BULAN yang berbentuk separa dengan awan-awan nipis menutupi wajahnya itu dipandang oleh Ellia dengan rasa senang. Sejak kebelakangan ini, dia kurang mengambil waktu untuk mengapresiasi indahnya alam dek sibuk dengan VRS. Namun malam ini, dia tidak ada hati ingin menghabiskan masa berteleku di hadapan komputer. Sebaliknya, dia kini berdiri mendongak ke langit di balkoni Room 001, leka menghayati lukisan di dada langit malam itu.
Apabila bayu malam menampar lembut kulit wajahnya, Ellia perlahan-lahan mengatupkan mata. Sesekali terasa anak rambutnya mengelus pipinya, menghadirkan rasa damai yang tidak mampu dijelaskan melalui aksara bahasa.
Kala terasa ada sesuatu yang dipakaikan pada dirinya, mata yang terpejam itu lantas terbuka. Ellia sedikit terpana tika mendapati kedua-dua adiknya saat ini sedang berdiri mengapit dirinya di kiri dan kanan. Ditambah dengan kehadiran kardigan kapas tebal yang menyelimuti dirinya dari bahagian bahu hingga ke paras pinggang, perasaannya tiba-tiba jadi berbaur.
"Use it well, kakak kena jaga kesihatan sekarang ni." L bersuara rendah.
"Erm... Thanks, wolfie." Ellia tersenyum nipis tanpa dapat dikawal apabila mendengar bicara L itu.
"Erm..." Ringkas sahaja sahutan L.
Diam-diam Ellia mengerling ke arah L melalui ekor matanya. Dapat dia lihat telinga L terlihat sedikit merah. Ellia agak, mungkin adiknya itu diterpa rasa malu. Entahlah apa bendanya yang buat dia rasa malu bila bersikap gentle... Ellia sebagai kakaknya pun tidak mampu mengerti perihal sifat L yang satu ini.
"Kakak..." Suara Sun terdengar, mengocak kesunyian malam.
"Hmm?"
"Kakak Rika rushing balik rumah dia tadi, kakak tahu ke sebab apa?"
Ellia memalingkan wajahnya ke arah Sun. Keningnya dijongket sedikit, seakan cuba menduga apa perkara sebenar yang Sun mahu tahu melalui soalannya itu.
Sun mengangkat kedua-dua belah tangan, tanda mengalah bila melihat kakaknya membuat reaksi sebegitu. Dia fikir, dia mampu menyembunyikan rasa ingin tahunya jika dia bermula dengan soalan ringkas itu. Namun nyatanya, Ellia tetap dapat membaca fikirannya dengan begitu mudah.
"Okey, okey... Sun bukannya apa, Sun cuma nak tahu aje apa yang kakak dengan kakak Rika rancangkan."
"Rancangkan? What do you mean by that, sunny?" Tajam panahan mata Ellia pada seraut wajah Sun.
Sun terkelu seketika. Tidak mampu menahan pandangan mata kakaknya, dia mengalih pandang ke hadapan.
"Sun tahu sangat perangai kakak dengan kakak Rika macam mana. Bila korang rancang something, korang mesti sentiasa berbisik-bisik with each other. And earlier this morning, you both were acting weird at the dining table."
"Yes, and don't you try to say that it was nothing. I won't buy it. Kakak dengan kakak Rika sama-sama bangun lewat, and those weird moments at the dining table... That's enough to make me suspicious of you both," tokok L.
Ellia menggigit bibir bawahnya. Hesy! Sejak bila pula adik-adiknya ini semakin peka memerhatikan orang?
"Okay, apa sebab L dengan Sun nak ambil tahu about whatever the thing is between me and your sister Rika?"
"Because I want to make sure it's nothing dangerous to any of you," ujar Sun.
"And for me, I just need to know about it."
Jawapan L itu membuatkan Ellia dan Sun sama-sama keliru. Alasan dia mahu ambil tahu adalah sebab dia hanya perlu tahu tentang perkara itu?
L melepaskan keluhan kasar apabila melihat mereka berdua menayang riak bingung kepadanya. "I'm saying that I hate having too many questions running in my head."
