TANGAN Ellia naik mengurut-urut sisi kepalanya saat rasa sakit kepala hadir secara mendadak. Ah, sudah! Nampaknya, dia telah menyebabkan dirinya 'terlebih kerja' malam ini.
Dalam sibuk berusaha menghilangkan rasa sakit kepala, satu sentuhan lembut terasa di bahu kanannya. Mahu tidak mahu, dia menoleh jua untuk melihat siapa gerangannya yang masih belum tidur ketika ini.
"Hey, kau okey tak ni?"
Oh, Airika rupanya! Tidak semena-mena, Ellia mengeluh. "Aku... Okey."
Airika yang membawa muk berisi teh panas lantas beredar meletakkan muk itu di meja kaca yang terletak beberapa langkah ke sisi kanannya sebelum kembali mendapatkan Ellia. Dia berdiri menyandarkan belakangnya ke meja komputer Ellia. Kemudian, tangannya disilangkan ke dada.
"Kalau okey, kenapa mengeluh?"
Ellia meraup wajahnya lalu merehatkan kepala ke kusyen kerusinya. "Haih... Entahlah."
"Grace... You know it's an unhealthy habit. What you are doing to yourself now... Semua ni akan bagi efek negatif dekat diri kau." Lembut lenggok bicara Airika.
"Kenapa kau tak tidur lagi?"
Airika menghela nafasnya perlahan. Dia tahu benar yang Ellia sedang cuba mengalihkan topik pembicaraan mereka! "What about you then?"
"Aku tanya kau dulu."
"Does that matter?"
Ellia terkelu lidah mahu berlawan kata dengan sepupunya itu. Airika, dia pernah menjadi juara pertandingan berbahas peringkat antarabangsa sebanyak tiga kali... Jika benar harus berdebat, bolehkah dia menyaingi gadis itu? Sudahnya, dia beralah jua.
"Aku tak boleh nak buang masa lagi... Kau tahu, it won't be long before it officially begins."
Airika mengerutkan keningnya dengan raut tegang. "Habis tu, kau overwork ni untuk apa? Dah tahu tak banyak masa yang tinggal, sepatutnya kau kena jaga diri dengan lebih baik. Kau overwork macam ni... It's just going to take a toll on you. Kau akan jatuh sakit kalau berterusan buat macam ni. Apa? Kau ingat kau superhuman yang takkan jatuh sakit tak kira apa kau buat? Girl, stop torturing yourself."
"Lower your voice, please?" Rendah sahaja nada Ellia.
Dia tidak mahu seandainya rakan-rakan mereka terganggu dengan perbualan mereka. Sudahlah seharian suntuk ini mereka membantu dia dengan sesi latihan VRSnya... Sampai malam berlabuh, mereka semua setia menemani dia berlatih. Nasib baiklah VIS's Private Gaming Centre ini ada menyediakan ruang penginapan, jadi tidak perlulah mereka memandu jauh untuk pulang ke rumah... Mengambil kira semua kesulitan yang mereka hadapi disebabkan dirinya, dia sekarang bertanya kepada diri sendiri. Ke mana pergi hatinya jika dia bahkan mengganggu waktu tidur mereka?
Melihat wajah Ellia yang jelas kepenatan itu, Airika sebenarnya tidak sampai hati mahu memarahinya. Akan tetapi, jika dia tidak menegur, macam mana Ellia akan sedar yang tindakannya sekarang ini salah?
"Is this not low enough? Lagipun, bilik ni soundproof. Nak risau apa kalau bercakap kuat-kuat pun?"
Ellia diam sementara jari telunjuk kanannya bergerak di atas permukaan meja, melukis corak-corak imaginasi yang terbayang di akalnya.
