ORANG kata, cakap memang mudah, buatnya itu yang susah. Itulah kenyataan yang Ellia harus telan ketika ini. Tetapi untuk menyesal selepas mengajukan suatu deal yang begitu serius, sungguh itu bukan cara seorang Sofie Gracellia. Maka, satu-satunya pilihan yang tinggal kini adalah mencurahkan usahanya sehabis baik yang dia mampu untuk mencapai target deal tersebut.
"Sampai bila kau nak tenung TV tu, Grace oiii? Jangan bagitahu aku yang kau dah menyesal sekarang ni..."
Ellia yang asyik dalam lamunannya terkebil-kebil mendengar bicara Airika itu. Kala pandangan dialihkan ke sisi, kelihatan CA, Crowner dan Empire tengah memandangnya.
"Err... Aku bukan menyesal. Aku cuma berfikir aje..."
"Fikir apa? Fikir macam mana nak mengalah?" duga Airika dengan mata yang mengecil.
"Weh, tak ada maknanya aku nak fikir pasal tu!" bantah Ellia, tidak puas hati dengan andaian tersebut. Apa Airika fikir semangat juangnya itu senipis kulit bawang ke?
"Habis tu, kau fikir apa? Nampak macam terlebih stres aje aku tengok..." CA menyilangkan tangannya ke dada. Raut serius lalu dipamerkan.
"It's like this... Hari tu, aku ada ikut perkembangan semasa calon-calon PQ of VRS. Aku nampaklah berapa ramai calon yang ada... And their achievements semuanya level pro. Aku... Cuma rasa macam... Haih... Macam mana aku nak cakap ni?"
"Rasa macam kau tak layak nak lawan diaorang?" Alex menjongket keningnya.
Lambat-lambat Ellia menganggukkan kepalanya. Memang itulah apa yang dia rasa sekarang ini. Rasa tidak layak hendak menyertai perlawanan untuk menjadi PQ of VRS itu.
Hope kemudiannya mendapatkan Ellia yang sedang duduk di sofa. Usai duduk di sisi gadis itu, bahu Ellia dirangkulnya lembut.
"Ellia, listen... Humble tu memang salah satu sifat yang mulia, tapi untuk merendahkan diri kau sampai ke tahap yang kau ragu dengan diri sendiri... That's a toxic kind of humbleness."
"Betul, betul, betul! Kau kenalah notice kelebihan diri kau, dan percaya dengan kebolehan yang kau ada. Ellia, sonomama no kimi ga subarashฤซ. (Ellia, you are amazing just the way you are.)" Bersungguh-sungguh Yuki bersuara.
"Kau adalah Siea... Girl player yang berjaya menggemparkan komuniti VRS selepas aje kemunculan pertama kau. Kalau itu tak hebat, then I wouldn't know how else do people define the word 'great," ujar Zaire, tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
" True, kau seorang gamer yang hebat. You're no ordinary gamer, Ellia. Itu satu fakta yang kau kena tahu," kata Ingrid pula. Jelas tergambar keseriusan gadis itu melalui ekspresi wajahnya.
"And you see, Ellia... Kau dilatih sendiri oleh CL yang merupakan King utama dalam VRS. That dude is not someone yang orang panggil biasa-biasa. I believe you know this. Jadi, kalau kau tak boleh percayakan diri kau, percayalah dekat CL." Laksana seorang pujangga, Dan mengangkat tangannya dengan penuh dramatik dan emosi.
Pakkkkkk!
"Adoi!"
"Bongoklah kau ni." Eli memutarkan bola matanya, sedikit pun tidak merasa bersalah telah memukul kepala Dan. "Boleh pula kau cakap macam tu... Seolah-olah kau cuma nak Ellia percayakan kebolehan CL, tapi bukan kebolehan dia sendiri. Kau tengah merendah-rendahkan Ellia ke apa?"
Tidak jadi ingin membalas dendam kepada Eli, salah tingkah terus Dan dibuatnya. Matanya bergerak terarah kepada Ellia. "Arr, err, Ellia... Bukan tu maksud aku. Kau jangan salah faham. Kau memang gamer yang hebat, a-aku cuma... Err, aku... Aku..."
Aduh, mati akal Dan mahu menjelaskan erti di sebalik ucapannya itu kepada Ellia! Rasa tidak nyaman lekas datang menggelombang di hatinya.
"Aku faham maksud kau, Dan... Jangan risau."
Ellia mengukir senyum nipis. Walaupun ucapan Dan nyata terdengar seolah mengagungkan CL, dia mengerti apa yang Dan cuba sampaikan. Dan menginginkan dia supaya yakin dengan pilihan CL yang telah memilih dirinya sebagai 'anak murid' sebelumnya. Isi tersirat dalam pernyataan Dan ialah CL tidak mungkin bersusah payah melatih dirinya untuk suka-suka cuma jika dia bukan player yang berpotensi besar dalam VRS.
