JATUH rahang semua orang apabila Ellia menyatakan syaratnya untuk duelnya bersama CL yang akan berlangsung sebentar lagi. Sungguh mustahil rasanya untuk mereka tidak terkesima dengan syarat tersebut! Bagaimana tidak? Mereka semua jelas tahu hakikat bahawa selepas CL bergelar PK of VRS, tiada seorang pun player VRS yang berani meletakkan syarat sebegitu apabila mengadakan battle dengan lelaki itu. Apa yang lebih mengejutkan, selain menjadi player pertama yang sepertinya 'mencabar' kekuatan CL selepas dia dinobatkan dengan gelaran PK of VRS, Ellia juga merupakan player perempuan pertama yang meletakkan syarat dalam battle bersama CL.
Dari mana keyakinan Ellia datang? Atau... Mungkinkah ada roh gamer yang gila pangkat dalam VRS yang merasuki gadis itu?
Spontan semua mata di Room 001 itu memandang Ellia dengan keadaan yang serba tidak kena. Aura Ellia yang lain macam ketika ini membuatkan mereka mula yakin dengan jangkaan luar kotak mereka itu.
"Aku tak disampuk hantu." Jelas intonasi Ellia menutur kata sekali gus menendang pergi segala bayangan tidak masuk akal semua manusia yang berada di sekitarnya itu.
Tawa rendah kedengaran daripada pihak CL, menyebabkan Ellia memicingkan matanya. Hei! Ini macam sengaja mahu buat dia rasa tidak puas hati pula... Baru sahaja dia ingin membuka mulut, CL sudah terlebih dahulu menguntai bicara.
"Tak, tak... Aku bukannya gelakkan kau, Sofie. Aku tahu kau serius... But, I kinda feel like their view on you seems to be different than mine. Don't you think so?"
Tidak membenarkan sesiapa menyampuk, dia kemudian meneruskan bicaranya.
"People, don't be tricked by her usual performance." Nada selamba nyata ditonjolkan oleh CL.
CA, Crowner, Empire dan Rel perlahan-lahan mulai faham dengan maksud CL. Sesungguhnya, mereka semua memang belum tahu tingkat tertinggi kemahiran Ellia sekarang. Ellia tidak pernah menunjukkan reaksi yang keterlaluan dalam mana-mana battle sejak kebelakangan ini. Kebanyakan masanya, dia cuma menampilkan karakter yang tenang dan berwaspada. Jika diimbas semula, rasanya Ellia tidak pernah terlalu 'ditekan' dalam semua battle yang baru-baru ini disertainya. Kadangkala, mereka bahkan merasakan gadis itu seolah bermain-main sahaja semasa battle.
Seperti baru dihidangkan dengan misteri besar dunia, semua orang menatap Ellia dengan ekspresi ingin tahu. Sudah sampai sejauh mana kematangan Ellia dalam VRS saat ini sebenarnya?
"However, Sofie... Kau yakin ke dengan syarat ni?" CL menyoal dengan serius.
"Saya yakin." Ellia menjawab tanpa ragu.
Syarat duel mereka kali ini yang diletakkan oleh Ellia sendiri ialah, pihak yang kalah wajib menunaikan hajat pihak yang menang.
"Hajat tu... Is it possible for me to ask you for anything? Macam mana kalau aku minta benda yang bukan-bukan dekat kau?" duga CL lagi, penasaran akan tahap keseriusan Ellia.
"You won't." Penuh dengan ketegasan, dua patah kata itu diucapkan oleh Ellia.
Kali ini, bukan orang-orang di Room 001 sahaja yang tergamam, CL sendiri pun terpana mendengar bicara tegas yang singkat itu. Jelas-jelas hanya dua patah kata, namun tidak sangka impaknya mampu memberi kesan walaupun dengan jarak sejauh beribu batu.
"I... I told you already, I trust you."
Bahang di wajah Ellia naik ke seluruh wajahnya sehingga telinganya jadi merah. Bibirnya digigit kecil, berusaha menghadirkan rasa sakit demi mengusir rasa malunya.
"Lady, you really do have a big gut now, no?"
Kalau kata-kata boleh memasak orang, rasanya Ellia kini pasti sudah terbakar. Huwaaaa, CL tahu betul bagaimana caranya untuk membuat dia rasa lebih malu!
