SUASANA sunyi lagikan kelam di bilik Ellia sebaik waktu malam menjelma. Namun demikian, sang empunya bilik itu masih lagi khusyuk dengan pemikirannya tanpa sedar cepatnya masa berlalu.
"The truth is... Aku takkan join perlawanan PQ tu... Dan team kitorang dah tarik diri from participating in IGCC. Tapi, kau tak perlulah nak rasa bersalah ataupun sedih. Akuβ Maksud aku, kitorang okey. In the upcoming years, we believe that we'll have another chance to enter IGCC. So, don't feel bad for us. Oh ya! Kalau kau betul-betul jadi Queen nanti dan kau rasa it's not valid sebab aku tak join perlawanan PQ ni, mari buat Duel. We'll see who the original Queen is then, okay? Grace, cheer up! We'll be watching you after this, and kitorang akan sokong kau habis-habisan. Jadi, kau mesti buat yang terbaik. Aku bukan nak memaksa, bukan juga nak bagi tekanan... But, aku tahu kau pun tahu apa yang kau patut buat. Therefore, go break a leg, alright?"
"Mama dengan papa dah berbincang... Dan kami sepakat nak Ellia fokus dengan satu benda aje sekarang ni. Sweetie, just concentrate on VRS. Don't think about your study anymore. Mama tak nak Ellia tertekan sebab multi-tasking. Jadi, mama dah minta sekolah berhentikan Ellia. I know, sweetie... Ellia mesti sanggup untuk susahkan diri sendiri. Tapi, mama tak sanggup... I can't bear to watch you suffer because of trying to excel in everything. Mama tak nak Ellia sakit, cukuplah selama ni kamu bertahan dengan tekanan... I... I really can't see you do that ever again. Kali ni, I'm freeing you from that pressuring cage, sweetie. So, fly as high as you can. Mama trust you with all my heart. Remember, my blessings and my prayers are with you all the time even when mama tak ada bersama dengan Ellia."
"Papa pun tak nak Ellia rasa tertekan sebab fokus dalam banyak benda. Listen, kalau Ellia rasa risau pasal apa pandangan orang lain bila Ellia nak bekerja di syarikat nanti, here's a thing you should know. Our company tak hire pekerja based on diaorang punya academics background semata-mata. And in case you didn't notice, most of the workers are honestly well-trained in working at the company despite the fact that they're not really great academists. Diaorang semua jadi pekerja yang baik sebab nilai-nilai yang ada dalam diri diaorang. Integriti, kesungguhan dan kekuatan mental, itulah yang buatkan diaorang get hired. Therefore, don't you ever worry about the opinions of others about your academics background. Just grow well, sweetie... Strengthen your mentality, and embrace whatever things coming to you bravely. Papa tahu, papa takkan salah menilai anak papa ni... Your genius is on another level, it's a level that only a few people can reach. Sebab tu, papa tak teragak-agak nak bersetuju dengan keputusan mama untuk minta pihak sekolah berhentikan Ellia. Chase after your dream, sweetie. Get the official spot that you desired in VRS, okay?"
Pesanan Airika, Sienna dan Blair itu melakukan repetisi dalam benak Ellia beberapa kali. Disusuli dengan pesanan adik-adik dan semua rakannya, hati yang tersalut rasa bimbang mula terasa ringan.
They all have hopes on her, so she shall never let them down.
Ellia sangat yakin mereka semua akan tetap setia menyokongnya walaupun dia tidak berjaya mencapai targetnya. Akan tetapi, kerana sokongan mereka itulah, dia sangat menginginkan kejayaan. Dia enggan membiarkan sokongan tegar mereka itu cuma dibalasnya dengan pencapaian yang biasa-biasa belaka. Maka, dia membaja benih keazaman dalam sukmanya agar memberikan hasil yang terbaik buat mereka.
Mengenangkan yang dia hanya perlu fokus kepada VRS tanpa perlu merisaukan akademiknya saat ini, Ellia dapat lapang dada merancang sesi latihan VRSnya tanpa perlu merisaukan pembahagian masa dengan sesi belajarnya.
Nafas dilepas perlahan. Bohonglah kalau Ellia tidak merasa sayang bila terkenangkan NAAC yang tidak lama lagi akan berlangsung itu. Tetapi, dia percaya... Mungkin memang inilah jalan yang terbaik bagi dirinya.
