TINGKAT kewaspadaan Ellia meningkat dua kali ganda daripada kebiasaannya sebaik memasuki arena battle. Dalam battle ini, dia memilih karakter posisi Ace, Chrisoula. Salah satu karakter posisi Ace yang paling dia gemari.
Pergerakan Aelice dikawal penuh teliti dalam pada matanya bergerak liar mengamati kedudukan peserta-peserta lain dan hot spot yang penting untuk dia awasi. Hot spot? Ya, hot spot. Hot spot merujuk kepada satu area penuh dengan treasure yang akan muncul pada satu masa tertentu ketika battle berlangsung dalam arena VRS. Menurut desas-desus di forum VRS Timeline, kemunculannya secara rawak, dan tidak ada sesiapa sekalipun yang dapat memanipulasikan mahupun meramal di mana hot spot itu akan hadir. Feature ini merupakan salah satu feature terkini dalam VRS yang jelas menjadikan IGCC semakin menarik semenjak dilancarkan secara rasmi sewaktu pembukaan IGCC tempoh hari oleh developer VRS. Yalah, skills, superpowers... Namakan sahaja apa sekalipun. Hot spot akan memberikan kelebihan yang mungkin juga berbuah menjadi 'harapan' bagi mana-mana players untuk menyandang gelaran sebagai pemenang battle.
Ellia menggigit kecil bibirnya. Ya, memang dia cukup percaya diri, tapi jika dia kehilangan peluang keemasan untuk mendapatkan kelebihan dari hot spot... Terjentik jua rasa bimbang dalam dirinya. Siapa yang dapat menjangka apa kelebihan yang mungkin diterima oleh players lain dari hot spot? Bagaimana andai kata kelebihan yang orang lain peroleh mengatasi kebolehannya yang sedia ada? Bukan mahu kata dia rasa kebolehan yang dia miliki belum cukup kuat bagi dirinya, namun kepercayaan diri yang terlalu besar mungkin mendatangkan padah. Jadi walau bagaimanapun, dia perlu berfikir kalau-kalau dia terpaksa menghadapi situasi seperti para musuhnya secara mendadak punya kebolehan yang jauh mengatasi kebolehannya sendiri yang jelas di luar kawalannya.
Aelice mara menghancurkan minions, entiti unik dengan tahap rendah dalam arena VRS versi IGCC yang membolehkan players meraih points untuk meningkatkan level damage, skills, powers dan ketahanan LR mereka. Oh ya, selain daripada default skills dan powers pada karakter yang dipilih, setiap peserta dibenarkan membawa skills dan powers ke dalam arena, namun dibataskan sebanyak tiga sahaja bukannya lima seperti arena VRS yang umum. Boleh jadi dua skills dan satu power, tiga powers, tiga skills atau dua powers dan satu skill... Apa yang menariknya, skills dan powers yang mereka punya selain daripada default skills dan powers berada dalam keadaan temporary LOCK, di mana tiada sesiapa akan tahu skills dan powers masing-masing melainkan peserta itu telah menggunakan skills dan powers mereka dalam arena. Bahkan penonton sendiri tidak tahu-menahu tentang skills dan powers para peserta. Semuanya hanya berdasarkan tebakan dan jangkaan semata-mata.
"K. O!"
"First Blood!"
"Hey, look at that... We just got our First Blood, everyone!" komen hos yang cukup teruja melihat betapa pantasnya First Blood berjaya diraih.
"Woahhhh, cool!"
"Danggg, so smooth!"
"What a nice move from Harquinn!"
"Look, all the other 4 aces are moving too..."
"Yes, oh my... Is this the power of an ace player?"
"No... Why is someone busy with minions only?"
"Siea my baby, don't just kill minions! Attack the ogres!"
"Apa ni? Apa benda yang menarik dengan minions?"
"Ogres lagi pentinglah! Berhenti kejar minions, boleh tak?"
"Aces, come on! Show us your strength!"
"Harquinn!"
