yang lembut tetapi diselubungi ketegasan itu, Ellia seolah cuba mendorong CL untuk keluar dari 'zon selamat'nya. Zon selamat? Ya, zon selamat yang CL anggap jika dia kekal terkurung di situ akan lebih memberi kebaikan kepada dirinya dan orang di sekitarnya. Walhal pada hakikatnya, zon selamat itu boleh jadi membinasakan berbanding menyelamatkan.

CL mengeluh perlahan. "Tak. I promised them I would only use this account once to battle with you, and then this account would be freeze again. Diaorang tengah monitor akaun aku ni, dan the moment I left this arena, aku takkan dapat aktifkan akaun ni lagi. Nombor yang aku guna untuk contact Rel pun takkan aktif lagi selepas ni..."

Pandangan Ellia bertukar dingin menatap layar skrin komputernya.

"So, you're going to disappear just like that... Again?"

Permulaannya diawali dengan nada yang kasar, dingin lagikan tidak berperasaan... Akan tetapi, hujungnya diakhiri dengan ton rendah yang terdengar teguh namun sebenarnya cukup lemah, bagaikan perlakuan menangis tetapi tanpa air mata mahupun esakan.

CL mengatupkan matanya. Bibir bawahnya digigit kecil sambil tangan kanannya mengepal penumbuk. Hatinya sudah terasa berat untuk menjaga jarak daripada semua orang terutamanya Ellia, dan sekarang, mendengar nada dan pertanyaan itu... Dadanya semakin sesak. Dia benci dirinya sendiri!

"Awak tak perlu jawab... Saya... Saya janji dengan awak, sensei. This gakusei of yours... Will not let you down. Saya akan sampai ke peringkat akhir, dan saya akan biar awak tahu... Just how proud you should be of me. Awak dengar tak ni?"

Kesungguhan dan keazaman yang nyata terbukti melalui gaya bicaranya, benar-benar mengetuk kuat dinding hati CL. Dengan selaut rasa yang berhimpun dalam satu balang di kamar sukmanya, bibirnya sedikit demi sedikit naik membentuk lengkung pahit manis.

"Aku dengar... Aku akan tunggu hari tu, hari di mana kau akan buktikan betapa hebatnya diri kau di depan aku, Sofie."

Ellia melorek senyum dalam menahan kepahitan rasa hatinya. "Good. Jadi, saya akan tunggu hari tu juga... Because that day, you would give me the goodbye that I deserved the day you left me without a notice back then."

Berakhir sahaja kata-kata itu, dia terus keluar dari arena Duel tersebut. Suatu tindakan yang diambilnya akibat impuls, dan lantas membuatkan dia lumpuh seketika di hadapan komputer. Ketika dia tersedar daripada kesan impulsnya itu, ekspresi datar dipamerkan.

Apabila kerusinya dipusingkan ke belakang, wajah semua orang jelas masih dalam keadaan terkejut, seakan-akan tidak percaya dengan tindakannya itu.

Ellia mengabaikan pandangan mereka semua lalu meninggalkan kerusi yang dia tempati itu dengan tenang. Sebelum keluar dari Room 001, dia berpaling kembali ke arah mereka yang kekal dengan tatapan Pikachu terhadapnya.

"Tak nak rehat ke korang ni? Bukan tadi korang kata nak temankan aku bersiap awal esok ke?"

"Oh... You're right..."

"Err... Ya, comingggg!"

"Nak rehatlah ni... Tapi, aku nak buat regangan dulu."

"Ha, betul! Aku pun nak stretching juga..."

"Aku join sekaki... Best tidur lepas stretching."

"Kau masuk tidur dululah, Ellia... We'll rest later."

Tidak mempertanyakan apa-apa lagi, Ellia mengangguk kecil lalu meninggalkan mereka semua. Bermacam-macam reaksi yang dilihatnya daripada mereka itu, bukannya dia tidak faham... Namun demikian, buat apa dia memberi penjelasan bila tiada benda yang mahu dijelaskan? Ah, lantaklah apa mereka mahu fikir sekalipun!

Sementara itu, manusia-manusia yang ditinggalkan di ruangan tersebut pula sibuk mengadakan perbincangan sulit. Terkebil-kebil, menggaru kepala, mengeluh, memicit dahi, mendengus... Ha, nak dipendekkan cerita, semua reaksi ada!