"Kau tahu... Aku sangat insecure dengan diri aku sendiri. Aku tak banyak pengalaman dalam VRS, aku rasa kalau aku tak cukup berusaha, aku akan kecewakan ramai orang... Kalau aku tak paksa diri, aku tak akan dapat hasil yang terbaik. Akuβ"
"Shush... You're at it again. Bukan ke hari tu kita dah setuju untuk tak ambil kesah pasal pengalaman kau lagi? Dan siapa cakap kau akan kecewakan ramai orang kalau kau tak cukup berusaha? Selagi kau dah berusaha walaupun sedikit, semua orang tak akan pernah rasa kecewa. Because you have at least made some effort, even if it's not much. Siapa pula yang cakap kau takkan dapat hasil yang terbaik kalau kau tak paksa diri? Semua orang boleh berusaha sehabis baik, tapi even when they have done their utmost best, belum tentu lagi diaorang akan dapat hasil yang terbaik. Do you know why? It's because they have forgotten to lean on God and only leaning on themselves to get the best result. Sometimes, it's really just better to simply let go and let God to take over the uncertainty of the future after doing everything you can do as a mere human. Tak ada benda yang perlu dipaksakan sebab hasil sesuatu perkara tu pun bukannya sesuatu yang dipaksakan."
Airika mengambil tangan kanan Ellia, menghentikan segala aksi melukis meja yang dilakukannya sejak beberapa minit yang lalu itu. Digenggamnya erat tangan tersebut.
"Look at me, Grace."
Lambat-lambat Ellia mengangkat wajahnya. Dengan keadaan lampu ruangan itu yang malap dan sedikit bekalan cahaya tambahan daripada komputernya yang masih hidup, wajah Airika cukup jelas kelihatan di kornea matanya. Sepasang mata gadis itu bersinar menatap dirinya sedangkan bibir merahnya pula membentuk senyuman nipis.
"You are doing alright. Do you hear me?"
Ellia tersentak. Sukar dia jelaskan dengan kata-kata saat ini bagaimana perasaan di dalam hatinya... Dia seorang yang sangat suka memendam rasa, tetapi bukan bermakna dia tidak perlu mendengar ucapan-ucapan yang boleh menghangatkan hatinya. Sungguhpun dia terbiasa menangani banyak hal dalam sepi dan bersendirian, dia tidak punya kekuatan sebanyak itu untuk mengubati hati sendiri.
It's always that 'this will be over soon' or 'you'll be alright later' kind of monologue in her head to keep herself calm while being in the storm.
But now, to be hearing such words like 'you are doing alright' when she's not confident in herself enough, it's like assuring her that whatever she's doing now is enough, that it all just going to be alright if she moves at her own pace and it let her know that she's not bound to be in an absolute or outstanding perfection kind of condition at this moment.
Airika memaut kedua-dua belah bahu Ellia. Tunak wajah itu dipandangnya.
"Aku nampak, Ellia. Aku nampak semuanya... How much you have grown in today's battle compared to all the previous ones, you're no longer just a newbie. Malah, kau mungkin jauh lebih baik daripada aku sekarang ni. I bet, talented people can really outdo the more experienced ones."
"Hey, kau tak hilang kebolehan kau, okey? Kau cuma terburu-buru dan cuai dalam battle tadi. And the good part is that's absolutely normal for humans. I believe, seorang Solana Airika jarang buat kesilapan-kesilapan macam tu... Kau biasanya observant dan calculative on your attacks, tapi tadi tu... That didn't really feel Waterana at all. Mesti kau nervous tadi, kan? CA's aura just came quite strong and intimidating when she's inside the arena. Kau tak terbiasa dengan aura dia, dan itu menyebabkan kau ragu dengan strategi kau sendiri. Her moves even... Memang susah dibaca dan mudah untuk terpedaya sebab dia jenis player yang agak suka main helah. So, I hope you don't plant any negative thoughts into your mind. Because in truth, feeding your inner demons will only bore more misery inside yourself."
Tidak pasal-pasal, Airika tertawa rancak sehingga mengundang kerut di wajah Ellia. Bingung dia dengan perubahan ekspresi mendadak gadis itu... Bukan sekejap tadi Airika terlihat kecewa ke? Ini belum pun sampai lima minit, dia sudah asyik benar ketawa seakan ada stand-up comedy di hadapan dia sekarang ini!