"Rose!"
"Amethyst!"
"Dash!"
"Fern!"
"Oh my... Look, even the mid-level players are all showing off their strength!"
"Siea, just what are you doing? Leave the minions now!"
Mendengar seruan yang menandakan permulaan aksi killing dalam sesi kedua PQ Official Throne Match itu, suasana Lilithe Auditorium kian gamat dengan bunyi sorakan peminat. Namun dalam masa yang sama, ada juga suara-suara sumbang yang menyindir players yang tidak terlalu menunjukkan kekuatan mereka seperti Ellia.
Anya, CA, Rel, ahli Crowner dan ahli Empire mengancing gigi mendengar sindiran sinis terhadap Ellia itu. Berani sungguh mereka mempersoalkan kebolehan Ellia! Hei, ini tidak boleh dibiarkan!
"Siea, you go, girl! Come on, you got this!"
Anya yang pertama bersuara lantang menghidupkan sorakan untuk Ellia. Meskipun pada dasarnya dia sendiri tidak mengerti mengapa Ellia sibuk mengawal area yang hanya penuh dengan minions sahaja sedangkan menyerang ogres jelas memberikan peluang yang lebih tinggi untuk meningkatkan kekuatan karakternya, Anya yakin Ellia tahu apa yang dia ingin lakukan. Battle mereka sebelum ini benar-benar memberikan kesan yang mendalam pada dirinya akan kemampuan Ellia dalam merangka strategi battlenya.
Sedikit tidak sangka dengan keaktifan Anya, mereka yang lain segera meneguk liur. Anya atau Anskya, salah seorang ace yang sangat tertutup lingkungan pergaulannya. Biasanya pendiam dan gemar bergerak sendiri, tetapi sekarang... Menjadi riuh demi memberikan sokongan kepada Ellia. Bagaimana Ellia meraih hatinya? Ah, tidak! Tunggu dulu... Mengapa mereka mahu kalah dengan sorakannya?
"Siea! Siea! Siea! Our Queen!"
"Do whatever you want, we know you can do it!"
"Keep moving, queen!"
"Forget the haters, we only know love... Stan Queen Siea!"
"Queen Siea, goooooooo!"
"Queen Siea, Queen Siea, Queen Siea... The arena is your Wonderland!"
"Yessss, stan queeeeeennnnn!"
Dengan paduan suara mereka semua, mulut-mulut yang menyindir 'Siea' mulai tenggelam. Dan sebagai hasilnya, semakin ramai yang menitipkan kata-kata semangat buatnya. Puas hati mereka bila sorakan mulai berpusat kepada Ellia... Siapa lagi berani cakap Ellia newbie, jadi dia tidak ramai peminat? Buktinya, hampir 50 peratus isi auditorium sekarang ini melantunkan sokongan buatnya!
Tanpa mengetahui fakta bahawa sokongan hampir seisi auditorium yang berpusat pada dirinya, Ellia meneruskan aksinya memburu minions. Dia tahu, langkah yang dia ambil ini mengelirukan ramai orang. Bukan setakat players lain, tetapi juga penonton. Namun, dia tidak ada niat sama sekali untuk menyenangkan hati semua orang dengan strategi megah yang secara langsung diperlihatkan dari awal. Malah, dia juga tidak ada keinginan mahu menjelaskan apa-apa mengenai pelannya.
Dia tahu dan sedar apa yang sedang dia lakukan... Minions memanglah entiti tahap rendah sedangkan ogres pula tahap tinggi... Secara jelasnya, jika mahu meningkatkan kekuatan karakter dengan kadar yang cepat, dia patut mengubah sasarannya kepada ogres. Akan tetapi, jika itu sahaja yang dia inginkan...
Battle ini... Tidak akan menjadi terlalu menarik seperti yang dia mahukan.
