HAMPIR tidak berjaya makanan melewati ruang esofagus Ellia bila kedua-dua adiknya merenung dia ketika dia sedang elok bersarapan. Nasib baik tidak tercekik sandwic keju yang dihadamnya!
"L dengan Sun ni dah kenapa?" soalnya, tidak betah dengan renungan mereka berdua.
"Kakak... L nak tanya benda serius ni." L berdiri sambil tangannya bertapak pada permukaan meja. "Kakak Airika masih belum tahu lagi ke yang kakak main VRS?"
Ellia mencicip sedikit susu suamnya sebelum mengangkat bahu. "Kakak tak pasti... Sebab Claude kata, dia tak bagitahu sesiapa langsung pasal identiti kakak sebagai Siea termasuklah Airika. Airika pun tak ada cakap apa-apa pasal benda ni, so kakak rasa dia mungkin belum tahu lagi."
"Kakak tak nak bagitahu dia ke?"
Wajah Sun dipandangnya. Dengan helaan nafas perlahan, kepalanya digelengkan.
"Tak. Biarlah nanti terdedah sendiri..."
"Erm... Tapi, kan kakak... Sun dengar kakak Airika pun ada kena invite juga untuk sertai PQ Qualification Match tu nanti. Then, kalau... Kalau, okey? Kalau..." Sun menekan perkataan 'kalau' itu beberapa kali sebelum melanjutkan bicaranya. "Kakak berubah fikiran dan putuskan untuk join PQ Qualification Match tu lepas ni... Are you two going to be fine? I mean, the relationship between the two of you..."
Ellia menongkat dagu sambil pandangannya berubah tidak fokus. Sejujurnya, dia juga tertanya-tanya apa yang bakal berlaku seandainya perkara yang dipertanyakan oleh Sun itu menjadi kenyataan.
"Erm, I don't know... Kakak dengan dia mana pernah berlawan dalam VRS. Kakak jumpa dia dalam arena tu pun baru sekali aje... Jadi, kakak tak tahu apa akan jadi kalau kitorang berlawan."
Kepala L dan Sun terangguk-angguk. Mereka lantas senyap tidak bersuara lagi. Entahkan sudah hilang modal untuk bertanya ataupun sedang memikirkan soalan lain yang patut mereka tanyakan...
Ellia yang menyangka perbualan mereka akan selesai begitu sahaja berura-ura ke singki memandangkan pinggannya sudah kosong. Namun demikian, niatnya terbatal bila L mendadak bersuara kembali.
"Kakak... L tahu kakak dengan kakak Airika memang belum pernah berlawan dalam VRS. Tapi, L harap kakak akan bersedia dengan apa-apa sekalipun jenis situasi dalam VRS... Hanya sebab kakak belum pernah berlawan dengan kakak Airika, itu tak bermakna yang kakak takkan berlawan dengan dia sampai bila-bila. Jadi, kakak kena persiapkan diri kakak... If you have time, I suggest you to go watch some of her battles to identify both strengths and weaknesses of her character, Moana. Yes, my dear sister. If you think I'm telling you to analyze her character, you're very right. L memang tengah suruh kakak untuk analisis karakter kakak Airika. Ini sebagai persediaan... Kalau-kalau you two actually get engaged in a battle. At least, you can read her moves or even better, you may as well take her down."
Kedengaran macam 'dark' betul ucapan L itu. Tetapi, Ellia tahu L bukannya sedang bergurau. Di pentas esports, apabila bertembung dengan lawan di arena, kata sahabat harus diluputkan dari akal. Cuma ada perkataan lawan sahaja antara para peserta tidak kiralah betapa rapatnya mereka di alam realiti. Kerana pada hakikatnya, kemenangan adalah hal utama yang perlu dikejar ketika berada di arena pertempuran.
Akan tetapi, jika difikirkan, ikatan persahabatan seharusnya tidak wajar terkesan dengan status menang ataupun kalah. Sesiapa pun boleh menang, dan begitu juga sebaliknya. Andai kalah, hati kenalah terbuka untuk mengakui bahawa diri masih berkekurangan. Sedangkan kalau menang pula, haruslah mengelakkan rasa sombong dan tetap berusaha memperbaiki lagi diri. Nyatanya, tidak seorang pun tahu apa yang akan terjadi esok nanti. Boleh jadi dia yang kalah hari ini bakal menjadi pemenang hari esok sementara yang menang pada hari ini akan kalah esoknya... Sungguh, nasib seseorang tidak mungkin mampu diduga!
