โ ๐ด ๐๐๐ค ๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐,
แดกสแดษด แดษชสษชแดแด แดกแดs sแดษชสส แดษดแดแดษดsแดษชแดแดs โ
BUKU yang selama ini sentiasa mampu memberikan kedamaian dalam hati Brendan itu akhirnya dia tutup bila mendapati hatinya sama sekali tidak terasa damai walaupun selepas membaca buku tersebut. Dadanya dipegang. Mengapa nalurinya kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena?
Memikirkan Airika, telefonnya lekas dicapai. Walau bagaimanapun, belum sempat dia hendak mendail nombor puterinya itu, dia terlebih dahulu menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dia kenali.
Tanpa banyak fikir, panggilan tersebut terus disambutnya. "Helo?"
"Mr. Brendan Lawrence?"
Suara asing namun jelas sekali suara seorang perempuan itu membuahkan tanda tanya dalam benak Brendan. Akan tetapi, dia tidak terus bertanya apa-apa kepada perempuan tersebut. Sebaliknya, dia mengeyakan sahaja pertanyaan itu.
"Good. Nasib baik tak salah nombor..."
"Kamu ni siapa?" soal Brendan dengan nada waspada.
"Oh, anda tak perlu tahu siapa saya, Mr. Brendan. Apa yang anda perlu tahu adalah... Anak perempuan tunggal anda sekarang ni ada dengan saya."
Berderau darah Brendan mendengarkan hal itu. Airika ada dengan perempuan tersebut?
"What do you want? Dan macam mana aku nak percayakan kau yang anak aku dengan kau?"
Hilang sudah budi bahasa Brendan. Dibahasakan sahaja dirinya 'aku' sedangkan selama ini dia sentiasa berbicara lembut dengan kaum perempuan dan menggunakan panggilan 'saya'. Namun akibat kerisauan yang mendidih dalam dirinya, dia jadi tidak berasa mahu berlembut dengan perempuan itu.
"I'll answer the second question first. Sekejap lagi, saya akan hantar satu gambar kepada anda. Then, anda sendiri yang akan tentukan sama ada orang di dalam gambar tu anak anda ataupun bukan. And for the first question, what I want is just something simple."
Brendan yakin, perkataan 'simple' yang dibubuh pada akhir ayat perempuan itu tentunya bukan seringkas yang disebutkan. Mana pernah ada pemeras ugut yang meminta perkara kecil sahaja di dunia ini!
"What is it? Kau nak duit? Just name the amount."
Kedengaran bunyi tawa di hujung talian, seolah terhibur dengan bicaranya itu. Brendan terasa panas hati pula mendengar tawa perempuan tersebut. Apa perempuan itu fikir dia main-main dengan ucapannya?
"Listen here. Aku tak main-main dengan kau. Kalau kau nak duit, kau tinggal sebut aje berapa yang kau nak. Aku boleh bagi."
"Ayyy, don't get me wrong, Mr. Brendan. Mestilah saya tahu anda serius dengan apa yang anda katakan. Anda orang kaya, siapa aje yang tak tahu tu? So when we talk about money, you surely have no problem with it. But here's the thing... Saya mahu benda yang lain."
Berkerut dahi Brendan jadinya. Bukan duit, tapi benda lain? Benda apa pula yang perempuan itu inginkan?
"To be frank, I don't like giving riddles. So, I'll just say what I want directly. Saya nak anda tukar nama pemilik saham kedua terbesar dalam syarikat anda."
Tukar nama pemilik saham kedua terbesar dalam syarikatnya? Brendan menelan liur dengan sukar. Bukankah itu bermakna dia perlu menggantikan posisi Airika dengan orang lain sebagai pewaris syarikatnya?
"Are you willing to do it, Mr. Brendan?"
"Bagi aku masa dan aku nak pastikan dulu sama ada anak aku ada dengan kau ataupun tak. Selagi kau belum hantar gambar kepada aku, aku takkan layan permintaan kau."
Panggilan kemudiannya ditamatkan secara sepihak oleh perempuan yang menelefonnya itu. Dan tidak sampai beberapa detik menunggu, Brendan segera menerima gambar daripada nombor tersebut.