"Ohhhh..." Terangguk-angguk kepala Ellia dan Sun mendengarnya.
"So?" Secara bersamaan, L dan Sun memusatkan mata mereka pada Ellia.
Ellia terkebil-kebil sejenak. Apa ini? Dia yang kakak, kenapa dia pula yang berasa terancam?
"Gosh, kakak sebenarnya tak nak you both tahu sebab benda ni bukannya benda yang besar pun... We both alone are enough to handle this matter. It's just about Uncle Brendan."
"Kenapa dengan uncle?" L mengerutkan dahinya.
"He's not in a good condition now. And yet he's still working, jadi Aira takut tahap kesihatan uncle makin drop. Aira tak nak sesiapa berkongsi kebimbangan dengan dia, dia tak nak membebankan sesiapa. However, I pushed her to be honest and open with me. Jadi, kakak dapat tahu pasal benda ni... She trusts no one at home to take care of uncle, jadi kakak made a plan for her untuk bawa uncle pergi berubat tanpa ada sesiapa yang dapat halang dia. That's all."
Ringkas tetapi cukup padat Ellia menjelaskan apa yang dia dan Airika rancangkan. Tentu sekali, bukan semua benda didedahkan kepada L dan Sun. Akan tetapi, cukuplah mereka tahu setakat apa yang mereka perlu tahu.
"Itu aje? Kakak yakin ke ni?" duga Sun dengan pandangan mata yang tidak yakin.
"Kalau tak nak percaya, ikut suka Sun ajelah. As for me, I've told you about what you want to know."
Berusaha menutupi gugupnya kerana tidak memberitahukan beberapa perkara lain kepada L dan Sun, Ellia menatap lurus ke hadapan. Deretan puncak bangunan yang bercahaya dari kejauhan itu kelihatan sangat indah di teropong matanya. Menurutnya, ia merupakan suatu pemandangan yang penuh nilai estetika.
"It won't take turn into becoming something dangerous, right?" soal L dengan nada seriusnya.
"Let's just hope it won't. I can't say much myself, sebab kakak bukannya boleh ramal masa depan."
Sun yang ingin membuka mulutnya tidak jadi bersuara tika L menghantar isyarat supaya dia tidak lagi menekan kakak mereka itu. Dek kerana itu, dengan hati yang berat, dia akhirnya menjatuhkan jua subjek pembicaraan mereka.
Lama tiga beradik itu menyepi, masing-masing ralit menghayati landskap malam yang terbentang di hadapan mata.
"L ingat lagi... Masa kecil dulu, kebanyakan masa, mama dengan papa outstation. Jadi, we only have each other at home. Bila kita tak dapat tidur, kita selalu naik rooftop just to enjoy the night view. The three of us have always been disliking the bedtime stories, jadi kita tak boleh tidur even when the nannies read them for us."
L tergelak kecil mengimbau kenangan masa lalu. Kadang-kadang, ada perasaan ingin kembali ke masa kecil dalam hatinya. Namun dia tahu, perkara itu mustahil. Pada hakikatnya, saat melintasi jambatan kehidupan, manusia hanya boleh berjalan maju dan tidak sesekali mampu bergerak mundur.
Ellia dan Sun turut tersenyum kerana memori itu juga masih segar dalam kotak ingatan mereka. Siapa yang boleh senang-senang melupakan masa kecil mereka, bukan? Walaupun mungkin ada beberapa peristiwa yang tidak begitu menggembirakan, kenangan masa kecil sangat istimewa sehingga sukar dilupakan, terutamanya bagi detik-detik yang membahagiakan dan menghangatkan hati.
"Erm... Sun pun masih ingat lagi pasal satu moment ni. Ada satu masa tu, Sun nangis tak ingat dunia sebab crush Sun reject confession Sun. Kakak dengan abang datang untuk tenangkan Sun dekat rooftop. Abang cakap, abang tak suka Sun nangis sebab budak lelaki hingusan tu. Padahal abang tak tahu pun dia memang hingusan ataupun tak... Kakak pula bagitahu yang Sun masih terlalu muda untuk kenal perasaan suka yang sebenar-benarnya. Kakak suruh Sun untuk terus pandang ke depan dan jangan pedulikan perasaan-perasaan yang muncul while I was on my way to growing up, it's because all the feelings would only be beautiful at that certain point of life before it gradually fade away with the time."