"Adoilah..." Cecair yang ada di tubir mata Airika kesat perlahan. Huh, terhibur betul dia nampaknya! "Tak... Sekarang ni, kau sedar ataupun tak yang kau baru aje cuba pujuk aku?"
"Huh?"
Tergeleng-geleng kepala Airika apabila melihat riak bingung Ellia. "You see, bila kau nampak aku kecewa, you just went straight to give me comfort although you're not okay yourself... Aku nak tanya kau sesuatu. Kenapa kau tak boleh pujuk diri kau sendiri untuk yakin dengan kebolehan yang kau ada macam yang kau buat untuk aku?"
Bait demi bait ujaran Airika itu Ellia cerna sebelum hatinya terasa disentap. Lambat-lambat dia membunyikan keluhan lemah.
"I guess... Sebagai orang yang biasanya menenangkan orang lain, it's like a reflex already for me to motivate others while I myself am not in a good condition. Kau tahu, kita sangat kenal diri sendiri, macam mana cara kita memujuk... Kita terlalu tahu semua tu. And that's exactly why most of the time, we fail to comfort ourselves and need others to be the one giving us comfort. Kita tahu pujuk orang lain sebab kita faham yang diaorang terluka... Tapi, kita susah nak buat benda yang sama untuk diri sendiri sebab idea pujukan kita tu sebenarnya datang daripada luka kita, luka lama ataupun luka baru. It works as a medicine for others, but to us, it may function as a self-harming weapon if not a poison."
Terkunci mulut Airika mendengar bicara Ellia itu. Ayat panjang berjela yang baru dia karang dalam mindanya untuk diperdengarkan kepada Ellia lesap sepenuhnya tika bicara itu meniti noktahnya.
Just like how the doctors may help treating their patients but not themselves, that's the way it is with us too. We can definitely carry others to move forward and help mending their broken hearts as well, yet that's not how the story goes when it's us with ourselves.
"Aku faham tu... Tapi, kita cuma ada diri sendiri untuk yakinkan diri kita yang kita boleh lakukan sesuatu bila keraguan dan rasa takut nak gagal tu kepunyaan kita. No one can beat our demons but ourselves."
Ellia mengangguk-angguk perlahan, faham dengan mesej Airika. "Thanks, Aira. It feels good to talk to you. By the way, teh tu untuk aku ke?" Terjuih mulutnya menunjuk ke arah muk yang terbiar di meja bersebelahan mereka itu.
"My pleasure, and me too. Eh, alamak! Aku terlupalah..." Airika ketawa kecil lalu pergi mengambil semula muk tersebut. "It's still warm... Nasib baiklah."
Sesudah merasai suhu muk dengan tangannya, barulah dia menyuakan muk itu kepada Ellia. Tersenyum Ellia menyambutnya.
"This is so refreshing..." Ellia memejamkan mata, menghargai nikmatnya rasa teh itu setelah mencicipinya sedikit.
Airika tersenyum sahaja. Seketika kemudian, dia menutup suis komputer Ellia sementara Ellia sibuk menikmati teh.
"Sekarang, kau kena berehat. Let's call it a day... Kau dah cukup banyak berlatih hari ni, simpan-simpanlah tenaga tu untuk hari esok pula."
"Tapiβ"
"Please, no more but, Grace. I need you to rest properly so that you won't get sick."
Sepasang berlian hitam berkilat milik Airika itu Ellia selami. Kebimbangan dan keseriusan yang terlalu nyata tertunjuk kepadanya menyebabkan dia mematikan niatnya untuk terus berlatih VRS. Teh yang masih tersisa sedikit dalam muk diteguk habis sebelum muk itu diletakkan di atas meja.
Airika terkebil-kebil saat Ellia meraih kedua-dua tangannya. Alisnya terangkat sedikit, mewakilkan perasaan ingin tahunya akan tindakan gadis itu.
"Aira..."
"Hmm?"
