TERJEBAK masalah 'dua hati', Ellia merenung lama pantulan dirinya pada cermin yang berhadapan dengannya itu. Gaya pemakaian yang mana lebih sesuai untuk dia kenakan? Tema kasual yang dia gemari atau tema chic seperti rencana awalnya tempoh hari?
Melepaskan keluhan lemah, dia akhirnya memutuskan untuk tidak mengganti pakaiannya. Pilihannya... Tema kasual.
Sebab apa? Sebab dia sendiri sudah melihat bagaimana penerimaan komuniti peminat VRS sebelum ini terhadap fesyen para pemain. Gaya chic tidak dinafikan memang membawa aura cool dan jika digayakan dengan mask, akan mendatangkan segerombolan peminat yang tertarik dengan 'misteri' sang pemain. Walau bagaimanapun, dia sepatutnya merahsiakan identitinya dengan kekal low-key. Kalau terdapat ramai peminat, identitinya sangat berisiko tinggi untuk terdedah. Jadi, lebih elok jika dia berpakaian kasual sahaja. Auranya akan terlihat santai dan biasa-biasa belaka, tidak akan mengundang terlalu banyak perhatian walaupun dia memakai mask.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan yang bertalu-talu kedengaran itu segera membawa pergi semua idea Ellia berkaitan tema pakaian dari benaknya.
"Kakak, kakak dah siap ke? Kita kena gerak sekarang."
"Ya, kakak dah siap. Dah nak keluar ni..."
Ellia menyahut sambil menenangkan perasaannya. Dengan matanya berpusat di cermin, senyuman diukir polos. Hanya seketika dia memandang pantulan dirinya buat kali terakhir lalu beg kanvasnya pantas dicapai sebelum dia membuka pintu biliknya.
Raut tenang Sun kelihatan berkocak sedikit selepas melihat penampilan Ellia. Walau bagaimanapun, dia kemudiannya mengukir senyuman nipis. Lengan Ellia lantas dipeluk manja sebelum mereka turun beriringan ke tingkat bawah.
"Happy nampak... Dah berbaik dengan L ke?"
Sun yang masih tersenyum cepat sahaja mencebikkan bibirnya. Kepala dilentokkan ke bahu Ellia dalam pada mulutnya mengomel kecil.
"Kakak ni... Mana ada Sun bergaduh dengan abang. Sun cuma tersedar something aje, bukannya Sun merajuk... Kakak dengan abang yang overthinking."
Ellia mengangguk-angguk kecil. Nampak sangat yang dia tidak percaya dengan kata-kata Sun!
Dua hari yang lalu, sebaik sahaja pulang daripada appointmentnya dengan Anya, dia langsung dihidangkan dengan slot drama bermasam muka dua orang adiknya itu. Mahu migrain terus Ellia dibuatnya! Tidak sampai berapa jam kut dia tinggalkan mereka berdua...
Jenuh juga Ellia melembutkan hati L untuk meminta maaf. Maklumlah, Sun tipikal orang yang dipujuk, bukannya memujuk.
Ellia sejujurnya tidak tahu sangat bagaimana proses pemulihan hubungan dua orang adiknya itu kerana dia banyak menghabiskan masanya dengan latihan intensiti tinggi dalam VRS semalam. Namun melihat senyuman Sun hari ini, jelas menunjukkan bahawa hubungan mereka berdua sudah kembali normal.
"Kakak," panggil Sun perlahan.
"Hmm?"
"After this, kalau Sun terlampau menyibuk sangat hal kakak... Make sure kakak tegur, okey? Sun janji, Sun akan berusaha untuk hormat privasi kakak. I won't force you to tell me everything anymore."
Ellia sedikit tersentak. Dia tidak menyangka Sun akan memberitahu hal seperti itu kepadanya. Sun terasa agak... Berbeza daripada selalunya.
Pun begitu, lambat-lambat terukir jua senyuman di bingkai wajahnya. Mungkin Sun memang bercakap benar... Di sebalik diamnya yang Ellia dan L cop sebagai rajuk, nyatanya dia hanya sedang memproses fikiran dan perasaannya semata.
