LAMA Ellia terpaku di hadapan bangunan elit yang kini berdiri tegak dalam pandangannya itu. Sepasang matanya kemudian dihalakan semula pada skrin telefonnya, membaca semula chat daripada Airika. Betullah ini tempatnya, kan?
Rhodes Road. From the main road, drive past the second junction and then turn left. Go straight until you see a building with glossy grey colour. That's the place.
Mengenang kembali arah yang telah diambilnya, kepala Ellia mulai terangguk-angguk. Semua arah yang dia ambil memang betul, tapi... Haih, dia masih musykil kalau-kalau ini tempat yang sepatutnya dia pergi!
"Hesy! Call Aira terus ajelah kalau macam ni..." Tidak betah dia untuk terus-menerus diselaputi keraguannya yang tidak berkesudahan.
Walau bagaimanapun, tepat sebelum Ellia mendail nombor Airika, panggilan masuk datang secara mengejut daripada gadis itu. Wah, macam ada chemistry pula otak mereka berdua! Nafas lega dihembus perlahan oleh Ellia sebelum panggilan itu diangkat. Suara Airika segera melantun lembut ke corong pendengarannya.
"Helo, Grace?"
"Helo, Aira..."
"Kau dah sampai ke?"
"Err, aku tak pasti... Aku rasa aku dah drive ikut direction yang kau bagi, tapi tempat yang aku sampai ni... Macam sunyi aje..."
"Erm, kejap eh... Aku tengok dari tingkap dulu. Oh, you're here... Come on up. Kitorang tunggu kau dekat atas ni... Tingkat dua."
"A─"
Tidak sempat Ellia mahu menghabiskan ayatnya, panggilan di hujung sana sudah pun ditamatkan. Dia menghela nafasnya dengan mata yang terpejam. Elok sangatlah perangai sepupunya itu!
"Apalah agaknya plan diaorang ni?"
Dalam keadaan tertanya-tanya, Ellia lantas mempercepatkan langkahnya untuk memasuki bangunan elit tersebut. Baru sahaja dia mahu menolak pintu masuk utama ruangan bangunan itu, pintu tersebut terlebih dahulu dibuka dari dalam.
Kedatangannya disambut oleh dua orang lelaki bertubuh sasa yang memakai sut hitam lengkap dengan suatu lencana khas. Buat beberapa ketika, Ellia memerhatikan logo yang membentuk lencana itu sebelum memasuki bangunan tersebut secara rasmi.
Dua lelaki itu membawa tangan mereka ke sisi, isyarat supaya Ellia meneruskan langkahnya. Senyuman formal yang penuh hormat terukir pada wajah mereka berdua, membuatkan Ellia menguntumkan senyuman dengan formaliti yang sama. Kemudian, dia melanjutkan langkahnya mengikut arah yang ditunjukkan berdasarkan isyarat tangan mereka.
Tidak berapa lama selepas itu, dia didatangi oleh seorang gadis berpakaian elegan dengan skaf yang menghiasi bahagian lehernya. Pada skaf tersebut, terdapat pin yang sama logonya seperti lencana pada sut dua lelaki yang menyambut kedatangannya.
"May I have your car key, please?"
"Oh, sure."
Tanpa berlengah, Ellia terus menyerahkan kunci keretanya kepada gadis itu.
"Thank you, miss. Your friends are currently waiting for you at the second floor, Room 01. I will pass this key back to you later."
"I see, thank you for the information."
Usai berbalas senyuman, Ellia dan gadis itu berpisah mengambil laluan masing-masing. Jangan hairan dengan babak formaliti dan berbalas senyuman ini... Pada dasarnya, masyarakat Cavville sememangnya menitikberatkan budaya hormat-menghormati antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi masyarakat pekerja yang berkhidmat sebagai pekerja berkaitan bidang sosial.
Ellia sebenarnya boleh sahaja tidak memulangkan sikap hormat kepada pekerja-pekerja itu kerana budaya hormat dalam masyarakat biasanya lebih diwajibkan terhadap masyarakat pekerja. Namun demikian, itu bukanlah diri Ellia. Dia bukan tipikal gadis kaya-raya yang sombong dan menjunjung tinggi martabat sosialnya. Sebaliknya, dia berdiri atas prinsip kesamarataan sosial yang mana bermaksud semua orang memiliki hak dan tanggungjawab yang sama dalam dihormati serta menghormati.
