𝟬𝟴𝟱 β€£ π™π™π™š π™‡π™€π™£π™œπ™šπ™¨π™© π˜½π™–π™©π™©π™‘π™š

Background color
Font
Font size
Line height

SEAWAL jam 7.00 pagi lagi, CA, Ellia, Crowner, Empire dan Rel sudah berkumpul di tempat latihan yang Rel tempah khas bagi Ellia. Ruangan yang sama seperti sebelum ini, iaitu Room 001.

"Tempat ni memang biasanya kosong ke?" soal Yuki kepada Rel. Rasa ingin tahu memuncak tinggi dalam dirinya kerana sehingga kini, dia tidak pernah melihat pengunjung lain datang ke bangunan ini.

"Well, tempat ni tak ramai yang tahu... Yang tahu pun tak berminat sangat nak datang sini. Aku yakin, sekarang ni korang semua mesti sedar yang tempat ni milik VIS, kan?" Santai Rel bersuara sambil asyik memutar-mutarkan pen di tangannya.

Semua orang langsung menganggukkan kepala. Well, nampak sangat bukan Yuki seorang sahaja yang rasa penasaran sebenarnya.

Rel tersenyum senget. "Kalau korang nak tahu, tempat ni dipanggil VIS's Private Gaming Centre. So, by its name, I bet you guys understand now why I said this place is not known by many people. Students VIS rata-rata yang tahu pasal tempat ni pun semuanya berpangkat senior ataupun golongan elit. But, ada juga dalam kalangan pelajar-pelajar senior and golongan elit yang tak suka ambil tahu sangat pasal pusat-pusat latihan gaming yang didirikan oleh VIS. For these type of students, they literally won't know about this place. Students yang tahu pasal tempat ni pula... Diaorang tak minat datang sini sebab tempat ni agak 'terpencil', dan diaorang rasa pusat-pusat latihan lain suit them better than this centre which is rarely attended by VRS players."

Melihat CA yang sudah membuka mulut untuk melontarkan soalan, dia bersuara lagi. "This centre is extremely private, tak ada sesiapa yang akan ganggu kita dekat sini which is the main reason why I chose this centre to be Ellia's training place. Crowner Palace and Empire Base were both designed to suit the members of Crowner and Empire, so I suppose it would be hard for us all to fit in the two place. I mean, we need to think about the space... In my opinion, ruang untuk buat training gaming secara beramai-ramai di dua tempat tu tak memadai. But hey, I'm not trying to be offensive, okay? Why not the other centres? Okay, the other centres are much popularly known by others and there would be many visitors there. Ellia doesn't want the attention, so this place should be the best option."

Terkatup kembali mulut CA. Tahu-tahu sahaja Rel yang dia mahu bertanya tentang mengapa tempat ini menjadi pilihan lelaki itu sebagai tempat latihan Ellia... Dia rasa musykil sekarang, adakah dia orang yang terlalu mudah dibaca?

"It's not that you're a readable person, but he has known you for years," tutur Ellia. Senang sahaja dia menebak isi hati CA apabila melihat ekspresi wajahnya.

CA tercengang. Arghh, lagi sekali fikirannya dibaca seseorang! Apakah?

"Macam mana kau tahu apa yang aku fikir?"

Ellia mengangkat bahunya. "Well, I just know it." Sedetik kemudian, dia berpaling ke arah Rel. "Oh, by the way, tha─"

Rel menaikkan tangan, tidak membenarkan gadis itu melanjutkan kata-katanya. "We're good friends, I don't think a 'thank you' is necessary in this case."

"Yeah, but still... Rel, kenapa kau senyum macam tu?" Ellia mengecilkan matanya tatkala melihat Rel tersengih-sengih dengan aura yang lain macam.

"Tak adalah." Rel terus mematikan senyumannya.

"Rel... Kau fikir apa, ha?"

Nada berbaur amaran Ellia itu menyebabkan dia pantas mengangkat kedua-dua belah tangannya, tanda mengalah. "Tak... Serius, aku tak fikir apa-apa selain... Berfikir pasal kenyataan yang aku tengah bantu bakal kakak ipar aku. You know, CL tu dah macam abang angkat aku."

Pakkkk!

