"No, I believe akan ada sesuatu dekat sana nanti... Jadi, mari pergi sana," putus Ellia. Matanya melirik satu demi satu wajah yang mengelilinginya, berharap mendapat respons positif daripada mereka semua.
"Okey. I'm cool with it." Hope yang pertama membalas.
"Kalau aku... Aku ikut aje bunga aku ni nak pergi mana." Dan langsung memberikan respons selepas Hope.
Sementara Hope menahan malu dan Dan berwajah bangga, para ahli Crowner yang lain sudah membuat muka toya. Haih... Dua orang ini, bebas betul waktu mereka menabur gula, tidak kesah orang sekeliling pun. CA, Ellia, Empire dan Rel pula hanya mampu tersenyum menggeleng-gelengkan kepala. Lama-lama mereka pun sudah jadi lali dengan semua dialog romantik yang akan muncul tanpa isyarat antara pasangan itu.
"Aku pun okey aje." Serentak CA dan Eli berkata, membuatkan kedua-duanya menerima pandangan penuh makna daripada para manusia di sekitar mereka.
CA menunduk sedikit sedangkan Eli pula menggosok hidungnya. Pandangan mereka tidak bertembung walau sekali pun. Terlalu ketara yang mereka mengelak memandang satu sama lain.
Enggan keadaan berubah janggal, Ellia berdehem. "Erm... Jadi, siapa lagi yang akan ikut?"
"We all from Empire okey aje..." Airika membalas selepas meraih jawapan positif daripada semua teammatenya.
"Sun dengan abang L pun sure akan ikut," ujar Sun sambil tangannya memeluk lengan L.
L yang ditarik mendekati Sun hanya tersenyum kelat sahaja. Apa adiknya itu ingat dia guni mahu ditarik-tarik? Mengeluh kecil dia di sisi Sun. Namun, tidak mengapa sebenarnya walaupun Sun tidak ada meminta responsnya langsung, dia memang berniat untuk pergi juga. Sebagai satu-satunya saudara lelaki dalam kalangan mereka bertiga, dia merasa bertanggungjawab atas keselamatan Ellia dan Sun. Jadi, wajar baginya untuk dia mengikuti mereka pergi menyaksikan perlawanan itu.
"I'll go for the fun... Alex pun akan pergi juga." Yuki yang membuat keputusan tanpa bertanya kepada Alex terus melancarkan serangan puppy eyes terhadap gadis itu.
Alex yang melihatnya mendengus kecil. "Tak payah buat puppy eyes macam tulah... Aku memang nak pergi pun."
"Great! Aku pun nak pergi juga... Jadi, apa tunggu lagi? Jomlah." Rel bersuara dengan bersemangat. Sudah macam kanak-kanak yang dalam perjalanan mahu membeli mainan kegemarannya pula gayanya!
"Eh, kejap! Aku nak ganti pakaian dulu. Korang tunggu sini kejap... I'll be fast."
Tanpa menunggu balasan sesiapa, Ellia berlari menuju ke elevator. Jika dilihat-lihat, gaya lariannya macam tidak cukup tanah pun ada.
"Ala, Ellia ni... Aku tengok dah cukup okey pun penampilan dia tu," sungut Rel, tidak puas hati. Di mata dia yang sangat menitikberatkan kesesuaian fesyen dengan seseorang individu, dia berpendapat yang Ellia sudah cukup bergaya memakai pakaiannya itu. Akan tetapi, Ellia malah mempunyai pendapat yang berbeza. Haih...
"She truly reminded me of someone..." Eli menghela nafas perlahan.
Arif dengan perwatakan sang 'someone' yang disebut oleh Eli itu, CA, Claude, Crowner dan Rel turut merasakan benda yang sama. Semakin hari, semakin banyak persamaan antara dua persona tersebut. Inikah yang orang-orang panggil soulmate?
Di sisi lain, beberapa minit kemudian, Ellia akhirnya selesai menukar pakaian. Menghadap cermin, dia memastikan penampilannya kelihatan cukup rapi.
Usai merapikan diri, pandangannya terpaku lurus menatap pantulan dirinya di dalam cermin. Nafas dihembus lemah.
"What could be the conspiracy behind this sudden change? Ugh, aku betul-betul tak suka benda murahan macam ni... Tapi, tak apa. Since they want to do it this way, I'll accept it in a good manner."
Setelah bermonolog sendirian, Ellia meninggalkan bilik tersebut dan langsung turun ke tingkat bawah dengan hati yang lebih tenang. Pada waktu ini, dia memang tiada pilihan selain mengekalkan ketenangan dirinya kerana dia tidak tahu inti sebenar konspirasi yang dijalankan di belakang tabir itu.
But in any case, in front of a conspiracy, calmness is necessary. It's only with calmness can one be able to make a crack on the so-called great conspiracy.
Kini, dia hanya perlu fokus untuk sampai ke tempat pertandingan itu diadakan. Hal selebihnya, tunggu masa yang membongkar segala yang harus diketahui kemudian nanti.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Holla, y'all~~ Fuh, akhirnya dapat juga update after asyik bergaduh dengan rasa malas Yna๐ Masa awal-awal hari tu, Yna nervous pasal SPM result nak keluar. So, tak ada hati nak update... Then after result dah out, Yna layankan lagi perasaan malas tu. Itu yang lama sangat baru nak update... And this update pun, Yna rasa berterabur HUHUHUHUHU~~ I'm sorry kalau tak memuaskan๐ฅบ๐ฅบ Alright, Yna tak nak banyak cakap... So, tu ajelah... Bye-byeeee๐๐๐๐
P/S: Yna nak share result Yna kat sini... (even mungkin tak ada yang nak tahu๐๐) First thing first, Yna daripada kelas Sains tak tulen (All the electives are basically the same as Pure Science stream except that Bio was replaced by Acc). Secondly, my result was 5๐, 2๐ and 2๐ฅฅ (Read the fruits in English).
โฟปเฏ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐๐๐ เฏโฟป
i) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ณ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ โง โ
You are reading the story above: TeenFic.Net