Dan melepaskan nafas lega, tetapi raut wajahnya masih tersisa sedikit rasa was-was. "Kau betul-betul faham ke ni? Aku tak nak kau salah faham, Ellia... Jujur, akuโ"
"Dan, I know, okay? Aku tak salah faham dengan kaulah... I truly understand what you're trying to tell me."
Eli menyenggol lengan Dan apabila melihat Dan sepertinya ingin mengulangi pertanyaan yang sama sekali lagi. "Haih... Kau ni pun! Ellia kata dia faham, kan? Apa lagi yang kau nak bimbangkan ni?"
Dan mendengus kasar. "Ni semua salah kaulah! Kalau kau tak jadi batu api tadi, tak adanya aku akan rasa tak tenang macam ni!"
"Eh, salah aku pula? Salah kaulah! Siapa suruh tak cerdik bina ayat bagi semangat dekat orang? Double meaning ayat kau tu, tahu tak? Mudah aje orang nak salah faham." Cepat sahaja Eli membela diri. Sebetulnya, tadi dia bukannya tidak faham apa yang Dan cuba katakan. Cuma itulah, dia sengaja mahu mengusik Dan.
"Hush, now kau diam kejap... Giliran aku untuk bagi ayat semangat dekat dia," kata Eli, nadanya berbaur amaran agar Dan tidak mengatakan apa-apa lagi. Dia kemudiannya memandang Ellia dengan aura seorang abang. "Ellia, aku takkan cakap banyak... Cukuplah kau tahu yang semua peserta dalam perlawanan tu nanti berstatus manusia. Tak ada alien, tak ada superhuman... Jadi, kau tak perlu nak rasa bimbang pasal perbezaan kau dengan diaorang. The main point is that they are all humans like you. Therefore, you stand the same chance as they do. Just make believe in yourself and strike your best shot all the time. Sebab perbezaan usaha kau dengan diaorang yang akan menjadi penentu siapa yang jauh lebih layak menjadi peserta dalam perlawanan tu."
"Yes, agreed! Cuma usaha yang akan menjadi penentu segalanya. Walau banyak mana pun pengalaman diaorang, kalau usaha diaorang tak sekuat kau, kisah korang akan jadi sangat berbeza," tokok Claude, menyokong hujah Eli.
"You know, Ellia... Aku sentiasa percaya yang rainbow always come after the heavy rain. Hari tu, kau gagal sertai perlawanan biasa. Tapi, kali ni... Kau ada peluang untuk sertai perlawanan khas edisi PQ of VRS. This time, nothing shall stand in your way anymore, Ellia. Go for it, jangan teragak-agak dan ketepikan rasa rendah diri kau tu." Tulus Alex menguntai bicara. Terdengar lembut sekali intonasinya di halwa pendengaran semua orang.
"Ya, kakak patut percayakan diri kakak. Kakak tak perlu jadi juara, remember? Kakak cuma kena masuk pusingan akhir untuk menangi deal yang kakak buat dengan grandpa tu. Kakak, L yakin... Kakak mesti boleh pergi sejauh tu. But nah, no pressure on you. Just reach however far you could." Dengan senyuman manisnya yang cukup jarang ditonjolkan, L memberikan kata-kata penguat semangat kepada sang kakak.
Sun yang berdiri di sebelah L memaut lengan abangnya itu dengan manja. "Sun setuju dengan abang... Kakak tak perlu paksa diri. Tak kira sampai tahap mana sekalipun kakak berjaya pergi, you will still have us on your back. Kitorang takkan judge kakak macam orang lain... We'll be proud of you no matter what, we'll be sure to support you unconditionally and we'll love you all the way."
"Ellia, you've got this! Don't let your insecurity get in your way," pesan Hoshi. Dia menayangkan penumbuknya secara tegak, simbol pemberi semangat.
"Don't feel down this early, Ellia... Kalau sejak dari awal kau dah tunjuk reaksi down macam ni, kau akan aktifkan mod tak bersemangat dalam diri kau. That positive spirit in you will get burned out by the way you organise your thoughts. So, be positive, girl! I'm rootโ Eh, silap! We're rooting for you, Sofie Gracellia!" Penuh bertenaga CA mengeluarkan ayat penguat semangatnya. Macam gaya cheerleader pun ada!
Kehangatan sokongan padu mereka yang nyata cukup ikhlas itu membentuk lengkung manis di wajah Ellia. Walau bagaimanapun, lengkung itu kembali bertukar rata bila dia tidak menerima respons daripada Airika.
