𝟬𝟴𝟡 β€£ 𝙅π™ͺ𝙨𝙩 π˜½π™šπ™›π™€π™§π™š π™©π™π™š 𝘿π™ͺπ™šπ™‘

Background color
Font
Font size
Line height

TERHENTI tangisan Ellia saat suara itu muncul di corong telinganya. Saat kedua-dua tangannya dialihkan daripada menutupi wajahnya, penglihatannya jadi berbintang-bintang buat seketika sebelum kembali seperti sedia kala.

"I know... You should be hating me now."

Suara yang didengarinya tadi kedengaran lagi, membuatkan Ellia menatap lama skrin komputernya yang masih hitam. Apa ini? Adakah dia sudah gila?

Sedetik kemudian, skrin komputernya kembali berwarna. Karakter Aelice kini berada di arena Duel, lokasinya bertempat di Night Frost Town. Di hadapan Aelice, berdiri satu karakter yang sangat tidak asing pada Ellia meskipun baru pertama kali dia hadapi hari ini.

Vinci, karakter penuh sejarah milik CL.

"How... How come?" soal Ellia dengan nada perlahan, cuba menyembunyikan kenyataan yang dia baru selesai menangis.

"Thanks to my gut feeling, I guess... Aku panjangkan tempoh invitation tu, and on the newly setup, it would expire at 8.30 p.m. Dan tolong... Berhenti menangis."

Ellia mendengus kecil. "Saya tak nangislah... But well, habis tu, kenapa lambat sangat nak terima request saya?"

CA, Crowner, Empire dan Rel menghela nafas perlahan. Yalah, dia memang tidak menangis pun... Air mata dia itu jatuh dari langit.

CL yang tidak berada di situ sewaktu itu pun tahu pembohongannya. Daripada intonasi Ellia yang tertahan-tahan nadanya, dia boleh agak Ellia pasti baru habis menangis. Namun demi menjaga air muka gadis itu, sebaiknya dia beralah sahaja.

"Erm, pasal tu... Blame it on the server. Lagging tak tentu pasal... Takkan salah aku pula, kan?"

"Your fault, saya salahkan awak. Awak yang salah."

Mendengar kata-katanya itu, tawa kecil CL meletus di talian seberang. "Fine, salah aku. Aku yang bersalah kalau server tu buat hal... Yes, it's all my fault."

"I hate you."

Senyap sebentar.

"Aku... Tahu. Memang patut pun kau benci aku, kan aku dah cakap tadi..."

"You left me on read."

Kali ini, CL mengeluh. Dia tahu, dia memang tidak boleh membuat sebarang alasan bagi hal yang satu ini.

"I was wrong."

Ellia mengetap giginya. "Lepas tu, awak buat statement untuk bersihkan nama saya. Just who in the world do you think you are, PK of VRS?"

"You said it already, Sofie. PK of VRS, that's who I am. Aku yang kenalkan VRS kepada kau, aku bertanggungjawab kalau ada apa-apa jadi dekat kau dalam VRS. Kau tak ada kaitan pun dengan masalah aku tu, my lady... You only learnt about it and suddenly you dragged yourself into the mudtrying to fix the whole thing for other people's sake."

Entah mengapa, tiba-tiba sahaja pipi Ellia terasa menghangat mendengar panggilan 'Sofie' dan 'my lady' itu... Sudah beberapa bulan tidak mendengar dua panggilan tersebut, tidak mampu dia nafikan, dia rasa rindu.

Mereka yang menjadi pendengar perbualan dua insan itu menahan nafas masing-masing. Hubungan mereka berdua... Sebenarnya sudah sampai tahap mana? Dengan nada lembut CL yang terselit ketegasan dan niat melindungi itu, mustahil rasanya jika hubungan mereka hanya sebatas kenalan biasa. Apatah lagi, Ellia sendiri sudah semerah tomato dek bicara CL itu. Hmm, fishy!

"I'm not your lady. And you... Bukan ke awak patutnya berterima kasih sebab saya berjaya dapatkan kebenaran yang awak tak mampu dapat?"

"Yes, yes... Aku berterima kasih sangat sebab kau tegakkan keadilan untuk isu tu. Dan lagi... Oh, right... Miss Sofie, is that better?"