Brendan membulatkan matanya. Apa yang telah perempuan itu lakukan kepada puteri tunggalnya?
Panggilan video yang diajukan kepadanya Brendan sambut dengan hati yang sudah marak dibakar amarah. "Apa yang kauโ"
Terputus kata-kata Brendan tatkala matanya menangkap sekujur tubuh Airika yang sedang duduk bersandar pada dinding dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dilihatnya kedua-dua tangan dan kaki Airika turut terikat kemas dengan tali yang tebal.
"I was worried you might think that the picture wasn't real. So, saya buatlah panggilan video ni untuk buktikan yang gambar tu bukan gambar edit. Now... Do you believe me, Mr. Brendan?"
Brendan menghela nafas lemah. "Alright, give me some time to think about your request."
"My time is limited. Rasa-rasanya, bila anda boleh putuskan jawapan anda untuk permintaan saya tu?"
Perempuan itu memang terang-terangan ingin menyulitkan dirinya! Seandainya Airika tidak berada dengan perempuan itu, tentu sekali Brendan tidak akan melayan kerenahnya.
"You don't answer, so I'll decide it for you. Mr. Brendan, anda cuma ada masa sehingga malam ni untuk buat keputusan. Tomorrow, if you still don't give me an answer... Get prepared to receive a blood sample."
"Don't youโ"
Brendan mengetap giginya saat panggilan video itu ditamatkan sebelum dia sempat mengugut perempuan tersebut.
"Arghhhh! Kalau dia berani sentuh Lana, aku akan pastikan dia hidup merana sampai dia menyesal pernah hidup di dunia ni."
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Kakak, kakak, kakak!"
Tengah elok menikmati coklat panas buatannya, Ellia segera terbatuk apabila mendengar pekikan Sun yang seperti dikejar hantu itu. Haih... Apa hal pula dengan Sun kali ini?
L yang duduk bertentangan dengannya dipandang, namun adiknya itu cuma mengangkat bahu, petanda tidak tahu apa yang tidak kena dengan Sun.
Ellia mengeluh. Sun... Sun... Ada-ada sahaja fiilnya yang membuat orang mengalami kejutan budaya!
Masuk sahaja ke dapur, Sun langsung mengatur kembali pernafasannya yang sedikit kencang akibat berlari sebelum melangkah laju mendapatkan Ellia. "Kakak, you need to see this," beritahunya dengan tidak sabar.
"Keep your breath steady first," tegur Ellia.
Sun sekadar menganggukkan kepala. Telefonnya lalu dibawa ke hadapan wajah kakaknya itu. "You need to see this," ulangnya lagi.
"Apa ni?"
Video yang dipaparkan kepadanya itu membuatkan Ellia mengerutkan dahi. Video TikTok challenge? Skrin telefon dan wajah adiknya itu kemudian dia pandang secara bersilih ganti. Sudah kenapa pula Sun suruh dia layan video sebegini?
"Kakak, kenapa kakak pandang Sun pula ni?" omel Sun dengan muka masam mencuka.
"Tak... Sekarang ni, kenapa Sun suruh kakak tengok video TikTok pula? Kakak tak berminatlah nak tahu pasal TikTok challenge apa semua tu..."
"Kakak, ni bukan pasal Sun nak kakak belajar TikTok challengelah... Sun nak kakak tengok siapa yang tengah buat TikTok challenge ni and see if you know the person."
Disebabkan Sun yang terlebih bersungguh ingin dia memerhatikan TikTokker yang melakukan TikTok challenge itu, terpaksa jua Ellia melayan video tersebut. Namun baru beberapa saat dia fokus terhadap TikTokker itu, dia pantas mengenal pasti persamaannya dengan seseorang yang dia kenali. Tetapi... Bukankah orang itu sepatutnya berada di bawah tahanan polis?
Mengesan perubahan riak wajah Ellia, Sun lantas meletakkan telefonnya ke atas meja. Dek mula dilanda rasa penasaran, L pantas mengambil telefon itu, dan persis Ellia, raut wajahnya terus berubah dalam sekelip mata.
"This TikTokker... Truly looks like that girl," komen L.
"Kan? Kakak... What do you think? Is it her?"