Melakukan banyak hal pada satu masa, itu cuma akan menyeksa dirinya. Dia bukan adiwira yang punya kuasa-kuasa hebat, bukan juga genius yang boleh cemerlang dengan sesi belajar yang sedikit sahaja... Pada kenyataannya, dia cuma manusia biasa yang terhad kebolehan fokus dan bekerjanya. Masakan mungkin dia mampu menguruskan segalanya dengan cemerlang tanpa berasa lelah... Peringkat awal, dia memang boleh bertahan. Tetapi andai dia ingin bertahan sehingga ke akhirnya, perkara itu amatlah mustahil. Ellia tahu batasan dirinya, dan dia sudah cukup dewasa untuk belajar melepaskan apa yang dia patut lepaskan.
At that one phase, when you have to choose what to let go... This is the one thing that you should keep in your mind; a thing or nothing, the choice is in your hand.
People say, you must push your limit. However, at some points in our life, we really can't break that line of limitation no matter how strong our will is. Because we're only mere humans.
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
"Ellia! Bangun woiiiii! Weh, bangun! Dah lewat ni!"
Terpisat-pisat Ellia bangun dari atas katil. Hesy! Manusia manalah yang terlebih rajin mengganggu masa tidurnya pagi-pagi begini?
Dengan tidak bersemangat, lock dibukanya lalu daun pintu ditarik perlahan. Sebaik pintu terkuak, wajah Airika dan CA menjengah kamar mata. Ellia mengerutkan dahi, matanya kemudian dikecilkan untuk mengamati bentuk wajah dua gadis yang berada di hadapannya itu. Dia sedang bermimpi ke apa? Mengapa pula Airika dan CA boleh ada di hadapan pintu biliknya sekarang ini?
"Gosh, kenapa teruk sangat eyebags kau ni?" CA bagai menerima kejutan budaya bila melihat penampilan serabai Ellia yang jelas baru bangun tidur itu.
"Exactly, kau tidur berapa jam aje malam tadi?" Airika memandang wajah Ellia dengan rasa kurang percaya. Sulit dipercayai, ternyata Ellia boleh tampil 'dahsyat' seperti ini jika tidak cukup tidur!
"Hah?"
Pemproses dalam kepala Ellia seolah rosak biarpun suara Airika dan CA itu diterima jelas oleh deria pendengarannya. Macam mereka tengah bercakap bahasa alien pula kepada dirinya!
"My goodness... Better kau mandi dulu, Ellia. Segarkan diri, dan pasang balik suis-suis yang tertanggal dalam otak kau tu. After that, pergi turun bawah."
Airika menghela nafas berat tatkala menyaksikan reaksi blur Ellia terhadap bicara CA itu. "M-a-n-d-i, man-di. N-o-w... Now, Ellia."
"Oh..." Ellia membentuk gegelung menggunakan mulutnya.
"Le-pas tu, tu-run ba-wah. Fa-ham?" Satu demi satu suku kata ayatnya Airika sebutkan.
"Faham."
"Ja-di se-ka-rang, kau pa-tut bu-at a-pa?" Mencontohi Airika, CA turut sama mengucapkan sepatah demi sepatah suku kata ayatnya. Padanya, cara ini berkesan untuk otak Ellia yang masih dalam mod rehat dan bekerja dengan lambat itu.
"Mandi," jawab Ellia sepatah.
Kemudian, dia menutup rapat pintu biliknya. Terkedu habis Airika dan CA yang ditinggalkan begitu sahaja di luar bilik gadis itu.
"Keadaan dia merisaukan," komen CA, jujur.
Airika tersenyum kekok lalu bahu CA ditepuk-tepuk. "She's like this only once in a blue moon. Jangan risau, nanti dia okeylah tu..."
"Hmm, then shall we come down now?"
"Yeah, sure."
Mereka lantas berjalan beriringan menuruni anak tangga. Apabila semua mata di ruang tamu rumah itu melirik mereka, kedua-duanya cuma mampu mengukir senyuman paksa.
"She's fine," ujar Airika. Lengan CA disenggolnya. "Kan, CA?"
"Haah... Dia baru bangun tidur, sekarang tengah mandi. So, kita tunggu dia selesaikan adat dia dekat atas dulu, okey?" Lancar sahaja CA bekerjasama dengan Airika. Lengkung semanis gula pada wajahnya ditayangkan kepada semua orang.