"You say, dia dah hilang akal ke?" Rel menggosok-gosok dagunya, cuba memikirkan kemungkinan tersebut.

"Hmm, seingat dan setahu aku, dia rindu sangat dengan CL tu... Tapi, dia keluar dari arena tu just like that. Macam pelik aje..." Eli berkongsi keraguan yang sama dengan Rel.

"Betul tu, macam bukan Ellia pula," kata CA seraya mengeluh lemah.

"Itulah... Kakak macam tiba-tiba went out of her mind," tokok Sun. Dia juga sukar percaya dengan tindakan Ellia yang tadinya keluar dari arena Duel tersebut begitu sahaja. Sebaik keluar dari arena itu, mana boleh Ellia rejoin semula. Dan eskpresi tenangnya itu... Nampak macam dia tidak kesah langsung akan kenyataan bahawa dia mungkin tidak dapat berinteraksi dengan CL sedemikian rupa lagi.

"Hmm, we better not assume things... Kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran Ellia," ujar Airika. Meskipun dia sendiri tidak menjangkakan perbuatan Ellia itu, tetapi dia tidak berani mencuba untuk menilai perbuatan tersebut. Lagi pula, bukannya dia tahu apa yang bermain dalam fikiran sepupunya itu.

"Betul tu, kita tak boleh judge as outsiders," sokong Claude. Sedetik kemudian, dia tersentak saat dirinya dihujani pandangan tajam orang-orang di sekelilingnya. Dia lalu melepaskan tawa janggal. "Err... Korang dah kenapa pula ni?"

"Kau, better cerita apa sejarah antara kau dengan CL!" arah Zaire dengan aura dominan.

Sudahnya, Claude secara paksa rela membongkarkan kisah silam yang mengundang rasa haus mereka semua sebentar tadi.

Pada masa bersamaan, nun jauh di talian seberang, CL masih menatap kosong pemberitahuan di skrin komputernya itu.

"Your Duel opponent has left the arena."

Cukup lama dia menatapnya sehingga tawanya meletus memecah kesunyian di bilik tidurnya. Semakin tidak terduga pula perangai si softie ini!

"Your little revenge... I won't mind it this time."

Usai meninggalkan arena Duel itu, dia kemudian mematikan komputernya. Senyuman tidak lekang melebarkan sayap di wajahnya.

Kala pandangannya jatuh pada frame gambar yang memaparkan sosok seorang wanita bergambar bersama piala kebanggaannya, senyuman CL memudar sedikit namun tetap merekah jua di wajahnya.

"Mom, that spot you've been keeping for so long might be snatched away sooner or later."

Tidak lama lagi... Benar, tidak lama lagi posisi Queen yang istimewa dalam VRS itu akan terisi semula. Dengan wajah baharu, tetapi bakatnya yang luar biasa tentu setanding dengan pemilik asal posisi itu. Atau mungkin juga... Jauh lebih luar biasa.

CL tahu masih terlalu awal untuk dia menyebut nama gadis itu sebagai pemilik terkini posisi tersebut... Tetapi, jika bukan Ellia, siapa lagi yang layak mendudukinya?

It might be a biased opinion, but... He really couldn't see any other person bearing the title if not her.

ใ€„โจพใ€„โจพใ€„

โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’

Huhuhuhu... Sorry tau, Yna lambat sangat update chapter kali ni... I don't knowlah, Yna just terlampau malas kut last week or maybe I was stuck on the writer's block phase for a while. Anyway, Yna harap chapter ni memuaskan hati...

Alright, Yna tak nak banyak comment sangat... So, bub-eye, love y'all and take care! โค๏ธโค๏ธ

P/S: Ada Batch 05 tak here? Yna actually tengah try hard nak be steady sekarang ni... Huhuhuhu. Let us pray for the best~!๐Ÿฅบ๐Ÿ’•๐Ÿ˜–

โฟปเฏ ๐—ง๐—›๐—”๐—ก๐—ž๐—ฆ ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—ง ๐™๐™Š๐™ ๐™๐™€๐˜ผ๐˜ฟ๐™€๐™๐™Ž เฏโฟป
i) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“

ii) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ท๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
iii) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
iv) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“


You are reading the story above: TeenFic.Net