๐ช๐๐ฅ๐ก๐๐ก๐: ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐จ ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฃ๐ง๐๐ฅ ๐๐ก๐๏ผ๐ซโ ๏ธ
SESUDAH memarkirkan kereta, Airika meraup wajahnya beberapa kali sebelum turun dari keretanya itu. Lama dia memandang vila yang berdiri megah di hadapannya kini. Tanpa dapat dikawal, rasa sebak mula berhimpun memenuhi ruang hatinya. Seinfiniti kenangan silam terlayar dalam kepalanya, mendatangkan bayangan ilusi ke deria penglihatannya. Seolah baru semalam, semua itu berlaku.
Vila itu adalah vila yang menjadi tempat tinggal Airika bersama Brendan dan Selena suatu masa dahulu. Dan kerana itulah, ianya suatu tempat yang cukup istimewa dan punya ruang tersendiri dalam hati Airika.
Walau bagaimanapun, Airika hairan mengapa Brendan mengajaknya datang ke vila yang telah lama mereka tidak jenguk ini. Selama ini, walaupun mereka tidak lagi tinggal di vila itu, dia tahu bahawa Brendan tetap mengirim orang untuk membuat pembersihan di situ. Akan tetapi, Brendan sepertinya tidak pernah berniat untuk kembali ke sini. Lalu, mengapa sekarang Brendan ingin menemuinya di tempat ini?
Andai ditanyakan pada Airika, tentu sekali dia mahu kembali ke vila ini kerana di sinilah letaknya semua momen indah yang mereka bina bersama Selena semasa mamanya itu masih ada. Namun disebabkan Brendan yang tidak pernah menunjukkan niat untuk menjenguk semula vila tersebut selepas mereka berpindah ke rumah baharu, Airika pun mengurung niatnya itu.
Apabila menyedari tiada sebarang kenderaan lain yang terparkir di situ, Airika mula berasa tidak sedap hati. Seingatnya, kenderaan yang dia lihat tadi cumalah satu motosikal hitam yang entah ke mana pemiliknya. Sekarang bila dia fikirkan, terasa semacam pelik pula mengapa motosikal hitam itu boleh ada di suatu kawasan yang terpencil sebegini.
Seakan terdengar-dengar dentingan loceng yang menandakan bahaya, Airika meneguk air liurnya. Baru sahaja dia ingin berpusing semula membuka pintu kereta, tiba-tiba...
Bukkkkkkkkk!
Pandangannya berubah kelam seusai terasa suatu objek yang keras menghentam belakang kepalanya. Dalam keadaan separa sedar, matanya cuma dapat menangkap kelibat seseorang berhud hitam dan memakai pelitup muka.
Terasa macam deja vu, tetapi dia tidak pernah melihat sesiapa dengan bentuk tubuh seperti ini... Jadi, siapa dia? Sungguh, Airika tidak mampu mengecam identitinya langsung.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Bushhhhhhhh!
Airika tersedar sebaik tubuhnya disimbah air yang maha sejuk suhunya. Suasana bilik yang agak gelap walaupun hari masih pagi itu membuatkan dia bingung dia sedang berada di mana. Namun begitu, dia cepat sahaja sedar bahawa dia bukannya berada di vila keluarganya.
Satu sosok tubuh yang berdiri membelakanginya menjadi pusat tumpuan Airika. Tajam matanya memerhatikan setiap gerak langkah manusia itu.
"Kau nak apa?" tanya Airika sambil menahan rasa perit pada tekaknya yang kering.
"Oh, nampaknya kau tak panik... The tone of your voice clearly shows your bravery."
Balasan yang sama sekali tidak menjawab soalannya itu membuatkan Airika mendengus perlahan. "And that reply of yours is not the answer to my question."
Manusia di hadapan Airika itu melepaskan tawa kecil sebelum membalikkan tubuhnya, menghadap ke arah Airika. Daripada pemerhatian dan pendengaran Airika, individu itu seorang perempuan. Tetapi, Airika masih tidak dapat menentukan identitinya. Dia bahkan tidak yakin sama ada dia mengenali perempuan itu.
"Fine, kau nak tahu apa yang aku nak, kan? I'll tell you. Aku nakkan something grand from your daddy, and... Maybe, I want you to suffer a little?"
