HARUMAN lavender yang semerbak menusuk deria baunya membangunkan Airika dari lenanya. Celik sahaja mata, ruangan serba putih menjadi latar pemandangan. Matahari yang sudah menjelma membolehkan matanya menangkap semua orang yang ada di dalam ruangan itu.
Tidak boleh tidak, dia menumpahkan air mata dek hatinya yang diketuk rasa terharu. Dia tidak bermimpi, bukan? Semua rakannya ada di sini, menemani dirinya dan tidak meninggalkan dia sendirian seperti hari itu.
Waima sedaya upaya dia cuba mengelak membunyikan tangisnya, pada akhirnya Airika tetap jua membangunkan Ellia yang tidur betul-betul di sisi katilnya.
"Aira..." Sedikit serak ton suara Ellia kedengaran.
"I'm sorry... I'm so sorry..."
"Shush... Hey, look at me... Aira, look here. Aku tak marahkan kaulah... Sikit pun tak. Jadi, tolong jangan minta maaf dekat aku."
Semakin berlagu kuat tangisan Airika sehinggakan rakan-rakannya yang lain turut terbangun. Dia sudah tidak peduli, sisi emosionalnya tidak mampu dia bendung lagi daripada meledak saat ini.
"Solana Airika, stop crying. Or else... Kau akan bangunkan semua penghuni hospital ni dengan tangisan kau yang dah serupa utusan syaitan pagi," ujar Ellia.
Terhenti terus tangisan Airika. Tercebik-cebik bibirnya ingin menyambung tangisan, tetapi ditahannya.
"Ma-Mana ada syaitan pagi... I mean, they exist but they don't like being active during the day."
Ellia mengangguk-anggukkan kepalanya. "Good. Nampaknya, otak kau tak terkesan langsung... Still working fast as usual. Apa-apa sekalipun, here... Drink this water."
Airika menyambut muk berisi air suam yang dihulurkan oleh Ellia kepadanya. Bahagian kepala katilnya yang Ellia naikkan menggunakan remote memudahkan dia untuk meneguk air dari muk tersebut. Terasa segar terus tekaknya!
"Ya, Cik Solana Airika? Ada pengakuan yang nak dibuat tak?"
Pertanyaan mengejut itu membuatkan Airika terkebil-kebil. Wajah Ellia dipandang sebelum kepalanya ditundukkan. Sejenak kemudian, keluhan kecil kedengaran daripada Ellia.
"Fine, kau tak nak cakap... Biar aku yang cakap."
Sama seperti Airika, Ellia juga minum dan membasahkan tekaknya. Dia lalu berdehem kecil.
"Listen, Aira... Over the years, we've been growing apart from each other. Padahal dulu... Kita bukannya tak pernah rapat. Did you remember? We were like real sisters, so close and supportive to one another. Sampailah kita mula membesar dan tak berjumpa satu sama lain... With the comparisons between us, we both couldn't adapt to each other anymore. It was too difficult for both of us... Dan aku tak rasa aku perlu ulas panjang-panjang pasal benda ni. Because you know what I know... Aku tahu, kita baru mula berbaik baru-baru ni. Tapi, nampaknya kau tak sedar langsung yang aku masih kenal siapa kau dan macam mana perangai kau walaupun kita dah lama tak rapat sangat."
Airika memainkan kukunya pada permukaan muk yang masih dalam pegangannya. Bibir bawahnya digigit kecil. Tidak berani rasanya dia mahu menatap wajah Ellia!
"With this being said, apa yang aku cuba sampaikan ialah... Aku tahu sejak dari saat kau cuba hentikan aku daripada terus bermain VRS yang kau rahsiakan sesuatu daripada aku. Bila kau cuma tunduk masa perbualan terakhir kita sebelum insiden dekat Roseaviene Mansion tu berlaku, aku dah boleh rasa yang kau tipu aku tentang alasan kenapa kau nak aku berhenti main VRS. You don't like the comparisons between us, oh please... Out of any other reason in this world, you just had to pick that up? Solana Airika, do you think I'm a clown? Otak aku masih berfungsi untuk detect sama ada benda tu masuk akal ataupun tak, okey? Dah berapa tahun kita dibanding-bandingkan dengan satu sama lain, Aira? Aku tahu, kau dan aku... Kita berdua sama-sama dah lali dengan all the comparisons. When we talked about it, we had even made jokes on this matter before this. And it wasn't that long before you figured out that I was Siea. So to hear it as the reason why you wanted me to quit VRS, it really wasn't making any sense."
