BOOMMMMMMMMMMM!
Dalam waktu yang sangat singkat, Ellia berjaya mematahbalikkan serangan anak panah Caster dengan mengaktifkan shield jenis pemantul serangan. Pada masa yang sama, dua weapon, yakni sebuah tukul dan sebilah kapak jatuh dari atas langit menuju tepat ke arah Caster. Dengan gerakan-gerakan yang tidak terjangkau akal olehnya ini, LR Caster habis begitu sahaja.
"What in the world was that?" Sun memegang kepalanya dengan mulut ternganga.
"Two weapons at the same time? No, wait, that's not possible! Ellia, how come...?" Yuki memandang Ellia seolah-olah dirinya baru sahaja menghadapi pengkhianatan yang maha besar.
"No way! Itu... Itu twin weapon ke?" Bulat mata Hoshi memandang skrin komputernya.
"Nice try to be intimidating, CA," komen Ellia dengan nada bersahaja. Dibiarkan sahaja beberapa komen daripada rakan-rakannya itu.
"Well... Anything for you." CA tersengih. Memang dia sengaja bersikap tidak menyenangkan seperti tadi, semuanya itu murni untuk melatih mental Ellia sebenarnya. Dia bukan mahu cari gaduh atau apa, dia hanya mahu Ellia bersedia dari sekarang kalau-kalau nanti gadis itu berhadapan dengan jenis player yang sedemikian. "But, that's a great move... I didn't see it coming."
"Thank you," ucap Ellia, tersenyum senang.
Kemunculan tanpa amaran Bond di hadapan Aelice mengakibatkan senyumannya mati dan wajahnya berubah dengan raut yang agak tegang. Gerakan tangkas Bond dalam memutar-mutarkan tombaknya menyebabkan Ellia kepayahan untuk mengetahui bila Bond akan mengenakan tombak itu pada Aelice. Eli jarang sekali menggunakan weapon lain selain daripada shotgun, jadi Ellia tidak begitu pasti bagaimana kawalan lelaki itu terhadap weapon yang digunakannya sekarang ini.
Mempertimbangkan semua aspek, Ellia mengundurkan karakter Aelice. Walaupun begitu, dia yang bercadang mahu memplot serangan dahulu pada awalnya terpaksa mengurung niatnya itu tatkala Zeus turut memunculkan diri. Tidak pasal-pasal, makin rumit tentangan yang harus Aelice hadapi!
Jika ini battle biasa, berkemungkinan besar Bond dan Zeus akan terus bertarung sesama sendiri mengenangkan jarak mereka yang cukup dekat. Namun memandangkan battle sekarang ini merupakan salah satu battle yang khas untuk melatih Ellia, dia tidak terkejut bila mereka berdua datang kepada Aelice bersama-sama. Cukup jelas di matanya apa yang Claude dan Eli cuba lakukan... Mereka berdua mahu menyerang dirinya secara serentak!
Tanpa pilihan lain, Ellia mengarahkan karakter Aelice untuk melontarkan twin weaponnya ke arah Claude dan Eli. Tukul untuk menentang Claude manakala kapak bagi melawan Eli. Penuh ketelitian jari-jemari Ellia menari di atas papan kekunci disebabkan dia perlu mengawal kedua-dua weapon itu secara berasingan mengikut kod yang telah ditetetapkan dan berdasarkan serangan balas dua lelaki tersebut. Sedikit sahaja dia terganggu, maka Aelice akan berada dalam bahaya tanpa ada sebarang keraguan. Ellia sedar akan hal ini, dan sebab itulah dia sama sekali tidak berani kehilangan fokusnya.
Tidak berkelip mata mereka yang sudah terkeluar dari arena battle sepanjang menyaksikan pertarungan itu. Ternganga, hampir terkeluar biji mata, mata bersinar-sinar, lupa menyedut oksigen, terloncat-loncat, pening kepala... Bermacam-macam reaksi datang daripada mereka. Yalah... Bagaimana tidak bila pertarungan itu begitu mendebarkan?