"You make me sound old."

CL mengerutkan dahinya. "Celah mana pula yang aku buat kau rasa macam kau tua pula ni? Kau panggil aku sensei and senpai, isn't that tragically older than my 'miss'?"

Ellia tergelak kecil. Rasa berat dalam dadanya terasa ringan sudah tika ini.

"But it's true, awak senpai saya... Tapi, awak juga sensei saya dalam VRS."

"Alright, fine. I can't win against you. Habis tu, kau nak aku panggil kau apa? Gakusei?"

"Lady." Serius nada Ellia menjawab.

CL terkelu lidah. "How's that different─"

"Just now, it's 'my lady'. Now, it's the simple 'lady'. Mestilah different," cantas Ellia laju.

"Ah, right... I'm illiterate, thanks for the guidance."

Tidak pasal-pasal, meletus tawa beberapa orang di Room 001 itu. Elok menjadi pendengar, hujung-hujung terhibur dengan perbualan antara CL dan Ellia.

CL terasa tegang sejenak. Tawa riuh yang kedengaran dari sisi Ellia itu membuatkan dia menghela nafas berat.

"So... Is everyone there?"

Bisu seketika para manusia dalam ruangan tersebut. Suatu soalan yang tidak dijangkakan daripada CL.

"Yes, Leader. Kitorang semua ada dekat sini," jawab Eli setelah beberapa ketika suasana di ruangan tersebut menyepi.

CL tersenyum pahit. "Thanks for the answer, Eli... Dan kau boleh buang panggilan tu. Aku bukan lagi Leader korang."

"Senang betul kau cakap, kan?" Sinis bicara L.

"Allen..."

"Kau sepatutnya tak muncul dalam VRS lagi, kau tahu tak?"

"Aku tahu." Sukar bagi CL untuk mengungkapkan dua perkataan itu, namun tetap dia telan rasa pahit yang muncul di sanubari.

"Tapi... Aku sentiasa harap kau muncul semula."

CL memejamkan matanya. Tidak mudah bagi seorang Blaine Allen untuk berterus terang, dan pengakuan itu jelas berhasil mengocak ketenangan hatinya.

"Can't you come back?" Berbunyi hampir seperti merayu, Sun menyoal dengan mata yang berair.

"CL, mari betulkan semua ni semula," ucap Hope dengan getaran pada suaranya.

"Yes, you just need to come back," tambah Yuki.

"Things would get better if we are together." Bersungguh Dan melemparkan ayat itu.

"We need you..." Alex yang biasanya mempunyai kawalan tinggi terhadap sisi emosionalnya ketika ini juga gagal membendung rasa hatinya. Merah kelihatan matanya menampung cecair yang bertakung hangat di dalamnya.

CL mengepal penumbuknya sambil mata dikatup rapat. Matanya sudah bertukar merah apabila dia membukanya semula. Siapa kata hanya mereka yang perlukan dia? Kenyataannya, dia juga perlukan mereka. Namun realiti, itu tidak semudah bayangan di akal mereka.

Sungguhpun isunya dengan Crowner sudah boleh dianggap selesai, tetapi itu hanya dalam kalangan mereka. Komuniti VRS, baik itu gamers lain, para penggemar mahupun haters... Mereka tidak tahu apa yang berlaku, dan mana mungkin mereka akan menerima penjelasan yang diberikan tanpa kewujudan bukti. Jika dia kembali, Crowner akan menjadi bahan gurauan kerana mengutip semula 'sampah' seperti dirinya.

CL tidak peduli jika dirinya dikutuk, dia baik-baik saja dengan perkara itu. Akan tetapi, kalau ahli-ahli Crowner terlibat sekali, dia tidak akan mampu menerimanya dengan baik. Mereka berhak mendapat Leader yang jauh lebih baik, seseorang yang sekurang-kurangnya tidak akan mudah berputus asa pada saat konflik melanda... Atau mungkin, seseorang yang dapat berkomunikasi dengan baik dan memupuk persefahaman yang cemerlang dalam kalangan mereka. Malah boleh jadi juga, seseorang yang sangat matang pemikirannya dan mampu merangka serta memikirkan segala tindakan dengan sebaik-baiknya. Dan meskipun dia benci untuk mengatakannya, tetapi pada dasarnya, dia tahu... Dia tahu bahawa Crowner lebih layak dipimpin oleh seseorang yang bukanlah dirinya.