Menjerit tanpa suara Rel apabila tamparan maut hinggap di bahunya. Sakitnya sungguh tidak terkata sampaikan dia tidak sanggup bersuara! Tangan manusia ke tangan besi tangan Ellia itu?

Ellia menghela nafasnya dalam pada anak rambut yang menutupi matanya disebak ke belakang. "Cakap mengarut lagi, siap kau! Dah, jom... Mulakan training."

L menepuk-nepuk perlahan bahu Rel, faham betul kesakitan yang Rel rasakan saat itu. "Sakit, kan? Tak apa, aku faham... Aku pun pernah kena. Tangan kakak tu memang lain vibe daripada manusia biasa macam kita ni."

"Aku tak pernah jumpa tangan yang setanding dengan tangan CL, you know? But today, I've finally met one. Aku tak sangka tangan yang selalu bagi aku pukulan pedas biasa tu sebenarnya boleh bagi pukulan berapi macam ni..."

"I mean, bro... There's a limit to one's patience. Memang malang betul nasib kau sebab hari ni, kau dah tertekan 'red button' kakak... I wish you luck, just bear with anything that may come your way today, alright?"

Rel menatap L dengan wajah putih pucat. "Apa maksud kau tu?"

L tersenyum pahit seraya tangannya kembali menepuk-nepuk bahu lelaki itu. "Kau tengok ajelah nanti..."

"L, Rel... Korang buat apa lagi tu? Bukan nak berlatih sama-sama ke?"

Suara Ellia yang menampan telinga kedua-dua lelaki itu membuatkan mereka masing-masing menoleh ke arahnya secara bersamaan.

"Oh, coming, kakak..." L terus mendapatkan tempatnya sendiri, meninggalkan Rel termangu sendirian.

"Err, I'm coming too..." Rel tersenyum janggal lalu turut sama mendapatkan tempatnya. Fuh, seriau betul dengan kerlingan tajam Ellia!

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜ž β€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Tidak sampai 10 minit bermain, hampir separuh gamers di Room 001 itu sudah terkeluar dari arena battle.

Ketika ini, daripada 15 pemain pada asalnya, hanya tinggal sembilan sahaja lagi yang masih bertahan. Sembilan orang ini ialah Airika, Alex, CA, Claude, Eli, Ellia, L, Rel dan Zaire.

"Man, my hands are still shaking," tutur Hoshi dengan nada yang sedikit bergetar. Dia merupakan player yang baru sahaja tersingkir dari arena battle itu.

"Careful, don't be shaking too much or you might faint in the next second." Sinis Zaire berkata dengan senyum kemenangan bertaktha di bibirnya. Bahagia betul bila Hoshi yang selalu menguasai perlawanan antara mereka berdua itu kini kalah di tangannya! Nyatanya, tidak sia-sia dia mengkaji gerakan dan serangan karakter Hoshi selama beberapa bulan ini.

As they said, no one could possibly win forever.

"Just you wait... Heh, kau ingat aku tak tahu yang kau kaji karakter aku ke? Please, I was just being soft on you..."

Raut wajah Zaire berkocak sedikit. "Is that so? So, kau nak cakap yang kau sengaja kalah dengan aku, hmm?"

"Zaire, focus." Claude menegur, tidak mahu tumpuan Zaire terganggu disebabkan Hoshi. Dalam pada itu, jari-jemarinya masih setia menekan papan kekunci dengan kefokusan penuh untuk mengendalikan karakternya, Zeus.

Zaire mempraktikkan teknik pernafasan yang baik bagi menenangkan keadaan emosi dan mindanya yang sedikit berkabut. Mengabaikan Hoshi, dia lalu memberikan perhatiannya kepada karakternya, Globe.

Hoshi mengunci mulutnya apabila melihat Zaire yang kala ini hanya menumpukan perhatian kepada karakter lelaki itu dalam arena battle. Diam-diam dia tersenyum senget. Kelihatannya Zaire sudah mampu mengawal diri dengan lebih baik daripada hilang fokus ketika battle. Itu suatu kemajuan yang sangat baik di mata Hoshi. Kerana faktanya, selama ini Zaire membuat banyak masalah semasa battle akibat sifatnya yang mudah hilang tumpuan itu. Melihat kondisinya ketika ini, nampak jelas yang Zaire sudah lebih dewasa dalam mengawal perilaku diri sendiri.