Hujah Ellia itu didengar sahaja oleh Airika. Dia benar-benar tidak pasti bagaimana caranya dia ingin membalas Ellia sekarang.
"Dan masa di Roseaviene Mansion, kau kena tahu satu benda, Aira... Semua info yang terdedah daripada akaun aku tu tak mungkin kau boleh dapat macam tu aje. There wasn't any sign of anyone hacking my account, and so I figured that it really wasn't you yang dah bocorkan identiti aku sebagai Siea kepada grandma dan grandpa."
Ellia mendengus perlahan. "Weh! Kau memang nak diam aje ke, Aira? Aku penatlah nak bercakap seorang-seorang... Takkan aku yang kena jelaskan satu-persatu benda bagi pihak kau? Bukan patutnya kau ke yang jelaskan semuanya?"
CA, Crowner dan Empire terhibur dengan fiil Ellia itu. Inilah jadinya apabila orang sihat hilang sabar terhadap pesakit!
Airika meletakkan muknya ke meja. Perlahan-lahan wajahnya diangkat memandang Ellia.
"Fine... Ya, kau betul. Semua benda yang kau cakap tu betul... Alright, I'll explain it to you. All these mess began when aku tiba-tiba kena ganggu oleh someone by chats. Awalnya, aku rasa orang tu mesti hater Siea... Masa tu, aku belum tahu lagi yang kau adalah Siea. Dan dia cuba api-apikan aku supaya ikut hate Siea. Tapi, aku just ignore aje sebab kalau Siea tu memang ditakdirkan menjadi Queen, then let it be... Maksudnya, itu takdir dialah, kan? However, that person tiba-tiba hantar video yang... You know, the one that went viral before this. Dia kata, kalau aku tak nak video tu tersebar, aku kena minta Siea berhenti main VRS. And the person revealed that you're Siea. That's why I said all those things to you before this. Aku keliru sangat masa tu... Aku tahu aku patut mengaku dekat kau pasal apa yang aku... Ta-Tapi aku... Aku..."
"Erm, seems like kau susah sangat nak bercakap pasal benda ni eh? Okey, then let me help you again. Takut nanti sampai tahun depan pun kau takkan berjaya cakap pasal benda ni... Alright, I'll just state the main point. You ruined my painting for the last round. Dan kau rasa aku akan marah bila aku dapat tahu pasal benda ni... Tapi, biar aku ingatkan kau. Aira, pertandingan tu berlaku masa umur kita 12 tahun. Sekarang ni, kita dah berumur 20 tahun. It's been almost eight years, you know? Kalau aku masih simpan dendam pasal benda tu, aku rasa aku patut mula gali kubur aku sekarang juga. Sumpah aku akan rasa malu seumur hidup if I actually still hold resentment towards that incident by now! Just what did you have in your mind that you thought our relationship could have been ruined only by this one small mistake of yours? Aira, masa tu... Bukan kau aje yang bersalah, okey? Aku pun bersalah juga. I should have been more prepared in case accidents happen and brought my colouring materials. Yet, aku terlampau yakin yang semuanya akan berjalan dengan lancar... Dan semua benda tu berlaku. Therefore, I'm as wrong as you. However, aku tak rasa kau sengaja buat kesilapan ni... I still remember how on that day you were so sick that you got hospitalized. Benda ni buatkan aku rasa mustahil kau boleh berjalan lurus pergi that room where my painting was put in. Jadi, Aira... Tell me now, how did you actually get to be there?"
Hujung selimut yang menutupi tubuhnya Airika genggam kuat. Dalam diam, berusaha menguatkan mental sendiri.
"You're right. Masa tu, aku memang sakit sangat... I could barely see where I was walking. I thought it was a Godsend when seorang budak perempuan tiba-tiba datang kononnya nak membantu aku pergi bilik rehat. Which I realized to be Demonsend bila rupanya, dia bawa aku ke bilik lukisan. At that one time, dia tiba-tiba tolak aku... Aku memang dah tak bertenaga nak kekal berdiri elok-elok masa tu. So to handle the impact of that push, I really couldn't have made it. Sumpah, aku tak tahu dari mana semua bekas cat tu datang... But aku memang tertendang semua bekas cat tu, dan menyebabkan lukisan kau terjatuh. Then your painting... Ended up getting ruined."