"Have you ever thought how it would be like if I return? Crowner akan musnah kalau aku kembali. Glory? Don't even think about it. Crowner takkan dapat kehormatan yang sama macam dulu kalau aku ada dengan korang. Tanpa bukti, tanpa penjelasan yang kukuh... Isu pengkhianatan tu takkan pernah selesai di mata semua orang orang. Dan aku, aku akan tetap jadi sampah di depan diaorang. Korang patut tahu, aku yang sekarang ni... Dah tak layak untuk berdiri di podium tu dengan korang. You can't keep a trash like me in the team, do you get it?"

Bagaikan dipanah petir, Crowner terkedu. Pengiktirafan 'sampah' terhadap diri sendiri, ternyata seburuk itu CL menilai dirinya saat ini. Sesungguhnya, mereka enggan percaya sosok Leader yang sentiasa mereka pandang tinggi itu kini meremehkan diri sendiri sehingga ke tahap yang begitu rendah.

Berapa tinggi jatuhnya CL daripada posisinya dahulu? Berapa dalam luka yang membekas di hatinya? Berapa sukar dia berusaha untuk bangun semula selepas dituduh yang bukan-bukan oleh mereka? Dan paling penting, berapa hina CL memandang dirinya sendiri kala ini?

"If you think it's hard for you to be without me, then know that I feel the same way about you... Korang dah macam keluarga aku, okey? Korang adalah kebanggaan aku selama beberapa tahun ni dan aku tahu, korang akan tetap jadi kebanggaan aku sampai bila-bila. Tak kira seteruk mana korang kena bash, aku kenal korang semua macam mana. Kebolehan korang, tak ada siapa yang boleh gantikan. Sebab tu... Sebab tu, aku rekrut korang jadi ahli-ahli Crowner. It's all because each of you deserve your very own crown for your skills and abilities."

Sendat dada CL mengawal emosi yang berkumpul di situ. Perpisahan yang diharuskan walaupun salah faham telah diselesaikan, rasanya sangat sulit. Namun dia tahu, keputusannya ini bukan untuk kebaikan diri sendiri semata-mata, tetapi buat semua orang. Barulah dia faham sekarang, ternyata memang benar... Hanya kerana ada rasa sayang, bukan bermakna kebersamaan itu dapat dipastikan.

Because sometimes, you just have to let go for what you love to find peace. Not because the love isn't there, but simply because it's there that you ought to let go when things get broken.

"So, you don't intend to come back?" Eli menyoal dengan nada datar, tetapi perasaan di dadanya, hanya dia yang tahu betapa sakit hatinya.

"I just couldn't... Dan percayalah, mungkin memang ni yang terbaik untuk semua orang," balas CL, rendah nadanya.

Daripada balasan CL itu, Eli langsung faham yang CL memang tidak ada niat untuk kembali. Dia lebih dewasa daripada CL, dan tentu sahajalah dia mengerti pemikiran CL. CL membuat keputusan berdasarkan gambaran keseluruhan, dan bukannya hanya berpandukan satu bahagian cuma. Cukup jelas rasanya bahawa CL sedang mengatakan kebenaran ketika dia menggelar dirinya sekarang ini 'sampah'. Tidak, konteks pemikiran Eli di sini bukanlah merujuk kepada CL benar-benar 'sampah'. Sebaliknya, pemikiran komuniti VRS terhadap CL. Di mata mereka, CL sememangnya tidak lebih daripada sekadar 'sampah' kini.

Sejak dunia esports semakin berkembang dari hari ke hari, pengkhianatan dalam dunia esports juga semakin dipandang berat oleh masyarakat. Mereka beranggapan pengkhianatan dalam dunia esports merupakan suatu tindakan keji yang tidak layak menerima toleransi. Pada mereka, tindakan ini sangat mencemarkan semangat berpasukan dan setia kawan yang mestinya ada dalam dunia esports.