Claude dan Eli berkeringat dingin walau hanya bertempur dengan weapon bertahap sederhana sahaja. Mereka tidak sangka pula weapon yang menyerang mereka secara kefungsian bergerak sendiri itu akan sangat sulit ditangani. Dengan pengalaman mereka berdua, mereka amat tahu bahawa tidak mudah untuk mengawal twin weapon yang harus berfungsi secara berasingan. Twin weapon sendiri merupakan jenis weapon yang jarang ditemukan mahupun digunakan dalam VRS. Mengikut kebiasaan, pengguna twin weapon tidak akan melancarkan kefungsian bergerak sendiri pada twin weapon yang digunakan secara bersamaan meskipun berdepan lebih daripada seorang musuh. Hal ini adalah kerana kod bagi twin weapon cukup rumit lebih-lebih lagi jika kefungsian bergerak sendiri diaktifkan padanya, dan sangat mudah untuk seseorang gamer membuat kesilapan dalam battle akibat kod tersebut. Sebab itulah, karakter pengguna twin weapon umumnya akan memegang salah satu daripada twin weapon sementara yang satu lagi akan dilepaskan untuk menumbangkan musuh dengan kefungsian bergerak sendiri. Gerakan ini kurang berisiko kerana tidak banyak kod rumit yang perlu dipatuhi.
Secara ringkasnya, apabila sesuatu weapon berada dalam tangan karakter, seseorang player itu boleh mengendalikan weapon tersebut dengan menggunakan kod asas sahaja, iaitu kod weapon yang biasa players gunakan. Berbeza dengan weapon yang dilancarkan dengan kefungsian bergerak sendiri, kodnya banyak dan jauh lebih rumit. Satu kesilapan pun tidak dibenarkan dalam mematuhi kod yang ditetapkan bagi weapon yang bertindak dengan kefungsian bergerak sendiri. Jika tidak, weapon itu berisiko untuk mengalami keadaan code error yang akan menyebabkan weapon tersebut mematahbalikkan serangannya kepada pengguna asalnya.
Atas sebab ini, Claude dan Eli mengira bahawa serangan Ellia akan menjadi lebih perlahan untuk mengelak tersalah kod dan seterusnya bakal membuka ruang buat mereka mengatasi Ellia dengan lebih mudah. Pun begitu, nyatanya semua perkiraan mereka tidak benar. Mereka tahu bahawa Ellia sengaja melancarkan kefungsian bergerak sendiri pada twin weapon Aelice bagi mengelakkan karakter Aelice berada dekat dengan musuh kerana itu berisiko untuknya. Aelice pasti akan mudah diserang jika berada dekat dengan Bond ataupun Zeus. Ya, mereka sedar dan tahu akan fakta ini. Akan tetapi, mereka tidak tahu yang Ellia sangat mahir mengendalikan kod-kod rumit bagi weapon dengan kefungsian bergerak sendiri.
Lama menahan serangan Bond dan Zeus di samping cuma membuat serangan balik berimpak kecil, Ellia sembunyi senyum bila satu pemberitahuan dalam bentuk kotak ungu neon muncul di tepi skrin komputernya. Kala melihat tahap LR mereka berdua akhirnya berkurang jua dari kadar 50 peratus, dia secara tidak terduga menyahaktifkan kefungsian bergerak sendiri pada twin weaponnya itu.
Bond dan Zeus meluru pantas mendapatkan Aelice sebaik twin weaponnya tidak lagi menghadang mereka. Mereka bagaikan singa kelaparan yang ingin melahap sang kancil yang kecil.
Dengan tenang, Ellia mengklik mouse sebelum jari-jemarinya kemas menekan papan kekunci dan mengaktifkan kembali kefungsian bergerak sendiri pada twin weapon Aelice. Tidak sampai sesaat...
"K.O!"
"K.O!"
"Glory Kill!"
Claude dan Eli tersentak dengan aksi tersebut, hampir tidak dapat menelan fakta bahawa mereka baru sahaja ditumpaskan dengan satu gerakan membunuh. Walaupun begitu, detik-detik otak jammed mereka tidak berlangsung lama sebelum kedua-duanya mengirim tanda hormat buat Ellia.
"Come out, Rel."
Rel tersenyum santai mendengar bicara Ellia itu. Dia yang sejak dari tadi lebih banyak menjadi pemerhati daripada menyertai peperangan perlahan-lahan membawa karakter Violetta keluar dari tempat rehatnya.
"Well, bring it on... Show me what you've got, Liz."
Ellia menggelengkan kepalanya beberapa kali bersama senyuman melatari bingkai wajahnya. Dia tidak akan tertipu dengan aura santai Rel itu... Biarpun tidak diselubungi aura serius, dia cukup tahu yang permainan Rel pada hakikatnya tidak pernah sebegitu santai aura yang ditunjukkannya secara luaran.