Sesudah memasuki elevator dan menekan button tingkat dua, Ellia kembali memikirkan logo lencana dan pin yang dilihatnya tadi. Dia tidak salah lihat, kan? Dia sangat mengenali logo tersebut. Itu logo VIS... Maknanya, bangunan ini milik pihak VIS?
Ting!
Asyik dia mengelamun, terkejut dia jadinya apabila pintu elevator itu kini terbuka. Nasib baik dia tidak melompat di situ! Tergeleng-geleng kepala Ellia mengenangkan dirinya yang terlalu suka mengelamun tidak kira tempat dan masa.
Langkahnya lalu dibawa keluar dari elevator, bertapak stabil di lantai tingkat dua yang mosaicnya kelihatan agak berkilauan berbanding tingkat bawah sebelumnya. Tidak bertele-tele, dia pantas menuju ke bilik yang bertanda dengan label Room 01 pada tombol pintu berbentuk bunga mawar yang diperbuat daripada kaca. Saat Ellia perhatikan secara teliti, kaca itu terlihat biru kemerah-merahan. Unik sungguh!
Tok! Tok! Tok!
Ketukan dilabuhkan pada muka pintu selepas dia puas mengagumi reka bentuk tombol tersebut. Tidak sampai seminit, wajah L menjengah kamar matanya.
"Kakak! Come, come..."
Dalam pada ditarik oleh L, sempat lagi Ellia tercengang melihat tombol itu. Mana tidaknya apabila baru sahaja dia mengagumi reka bentuknya yang cukup unik itu, dia melihat pula tombol bunga tersebut menguncup dan mengembang apabila dipulas oleh L... Weh! Dari mana pereka tombol itu dapat idea untuk buat tombol pintu seunik ini?
"Kakak... Kakak oh kakak..." L melayang-layangkan tangannya di hadapan mata Ellia apabila Ellia dilihatnya masih dalam proses mengamati keunikan tombol pintu itu. "Dah, cukup-cukuplah tengok tombol cantik tu..."
Ellia tersengih malu mendengar bicara L itu. Nampak sangatlah yang dia ini baru dapat kejutan budaya disebabkan satu tombol pintu!
"Ha... So, kenapa korang panggil aku ke sini?"
"Welcome, this is the training base we'll be using to help you train yourself before the PQ Qualification Match begin."
Dengan nada seperti robot, Rel bersuara menjawab pertanyaan gadis itu. Apabila melihat Ellia yang terlongo memandang dirinya, dia tersenyum senget. Yalah, muncul entah dari mana, tup-tup sekarang terjengul di depan gadis itu, mananya Ellia tidak terkejut!
"Hi, future Queen... Miss me?"
Rata-rata semua orang di ruangan itu membuat mimik muka loya. Ada juga yang mendecit tanda jengkel dengan Rel.
"Tch, asal pula aku rindu kau? Selalu aje kut jumpa masa battle... By the way, bila kau balik sini?"
Tidak lagi terkejut, Ellia kembali meraih komposisi dirinya. Alisnya dijongketkan sambil sepasang matanya tertuju ke arah Rel.
"Hehe, baguslah kau tak rindu... Aku tak nak CL kata aku rampas Queen dia pula nanti. Well, malam tadi... Aku ambil flight malam."
Bahu Rel pantas dipukul kuat oleh Ellia. Matanya dikecilkan, menghantar amaran kepada lelaki itu. "Kalau bab-bab mengarut, kau memang nombor satu, kan?"
"Adoi, sakitlah! Once again, I should be asking you. Kenapa kau jadi pembuli macam CL ni?"
Rel mengusap-usap bahunya yang baru sahaja menjadi mangsa pukulan Ellia itu. Fuh, bunyi pukulannya pun mantap... Inikan lagi impaknya!
"Padan muka Rel, itulah padahnya bila suka sangat cari pasal," ujar CA, sama sekali tidak mengasihani keadaan Rel itu. Well, memang padan pun kena pukulan maut Ellia!
