BERDIRI bersebelahan dengan keadaan belakang masing-masing disokong oleh palang besi, Airika dan Ellia larut merenung ruang kosong. Kedua-duanya senyap sahaja sedangkan terdapat banyak perkara yang bermain dalam minda mereka.
"Ellia..." Airika mematikan kesunyian antara mereka selepas menentukan topik yang ingin dibicarakannya dengan Ellia.
"Hmm?"
Dia tersenyum mendengar sahutan ringkas Ellia itu. Dahulu, setiap kali dia memanggil nama Ellia, Ellia cuma akan menunduk sebagai tanda hormat dan kemudian berlalu melewatinya. Tetapi sekarang, Ellia akan sentiasa menyahut panggilannya dengan santai dan ramah. Hal itu membuatkan hatinya sangat senang. Ianya menunjukkan bahawa hubungan antara dia dengan sepupunya itu kini sudah semakin membaik.
"How do you define a home?"
Ellia diam sebentar sebelum memulakan bicaranya. "Well, it's a place where you live with your family. Itulah definisi umum untuk 'home'. But for me, it doesn't have to be your blood family... Sometimes, kawan-kawan yang kau dah anggap sebagai keluarga pun dah memadai untuk membentuk sebuah 'home'. Because honestly, home is a place that gives you a sense of security, warmth, love and comfort. And all these things are affordable with the presence of bestfriends."
Airika menghela nafas perlahan. "Tapi, tak kiralah seberapa bermakna pun kawan-kawan yang kita miliki... The value of our family is still on another level, isn't it?"
"Erm... For most people, yes. Tapi, ada juga sesetengah orang yang anggap kawan diaorang tu jauh lebih bermakna daripada keluarga diaorang... There are plenty of reasons why. Well, frankly speaking, semua orang ada pendapat tersendiri... Jadi, aku takkan komen apa-apa pasal isu ni."
Apabila Airika menyepikan diri, Ellia mula dapat memahami konflik yang gadis itu alami. Walau masih agak samar-samar, tetapi rasanya, dia boleh menduga apa yang membebani fikiran Airika sekarang ini.
"Airika... Do you feel like you're losing your home?"
Airika tersentak dengan soalan yang diutarakan kepadanya itu. Tanpa sedar, tangannya menggenggam erat palang besi yang menjadi tempat sandaran belakangnya.
"I... I don't know. Aku rasa penat... It's been so many years already. How come tak ada apa yang berubah? Aku asyik berusaha... Macam-macam aku buat untuk dapatkan perhatian dia. Tapi, kenapa dia tak pernah nak ambil peduli? It's really unfair... I'm his only daughter, and yet we're so foreign to each other. Kenapa dia sentiasa lebihkan orang lain? It's suffocating..."
Ellia terdiam bilamana dia melihat Airika menurunkan cap yang dipakainya. Waima dia cuba menyembunyikan air mata yang sudah meninggalkan jejak di wajahnya, tetapi Ellia tetap sedar akan kehadiran air mata itu. Tindak balas tubuh Airika memang pantas, namun Ellia nyatanya lebih peka dengan emosi Airika.
She had kept her tears hidden in multiple ways before this, so how come she couldn't notice such hidden tears?
Tangannya naik menyentuh bahu Airika, cuba menyalurkan secebis kekuatan kepada gadis itu. Dia tahu apa yang Airika rasakan... Diabaikan walhal sudah mencuba melakukan yang terbaik buat waktu yang cukup lama, rasa itu jelas tidak asing langsung padanya.
Dia dahulunya juga seperti itu. Begitu mendambakan perhatian daripada grandma dan grandpa sehingga kelelahan sendiri dalam proses mencuba mengagumkan mereka... Namun demikian, tetap tidak diperhatikan. Dan pada akhirnya, dia sekadar melukai diri sendiri sahaja.
That feeling was suffocating, depressing and extremely toxic... Had she got another chance to return to the past, she wouldn't even have thoughts on how to seek their attention ever again. No, she'd be a total fool if she repeats that foolish move.
"Aku tahu rasanya berat bila semua usaha kau tak datangkan apa-apa hasil langsung. Jadi, Airika... Instead of focusing on how to get attention from him, why don't you simply focus on yourself? I mean, if you can't have their attention, then what about you capture attention from your own self?"