Mereka berdua beradu mata lalu menarik nafas lega bilamana tiada sesiapa yang mengesyaki apa-apa yang tidak kena. Harapan mereka, mudah-mudahan otak Ellia akan kembali berfungsi seperti sediakala selepas selesai mandi nanti.
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
"Kenapa korang ada dekat sini pagi-pagi buta macam ni?"
Soalan yang dilantunkan oleh Ellia seusai kakinya menapak ke lantai ruang tamu itu menyebabkan dia dipandang tanpa berkelip oleh semua orang.
"Kakak... It's almost 12, ni bukan pagi-pagi buta lagi." L berbicara sambil mulut dijuihkan ke arah jam dinding.
"And what's with the eyebags?" Nada Sun yang tidak ubah seperti detektif itu menerbitkan keluhan daripada Ellia.
"Tak dapat nak tidur malam tadi... Otak ni tak nak berhenti bekerja, tahu tak?" omel Ellia yang seolah mempersalahkan otaknya. Sekali dengar, bunyi macam aduan daripada seorang budak pun ada!
"Tapi... Soalan kakak belum ada jawapan lagi. Kenapa korang ada dekat sini?"
Mahu tidak mahu, Ellia mengulang jua soalannya saat dia tidak kunjung menerima jawapan bagi soalan itu daripada sesiapa. Namun melihatkan senyuman yang menjadi hiasan utama bingkai wajah semua orang di depan matanya itu, hati mula terasa berat semacam. Haih... Lain macam sahaja aura senyuman mereka itu!
"Eits! Kakak nak pergi mana?"
Lajunya Ellia, pantas lagi Sun memotong langkah sang kakak. Tangannya didepa luas, menghalang Ellia daripada mendaki anak tangga ke tingkat atas semula. Bahu Ellia dipegang lalu tubuh itu diputarkan menghadap arah rakan-rakan mereka yang lain.
"Kakak tak boleh lari, you need to stay here. Abang, abang jaga kakak ni... Sun nak naik atas, ambil apa yang patut."
Bertukar posisi dengan Sun, L berdiri santai di belakang Ellia sementara adiknya itu pergi ke tingkat atas.
"Apa plan korang ni?" Seram sejuk pula Ellia jadinya. Entah apa yang seramnya, dia pun tidak tahu cara untuk menjelaskan perkara itu!
"Relax, kakak. Bukannya ada yang nak minta kakak buat extreme sports pun."
Sengaja L menyinggung topik extreme sports. Dia tahu benar betapa bencinya Ellia dengan aktiviti sukan-sukan lasak. Sebab itulah, dia menyebut soal topik itu... Ianya bagi menenangkan Ellia yang kian tegang ketika ini.
"Then tell me, kenapa semua senyum macam nak koyak mulut ni? Seramlah!"
L mengemam bibir, menahan tawanya daripada meletus. Ditambah dengan riak cemberut manusia-manusia yang dibilang senyum macam mahu koyak mulut itu, semakin geli hati dia dibuatnya. Nasib baiklah Ellia tidak mengumpamakan mereka bak kucing miang! Tidak dapat dia bayangkan bagaimana reaksi mereka seandainya itulah perumpamaan yang Ellia gunakan.
"Ini senyum manis kut... Mana ada senyum macam nak koyak mulut," bidas Hope, tidak puas hati.
"Kalau nak tahu sangat, bersabarlah... Tunggu Sun turun dulu, baru semuanya akan jadi jelas," kata Dan sebelum sempat Ellia bersuara lagi.
Tidak boleh tidak, terpaksalah Ellia menunggu ketibaan Sun dari tingkat atas. Kira-kira, apa agaknya yang Sun mahu ambil? Dan apa sebenarnya rancangan mereka semua untuk dirinya? Argh, sumpah dia tidak suka terus tertanya-tanya sedemikian rupa!
Tunggu punya tunggu, Sun akhirnya hadir semula di ruang tamu tersebut. Walau bagaimanapun, mata Ellia lekas membesar dek melihat apa yang Sun sedang angkut.
"You guys, apa sebenarnya rancangan korang ni?"
