LEBIH seminggu sudah sejak Ellia melarikan dari 'penjara' grandma dan grandpanya. Dan selama itu jugalah, berita mengenai Airika tidak kedengaran. Puas Claude mencari, namun tiada langsung petunjuk tentang keberadaan gadis itu. Seolah Airika lenyap begitu sahaja dari bumi Cavville ini.
Sepanjang tempoh ini, Blair dan Sienna hanya bekerja dari rumah bagi mengelak bertemu Blake mahupun Sapphire di syarikat. Namun demikian, itu tetap tidak menghalang mereka daripada memastikan projek yang dijalankan lancar seperti biasanya.
Selain itu, sudah timbul banyak berita hangat soal cucu pilihan Blake yang terkini. Tidak ada nama yang pasti, tetapi ramai menjangkakan bahawa ianya mungkin Evangeline.
Ellia malas mahu mengambil tahu tentang itu. Dia cuma fokus mengerjakan tugasan-tugasan sekolahnya dan mengumpul informasi berkenaan Airika. Pada masa lapangnya, dia juga bermain VRS untuk memastikan prestasinya semakin baik di arena. Nasib baik adik-adiknya membawa komputernya itu sekali sebelum meninggalkan rumah mereka tempoh hari... Kalau tidak, memang tidak mungkin rasanya dia boleh bermain game tersebut selama berada di vila peribadi keluarganya ini.
Menurut Blake, tepat beberapa hari dia melarikan diri dari Roseaviene Mansion, rumah mereka itu telah kembali menjadi hak milik Blake dan tidak lagi boleh dijejaki oleh Ellia sekeluarga. Maklumlah, rumah itu adalah hadiah daripada Blake untuk keluarganya. Tetapi memandangkan mereka sudah berkonflik sekarang, nampaknya Blake mahu mengambil semula apa yang pernah dia berikan kepada Blair dan Sienna.
Mereka sekeluarga tidak ada masalah walaupun Blake mengambil semula rumah itu. Sayang memanglah sayang, tetapi apa lagi yang boleh mereka buat? Takkan mahu merayu kepada Blake agar mengembalikan rumah itu kepada mereka cuma kerana kenangan yang tersimpan di situ? Oh, tidak mungkin itu terjadi!
Ellia yang ketika ini sedang menikmati pemandangan di taman berhampiran vila peribadi keluarganya itu sedikit terkejut bila kekosongan pada belah kiri bangku yang didudukinya kini dihuni oleh seseorang.
"Tak kira ke mana aku cari, aku masih tak jumpa dia..."
Mendengar keluhan itu, tahulah Ellia siapa gerangan yang duduk di sebelahnya walaupun dia masih tidak mengalihkan pandangannya daripada tasik jernih di hadapannya.
"Menyesal tak?"
Claude tergelak hambar. "Soalan apa kau tanya ni, Ellia oiii? Nak menyindir ke?"
Ellia tersenyum segaris. "Tahu tak apa... Memang tengah menyindir pun. Itulah, lain kali fikir dulu sebelum buat apa-apa. Aku tahu, Claude... Kau seseorang yang penting bagi Aira. Jadi bila kau putuskan untuk tinggalkan dia, dia mesti rasa sangat terpukul."
"Aku cuma... Haih... Aku tak tahulah apa yang aku fikir masa tu. Aku rasa marah sangat dekat dia sampai aku main cakap dan buat apa aje yang boleh untuk aku lepaskan kemarahan aku."
"Dan sekarang, kau menyesal."
Claude menghela nafasnya kasar. Ayat ringkas seperti itu nyatanya berbisa juga bila diungkapkan pada saat yang tepat dan pada orang yang layak menerimanya. Ya, dia memang menyesal. Tetapi, apa lagi yang dia boleh buat? Takkan mahu putar balikkan masa? Mana ada Doraemon yang boleh bagi dia mesin masa untuk kembali semula ke waktu itu!
"Don't you want to add the 'serve you right' phrase just now?"
"Aku tak sekejam tu," ujar Ellia.
"I see... By the way, kau buat apa duduk seorang-seorang dekat sini?"
"Mana ada duduk seorang-seorang. Kau ada aje dekat tepi aku ni, kan?"
"Loyar buruk pulalah dia ni..." Claude memutarkan bola matanya.
