๐Ÿฌ๐Ÿด๐Ÿฎ โ€ฃ ๐™ˆ๐™ž๐™จ๐™จ๐™ž๐™ค๐™ฃ ๐˜พ๐™ค๐™™๐™š: ๐™‡๐™‡๐™Š๐™Œ

Background color
Font
Font size
Line height

KEPALA yang kian terasa berat Ellia sadaikan di atas meja. Puas dikawal, akhirnya tidak betah juga dia menahan dirinya daripada melepaskan keluhan. Jari-jemarinya rancak mengetuk permukaan meja itu, menghasilkan alunan melodi rendah yang membantu dia mengosongkan mindanya.

"Baru beberapa hari, dah rasa macam terlampau penat untuk teruskan latihan... Apalah yang nak jadi dengan kau ni, Sofie Gracellia?"

Monolognya dengan diri sendiri itu membuatkan dia melepaskan keluhan lagi buat entah yang keberapa kalinya. Orang tua-tua kata, tidak baik mengeluh. Akan tetapi, pada masa-masa begini, sulit rasanya untuk tidak melepaskan keluhan. Dalam keadaan bahu memikul beban berat, kepala dipenuhi banyak fikiran, hati asyik gundah tidak tentu pasal, dan tubuh yang lelah dengan sesi latihan gaming, Ellia sungguh tidak mampu untuk tidak mengeluh.

Padan muka! Itulah, siapa suruh buat deal dengan grandpa? Kalau rasa-rasa tidak mampu buat sesuatu dengan baik, janganlah suka hati mahu melaksanakan deal. Sudah menyusahkan diri sendiri, rasa penat pun jadi makin berganda sahaja!

Memang begitulah fikiran Ellia semenjak dua menjak ini. Namun, bila dia fikirkan kembali, dia tidak rasa menyesal dengan deal yang sudah dia buat itu. Ini kali pertama dia memberikan tentangan kepada grandpa dan dirinya untuk mencapai lebih daripada apa yang orang lain dan dia sendiri fikirkan dia mampu. Ini juga kali pertama dia rasa perjuangannya bukan sesuatu yang kosong.

Selama dia hidup berbelas tahun ini, Ellia sentiasa berjuang untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Dan setiap perjuangannya itu tidak pernah mendapat pengiktirafan daripada orang lain sehinggakan dia sendiri juga tidak ingin mengiktiraf besarnya usaha yang telah dia curahkan. Akan tetapi, sekarang ceritanya berbeza.

Ellia bukan berjuang untuk menjadi yang terbaik, sebaliknya berjuang untuk sampai ke tahap yang terbaik. Dia tidak berhasrat dirinya dilabel dengan perkataan 'terbaik', tetapi cukuplah jika dia sampai ke tahap terbaik itu. Menjadi yang terbaik dan sampai ke tahap yang terbaik, dua hal yang sangat berbeza. Menjadi yang terbaik bermakna nombor satu, sedangkan sampai ke tahap yang terbaik bermaksud berusaha sehabis baik tanpa perlu menjadi nombor satu.

Mungkin orang lain akan bingung dengan pemikiran seperti ini, tetapi Ellia tahu... Mereka yang faham bagaimana peritnya sentiasa berjuang untuk menjadi yang terbaik namun dilecehkan setiap masa, sudah pasti akan faham dengan isi akalnya ini.

Kali ini, dia meletakkan dirinya sebagai yang pertama untuk dia kagumkan.

Kali ini, dia berjuang bukan hanya demi orang lain tetapi lebih kepada untuk dirinya sendiri.

Dan kali ini, dia akan pastikan perjuangannya diakhiri dengan senyuman, baik itu dengan atau tanpa gelaran 'terbaik'.

Penumbuk dikepal padu sebelum kepalanya diangkat dari atas meja. Dalam keadaan duduk tegak, dia menganggukkan kepalanya dengan semangat yang berkobar-kobar.

"Just go all out, and leave no room for regret!"

Tidak menunggu lama, Ellia langsung melanjutkan sesi latihannya di arena Battle Mode. Buat masa ini, dia akan berusaha mengumpul pengalaman sebanyak yang mungkin dan pada masa bersamaan, melatih teknik-teknik baru yang dia cipta untuk karakter Aelice.