"Well, it's just so-so... Sekurang-kurangnya, saya jujur. Tak macam awak... If I ask how do you feel now, you can't say it, right?"
"Sofie Gracellia, kau cabar aku?"
Terusik bukan main hati Ellia bilamana ton suara CL jatuh ke tahap ton sensual. Atas alasan yang tidak dapat dipastikan, jantungnya berdegup lebih kencang tika ini.
"Ask me how I feel now. You dare?"
CL melancarkan satu lagi 'serangan' sementara Ellia masih memikirkan balasan untuk soalannya beberapa detik yang lalu itu. Daripada nada bicaranya, amat jelas yang dia bukannya sedang bermain-main.
"How do you feel now?"
Bagaikan dijampi, mulut Ellia ringan belaka melontarkan soalan itu dengan nada rendah. Walhal pada awalnya, dia ingin menyiapkan 'serangan' lain untuk CL. Ah, sudah! 'Serangan' kedua CL yang datang kepadanya sebelum sempat dia memikirkan 'serangan' balas benar-benar memberi kesan yang hebat bagi dirinya.
"I'm glad that I can talk to you again."
CA, Crowner, Empire dan Rel tercengang. This is... Game over! Mereka sudah tidak dapat mengawal reaksi masing-masing. Suasana jadi gamat dengan keriuhan mereka semua akibat pengakuan CL yang tidak disangka-sangka itu.
Kondisi Ellia usah dipersoalkan... Andai sahaja boleh, dia mahu menghilang dari situ sekarang juga.
"Apa sebenarnya hubungan antara korang ni?"
Tidak mampu menahan perasaan ingin tahunya, L menyoal. Nadanya cukup baik ketika ini... Dia nampaknya telah mencapai tahap pendamaian dengan diri sendiri berkenaan isu CL.
"Ma-Mana ada apa-apa!" Terjerit kecil Ellia membuat penafian.
Sun menjongket alisnya. "Kakak, kakak tak rasa kejam ke dengan CL? Tak ada apa-apa? Kalau dah sampai berkomunikasi macam ni dan kakak cakap tak ada hubungan apa-apa dengan CL, he's terribly wronged by you, you know?"
Ellia terkulat-kulat di tempat duduknya. Dia berbuat salah dengan CL? Seriuslah?
"Betul tu... Pity the male lead," ujar Rel, mencurahkan lagi minyak ke api yang sudah sedia marak.
Berkat 'hasutan' Rel dan Sun, Ellia semakin dihujani pelbagai usikan daripada rakan-rakannya. Pada penghujungnya, dia hanya mampu pasrah sahaja dengan nasib sendiri.
"Alright, no more teasing." CL melempar kata dengan nada datar, mematikan semua usikan yang tidak henti-henti hinggap pada Ellia. "Sofie, I'll ask you again... Kau betul-betul yakin nak letak syarat ni dalam battle kita?"
"Yes. Saya yakin," sahut Ellia. Nada suaranya kedengaran cukup tenang.
"Then, let's start."
Dengan ayat itu, suasana yang gamat dengan kemeriahan pelbagai usikan dan santai tadi langsung sahaja bertukar serius.
Here it comes, their battle of honour.
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
Aelice terang-terangan berdiam diri di hadapan Cullen tanpa ada niat untuk bersembunyi. Nampak sangat yang dia mahu terus bertempur dengan Cullen, langsung tiada keinginan mahu bertele-tele.
CL sedikit tersentak apabila melihat karakter Aelice yang tidak bergerak pada skrin komputernya. Sejenak dia terpaku, sedetik kemudian dia perlahan-lahan mengoyak senyum di wajahnya. Dia faham apa yang Ellia mahu. Dan kerana itu, dia akan menghormati keputusan Ellia.
Head-on fighting right away? Sudah cukup lama semenjak dia terakhir kali bertemu player yang mencabarnya sebegini rupa di arena battle. Namun begitu, CL tahu dan sedar bahawa semua player yang mengenakan cabaran ini kepadanya dahulu tidak boleh disamakan dengan Ellia. Kebanyakan daripada mereka memandang remeh pada dirinya atau terlalu yakin akan diri sendiri sedangkan Ellia pula... CL tidak pasti mengapa, tetapi firasatnya begitu yakin mengatakan yang Ellia sudah merancang segalanya dalam mindanya sejak gadis itu memutuskan untuk berhadapan dengan dirinya di arena battle menggunakan strategi ini.