"Tak adalah... Aku sebenarnya cuma nak rehatkan fikiran sambil-sambil menghargai keindahan alam yang menyegarkan ni."
"By the way, aku dengar PQ Qualification Match tu ditunda lagi. Kau tak berminat langsung ke nak join?"
Ellia menghembus nafas perlahan. "Entahlah... I'm still quite traumatized dengan apa yang berlaku hari tu. Dah elok menang dalam Qualification Match dan melayakkan diri ke perlawanan rasmi, tup-tup tak dapat nak pergi pun... Tak pasal-pasal, pusingan pertama aje dah disqualified sebab tak datang."
"It's fine though kalau kau tak ready nak join anything in the meantime... Pergilah heal rasa trauma kau tu dulu. Kitorang semua akan tetap bagi kau support tak kira apa keputusan kau." Tulus sahaja Claude menguntai kata.
"Thanks, Claude."
"No problem."
Sedang Ellia hanyut menghayati keindahan alam buat kesekian kalinya, sedetik kemudian, keluhan daripada Claude kembali terdengar.
"Just how am I supposed to find her?"
"Haih, kau ni... Aku datang sini nak tenangkan fikiran. Tapi, kau pula datang membagi-bagi stres."
"Maaflah, Ellia... Tapi, aku betul-betul tertekan sekarang ni. I wantโ No, I need to see her. Aku tak boleh berhenti fikirkan dia. Every single time Iโ"
"Alright, that's enough." Ellia mengangkat tangannya, simbol supaya Claude tidak melanjutkan bicara.
Claude mengunci mulutnya, faham yang dia tidak seharusnya berlebihan sangat. Risau juga kalau-kalau Si Ellia termuntah mendengar luahannya nanti!
"Aku dah assigned someone untuk jejaki Aira. Sekarang ni, aku tengah tunggu khabar daripada dia. Kalau ada apa-apa nanti, I'll definitely keep you updated on it."
Sebaik mendengar hal itu, Claude yang tadinya berwajah muram sedikit lebih gembira kala ini. "Betul ke? Thanks, Ellia!"
"Erm... Satu aje aku nak pesan. Lepas ni, jangan ulangi kesilapan yang sama sekali lagi."
"I get it. Aku akan selidiki betul-betul semua benda sebelum buat sebarang keputusan selepas ni."
"Good."
Mereka berdua akhirnya boleh mengapresiasi pemandangan yang menyegarkan mata di sekeliling mereka itu bersama-sama. Sentuhan angin lembut yang hadir kemudian semakin menenangkan hati kedua-duanya.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Brendan termenung menatap foto perkahwinannya dengan Selena. Tanpa sedar, ada cecair yang bergenang di tubir matanya tatkala tangannya naik menyentuh foto tersebut.
Rasa bersalah dan kekesalan saling bertindih di lubuk hatinya, membuatkan dia ingin merintih kesedihan. Tetapi, dia tahu tidak ada orang lain yang patut dipersalahkan melainkan dirinya sendiri.
Awalnya, dia berkahwin dengan Annie hanyalah supaya Airika dapat menerima limpahan kasih sayang seorang ibu. Namun kini, dia mulai ragu akan keputusannya itu.
Annie terlihat seperti wanita baik-baik ketika wanita itu menjadi secretarynya sebelum ini. Sosoknya yang lemah lembut dan penyayang membuatkan Brendan yakin bahawa dia boleh menjadi seorang ibu yang baik kepada Airika. Ditambah lagi dengan fakta bahawa Annie seorang ibu tunggal, Brendan benar-benar berfikir wanita itu adalah calon ibu baharu terbaik buat Airika sewaktu itu.
Tetapi, setelah mendengar apa yang Ellia katakan hari itu, hati tuanya cukup terpukul. Bagaimana jika Airika sebenarnya memang hanya menginginkan dirinya seorang untuk mencukupkan kasih sayang terhadap puterinya itu? Sungguh dia rasa berdosa pada Airika!
"Edan, saya izinkan awak cari pengganti saya bila saya dah tak ada nanti... Saya faham, awak mesti perlukan seseorang untuk melengkapkan hidup awak. Tapi, walau macam mana pun... Saya harap awak takkan abaikan puteri kita bila awak dah jumpa pengganti saya suatu hari nanti. Because when I'm gone, she would only have you in her life."