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

"So, how's Ellia?"

Mendengar pertanyaan yang diajukan oleh Airika itu, terus sahaja L dan Sun melepaskan keluhan.

"Bad."

Semua anggota Crowner dan Empire langsung memusatkan perhatian mereka pada dua beradik itu, tertanya-tanya dek reaksi mereka berdua berkenaan Ellia.

Memahami pandangan mereka, L lantas menghela nafasnya. "Kakak... Hmm, bukan apa tapi dia macam terlampau all out sampai kitorang rasa seriau dengan dia..."

"Exactly, dah macam kitorang tak duduk serumah dengan dia lagi... Like she's got her own schedule now, which makes it hard for us to see her even at home. Kalau jumpa pun, just for a few minutes only," tambah Sun pula.

Airika tersenyum senget mendengar keluhan sepupu-sepupunya itu. "Seems like korang tak biasa dengan Grace punya passionate personality..."

"Passionate personality?" Tidak hanya L dan Sun, mereka yang berada di ruang tamu Empire Base itu juga turut menyebut benda yang sama.

"Yep... For something she's so passionate about, Grace sentiasa go all out. The last time I've seen this passionate personality of hers was when she joined that art competition. Memang seriau bila tengok dia serius sangat masa tu, tapi lama-lama aku jadi terbiasa. Sebab Grace tahu apa benda yang dia nak, dia juga tahu apa yang dia kena buat untuk dapatkan benda tu. All these years, she has been under great pressure to be the best. So, I'd say that was the only time she has been free to make out the best of herself without having to fake her passion. However, now... She's once again free. Kali ni, her passion was nothing fake like the years she spent her time on bettering herself in study. Bukan maksud aku Grace tak minat dengan study, tapi passion dia dengan study dah terkubur semenjak grandpa and grandma asyik tekan dan lecehkan dia. I saw her passion in study faded as the years went by, but of course, she could regain that passion back again if she just let herself be free of pressure. And she proved that, no? While for VRS, aku nampak passion dia, and it's way too different than how it was with her study... She might be even more passionate on VRS than arts now. Bila dia refuse untuk back off daripada VRS, aku nampak sangat dalam mata dia betapa bermaknanya VRS pada dia. Thus, I'm not even a single bit shocked to hear that her passionate personality just resurfaced."

"Kakak... Kakak Rika tak risau ke pasal kakak Ellia?"

Airika sekadar tersenyum nipis mendengar pertanyaan Sun itu sebelum satu gelengan kecil diberikan.

"It's only when she pushes her limit will she get to manifest the best version of herself. Just like I've said before, Grace tahu apa yang dia nak dan dia juga tahu apa yang dia kena buat untuk dapatkan benda tu... But at the same time, dia masih takkan benarkan tekanan yang dia bagi dekat diri dia untuk dapat what she wants memberi kesan buruk kepada dia. That's why she's got her own schedule. Jadual tu dah ditetapkan sebagai panduan dia untuk pastikan everything is well balanced for herself. So, dia takkan terlepas waktu makan dan dapat pastikan her chance to spend time in VRS tak terbuang macam tu aje..."

"Okey... Sekarang ni, L bingung... You are so certain that the schedule of hers won't bring her any harm. But, where does this certainty come from? Kakak Rika ada tolong kakak Ellia susun jadual tu ke apa?" L menjongketkan kening sambil kedua-dua tangannya disilangkan ke dada.

"I trust Grace. That's just it... I know yang dia hanya akan improvise diri dia, and not bring herself down to her fall ever."

Singkat sahaja alasan Airika, namun sudah cukup untuk mewujudkan rasa hangat dalam sukma semua orang. Kepercayaan yang dia punyai terhadap Ellia, bahawa Ellia tidak akan sesekali membuat perancangan yang akan memberi kesan buruk kepada dirinya, itu sesuatu yang sangat manis. Ikatan hubungan kekeluargaan yang mereka miliki itu jauh terlalu berharga.