Kedua-dua L dan Sun mengalihkan pandangan ke arah Ellia yang menyepi selepas menonton video TikTokker itu. Ellia hanya mengangkat wajah bilamana dia tersedar perhatian dua adiknya itu tertumpu padanya. Soalan Sun yang sempat ditangkap dalam pada mengelamun sebentar tadi menyebabkan dia berdehem perlahan.
"Uh... Kakak rasa, diaorang memang mirip. Tapi, untuk kata yang diaorang adalah orang yang sama, don't you think it's quite impossible?"
"I knew you would say that. Jadi, Sun dah buat siasatan ringkas sebelum tunjuk video ni dekat kakak... I asked the police about her, and guess what I've found?" Sun tersenyum penuh makna.
"What?" Serentak Ellia dan L bertanya.
"Pihak polis kata dia dah dibebaskan dengan ikat jamin in December."
L ternganga. "Wait, what? How come?"
Meskipun hal tersebut agak mengejutkan kerana dia tidak menerima sebarang pemberitahuan daripada pihak polis berkenaan pembebasan manusia itu dari penjara, Ellia sebenarnya ada menjangkakan juga perkara itu.
"I know, it's really a shock! This Kylie... Siapa sebenarnya orang yang bantu dia tu?" Sun mendengus kecil.
"Probably her beloved 'mother'," balas Ellia dengan santai.
L dan Sun yang mengetahui serba sedikit perihal ibu angkat Kylie daripada Ellia lekas menayang riak bimbang.
"Tak payahlah buat muka macam tu... Kakak tak rasaโ"
Ting! Tong! Ting! Tong!
Dengan gerakan seirama, Ellia, L dan Sun berpaling tepat ke arah sumber bunyi loceng yang kedengaran itu sebelum saling memandang wajah satu sama lain. Siapa yang datang melawat mereka?
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Ren... Kau okey tak ni?"
Blair menyoal dengan nada bimbang bila melihat keadaan Brendan yang agak tidak terurus. Selama dia mengenali abangnya itu, Brendan hampir tidak pernah sekalipun mengabaikan penampilannya melainkan fikirannya terganggu dengan sesuatu. Kali pertama dia melihat Brendan dalam keadaan sedemikian sebelum ini adalah ketika mama mereka meninggal selepas melahirkan adik bongsu mereka. Dan kali kedua pula adalah sewaktu kematian Selena, satu-satunya wanita yang mampu menakluki hati Brendan.
Pada kenyataannya, Blair tahu Brendan tidak mengahwini Annie atas dasar cinta melainkan kerana mahu Airika mendapat kasih sayang seorang ibu. Meski Brendan awalnya tidak pernah mengatakan hal itu dan kerap mempamerkan kemesraannya dengan Annie, Blair tetap dapat melihat kebenaran yang tersirat di balik hubungan mereka. Sinar mata Brendan yang telah mengungkapkan segalanya kepada Blair, menyingkapkan keadaan hatinya yang sudah mati sejak saat Selena pergi dari hidupnya. Hujung pangkalnya, setelah dia menuntut kebenaran daripada abangnya itu, Brendan akhirnya mengakui jua yang perkahwinannya dengan Annie sememangnya tidak berlandaskan cinta dan seperti dugaan Blair, dilakukan demi memberikan Airika kasih seorang ibu.
"Blair, apa aku nak buat ni? Lana... Lana kena culik!"
"Hah? Apa dia?" Blair terus berdiri dari duduknya.
Sienna yang turut sama terperanjat dengan pemberitahuan itu tergamam. Apa? Airika diculik? Oleh siapa? Dan bagaimana?
"It's true. Blair, aku betul-betul buntu nak buat apa sekarang ni. Penculik tu minta aku tukar nama pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat aku. Tapi, aku... Kalau aku buat macam tu... Kau pun tahu apa maknanya, kan?"
Puas meraup wajahnya, Blair duduk kembali lalu memandang wajah Brendan yang tampak cukup lelah itu. "Mestilah aku faham. Tu bermakna yang kau tukar pewaris kau... Tapi, dia nak kau tukar kepada nama siapa?"
"Itu dia tak bagitahu... Dia kata, dia akan bagi aku masa. Dan rasanya, dia cuma akan reveal the name lepas aku dah buat keputusan. She only gave me time until tonight, and I had to give her my answer tomorrow." Brendan memicit-micit dahinya.