Ianya adalah suatu pembohongan jika Airika mengatakan bahawa ucapan itu tidak menggentarkan hatinya. Namun dia tahu, di hadapan perempuan itu, dia sama sekali tidak boleh menunjukkan rasa gentarnya.
Because the more you show that you're afraid, the more people would believe that they're powerful enough to gain control over you.
Airika meringis kesakitan saat dagunya secara tidak semena-mena dicengkam kuat. Namun dengan berbekalkan tenaganya yang tersisa, dia berhasil melepaskan dagunya daripada cengkaman itu. Walau rasa sakit terasa mencarik-carik kawasan dagunya, dia tetap memasang riak bersahaja.
"Kau takkan dapat apa yang kau nakkan tu."
"Oh, macam tu eh? We'll see, Solana Airika..."
"Siapa kau ni, hah?" Kasar nada Airika bertanya, tidak mengendahkan bicara perempuan itu yang seperti tengah mengejeknya.
"Siapa aku? Gosh, I'm hurt... Takkanlah kau dah lupakan aku, hmm? You couldn't possibly have forgotten about me, no?"
Kekeliruan mengasak dada Airika tika respons perempuan itu didengarinya. Dia tahu, ada kemungkinan bahawa perempuan itu mungkin tidak serius dengan omongannya. Akan tetapi, akalnya seakan membenarkan yang bicara itu bukan sekadar omong kosong belaka.
"Uh-oh... Our little miss Solana Airika looking quite uncertain now. What's wrong, hmm?"
Perempuan tersebut memintal-mintal rambut Airika, membuatkan Airika jadi rimas dengan tingkahnya itu. Ditambah lagi dengan renungan perempuan itu yang benar-benar mewujudkan rasa tidak nyaman dalam hatinya, Airika sejujurnya sangat ingin menjauh daripada perempuan tersebut. Tetapi apakan daya, kedua-dua tangan dan kakinya kini diikat dengan tali keras nan tebal. Amat sulit untuk dirinya melepaskan diri begitu sahaja!
"Stay away from me."
Entah apa yang lawak daripada ayatnya itu, tetapi perempuan tersebut tertawa mendengarnya. Airika pun mula beranggapan bahawa perempuan di hadapannya itu besar kemungkinan merupakan seseorang yang punya masalah mental.
"Kau cuba sembunyikan, tapi kau tak mampu... You're scared, aren't you? Aku boleh nampak tu daripada mata kau. Kenyataan yang kau... Sebenarnya takut. Agaknya, apa yang kau paling takutkan sekarang ni eh? Kau takut yang kau takkan boleh pulang ke rumah lagi? Atau kau takut kau akan mati di sini? Ataupun... Kau takut dengan masa depan kau?"
Airika tidak menyahut, hanya matanya yang setia membalas pandangan perempuan itu. Kala perempuan itu tunduk secara mendadak dan mula membuka ikatan pada kakinya, Airika terpempan sendiri. Sejenak kemudian, ikatan pada tangannya pula dileraikan. Situasi apakah ini?
"Kau pernah tak belajar apa-apa martial arts?"
Soalan tersebut menyebabkan Airika terkebil-kebil. Martial arts? Tidak sempat dia ingin memberikan reaksi, wajahnya terlebih dahulu dilempang keras.
"Hmm... Your body response is not good. Nampaknya, kau memang langsung tak pernah ambil bahagian in any martial arts selama ni."
"Apa yang kau cuba buat ni?" Airika mengetap giginya.
"Tak ada apa-apa. Aku cuma nak uji kau aje... I mean, who knows if you're the same like your cousin? Tapi rasanya, korang cukup berbeza. If it was Ellia just now, aku rasa dia mesti akan dapat elak tamparan aku."
"Kau kenal Ellia?"
Satu lagi soalan tidak lawak yang berjaya membuat perempuan itu tertawa. Airika cukup penasaran akan hormon ketawa dalam badan perempuan tersebut. Mungkinkah hormon ketawanya berfungsi secara abnormal dan berbeza daripada orang lain di muka bumi ini?
"Mestilah aku kenal."
Perempuan itu membuka pelitup wajahnya lalu dicampakkan ke sembarangan arah. "Aku juga kenal sangat dengan kau."