Airika tergamam sejenak. "A-Apa maksud kau?"
"I'm talking about self-attention, Solana Airika. Selama ni, kau asyik buat macam-macam untuk kejar perhatian daripada a certain someone... Jadi sekarang, macam mana kalau kau buat anything demi meraih perhatian daripada diri kau sendiri? Berbangga dengan diri kau sendiri tanpa berharap untuk orang lain yang buat benda tu... Do things for yourself, and make yourself proud. I believe that's the key for you to lead a better life."
Sesudah melontar bicara, Ellia menghulurkan sapu tangannya kepada Airika. Lambat-lambat Airika menyambut sapu tangan tersebut.
"Tapi, itu bukan benda yang mudah," balas Airika.
"Nobody said it would be easy. Tapi, kau tahu yang kita perlukan perubahan dalam hidup kita untuk buka halaman baru, kan?"
Ellia tersengih tika mendapati Airika mengangguk kecil di sisinya.
"Then... I'll give it a try."
Dia melepas nafas sedikit kuat setelah mendengar balasan daripada Airika itu. "By the way... Kau tahu tak apa nama tempat ni?"
"Greensky Hill, kan?"
"Yep, that's the official name of this place. Tapi, aku panggil tempat ni sebagai Wishing Hill."
Mata Airika lekas bergerak mencari wajah Ellia. "Wishing Hill?"
"Mmm hmm... Sebab tempat ni adalah tempat yang aku selalu datang setiap kali aku rasa penat. It's where I'd always make a wish upon the sky so that everything get better during the hard times."
Ellia mencapai tangan Airika. "Aku ajak kau ke sini sebab aku nak tempat ni jadi salah satu tempat yang boleh bagi kau ketenangan... Under the clear sky, surrounded by the green nature, I'm sure you can definitely find your peace here."
Airika tersenyum nipis lalu tangan Ellia digenggamnya. "Thanks, Ellia, for letting me know about this place... It's really calming here."
"It's my pleasure..."
Dua gadis itu lantas tidak lagi bersuara. Masing-masing ralit menikmati tiupan nafas alam yang mengelus kulit mereka, mewujudkan rasa damai dalam hati.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Kawan-kawan kau dah nak sampai ke?"
Ellia menganggukkan kepalanya. "Diaorang kata diaorang tengah cari tempat parking... Kejap lagi sampailah tu. Kau pula?"
"Same as you... Diaorang pun tengah cari tempat parking juga sekarang ni," balas Airika.
Kedua-duanya asyik memandang dua pintu masuk berlawanan arah ke ruangan makan yang mereka telah tempah khas buat malam ini itu. Tidak sabar benar mahu melihat rakan-rakan mereka bertemu satu sama lain!
Sebenarnya, beberapa hari yang lalu, selepas mengadakan suatu perbincangan peribadi sebaik karnival esports di sekolah mereka itu berakhir, Airika dan Ellia telah bersetuju mengadakan sebuah friendship date. Ya, sebuah friendship date yang melibatkan mereka berdua dengan rakan-rakan mereka. Ianya bertujuan untuk menjalinkan ikatan persahabatan antara rakan-rakan mereka. Singkatnya, mereka ingin lingkaran persahabatan mereka bergabung menjadi satu lingkaran yang sama.
Terdengar sahaja ketukan yang diiringi oleh bunyi pintu dibuka dari kedua-dua arah, Airika dan Ellia pantas bersiap sedia untuk menyambut kehadiran para rakan mereka.
"Ellia!"
"Airika!"
Apabila nama mereka diseru serentak sebaik dua pintu itu terbuka, Airika dan Ellia langsung meletuskan tawa. Lucu tatkala menyaksikan rakan-rakan mereka terus terpaku dengan situasi sewaktu itu.
"Err, Rika... Kenapa... Err, maksud aku... Apa yang tengah berlaku ni?"
Ingrid, ahli perempuan kedua dan terakhir team Empire terus bertanya tanpa teragak-agak. Tidak kuasa dia mahu membuat sebarang tekaan pada masa-masa sebegini!
"Eh! Kau... Kau yang datang ke dewan bersama Claude hari tu, kan?" Hoshi membuntangkan mata seusai mengecam identiti Ellia.