"Wait... She? Orang yang culik Airika tu perempuan?" Hampir menjerit Sienna dibuatnya!
"Yes, aku pun terkejut juga. Tapi, Lana memang ada dengan dia sekarang ni. She video called me earlier today to prove that she really got Lana with her. And it's true... Now, I really don't know what to do! Macam mana kalau dia buat apa-apa dekat Lana? I've lost Selena, I can't afford to lose her too..."
"Alright, Ren, jangan panik dulu. Tak ada gunanya kalau kau panik macam ni... Mari kita fikirโ"
"Ellia, L, Sun... Apa yang kamu bertiga buat dekat sini?"
Suara Vanessa yang tiba-tiba kedengaran itu mengalihkan perhatian mereka bertiga yang ada dalam ruangan tersebut.
Sienna memegang lengan Blair yang sudah berura-ura ingin melihat keadaan di luar ruangan perbincangan mereka itu. "Biar saya yang pergi."
Cuma anggukan kecil yang menjadi balasan Blair. Helaan nafas perlahan dilepaskan tika Sienna berjalan menuju ke kawasan pintu.
"Sorry, bro... Aku rasa, anak-anak aku tu dah ada cita-cita baru. Guess they want to be spies now."
Brendan tersenyum hambar. "It's okay. Tak ada masalah pun kalau diaorang curi dengar..."
Sementara itu, Sienna yang sudah membuka pintu sekadar memerhatikan sahaja bagaimana tiga orang anaknya meminta Vanessa agar senyap. Matanya dikecilkan memandang Ellia, L dan Sun yang belum menyedari bahawa dia berdiri tepat di belakang mereka. Deheman kuat langsung dibunyikan.
Sepantas kilat Ellia, L dan Sun membalikkan tubuh mereka, menghadap tepat ke arah Sienna. Ketiga-tiganya lalu mengukir senyum canggung.
Sienna membalas senyuman mereka itu dengan senyuman yang cukup 'manis'. "Seronok tak curi dengar perbualan orang tua?"
"Ma, Sun ikut sebab abang yang ajak," ujar Sun.
Jelingan tajam diberikan oleh L kepada adiknya itu selepas mendengar apa yang Sun katakan. Apa? Dia pula yang disalahkan?
"I'm sorry, ma... L mengaku L yang ajak kakak dengan Sun curi dengar perbualan mama, papa dengan uncle Brendan. Tapi, ma... L tak ada kenakan sebarang paksaan pun supaya diaorang ikut L." Jujur sahaja L memberitahu.
"I'm sorry too, ma... Ellia tahu, sebagai seorang kakak, Ellia patutnya jadi contoh yang baik kepada L dan Sun. Tapi, Ellia pun ikut curi dengar juga though I know that it's wrong... Jadi, Ellia mengaku yang ni memang salah Ellia. Dan bukannya salah L seorang," kata Ellia pula.
Sienna menghembus nafas perlahan. "Alright, mama tahu kamu bertiga ada rasa ingin tahu yang terlampau tinggi... Jadi, mama tak marah. Mama cuma nak kamu sedar yang tindakan kamu ni tak betul. No matter what, you shouldn't be eavesdropping on people's private discussion. Dan Sun, belajar untuk mengakui kesalahan sendiri. You can't always blame others for something that you yourself have agreed to do."
Sun pantas menghampiri Sienna dan merangkul lengan mamanya itu. "I'm sorry, ma..."
"Eee, manja betul!"
Lembut Sienna mencuit hidung Sun. Sisi manja Sun memang sentiasa meluluhkan hatinya. Dia jadi tidak sampai hati ingin terlalu berkeras dengan puteri bongsunya itu. Tetapi tidak mengapalah, dia tahu Sun tentu akan belajar daripada kesilapannya selagi Sun menerima nasihat dan teguran yang diberikan kepadanya dengan baik.
Tersengih-sengih Sun menatap mamanya. Dia memang sudah cukup arif soal bagaimana caranya untuk memujuk Sienna supaya tidak terlalu berkeras. Namun pada masa bersamaan, dia tetap tidak lupa jua menyemat teguran mamanya itu dalam kepalanya.