Meneliti struktur wajah yang kini terdedah sepenuhnya itu, Airika merasakan jantungnya seakan direntap keluar dari badannya. "It's... It's you!"
"Apa maksud kau ni? Aku tak fahamlah."
"Jangan cuba nak act innocent depan aku. Aku tak mungkin tersilap cam kau."
"Then, tell me... Aku ni siapa?"
Penumbuk digenggam erat oleh Airika. Aturan nafasnya juga kian menjadi lebih laju dek menahan amarah yang menggunung di dada.
"Kau orang yang dahโ"
"It's you."
Disebabkan terkesan dengan cara perempuan itu dalam mencantas percakapannya, Airika menjadi sedikit bingung. "Apa maksud kau?"
"Yang rosakkan lukisan Ellia masa tu... It's you. Tak ada orang lain yang salah selain daripada diri kau sendiri. Aku tak ada suruh kau rosakkan lukisan Ellia."
"You brought me to that room, and you pushed me... That's why akuโ"
"Jadi... Kalau kau salahkan aku dan graviti, kau rasa dosa kau akan terpadam macam tu aje ke? Airika... Airika... Tak kiralah apa sekalipun penyebab kau terjatuh masa tu, it's still you who ruined Ellia's painting. Not anyone else, but you."
Airika terkedu. Seperti itukah kebenarannya?
"Selama bertahun-tahun ni, kalau betullah kau tak bersalah langsung... Kenapa kau tak pernah bagitahu Ellia hal sebenar pasal apa yang berlaku hari tu? Alasannya adalah sebab kau pun sedar, kan? Kau pun sedar yang kau tu berdosa. Kau dah rosakkan lukisan Ellia... Tak kiralah macam mana sekalipun kau fikirkan dan salahkan benda-benda lain, in the end, you still acknowledge the fact that you were the one who was sinful towards her... Right?"
Suara-suara asing yang menampilkan diri dalam mindanya memaksa Airika untuk memejamkan mata. Tangannya naik memegang kepala yang terasa berdenyut kuat.
"Tak... Itu tak betul. I wasn't... I didn't..."
"Yes, this is the whole truth. Face it, Airika. Semuanya salah kau, bukan salah orang lain. Biar aku pesan satu benda dekat kau. Tanamkan benda ni dalam kepala kau... Semuanya salah kau, Solana Airika."
Bila pintu ditutup dan Airika ditinggalkan dalam bilik itu, dia menangis hiba berseorangan. Semua salahnya... Ya, mungkin memang itulah kenyataannya selama ini. Dia berusaha berdalih walhal sedari awal, dia boleh lihat bahawa dia sentiasa bersalah dalam banyak hal.
And perhaps... Just maybe, the thought that kept her in denial all these times have always been nothing but the truth.
That... even her existence in this world was also a mistake from the very beginning.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Aku cakap makan, kan? Kenapa kau degil sangat tak nak makan ni?"
Waima dipaksa macam mana sekalipun, Airika tetap menolak apabila makanan itu disuakan kepada dirinya. Nyatanya, bukan kerana dia tidak ingin, tetapi kerana dia memang tidak boleh makan makanan tersebut.
"Aku tak boleh makan makanan ni... Aku allergic dengan udang."
"Huh, dasar anak orang kaya! Memilih betul... Cakap ajelah kalau kau rasa masakan aku yang biasa-biasa ni kotor!"
Herdikan perempuan itu menyentakkan hati Airika, tetapi dia tidak terus melatah. Dia cuma memandang perempuan itu dengan tatapan yang kosong. Mengapa agaknya para orang kaya kerap sekali dianggap tidak boleh menerima sosok orang-orang miskin? Ya, memanglah ramai orang kaya seperti itu. Tetapi, bukan semuanya. Airika tidak pernah memandang remeh terhadap orang-orang yang kurang berkemampuan daripada dirinya, malahan dia sangat menghormati mereka. Cara mereka berusaha keras untuk memastikan hidup mereka berjalan dengan baik, Airika cukup mengaguminya.
"Apa yang kau pandang-pandang?"