"Awalnya aku tak nak cakap... Tapi memandangkan kau pun dah bongkarkan perasaan aku, I've decided to be frank with you. Aira, to tell the truth... Aku tahu, ada benda lain dalam fikiran kau masa battle tadi. While a part of the reason behind your defeat might really be CA, she wasn't entirely the reason, right?"
Dipanah pandangan mata Ellia yang seakan mampu menembusi sukmanya, Airika perlahan-lahan membuang pandang ke arah lain. Namun begitu, tangannya erat membalas genggaman tangan Ellia. Keluhan ringannya kemudian kedengaran.
"Aku tahu, aku pun tak boleh sorokkan apa-apa daripada kau... Yeah, you're right. Sebenarnya, aku memang tengah stressed out about something right now. Grace, aku risau pasal daddy aku... Sejak dua menjak ni, aku nampak keadaan dia macam tak berapa okey. Bila aku tanya dia, dia kata dia penat bekerja... Tapi, Grace... Kau faham naluri seorang anak macam mana, kan? Aku dapat rasa yang daddy tak sihat, tapi dia pura-pura okey depan aku hanya sebab dia tak nak aku risau. And yet, how could not notice it? He's my daddy, I've lived with him for my whole life. So, if something went wrong with him, I'll definitely sense it right away."
"Hey, Aira... Hey, look here. Look at me." Ellia bersuara apabila percakapan Airika mula berubah rentak, memperlihatkan suasana hati gadis itu yang sedang gundah.
Airika memandang ke arah Ellia selepas mengambil masa seketika untuk bertenang. "Aku tahu aku patutnya tenang... But, it's hard."
"No, Aira... It's fine. Sebagai seorang anak, normal apa kalau kau risau pasal daddy kau... Kalau kena tempat aku sekalipun, aku takkan dapat kekal tenang if mama atau papa aku tiba-tiba jatuh sakit. Sekarang ni, kau sebenarnya makin risau sebab kau tak berada dekat dengan uncle, kan?"
Tiada anggukan yang diterimanya, tetapi Ellia tahu jawapan kepada persoalannya itu.
"How about this? Let's pull off some acts."
"Huh? Acts?" Airika langsung kebingungan.
"Oh, please... Aku tahu kau tak percayakan keluarga tiri kau sekarang ni, so why don't we fool them?"
"Well, what's the idea? I'm listening."
Ellia tersenyum. "Okey, macam ni..."
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
"Ha, ni dah kenapa boleh muncul dua ekor panda pula dekat sini ni?"
Airika dan Ellia pantas menayang riak cemberut apabila mendengar sindiran halus Zaire itu. Orang baru bangun tidur, disindir sedemikian rupa, memang moody semacamlah!
"Not your business."
"Just eat."
Serentak mereka bersuara, langsung mematikan mood Zaire untuk meneruskan sesi mengusiknya. Dalam ramainya manusia di ruang makan itu, dua orang gadis inilah antara yang dia tidak berani mahu usik bila mereka moody. Maklumlah, aura mereka berdua lain macam semasa moody.
"Kakak, kakak Rika..."
Mendengar panggilan Sun, Airika dan Ellia pantas menoleh ke arahnya.
"Is everything okay with you two? Did you guys stay up late last night?"
Airika dan Ellia berbalas pandangan buat beberapa detik, seakan-akan menghantar isyarat kepada satu sama lain supaya menjadi insan yang membuat penjelasan kepada Sun. Atau lebih tepatnya lagi, semua orang. Yalah, dua soalan itu tentunya bukan persoalan Sun seorang sahaja, tetapi juga rakan-rakan mereka yang lain.
"Susah sangat ke nak buat penjelasan sampai korang kena hantar signal macam tu?" CA menyoal seraya memeluk tubuhnya.
Gulp!
Telan liur semua orang kala CA menunjukkan mode 'kakak'nya. Tidak bertele-tele lagi, Airika pantas membuka mulut.
"Kitorang okey... And yes, kitorang stay up late last night."
"Are you sure you two are good?" Claude pula yang bersuara kali ini, tidak yakin dengan jawapan Airika itu.