"Puan, puan ada perlukan apa-apa ke?" tanya Vanessa yang ternyata masih setia berada di sisi empat beranak itu.
"Teh dengan biskut yang awak hidang tadi masih ada lagi dekat dalam tu, jadi rasanya tak ada apa-apa kut," balas Sienna dengan ramah.
"Oh, err, puan... Boleh tak saya nak minta cuti selama beberapa hari?"
"Cuti? Awak ada apa-apa masalah ke dekat kampung?" Nada prihatin Sienna jelas kedengaran.
"Erm, it's not like that... Sebenarnya, saya baru terima khabar yang adik saya terlibat dalam satu kemalangan masa dia pergi hiking. Sekarang, dia tengah terima rawatan di hospital. My other siblings live quite far away, dan cuma saya yang boleh tengok-tengokkan dia."
"An accident? Then, Nessa... Awak ambil aje cuti selama mana yang awak nak. It's okay."
Vanessa jadi serba salah apabila mendengar kata-kata majikannya itu. Dia tahu, Sienna memang majikan yang baik dan prihatin terhadap pekerjanya. Akan tetapi, sekarang cuma dia seorang maid yang bekerja di vila peribadi ini, adakah benarkah tidak mengapa andai dia bercuti mengikut kemahuan dirinya sahaja?
"Nessa, jangan risaulah... Anak-anak semua dah besar, diaorang boleh bantu saya uruskan rumah ni."
"Then, terima kasih, puan. Dan saya minโ"
Sienna mengangkat tangan sehingga ke paras bahu, menghentikan Vanessa daripada berbicara.
"Jangan minta maaf dekat saya, Nessa. Saya faham situasi awak... Now, don't waste more time. You should pack up."
Vanessa menundukkan kepala, tanda hormat sebelum meminta diri. Bersyukur benar dia dikurniai majikan yang memahami seperti keluarga Sienna ini!
"Harap-harap adik dia cepat sembuh," ucap Sienna.
Ellia, L dan Sun menganggukkan kepala masing-masing. Mereka turut mengharapkan hal yang sama terjadi.
"Oh ya, masuklah... Since the three of you have fun sangat curi dengar perbualan kami sejak dari tadi, better kamu duduk aje dengan kami dalam ni."
Perlian Sienna itu menghadirkan senyuman kelat pada wajah ketiga-tiga anaknya. Memandangkan sudah tertangkap bersalah, mereka bertiga tidak boleh membidas sama sekali. Terpaksalah hadap sahaja jika mama mereka itu mengungkit banyak kali sekalipun!
Satu-persatu daripada mereka kemudiannya menyusuli Sienna masuk ke ruangan perbincangan tersebut, bermula daripada L, diikuti Sun dan diakhiri dengan Ellia.
Seusai masuk ke situ, Ellia sibuk mengelak bertembung mata dengan Brendan. Ada rasa yang sukar digambarkan dalam hatinya setelah mengenangkan cara dia bercakap dengan unclenya itu tempoh hari.
"Ellia?"
Bila namanya diseru Brendan, Ellia tersentak seketika sebelum menyahut dengan kepala yang ditetapkan mengarah ke lantai. "Ya?"
"Thank you... For your words before this. Uncle dah sedar di mana silap uncle selama ni sebab apa yang kamu cakap tu. It's harsh, but I hope you don't feel guilty. Because if you do, it will make you look insincere in saying it."
Terangkat terus kepala Ellia. "Insincere? It was my very honest opinion, how can I be insincere?"
"Sebab kamu nampak macam bersalah. Bila kamu cakap benda yang betul, kamu tak patut bersikap macam kamu bersalah. Instead, show your pride, be confident and do not feel guilty even if it feels bad. You know why? Sebab itu yang tunjukkan ketegasan kamu, and it's the one thing yang akan buat orang tahu kamu serius dengan apa yang kamu cakapkan. Faham?"
"I understand... Tapi, uncle tak marah ke? Yalah, a kid who doesn't even have half your life experiences talked to you in that kind of manner..."
"You said it yourself, it was a daughter's advice. Kamu bercakap sebagai seorang anak perempuan bagi pihak Lana, it's the one position
You are reading the story above: TeenFic.Net