Bagi persona seperti Sun, perubahan kecil ini secara jelasnya akan mendatangkan impak yang besar. Jadi, tidak hairanlah kalau dia sedikit canggung pada awalnya.
Tidak dapat tidak, Ellia mengusap lembut kepala Sun. Apabila Sun mengangkat kepala dan memandangnya dengan mata yang menggambarkan ekspresi tertanya-tanya, dia hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.
"Our baby Sunny seems to have grow up again," ucapnya, terselit nada bangga.
"I'm not a baby anymore," dalih Sun dengan pipi yang kembung.
"Noted, you're not a baby anymore."
Enggan melihat Sun memasang ekspresi merajuknya, Ellia turutkan sahaja apa yang Sun katakan. Yalah, merajuk karang dia yang susah!
Setelah tiba di tingkat bawah, kelihatan CA, Rel, Crowner dan Empire sedang menunggu di ruang tamu. Berseri-seri terus wajah mereka tatkala kelibat Ellia dan Sun menjengah ruang pandangan.
Dengan pantas, mereka semua mendapatkan dua gadis itu. Tanpa banyak soal, langsung sahaja mereka mendorong Ellia dan Sun ke arah pintu keluar. Hampir tercengang mereka berdua dibuatnya!
Kagum Ellia dan Sun dengan kecekapan mereka semua. Wah, jimat masa sungguh! Terus gerak tanpa banyak soal ya?
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
Usai sahaja kereta limousin yang mereka naiki mula bergerak, CA langsung menyoal.
"Kenapa tak pakai pakaian macam hari tu?"
Menjadi pusat perhatian semua orang, Ellia menelan liur dengan sedikit payah. Perlahan dia menggaru pipi sambil tertawa kekok.
"Err, it's nothing serious actually... Lepas pergi opening PQ Official Throne Match hari tu, aku buat a few reflections. Memandangkan aku patut sembunyikan identiti aku, so aku kenalah jadi low-key. Dan kalau nak jadi low-key, it's more suitable to wear casual themed clothes than the other dress codes. Lagipun, gaya kasual popular dalam kalangan remaja dan young adults. Semua orang cuma akan fikir yang aku ni daripada keluarga biasa-biasa. Hence, identiti aku akan lebih selamat dengan gaya ni."
Mendengar penjelasan Ellia itu, langsung terangguk-angguk kepala para manusia di sekelilingnya.
"Oh ya, aku ada dapat berita daripada orang dalam... Diaorang bagitahu aku pasal nama-nama besar yang terpilih dalam sesi kedua ni. Selain kau, ada Amethyst, Dash, Fern, Harquinn dengan Rose."
Info yang disajikan oleh Airika itu memunculkan bervariasi reaksi dalam sekelip mata. Ya, memanglah semua peserta yang layak ke PQ Official Throne Match bukan calang-calang orangnya... Namun begitu, terdapat beberapa nama yang sebetulnya melampaui penilaian komuniti VRS sebagai players yang hebat. Boleh dikatakan nama-nama itu adalah terbaik antara yang terbaik. Amethyst, Dash, Fern, Harquinn, Rose dan Siea termasuk dalam golongan ini.
Benar-benar suatu hal yang sangat mengejutkan untuk mereka berenam dikumpulkan bersama dalam sesi kali ini. Pengelasan peserta biasanya dibuat secara sama rata dalam mana-mana sesi perlawanan VRS. Walaupun yang layak terbukti merupakan players hebat, namun 'darjat' mereka dalam industri VRS tetap berbeza-beza. Dan biasanya, players yang dikenali sebagai titan tidak akan dikumpulkan secara beramai-ramai dalam satu sesi. Sebab apa? Sebab takut sesi selebihnya menjadi 'kurang seimbang' dari segi kesukaran. Bayangkanlah pusingan saringan pertama semua titan berlawan sekaligus, jadi sesi seterusnya pasti hanya tinggal players standard medium sahaja. Itu akan menjadi tidak adil untuk menentukan kelayakan para peserta di arena battle, bukan? Jika betul-betul ingin mencari yang terbaik, semua tahap seharusnya digabungkan sekali demi mengekalkan keseimbangan dari segi kebolehan. Kalau yang kuat hanya bertemu dengan yang kuat dan begitu juga sebaliknya, di mana cabaran dan halangan untuk memahkotakan sang pemain terbaik?