Bersama rakan-rakannya yang sudah tersingkir lebih awal, Hoshi kemudiannya juga fokus menonton bagaimana kesudahan acara battle berkumpulan yang dianjurkan secara private dalam kalangan mereka itu.

Melintasi kawasan semak-samun, Globe bergerak dengan tingkat kewaspadaan yang sangat tinggi. Mata Zaire mengamati persekitarannya dengan sebaik mungkin. Acara battle yang mereka anjurkan ini sangat mencabar kerana tiada siapa dapat menduga di mana players lain berada. Hal ini disebabkan persetujuan mereka semua yang mahu meningkatkan kesukaran battle bagi pihak Ellia dan diri mereka masing-masing sebagai persediaan untuk masa hadapan. Jadi alkisahnya, mereka memutuskan untuk mematikan 'Detect Players' mode yang berfungsi sebagai penunjuk keberadaan players dalam sesuatu battle. Cukup gila, bukan? Memang mereka semua sengaja mahu menyusahkan satu sama lain!

Zaire tersentak sedikit bilamana karakter L, Fade muncul secara tiba-tiba di sisinya. Dari mana dia muncul, sumpah tiada siapa yang tahu!

Fade melibas pedang anti-penglihatannya berkali-kali ke arah Globe. Gerakannya cukup agresif, membuatkan Globe terperangkap di kawasan yang sempit dan tidak mempunyai ruang untuk melarikan diri.

Tegang keadaan antara dua karakter itu, tegang lagi aura L dan Zaire yang secara kebetulannya duduk bersebelahan saat ini. Tidak boleh tidak, mereka yang menjadi penonton menelan liur akibat suasana antara dua manusia itu.

Zaire yang tiada pilihan lain selain memakai weapon busur panah untuk Globe menentang Fade mengambil risiko dengan menggunakan busur panah itu sebagai penghadang serangan pedang Fade. Dia tidak dapat mengganti weapon sebelum sampai masa yang ditetapkan untuk membolehkan penukaran weapon buat karakternya. Kini, dia hanya mampu berharap agar Globe dapat bertahan.

Tidak berbelas kasihan, L meneruskan serangan Fade sehingga busur panah Globe yang telah diupgrade ke level max itu patah.

"I'm sorry, man." Rendah sahaja nada L memberikan ucapan itu.

Tanpa menunggu walau sedetik pun, pedang Fade dihunus tepat ke arah Globe. Agak kejam situasi ini kerana Globe tidak mempunyai sebarang weapon untuk mempertahankan dirinya, namun jika L menunggu sehingga Globe dapat menukar weapon, perkara itu hanya akan merugikan dirinya. Yalah, dia tidak tahu apa weapon yang telah Zaire pilih untuk ditukarkan dengan busur panah itu... Lalu bagaimana jika weapon pilihannya itu weapon yang mampu mengatasi weapon Fade? Pastilah Fade akan berdepan bahaya!

Zaire menyandarkan kepala ke kusyen kerusinya. "Woah, you really served me with zero chance to counterattack... Tapi tak apa, tu tak jadi masalah pun... Yang jadi masalahnya sekarang ni, bow aku tu mahal, L."

"Trade it with me later, aku bagi kau weapon bow yang baru." Tenang sahaja nada L membalas.

Terlongo mereka semua yang mendengar, termasuklah juga tujuh orang yang ketika ini masih dalam arena battle bersama L. Trade weapon antara sesama players memang bukan benda baharu... Tetapi, L sanggup trade weapon Zaire yang rosak itu dengan weapon dia yang dia jaga rapi selama ini. Masuk akalkah benda ini?

"Brother L is so cool," kata Sun dengan riak serius, dua ibu jarinya terangkat naik memuji sang abang.

L melarikan pandangannya dari skrin komputer sekilas untuk melihat wajah adiknya itu. Sempat dia tersenyum senget dengan kening terjongket rendah, sedikit berlagak, sebelum terpinga-pinga sejurus matanya kembali terarah pada skrin komputer dan menyaksikan skrin komputernya itu kini bertukar warna menjadi hitam putih.

"K.O!"

Pemberitahuan tersebut membuatkan L kaku di posisinya. Apakah? Bila masa dia mati? Siapa yang serang?