A wise person once said, "Never let success get to your head, and never let failure get to your heart."
Maka, kedua-dua pihak baik yang kalah mahupun yang menang, perlu berusaha lebih lagi. Jangan beranggapan diri akan selalu menang dan jangan pula melabel diri sebagai 'loser'. Segala hal boleh berubah dan tidak ada perkara yang mustahil dalam mengejar impian.
"Kakak faham... Nanti, bila-bila kakak ada masa, kakak akan buat analisis ke atas karakter dia. Alright, ada apa-apa lagi yang L dengan Sun nak pesan ke? Kalau dah tak ada pesanan lain, kakak nak cuci pinggan dengan gelas kakak ni..."
"Tak ada."
"Tak ada."
Jawapan serentak yang keluar dari mulut adik-adiknya itu membuatkan Ellia menghembus nafas lega. Langkah kemudiannya disusun menuju ke ruangan dapur dengan dua tangan memegang kemas pinggan dan gelasnya.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Daddy..."
Airika menunduk sedikit, menyambut dengan penuh hormat kepulangan Brendan.
"Dah makan ke?"
"Erm... Lana dah makan. Daddy pula?"
"Erm..."
Jawapan ringkas itu membuatkan Airika tersenyum perit dalam diam. Jawapan yang sudah lali diterimanya. Daddynya itu memang tidak banyak berbicara kepadanya. Entah apa sebabnya, Airika pun tidak mengerti.
"Daddy! Daddy dah balik rupanya..."
Evangeline berlari-lari anak menuruni tangga. Teruja benar dia melihat Brendan selepas hampir sebulan daddy tirinya itu berada di Mexico!
"Eva, how many times do I have to tell you that you shouldn't be running on the stairs?"
Brendan bercekak pinggang memandang Evangeline yang berdiri di hadapannya itu. Kepalanya digeleng-geleng perlahan.
"I'm sorry, daddy."
Evangeline menunduk, tetapi hanya buat seketika. Selang sesaat kemudian, tangan Brendan sudah naik mengusap kepalanya. Gadis itu langsung tersenyum lebar, menampakkan barisan giginya yang putih berkilat.
Airika yang melihat interaksi manis mereka itu tanpa sedar mengambil beberapa tapak ke belakang. Seperti biasanya, dia hanya berundur dan terus berundur sehinggalah dia menemukan lif yang terletak di ruangan dapur. Dia tidak bersuara sama sekali untuk mengatakan bahawa dia mahu pergi ke biliknya di tingkat atas. Dia sekadar menghilang secara senyap.
It's already been a habit for her to just take a leave in silence, knowing that her presence isn't even something very important to her daddy.
Pantulan wajahnya yang masih tersenyum palsu pada dinding lif itu membuatkan Airika tertawa kecil. Dan pada akhirnya, air matanya mengalir perlahan di pipi.
"Am I not his biological daughter? Mommy... Kenapa daddy tak layan Lana macam anak dia? Lana nak mommy... Lana nak mommy..."
Airika tahu permintaannya itu mustahil. Mengingat fakta bahawa Selena sudah meninggal dunia semenjak 13 tahun yang lalu, dia sedar dirinya cuma mengharapkan suatu perkara yang tidak akan mungkin terjadi. Tetapi, masih lagi... Secebis harapan itu bersemi dalam hatinya.
Dia ingin Selena ada di sisinya semula, mendengar semua curhatannya dan memberikan dia nasihat seperti dahulu. Dia mahu mereka hidup bertiga sama seakan waktu itu; hanya dirinya, Brendan dan Selena. Itu pasti sangat membahagiakan...
Tidak tahu berapa banyak kali Airika menuturkan kata rindu buat mommynya di dalam lif itu, tetapi saat dia bertapak keluar dan berpijak pada lantai tingkat atas, air matanya sudah pun kering.