"Then, budak perempuan tu... Kau kenal ke siapa dia?"
"Mmm... Budak tu ialah perempuan yang kurung aku."
"What the hell isโ So, Kylie dah pernah aniaya kakak sebelum dia jadi maid dekat rumah kita lagi?" L mengetap giginya.
"That rottenโ Kakak, ni tak boleh dibiarkan. Mana boleh biar dia setakat duduk dalam penjara aje, kita mesti buat sesuatu." Sun bernada keras.
"Nak buat apa? Nak seksa dia?" duga Ellia, membuat Sun terkedu. "Dengar sini, sunny... Never make yourself lower than anyone who ever did you wrong. Cukuplah dia meringkuk dalam penjara tu, let laws justify what she did."
"Tunggu... Apa maksud korang ni? Grace? What did I miss?" Berkerut wajah Airika mendengar perbualan tiga sepupunya itu.
Ellia membasahkan bibirnya sebelum membuka mulut, memberikan penjelasan.
"Sebenarnya, perempuan yang kurung kau tu atau nama dia, Kylie pernah jadi maid dekat rumah aku sebelum ni. She did a few things yang mengancam nyawa aku. Remember the accident I was involved in? Tu berlaku sebab dia. She almost poisoned me before this too... Tapi, Hope berjaya kesan racun tu. And so, I was saved."
Airika membulatkan matanya. "What a sick person... Dia nak apa sebenarnya?"
"Sebelum ni, dia kata dia nak aku mati for the sake of her mother's happiness. Dan masa tu, aku sedar yang ibu dia... I mean, ibu angkat dia tu sebenarnya salah seorang daripada Lawrence. Cuma... Aku tak pasti siapa ibu angkat dia tu. She just won't give me the name. But you see, Aira... Aku rasa ada banyak benda yang terlampau mencurigakan kebelakangan ni. Masa aku kena kurung oleh grandma and grandpa, kau pula berdepan dengan masalah video tu... Don't you think that it's too much of a coincidence?"
Bila Ellia mengaitkan kedua-dua isu itu, Airika mula tersedar betapa banyaknya kebetulan yang berlaku.
"Now that you say it, it really doesn't feel right... Oh, there's another thing. Back then, gelaran Honored Granddaughter dilucutkan daripada kau cuma sebab kau terjatuh dan tersimbah air dekat someone dalam majlis pewaris muda keluarga millionaire tu. Tapi, aku ingat lagi... Masa tu, kau terjatuh sebab kau berdepan masalah dengan dress kau. However... Grace, aku percaya yang someone stepped on your dress during that time. Walaupun aku tak dapat nampak siapa orangnya, I knew the person did."
"It's still my mistake... Siapa suruh aku pakai gaun labuh macam tu? To be tripping like that back then... It was more than half my mistake."
"I believe kau takkan terjatuh kalau orang tu tak pijak dress kau."
"Yeah, alright... Believe it the way you want it." Ellia beralah jua.
"It's my fault... Kalau aku dapat cari orang tuโ"
"No, bukan salah kau... Ramai orang yang sertai majlis tu, jadi normallah kau tak dapat nak cari orang tu. Alright, now, let's just move on from this topic."
Airika menghela nafasnya. "Okay, as you wish... So, right after that incident, gelaran tu diberikan pada aku. But, aku pun dah hilang gelaran tu sekarang. And it just had to be on the same time when you also were still locked in Roseaviene Mansion. Truly, like how you describe it, what a coincidence it was... Anyway, currently, grandpa mesti tengah merancang nak pilih Honored Grandchildren yang baru."
Ellia mengangguk. "Yes... Dan aku rasa, there'll be tons of dramas that we will get to watch soon. Tapi, apa-apa sekalipun... Sekarang ni, aku tak nak cakap pasal drama. Now, aku nak cakap pasal tindakan kau malam tadi."
Umpama mata pisau, tatapan Ellia jatuh pada wajah Airika dengan tajam. Airika terus tidak senang duduk dibuatnya.
"Aku tahu, aku silap... Fikiran aku cetek sangat. Akuโ"
"You are not alone. I will be here for you... Remember? I've told you so." Ellia memintas. Nadanya terdengar cukup lembut.
Airika merenung ke dasar mata Ellia, cuba mencari kesungguhan di situ. Saat dia menemukan hal tersebut, hatinya terasa melebur hangat.