Biarpun pada gamers pengkhianatan dalam esports itu sebenarnya merupakan perkara normal yang tidak biasanya dihebohkan, namun efeknya sungguh membunuh apabila isu-isu pengkhianatan itu dimuat naik ke platform media sosial. Mengikut normal, gamers tidak akan membongkar aib satu sama lain di media sosial sesuka hati kerana tertakluk kepada peraturan dunia esports. Sebab itulah, isu seperti pengkhianatan amat jarang diwar-warkan walaupun cukup kerap berlaku. Isu ini hanya akan diterbitkan secara sah sekiranya terdapat bukti yang menyokong kebenarannya, dan semestinya dengan persetujuan rasmi daripada kelab yang menguruskan gamers terlibat.

Sedangkan figura kawan jenis talam dua muka pun boleh dipulaukan di sekolah bersama kawan-kawannya, apa lagi jika itu figura agung dalam dunia esports... Memikirkan hal ini, andai dia kembali kepada Crowner, dengan posisinya sebagai Leader, ahli-ahli teamnya akan turut tercemar maruah mereka malahan Crowner mungkin langsung tidak akan dapat menyertai sebarang pertandingan rasmi VRS disebabkan adanya CL. Pada akhirnya, CL akan sukar menahan diri daripada memandang rendah terhadap dirinya sebagai seorang Leader di bawah ombak ganas yang berterusan menghalang perkembangan Crowner. Dalam keadaan yang paling buruk, CL mungkin runtuh sepenuhnya dari segi mentalnya.

"Prince... I can─"

"Princess, you can't. Money can't solve this matter. Lagipun, kalau masalah ni kena settle dengan duit, have you thought about how would the public react to it? The reputation of the family will be ruined, and people would definitely decline on the company's products as a way of protesting. And for your second idea, I'm so against it. Princess, kakak tak boleh gunakan kekerasan untuk dapatkan pengakuan. Such evidence wouldn't be accepted even if it's the actual one. And I... As your prince, CL tak nak kakak terlibat dalam masalah. Apa lagi, masalah jenayah. One troublemaker is enough for the family, princess. You better care about the old man's heart, he won't be able to take it well if you become a troublemaker too."

Membeku ekspresi Crowner dan Empire selepas mendengar gaya bicara CL dalam nada seorang 'adik'. Apa semua ini? Mereka tidak jangka langsung yang aura PK of VRS itu akan menjadi berbeza-beza mengikut orang yang menjadi lawan bicaranya. Bermula dengan aura kekasih idaman ketika berbicara dengan Ellia, kemudian aura pemimpin semasa beradu kata dengan Crowner dan sekarang, aura adik yang petah berkata-kata saat mendepani CA.

Ellia dan Rel tidak bereaksi keterlaluan sama sekali bila mengenangkan kenyataan yang satu ini. Rel nyatanya sudah terbiasa dengan pertukaran aura CL apabila berhadapan orang berbeza-beza sementara Ellia pula... Dia hanya bergantung dengan naluri sendiri. Intuisinya mengatakan bahawa layanan CL terhadap orang lain adalah berdasarkan identiti mereka dalam hidupnya. Dan kini bila intuisinya benar, cukup normal bagi dia untuk tidak terkejut dengan karakter CL yang seolah-olah asyik berubah dari semasa ke semasa.

Sebagai lawan bicara CL, CA hilang kosa kata sejenak untuk membalas ujaran adiknya itu. Hei! Sejak bila CL jadi semakin petah berbicara?

"Kakak belum sempat cakap apa-apa pun... Prince, kamu tak rasa kamu terlalu confident ke? Idea kakak mungkin tak sama macam yang kamu fikirkan."

CL tergelak halus. "Well then... Do enlighten me. Idea kakak sebenarnya macam mana?"

Masam terus wajah CA. Kenapa dia rasa nada santai adiknya itu seolah memperlekehkan dia?

"Ugh, fine... You really have a good mouth, don't you?"

"Well, quite fine."

"Tapi, kamu nampaknya caring juga pasal family kita."

"No comment to that, princess." Terdengar dengusan CL dari hujung sana.

Rel berdehem kuat, mengganggu perbualan dua beradik itu. Semua orang CL tegur kecuali dia dan Empire... Empire boleh diketepikan sebab mereka tidak rapat dengan lelaki itu. Tetapi, dirinya? Argh, ini tidak adil!