"Yeah, we're good. If not, kitorang takkan mungkin turun makan dekat sini," ujar Ellia, meyakinkan semua yang mendengar.
"Okay then... Tapi kalau ada apa-apa, korang kena bagitahu kitorang, okey?" Lembut Eli menutur bicara, menghangatkan hati Airika dan Ellia. Eli kalau tidak berada dalam mode mengusik atau menyakitkan hati, memang tipikal lelaki yang akan mencairkan hati ramai gadis. Apa lagi bila dia menggunakan nada lembut dan menunjukkan sisi penuh perhatiannya...
"Okey." Singkat Airika dan Ellia membalas. Kemudian, mereka berdua masing-masing sibuk menikmati makanan yang tersedia.
"Alright, kita semua dah habis makan... Tinggal Rika dengan Ellia lagi yang masih makan sekarang ni. So, sementara kita tunggu diaorang habis makan, can we talk about yesterday's battle?" Jeda sebentar, namun belum sempat sesiapa membalas, Alex bersuara lagi. "CA, macam mana kau boleh sedar yang aku nak serang hendap kau masa tu eh?"
CA tersenyum senget. "Macam berdendam aje kau ni dengan aku..."
"Bukan macam tu, aku bukan berdendam. Aku cuma nak tahu aje... How did I expose myself to you?"
"Actually, you didn't."
"Eh?" Senada seirama semua orang membunyikan rasa bingung mereka sebaik mendengar ucapan CA itu.
"Yes, sebenarnya aku main agak aje yang kau bersembunyi dekat kawasan tu. You see, masa awal-awal battle, kau dah buat triple kill dekat situ. After the triple kill, kau dah tak buat sebarang kill lagi. It's impossible to say that you can't kill anyone else, except if you stayed at that very same place yang tak ada sesiapa singgah lagi selepas tiga players malang tu. Kedudukan kau masa bunuh tiga players tu sama aje, so I suspected that you were more likely to be in the same position if you really stayed there. And then, that happened."
Penjelasan CA itu menyebabkan mereka hilang kosa kata. Hebat betul cara dia main agak-agak!
"Ha, aku pun ada soalan... L, bow aku yang rosak tu dah tak ada fungsi kut... So, kenapa kau still sudi trade weapon dengan aku? Takkanlah semata-mata nak ganti rugi weapon aku tu, kan? Aku tak percaya hati kau semulia tu." Zaire memandang penuh syak wasangka terhadap L.
L menyedut jus orennya yang masih berbaki sebelum membalas bicara lelaki itu. "Well, hati aku memang tak semulia tu... So obviously, bow kau yang rosak tu ada fungsi bagi aku. Kenapa aku sudi trade weapon dengan kau? Sebab dekat Home aku, aku dah bina kilang pembaikan weapon. That means, if ada weapon yang rosak, aku boleh baiki. And thanks to you, I got a new bow yang lebih sesuai untuk kegunaan aku sekarang ni."
Hampir jatuh rahang setiap insan yang mendengar pengakuan ekslusif L itu. Kilang pembaikan weapon? Biar betul? Ya, memanglah di bahagian Player's Home dalam game VRS itu bermacam-macam benda boleh dibina, termasuklah juga kilang pembaikan weapon. Pun begitu, kilang pembaikan weapon memerlukan lebih daripada 10 juta diamonds untuk dibina. Itu belum termasuk kualiti, peringkat dan kadar masa pembaikan weapon lagi. Dengan pengakuan L sebentar tadi berkenaan kilang pembaikan weapon di Homenya, bukankah itu bermakna dia baru sahaja mengesahkan bahawa dia merupakan seorang player yang kaya-raya?
"Wow... Tak cukup jadi kaya in real life, dalam game pun kau jadi millionaire juga eh?" Dan bersuara dengan nada tidak percaya.
"Well, what can I say? Luck's got my back."
Sekali dengar, macam dia tengah menyombong. Dua kali dengar, sah memang dia menyombong. Tiga kali dengar, bukan menyombong
You are reading the story above: TeenFic.Net