"Kakak ni..."
Rel mencebikkan bibirnya. Ha, yalah... Perempuan memang sentiasa betul, kan? Tewaslah kaum lelaki kalau macam ini gayanya.
"Okay, no more chit-chat... Sekarang ni, kita masuk serious mode."
Perubahan aura Rel yang drastik itu segera mengubah suasana di dalam ruangan tersebut. Semua orang langsung memberikan tumpuan kepadanya dengan serius.
Rel biasanya memang suka bergurau senda dan bersikap jahil dengan membuat usikan, tetapi apabila dia serius, perwatakannya akan berubah 360 darjah. Karismanya sebagai gamer lelaki keempat terbaik dalam VRS amat jelas terserlah sebaik sisi seriusnya muncul. Keempat? Ya, dia kini berada di tangga keempat selepas kemunculan Rival yang merebut second rank gamer lelaki terbaik.
"Aku tengok full PQ Qualification Match hari tu... Dan aku nampak semua lawan kau memang tough. Anskya, Lily, Zephra, Meducia, Wondras, Thieffilyn, Swordlicey... These names have been very commonly known as great girl gamers in VRS. Players lain yang melayakkan diri hari tu pun even jarang disebut, they're not to be underestimated." Sedar riak wajah Ellia berubah, Rel menyambung bicaranya. "I know, kau tak pernah remehkan sesiapa... Tapi, aku nak ingatkan kau to be extra careful next time. Kau faham maksud aku, kan?"
Ellia menghela nafasnya perlahan. Sudah tentulah dia faham apa yang Rel maksudkan.
"I know... The way I qualified myself without any matches, itu sebenarnya tuah aje... Bukannya diaorang tak sedar langsung aku sembunyi dekat bushes, but they simply paid no mind to me."
"So, how does it feel like to be qualified without any matches? Kau tak ada fight sesiapa secara heads on and you can't tell if you may survive under their attacks. Kau tak rasa risau ke?" duga Rel.
Senyuman nipis bercambah pada wajah Ellia. Sejenak kemudian, kepalanya diangguk-angguk kecil.
"Aku risau, of course I am... Macam yang kau cakap, aku tak sempat fight dengan sesiapa and so, aku tak tahu kalau aku dapat survive under their attacks. Tapi, you know what? Aku tak berniat nak ikut rasa risau aku ni... Sebab sekarang, aku ada deal yang aku kena menang. That even if my qualification was purely on luck, that although many people are questioning if I'm really qualified to go to the next round... I couldn't care less about it. There's no more room for worry or uncertainty... Aku kena keep moving forward tak kira apa sekalipun."
Mendengar jawapan Ellia, tidak seorang pun dalam ruangan itu yang mampu mengekang senyuman daripada terlahir di bibir masing-masing.
"This is it, jawapan yang aku nak dengar daripada kau. What's left to do now is simply practice a lot that you won't regret a single day before the official match started," kata Rel, masih dengan senyuman di wajahnya. "So, selama beberapa hari ni, macam mana progress kau?"
"Uh, I just worked on my speed skill, sneak attacks and weapon skills..."
Airika mengerutkan dahinya sejurus membaca eskpresi Ellia yang seperti ragu ingin menyuarakan sesuatu. "Grace, kau nak cakap apa?"
Automatik mereka yang mendengar soalan Airika itu ditimpa rasa hairan. Macam tiba-tiba sahaja soalan itu dilemparkan... Bukan ke Ellia elok sahaja menjawab soalan Rel? Kenapa pula Airika tanya tentang apa yang Ellia mahu cakapkan sedangkan dia sudah bercakap sejak dari tadi?
"Err, erm... Macam ni..."
Eh? Tercengang mereka jadinya apabila Ellia memberi respons yang tidak seperti kebiasaannya kepada soalan Airika itu. Ellia memang mahu cakap sesuatu ke?
Merasakan pandangan yang menikam wajahnya dari pelbagai sisi, Ellia pantas meneguk liur. "Err, tak apalah..."
"Grace!"
"Kakak!"
"Ellia!"
Ha, itu dia! Paduan suara daripada semua orang sangat membingitkan keadaan di ruangan itu.