Perlahan mata Ellia melirik ke arah jumlah minions dan ogres yang terpapar pada sisi atas sebelah kanan skrin komputer. Ogres 0, minions... 1. Dia tidak semena-mena ada satu idea ketika membunuh minions awal tadi. Setahunya, setakat ini... Feature hot spot belum pernah diaktifkan dalam mana-mana battle lagi. Diwar-warkan kononnya muncul secara rawak dan pada masa-masa tertentu... Tetapi, memang betulkah tiada syarat? Atau ini hanya perkiraan semua orang sahaja? Lagi pula, jika difikirkan, developer VRS sendiri tidak pernah memberitahu cara untuk mengaktifkan feature tersebut.
Jadi, idea Ellia... Adalah untuk mengaktifkan feature hot spot. Dan kalau tebakannya itu betul, jadi cara pengaktifan feature hot spot adalah dengan...
Seulas senyum muncul secara diam-diam di wajah Ellia tatkala matanya menangkap kelibat minion terakhir. Tanpa berlengah, karakter Aelice langsung melibas katananya pada minion tersebut. Detik itu juga...
"Hot spot Appeared!"
Jalur headline yang terang-benderang lagikan menyerlah muncul di skrin besar yang memaparkan arena VRS, mengejutkan semua mata yang melihat dan telinga para players pada masa bersamaan. Terlalu banyak reaksi menyambut kejutan itu dek tidak menyangka mereka akhirnya melihat juga feature terbaharu yang mereka sangkakan cuma mitos belaka tempoh hari.
Dengan bersahaja, Aelice langsung menjejakkan kakinya ke lingkaran hot spot yang muncul tepat di tempat minion terakhir tadi dibunuh. Usai menerima keistimewaan daripada hot spot itu, lingkaran tersebut yang awalnya bercahaya terus padam begitu sahaja.
Sementara itu, para penonton masih lagi di fasa berusaha menghadam apa yang baru sahaja berlaku. Pemain newbie yang menggunakan character ID Siea itu... Mengaktifkan feature hot spot?
Hos yang seharusnya memberikan komen terkebil-kebil melihat skrin. Namun, cepat sahaja dia mengembalikan komposisi dirinya.
"What a splendid performance from our new dark horse, Siea! We finally see how the feature hot spot looked like!"
"Danggg, this is a real dark horse..."
"I was wrong for belittling her earlier..."
"Turns out the minions were the key..."
"Ahhhhhh, Queen Sieaaaaa! So wonderfullllllll!"
"Beautiful! You go, queeeennnnnn!"
"No... How did she even think of chasing the minions in the first place?"
"I mean... Is this even possible coming from a newbie?"
"This level of guessing how to active a feature... I'm goneeee!"
"It's too out of this world!"
Anya, CA, Rel, ahli Crowner dan ahli Empire yang menjadi saksi kejadian tersebut juga terkedu. Ellia... Sebenarnya... Dia makan apa? Jadi, sebenarnya, strategi dia sejak dari awal... Bukannya untuk mengambil jalan pintas, tetapi untuk menambahkan lagi 'perisa' dalam sesi battle ini?
Semakin mereka berusaha mendalami idea dalam otak gadis itu, semakin bersinar mata mereka menatap Ellia. Maklumlah, tidak seorang pun dalam kalangan mereka yang bukan berjiwa gamer. Bagaimana maraknya semangat Ellia sebagai gamer, begitulah juga membaranya semangat mereka.
Ketika ini, sudah 10 minit berlalu semenjak battle bermula. Sejurus selepas hot spot diaktifkan, semua peserta yang tersisa mahu tidak mahu terpaksa terus fokus menentang satu sama lain. Hot spot hanya muncul sekali sahaja dan terhad untuk seorang player. Sebab itulah, tidak ada sebab lagi untuk mereka berlengah-lengah atau mengalihkan fokus kepada sebarang benda lain.
Secara mengejut, di suatu kawasan tempat seramai empat players berkumpul untuk berlawan antara satu sama lain, Aelice yang entah dari mana datangnya tiba-tiba hadir di tengah mereka.