L mendengus kasar. "Dalam banyak-banyak moment kita dekat rooftop, kenapa moment tu juga yang Sun ingat sangat? Sun belum move on lagi ke daripada budak tu?"
Ellia hanya tersenyum sahaja bila adik-adiknya itu mula bertelingkah kecil. Crush Sun, dia kenal siapa orangnya. L sahaja yang tidak tahu identiti crush adik bongsu mereka itu. Walhal kenyataannya, crush Sun yang digelarnya budak hingusan itu merupakan sahabat baiknya ketika sekolah rendah dahulu. Hingusan? Penampilan mereka berdua boleh dikategorikan sama, begitu juga dengan paras rupa. Jadi, jika L menggelarkan dia budak hingusan, bukankah L juga menyebut dirinya dengan gelaran yang sama?
"Alright, enough." Dia bersuara, menghentikan pertelingkahan mereka berdua sebelum menjadi lebih serius. Kemudian, dia memandang ke arah Sun. "Sun masih keep on the updates about him?"
Sun menunduk sambil kaki kirinya menguis-nguis benteng kaca yang bersambung dengan palang tempat tangannya berpegang di ruang balkoni itu. Perlahan sahaja kepalanya dianggukkan.
"Wait, what? It's been how many freaking years already, and you still like him?"
L membulatkan matanya. Raut selamba yang ditayangkan oleh Sun menyebabkan dia mati kata.
"Kakak..." Lagi-lagi L menerima kejutan tika mendapati Ellia sama sekali tidak terperanjat dengan kenyataan yang Sun masih menyukai crushnya itu. "You... Knew it too?"
Ellia menepuk-nepuk bahu L, satu senyuman terbentuk manis di seulas bibirnya. "Yeah, kakak dah lama tahu..."
"You two... Are just unbelievable." L bersungut perlahan. Rasa terpinggir pula dia kerana hanya dia seorang yang tidak tahu apa-apa berkaitan ketahanan crush Sun itu.
"Abang tak pernah support crush Sun. Kalau abang support even just a little, Sun mesti akan bagitahu abang. But you never did, jadi Sun tak bagitahu abang pasal benda ni..." Sun bersuara rendah.
Menyedari perubahan aura antara kedua-dua adiknya itu, Ellia berundur sedikit ke belakang untuk membuka ruang agar L boleh terus menghampiri Sun tanpa ada dirinya yang menghalangi di tengah-tengah mereka.
Tepat seperti yang dia jangkakan, L tidak membuang masa dan terus merapatkan jarak antara dirinya dengan Sun. Walaupun pada mulanya sedikit teragak-agak, akhirnya tangannya tetap dibawa naik ke kepala Sun, mengusapnya penuh kasih.
"It's not that I don't want to support you. Tapi, abang tak boleh nak buat macam tu... Let me ask you. Sun dah kenal dia sebaik mana sampai boleh suka dia selama bertahun-tahun? He broke your heart and made you cry, sebagai abang Sun, abang tak suka fakta ni, okey? You deserve someone who can make you smile and treat you the best as you should. Kalau nak buat Sun senyum pun dia tak mampu, abang tak rasa dia layak untuk Sun. You should be cherished, and you should never settle for the bare minimum when you can have someone better."
Ellia yang mendengar ucapan L itu tidak mampu tidak tersenyum. L, meskipun suka mengusik Sun, pada dasarnya dia sangat melindungi adiknya itu. Dia tidak suka jika Sun menangis disebabkan sesiapa, dan acapkali bila dia yang menjadi asbabnya mengapa air mata Sun tumpah, dia tidak pernah senang duduk di posisinya. Ada sahaja caranya yang tersendiri untuk memujuk Sun, namun kebanyakan masa tidak dinafikan pujukannya itu disokong campur tangan daripada Ellia.