"Kalau aku menang... Aku dapat sesuatu tak?"
Ramah betul Rel berinteraksi dengan Ellia sedangkan karakter mereka berdua kala ini sedang bersabung hebat di arena battle. Menduduki tangga keempat dalam kalangan guy players, cara bertempurnya yang terlalu santai ini memang layak dapat pengiktirafan!
"Kenapa kau boleh tenang sangat eh?" Hampir bertaut kening Ellia, kehairanan bercampur aduk dengan rasa takjub.
"Well... Apa yang kau dapat bila tegang?"
Terkedu Ellia. Ada betulnya juga cakap Rel itu... Apa yang dia dapat kalau dia membiarkan ketegangan menguasai dirinya?
"Aku tahu, tak mudah untuk bersikap santai masa tengah battle. But it has been one of my best principles in life, that is to remain calm under the pressure. Sebab bila kau rasa tegang, kau sebenarnya akan buka ruang untuk musuh kau kenal pasti kelemahan kau. For example, this."
Berakhir sahaja ucapannya itu, Rel langsung menggerakkan karakter Violetta untuk menyerang karakter Aelice dari bahagian tepi yang merupakan bahagian kosong pada posisi karakter tersebut berada.
Terkejut, namun Ellia bersegera mengawal diri daripada melatah. Ligat jari-jemarinya mengatur gerakan untuk Aelice mengelak daripada Violetta. Dia bernafas lega sejenak meskipun tahap LR Aelice turun mendadak sehingga tinggal 50 peratus. Impak serangan weapon katana Violetta sesungguhnya terlalu hebat! Kalau bukan sebab tindakan segeranya dalam mengelak serangan Violetta itu, agaknya Aelice sudah kecundang saat ini.
"Wei! Berbaik hati sikit dengan Ellia tu," tegur Alex.
"Heh... Aku dah cukup berbaik hatilah ni," balas Rel, tidak terlalu memandang berat teguran gadis tomboy itu. Senget terbentuk lekuk senyuman di wajahnya apabila Alex didengarnya menggerutu kecil.
"Don't be. Just go all out." Ringkas ujaran Ellia, tetapi penuh dengan ketegasan.
Rank keempat dunia antara berjuta guy players? Jadi, apa? Padanya, itu bukan alasan untuk dia mundur. Dan lagi, kenapa Rel harus berbaik hati pula dengan dia? Hanya kerana dia bukan tandingan lelaki itu, dia patut diberi muka? Mengarut!
"Ellia!"
"Kakak!"
Bergema terus suara rakan-rakannya, menentang kemahuan gadis itu.
"Are you sure?" Rel menyoal dengan nada serius selepas mendiamkan diri sebentar.
"Rel!"
Dan sekali lagi, suara-suara tidak setuju membentuk kesatuan yang menghasilkan gema kuat.
"Alright, be quiet, you guys... Masa aku pertama kali lawan dengan CL dulu, korang ingat dia berlembut dengan aku ke?"
Hening.
Begitulah situasi yang acapkali terbentang bila nama CL dipetik. Ellia sendiri juga tidak sedar yang dia melontarkan nama itu.
But isn't that perfectly a human thing? Before we even knew, some things are already out of our mouth.
Dia berdehem kecil lalu bersuara lagi. "Dan Rel... Yes, I'm sure. So, let me see the real power of you, Viol."
Mengusir pergi rasa tegang yang tidak sihat untuk prestasinya dalam battle ini, Ellia melontarkan bicaranya itu dengan keyakinan penuh. Bayangan keraguan sama sekali tidak terlihat pada dirinya walau sedikit pun.
"Then, forgive me for being harsh."
Mendengar itu, Ellia menghela nafasnya perlahan. "Inutile de s'excuser. (No need to apologize.)"
Terlukis senyum nipis di wajah Rel saat deria pendengarannya menyambut bicara Ellia yang dituturkan dalam bahasa Perancis itu. Tetapi, cuma seketika sebelum aura lelaki itu berubah sepenuhnya.
Dengusan tidak puas hati dan omelan kecil mula berbunyi, namun mereka berdua yang sudah membuat keputusan untuk bersaing dengan kebolehan penuh masing-masing tidak ingin ambil pusing terhadap semua itu. Pentas pertempuran itu kepunyaan mereka berdua, jadi segala keputusan menyangkut battle tersebut, merekalah yang akan membuat pendirian sendiri.
