๐Ÿฌ๐Ÿต๐Ÿณ โ€ฃ ๐™’๐™๐™š๐™ง๐™š ๐™ฉ๐™๐™š ๐™Ž๐™ฉ๐™–๐™ง๐™จ ๐˜ผ๐™ก๐™ž๐™œ๐™ฃ

Background color
Font
Font size
Line height
perlahan bagi semua orang. Bunyi nafas ditarik dalam-dalam memenuhi seluruh ruang auditorium.

Amelia, Dasha, Felicity dan Roxie yang duduk berhampiran melemparkan pandangan ke arah satu sama lain sambil memberikan anggukan kecil. Ya, mereka tahu... Langkah ini memang jalan mati. Tapi, mereka juga tidak punya pilihan lain, bukan? Jika bukan dengan pelan suicide ini, mereka tidak akan ada kesempatan lain untuk mengalahkan Siea.

Jelas sekali profil Siea di VRS Timeline menunjukkan bahawa dia berada pada Extreme stage dalam kategori Solo Battle sementara ranknya pula disembunyikan. Akan tetapi, jika Circular Matrix Skill Siea tadi mampu menurunkan LR mereka daripada 90 kepada 10 peratus, rasanya tidak perlu dipersoalkan lagi apa rank yang Siea miliki. Mereka berempat sudah mencapai rank Deity, jadi jika Siea berjaya melakukan perkara ini, itu hanya bermakna satu benda sahaja... Siea yang mereka pandang remeh sebagai newbie itu nyatanya sudah mencapai rank Deity! Dengan pengalaman kurang daripada dua tahun... Tidak dapat mereka bayangkan kekuatan sebenar di sebalik profil yang mempunyai persona newbie itu!

Pun begitu, dengan kekuatan mereka berempat digabungkan bersama... Amelia, Dasha, Felicity dan Roxie percaya bahawa keputusan yang mereka ambil dalam battle ini adalah yang terbaik. Setidak-tidaknya, mereka tidak akan kelihatan sebagai loser sangat, bukan?

BOOMMMMMMMM!

Buat seketika, skrin yang dilihat semua orang bertukar putih kehitaman, boleh diumpamakan seperti suasana fajar yang berselimutkan kabut tebal. Jujur, aura plot dramatik ini benar-benar memberikan impak kepada semua orang tidak terkecuali para peserta dan hos sendiri.

Ellia menyandarkan tubuhnya pada kerusi yang dia duduki dalam pada jari-jemarinya masih tidak lekang menekan papan kekunci. Dari luaran, tampak sangat dingin personanya. Namun dalam hati, hanya dia sahaja yang tahu betapa kritikalnya situasi yang Aelice hadapi. Tanpa disedari oleh sesiapa, tangan kanannya yang menjalankan tanggungjawab di papan kekunci ketika ini sedikit menggeletar. Mungkin impak drastik disebabkan refleksnya terhadap serangan empat kepala tadi.

Sedang semua ternanti-nanti akan kesudahan peristiwa 1V4 itu, akhirnya skrin yang memaparkan suasana berkabut tadi kembali seperti sediakala. Kabut yang tadinya begitu tebal perlahan-lahan memudar, memperlihatkan sosok yang masih berdiri teguh di arena.

Dan detik di mana kabut itu hilang sepenuhnya, suatu bunyi yang sangat familiar di telinga semua orang kedengaran.

"Player Siea activated the Mirroring Effect skill!"

"K. O!"

"K. O!"

"K. O!"

"K. O!"

"Epitome!"

"Session 2 Wrapped Up!"

Satu saat, dua saat, tiga saat...

"Wooooooooooooooo!"

"Oh my... Siea, you made itttttttt!"

"So handsome, so cool... Queen Siea is so powerful!"

"Siea, aku fan baru kauuuuuu!"

Bingit terdengar sorakan para penonton di serata Lilithe Auditorium. Tanpa diduga, ucapan penutupan tirai sesi IGCC hos kali ini terlambat daripada sorakan penonton.

"That was such a turning point from Siea! Mirroring Effect skill, letting herself unharmed without even releasing attacks. How powerful, it's very unexpected! And with that, I'm your host, Jack Yoon, declare the end of our second session of PQ Official Throne Match today. Now, let's all congratulate our finalists, Harquinn, Siea, Kittie, Jaenne, and Halo."

Pantas sahaja hos yang ketinggalan dengan penonton itu menyampaikan ucapan penutupannya. Usai dia menamatkan ucapan tersebut, bunyi tepukan gemuruh dan sorakan bergema lebih kuat dari segenap penjuru auditorium. Dia yang berperanan sebagai hos turut serta menambah kemeriahan suasana selepas mematikan micnya. Sebagai seorang hos dan peminat fanatik game VRS, jiwanya sungguh puas hati dengan sesi PQ Official Throne Match hari ini! Terlalu mengujakan sampai dia hampir lepas tangan sebagai hos.