"Okey, okey, aku cakap... Macam ni, normal tak kalau seorang player kena block daripada arena Testing Mode?"
"Hah? Apa dia?"
"Kau kena block daripada arena Testing Mode?"
"Seriuslah?"
"Kau buat apa dekat arena tu sampai kena block?"
"Sumpah ni kali pertama aku dengar pemain kena block from that arena!"
"Kau ada langgar rules arena tu ke?"
"Weh, arena tu mana ada rules!"
"Itulah pasal... Jadi, macam mana boleh kena block dari arena tu pula?"
"Macam tak masuk akal aje... VRS dah ada bugs ke sekarang ni?"
"Patut tak kita contact developer VRS?"
Ah, sudah! Menyesal Ellia bagitahu mereka semua berkenaan masalah yang dia hadapi dalam VRS saat ini. Tengok, kan semua terus kecoh semacam!
"Okey, cukup!"
Satu laungan keramat oleh CA akhirnya mengakhiri kegamatan situasi kala itu. Dia memicit-micit dahi lalu menghela nafasnya. Fuh, naik pusing kepala dia mendengar suara semua orang!
"Ellia..."
"Ya?" Ellia sedikit bingung tatkala mendengar nada CA yang tidak biasa di pendengarannya itu.
"Kali terakhir aku dengar orang kena block dari arena tu adalah pada 10 tahun lepas... Aku rasa kau dapat agak siapa orangnya. And that happened because he burned the whole arena with a fire matrix. Well, the arena had to be mended before he was allowed to get inside it again..."
Sekali lagi, kejutan membadai mereka yang ada di ruangan tersebut. Dan kali ini, tidak mampu lagi sesiapa antara mereka bersuara. Ini terlalu mengejutkan! Bakar arena Testing Mode dengan matrik api? Biar betul?
Arena Testing Mode, memanglah arena itu tempat players melatih skills dan techniques pada karakter mereka, malah lokasinya sama seperti lokasi arena Battle Mode... Namun begitu, arena ini tidaklah begitu mirip dengan arena Battle Mode. Arena Testing Mode menyediakan lokasi yang jauh lebih luas berbanding arena Battle Mode dan terdapat terlalu banyak minions di arena ini yang menyerupai players di arena Battle Mode. Oleh itu, walaupun arena ini hanya tempat melatih skills dan techniques, seseorang player akan berasa seperti berada di arena Battle Mode. Jadi, untuk membayangkan arena Testing Mode yang keluasannya berganda lebih besar daripada arena Battle Mode dibakar dengan matrik api... Tentu sahaja persoalan yang akan bertakhta di benak semua orang adalah, sebesar apa matrik api yang diciptakan itu?
Kini Ellia semakin serius dijadikan sorotan mata setiap individu di sekelilingnya, membuatkan dia tersenyum pahit. Aduhai, sekarang apa pula?
"Kakak, CL kena block sebab bakar the whole arena... What about you? What have you done?" L bertanya dengan raut wajahnya yang masih dalam kondisi mengalami kejutan budaya.
"Err... I honestly didn't burn the whole arena."
"Okay... Habis tu, kakak buat apa?" Sun pula yang bertanya, tidak sabar-sabar mahu tahu apa sebenarnya yang telah kakaknya itu lakukan sehingga kena block daripada memasuki arena Testing Mode.
"I... I exploded the whole arena."
"Okay, I'm done..."
Hope yang sudah tidak sanggup mendengar sebarang kisah mengejutkan daripada sesiapa terus duduk di atas sofa. Elok sungguh! Seorang membakar, seorang lagi mengebom?
"Sejak bila kau master bombing skills?" Dan, sang pengebom Crowner, menyoal dengan riak terkesima. Macam manalah dia tidak terkesima bila hakikatnya selama ini Ellia jarang sekali mengendalikan bom dalam battle? Sekali dia pamer, terus buat kejutan macam ini pula!
"Err, sebenarnya aku just cuba praktis teknik bombing yang aku reka sendiri baru-baru ni... Aku tak expect pula aku akan letupkan arena Testing Mode." Ellia menggaru-garu kepalanya.
"Teknik bombing yang kau reka sendiri? As a bomber myself, aku pun ambil masa at least a few years before mastering any bombing techniques that I created on my own. Serius, aku salute dengan kau sekarang ni... You're really something!"