"Eh, betullah! It's you!" Zaire yang baru dapat mengingati wajah Ellia turut bersuara.
Ellia sekadar tersenyum segaris sahaja. Dia lalu mengarahkan pandangannya kepada Crowner yang masih menyepi. Kening dijongket tika pandangannya bertembung dengan mereka.
"Okey... Let me guess. Is this a friendship date?" Sun membuat tebakan.
"Exactly," sahut Airika dan Ellia secara bersamaan.
"Oh... Then hi, korang! Aku Yuki!" Penuh bersemangat Yuki memperkenalkan dirinya. "Yang ni Hope, Dan, Eli, L, Sun dan ni pula Alex..."
Tidak perlu yang lain membuka mulut, Yuki sudah terlebih dahulu selesai memperkenalkan mereka. Riak wajah ahli-ahli Crowner yang lain Ellia lihat pada waktu itu seperti sedang berkata, "And here she goes again... Dia buat macam kita ni tak ada mulut nak bercakap".
Hampir-hampir Ellia tertawa dengan reaksi mereka. Namun begitu, cepat sahaja dia mengawal dirinya daripada tertawa. Dia tidak ingin ketawanya nanti malah mengacaukan mood sesi perkenalan Crowner dan Empire.
Crowner menyapa Empire dengan sederhana ramah sedangkan Empire pula sedikit kekok membalas sapaan mereka itu. Pun demikian, ahli-ahli Empire tetap jua sukses memperkenalkan diri mereka.
"Err... Ko-Korang ni... Korang ni senior Crowner ke?"
Pertanyaan Zaire itu membuatkan seluruh anggota Empire lainnya terlongo, termasuklah Airika.
Crowner yang tidak menjangkakan identiti mereka akan terus terbongkar begitu sahaja juga terkelu untuk membalas. Peka benar budak Zaire ini!
Dek tidak bercadang hendak menipu, Hope hanya tertawa dengan janggalnya. "Err... Ehem... I think, it's better to keep the formality aside."
"Jadi, memang betullah?" Ingrid menekup mulutnya, tidak percaya. "Weh, Zaire! Macam mana kau boleh tahu pula ni?"
"Aku... Err... Aku kenal cap tu. Masa senior I.N buat live hari tu, he wore that cap," jelas Zaire, ringkas.
Secara automatik, L yang tengah bermain dengan cap miliknya langsung direnung oleh Alex, Dan, Hope, L, Sun dan Yuki. Dia rupanya punca yang menyebabkan identiti Crowner terdedah dengan mudah!
"Err... Tapi, topi ni banyak aje dijual dekat mall kut..."
"Oh, I also recognize your hairstyle. Senior I.N tak pernah ubah gaya rambut semenjak his first appearance."
Ulasan tambahan daripada Zaire itu membuatkan L tidak mampu lagi mengatakan apa-apa. Perkara itu memang betul... Dia tidak pernah mengubah gaya rambutnya langsung semenjak kemunculan pertamanya di platform VRS.
"Erm... Peliklah kalau kau panggil aku senior... I mean, we're the same age but you're two months older than me," ujar L.
"Eh? Err..."
Zaire menggaru-garu pipinya yang tidak gatal. Alamak, malu dia di hadapan idolnya itu! Haih... Bagaimana dia boleh terlupa soal umur idolnya sendiri? Argh, ini semua nervous punya pasal!
"That's why aku bagitahu tadi... Better ketepikan aje formaliti tu. Because we're all around the same age," celah Hope.
"Err, then all the tours you two have joined before..." Airika menatap wajah L dan Sun secara silih berganti.
"Well... All the tours were actually tournaments," jawab L.
Meskipun masih agak terkejut dengan identiti tersorok dua adik sepupunya itu, Airika sudah boleh mengawal ekspresinya kini.
Atmosfera janggal yang menyelubungi mereka semua berubah saat tiga orang manusia muncul melalui satu pintu masuk yang sama. Interaksi mesra mereka menjadi sorotan semua orang di ruangan tersebut.
"Err... Korang kenapa?"
Hairan Claude dibuatnya bila merasakan dirinya dipandang oleh semua orang. Pada dasarnya, bukanlah dirinya seorang semata-mata, tetapi juga CA dan Rel yang menjadi teman berbualnya.
"Claude... Kau kenal tak diaorang semua ni siapa?" Ingrid menaikkan alisnya.