Baiklah, jika ini yang Ellia mahukan, dia akan ikut sahaja cara Ellia.
Lincah jari-jemarinya menekan papan kekunci, memandu pergerakan Cullen dengan begitu cekap.
Sekelip mata sahaja, Cullen terus meluru lurus mendapatkan Aelice. Gerakan maut yang sangat teliti dan terkawal, namun Aelice sipi-sipi mengelak daripada gerakan itu.
CL tersenyum nipis. Jujur cakap, walaupun pergerakan Aelice kelihatan seperti dia terselamat kerana tuah, tetapi hal ini bukanlah semudah itu. Tepat detik keramat, ketika pedang Cullen begitu hampir menyentuh leher Aelice, mustahil untuk Ellia dapat mengelak serangan itu dengan gerakan 'sipi-sipi' pada waktu yang sangat kritikal... Melainkan Ellia sebenarnya sudah merancang pergerakan ini sejak dari awal.
"Interesting," sebutnya rendah.
Di sisi lain, Ellia pula menghembus nafas lega. Fuh, nasib baik pemasaan dia tepat! Kalau tidak, mungkin Aelice sudah dalam keadaan antara kubur atau neraka saat ini.
Tanpa berlengah, Aelice melancarkan serangan balas. Weapon boomerangnya dilempar terus ke arah Cullen yang tepat berada di belakangnya, langsung tidak memberi ruang untuk Cullen mengumpul kembali momentumnya selepas gerakan maut tadi. Akan tetapi, Cullen bukan sahaja tidak terkesan, malah dia dengan mudah dan bersahaja mematikan serangan itu. Bahkan, dia tanpa berbelas kasihan pantas mematahbalikkan serangan tersebut ke arah Aelice.
Ellia mengetap giginya. Dia tidak terkejut dengan kebolehan CL ini, tetapi hatinya berasa jengkel. Jengkel bukan sebab apa... Dia hanya memikirkan kenyataan yang kebolehan seperti ini tidak akan wujud lagi di dunia VRS jika CL benar-benar berhenti menjadi pemain VRS, dan perkara itu menjengkelkan dirinya. Bakat unggul yang masih muda seperti CL... Tidak sepatutnya mundur dari dunia VRS!
Di bawah tekanan emosi Ellia, Aelice bergerak dengan kelajuan yang tidak disangka-sangka. Usai menyambut kembali boomerangnya, dia tanpa henti melancarkan serangan kepada Cullen. Serangan itu sendiri bukanlah serangan biasa-biasa, sebaliknya suatu formasi yang jarang diguna pakai di arena battle disebabkan pembentukannya yang cukup kompleks.
CL mengerutkan keningnya. Dalam pada hairan dengan perubahan aura karakter Aelice, satu perasaan lain yang muncul di dadanya membuatkan senyumannya mati begitu sahaja. Perasaan itu... Perasaan ditekan yang memaksa dia untuk bermain dengan kefokusan tinggi. Ya, Ellia baru sahaja berjaya menghidupkan semangat juangnya yang jarang sekali muncul dalam sebarang battle selama ini.
Menyuaikan diri dengan keagresifan Aelice, Cullen menghadang formasi boomerang Aelice itu menggunakan formasi khas pedang miliknya. Agresif lawan agresif, formasi bertemu formasi... Benar-benar suatu battle yang mengujakan!
Terlopong para insan di Room 001 menonton pertempuran antara CL dengan Ellia itu. Bukan beberapa minit yang lalu pertempuran mereka masih berada dalam skala santai ke? Habis itu, kenapa dan bagaimana sekarang pertempuran santai tersebut menjadi pertempuran agresif yang hanya memanggil maut?