"Aww, this is so sweet of you, Rika..." Ingrid menempelkan kepalanya ke bahu Airika dalam pada melilitkan tangannya di lengan gadis itu. Teringin betul dia untuk memiliki seorang kakak seperti Airika! Namun apakan dayanya, dia terlahir sebagai anak tunggal dalam keluarga.

Airika mengusap-usap kepala Ingrid. "I know what's on your mind, Ingy... So hear me up, kau tak alone dah sekarang ni. You are the only child in your family, but you have me and all the others. We can all be your siblings, do you get that?"

"I true that," sokong Claude.

"Exactly, aku ni boleh aje jadi adik kau," ujar Hoshi sebelum menayang senyuman berliannya.

"Aku pโ”€ Umphhh! Umphhhh!"

Zaire membulatkan matanya apabila Hoshi dengan riak selamba menekap mulutnya menggunakan tangan. Mahu sahaja ditanggalkan tangan Hoshi daripada mulutnya, namun dengan penuh sedar diri, dia menguburkan niatnya itu kerana tahu yang dia tidak mampu untuk mengatasi kekuatan Hoshi.

"Kau duduk diam-diam aje, Zaire... Tak payah nak berhajat sama nak jadi adik Ingy."

Satu cerlungan tajam Hoshi berikan kepada Zaire, membuatkan Zaire kecut perut di sebelahnya. Tapi... Hei! Siapa sebenarnya yang lebih tua antara mereka berdua? Bukan Hoshi lebih muda daripada Zaire ke? Jadi, kenapa pula Hoshi lebih berkuasa daripada dia?

Hesy, tidak puas hati betul Zaire! Akan tetapi, hendak bagaimana lagi jika kekuatan yang dijadikan sebagai ukuran untuk menentukan siapa lebih hebat dalam kalangan mereka berdua? Jujur, Zaire tidak lemah, dia hanya kurang stamina sedikit jika dibandingkan dengan Hoshi. Ya, itulah pembelaan Zaire terhadap dirinya. Sumpah, dia tidak tahu apa yang Hoshi makan sampaikan budak itu boleh mempunyai kekuatan yang cukup besar... Tidak padan betul dengan saiz badannya yang sederhana dan wajahnya yang comel itu!

Keadaan Hoshi dan Zaire yang bersilang watak senior slash junior itu membuatkan semua orang hanya mampu tergeleng-geleng kepala. Nampak kerdil sahaja Zaire apabila Hoshi mempamerkan kekuatannya!

Tidak tahan dengan "penguasaan" Hoshi, Zaire mengerahkan seluruh tenaganya untuk menjatuhkan tangan Hoshi daripada mulutnya. Nasib baiklah berjaya! Lega hati Zaire bilamana mulutnya terasa ringan kini.

Dia kemudiannya bingkas bangkit dari tempat duduknya, mengambil beberapa langkah menjauhi Hoshi sebelum menaikkan jari telunjuknya dan dituding tepat ke arah lelaki itu.

"Kau!" Giginya diketap geram.

"Ya, Senior Zaire?" Hoshi duduk menyilangkan kaki seraya berpeluk tubuh.

"Argh, malaslah aku nak bercakap dengan kau!"

"Korang berdua ni, childish betul! Tak fahamlah aku dengan korang ni... Macam mana boleh satu kepala pula nak duduk satu team?" Claude mengeluh berat.

Kelakuan tidak matang mereka berdua memang kerap sekali membuat dia sakit kepala. Yalah, dia "bapa" team Empire kut... Selaku ahli tertua, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menguruskan sebarang konflik dalam kalangan ahli team itu. Airika dan Ingrid sentiasa dalam keadaan mesra kecuali apabila berbincang tentang strategi battle. Tetapi, pendapat mereka yang kadangkala tidak berpadanan itu pun bukannya teruk sangat. Apa yang menyukarkan dia adalah dua orang member lelaki dalam team Empire ini!

Ada sahaja perkara yang menyebabkan mereka tidak sebulu, sehingga kadangkala benda sepele pun boleh jadi besar. Betul-betul mengocak keamanan dan kesejahteraan batin Claude!

"Sabar, Claude... Sabar... Aku faham perasaan kau tu," kata Eli. Ditepuk-tepuk bahu Claude, berusaha memberikan semangat kepada rakan sejawatnya itu. Sejawat dari segi apa? Well, semestinya sebagai ahli tertua team masing-masing.