"Someone is playing tricks behind the scenes," ujar Eli. Giginya diketap kuat, geram.
"Mana adil macam ni... Patutlah rasa macam lain sangat bila pihak penganjur kata diaorang takkan dedahkan list players yang akan bermain untuk semua sesi secara public. Rupanya, ada udang di sebalik batu," gerutu Rel.
Seolah-olah mendapat motivasi dek dua jejaka itu, semua orang kecuali Ellia mula membuka mulut menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Gamat semacam suasana dalam kereta tersebut sehinggalah Ellia mencelah di tengah-tengah sesi dialog bersama mereka semua.
"Tak adil macam mana sekalipun, yang kalah tetap kalah dan yang menang tetap menang."
Tenang sahaja Ellia melontarkan pandangannya. Bukannya dia tidak terasa apa-apa, tetapi ada beberapa perkara yang harus diluruskan. Salah satunya adalah hal yang dia sebutkan itu. Pemenang tetap pemenang, tidak kiralah berapa banyak tipu daya yang digunakan.
Pada hujung perlawanan, dunia cuma akan melihat mereka yang masih berdiri di akhirnya. Orang-orang yang jatuh di belakang, meskipun mungkin berjaya meraih simpati atau perhatian, kesudahannya tetap akan diketepikan.
"All is fair in war and love," tokok Ellia lagi.
Kalau benar takhta PQ of VRS yang sudah bertahun-tahun lamanya kosong itu tertulis sebagai miliknya, dia percaya dia akan duduk di situ tidak kiralah berapa banyak rintangan yang perlu dihadapinya. Sebaliknya, jika dia gagal mara, maka hal terburuk yang perlu dia telan ialah dia memang bukan pemilik sah takhta itu dan merelakan sisa kehidupannya selepas ini sepenuhnya berada dalam tangan Grandpa Blake dan Grandma Sapphire.
"Kakak..."
"Ellia..."
"Grace..."
Entah bagaimana, hati mereka semua benar-benar tersentuh dengan ayat Ellia. Apa itu patah semangat? Sofie Gracellia mereka hanya tahu berjuang tanpa lelah!
"You got this, kau kena tunjuk dekat dunia siapa Siea sebenarnya." Airika menggenggam erat tangan Ellia dengan sepasang mata yang bersinar-sinar.
"True that, Queen Siea, come on!" Hope menjulang dua penumbuknya ke atas, menunjukkan sokongannya dengan gaya yang cukup manis.
"Queen Siea, come on!"
Ibarat dijampi, seisi kereta itu sekali lagi gamat. Perbandingannya dari tadi, kini kegamatan itu dipenuhi aura positif yang menampakkan sokongan tidak terhingga kepada Ellia.
Ellia tersenyum senang dengan keletah mereka. Terhibur dia dibuatnya oleh semua orang!
Teringatkan sesuatu, kepalanya langsung ligat berfikir bagaimana dia mahu menyuarakan suatu perkara yang sejak dari tadi lagi bermain di fikirannya.
"Erm... Korang..." Ellia terbatuk-batuk kecil, menggamit perhatian mereka.
"Ya?" Serentak semua orang memberi respons.
"Nanti sampai sana, aku keluar sendiri dulu eh? Tunggu aku hantar chat bagitahu korang boleh masuk, baru korang ikut masuk. And also, park the car somewhere unnoticeable, okay?"
Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat.
"Hahhhhhh?"
Ah, sudah! Stres Ellia mahu memujuk kalau begini jadinya...
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
Dengan cap dan mask yang melindungi wajahnya, Ellia mengambil langkah teliti sambil mengelak pandangan orang di sekelilingnya. Terusik hatinya dek rasa tidak selesa berjalan di tengah lautan orang ramai. Pun begitu, dia menggagahkan diri untuk terus berjalan sehingga sampai ke kawasan lapor diri khas yang disediakan bagi peserta.