Mereka semua tidak pernah melihat keadaan Ellia dalam battle yang seperti sekarang ini, samalah juga halnya dengan kondisi CL. Meskipun CL selama ini boleh menghabiskan LR musuhnya dengan satu gerakan semata-mata, aura tempurnya pada waktu itu sama sekali berbeza dengan auranya pada kala ini. Jika CL ketika itu santai belaka dengan niat untuk membunuh players lain cuma, CL saat ini pula beria-ia ingin berlawan sehabis baik untuk menumpaskan Ellia. Ellia pula... Dalam semua battle yang disertainya sebelum ini, dia amat berhati-hati dengan pergerakan Aelice dan boleh dikatakan yang dia sentiasa santai walaupun kadang-kadang ditekan oleh players lain. Namun Ellia yang sekarang, dia mengambil banyak risiko terhadap pergerakan Aelice, serangannya penuh dengan aura membunuh dan semua gerakannya sangat agresif.
Dua persona ini... Adakah had untuk mereka berdua?
Sesungguhnya, tiada seorang pun yang boleh menjawab persoalan ini. Kebolehan yang ada pada CL dan Ellia, andai mereka tidak berniat untuk menunjukkannya, tidak mungkin sesiapa akan tahu. Disebabkan itulah, mereka semua tidak boleh membuat tanggapan terhadap karakteristik dua orang ini.
Literally, no one could tell if there's an actual end to their talent.
Tatkala formasi boomerang Aelice dan formasi pedang Cullen tiba-tiba bersuperposisi, satu letupan kecil berlaku. Impak daripada pertembungan formasi dua karakter itu secara sama rata menimpa kedua-duanya pada masa bersamaan.
Baik CL mahupun Ellia, tidak ada yang mahu menjadi pihak yang 'ditekan' antara mereka berdua. Jadi, mereka langsung tidak mengambil masa yang lama untuk mengembalikan komposisi karakter mereka masing-masing. Fuh, tabik kepada semangat tidak mahu kalah dua manusia yang tidak serupa manusia ini!
"Is this the legendary battle between a teacher and his student?" Rel tidak dapat mengekang dirinya daripada menuturkan kata-kata itu.
"Hmm... Orang selalu cakap, jangan sampai anak murid jadi lebih baik daripada cikgunya. Tapi, ini... Diaorang ni dua-dua jadi pihak yang menekan. Tak macam cikgu dengan anak murid pun..." Yuki mengeluh kecil. Dia sebenarnya ada menyembunyikan satu 'impian' kecil dalam hatinya... Diam-diam, dia ingin melihat CL ditekan oleh Ellia. Dan sejujurnya, dia rasa akan lebih baik lagi jika CL kalah dengan gadis itu.
"Orang cakap, arena Duel berfungsi untuk tentukan siapa yang lebih kuat atau lebih lemah antara dua orang players. Tapi, aku rasa... That's not necessarily true. In my opinion, arena Duel patutnya jadi ruang untuk dua orang players belajar daripada satu sama lain dan saling berinteraksi dengan lebih baik menggunakan karakter diaorang untuk pupuk persefahaman antara diaorang," kata Dan. Matanya kelihatan bersinar menyaksikan adegan tempur CL dan Ellia.
"I agreed. Arena Duel tak sepatutnya digunakan untuk jadi kancah pertempuran aje, tapi boleh juga dipakai sebagai medan belajar antara sesama players. As we all know, setiap orang ada gaya permainan masing-masing yang unik dan tersendiri. Even if multiple players may use that one similar move, they will never carry the same aura as each other. So, this arena really shouldn't be treated simply as a two-players arena battle. It's too much of an understatement," tokok Hope yang tidak punya niat untuk membela pandangan kekasih hatinya itu secara sengaja. Dia hanya bercakap melalui hatinya cuma. Apa yang dia rasa, itulah juga benda yang dia keluarkan dari mulutnya.
"Aura CL dalam duel battle ni lain betul... Memanglah gerakan dia selama ni semuanya gerakan maut, tapi before this, CL sentiasa held back. He hadn't suppress other players engaging in a battle with as actively and aggressively as now... So I guess, Ellia is the only exception... Sebab cuma Ellia yang boleh buat aura tempur CL aktif macam ni," tutur Zaire. Dia yang merupakan peminat tegar CL tidak dapat menyembunyikan analisisnya yang berpusatkan CL itu.
Hoshi mendengus jengkel. Timbul pula keinginan yang mendalam untuk membela imej Ellia dalam hatinya! Berfikir seketika, dia kemudiannya bersuara.
