Ton dingin yang sangat jelas itu terasa seakan menikam mereka dengan ceracak ais maha tajam. CA sahaja yang tidak begitu terkesan dengannya... Mungkin kerana dia sudah menduga reaksi itu daripada CL.
"Alright, I get it," balas CA, tenang ton suaranya.
"Erm... Jadi, duel antara kau dengan Ellia tetap akan berlangsung ke?"
Demi mengubah situasi yang janggal dan kaku bercampur sedikit kedinginan terselit itu, Rel menapak ke dalam kancah perbualan mereka dengan berani.
CL tersentak sebelum mengeluh kasar sendirian. Haih... Bagaimana dia boleh terlupa soal perkara ini?
"Gosh, thanks for the reminder, Rel. Aku hampir terlupa lepas bincang banyak benda... Jadi, Sofie... Apa pendapat kau? Kau sudi duel dengan aku?"
Rel membalas ucapan terima kasih CL itu dalam hati sahaja, tidak mahu menyibuk di tengah-tengah interaksi CL dengan Ellia.
Diam di posisinya, Ellia tampak cukup serius. Matanya tajam terarah ke skrin komputer.
"I clicked the link already... Masih perlu tanya lagi ke?"
"Alright, jadiโ"
"Tunggu dulu."
Sejurus selepas Ellia memotong ucapan CL, perhatian pantas berpusat pada dirinya. Dia yang menjadi fokus pula bertingkah normal, malah terdapat senyuman nipis yang terbentuk indah di wajahnya.
"I would like to put a certain condition in this duel."
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Iโ Yna tak pasti kalau chapter ni memuaskan hati, 'cuz I feel like this chap is messier than usual๐๐ญ
I don't know nak cakap apa, but anyway... Yna harap korang enjoy. Alright, meet ya' in the next chappp~~๐๐
โฟปเฏ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐๐๐ เฏโฟป
i) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ณ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ โง โ
You are reading the story above: TeenFic.Net