Kadar intensiti yang meningkat menjadikan Ellia lebih teliti dalam mengatur pergerakan Aelice. Sampaikan berkedip mata pun macam bukan lagi sesuatu yang normal untuk manusia pada pandangannya pada waktu ini.
Beberapa jeda berfikir, Ellia akhirnya memutuskan untuk menukar twin weapon yang Aelice gunakan sejak battle dimulakan. Weapon baharu yang dia dapat daripada treasure minggu lalu, iaitu weapon kipas tangan yang mana material pembuatannya merupakan permata hitam.
"Weapon baru eh?" Rel menyoal dengan tenang dalam pada asyik melancarkan serangan terhadap Aelice.
"Well... Yeah." Pendek balasan Ellia. Dia masih belum terbiasa berkomunikasi sambil fokus dengan battle. Serius dia tidak faham macam mana Rel boleh buat benda itu dengan mudah belaka!
Aelice memutar-mutarkan kipas itu di hadapannya, menangkis serangan katana Violetta yang berpilin gerakannya.
Ellia menggigit bibirnya. Jika tadi Aelice yang menggunakan kefungsian bergerak sendiri pada twin weaponnya, kini dia pula yang diserang oleh weapon Rel yang bertindak dengan kefungsian bergerak sendiri tersebut. Mengawal twin weapon dengan kefungsian bergerak sendiri memang sukar, namun sebenarnya kefungsian bergerak sendiri pada solo weapon jauh lebih rumit kerana kod pergerakan solo weapon lebih terperinci berbanding twin weapon. Melihat bagaimana katana Violetta bergerak secara berpilin tanpa sebarang 'kecacatan', hatinya jadi takjub yang amat.
Dalam benaknya, dia ralit menganalisis perwatakan sebenar Rel apabila dalam mode Viol sepenuhnya. Serangan dan gerakan yang dia lakukan sangat agresif, malah cukup praktikal dan teliti. Apa yang lebih menakutkan, dia sepertinya mampu meramal idea pihak lawannya sehingga cukup sukar untuk melancarkan serangan yang benar-benar menghasilkan damage berkesan secara 100 peratus.
Waima sibuk menganalisis, Ellia tidak berani untuk merehatkan pergerakan laju Aelice. Bagaimana tidak? Dengan keadaan serangan Violetta yang semakin lama semakin pantas, bukankah dia menempah maut cuma kalau Aelice bergerak secara perlahan?
Jenuh menjadi pihak bertahan, Ellia mempersiapkan Aelice untuk melancarkan serangan bagi mengalihkan katana Violetta jauh daripada karakter Violetta itu. Saat peluang terpampang di hadapan mata, dia langsung menggerakkan Aelice untuk menyekat mata katana Violetta dengan weapon kipas tangannya.
Sipi lagi akan berjaya, hujung-hujung tidak menjadi pula idea Ellia itu. Rel terlalu cekap dengan kefungsian bergerak sendiri pada katananya, dan benar-benar meramal baik idea yang ada dalam kepalanya. Buktinya, tepat sesaat sebelum kipas tangan Aelice menyekat mata katana Violetta, Rel telah menyahaktifkan kefungsian bergerak sendiri pada katana itu. Hasilnya, katana tersebut sukses kembali ke tangan Violetta dengan kelajuan cahaya.
Enggan membiarkan Violetta terus menguasai rentak permainan, Ellia menggerakkan Aelice untuk menjadi penyerang lebih awal daripada karakter Rel itu.
Aelice melontarkan kipasnya yang lantas menghasilkan pusaran puting beliung di sekitar Violetta, memerangkapnya tanpa ada jalan keluar. Dalam masa yang sekejap, LR Violetta segera jatuh ke tahap 50 peratus.
Rel tersentak seketika, namun dengan ligat, dia langsung mencari akal untuk keluar dari puting beliung tersebut. Tidak ingin membiarkan Ellia mendapat hasil yang diingini, dia terpaksa menggunakan flying booster pada Violetta memandangkan satu-satunya jalan keluar dari puting beliung itu adalah dengan terbang ke atas.
"Dahsyat gila puting beliung tu!"
"Kan? Aku tak sangka yang puting beliung sebenarnya boleh turunkan LR!"
"Ellia, nanti ajar gerakan ni, please..."