Mengekori jejak mata Ellia, semua orang lantas memandang ke satu arah yang sama. Tidak semena-mena, Airika menjadi sorotan mata mereka semua.
Sebagai maklum balas, Airika sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Lurus pandangannya menuju pada wajah Ellia.
"Sofie Gracellia, Grace, Siea, sweetie, my cousin, my sister and my bestie... Keep putting on that smile, alright? Kau dah dapat sokongan majoriti, apa lagi yang buat kau berhenti tersenyum ni? Oh, I know! Kau nak aku buat ucapan penutup eh?"
Melihat raut wajah Ellia yang sedikit masam itu, Airika tergelak halus. Selang satu milisaat seterusnya, dia kemudiannya bercekak pinggang dengan mata yang dijegilkan.
"Eh-eh, manusia ni, kan! Macam tak reti bersyukur aje..."
Ellia mencebikkan bibirnya. "Fine... Kalau tak terniat nak bagi dorongan, tak payahlah bagi." Bunyi macam merajuk sahaja nada yang digunakannya!
Hujung pangkalnya, Airika datang merapati Ellia. Dia mencangkung di hadapan Ellia dan mencapai tangan kanan gadis itu. Satu pandangan lembut dihadiahkan.
"Kau patut tahu walaupun aku tak cakap apa-apa, Grace... Sokongan aku ada dengan kau. Kau diamond yang rare dalam VRS, I've told you that, no? Lagipun, kau dapat tempat dalam VRS dengan adil. So, of course I would support you. Grace, dengar cakap aku ni... Pencapaian dan pengalaman yang banyak bukan pengukur untuk kehebatan seseorang gamer. Kisah orang berpengalaman yang ditewaskan oleh orang berbakat bukannya tak pernah didengar selama ni... Sweetie, you might not be all familiar with VRS the way other Queen candidates do. You may also have lesser experience and achievement, but never doubt that you have an extraordinary talent in yourself. Kau memang akan kalah kalau semuanya diukur berdasarkan pengalaman dan pencapaian kau selama bermain VRS, aku tak nafikan tu. Tapi bila usaha dan kebolehan yang menjadi pengukur kejayaan, pengalaman dan pencapaian tu akan hilang nilainya di mata ramai orang. Betul, dua benda tu berharga. Yet, you see, people would only care about the victor. Kalau pemenang tu layak menang walaupun dia pendatang baru, diaorang takkan mampu kata apa-apa. I'll give you a close example... You're close with CL, right? Untuk pengetahuan kau, masa dia berjaya pecahkan rekod bekas PK of VRS a few years ago, komuniti VRS sangat riuh. Ramai yang tak percaya, tapi seorang pun tak dapat nak sangkal kemenangan dia walaupun masa tu dia umpama budak hingusan dalam VRS... Sebab apa? Sebab dia buktikan yang dia layak duduk dekat takhta King tu. His final move during that battle was out of anyone's capability, and none could ever present it as perfect as he did. Many shot a few tries, but no one made it. Dan kau tahu apa yang lebih gila? Dia buat encore gerakan tu dalam battle lain dengan mudah dan di luar jangkaan semua orang. From then on, everyone acknowledged him as PK of VRS. Jadi, kau jangan risau tentang status kau sebagai pendatang baru yang tak ada banyak pengalaman dan kurang pencapaian... If he can do it, why can't you? Tak ada sesiapa yang cakap sejarah takkan berulang semula, kan? Perhaps, aside from being close to him, you may as well share the same fate as him too."
Ellia mulai mengesan bahang yang menyelaputi kulit wajahnya. Tanpa dapat dikawal, wajahnya membera merah dek Airika yang selamba sahaja menyentuh topik keakraban dirinya dengan CL.
Senyuman nakal menempati wajah semua yang berada di ruang tamu Crowner Palace itu tika menyaksikan reaksi Ellia yang ketara menahan segan. Rasanya, amatlah tidak mungkin untuk sesiapa gagal memahami bahasa tubuh gadis itu yang mencerminkan perasaan sebenarnya terhadap CL. Ianya adalah fakta bahawa Ellia bukan jenis yang mampu menyelindungkan perasaan murninya dengan baik.
"Erm... Ellia, aku nak tambah sesuatu lagi. Honestly, watashi wa anata no fandesu. (Honestly, I am your fan.) A-Aku dah lama sokong Siea sejak sebelum aku tahu Siea tu adalah kau. I-If you don't mind, boleh aku minta autograf kau?"
Pengakuan malu-malu yang mengejutkan itu mengakibatkan Hoshi mendapat perhatian. Dia langsung menyembunyikan wajah di belakang Zaire disebabkan rasa malu yang menyerbu diri.
