MENAPAK masuk ke dalam Lilithe Auditorium, Ellia merasakan kakinya sedikit longlai. Serius, dia masih tidak terbiasa dengan tempat seperti Lilithe Auditorium ini walaupun sudah pernah menginjakkan kaki ke Cavanaige Auditorium sebelumnya yang jelas-jelas jauh lebih mengagumkan jika dua tempat tersebut dibandingkan... Sejak matanya dihidangkan bangunan Lilithe Auditorium dari luar tadi, entah sudah berapa kali agaknya dia menelan liur. Walaupun wajahnya kekal terlihat tenang, sejujurnya hati kecilnya tidak henti-henti menyerukan rasa takjub sehingga kini.
Hanya demi menjaga air muka sendiri, Ellia tidak berani menunjukkan ekspresi berlebihan. Didikan tegas daripada keluarga Lawrence dan Jennings yang berakar umbi dalam dirinya benar-benar memberi kesan kepada dirinya. Sampaikan dia mampu menayangkan ekspresi wajah beku meskipun hatinya teruja atau takjub akan sesuatu. Buktinya, seperti sekarang ini.
"Kakak..." Sun menggoyangkan lengan Ellia dengan kening yang bertaut rapat. "Kakak rasa tak selesa ke?"
"Hah?" Ellia terkebil-kebil mendengar soalan itu.
Langkah semua orang terus terhenti sebaik Sun bertanyakan soalan tersebut. Pandangan penuh kebimbangan mereka semuanya dipusatkan pada Ellia.
Ellia jadi tidak selesa pula dibuatnya. Tangan kirinya naik mengusap-usap tengkuknya sebelum dia menggeleng perlahan.
Airika yang teliti memerhatikan tindak-tanduk sepupunya itu lantas melepaskan keluhan lemah sebaik mengesan sesuatu. Dia melangkah mendapatkan Ellia dengan gaya jalan yang teratur dan elegan. Sebaik berdiri di hadapan Ellia, dahi gadis itu dijentik kecil, membuatkan Ellia meringis kesakitan.
Dengan matanya dikecilkan, pandangan Ellia menikam wajah Airika. Rasa tidak puas hatinya terlukis jelas di wajah itu.
"What's with the flick?"
"Kaulah... Forget all the useless manner we've learnt before, can't you? Dekat sini, tak ada aturan adab Lawrence dan Jennings... You can act freely according to your will."
Terkedip-kedip mata Ellia. Rasa tidak puas hati yang terpeta pada wajahnya tadi lenyap sudah tika ini. Apa yang tinggal cumalah raut kosong yang sukar ditafsirkan.
"Kau..."
Jeda. Ellia sendiri bingung mahu mengatakan apa. Sudahnya, dia menutup bicara begitu sahaja.
"You know, after all, kita berdua dibesarkan dengan aturan yang sama. Naturally, aku boleh faham kau... Sebab aku pun dulu macam kau. Tak berani nak jadi expressive, tak bagi reaction... But at last, what was all that for? Tak ada maknanya pun... No expression, no reaction... Akhirnya cuma kena label sombong, Ice Queen, face-paralyzed, and etcetera. Tak adanya orang nak fikir yang kita ni berdisiplin atau beradab dengan sikap Lawrence dan Jennings tu. We'll only be seen as the sick one, the weird one, and you know, be given all the bad names people used on the outcasted ones."
Redup mata Airika menyapa sepasang mata Ellia. Buat seketika, Ellia tersentak dengan emosi malap yang terpancar di sebalik ketenangan mata itu.
"Out-Outcasted? Then... Youโ"
"Well, I'm lucky that I got them with me. We managed to grow together despite all the pressure."
Airika mengalih pandang ke sisi. Satu demi satu ahli Empire dipandangnya dengan senyuman.
Suasana yang sunyi namun dibungkus aura harmoni dalam kalangan Empire itu menyebabkan CA, Ellia, Crowner dan Rel mencapai pemahaman seragam di kancah keheningan.
Sebetulnya, mereka pernah mendengar beberapa khabar yang beredar mengenai Empire. Namun begitu, mereka tidak pernah melemparkan sebarang pertanyaan tentang khabar-khabar itu kepada Empire. Pada mereka, hal peribadi Empire bukannya sesuatu yang mereka boleh tanya sesuka hati. Lebih-lebih lagi hal peribadi yang tidak sedap untuk didengar mahupun diperkatakan. Hanya kerana mereka bergelar teman, itu tidak bererti yang mereka boleh sewenang-wenangnya melintasi batasan privasi yang jelasnya sentiasa wujud waima antara teman terdekat sekalipun.
