๐Ÿฌ๐Ÿด๐Ÿญ โ€ฃ ๐™Œ๐™ช๐™–๐™ก๐™ž๐™›๐™ž๐™š๐™™ ๐™’๐™ž๐™ฉ๐™๐™ค๐™ช๐™ฉ ๐™– ๐™ˆ๐™–๐™ฉ๐™˜๐™

Background color
Font
Font size
Line height

TARIK nafas, tahan, hembus... Tarik nafas, tahan, hembus... Itu sahajalah yang Ellia lakukan sejak entah berapa minit yang lalu. Bahagian dada yang terasa dipalu kencang diusap-usapnya perlahan, cuba meredakan perasaan cemas yang secara mendadak menyapa.

Menghairankan, bukan? Dia sudah banyak kali menyertai battles dalam VRS, tetapi hatinya masih sulit bertenang apabila ingin menghadapi sebarang battle. Setiap fasa persediaan sebelum memasuki arena battle, lagaknya sentiasa seperti dia baru pertama kali mengambil bahagian dalam perkara itu. Padahal, tempoh dia melibatkan diri dalam VRS sudah lebih daripada cukup untuk dia mampu membiasakan diri dengan apa-apa sahaja situasi battles dalam game itu.

"Sofie Gracellia, ni baru Qualification Match kut... Kau sendiri yang kata kau akan pergi pusingan akhir, so what's up with all this shaky chills?"

Selepas menyampaikan teguran itu buat dirinya sendiri, Ellia memejamkan matanya sebelum perlahan-lahan membayangkan dirinya kini berada di suatu ruang kosong yang sepi. Fikirannya dia kosongkan dengan bantuan ilusi akalnya itu.

'Just let everything fade... Let yourself be free, and just focus on what you're going to do. Don't overthink, just go with the flow.'

Usai menghembus nafasnya perlahan, beban yang tadinya terasa membukit di bahu beransur-ansur bertukar ringan. Seulas senyum penuh kelegaan lalu terlukis pada wajahnya.

"Hati dah tenang, sekarang mari masuk arena..."

Lancar sahaja jari-jemari Ellia mengetik papan kekunci dan mengklik tetikus. Skrin komputer yang biasanya terus memperlihatkan arena pertempuran kini dihiasi satu papan notis yang menunjukkan countdown sebelum waktu pertempuran bermula.

Ellia membuat sedikit regangan tangan sambil matanya sesekali melirik skrin komputer, memberi tumpuan penuh terhadap countdown yang sedang berjalan.

"PQ Qualification Match, begin!"

Terdengar sahaja suara server yang menandakan PQ Qualification Match itu sudah bermula, dia pantas menggerakkan karakter Aelice untuk mencari tempat persembunyian terlebih dahulu. Satu strategi yang secara jelasnya tidak sebati, malah janggal dengan jiwa Ellia... Namun begitu, dia tetap menggunakan strategi bersembunyi ini dengan tujuan yang tersendiri.

Ellia cukup sedar akan kenyataan yang cara dia mengendalikan Aelice sebelum ini sebenarnya tidak cukup baik. Strateginya selama ini kebiasaannya cumalah maju dan menyerang. Dia hanya melakukan analisisnya ketika menyerang players lain. Sebetulnya, inilah yang pada pemikirannya, menjejaskan prestasi Aelice semasa menyertai battle, iaitu kelambatannya mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pihak lawan.

Oleh itu, setelah mempertimbangkan pelbagai benda, strategi maju dan menyerang yang biasa dia gunakan sebelumnya dia ubah kepada strategi memerhati sebelum menyerang.

Ellia ingin menganalisis keseluruhan situasi dahulu dalam PQ Qualification Match ini dan kemudian, barulah dia akan melancarkan serangannya. Dia rasa, strategi ini akan memberikan dia kelebihan yang lebih baik berbanding kebiasaannya. Bagaimana? Dia juga tidak pasti tentangnya, dan kerana itulah, dia ingin menguji strategi ini sekarang. Dia akui, memang agak berisiko menggunakan strategi baharu ini dalam PQ Qualification Match. Yalah, dia mana pernah memakai strategi ini dalam mana-mana battle yang disertainya. Inilah kali pertama dia menggunakannya dalam satu battle selepas akhirnya selesai mengadaptasikan diri dengan strategi ini dalam arena Testing Mode.

Bergerak lincah di kawasan semak tanpa disedari players lain, Aelice memerhatikan setiap pertempuran yang berlaku di sekelilingnya dengan tenang.

Walau baru sekadar menjadi pemerhati sahaja, Ellia langsung dapat merasakan ketegangan di arena pertempuran itu. Tiada seorang pun dalam kalangan calon PQ of VRS yang tersisa di arena tersebut berani menjatuhkan tingkat kewaspadaan mereka. Dapat dia lihat semua karakter lain kini berada dalam keadaan sedia menyerang selain karakternya, Aelice.

"Diaorang semua memang tak main-main..." Dia menggigit kecil bibirnya. Dia benar-benar tidak boleh cuai pada masa ini. Jika tidak, pasti buruk padahnya nanti!

Khusyuk Ellia menonton setiap pergerakan players yang saling bertempur dengan sesama sendiri itu. Kemahiran dan kelemahan mereka yang berjaya dia kesan dicatatnya pantas dalam satu buku nota kecil. Huh, gaya dia yang terlebih tenang ini macam dia bukannya peserta dalam battle itu pula!

"Weapon yang dia gunakan tu jenis berat, so this either means that karakter dia ada strength level yang tinggi ataupun karakter dia tak mahir gunakan weapon ringan. Hmm, kalau dia layak masuk pusingan rasmi, nampaknya aku kena kaji lebih banyak benda pasal dia ni..."