"Aku tak bencikan kau, Aira, not even once in my life... I admit that I felt awkward with you before, but it's a different story now. Sekarang ni, aku harap sangat yang kita boleh jadi sisters macam dulu semula."
"Grace..."
"Gosh, Aira..."
Ellia menyeka air mata Airika yang tumpah lagi. Dia sudah hilang perkiraan berapa banyak air mata gadis itu yang telah tumpah semenjak waktu Airika sedarkan diri tadi.
Airika merangkul lengan Ellia, melepaskan tangisannya pada lengan itu. Biarlah dia hamparkan semua air matanya kini di hadapan semua orang... Dia sudah cukup lelah memenjarakan emosinya sendirian selama beberapa tempoh ini.
"Look, isn't it easier like this? If you just tell the truth and we communicate well, semuanya akan jadi okey. Every relationship in this world need good communication to continue running well. Bila satu pihak tak sudi nak berkomunikasi dengan baik dan jujur, masa tu lah semua benda kecil akan mula membesar jadi masalah. Therefore, let's keep communicating like this, okay?"
Pesanan ringkas tetapi bermakna itu mewujudkan suasana yang sukar digambarkan auranya di wad Airika. The deep meaningful message simply open up every single heart of the people inside the room, and let them understand how important is a good communication.
"Maafkan kitorang, Rika..."
Ingrid bersuara rendah. Dia memandang Airika dengan tatapan penuh rasa bersalah. Di sisinya, CA, ahli Crowner dan Empire turut menunjukkan reaksi bersalah. Bukan dengan gaya yang sama, tetapi raut wajah mereka semua sungguh ketara menyatakan apa yang tersirat dalam hati masing-masing.
"Tak apa... Aku harap, korang semua pun sudi maafkan aku. Semua benda ni... Awalnya memang salah aku. Sebab aku tak pandai berkomunikasi dengan korang... So, if there's anyone that must be blamed, it should be me."
Belum pun sesiapa dapat mengutarakan tentangan mereka kepada ayat Airika itu, pintu wad Airika secara mengejut terkuak dari luar. Tidak pasal-pasal, seluruh tumpuan berpusat pada pintu wad tersebut. Atau lebih tepatnya lagi, individu yang berada di kawasan itu.
"Tak, kalau memang ada sesiapa yang perlu dipersalahkan... Orang tu semestinya adalah daddy, Lana."
Airika terpana. "Da-Daddy?"
Brendan menatap ke arah Airika sebelum menukar arah pandangannya itu kepada Ellia. Redup matanya memandang Ellia, menyampaikan hajatnya dalam senyap.
Seulas senyum nipis hadir pada wajah Ellia. Dia faham erti pandangan itu.
"Korang, mari keluar dulu..."
Dalam pada bingung, tiada seorang pun yang membantah ajakan Ellia itu. Satu-persatu daripada mereka meminta diri dengan Airika dan Brendan lalu meninggalkan wad tersebut.
Ellia yang merupakan orang terakhir di wad itu menghalakan pandangan ke arah pasangan anak dan bapa tersebut secara bergantian.
"Aira, uncle... I wish, this time, you two can communicate well. I'll get going first..."
Baik Airika mahupun Brendan, tidak seorang pun membalas ucapan Ellia itu. Akan tetapi, Ellia tidak mengambil hati terhadap hal tersebut. Sebaliknya, dia sekadar keluar dari wad itu dan menutup pintu dengan senyap. Apa yang perlu Airika dan Brendan selesaikan, harapnya boleh mereka selesaikan dengan cara yang sepatutnya.
Like how she said it, good communication matters. Only by learning how to communicate with each other can the problems be solved nicely.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Why otak Yna makin kerap jammed sekarang ni bila nak tulis sambungan chapter sebelumnya? ๐๐ญ This is so frustrating-- Yna plan nak habiskan the 1st season of this story secepat mungkin, tapi... Haih... Humans may only plan, but never to execute everything the way we want it to be.
Okeylah, bye-bye... And so sorry for the chapter yang semakin lama semakin hambar.
Someone, tolong bagitahu Yna... Patut tak Yna tukar title story ni dan genrenya sekali? ๐๐๐ (Mesti tak ada siapa nak jawab, hmm... Tak apalah~ *gigit tisu ๐พ๐พ๐พ)
โฟปเฏ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐๐๐ เฏโฟป
i) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ณ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ โง โ
You are reading the story above: TeenFic.Net