Hujung pangkal ayat Ellia yang jelas dihiasi ton geram itu disambut gelak meriah para penonton dan tawa janggal CL. Alahai, nampaknya masih ada rasa tidak puas hati yang masih membekas dalam jiwa si gadis!
"No, I mean... Awalnya aku cuma nak kenalkan VRS aje dekat kau, dan kemudian saja-saja aje nak ajak kau sertai battle. I myself wasn't expecting that you would actually be a rare gem in esports. So, aku tak terfikir pun nak dedahkan apa-apa pasal diri aku dekat kau... Like it didn't matter kut kalau kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya... Since you weren't taking VRS seriously at that time."
Tidak terlalu ketara, namun tidak kira bagaimana CL cuba menyembunyikannya, nada teragak-agak lelaki itu sebenarnya cukup jelas tertonjol.
"Oh, macam tu eh?" Meleret nada Ellia di penghujung ayatnya.
Tepat detik itu juga, Aelice menteleportasikan dirinya di belakang Cullen. Weapon boomerang yang bertukar pantas kepada weapon pedang panjang dihalakan lurus ke arah Cullen.
Melihat Cullen yang tidak sempat bergerak, Ellia tersenyum senang. Dia berjaya menangkap Cullen dalam keadaan tidak berwaspada!
Walau bagaimanapun, perasaan senang Ellia itu tidak berlangsung lama apabila dia mengesan suatu perkara yang ganjil sesaat kemudian. Tidak betul! Tingkat kepantasan kawalan CL adalah pada tahap dewa, jadi mana mungkin karakter Cullen pegun begitu apabila Aelice melancarkan serangannya.
Maknanya, karakter pegun itu... Bukan Cullen yang sebenar! Itu pasti hanya salinan imej karakter Cullen.
Dengar macam mustahil sebab jika difikirkan... Bagaimana boleh hal ini berlaku? Namun Ellia tahu, hal ini bukan auta melainkan fakta sepenuhnya.
Kebolehan menyalin imej karakter sendiri, ini salah satu superpower paling bernilai yang boleh didapati daripada treasure. Kebolehan ini dikenali sebagai superpower imagery yang membolehkan player membuat salinan imej karakter mereka sementara karakter mereka pula diteleportasikan ke tempat lain. Yup, skill teleport pun perlu digunakan untuk menyokong superpower imagery. Tanpa skill teleport, superpower imagery ini akan menjadi superpower yang hampir tidak berguna. Sebaliknya, dengan skill itu, superpower ini dapat digunakan ke kadar maksimum yang mana akan mengelabui musuh untuk membuat serangan pada imej karakter player yang menggunakannya sehingga tidak sedar karakter player itu akan mengambil kesempatan pada detik tersebut.
Sejurus dia menyedari perkara ini yang terus menghantar isyarat 'perangkap' dalam mindanya, segera jari-jemarinya menekan papan kekunci untuk membuat pergerakan pantas bagi karakter Aelice. Sayangnya, sifat cuai sesaatnya itu sudah pun membawa padah.
Karakter Aelice tiba-tiba kelihatan dikelilingi api biru yang menyala dengan tinggi.
Tidak punya kekuatan untuk mengeluarkan kata-kata kesat, Ellia mengetap giginya. Sepertinya, dia memang tiada pilihan lain...
Dua grenade dilempar dengan ketepatan maksimum ke arah Cullen yang berdiri cukup jauh daripada Aelice.
Pada masa yang berselisihan itu juga, api biru di sekitar Aelice bergerak mengepung Aelice yang berada di tengahnya.
Segala proses ini berlaku dengan kitaran beberapa saat cuma dan hasilnya...
BOOMMMMMMMMMMMMM!
Masa seakan terhenti, satu bunyi pun tidak terdengar oleh sesiapa pada ketika itu.
Ellia yang tidak sanggup melihat keputusan akhir pertempuran tersebut pantas memalingkan kepala ke sisi sebelum lekas-lekas memejamkan matanya. Argh, sumpah jantung dia berdegup kencang macam mahu meloncat keluar daripada badannya kerana tekanan keadaan ini!
Sementara itu, CL duduk terkaku di depan skrin komputernya yang tidak semena-mena bertukar gelap tanpa amaran. Nafasnya tertahan-tahan menantikan keputusan battlenya dengan Ellia.
CA, Crowner, Empire dan Rel juga ternanti-nanti bagaimana kesudahan battle ganas yang penuh dengan aura berbeza daripada CL dan Ellia itu.
Kalau dilihat dari segi LR, Aelice dan Cullen berada pada tahap yang lebih kurang sama. Yalah, CL dengan Ellia bertarung tidak ingat dunia dan masing-masing menjadi penyerang yang tidak ditekan oleh pihak kedua, normal apa bilamana LR dua karakter itu terjejas dengan kadar yang sama persis...