Kini, apabila mendengar dengan telinga sendiri ucapan Airika mengenai hal itu, tahulah mereka bahawa sesungguhnya memang terdapat kebenaran dalam khabar-khabar yang mereka dengar sebelum ini. Empire nyatanya memang terdiri daripada pemain-pemain VRS yang dipulaukan di VWA. Tidak hairanlah mereka mempunyai hubungan akrab yang hampir setanding dengan hubungan darah asli antara keluarga...
Airika kemudian berdehem kecil. "Anyway, my point is... You, just be yourself. Tunjukkan aje ekspresi kau macam yang sepatutnya... Don't be tense nor act reserved. Faham tak ni?"
Lambat-lambat Ellia mengoyak senyum lalu menganggukkan kepalanya. "Got it. Thanks, Aira."
Airika membalas senyuman itu dengan rasa puas hati. Mudah benar membuat Ellia faham tentang sesuatu poin! Tidak perlu dipaksa, tidak ada perdebatan... Hanya perlu teguran dan sedikit pencerahan sahaja untuk memberikan dia pengertian yang mampu mengubah pandangannya tentang pelbagai hal. Senang cakap, dia orang yang sangat mudah mengadaptasikan dirinya dengan banyak perkara dan situasi. Suatu kelebihan yang pada Airika, sangat layak dihargai. Bukan apa, tetapi kelebihan ini jarang ada pada kebanyakan orang. Biasanya, kebanyakan orang akan lebih memilih untuk percaya kepada tafsiran diri sendiri sehingga mengabaikan kata-kata orang lain walaupun kata-kata tersebut sebenarnya memberi kebaikan kepada mereka. Sebab apa? Sebab lumrah manusia itu umumnya keras kepala dan lebih suka mengikut aturan diri sendiri demi mendapatkan keselesaan sampaikan kadangkala mendatangkan musibah terhadap empunya badan.
Akan tetapi, nasib baiklah Ellia bukannya dalam lingkaran orang-orang sedemikian... Airika percaya, jika asas peribadi Ellia yang sudah sedia elok itu dibentuk dengan lebih baik lagi, maka Ellia akan menjadi sosok yang jauh lebih mengagumkan daripada sekarang ini.
"Alright, since everything's good again, shall we keep moving?" usul Claude.
"Well, let's go." Ellia pantas memberi respons setelah mendapati dirinya dihujani panahan mata semua orang, seolah mereka meminta tindak balasnya.
Mendengar respons positif Ellia itu, barulah CA, Crowner, Empire dan Rel lega hati untuk melanjutkan langkah.
L dan Sun masing-masing merangkul lengan Ellia. Seorang di kiri, seorang lagi di kanan. Lagak macam bermanja, tetapi tindakan mereka itu sebenarnya demi membuat Ellia berasa lebih selesa.
CA, ahli-ahli Crowner yang lain, Empire dan Rel pula menyamakan langkah mereka seiring dengan tiga beradik itu. Setiap langkah diambil segerak, tidak terlalu laju dan tidak juga terlalu perlahan. Nampak seperti mereka sedang berlatih koreografi berjalan kaki pun ada... Sungguh suatu pemandangan yang menarik perhatian orang-orang di sekitar mereka!
Ellia bukannya tidak sedar bahawa perlakuan mereka itu untuk dirinya. Namun dia tahu, kalau dia tegur pun, mereka tetap akan melakukan semua itu. Bagi tindakan dua adiknya, maksud yang mereka cuba sampaikan memang cukup jelas. Tetapi, untuk gerakan segerak rakan-rakannya itu... Mungkin sukar ditafsirkan sebabnya pada pandangan orang lain, namun bukan dirinya. Ellia tahu, maksud pergerakan segerak itu sesungguhnya membawa makna yang mereka ada buat dirinya dalam setiap langkah yang dia ambil. Pergerakan yang memberi simbol sokongan tidak terhingga... Supaya dia, Sofie Gracellia, tahu, yakin dan percaya yang dirinya tidak sendirian.
She got them, and they got her. That's what the in-sync walking simple interpretation.