Pesanan Selena suatu tika dahulu menerjah ke kotak ingatan, semakin menghancur lumat hati Brendan. Egonya dibuang ke tepi, dibiarkan air matanya mengalir sepi demi melepaskan segala rasa bersalah dan kekesalan yang menggunung di hati.
"I failed you, honey... Saya dah abaikan puteri kita hanya sebab saya tak boleh terima betapa dia menyerupai awak. Honey, what should I do now? Saya tak sepatutnya cari pengganti awak... I was so wrong to do that. Sebab hakikatnya, hati ni... Sampai mati cuma akan menyebut nama awak seorang."
Pedihnya menahan kerinduan terhadap Selena, sakit pula yang dirasakannya kini bilamana segala khilafnya mulai membuat diri dilanda kekesalan.
Jujur, Brendan tidak pernah menyentuh Annie. Kali terakhir dia menyentuh Annie, rasanya itu semasa mereka berkahwin dahulu. Cuma satu ciuman di dahi, dan seterusnya tidak ada lagi melainkan di majlis-majlis. Tetapi apabila saling berdampingan di majlis pun, Brendan cuma akan membenarkan Annie merangkul lengannya dan melentokkan kepala ke bahunya sahaja.
Selama ini, sepanjang tempoh perkahwinan mereka, Brendan juga lebih sering tidur di luar rumah. Jika dia tidur di rumah sekalipun, dia pasti akan tidur di bilik yang berlainan dengan Annie. Namun tentu sahaja, bila di hadapan anak-anak, mereka akan menampilkan sikap mesra.
Dia dan Annie telah bersetuju dengan hal tersebut sebelum ini, bahawa mereka bergelar suami isteri di atas kertas cuma. Walaupun begitu, itu tidak bermakna Annie boleh keluar dengan lelaki lain sesuka hatinya. Hal tersebut sudah pun melanggar persetujuan mereka.
Akan tetapi, sejak kebelakangan ini, Annie semakin sukar diatur. Bersenang-lenang sehingga tidak pulang ke rumah, entah apa sahaja yang dilakukannya di luar rumah. Brendan malas mahu menghantar seseorang untuk mengintip 'isteri'nya itu, tetapi itu tidak bermakna yang dia tidak mendengar apa-apa khabar angin mengenai Annie.
Apabila dia menegur tindakan wanita itu, Annie sangat tidak puas hati. Disebabkan itulah, mereka kerap bergaduh semenjak dua menjak ini. Ianya kerana Annie yang enggan mendengar katanya. Kusut kepala Brendan jadinya bila memikirkan tentang wanita itu!
"Kamu dekat mana sekarang ni, Lana?" gumam Brendan perlahan.
Sudah entah berapa ramai orang dia hantar untuk mengesan lokasi Airika, tetapi tidak ada seorang pun yang menemui puterinya itu. Entah ke mana Airika telah pergi...
It's really ironic. Why is it always only when we lose a person from our lives that we begin to appreciate their presence better? Why do we wait until we can't see them again to understand just how important they are in our lives? Or is it actually we have always known they are important to us but we think they'll always be there for us and so, we fail to appreciate them?
Brendan meraup wajahnya beberapa kali sambil menyandarkan kepalanya pada kepala kerusi. Dia khuatir sekali akan keadaan puteri tunggalnya itu. Andai sesuatu yang buruk menimpa Airika, tentunya dia akan menyalahkan diri sehingga ke helaan nafas terakhirnya.
"Tolonglah balik, Lana... Daddy minta maaf sangat-sangat kepada kamu."
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Tok! Tok! Tok!
Terbangun dek ketukan pada pintu ruangan peribadinya itu, Brendan lalu melirik ke arah jam dinding. Sudah pukul 5.00 petang!
Pukul 2.00 petang tadi, dia tertidur di ruangan tersebut selepas menyibukkan diri memeriksa laporan-laporan pekerja baru di syarikatnya. Kini, bila terbangun, otaknya terus terasa cukup berselirat dengan pelbagai benda.
"Daddy... Are you in there?" Suara Evangeline dari luar ruangan itu muncul di corong telinga.
"Yes, Eva. Daddy ada dekat dalam ni... Ada apa?"
"Oh, mommy minta daddy berjumpa dengan dia dekat library. Katanya, ada benda yang dia nak cakap."
Brendan meregang-regangkan anggota badannya sebelum memberikan balasan. "Alright, I'll be there soon."