Airika menggeleng perlahan, enggan bersuara lagi. Dilihatnya makanan yang disediakan buatnya tadi itu sudah selamat masuk ke tong sampah kini. Terbit jua rasa sayang dalam hatinya. Namun demikian, apa yang dia boleh buat? Dia ada alergi yang cukup teruk terhadap udang. Kalau dia tetap makan makanan itu, samalah ertinya dengan menempah maut sendiri, bukan?
"Macam ni kut sikap orang yang kurang kasih sayang orang tua..."
Terasa hancur berkeping-keping sebentuk hati Airika dek satu ayat itu. Ingin rasanya dia membalas, tetapi dia tidak mampu menafikan pernyataan tersebut.
"Walaupun aku ni yatim piatu, aku rasa aku jauh lebih baik daripada kau. I still have someone I can call as mother who cares a lot about me, unlike you yang masih ada ayah kandung tapi tak dapat kasih sayang yang cukup. Gosh, you're such a pitiful human being, Solana Airika... Kalau aku jadi kau, dah lama aku give up with my life, you know? Yalah, bukannya ada yang nak peduli dengan aku... But I guess, we just don't think alike."
"Kau boleh diam tak? Aku tak berminatlah nak tahu apa-apa pasal kau!" tempik Airika dengan riak menyinga.
"Kau yang patut diamlah!"
Pangggggggg!
Penampar yang dilayangkan ke wajahnya itu mengakibatkan kepala Airika terteleng ke sisi. Selang sesaat selepas itu, dia merasakan ada cecair hangat yang mengalir dari tepi bibirnya. Tetapi, dia tidak mempedulikan hal tersebut.
"Kalau nak diikutkan hati aku ni yang memang benci dengan orang kaya, dah lama jantung kau tu berhenti berdenyut, tahu tak? Kau patutnya bersyukurlah sebab aku sudi bagi kau makan! Ini tak... Boleh pula kau mengada-ada dengan aku! Apa? Nak tunjuk sangat yang kau tu orang kaya ke? Spesies yang langsung tak boleh hadam makanan orang biasa macam aku ni?"
"Aku dah cakap dengan kau, kan? Aku allergic dengan udang! Kau tak faham bahasa ke apa? Hei, dengar sini! Aku tak pernah pandang remeh dekat orang biasa, okey? Tapi, kau! Nampaknya, kau terlampau memandang hina pada orang kaya... Apa kau fikir semua orang kaya jenis yang berlagak ke? Let me tell you. That's only your belief, it's just something that you simply made up for yourself after encountering a few wealthy people in this world!" tuntas Airika dengan nada yang lantang.
"Kau jangan nak tunjuk kuat depan akulah... Kau kena ingat, sekarang kau di tempat aku. Tak ada sesiapa yang tahu kau ada di sini, dan tak ada seorang pun boleh selamatkan kau. So, why don't you simply listen up to me if you don't want to get hurt?"
Pipi Airika dielus-elus oleh tangan kanan perempuan itu sebelum rambutnya dijambak kasar. Airika yang sudah menjangkakan tindakan sedemikian daripada perempuan tersebut cuma menatap kosong ke arahnya.
Respons Airika yang agak di luar jangkaannya itu mendatangkan rasa tidak puas dalam hati perempuan tersebut. Bersama satu gelengan kecil, satu senyuman sinis terlakar pada wajahnya. Ternyata Airika handal juga menahan sakit secara fizikal. Tidak mengapalah... Pada dasarnya, dia turut memiliki lebih daripada satu cara untuk memberikan Airika rasa sakit yang akan membuatkan dia puas hati. Rambut Airika perlahan-lahan dilepaskan lalu disisir lembut menggunakan jemarinya agar berkeadaan lurus seperti sedia kala.
"You got so mad when I talked about how you are one loveless kid... How about I say some more on this matter?"
Pandangan Airika tertuju pada perempuan itu bagaikan mata pedang yang baru digilap. Shining with the intent of killing.
"Solana Airika Lawrence... Being idolized by others for having such a good life. Unlike Cinderella, you got such a good loving stepmother, and a very kind stepsister. Tapi, pernah tak diaorang cakap tentang betapa sedihnya hidup kau? Kau anak tunggal, kau kehilangan ibu kandung kau sebelum dia nampak kau membesar... Walaupun kau masih ada seorang ayah kandung, kau tak pernah menikmati kasih sayang daripada dia. All these years, he has been treating your stepsister very well. But, what about you? You're left behind, always being told to grow up and be mature on your own. Oh, dear... How heartbreaking it is!"