"Next time, keep your eyes on the screen," pesan Claude yang duduk silang dua meja di sisi kirinya. Datar sahaja air wajahnya.

Liur yang ditelan langsung terasa berbatu. L cuma mampu tertawa kecil persis mengejek diri sendiri. Itulah berlagak cool, tengok-tengok dah mati katak... Padan muka! Bagaimana cara dia mati, L juga tidak pasti. Tetapi, dia pernah baca satu forum VRS Timeline sebelum ini... Keistimewaan karakter Zeus ialah weaponnya boleh terus membunuh karakter musuh jika terkena. Mulanya, dia tidak percaya dengan hal ini. Akan tetapi, setelah apa yang baru sahaja berlaku, dia segera mengakuinya. Bayangkan sahajalah, dia menoleh tidak sampai tiga saat, ditambah lagi dengan kenyataan bahawa dia mengaktifkan shield dan tahap LRnya yang masih di tahap tiptop, masakan mungkin dia terkeluar dari battle itu jika bukan kerana keunggulan weapon Zeus!

Dengan tersingkirnya L, maka sekarang tinggal tujuh orang sahaja lagi yang masih berjuang. Keadaan senyap belaka di ruangan tempat mereka berada itu, hanya bunyi helaan nafas mereka serta papan kekunci dan mouse yang menjadi melodi di telinga masing-masing.

Ellia tenang menggerakkan Aelice, kelajuannya pantas namun dia tidak berani terleka apabila melewati kawasan semak-samun. Aelice terus mara tanpa hala tuju yang pasti sehingga Ellia melihat karakter Caster dan Moana di skrin komputernya, dari jarak yang sederhana jauhnya, mereka berada tepat di hadapan Aelice. Pertembungan yang tidak disangka-sangka itu membuatkan Ellia buru-buru menyembunyikan karakter Aelice di belakang bongkah batu.

Bersyukur betul Ellia kerana dia tetap dapat mengawal pergerakan Aelice dengan baik walaupun kelajuan karakternya itu dia telah tingkatkan! Kalau tidak, memang sah akan berlaku pertempuran tiga sudut antara Aelice, Caster dan Moana. Memikirkan hal itu sahaja, Ellia pantas merasa seram sejuk.

Caster dan Moana berjalan menghampiri satu sama lain dengan weapon mereka masing-masing, iaitu boomerang dan pedang yang amat terkenal dalam VRS.

Dengan licik, Caster menghilang dari pandangan Moana tanpa jejak. Sesaat kemudian, boomerangnya muncul tepat di belakang Moana begitu juga dengan karakter Caster yang berdiri beberapa langkah dari sisi kanan Moana.

Dengan pengalaman yang dimilikinya, lekas sahaja Airika mampu memahami rancangan CA. Maka apabila boomerang Caster muncul di belakang Moana, karakter itu terus berpaling menangkis weapon tersebut dengan pedang mudah lenturnya.

Para penonton menahan nafas dek pertarungan antara dua orang gadis yang berprestij besar dalam dunia VRS itu. Ini kali pertama mereka melawan satu sama lain, dan aura yang mereka keluarkan benar-benar tidak biasa. Singkatnya, langsung tidak ada 'keramahan' dalam pertarungan mereka itu!

Bilamana boomerang Caster berpusar dalam tahanan pedangnya, Moana mahu tidak mahu turut berpusar mengikuti weapon itu. Keunikan boomerang tersebut, mana mungkin dia tidak tahu. Weapon boomerang yang unik kerana sebelum kembali ke tangan penggunanya, ia akan berpusar mengelilingi lokasi serangannya.

CA tersenyum nipis melihat karakter Moana yang begitu bersungguh menghadang boomerangnya. Dengan satu klik mengejut pada keyboard, boomerang itu berhenti berpusar dan terus kembali ke tangan Caster. Tanpa berlengah, boomerang itu sekali lagi dilontarkan menuju ke arah Moana yang masih ralit berpusar.

Airika yang tidak menjangkakan perkara tersebut berusaha menghentikan pusaran karakter Moana dan ingin menghalang serangan Caster itu sekali lagi, namun tidak sempat apabila boomerang Caster sudah lebih awal sampai padanya. Tidak dapat mengelak, Moana terkena boomerang itu beberapa kali sebelum shield diaktifkan pada karakter tersebut.