Evangeline terus meminta diri selepas itu. Brendan pula keluar dari ruangan tersebut selang beberapa minit setelah Evangeline pergi meninggalkannya.
Kalau diikutkan hatinya, Brendan malas sekali mahu bertemu dengan Annie. Namun begitu, dia jauh lebih malas hendak bertekak dengan wanita itu. Maka, dia tetap juga pergi ke library untuk menemui Annie.
Sampai sahaja di library, dilihatnya Annie sedang berbual-bual dengan Evangeline. Tetapi, dia tidak dapat mendengar isi perbualan mereka itu. Baru beberapa tapak Brendan melangkah memasuki ruangan library tersebut, kedatangannya segera disedari oleh kedua-dua Annie dan Evangeline.
"Daddy..."
Evangeline berdiri lalu datang kepada Brendan. Lengan Brendan dirangkul manja. "Are you okay, daddy? Daddy nampak penat sangat."
Brendan menggelengkan kepalanya seraya melempar senyum segaris. "I'm okay. Biasalah, daddy penat bekerja aje ni..."
"Angel, boleh tak kamu keluar dulu? Mommy nak bercakap berdua aje dengan daddy kamu." Annie bersuara dengan tiba-tiba.
"Oh, erm... Okay, mommy. Then, see you later, daddy."
Evangeline melepaskan rangkulannya pada lengan Brendan lantas keluar dari library tersebut, membiarkan Annie dan Brendan berduaan di situ.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Saat mendapati Evangeline berada dalam ruangan peribadinya selepas habis berbual dengan Annie di library, Brendan sedikit bingung mengapa gadis itu ada di situ.
"Eva? Apa yang Eva buat dekat sini?"
"Oh, daddy... Err, sorry sebab Eva lancang masuk ke sini tanpa kebenaran daddy. E-Eva bukannya apa, daddy... Eva risau kalau-kalau Airika ada call daddy masa daddy tengah bercakap dengan mommy di library tadi. Jadi, Eva tunggu dekat sini... Just to check if she calls you," jelas Evangeline dengan takut-takut.
Penjelasan daripada Evangeline itu membuatkan Brendan tersenyum nipis. "Janganlah takut, daddy tak marahlah Eva masuk sini tanpa kebenaran daddy. This room is more to my working room rather than a private room. So, tak ada masalah pun kalau Eva masuk sini... Daddy tanya sebab daddy nak tahu aje kenapa Eva ada dekat sini, bukan sebab daddy marah. Jadi... Macam mana? Did she call me?"
Evangeline menggeleng. "I wished she do, but she didn't."
Terpejam rapat mata Brendan dek jawapan yang mengecewakan itu. Dia mengeluh berat. Mengapa Airika langsung tidak menghubunginya?
"I see."
"Daddy, memandangkan daddy dah ada dekat sini... Eva pergi dulu eh?"
Hanya anggukan sahaja yang Brendan berikan kepada Evangeline. Duduknya kemudian dilabuhkan pada sofa one-seat yang terletak di sisinya.
"Oh ya, daddy... Eva yakin, daddy mesti akan jumpa dia tak lama lagi."
Kala Brendan memandang ke arahnya, Evangeline tersenyum lebar. "You know I have good instinct, right?"
"Erm, I hope so... May your instinct be good again this time."
"Don't worry. It will definitely be right again."
Selesai mengatakan hal itu, Evangeline keluar dari ruangan peribadi Brendan tersebut lalu menutup pintu.
Dengan tangan kanannya menudungi wajah, Brendan menghembus nafas perlahan. Satu demi satu masalah datang menimpa. Urusan Airika pun belum selesai, sekarang dia dihadapkan pula dengan masalah Annie. Argh, serabut kepala dia!
With new things going on, everything just get even messier. But he only wishes for one thing, and that is for his daughter to return home.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Aiyooooo, Airika ke mana tu? ๐ณ๐
By the way, ni update special kut? Ehehehe, untuk wish good luck for Batch 04 yang akan hadapi SPM, I guess~~ CHAIYYOOOOOO TO THEM! ๐
I have no more comment, so... See you on the next chap! ๐ค๐
P/S: This was the former note that I left for this chap... I have no intention untuk discard the note, so urm... Well, just let it be, okies?๐
โฟปเฏ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐๐๐ เฏโฟป
i) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ณ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ โง โ
You are reading the story above: TeenFic.Net