Walau bagaimanapun, air mata itu kembali membasahi wajahnya sebaik dia memasuki bilik tidurnya. Airika merasa dirinya begitu lemah. Ya, dia lemah.
Semua orang di sekelilingnya mengatakan bahawa dia beruntung mempunyai keluarga tiri yang baik kepadanya. Hal itu memang benar. Airika tahu betapa baiknya hati Aunty Annie dan ramahnya Evangeline terhadap dirinya, namun tidak kira sekuat mana dia berusaha, dia tidak dapat menghapuskan rasa enggan dalam hatinya. Rasa enggan untuk menerima mereka dan menggelar mereka sebagai 'keluarga'. Mungkin ianya tidak masuk akal bagi orang lain bilamana dia mengatakan dia tidak dapat menganggap mereka ahli keluarganya walhal mereka melayannya dengan baik... Tetapi, Airika juga tidak mengerti apa alasannya.
Could it be that it's because she still refuse to let go of her mommy so she can't accept them as her new family? Or was it simply that she's still holding to that beautiful memories of her past where she still had her dream family?
Apa-apapun, hatinya menolak untuk memanggil mereka sebagai 'mama' dan 'adik'nya. Dia boleh memaksakan mulutnya, dan menggelar mereka dengan panggilan itu. Namun, tidak untuk hatinya.
Mengenang bagaimana orang-orang mengatakan mereka iri padanya dan ingin hidup sebagai dirinya, Airika melepaskan tawa.
Populariti? Gelaran? Keluarga yang sempurna? Punya kebolehan gaming yang hebat? Bijaksana dan cemerlang dalam semua aspek?
Tidak ada satu pun daripada hal itu yang boleh mengubati luka dalam hatinya. Apa yang dia mahu selama ini cumalah kasih sayang daripada daddynya... Memandangkan mommynya telah pergi buat selamanya, dia mengharapkan kasih sayang wanita itu yang lenyap daripada hidupnya akan digantikan oleh kasih sayang daddynya.
Sayang sekali, harapannya tidak pernah dapat dia realisasikan waima dia mencuba seberapa keras sekalipun.
"Be a good girl. You have to be strong."
Itu ucapan Brendan untuk memujuknya ketika dia berusia enam tahun, tepat sehari selepas majlis pengebumian Selena. Namun pada hari itu, dia hanya menginginkan pelukan daripada Brendan. Cuma seringkas itu, tetapi pelukan tersebut langsung tidak ada dia dapatkan.
Brendan mengurung dirinya di dalam ruangan peribadinya, membiarkan Airika yang kecil menangisi pemergian Selena sendirian di biliknya yang gelap.
Semenjak hari itu, hari demi hari, hubungan Airika semakin renggang dengan Brendan. Untuk bertemu dengan daddynya ibarat menunggu bulan jatuh ke riba... Brendan pulang larut malam semasa Airika sudah nyenyak tidur. Dan kadangkala dia pulang sewaktu Airika berada di sekolah. Hanya apabila hari cuti cuma, barulah dia akan berada di rumah dan Airika dapat menemuinya dengan bebas.
Pun begitu, terasa semacam ada dinding yang membataskan dia bermanja dengan Brendan. Jika sebelum kematian Selena dia akan dimanjakan oleh Brendan, perkara yang berlaku selepas pemergian mommynya itu adalah sesuatu yang tidak pernah Airika jangkakan. Brendan tidak lagi melayan kerenahnya, jauh sekali ingin memanjakannya.
"You're getting older now. Lana kena belajar untuk berhenti bermanja."
Sangka Airika, Brendan mahu melihat dirinya menjadi matang pada usia muda. Jadi, dia mematangkan diri dan berhenti bermanja. Dia tidak cuba mengganggu Brendan ketika daddynya itu menyelesaikan kerja. Tidak walaupun ketika dia sakit, tercedera ataupun berhadapan dengan masalah.
Kemudian, hari itu muncul. Hari di mana Brendan membawa Annie dan Evangeline datang ke rumah. Pada usia 12 tahun, masakan mungkin Airika gagal membaca niat Brendan memperkenalkan mereka kepadanya. Dia tahu, mereka berdua bakal menjadi pendatang baharu di rumahnya bahkan sebelum Brendan mengatakan hal itu lagi.