"Pro and smart, you go girllllll!"
"You slaylah, Ellia!"
Terlampau banyak komen pada satu masa, Ellia pun bingung siapa yang cakap apa. Pun demikian, dia dengar semuanya. Sebab itulah, tika ini dia tersenyum senget.
Sesungguhnya, bukan puting beliung itu yang menurunkan LR Violetta. Sebaliknya, weapon kipas tangan tersebut. Memanglah semua orang nampak kipas itu cuma berputar di sekeliling Violetta untuk menghasilkan puting beliung dengan gerakan putaran statik, tapi sebenarnya, jari-jari permata di kipas tersebut memanjang dan terus menusuk Violetta tanpa sesiapa sedari. Ya, kecuali Ellia sebagai pemilik weapon itu.
Violetta mendapatkan Aelice sebaik turun kembali ke tanah. Katananya dihunus tanpa henti dengan gerakan hampir tidak terlihat seakan angin ke arah Aelice. Namun setiap kali dihunus, tetap juga berjaya dihadang oleh kipas Aelice.
Rel mengerling sekilas ke arah Ellia dengan ekor matanya. Memandang wajah itu yang jauh lebih relaks berbanding sebelum ini, dia tersenyum kecil. Jelas terlihat yang Ellia semakin selesa dan tidak lagi begitu tegang dalam battle mereka ini.
"Come on, Rel... Give me a better play."
Keningnya terjongket sedikit saat ujaran Ellia itu singgah ke telinga. Jadi musykil terus hatinya... Adakah orang yang bermain di sebelahnya masih Ellia atau Ellia disampuk roh jahat dalam Room 001 ini? Tidak biasanya Ellia berbicara sedemikian rupa.
Akan tetapi, setelah dia fikir-fikirkan, Rel berpendapat yang Ellia hanya mahu melihat lebih banyak kebolehannya. 'Fine, I'll let you see whatever you wish to see,' bisik hatinya.
Violetta tiba-tiba terapung sedikit dari atas tanah dengan memegang katananya tegak di hadapan mata. Mata katana itu berpusat tepat ke atas, menunjuk pada langit. Satu bebola cahaya seketika kemudian muncul membaluti Violetta dengan katananya.
Pada masa itu berlaku, Ellia tidak dapat menggerakkan karakter Aelice. Tetapi, dia tidak panik. Dia tahu yang bebola cahaya itu dipanggil holy light. Holy light adalah satu mode ekslusif untuk sesetengah players yang mempunyai impak berbeza-beza mengikut kemahuan players yang memiliki mode ini. Bagi Rel, holy lightnya mempunyai impak untuk membuat musuh di sekelilingnya kaku. Sebab itulah, Aelice tidak dapat bergerak.
Tatkala Violetta berpijak pada tanah semula, barulah efek holy light itu menghilang. Tanpa amaran, dia mara ke arah Aelice dengan berpuluh bebola api yang membentuk gelung mengelilingi mata katananya.
Dalam keadaan kritikal itu, Aelice menghilangkan diri apabila Violetta benar-benar sudah hampir untuk mengenakan serangan tersebut padanya.
Rel dan semua orang yang ada di ruangan itu tercengang. Ke mana pula hilangnya Aelice? Sebelum battle berlangsung, mereka sudah saling memeriksa semua booster, mode, power dan skill pada satu sama lain secara overview... Aelice mana ada membawa invisible booster, mode, power atau skill dalam battle ini, jadi macam mana dia boleh hilang seperti itu sahaja?
Tiada pilihan lain, Rel hanya mampu meningkatkan kewaspaan sahaja. Sudut pandangan Violetta dihalakan ke mana-mana, cuba mencari tanda-tanda keberadaan Aelice. Malangnya, langsung tidak ada.
Ellia kekal senyap meskipun berpasang-pasang mata memerhatikan dia dengan tajam. Pasti mereka mahu tahu apa yang dia sedang cuba lakukan, tetapi dia tidak mungkin akan membiarkan mereka tahu begitu awal.
Rel yang mengerah otak untuk memikirkan semua kemungkinan akan hilangnya Aelice terkaku di posisinya bilamana dia teringat sesuatu. Semua benda berkaitan invisibility memang tidak dibawa oleh Ellia, tetapi... Bukankah Ellia memakai mode magical and treasure weapons?
You are reading the story above: TeenFic.Net