Dia yang baru merangka serangan baru dalam mindanya terpana kala satu grenade dilemparkan tepat di hadapan Moana. Grenade itu bertindak dengan kadar sepantas kilat, menyahaktifkan shield Moana sekali gus menurunkan lagi tahap LRnya. Belum pun sempat ingin bertenang, anak panah bertubi-tubi yang datang dari segenap arah pula memerangkap Moana.

Airika berusaha menggerakkan karakternya itu, tetapi tidak sangka pula grenade tadi juga mempunyai fungsi untuk melumpuhkan players. Dia menghembus nafasnya dengan berat sebelum mengalihkan tangan daripada papan kekunci tatkala karakter Moana dihentam semua anak panah karakter Caster itu.

"Sorry, Rika," kata CA tanpa memandang ke arah Airika. Walau bagaimanapun, nadanya jelas mengekspresikan rasa bersalahnya.

"Nah, it's okay... Aku yang cuai," balas Airika, mengakui kesilapannya dalam battle mereka tadi. Dia terlalu memandang mudah beberapa perkara, dan akhirnya salah membuat percaturan sehingga banyak menguntungkan pihak CA.

Seperti tidak kenal erti rehat, CA melanjutkan pergerakan karakter Caster. Namun demikian, Caster bukannya bergerak meninggalkan kawasan tersebut, sebaliknya... Bersiap membuat serangan baru! Busur panah yang terdapat di tangan Caster tarik kemudian diarahkan sedikit ke atas sebelum dilepaskan dengan tahap kepantasan yang tinggi. Usai memanah, karakternya berundur jauh ke bahagian kiri kawasan tempat dia berada itu, dekat dengan bongkah batu tempat Aelice bersembunyi.

Tidak berapa lama kemudian, kedengaran dua pemberitahuan yang membuat semua orang jatuh rahang. Sungguh tidak mungkin yang CA bukan kakak CL... Adik dan kakak seiras betul. Perwatakan menakutkan mereka berdua dalam VRS terlalu serupa!

"Slash Kill!"

"K.O!"

"Oh gosh!" Alex mengetap giginya. Pandangan dihalakan ke arah CA. "Macam mana kau tahu? No, wait... Bila kau sedar?"

"Nanti aku reply kau eh?" CA tersenyum molek.

Ellia meneguk air liur yang ibarat pasir menuruni kerongkongnya. Kalau kehadiran Alex yang cuba menyerang hendap pun disedari, bukankah itu bermakna─

Menahan diri daripada melatah, dia bertindak pantas menggerakkan Aelice untuk keluar dari tempat persembunyiannya sebelum...

BOOMMMM!

"Ah, there you are..." CA bersuara dengan nada yang menandakan 'bahaya'.

Ellia mengancing giginya. Betul sangkaan dia! CA sebenarnya sudah tahu yang Aelice bersembunyi di belakang bongkah batu itu. Nasib baik Aelice sudah dia alihkan sebelum bongkah batu itu diletupkan oleh grenade!

Sedar yang dia tidak dapat mengelak daripada menghadapi CA, Aelice digerakkan dengan pantas di sekeliling Caster.

"Siea... Just where's your weapon?"

Ton serius CA itu melahirkan rasa seriau di hati semua orang. Tidak terkecuali Ellia sendiri.

Sayang sekali, Ellia menolak untuk begitu mudah terpengaruh dengan aura menyeramkan CA itu. Mengabaikan soalan CA, Aelice hanya digerakkan supaya berpusar mengelilingi Caster.

Tiada siapa yang faham akan idea yang tertanam dalam benak Ellia pada ketika ini. Apa tujuannya membuatkan Aelice melakukan hal itu? Dan di mana weaponnya?

"Child's play, huh?" CA menyoal sinis.

Ellia masih juga diam tidak bersuara. Apabila Caster tidak semena-mena melepaskan lima anak panah yang kemudian berganda menjadi sepuluh ke arah Aelice, bibirnya terangkat sedikit membentuk lengkung senyuman nipis.

Ketika itu juga, jari-jemarinya menekan

You are reading the story above: TeenFic.Net