Faktanya, Sun berhati lembut dan cukup sensitif, pelbagai perkara boleh menyakitinya, tetapi itu hanya dengan orang yang dia rapat dan sayang sahaja. Jika datang kritikan dan cemuhan daripada orang luar, hatinya akan sakit namun tidak sesekali air matanya akan tumpah kerana mereka. Sebaliknya, segala perkara buruk yang dikatakan terhadap dirinya itu akan menumbuhkan dia sebagai petarung yang luar biasa. Dia akan sentiasa pastikan yang kritikan dan cemuhan mereka terhadap dirinya itu akan berpatah balik ke arah mereka semula.
"Abang..." Mata Sun naik berair mendengar kata-kata L itu.
Selama ini, Sun menyangka bahawa L tidak mahu menyokong crushnya kerana L memandang dirinya sebagai budak kecil yang masih mentah untuk faham urusan dunia. Dia tidak tahu pula yang L sebenarnya mempertimbangkan perasaannya yang tidak terjaga dek crushnya.
"Tak kiralah Sun atau kakak... Dua-dua layak dapat yang terbaik. I won't let anyone unworthy of you both get to have you. Kalau ada yang berani nak dekat dengan Sun atau kakak, diaorang kena berdepan dengan L dulu. Dan kalau diaorang cuma berniat nak main-mainkan hati Sun dan kakak, L akan pastikan diaorang takkan dapat mulakan apa-apa with you two, not even the first move." Tegas L melontar kata.
Ellia mengerutkan dahinya. "Hey, count me out... Kakak boleh jaga diri sendirilah."
L mencerlung tajam ke arah kakaknya itu. "Sorry but no... L tak pandang umur, even kakak lebih tua daripada L, that's not an excuse for me to not protect you."
Terkedu Ellia dibuatnya. Haih... Adik lelaki yang terlebih protective macam Blaine Allen ini memang lain auranya ya?
Tidak semena-mena, bunyi tepukan sederhana kuat kedengaran. Tiga beradik tersebut pantas menoleh, memandang tepat ke arah pintu ruangan itu yang terbuka.
Elok sahaja Rel berdiri menyandar di muka pintu sambil tangan bersilang di dadanya selepas bertepuk tangan beberapa kali.
"Cayalah, L... You have my respect, bro!"
L memutarkan bola matanya. "Manner mana manner? Curi dengar perbualan orang tu tak beradab, kau tahu?"
Rel mengangkat bahunya. "Kalau tak nak orang dengar, lain kali tutuplah pintu. It's not my fault that this door was wide open and I got to hear everything you three siblings were talking about."
Enggan membiarkan L dan Rel beradu mulut, Ellia segera bersuara.
"Rel, kau nak join kitorang?"
"Oh, well... I'd loveβ"
Ting!
Bunyi chat masuk di telefonnya membuatkan Rel pantas mengeluarkan telefonnya itu dari kocek hoodienya. Tidak mengambil waktu yang lama sebelum air wajahnya berkocak sedikit.
"Rel? Something's up?" Ellia yang sedar perubahan wajah Rel itu langsung bertanya.
Rel yang larut dalam fikirannya buat sejenak waktu kembali ke realiti apabila mendengar pertanyaan Ellia itu. "Err, it's nothing... Urm, I think I'll pass. Next time, okey?"
"Oh, okey."
"Then, I'll get going first. Korang jangan tidur lewat sangat, okey?"
"Erm, okey..." Senada Ellia, L dan Sun membalas.
Apabila Rel membuka langkah laju meninggalkan mereka, langsung sahaja mereka dihantui perasaan tertanya-tanya. Ada apa dengan Rel? Macam ada sesuatu yang tidak kena sahaja.
"He looked weird..." L memberi komen.
"Yeah, tak biasanya Rel jalan laju macam tu," kata Sun pula.
"Adalah tu bendanya yang buat dia jadi macam tu... I don't think it's anything major. Let's not worry too much about him," ujar Ellia, sekadar untuk menyedapkan hati dua adiknya itu.
Walhal pada kenyataannya, Ellia juga diburu rasa ingin tahu tentang keanehan tingkah Rel tadi. Apa agaknya chat yang diterima Rel sehingga menyebabkan dia bertingkah pelik seperti itu?
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
K. CL MBFL
Rel, aku perlukan bantuan
kau.