Apa yang menentukan hasil daripada battle ini hanyalah waktu kematian Aelice dan Cullen. Persoalannya, serangan siapa yang terlebih dahulu membunuh pihak yang satu lagi?
Tiga minit berlalu, skrin komputer CL dan Ellia yang gelap akhirnya bernyala kembali.
Menyaksikan keputusan di skrin, CL membeku. Biar... Biar betul? Ini kali pertama dalam hidupnya dia mendapat keputusan duel sedemikian rupa!
CA, Crowner, Empire dan Rel turut tergamam melihat skrin televisyen yang mana memaparkan secara langsung imej keputusan pertempuran tadi pada skrin komputer Ellia.
Reaksi menggosok mata, tercengang, menampar diri sendiri, menghantuk kepala kawan, mencubit diri sendiri, minum air panas, menahan diri daripada menjerit, membuat drama air mata dan berdoa diberi kesembuhan penglihatan... Semuanya bersatu menghidupkan suasana gamat di Room 001.
Tika ini, hanya Ellia yang masih leka berendam dalam kegelapan. Segala pancainderanya seolah-olah ditutup terhadap dunia di sekelilingnya.
Keringat dingin hadir di wajahnya dalam pada dia mengeluh berat. Kenapa tiada bunyi yang kedengaran? Server VRS buat hal lagi ke?
"Sofie?" Suara CL yang membawa ketenangan menerpa ke halwa telinganya.
Ellia berkeras memilih diam walaupun suara itu didengarinya. Kenapa CL berbunyi tenang betul? Jangan-jangan... Operasi last minutenya itu gagal ke?
Hesy, andai dia boleh mengubah dirinya menjadi patung cendana buat seketika, pasti dia akan berubah saat itu juga. Dia tidak mahu melihat kekecewaan di depan matanya!
"Kakak..."
"Ellia..."
"Sofie..."
Ha, sudah! Tengoklah, sampai semua sekali berjemaah memanggil dia...
"Dah, jangan cakap apa-apa. I'm going to bed. Jangan cakap pasal result battle ni, I don't want to hear it... I don't even want to know." Rendah nada Ellia melontar kata. Rasa pahit menghuni sukmanya, menelan lenyap seluruh semangatnya yang sangat berkobar-kobar semasa battle tadi.
CL tertawa rendah. "Lady, kau tak tengok lagi ke?"
"Nak tengok buat apa? Buat kecewa aje..."
Terjongket alis semua orang dek respons Ellia itu. Apa yang Ellia sedang fikirkan tentang keputusan battle tersebut?
"Sofie, kau cakap apa ni?" Lembut CL menyoal.
"Eee, dah tahu kenapa, sibuk juga nak tanya!" Geram Ellia jadinya.
"No, wait... Did you misunderstand anything? Lady, don't get me wrong... But, is it that you become illiterate at this very moment or you just don't understand the concept of what's written on the screen?"
Ellia rasa ingin naik angin mendengar pertanyaan CL itu, tetapi sebelum sempat menghamburkan amarahnya, dia dilanda rasa bingung. Kenapa pelik sangat komen CL itu di telinganya? Kalau dia kalah, tidak sepatutnya CL memberi komen seperti itu... Kan?
"Sofie Gracellia, open your eyes now and see the result clearly."
Arahan CL itu menjadi dorongan terbesar untuk Ellia akhirnya membuka mata dan memandang keputusan battle mereka yang jelas ditunjukkan pada skrin komputernya. Entah apa alasannya, dia seperti lembu dicucuk hidung sahaja bila CL bersuara memberikan arahan dengan auranya sebagai seorang ketua.
Detik matanya menangkap sebaris pemberitahuan di skrin komputer itu, Ellia terus rasa dia sedang berhalusinasi. Atau... Komputer dia sebenarnya berhantu dan membuatkan dia nampak pemberitahuan yang lain daripada pemberitahuan sepatutnya?
"Congratulations, Sofie."
"Congratulations, kakak."
"Congratulations, Ellia."
Ucapan tahniah berulang tiga kali yang singkat tanpa kata-kata manis itu melenyapkan segala keraguan Ellia. Jadi, semua ini bukan palsu... Semua ini nyata!
Keputusan battle mereka sesungguhnya...
"Squarely Fair!"
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Patutnya Yna habis tulis chapter ni lebih awal, tapi stuck lama sangat dekat battle part tu๐ญ๐ญ Kalau gempak, tak apalah juga... Ini dahlah berterabur, dah macam apa entah... HUHUHUHUHU๐
Anyway, hope everyone enjoy this chap and see ya' on the next chap~~ Take care, y'allโค๏ธโค๏ธ
โฟปเฏ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐๐๐ เฏโฟป
i) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ณ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ โง โ
You are reading the story above: TeenFic.Net