Mendiamkan diri dek tidak tahu bagaimana dia harus memberi reaksi, Ellia kemudian melilaukan pandangan ke persekitarannya. Pandangan kosong kesan terkejut yang amat pada wajah rakan-rakannya membuatkan dia mula banyak berfikir. Ada kemungkinan tak yang mereka rasa dia berlagak atau lupa daratan? Ataupun mereka ada terfikir dia terlalu berlebihan sebagai salah seorang calon PQ of VRS?
Deringan telefon Sun yang berbunyi sederhana kuat menandakan panggilan masuk memecah keheningan yang menyelubungi mereka semua. Tanpa berlengah, dia menyambut panggilan itu sebaik melihat nama pemanggil yang tertera di kaca telefonnya.
"Hello, aunty Fern?"
Di hadapan semua orang, Sun berbicara dengan si pemanggil yang dipanggilnya 'Aunty Fern' itu tanpa berasa kekok. Walau bagaimanapun, raut wajahnya yang tenang mulai berkocak seiring berjalannya pertukaran bicara antara mereka berdua.
Seusai mengakhiri panggilan tersebut, wajah Sun menjadi sedikit pucat sehinggakan semua orang naik risau melihat keadaannya itu. Tanpa dipinta, L bertindak menyandarkan kepala Sun ke bahunya. Diusap perlahan sisi kepala Sun, berusaha memberikan rasa nyaman kepada adiknya yang jelas sedang berhadapan tekanan saat ini.
"Kenapa ni, sunny?" Lembut ton suara L menyoal.
Terperanjat juga CA, ahli-ahli Crowner, Empire dan Rel yang mendengar kelembutan nada bicaranya itu. Maklumlah, L orangnya jenis yang jarang bersuara lembut...
Pada masa bersamaan, Ellia yang sudah cukup biasa dengan sisi lembut L yang jarang-jarang adik lelakinya itu tonjolkan cepat sahaja menghampiri kedua-dua adiknya. Rasa khuatir yang hadir mengetuk pintu hatinya tidak dapat dia kawal. Ada apa sebenarnya?
Tidak berapa lama kemudian, Airika dan L turut sama mendapat panggilan sebelum sempat Sun menguntai kata. Airika berhubung dengan Manager Joyce manakala L pula dengan Uncle Terry. Sepertimana reaksi Sun sebentar tadi, begitulah juga keadaan mereka sejurus menamatkan panggilan yang masing-masing mereka terima itu.
"Ai-Aira..."
"Ka-Kakak..."
Ellia yang diburu rasa ingin tahu akan alasan di sebalik ketegangan raut wajah ketiga-riga ahli keluarganya itu bersegera memeriksa telefonnya. Ratusan notifikasi masuk apabila dia menghidupkan rangkaian datanya sekali gus mengakibatkan dia tergamam sejenak. Berita apa yang hangat sangat sekarang ini sampaikan telefonnya tidak henti-henti mendapat notifikasi baru?
HOT SEARCH: JENNINGS AND LAWRENCE FAMILY'S BUSINESS GOING DOWNHILL
Berkerut hebat dahi Ellia membaca tajuk utama notifikasi berita terbaru yang diterimanya itu. Tunggu... Apa sebenarnya yang sedang berlaku ini?
BOYCOTTED BY THE USERS
NEW LAUNCHED SHAMPOO CAUSED AN OUTRAGE AMONG THE USERS
"BOLD SHAMPOO" OR "BALD SHAMPOO"?
Itu adalah antara tagline lain yang dia dapat tangkap. Menggabungkan semua tajuk utama tersebut, dia terus faham isu yang sedang menggugat perniagaan dua keluarga besarnya pada ketika ini.
"Aku dah cakap, syampu tu memang bermasalah!" Airika bersuara penuh rasa geram, menjadikan dirinya fokus pandangan semua orang.
"Wha-What's going to happen now? Apa yang kita boleh buat untuk atasi masalah ni?" Terdengar jelas getaran pada nada Sun.
"I don't know how should I feel about this..." L melepaskan helaan nafas
You are reading the story above: TeenFic.Net