ββ 22:25
Rel menggigit bibirnya. Jari-jemarinya yang sudah elok menaip balasan kemudian menekan memadam kembali butiran chat yang ingin dia hantar itu.
"Aduh... Apa aku nak buat ni? Apa pula bantuan yang dia nak minta kali ni?"
Rel... Please.
ββ 22:30
Hampir-hampir dia membanting telefonnya ke lantai apabila chat baru daripada CL itu masuk.
Please? CL sedang merayu kepada dia ke sekarang ini? Tapi... Tapi, bagaimana boleh jadi begini? Itu sangat bukan CL untuk menggunakan perkataan 'please'. Terdesak level apa CL sampaikan dia sanggup memakai perkataan itu?
What is it?
ββ 22:33
Puas membuat pertimbangan, akhirnya Rel menghantar balasan ringkas. Serba salah betul dia apabila memikirkan keadaan CL dengan Crowner dan Ellia. Crowner dan Ellia mahu dia memberitahu mereka jika CL ada menghubunginya, sedangkan CL di sisi yang satu lagi ingin dia merahsiakan bahawa mereka masih berhubung sehingga ke hari ini. Argh, serabut kepala dia!
Sebelum tu, aku nak tanya
kau dulu... Kau keberatan
tak?
ββ 22:34
Rel mengancing giginya. Adoilah, soalan CL ini... Terasa macam soalan perangkap pun ada. Kalau dia kata dia tidak keberatan, itu maksudnya dia tidak jujur dengan diri sendiri. Tetapi jika dia cakap dia keberatan, apa pula perasaan CL nanti? Dan dia juga tidak mungkin akan rasa okey sahaja kalau sampai dia membuatkan CL terasa hati. Sekarang CL tidak dapat menghubungi CA kerana masalah keluarga Davies untuk memohon bantuannya, hanya dia, Viorel Aerean yang menjadi tempat CL meminta belas kasihan sekarang. Fuh, drama betul ayat dia... Apa-apa sekalipun, boleh diumpamakan seperti itulah keadaannya kini.
Kau nak jerat aku ke apa ni?
ββ 22:35
You tell me.
ββ 22:35
Eh, amboi! Rel menggeleng-gelengkan kepalanya membaca balasan CL itu. Ini mahu minta bantuan atau mahu buat orang sakit hati sahaja sebenarnya?
CL.
ββ 22:35
Okey, aku bukan nak buat
kau marah atau apa... Aku
Rel memicit-micit sisi kepalanya, terasa pening tiba-tiba. Tak, orang lain kut yang ada masalah... Kenapa dia pula yang terkesan sebegini rupa?
Kalau benda yang aku boleh
bantu, then of course aku
akan bantu. Jadi, kau kena
cakap dulu... Apa benda
yang kau nak aku bantu tu?
ββ 22:37
Seminit kemudian, balasan diterimanya daripada CL. Kali ini, Rel betul-betul rasa mahu pitam. Oh dear... Apa dosanya dalam kehidupan yang lepas sehingga dia menghadapi tekanan sebesar ini?
γβ¨Ύγβ¨Ύγ
ββββββ
I bet, story ni jadi makin boringππ Yna perhati aje, setiap new update, views berkurang, votes berkurang, comments berkurang... Mood Yna pun naik turun jadinya, SKSKSKSKSKπ¬ NGL, Yna rindu moments masa story ni masih fresh kidπ₯Ίπ₯Ί
Tapi tak apalah... Selagi masih ada yang enjoy cerita ni, Yna cuba kuatkan semangat untuk tulis sampai end, hmm...π THIS WOULD END SOON, I guess... Tapi chapter berapa baru end, Yna pun tak pasti. Apa yang penting, we're getting real close to the ending of S1β
Kalau dah end nanti, Yna tak tahulah macam mana... Mungkin cerita ni hanya akan jadi sejarah yang membosankan di Wattpadππ±
Alright, tak nak emo-emoπ
Info: K. CL MBFL means King CL My Buddy For Life in Rel's dictionaryπ₯Ί
Agaknya, apa help yang CL minta tu? Stay tuned for next
You are reading the story above: TeenFic.Net