"Ya, Viorel Aerean... Apa halnya yang kau tak puas hati?"

CL tahu betul kaedah Rel untuk mencuri perhatian itu. Taktik murahan Rel, sudah bertahun-tahun dia terbiasa.

"Kaulah, brother... Aku dah jadi orang tengah dengan baik, kau tak ada hati ke main palau aku macam tu aje?" Rel berwajah cemberut.

"Princess, I think you can help on this one issue... I need your help to buy Rel's dream car."

Rata-rata ada kejutan yang tergambar di wajah semua orang mendengar perkataan yang keluar dari mulut CL itu. CL boleh jadi muka tembok juga rupanya!

CA menggulingkan bola matanya. "Amboi, hutang dia main bagi dengan orang aje eh?"

"The credit card from VPB can no longer be used. And you know, the old man already took away my bank card before... Princess, your prince sekarang ni dah tak boleh berlagak macam tuan muda lagi. Prince kena berjimat sehabis baik kalau nak hidup sihat." Dengan nada bergurau, CL melempar kata.

Atmosfera di Room 001 terasa suram sebaik mendengar kata-katanya itu. Bagaimana mungkin roda nasib seseorang boleh berputar sedemikian rupa? Asalnya cucu seorang ahli konglomerat ternama, namun kemudahan yang seharusnya ada ditarik begitu sahaja akibat hubungan kekeluargaan yang keruh. Pun begitu, beberapa waktu yang lalu, dia masih seorang persona besar di dunia esports yang tidak mungkin punya masalah kewangan. Akan tetapi, detik ini... Dia jatuh ke titik yang begitu rendah dalam hidupnya di mana dia sampai harus mempertimbangkan kewajaran melaburkan wangnya untuk apa-apa perkara.

Sedar dengan suasana yang tidak semena-mena berubah itu, CL terbatuk kecil.

"Err, sebenarnya─"

"Fine. Prince... Selama ni, kamu tak pernah minta apa-apa bantuan dengan kakak bila berkaitan duit. So for this matter, consider it as a gift for you." Tidak membenarkan CL menghabiskan ayatnya, CA laju sahaja mencantas.

Rel menelan pahit liurnya. Erk! Kenapa dia rasa macam dia tengah ambil kesempatan terhadap kekayaan keluarga Davies pula?

"Eh, tak... Jangan. CL, aku main-main ajelah pasal kereta tu... Kau ni, aku bukannya kemaruk sangat nak─"

"Tak apa, aku belanja."

Entahlah harus rasa ingin menangis atau tersenyum... Rel merasakan dirinya berada dalam posisi yang aneh kini. Dia tidak mahu dianggap mengambil kesempatan, tapi... Dia juga gembira kerana CL berinisiatif untuk 'menghadiahkan' kereta kepadanya.

"Don't think too much, Rel. Prince dah banyak susahkan kamu, it's only natural that he pay you back this much," ujar CA, enggan membiarkan Rel terus dilanda dilema mental.

Menyambut bicara lembut itu, Rel perlahan-lahan tersenyum. Selama personalitinya tidak disalahfahami, dia tidak kesah. Dia tahu apa yang betul dan apa yang salah. Sekiranya orang-orang percaya dengan kemurnian peribadinya yang satu ini, maka tidak ada alasan untuk dia menolak kebaikan mereka.

"Then, I thank you both."

"No problem." CA tersenyum kembali. Namun tidak berapa lama kemudian, eskpresi wajahnya berubah sedikit. Dia tiba-tiba kelihatan seperti ragu untuk bersuara. Bibirnya bawah digigit kecil sebelum satu soalan dimuntahkan selepas beberapa pertimbangan. "Prince, you... Kamu tak nak balik rumah ke?"

Klangggg!

Bunyi sesuatu terjatuh yang tenggelam timbul itu sayup-sayup ditangkap oleh telinga mereka semua yang berada di Room 001. Tidak pasti apa alasannya, tetapi mereka seperti boleh merasakan aura CL berubah lagi walhal tidak satu ruangan dengannya.

"My presence is

You are reading the story above: TeenFic.Net