"They will be our family soon. Jadi, Lana berkawanlah dengan Eva, okey? Daddy yakin Lana boleh bergaul dengan Eva... Pretty girl daddy ni is a smart girl, right?"
Airika benar-benar ingin menghalang perkahwinan itu, namun siapa dirinya untuk berbuat sedemikian? Brendan sudah membuat keputusan yang muktamad tanpa meminta kebenaran daripadanya. Jadi, walau dia mengatakan 'tidak' kepada perkahwinan itu, Brendan tidak mungkin akan mendengarkan perkataannya.
Sudahnya, Airika mewajibkan hatinya untuk ikhlas dengan perkahwinan itu. Dia memujuk hati sendiri dengan beranggapan bahawa Brendan bakal lebih menyayanginya jika dia membiarkan perkahwinan itu berlangsung dengan lancar.
Tetapi seriring berjalannya waktu, dia mulai sedar bahawa tanggapannya itu hanya sebuah mimpi. Dia cuma berdelusi... Kerana layanan Brendan kekal sama sahaja. Malahan, layanan Brendan kepada Evangeline jauh lebih manis daripada layanan daddynya terhadap dia.
Tidak adil... Sangat tidak adil bila dia melihat Evangeline dimanjakan sementara dirinya diminta untuk 'membesar'!
Airika lalu belajar menyembunyikan perasaan sebenarnya pada kebanyakan masa, terutamanya ketika perjumpaan keluarga. Namun lama-kelamaan, dia mulai muak dengan sisi hipokrit dan sifat suka jaga tepi kain orang dalam kalangan ahli keluarga besarnya. Sebab itulah, dia berhenti mengambil bahagian dalam acara-acara keluarga.
Antara semua sepupunya, jujur dia katakan... Dia paling mahu bersahabat dengan Ellia. Dia tahu mereka sebaya dan dia tahu Ellia mempunyai personaliti yang sangat baik. Ellia sangat matang, lebih daripada dirinya. Dia cenderung hilang sabar dan lebih sering berlawan kata sedangkan Ellia pula penyabar orangnya. Ellia memilih diam demi mengelakkan konflik. Cara yang jauh lebih berkesan dalam menangani masalah berbanding caranya.
Hanya sahaja, dia kadang-kadang berasa cemburu terhadap Ellia. Ellia mungkin menghadapi tekanan daripada keluarga besar mereka, tetapi keluarga kecil Ellia sentiasa menyalurkan kasih sayang yang amat besar kepadanya. Airika begitu cemburu akan hal itu.
Ironinya, mereka menginginkan hal yang ada pada satu sama lain. Hal yang mereka tidak miliki, tetapi ada pada diri orang lain.
Walaupun begitu, dia tidak membenci Ellia dan malah menanam niat untuk merapatkan jurang di antara mereka. Malangnya, niat itu juga gagal dia capai. Jurang antara mereka semakin bertambah dengan adanya tekanan daripada pelbagai pihak.
Lelah menghadapi realiti hidupnya, Airika pun memutuskan untuk mencari sesuatu sebagai tempat dia menghamparkan tekanannya. Seolah ditakdirkan, kala itu, dia menemukan VRS setelah tanpa sengaja menonton satu battle VRS dalam YouTube.
VRS was her escape from the reality, it's where she could kill all the tensions built inside herself.
Bermula saat itulah Airika menceburkan diri dalam VRS, berjinak-jinak dengan kegiatan gaming sehinggalah dirinya mula dikenali di dunia VRS. Dengan character ID Moana dan profile name Waterana, dia mencuri perhatian sebagai salah seorang girl player yang sangat berkebolehan.
Dia mula menyertai pertandingan rasmi VRS yang dijalankan secara kecil-kecilan sampailah dia diundang memasuki VWA. Ketika pertama kali melapor diri di sana, dia bertemu dengan Claude. Persahabatan yang erat cepat sahaja terjalin antara mereka apabila dia mendapati Claude dan dirinya berkongsi beberapa minat yang sama. Setelah itu, dia berkenalan pula dengan rakan-rakan Claude, yakni ahli-ahli Empire yang lain.