Masuk sahaja dia ke Lilithe Auditorium tadi, entah sudah berapa banyak mata yang memerhatikan dirinya. Mungkin pandangan mereka itu tidak seserius yang dia fikirkan, tetapi dia yang sukar untuk menerima perhatian sedemikian rupa.
Terbit sedikit rasa menyesal kerana tidak membiarkan sesiapa menemaninya masuk ke situ, namun Ellia meneguhkan hati agar percaya bahawa dia telah mengambil keputusan yang tepat. Dia tidak mahu kalau-kalau mereka yang bersangkutan dengannya disorot oleh sesiapa dan kemudian hari nanti mengundang gosip baharu. Jadi, lebih baik dia sendiri sahaja supaya tiada desas-desus aneh yang timbul.
Akhirnya tiba di meja lapor diri, Ellia menghela nafas perlahan. Lega hatinya!
"Sister... Saya nak lapor diri," ucapnya perlahan dengan intonasi penuh hormat.
Seorang wanita pertengahan usia yang berkaca mata tebal dengan raut wajah serius lantas mengangkat muka memandang tepat ke arahnya. Ellia yang punya pandangan tajam sempat menangkap name tag yang dipakainya bertulis 'Raven'. Hmm, rasa familiar semacam...
Pelik! Ellia rasa dia tidak ada kenalan yang bekerja dalam industri esports, tapi mengapa dia terasa seolah-olah ini bukan kali pertama dia mengetahui nama tersebut.
Jangan hairan kenapa dia boleh tahu wanita itu bekerja dalam industri esports... Informasi ini dia terima daripada CA yang mengatakan bahawa setiap kali ada perlawanan rasmi anjuran developer VRS, staf-staf yang terlibat pasti semuanya ahli industri esports.
"Profile name?"
Pertanyaan itu segera menyentak Ellia daripada lamunannya. Cepat sahaja dia meraih semula komposisi dirinya. Ah, memalukan betul kalau dia sampai melatah dek terkejut tadi!
"Siea."
Tangan Raven yang sudah bersedia untuk menanda senarai nama membeku sebaik sebaris nama profile name itu meluncur keluar dari mulut gadis di hadapannya. Lambat-lambat kepalanya dipanggungkan kembali menghadap Ellia.
Ellia terkebil-kebil bilamana Raven menatapnya semula. Lebih pelik lagi, pandangan mata Raven menggambarkan seribu satu benda yang tidak dapat dia tafsirkan.
"Err, sister..."
"Ah? Oh... Maaf..."
Raven yang tersedar bahawa dia sudah terlepas kendali akan emosinya buru-buru menanda rait pada kotak kehadiran profile name Siea. Kemudian, dia menghulurkan sebuah light stick dengan desain permata yang dihiasi mahkota kepada Ellia.
(Cr: Pinterest, I can't say for sure which light stick design yang Yna nak for this scene, but these are my top 3 fav designs, so it's better to just share all three with you guys hehe~~ππ₯°)
Ellia menyambut light stick itu dengan rasa teruja. Nama 'Siea' dan 'Aelice' yang terukir pada permukaan permata berwarna ungu muda tersebut langsung memberikan rasa puas yang tidak dapat dia ungkapkan dengan aksara kata.
"Youβ"
"Awwww!"
Ellia terjerit kecil, kesakitan apabila buku lalinya terlanggar kaki meja akibat ditolak dari tepi secara tidak semena-mena. Berkerut dahinya menahan rasa ngilu yang hadir.
Dengan rasa tidak puas hati yang berhimpun dalam dada, kepalanya diteleng menghadap si pelaku. Lima orang gadis yang tampil bergaya dengan cosplay Harry Potter segera muncul di lensa matanya.
"Oops, sorry... Lain kali, boleh cepat sikit tak? Orang belakang penat nak tunggu."