Dalam diam, hati Ellia diselimuti kehangatan yang nyata. Saat ini, dia baru tahu bahawa ternyata perasaan yang hadir bilamana dia tahu bahawa dirinya tidak sendirian itu adalah lebih dari cukup untuk menghilangkan segala perasaan negatif dalam sukmanya. Buktinya, langkah yang diambilnya terasa semakin ringan kala ini. Tekanan yang datang entah dari mana tadi lesap begitu sahaja.
"Korang... Tak rasa kita ni eye-catching sangat ke?"
Ingin mewujudkan suasana yang lebih ringan auranya daripada sebelum ini, Ellia melontarkan soalan itu dengan nada santai.
"Aku tak tahulah kalau korang... Bagi aku, aku memang selalu eye-catching." Bersahaja Rel menyahut pertanyaan itu.
Tidak pasal-pasal, dia menerima side eyes daripada semua orang. Well, macamlah manusia yang bernama Rel terkesan dengan side eyes... Dengan selamba, dia hanya mengangkat bahu bersama riak yang dibuat-buat suci sekali gus menyatakan 'saya hanya mengatakan kebenaran sahaja'.
Alex tersenyum sinis. "Aku rasa siapa yang buat kau rasa diri kau tu eye-catching mesti dah buta."
"Well, just so you know, tak ada siapa yang buat aku rasa aku ni eye-catching. Tapi, kenapa perlu ada orang yang buat kau rasa macam tu baru kau nak anggap diri kau eye-catching? Why not you just act like you're the big deal and will always be eye-catching wherever you go? It helps to boost your confidence and motivate you in life, alright?" Dalam pada ringan nadanya, terbit keseriusan dalam bicara Rel.
Ellia yang mendengar terpana sejenak. Dalam penglihatannya, Rel memiliki suatu karakter yang sangat unik. Bicaranya kerap terdengar dalam ton santai, kadang-kadang bahkan seperti narsistik sehingga menimbulkan rasa jengkel... Tapi, saat Rel mengeluarkan hujah tentang pandangan peribadinya, sesiapa pun akan dapat melihat warna yang berbeza pada karakteristik lelaki itu. Kerana Rel... Dia bersuara melalui perspektif yang melintasi sudut pandang kebanyakan orang. Jiwanya bebas, tidak dirantai oleh pandangan orang lain yang bersifat menghakimi mahupun dikelirukan oleh tafsiran individualistik yang menyesatkan.
He's got that kind of soul which wasn't bounded to the world's concept but his own pure realistic thoughts.
Menyaksikan sendiri bagaimana semua orang mula membuat renungan setelah mendengar 'pencerahan' daripada Rel itu, Ellia terbatuk-batuk kecil untuk mengusir pergi lamunan mereka.
"Eye-catching ataupun tak, yang penting kita lindung identiti kita semua. Itu perkara paling utama, right?"
Anggukan kepala seirama lalu menyapu sepasang mata Ellia, membuatkan dia tersenyum nipis.
Dalam kalangan mereka, tiada seorang pun yang berkehendak menunjukkan wajah untuk tatapan umum. Bahkan Empire yang sentiasa menampilkan rupa sebenar mereka kecuali Airika sebelum ini juga sepakat mahu menyelindungi rupa mereka. Perihal CA, Crowner, Ellia dan Rel pula usahlah disebut... Mereka tipikal manusia yang tidak suka membongkar identiti di pentas awam, jadi wajar sahaja mereka berpenampilan 'tertutup' pada ketika ini. Dan ya, tidak syak lagi, atas alasan inilah, mereka sekumpulan menjadi pusat perhatian orang di sekeliling mereka. Tidak lain dan tidak bukan, pasti mereka kini dilabel sebagai manusia yang bersikap acah-acah artis.
Sedang elok meneruskan langkah sambil sesekali turut serta dalam perbualan para manusia di sisinya, Ellia tiba-tiba menangkap aura janggal dari satu arah. Menuruti firasatnya, dia lekas memusatkan pandangannya ke arah kiri dengan posisi yang berjarak dua langkah di belakang L, menyebabkan adik lelakinya itu kehairanan.