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’β
"Weapon skills kau dah okey, flexibility pun dah okey... This, that... Well, over all, your performance is really nice. Cuma kau ada masalah dengan sesetengah jenis provocation musuh, dan kadang kau cuai dalam arena. Like you don't pay too much attention to secret matrixes and traps. Dan ini bahaya untuk kau, Ellia. Kalau kau tak bagi enough attention dan termasuk dalam perangkap players lain, kau akan kalah dalam sekelip mata. A friendly reminder, just a small mistake can lead you to a fatal tragedy. So, kau kena berjaga-jaga dengan perangkap di arena. Oh, dan kebiasaannya, perhatian kau banyak terganggu masa kena serang dengan musuh... You keep avoiding, but you lose track of their moves. Kadang-kadang bila kau tak perasan dan sibuk mengelak kena attack, masa tu lah musuh akan ambil kesempatan untuk pasang perangkap. Diaorang kelirukan kau dengan serangan bertubi-tubi, tapi pada akhirnya, diaorang bunuh kau menggunakan perangkap yang diaorang sediakan."
Analisis Eli itu dihadam oleh Ellia dengan sebaiknya. Dalam diam, dia mengeluh perlahan. Saat orang yang lebih berpengalaman menyebut satu-persatu kelemahannya, dia terasa begitu kerdil. Nampak sangat yang dia memang tidak jaguh mana!
"Tapi, I ought to praise you for all your brilliant moves, Ellia. Bila kau dikepung musuh, kau tak mudah melatah. Malahan, kau dengan tenang cuba cari cara untuk menang... You even created your own secret traps to guarantee your win. Walaupun kau kata kau kurang berpengalaman dan tak banyak pencapaian, aku rasa semua gerakan yang kau guna langsung tak tunjukkan benda tu. Kau tahu, gerakan-gerakan yang kau guna tu semuanya jenis yang susah dikuasai oleh most solo players. Biasanya, semua gerakan tu digunakan oleh team players. Jarang nak nampak gerakan tu dijayakan oleh seorang player tanpa support players lain macam yang kau buat."
"Hmm... Untunglah. Being raised by the King, surely her moves ain't ordinary." Rel yang terpapar wajahnya pada skrin tablet CA kelihatan tersenyum nakal apabila dia melantunkan bicaranya itu.
Langsung bertukar merah tona wajah Ellia disebabkan usikan tersebut.
"No, dia baik sangat. Walaupun dia tegas, dia tak pernah buat aku rasa down. He's been there when I need him and I appreciate him so much."
Mengenali ayat-ayat yang Rel tuturkan itu, Ellia berasa seperti mahu menjadi halimunan sahaja sekarang.
"Rel!"
"Apa?" Bersama raut wajah yang dibuat-buat suci, Rel menyoal.
"Kau sengaja aje, kan?"
"Sengaja apa? Oh ya! Sebenarnya, kan... Masa tu, CL ada aje dekat sebelah aku. Ingat lagi tak masa tu aku tiba-tiba matikan Public Mic? Tu sebab aku nak minta CL keluar dari bilik aku... Kau tahu tak aku hampir sakit jantung tengok dia senyum bila kau reply aku macam tu? Kalau masa tu hari dah malam, memang sah aku angkut dia jumpa psychic. That homo sapien mana pernah senyum lebar selama ni, you know? Siapa yang dapat nampak bibir dia melengkung sikit atau smirk pun dah kira untung... Tapi masa tu, he freaking grinned right in front of my face. Habis aku kena kejutan budaya! "
"Too dramatic, Rel... Too dramatic," balas Ellia dengan penuh selamba.
"Aku tak bergurau, Ellia. Dia memang tersengih macam orang gila masa tu... Sampai-sampai aku naik risau dengan nyawa aku sendiri. Yalah, mana tahu, kan... Dibuatnya mod gila dia aktif, dan dia pukul aku demi ganti tempat aku sebagai peneman kau main di arena masa tu... Fuh, naya aje!"
"Tapi, dia tak buat macam tu pun, kan?"
Rel mendengus kecil. "Alright, memanglah dia tak buat macam tu... Tapi, cuba bayangkan kalau diaβ"
"The key point is that he didn't. Period."