Seorang daripada mereka yang berambut perang dan berkaca mata bulat tersenyum memandang Ellia. Nampak macam seseorang yang membawa vibe good girl, tetapi nada sarkastiknya yang langsung tidak disembunyikan itu jelas berkata lain.
Ellia mengetap giginya. Mengutamakan rasionaliti, dia menghembus nafas perlahan sebelum membuka mulut untuk membalas. Akan tetapi, belum sempat dia mahu berkata-kata, satu suara lain sudah terlebih dahulu kedengaran.
"Young ladies, please report your profile name accordingly."
Raven sama sekali tidak mengangkat wajahnya untuk memandang para gadis di hadapannya yang secara terang-terangan cuba menimbulkan masalah itu. Walaupun begitu, aura kuat yang keluar daripada sosok tubuhnya tetap dapat dirasakan oleh kelima-lima gadis itu.
Ellia sendiri juga terkejut dek perubahan aura Raven itu. Seingatnya sebentar tadi, Raven memang memasang wajah tegang namun auranya tidaklah begitu kuat seperti sekarang ini.
"Amethyst."
"Dash."
"Fern."
"Harquinn."
"Rose."
Gentar dengan aura Raven, seorang demi seorang daripada sekumpulan gadis itu terus menamakan identiti masing-masing. Selepas menerima light stick mereka, lima gadis tersebut langsung pergi dari situ secara tergesa-gesa. Namun dalam keadaan tergesa-gesa begitu pun, sempat juga mereka melemparkan pandangan sinis ke arah Ellia. Tidak terfikir pun mahu menyembunyikan niat untuk berseteru mereka dengan dirinya!
Ellia diam-diam memutarkan bola matanya sebagai respons kepada mereka. Nasib baik ada cap yang melindungi pandangannya... Kalau tidak, silap-silap responsnya itu boleh membawa kepada pergaduhan dia dengan mereka.
"That... Your ankle, is it okay?"
"Huh?" Terpegun seketika Ellia.
Baru teringat akan buku lalinya, dia kemudian mengangkat sedikit kakinya lalu digoyang-goyangkan beberapa kali. Terasa ngilu sedikit, tetapi masih dalam tahap yang boleh dia tahan.
"It's tolerable," ujar Ellia, enggan banyak songeh di hadapan Raven.
"Well, that's good... Tapi lain kali, kalau kamu jumpa orang-orang yang suka cari masalah macam diaorang tu, make sure you don't bow your head. Jangan bagi diaorang rasa diaorang tu berkuasa. You have to be brave so as not to be trampled on." Panjang lebar Raven menguntai pesan.
"I wasn't trying to make them feel good, I was just being rational. Kalau ikutkan hati saya ni, boleh aje saya terus bergaduh dengan diaorang. However, my ego is one thing, yet my reputation is another. If I risk my reputation for my ego, I bet the consequences would be so far worse than my original loss."
Terdiam Raven setelah mendengar kata-kata Ellia itu. Pada masa yang sama, pandangan asalnya terhadap gadis itu mulai berubah. Ternyata gadis yang kelihatan mudah dibuli di hadapannya ketika ini bukan calang-calang personalitinya...
Awalnya, dia fikir Ellia gentar akan gadis-gadis itu. Sebab itulah, dia tidak berani mahu menegakkan keadilan untuk dirinya. Namun, nyatanya Ellia berfikir untuk masa hadapan sebelum bertindak. Hal yang sangat tidak biasa bagi jiwa muda sepertinya.
Raven kini percaya, pemilik profile name Siea itu akan mendatangkan lebih banyak kejutan daripada yang orang-orang antisipasikan. Karakter sebenar gadis itu jelas cukup jauh daripada karakter yang orang lain bayangkan untuk dirinya.
"I appreciate your words of kindness and... Also, your help earlier. Saya memang tak nak cakap banyak dengan diaorang, jadi terima kasih sebab mencelah... Erm, kalau tak ada apa-apa lagi, saya masuk dulu," kata Ellia lagi.
"Ah, ya... Masuklah."
Raven membuat isyarat tangan, tanda
You are reading the story above: TeenFic.Net