"Surprise," sebut Ellia perlahan.
Aelice membuat satu gerakan pedang di mana mata pedangnya mengukir satu bulatan di atas tanah yang mengelilingi tempat dia berada. Sejurus selepas bulatan tersebut terukir, dia langsung menghentakkan pedang itu pada permukaan tanah.
Empat players yang sempat terpinga-pinga dengan kemunculan Aelice di tengah-tengah mereka itu segera mengambil langkah berundur sebaik menyedari apa yang Ellia cuba lakukan. Gerakan itu...
Circular Matrix skill!
Detik itu juga, satu daripada tiga ruang skills dan powers pilihan Siea yang tadinya memiliki simbol lock bercahaya, menunjukkan bahawa dia telah menyahaktifkan temporary LOCK pada skill tersebut.
"Player Siea activated Circular Matrix skill!"
"Too late..." Ellia tersenyum sinis di balik masknya. Tajam matanya merenung satu-persatu empat character ID yang berada di sekitar Aelice itu.
Ame, DAY, F.N dan Royce yang diwakili oleh profile name Amethyst, Dash, Fern dan Rose.
Di luar jangkaan semua orang, Amethyst, Dash, Fern dan Rose terhumban jauh dari Aelice impak daripada letupan hasil lakaran bulatannya itu. Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan lagi, LR mereka yang sejak dari awal berada pada kadar 90 peratus segera jatuh mendadak kepada hanya 10 peratus.
"Oh my God... What in the world just happened? A Circular Matrix skill, and with such a grand damage from Siea! Ladies and gentlemen, did you see that?" Teruja benar hos yang mengajukan komen sebaik aksi menakjubkan Aelice itu terpampang di skrin.
"For goodness sake... What kind of strength is that?"
"Did she get a multiplier power? How is it possible to cause such great damage?"
"Did I see it wrong? The LR went from 90 percent to 10 percent at once?"
"Dear... Ini ke power dark horse?"
"Patutlah aku tak pernah lepas saringan nak masuk IGCC... Kalau ni requirement yang mesti dipenuhi, I'm ultimately out."
"Aku dah faham... Kenapa dia boleh jadi ace walaupun dia sepatutnya berpangkat newbie... I resigned, this move is way too great to continue hating!"
"Ain't no way you're telling me she's a newbie..."
"This move... Is it truly possible for a newbie?"
Riuh rendah para penonton sebaik disajikan dengan gerakan battle Siea yang menakjubkan itu. Apa itu newbie? Kalau Siea itu newbie, jadi mereka apa? Kuman?
"Hey, have you guys forgotten something? Wasn't she close to that rotten CL?"
Entah mulut siapa yang bersuara di tengah keributan paduan suara yang melaungkan pujian bagi Siea ketika itu, namun jelas impaknya memastikan beberapa suara yang pada mulanya melantunkan pujian.
CA mengetap gigi. Ingin rasanya dijahit mulut yang tiba-tiba membangkitkan nama CL itu! Hei, apa kaitan adik dia dengan kebolehan tempur Ellia? Sungguhpun mereka rapat, bolehkah bakat disalurkan secara cuma-cuma?
"Pfft... So you're telling us that one's abilities can simply be transferred to any other person? No... I'm asking you. Gerakan battle boleh diajar, tapi boleh ke kemahiran untuk kendalikan gerakan tu diwarisi?" Lantang dia mengajukan pandangannya yang nyata tidak puas hati.
"Exactly, if so... Korang yang tengok battle ini sekarang ni, since you've watched a lot of moves already, shouldn't you be as capable as Siea by now? Most of you are pretty much VRS players too, no?" tokok Anya, langsung tidak menyisakan kesempatan buat sebarang suara sumbang untuk mencelah.
"I second that, if the abilities can be transferred... Then you should, by now, already have your own names in VRS," tambah L yang juga enggan ketinggalan mengeluarkan komen sinis.