Tepat seperti yang Ellia duga, seseorang sedang memerhatikan kumpulan mereka dengan pandangan yang sedikit berbeza daripada orang-orang di sekitar mereka sebelum ini. Seusai bertemu mata dengan dirinya, individu itu langsung menjatuhkan pandangannya. Topi di kepalanya ditarik rapat ke bawah seakan cuba melindungi wajahnya. Berkerut dahi Ellia jadinya. Musykil pula dengan identiti orang itu!
"Kakak..."
Ellia pantas memegang bahu L sebelum sempat L berpaling menengok ke arah individu tersebut. Raut wajahnya dibuat-buat serius.
"L, let me ask you something... L dah tengok The Grudge ke?"
"Hah?" Berkedip-kedip mata L memandang kakaknya itu.
"Dah tengok ke belum?"
"Err, belum lagi... Tapi, kenapa kakakโ"
"Bagus! Then, hujung minggu ni L teman kakak tengok filem tu, okey?"
"Oh... Erm, okey."
Selesai menjadi bingung seketika, L buru-buru melayangkan matanya ke posisi yang Ellia pandang tadi. Walau bagaimanapun, dia tidak melihat apa-apa atau sesiapa di situ. Wajah tenang sang kakak lalu dipandang dengan penuh rasa syak wasangka.
Ingin dia ajukan soalan, tetapi L tahu pasti dia tidak akan dapat memperoleh jawapan yang dia mahukan daripada Ellia. Kakaknya itu terlalu cenderung menyembunyikan pelbagai perkara, dan Ellia dapat melakukannya dengan sangat sempurna. Jadi, jika Ellia tidak mahu mendedahkan apa-apa, maka L tidak mungkin dapat mengetahui perkara yang kala ini tengah disorokkan oleh Ellia tidak kiralah apa cara sekalipun yang dia gunakan. Hujungnya, dia hanya mampu menghela nafas perlahan sahaja. Tidak mengapalah, dia akan hormat pendirian kakaknya itu. Kalau Ellia sembunyikan, bererti perkara itu tentunya sesuatu yang boleh dia tangani. Atas logik ini, L memutuskan untuk berpura-pura tidak menyedari keanehan tingkah Ellia. Dia cuma berharap yang Ellia tidak akan mengalami sebarang perkara buruk.
Lega hati Ellia bilamana L pada akhirnya tidak mempersoalkan apa-apa. Dia kemudiannya larut dalam lamunan kejap. Fikirannya masih terganggu dengan sosok sebentar tadi.
Siapa agaknya... Individu misteri itu?
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Skrittt!
Bunyi pintu tandas didorong dari luar itu membuatkan Ellia refleks mengangkat sedikit wajahnya. Dari ekor mata, dia menangkap sekilas gerangan yang baru memasuki tandas tersebut.
Peka dengan pergerakan individu itu yang terang-terangan menuju ke arahnya, dia lalu menyelesaikan aktiviti mencuci tangannya sebelum berundur tiga langkah ke belakang.
"Stay where you are."
Satu ayat sahaja dia lantunkan, namun besar sekali impaknya sehingga membuatkan individu tersebut statik di posisinya.
"Siapa kau?"
Individu misteri di hadapan Ellia itu lantas menanggalkan topinya begitu juga dengan mask yang Ellia sendiri tidak pasti sejak bila dipakainya.
"I'm sure you don't know me. Butโ"
"I know you. Anya, betul tak?"
Tersentak, individu yang jelasnya seorang gadis muda dengan wajah polos itu menatap Ellia dengan mata yang berkelip-kelip. Di luar dugaannya, ternyata Ellia sebenarnya mengetahui identitinya.
"Pfft, hahahaha..."
Tidak semena-mena, terletus tawa kecil dari mulutnya, membuatkan kerutan laju sahaja terbentuk di dahi Ellia.
"Ada yang lawak ke?"
"Oh, sorry... Aku cuma rasa lucu sikit," ujar gadis itu, Anya seraya menyudahi tawa yang masih bersisa. "Aku terfikir aje, apalah gunanya penyamaran aku tadi..."
"Well... Actually, aku memang tak kenal kau masa kau menyamar tu." Jujur Ellia memberitahu.
Hebat macam mana pun dia dalam pemerhatiannya, sesungguhnya dia bukanlah mesin x-ray ataupun scanner yang mampu mengimbas seseorang secara luar dalam. Apatah lagi, ini kali pertama dia bertemu empat mata dengan Anya. Meskipun sudah biasa melihat figura gadis itu di media sosial sebagai bakal pesaingnya dalam VRS, jujur dia katakan dia memang tidak dapat mengecam Anya di balik penyamarannya sebelum ini.