Oleh kerana dia memutuskan untuk menghadiri VWA dengan mengikuti online classes sahaja, dia terpaksa berpisah dengan mereka. Tetapi, mereka tetap bersahabat baik walaupun terpisah jarak dan waktu.
Airika membuat keputusan itu memandangkan dia tidak ingin meninggalkan Sekolah Tinggi Gardenistรฉ tanpa menamatkan pengajiannya dengan cara yang sepatutnya. Lagipun, dia mahu melihat ekspresi bangga pada wajah Brendan apabila dia mendapat keputusan cemerlang dalam NAAC nanti.
Sungguhpun demikian, dia bersetuju jua untuk membentuk team Empire bersama dengan mereka semua dan mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan rasmi besar-besaran termasuklah IGCC. Selepas graduate dari VWA, mereka kemudiannya menjadi semakin aktif dalam menyertai pertandingan.
Sepanjang tempoh itu, Airika sempat berharap akan mendapat sedikit perhatian daripada Brendan. Namun, hampa. Tiada langsung calls ataupun chats yang diterimanya ketika dia berada di luar negara. Brendan bahkan tidak menunjukkan sebarang ekspresi saat mengucapkan tahniah kepadanya atas apa-apa kemenangan yang Empire kecapi.
Lebih parahnya lagi, pada kenyataannya, semua itu... Berterusan sehingga sekarang. Airika lelah mengejar perhatian Brendan dan apa yang lebih merisaukan hatinya pada waktu ini adalah kenyataan yang...
Her home isn't homey for her anymore. And what's the meaning behind that?
This place she's living... She's got no family inside it anymore.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Ellia asyik memainkan pen di tangannya. Pada masa bersamaan, matanya tertuju lurus ke arah skrin komputer ribanya. Klip YouTube yang menunjukkan isi topik subjek Psychology itu ditontonnya dengan penuh konsentrasi.
Saat mendengar telefonnya berbunyi, dia segera menekan butang 'pause'. Chat yang baru masuk dibacanya dengan cepat.
AiRilakkuma
Ellia, kau sibuk tak?
Can we meet up?
โโ 14:42
Pen yang tadinya ralit dimainkan Ellia letakkan ke atas meja. Jari-jemarinya laju menaip balasan kepada chat Airika itu.
Aku free aje ni... Kau nak
jumpa dekat mana?
โโ 14:43
Aku belum putuskan lagi...
Tapi, aku rasa tempat
perjumpaan kita bukan
penting sangat... Donโt
I'm more than okay with
that.
โโ 14:44
Ellia sebenarnya berkira-kira untuk menambah ayat berkaitan keadaan Airika sama ada gadis itu okey. Namun pada penghujungnya, dia memilih untuk tidak menambah ayat tersebut. Biarlah Airika sendiri yang berbicara soal keadaannya. Dia tidak akan bertanyakan soalan sedemikian yang mungkin menyebabkan Airika berasa tidak selesa.
Komputer ribanya dia matikan tidak berapa selepas itu. Usai berbuat sedemikian, dia berlalu ke bilik mandi dengan langkah ringan.
Benaknya dibiarkan terisi penuh dengan pelbagai persoalan yang belum punya jawapan. Agak-agaknya, apa yang akan dia bincangkan dengan Airika tatkala mereka bertemu nanti?
"But no matter what her problem is... I'll just stay with her. Because that's what she need, and I know it better than anyone else," tutur Ellia perlahan.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Chapter ni agak penuh dengan part Airika... And honestly, Yna rasa kesian dengan dia. Can't really relate, but her character is basically my creation. So, I got quite emotional... Lagipun, Yna pernah rasa how sickening it is to be ignored. Yna rasa macam better Yna tak payah cakap lagi dah kalau asyik kena ignore... But in the end, I still did the talking though.๐ I let myself feel that pain over and over again, then it became something normal. Kena ignore is something tolerable for me already--๐
Don't know what else to comment... So, bye-bye. ๐ฅฐ
โฟปเฏ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐๐๐ เฏโฟป
i) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ณ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ โง โ
ii) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ท๐ฐ๐ต๐ช๐ฏ๐จ โง โ
iii) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ค๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐จ โง โ
iv) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ
You are reading the story above: TeenFic.Net