Claude melirik sekilas ke arah Crowner sebelum menganggukkan kepalanya. "Mestilah aku kenal..."
"Macam mana pula kau boleh kenal dengan diaorang?"
Hoshi mengecilkan matanya memandang Claude. Macam tidak yakin pula dia yang Claude benar-benar mengetahui identiti Crowner... Yalah, Claude bukannya boleh dipercayai sangat. Pernah sekali Claude mengatakan dia mengenali seorang artis terkenal yang ketika itu sedang trending di Internet, tetapi apabila ditanya bagaimana dia boleh mengenali artis tersebut, dia menjawab, "Macam mana aku boleh tak kenal? Dia, kan manusia macam kita". Fuh, naik darah dia dengan jawapan Claude itu!
"Oh, err... Aku lupa pula bagitahu korang sebelum ni... Sebenarnya, aku ex-schoolmate Eli dan aku juga ex-classmate CL."
"Hah? Apa dia?"
Terbuntang habis mata ahli-ahli Empire mendengar pemberitahuan Claude itu. Lagi-lagi mereka menerima informasi baru yang mengejutkan!
"Biar aku jelaskan... Eh, sebelum tu, let me introduce myself. Aku solo player Rel. Ehem, so ringkasan kisahnya macam ni... Dulu Claude sempat satu sekolah dengan Eli sebelum dia berpindah ke sekolah aku dan CL. That's why he's an ex-schoolmate of Eli and an ex-classmate of CL."
Zaire tergamam. Penjelasan daripada Rel itu tidak lagi dia pedulikan, sebaliknya dia fokus memikirkan identiti Rel. "Ka-Kau Re-Rel? The third-ranked guy player in the world for VRS?"
"Yupsie... Tapi, tak payahlah nak buat muka terkejut sangat macam tu. Kita santai aje..." Dengan nada bersahaja, Rel membalas.
"Wait, aren't you CA?"
Soalan mengejut Airika yang hadir selang sesaat kemudian itu membuatkan CA tersenyum nipis. "Yeah, it's me. Long time no see, Airika..."
Ellia yang memerhatikan interaksi mereka sama sekali tidak berasa bingung bagaimana mereka boleh mengenali satu sama lain. Dia tahu, Airika dan CA pernah bekerjasama selama beberapa bulan dalam satu kolaborasi antara syarikat daddy Airika dengan syarikat keluarga CA sebelum ini. Jadi, ianya normal yang mereka saling mengenali.
"Eh, tapi apa kauโ Tunggu dulu... Could it be that you're related to CL?"
Satu anggukan CA berikan. "I'm his sister."
"Alright, everyone... Apa kata kita semua duduk dulu? Kita bertenang dan makan, then baru slowly have another talk later... What do you think?" usul Ellia setelah melihat reaksi Empire yang seperti hampir mengalami heart attack itu.
Naik bimbang hatinya mengenangkan ahli-ahli Empire yang asyik mendapat kejutan semenjak mereka masuk ke ruangan makan ini. Kalau ada yang sampai pengsan, tak ke naya nantinya? Maka, sebelum itu berlaku, ada baiknya dia mengajak mereka makan dahulu. Biar makanan yang mengamankan keadaan...
Semua orang bersetuju dengan cadangan Ellia itu. Pada detik berikutnya, mereka segera menikmati hidangan yang sudah tersedia sejak dari tadi di meja makan tersebut. Nasib baik masih panas lagi biarpun telah hampir 15 minit dibiarkan tidak bertutup!
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Messynya macam tak boleh bawa bincang... ๐ณ๐๐ Hmm, Yna cuma mampu berharap aje cerita ni akan tamat sekejap lagi...
Agak-agaknya, apa yang kebanyakan penulis rasa bila cerita yang diaorang tulis hampir tamat eh? Sedih or gembira?
Kalau Yna... I think Yna akan rasa gembira. #BerkurangBeban๐๐
Apa-apapun, Yna harap korang boleh faham chapter ni... And see you on the next chap!๐ค๐ค
Note: The Greensky Hill is that hill yang Ellia nak pergi sebelum dia accident in Chapter 1.
โฟปเฏ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐๐๐ เฏโฟป
i) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ณ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ โง โ
You are reading the story above: TeenFic.Net