Serta-merta para ahli Crowner memandang serong ke arah Eli. "Ehem... Ehem..."

"Kalau tak ada aku, diaorang semua ni mesti akan sentiasa berkonflik. Diaorang patut bersyukur sebab ada aku sebagai ahli tertua."

Tidak menghiraukan deheman mereka, Eli menguntai bicara dengan penuh keyakinan. Bangga sungguh dia menjadi ahli tertua bagi Crowner!

"Hmm, mula dah dia nak show-off status dia sebagai member paling tua... Eleh, bukannya ada guna pun..." Dan memutarkan bola matanya.

"Kan? Seingat aku, orang tua tu cuma sekadar orang tua aje selama ni..." Selamba badak Sun mengutuk dengan suara yang sengaja dikuatkan.

"Itulah... I guess, his age is the only thing he can be proud of," tokok Alex dengan nada bersahaja.

"How pitiful..." Hope membuat mimik muka jatuh kasihan terhadap Eli.

"Aside from his name and his Protector skills, his age is really the only thing he's got for a show-off." Yuki menggeleng-gelengkan kepala sambil mata berpusat lurus ke arah Eli.

"I've read somewhere before... Kononnya manusia ni bila makin tua, diaorang jadi makin suka bercakap dan menunjuk-nunjuk dengan orang lain pasal pengalaman diaorang. Feeling hebatlah agaknya sebab diaorang tu dah tua... I honestly didn't believe it until just now when I saw the actual old guy being a show-off. Hmm, disappointing..." L melepaskan keluhan kecil.

"Oof... Wow, Crowner is really an idol team," komen Hoshi dengan mata bersinar teruja. Suka benar dia mendengar perlian berganda itu!

Airika, Ingrid dan Zaire cuma menghantar pandangan kasihan kepada Eli. Teruk betul lelaki itu kena roasting!

Melihat Eli yang saat ini seperti kehilangan jiwanya, Claude perlahan-lahan mengalihkan tangan Eli daripada bahunya. Dengan senyuman simpati, dia pula yang menepuk-nepuk bahu Eli kali ini.

"That's some harsh remarks, bro... But, it's fine. You'll recover in no time."

Eli tersenyum paksa. "Right, of course I will..."

"Eh, korang! Aku baru aje dapat chat daripada CA..."

Pemberitahuan mengejutkan daripada Airika itu menarik semua perhatian yang ada pada Eli. Sekelip mata sahaja, dia diketepikan oleh semua orang.

"Apa dia?"

"CA cakap apa?"

Itulah dua soalan serentak yang dipertanyakan kepada Airika sekali gus memberikan tamparan dingin buat Eli. Eli ingin sahaja ketawa seperti orang gila dek reaksi mereka semua itu. Weh! Bukan ke dia yang jadi pusat perhatian satu minit lepas? Apa semua ini?

"Err, dia cakap... Kita kena pergi Rhodes Road sekarang. Bila dah sampai, bagitahu dia dan dia akan send location dengan lebih spesifik. Bagitahu Ellia juga and she left a short note in the end saying that we have a mission now... Mission Code: Long Live Our Queen (LLOQ)."

"Eh?"

"Nani?"

"What?"

ใ€„โจพใ€„โจพใ€„

โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’

It's so going to be OFFICIAL! I'm losing my touch in writing~~๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿคง๐Ÿคง  HUHUHUHUHU, dahlah... Malas Yna nak fikir, kalau cerita ni betul-betul jadi makin boring, Yna minta maaf in advance. I'm just going to complete it first and then, fikir pasal editing this story๐Ÿ‘€๐Ÿฅบ

Don't know what to say anymore, so... I'll see you in the next chap, kays?

โฟปเฏ ๐—ง๐—›๐—”๐—ก๐—ž๐—ฆ ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—ง ๐™๐™Š๐™ ๐™๐™€๐˜ผ๐˜ฟ๐™€๐™๐™Ž เฏโฟป
i) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“

ii) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ท๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
iii) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
iv) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“


You are reading the story above: TeenFic.Net