"Okey, itu agak unexpected. Tapi, kau minta autograf aje cukup ke? Isn't it better to take a selfie too?" Santai sahaja intonasi Ellia waima tidak menduga yang Hoshi merupakan peminat 'Siea'.
"OMG! Betul ke ni?"
Hilang segala rasa malu yang menghantui, Hoshi memandang Ellia bersama mata yang bergemerlapan. Teruja sangat dengan tawaran tersebut!
"Betullah... Takkan aku main-main pula?"
Bersorak riang Hoshi seusai menerima kepastian itu. Inilah yang dipanggil 'ask less, get more'. Jangan jadi seperti Belanda minta tanah, fellas!
"Erm... Kejap... Ellia, kau faham bahasa Jepun ke?" tanya Zaire, sepenuhnya atas dasar ingin tahu cuma. Hairan dia memandangkan Ellia tidak meminta terjemahan langsung tentang ayat bahasa Jepun yang diucapkan oleh Hoshi dan Yuki sebelum ini.
"You guess." Alis Ellia terjongket sedikit.
Airika tersenyum senget mengenangkan gaya Ellia yang membuat orang berteka-teki sendiri itu. "Sis, don't be cruel and keep them guessing like that."
"Fine, fine, fine... Ya, Zaire. Aku tahu bahasa Jepun, tapi tak adalah fluent sampai boleh buat esei bahasa Jepun yang cemerlang. Ayat Yuki tadi tu... Maksud dia, you are amazing just the way you are. While for Hoshi's sentence, it means... I am your fan. Betul, kan, korang?"
Bimbang pengetahuan bahasa Jepunnya mungkin sudah mereput, Ellia terus berpaling kepada dua manusia pakar yang ada di hadapannya. Well, cari yang expert bila tidak pasti tentang sesuatu adalah salah satu solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Hoshi dan Yuki serentak mengangguk-anggukkan kepala. Ibu jari dinaikkan tinggi, memuji pengetahuan bahasa Jepun gadis itu.
"Dah tak ada soalan, kan? Kalau tak ada soalan lagi, aku nak pergi minta autograf and berselfie dengan idol aku ni." Hoshi memandang satu-persatu wajah yang terdapat di sekelilingnya.
"Aku pun nak juga!"
"Eh, aku pun sama!"
"Aku pun!"
"Eh, aku pun nak!"
"Me too, me too!"
"Me three!"
"Me four!"
"Weh! Aku dululah... Dah kenapa korang merampas giliran ni?"
Tiba-tiba jadi kancah peperangan pula kawasan ruang tamu itu dibuatnya! Habis pusing kepala Ellia dengan gelagat mereka. Haih... Ada-ada sahaja yang ingin dijadikan isu!
Senyap-senyap Ellia menjulang rasa syukur dalam laman hatinya. Dia bertuah... Sangat bertuah memiliki kawan-kawan sejati seperti mereka semua!
Not everyone is blessed to have such great loyal friends. Therefore, great blessing is a true friendship.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Yna terkapai-kapai nak tulis scenes bila mendekati ending ni... Haihhhhh~~๐ฌ And yes, you read that right. Ending cerita ni dah makin hampir... Yna rasa kalau idea-idea dalam otak ni tak bersimpang-siur, before kita sampai ke Chap 100, we'll get to see the ending for sure.
Yna bercadang nak buat sesi soal jawab lepas season pertama cerita ni tamat, tapi... Hmm... Yna rasa takkan ada sambutan. Jadi, maybe tak perlu buat kut? Or Yna mungkin adakan aje untuk suka-suka... ๐๐
Oh ya, gambar bawah ni is the pics of Empire members yang lain... Hari tu, dah tunjuk pic Airika and Claude ennn? So, kali ni Yna tunjuk gambar 3 members yang tersisa tu aje. (Why terasa kejam bila Yna gunakan perkataan 'tersisa' tu eh? ๐ค๐๐๐ Hmmm... Abaikan ajelah~~)
Alright, that's all, meet you on the next chap! ๐ฅฐ๐
P/S: Yna keliru nak guna tulisan Jepun or guna tulisan biasa aje untuk ayat-ayat bahasa Jepun tu, tapi akhirnya Yna putuskan pilih tulisan biasa. HUHUHUHU, Yna bukannya berpengetahuan sangat dalam bahasa Jepun... But ya, memandangkan watak-watak cerita ni dari pelbagai negara termasuklah Jepun, Yna kena juga pamerkan their language enn? So, ehehehe... The credit goes to Google Translate--๐ ๐
โฟปเฏ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐๐๐ เฏโฟป
i) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ณ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ โง โ
You are reading the story above: TeenFic.Net