Dalam kegamatan ini, para players yang berada di pentas perlawanan satu demi satu menanggalkan headphone masing-masing. Daripada yang tersingkir sehinggalah yang terakhir sekali, Ellia.

Seorang demi seorang daripada players bangun memberi sapaan hormat kepada para penonton lalu bergerak meninggalkan pentas tersebut... Sehinggalah tiba giliran Ellia yang pada dasarnya memberikan haluan kepada semua players untuk berbuat sedemikian terlebih dahulu.

Ellia yang awalnya merehatkan tubuhnya pada kerusi sempat memejamkan matanya buat beberapa saat sebelum telinganya menangkap sorakan riuh daripada para penonton. Dia terkesima bilamana dia melihat lautan light stick yang bercahaya dengan profile namenya. Mendengar namanya disebut dalam laungan penuh semangat oleh para peminatnya, tubir mata mulai terasa panas. Rasa hangat tersebar di segenap pelosok hatinya.

Bertempur secara 'formal' di atas pentas auditorium ini bukanlah hal yang mudah bagi dirinya. Tetapi bila melihat pemandangan yang ada di hadapannya sekarang, dia tahu... Dia tahu bahawa dia tidak salah membuat keputusan. Benaknya, hatinya, jiwanya... Segala yang dia rasakan sekarang, cukup untuk dia menggenggam kembali apa yang digelar sebagai harapan.

Dia yang tersandung dengan keras dahulu...

Dia yang pernah hilang kepercayaan terhadap diri sendiri...

Dia yang hampir putus asa dengan segala-galanya...

Kini, dia berdiri tegak di hadapan semua orang dengan perasaan yang amat bercampur-baur. Perlahan-lahan, tubuhnya ditundukkan 90 darjah menghadap seisi auditorium.

Satu aksi kecil, tetapi kesannya mampu mematikan sorakan meriah yang kedengaran.

"Thank you, everyone." Rendah sahaja nada Ellia.

Dia cukup tahu, tiada telinga yang dapat mendengar ucapan terima kasihnya. Tapi, tetap sahaja... Dia mahu mengekspresikan perasaannya ketika ini kepada semua orang yang menyokong dirinya.

"You did great, Siea. Don't thank us, thank yourself."

"Siea, teruskan langkah kau... Kami semua tahu kau boleh. Hwaitingggg!"

"We love you, Siea. You deserve everything!"

Entah siapa yang memulakan, tetapi sekarang suara-suara mereka yang menyokong Siea kedengaran. Mereka melontarkan kata-kata dorongan dan semangat yang manis, mencambahkan lagi rasa syukur Ellia kepada mereka semua.

Selesai menunduk hormat kepada mereka, Ellia berura-ura meninggalkan pentas setelah menerima cue daripada staf di belakang tabir. Namun demikian, baru beberapa langkah diambil, tiba-tiba...

"Siea!"

Tidak boleh tidak, dia mengalihkan pandangannya kembali menghadap para penonton. Pandangannya sedikit kabur dek genangan air mata, dan sejujurnya... Dia tidak dapat mengenal pasti suara siapa yang memanggil dirinya itu, tapi dia tetap mahu berkalih jua.

"Trust in yourself... Where the stars align for you, that's where you belong!"

Ellia tersentak sejenak akibat not tinggi di hujung ayat tersebut. Tanpa dapat dikawal, seulas senyum merekah di bibirnya. Tidak sampai sesaat, dia langsung membuat isyarat tangan 'OK' sebagai balasan kepada ujaran tersebut.

Kemudian, barulah dia meneruskan langkahnya menuju ke belakang tabir dengan diiringi sorakan daripada para penonton. Light stick dalam tangannya semakin erat digenggam sambil benaknya mengulang tayang ayat tadi berulang kali.

Where the stars align for me, that's where I belong.

ใ€„โจพใ€„โจพใ€„

โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’

Nak buat emotional and grand, tapi idea tak support... Bear with me, okay? Yna pun desperate nak tengok ending story ni๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ™๐Ÿฝ

โฟปเฏ ๐—ง๐—›๐—”๐—ก๐—ž๐—ฆ ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—ง ๐™๐™Š๐™ ๐™๐™€๐˜ผ๐˜ฟ๐™€๐™๐™Ž เฏโฟป
i) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“

ii) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ท๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
iii) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
iv) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“


You are reading the story above: TeenFic.Net