Berkat gabungan suara mereka, senyap terus mulut yang cuba mengaibkan Siea sebentar tadi. Belum pun sempat terbuka, mulut-mulut yang baru sahaja ingin membantu menjatuhkan reputasinya turut sama tertutup. Oh... Beginikah rasanya menerima tamparan mental?
Seakan-akan mendapat suntikan semangat, sorakan buat Siea kembali bergema. Dan kali ini, jauh lebih kuat daripada yang sebelumnya, langsung tidak memberikan peluang untuk mana-mana manusia berhati busuk mencelah lagi.
Tanpa mengetahui keributan yang berlaku dalam kalangan penonton, Ellia dengan tenang merangka strategi dalam mindanya.
Kalau melihat empat karakter yang berundur ke kedudukan berbeza-beza itu, pandangannya bertukar tajam. Hei, sejak bila pula dia kata mereka boleh berundur?
Di dalam arena, Ame, DAY, F.N dan Royce yang menghadapi keadaan darurat tidak punya pilihan lain selain bersurai dari kedudukan itu. Mereka tidak tahu apa lagi skill yang ada pada Aelice... Dengan keadaan LR yang kini tenat pada 10 peratus, wajar dikatakan bahawa itu suatu langkah berbahaya jika mereka berkeras ingin menentang Aelice yang LRnya masih lagi 90 peratus. Jadi sekarang, mereka patut mencari items yang terdapat di kawasan-kawasan tertentu dalam arena battle itu demi menstabilkan kembali LR mereka.
Walau bagaimanapun, siapa sangka... Aelice enggan memberi muka sama sekali kepada mereka. Tidak sampai dua meter mereka berundur, tembok kristal tinggi muncul mengepung keempat-empat karakter tersebut, memaksa mereka berhenti melarikan diri.
"Player Siea just activated Crystal Wall Power!"
Pada masa bersamaan, empat players yang memegang karakter-karakter itu langsung hilang sabar.
"Sh*t..." Amelia mengetap gigi.
"H*ll..." Dasha menggigit bibir.
"What the..." Felicity hampir sahaja melemparkan mousenya.
"This b*tch..." Turun naik dada Roxie mengawal amarahnya.
Pemain yang bernama Siea ini... Sedang membalas dendam kepada mereka ke?
"Oh, what does our Siea want to do?" komen hos, ekspresi wajahnya dikawal sebaik mungkin namun ton suaranya jelas menunjukkan betapa terujanya dia melihat aksi Siea ketika itu.
Para penonton terdiam, amat nyata bahawa tiada yang berani bersuara. Atau gambaran yang lebih baik, mereka semua hampir berhenti bernafas dengan gerakan Siea yang jelas-jelas menginginkan 1V4. How cool...
Tanpa kesempatan untuk melepaskan diri, Ame, DAY, F.N dan Royce mengambil keputusanβ Ah, sebenarnya... Terpaksa mengambil keputusan untuk menyerang Aelice dengan LR tahap nyawa-nyawa ikan.
"Player Amethyst activated Electrifying Sword Skill, Soul Effect Skill and Blooming Power!"
"Player Dash activated Havoc Attack Skill, Sonic Poison Skill, and Timer Bomb Skill!"
"Player Fern activated Flying Smoke Skill, Dragon Breath Skill, and Darkening Power!"
"Player Rose activated Climax Sword Power, Frozening Power, and Lightning Speed Power!"
Dihidangkan dengan semua skills dan powers yang keempat-empat players itu bawa ke arena battle secara serentak, setiap pemerhati meneguk liur masing-masing. Pendedahan serentak? Jika begitu... Strategi mereka...
"Suicidal move? Tch..."
Ellia menghela nafas perlahan. Jadi, inikah senario penutupan sesi kedua PQ Official Throne Match?
Tatkala Ame, DAY, F.N dan Royce meluru terus ke arah Aelice sementara Aelice hanya berdiri statik, masa seolah-olah bergerak
You are reading the story above: TeenFic.Net