Dengan wajah pasrah, Rel mengangguk-anggukkan kepalanya. Konklusinya di sini, Ellia jelas tidak suka bila omongannya dibantah. Dia lantas memegang belakang lehernya dengan mata tertutup rapat. Fuh, silap hari bulan, rasanya dia boleh menghadapi tekanan berat jika berlawan kata dengan gadis itu!
"Just why are you becoming more and more like him? CL pun tak suka bila perkataan dia dibantah, and just now when you cut me off with that expression... I'm quite reminded of him. Different response, yet with the same intention and similar aura. Ellia, kau ada terjangkit apa-apa virus daripada CL ke? Tapi setahu aku, virus COVID-19 tu tak ada bagi kesan personaliti berjangkit."
Ellia mengecilkan matanya. "Rel, kau jangan nak merapu, boleh tak? Tak lawak... Sumpah tak lawak!"
"Tak... Sekarang ni, siapa yang tengah buat lawak karut dekat sini, Sofie Gracellia oii?"
"Kaulah! Asyik-asyik nak merepek aje kerja kau..."
Rel mengangkat bahunya sambil dua tangan dinaikkan di kedua-dua sisi tubuhnya sehigga ke paras bahu. "Terpulanglah kau nak fikir aku tengah merepek ataupun tak... Apa yang penting, aku yakin semua orang ada pendapat yang sama dengan aku. Right, folks?"
CA, Crowner dan Empire yang tiba-tiba dilibatkan oleh Rel terus menarik sengihan lebar saat Ellia mengarahkan matanya kepada mereka.
"Geez, I can't believe you guys!" Ellia berdecit kegeraman. Di luar jangkaannya, ternyata tidak wujud waima seorang pun dalam kalangan mereka yang menyokong dirinya.
"Well, kau tak nak percaya dengan cakap kitorang pun tak apa. Tapi, Ellia... Kau kena tahu, apa yang ada dalam hati kau tu," ucap CA. Bersahaja saja nada yang dia gunakan.
"Hmph, apa-apa ajelah! Aku nak join battle lagi..."
Demi mengelakkan isu dirinya dengan CL itu terus-menerus dibahas, Ellia langsung membuat keputusan hendak melanjutkan sesi latihan VRSnya. Manusia-manusia yang secara langsung mahupun tidak langsung ada di ruangan itu bukannya boleh dipercayai... Kalau dilayan, entah sampai bila dia akan dibahan! Haih...
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
Kepala direhatkan ke kepala kerusi malasnya yang berkusyen itu sambil sepasang matanya asyik menghargai pemandangan langit malam di beranda. Sesekali Ellia memutar-mutarkan gelang pemberian CL mengelilingi pergelangan tangannya. Jika dilihat, bagai dijadikan orbit pula pergelangan tangannya itu!
"CL... CL... You're like a ghost in my life. I don't see you anymore, but you leave your traces all around me. Disebabkan awak, saya asyik kena bahan aje semua orang... Kalaulah awak ada dekat sini tadi, mesti tak ada sesiapa berani cakap apa-apa, kan? Especially Si Rel yang becok tu!"
Ellia tersenyum duka dek bait bicaranya itu. Zarah-zarah rindu yang berhimpun menghimpit ruangan dadanya membuatkan dia mengeluh berat.
Sudah lama tidak berinteraksi lagi dengan lelaki itu, sewajarnya sosok tersebut kini menjadi subjek yang tidak berapa penting dalam hatinya. Namun begitu, bukannya berkurang makna dalam hatinya, sosok itu malah semakin merajai pusat hati. Ironi sungguh!
Dia tidak tahu sama sekali CL ada di mana, sedang berbuat apa dan bersama siapa... Tetapi, dia tidak pernah gagal mengingati sebaris nama itu.
They just had some brief moments together, and yet, the pain of their separation still lingers inside herself until now.
Mestinya dia akur dengan kata perpisahan yang termaktub buat kisah mereka berdua kerana pilihan yang CL ambil, namun dia harus akui bahawa dia tidak mampu menerimanya. Salahkah dia andainya dia mula beranggapan yang CL egois? Benar, lelaki itu punya hak untuk menentukan haluannya sendiri. Akan tetapi, CL sepatutnya tahu yang perpisahan perlu diungkapkan dengan betul. CL tidak patut meninggalkan dia begitu sahaja sedangkan lelaki itu membaca semua message yang dihantarnya sebelum akaun
You are reading the story above: TeenFic.Net