"Diam, diam, diam! Itu... Tak betul! Itu tak betul langsung!"
Sirna sudah pandangan matanya yang setajam mata pedang sebelum ini. Apa yang tinggal cumalah sosok seorang Solana Airika yang semakin di ambang kehancuran.
She just had to learn it the difficult way, that no matter how her eyes may resemble the tip of the sword, she still won't stand a chance to scare people away... Because she's not a swordswoman, and she doesn't even know how to lift the sword. Cinderella? Nah-uh, she's far weaker than that.
"Are you sure? Airika... Airika... Airika... Kau memang tak sedar-sedar lagi, kan? Sekarang ni, kau bahkan dah tak ada sesiapa di sisi kau. Berhentilah tipu diri kau sendiri... Nobody loves you anymore. Accept it. Kau dah kehilangan semua orang... Including all your precious friends. Let me guess... Mesti semua orang bagitahu kau yang kau seorang manusia yang teruk, kan? And you just... Oh well, you just had to listen to that phrase coming out from your dear friends' mouth!"
Air mata merembes laju menuruni lekuk pipi Airika setelah mentalnya terus-menerus ditekan dengan ucapan tersebut. Dia ingin berteriak, mengatakan bahawa semua hal itu tidak benar. Tetapi, mengapa akal dan hatinya seakan bersetuju dengan hal itu?
"My goodness... Lemah betul mental kau ni eh? Tu baru sikit, Solana Airika. Aku boleh cakap benda yang lebih teruk lagi. What a pathetic soul... Padanlah ibu kandung kau meninggal awal dan ayah kandung kau pula tak nak bagi kau kasih sayang. Mesti diaorang rasa berat hati nak ada anak macam tu... I truly sympathize with them from the bottom of my heart."
Entah bila perempuan itu meninggalkan dia bersendirian di bilik tersebut, Airika langsung tidak sedar akan pemergiannya. Fikirannya terasa diselubungi kabut, dan dia mula memikirkan hal-hal yang selama ini dia sekat daripada timbul dalam kotak akalnya.
To continue living is simply very tiring at this point.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Airika tertawa sendiri setelah menghantar beberapa rakaman suara kepada semua orang yang dia anggap penting dalam hidupnya. Namun dalam masa yang sama, air matanya kekal mengalir.
"I'm really pathetic... Berhenti menangis pun tak boleh eh? Aduh, Solana Airika! Apa nak jadi dengan kau ni? Jangan menangislah, kau kena jadi budak matang! Kau tu manusia yang teruk, jahat dan kurang kasih sayang! Mana boleh menangis macam ni... Buat malu ajelah!" Dia berdialog dengan diri sendiri.
Usai membiarkan telefonnya tersadai di atas meja, Airika melabuhkan punggungnya ke permukaan tilam. Sambil dia hanyut merenung dinding di hadapan matanya, seribu satu idea tentang cara meragut denyut nadinya sendiri berlegar-legar di kepala.
"Aku patut pergi ke kawasan laut dan bakar diri aku dekat sana, tapi... Untuk buat macam tu, aku tak ada tenaga. Aku hidup menyusahkan orang, boleh tak kalau aku mati tak menyusahkan orang?"
Bagaikan sebuah teka-teki, Airika berusaha keras memikirkan jawapan kepada persoalan yang lahir daripada benaknya itu. Walaupun begitu, pada penghujungnya, dia memilih untuk mengetepikan persoalan tersebut.
"Gantung diri... Rasa macam aku criminal dekat penjara pula. Cutting my throat or my wrist... Dah ramai yang buat, kan? It's quite trendy yet... Aku cuma nak mati dengan cara yang tenang, and it seems like getting high with pills would be the answer to that... Tapi, tak ada pills dekat sini. Nak bocorkan gas, nanti aku terheret perempuan tu mati sekali dengan aku pula..."
Tawa hambar dilepaskan oleh Airika.
You are reading the story above: TeenFic.Net