"Aura Ellia pun apa kurangnya... Sebelum ni dia sangat pentingkan sikap berhati-hati, jadi dia tak guna banyak pergerakan aktif. But now, her moves are extremely ruthless and fatal. Langsung tak bagi CL peluang untuk guna aura tempur normal dia... She deliberately want to make him engaged in this battle with her as fierce as possible."
Bermacam-macam lagi komen para penonton yang takjub dengan perlawanan CL dengan Ellia itu, tetapi CL dan Ellia langsung tidak ambil pusing akan apa yang mereka katakan. Bukan kerana sombong ya, namun mereka berdua pada kenyataannya... Terlalu sibuk menggila di arena Duel itu!
Biar sudah bersabung serangan berkali-kali dan mencetuskan impak yang tidak berbelah bahagi terhadap karakter satu sama lain, CL dan Ellia masih belum mengurangkan momentum serangan masing-masing. Dua-dua degil dan tidak mahu mengaku diri lebih buruk daripada pihak yang satu lagi!
CL boleh disebut Dewa Maut di kancah battle VRS, hal itu jelas dan nyata terbukti dalam semua battle yang pernah dia sertai sebelumnya. Namun sekarang, bertemu semula dengan Ellia yang sudah bertambah matang dalam mengawal karakter dan mampu menguasai pelbagai skills, pelbagai kemahiran mautnya harus didorong dari tahap low dan intermediate ke tahap advanced. Suatu fakta ketara yang mampu menjelaskan betapa dahsyatnya figura Ellia sebagai pesaing di mata CL saat ini walaupun tanpa sebarang kata!
Sedangkan Ellia ketika ini... Wajahnya dingin, tetapi eskpresi matanya cukup dalam. Pergerakan tangannya tangkas seiring dengan idea bertempur yang hadir dalam benaknya. Akan tetapi, dalam tangkasnya pergerakan tangannya mengendalikan Aelice, tetap jua dapat dia rasakan ketegangan yang perlahan-lahan merangkak ke organ badannya itu yang secara jelasnya memainkan peranan paling penting dalam battle kali ini. Dia menggigit bibirnya, mengabaikan rasa tidak selesa yang mulai menjalar pada tangannya.
Di luar dugaan semua orang, suara CL kedengaran. Apa yang lebih membuat mereka takjub, nadanya nyata menonjolkan perasaannya ketika itu.
"Sofie, don't exert too much force on yourself. Kau ada battle yang jauh lebih penting daripada battle kita ni esok."
"Jadi, awak pula macam mana? Will you keep your attacks low?" Ellia menyoal sambil tangannya yang makin terasa kebas itu terus-menerus dipaksanya mengawal karakter Aelice sehabis baik.
"I... Won't." CL tidak mengambil masa yang lama sama sekali sebelum mengutarakan respons itu. Benar, dia risau akan Ellia. Tetapi, benar juga yang dia menghormati gadis itu sebagai pesaingnya. Jika dia menggunakan kemahiran rendah untuk menentang Ellia, bukankah itu sama sahaja dengan dirinya meremehkan gadis itu?
"There's no doubt you won't... Saya tahu awak sentiasa hormat pesaing awak, even if it's a newbie. Jadi, awak takkan bagi muka dengan sesiapa atas dasar simpati atau sebab seseorang tu tak sama status dengan awak. Awak... Sekalipun awak berdiri di puncak, awak tak pernah langsung berhenti pandang bawah. Saya tahu tu, tahu sangat... When I was a newbie, you were my first last opponent. Remember?"
CL tersenyum nipis. Bercakap tentang memori lama, Ellia memang sudah semakin yakin untuk menghadapi battle sekarang ini, bukan?
"Mmm... Aku ingat. Jelas-jelas tu kali pertama kau sertai battle, tapi kau tak nak langsung aku bagi muka dekat kau. Well, not that I was planning to do so though... But in all honesty, aku tak jangka kau akan propose a fair battle even though your chance of winning was clearly not in your favour."
Ellia turut tersenyum. Rasa macam baru semalam dia menyertai battle pertamanya dalam VRS bertemankan CL, dan kini... Lihatlah apa yang berlaku kepada mereka. Asalnya jiran bersebelahan wad, kala ini mereka sudah terpisah beberapa batu jauhnya daripada satu sama lain.
"I already knew you're not someone inferior...
You are reading the story above: TeenFic.Net