"Oh, really? I thought you have figured it out earlier... And that you only wanted to make sure of it just now. Just likeโ"
Kata-kata Anya yang mati di tengah bicaranya itu sedikit mencuit perhatian Ellia. Melihat Anya yang seperti hanyut seketika dalam lamunan, dia jadi penasaran. Keningnya lantas terjongket rendah.
"Just like who?"
"Huh? Err, no... It's nothing. Apa-apapun, sebenarnya aku jumpa dengan kau ni bersebab. Ada benda yang aku nak bagitahu."
Mendengar nada serius Anya, Ellia menghela nafas perlahan. Rasanya, bukan suatu kejutan lagi bila Anya mengatakan yang perjumpaan gadis itu dengan dirinya kali ini bersebab. Yalah, mustahil kut Anya mengekori dia semata-mata untuk menyapa dirinya tanpa sebarang alasan...
"Erm, coming from me, seseorang yang bukan di tahap kawan dan bukan juga kenalan umum kau, benda ni mungkin kedengaran pelik... And you might be alarmed to get to know me. Tapi, tak apa... Aku akan ambil risiko ni. Sofie Gracellia... Umm, that sounds wrong... Let me correct it. Siea, aku rasa terlalu bahaya untuk kau teruskan langkah kau dalam VRS. Terutamanya pada masa sekarang ni."
Anya memerhati riak wajah Ellia sebaik sahaja dia selesai bertutur. Sangkanya, wajah itu akan memperlihatkan ekspresi marah ataupun tidak nyaman. Akan tetapi, sangkaannya itu meleset tatkala wajah Ellia terlukis dengan senyuman. Hadir tanda tanya dalam benaknya. Ellia tidak dengarkah apa yang dia baru sahaja katakan?
"Aku tahu."
Ringkas, tetapi padat jawapan Ellia. Nadanya juga jelas kedengaran tenang, namun tetap tegas di halwa pendengaran Anya.
Fahamlah Anya ketika itu bahawa sosok seorang Sofie Gracellia yang berdiri di hadapannya kini bukanlah sosok yang mudah gentar akan risiko, malahan sangat tetap pendiriannya. Perlahan-lahan, dia menguntum senyum segaris.
"Very well then... Nampaknya, aku dah tersilap pasal kau. Aku datang jumpa kau sebab aku takut kau tak sedar risiko yang kau kena tanggung kalau kau still teruskan untuk bermain VRS. Tapi, rupanya kau sedar semua tu... I was really a fool to begin with. Trying to save you, but it turns out... You actually need no saving."
Anya mengeluh perlahan lalu menundukkan kepalanya. Dia betul-betul berfikir terlalu tinggi akan dirinya, bukan? Menjadi penyelamat? Sungguh tidak sedar diri! Sedangkan sejak dari awal, dia asyik gagal menyelamatkan dirinya sendiri... Bagaimana boleh dia terfikir untuk selamatkan orang lain yang jelas-jelas berdiri lebih tinggi di podium megah?
"Even so, I appreciated it." Lembut Ellia berbicara.
Langkah disusun rapi sebelum dia berdiri betul-betul selangkah di depan Anya. Bahu kanan Anya dipegangnya.
"Now... Can you tell me what was it that made you come to find me?"
Berdepan dengan kelembutan bicara Ellia yang tulus mengapresiasi dirinya walaupun dia tidak berbuat apa-apa yang cukup bermakna buat gadis itu, Anya mendongak kembali memandang wajah Ellia. Bilamana soalan itu melantun rendah ke pendengarannya, dia menghembus nafas perlahan.
"You see, I'm part of VGC... The same as Hades and Lily. Baru-baru ni aku terdengar perbualan diaorang, about taking you down by any means. Here, I give this to you. Aku tak mampu nak terangkan sangat apa yang diaorang cakap, it's better for you to listen to them on your own."
Anya menyerahkan satu alat berwarna fuschia kepada Ellia. Sekali pandang nampak seperti lip gloss, namun bila diperhatikan betul-betul, alat itu sebenarnya merupakan satu alat perakam suara.
Ellia menggenggam alat tersebut lalu dibawa ke kocek seluarnya. Kemudian, sepasang mata Anya direnungnya
You are reading the story above: TeenFic.Net