"Gerakan dia nampak terlebih anggun, tapi... Serangan dia cukup jitu. Truly a remarkable shoot! And oh... She's a pro at doing sneak attacks too!"

"Karakter ni ada speed level yang betul-betul tinggi. Kalau tak berhati-hati dengan dia, kemungkinan untuk serangan dia berjaya should be above 90 percent. Serangan dia tak berapa kuat kalau dia bergerak dengan speed level normal, tapi dengan speed level ni, the attack is so fatal... Hmm... This is quite interesting."

"What a clean kill! Dia betul-betul tahu anggar jarak untuk pastikan damage level daripada serangan dia tu tinggi... And oh gosh, she's quite a heartless one."

"Wait, what on earth was that? Grenade apa yang dia baling tu? OMG, ini ke kehebatan seorang bomber? Sumpah aku speechless..."

"Kyaaa, sword skill dia idol gila!"

"Oofff... RIP, dear unknown opponent..."

"My gosh! Rancak betul dia buat killings!"

"Wehhh! Teknik apa dia guna ni? Tangan dia okey ke handle karakter dia selaju ni?"

Banyak benar senario pertempuran yang membuatkan Ellia teruja, namun pada penghujungnya, player yang paling menarik perhatiannya cuma seorang. Player itu jugalah yang memberikan kejutan hebat kepada dirinya. Setiap gerakan yang dia gunakan semuanya lancar, tangkas dan jelas sekali tidak bertele-tele. Sungguh seorang player dengan kemahiran battle yang hebat!

Profile name, Anskya. Character ID, Angelwinx.

Tercatat sempurna kedua-dua username dan character ID player itu dalam benaknya.

"Tinggal 40 players... Erm, nak maju sekarang ke nak tunggu lagi ni?" Berbolak-balik hati Ellia menetapkan keputusannya.

Kesudahannya, dia membiarkan sahaja Aelice berada di kawasan bush. Langsung tidak bergerak, dan hanya menjadi 'pengintip' pertempuran sesama players lain tanpa ada niat ingin menyibuk. Santai betul gaya dia!

Satu demi satu calon PQ of VRS yang tinggal cepat sahaja terkeluar daripada arena selepas terlibat dalam pertempuran hangat dengan Angelwinx. Takjub benar Ellia akan kebolehannya menumpaskan players lain tidak lebih daripada tiga gerakan.

Siapa agaknya calon PQ of VRS yang satu ini? Hati Ellia meronta-ronta mahu tahu tentangnya.

Tidak ramai girl players yang berjaya menarik minatnya sejak saat dia melibatkan diri secara serius dalam VRS. Kagum? Ya, memang ramai yang berhasil membuat dia merasakan perasaan itu. Namun pada realitinya, menarik minatnya dan membuat dia kagum adalah dua hal yang jauh berbeza. Kerana faktanya, kagum Ellia itu cuma berlangsung seketika, sedangkan minatnya pula berlanjutan.

Setakat ini, termasuk Anskya, girl players yang diminatinya berjumlah lima orang. Pertama, PQ of VRS yang tiada penggantinya, Chae. Kedua, CA. Ketiga, Airika. Keempat, Lily... Walaupun sudah cukup yakin Lily itu ialah Evangeline, Ellia merasa lebih selesa menggunakan panggilan Lily. Dan meskipun dia tidak berkenan dengan sikap Lily dalam VRS, dia enggan menafikan kekuatannya apabila terlibat dalam battle. Terakhir dan yang terkini, Anskya.

Serba sedikit info tentang Anskya yang pernah Ellia baca ialah Anskya merupakan calon PQ of VRS yang amat jarang muncul menyertai battle meskipun tempoh pelibatannya dalam VRS hampir bersamaan dengan Airika dan Lily. Cukup jarang disebut dalam forum VRS Timeline, tetapi tiada sesiapa pernah memperlekehkannya.

"Hmm, memang patut pun tak pernah kena direndahkan... Semua attacks dia great-quality, defense techniques dia pun wow! Gee, insecure diri ini..."

Dagu ditopang menggunakan kedua-dua belah tangannya sambil mata ralit mengekori setiap tindak-tanduk Anskya pada skrin komputer.

Asyik bibirnya menuturkan puji-pujian dan bersorak untuk Anskya, Ellia lantas terlupa akan kenyataan yang dirinya juga salah seorang peserta dalam PQ Qualification Match itu.

Tumpas sahaja satu lagi player oleh Anskya, skrin komputer Ellia mendadak bertukar gelap. Ellia yang awalnya terkejut terus panik di tempat duduknya. Dilambung realiti, dia pantas teringatkan Aelice sang karakternya yang telah dia abaikan semenjak beberapa minit lepas.

"Aduh, masalah betullah macam ni! Gosh, Aelice... Kau tunggu kejap eh? Jangan cedera dulu, biar aku cuba betulkan komputer ni..."

Satu demi satu perkara utama yang patut diperhatikan pada komputer itu diperiksanya. Charger? Elok terpasang dengan suis on. Wayar charger itu pun okey juga. Mana ada rosak digigit tikus!

Ellia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Ha, melalut betul pemikiran dia sekarang ini!

"Haih... Jangan kata komputer ni rosak pula."

Gigit jari Ellia kalau benarlah begitu isunya saat ini. Ya, memanglah boleh minta bantuan adik-adik dan kawan-kawannya untuk dapatkan komputer baharu yang bahkan lebih baik daripada komputer di hadapannya itu, versi terkini dan moden. Tetapi... Dia tidak akan gembira dengan komputer baharu. Kerana komputernya ketika ini merupakan komputer yang terlalu istimewa bagi dirinya. Keistimewaan yang hanya dia mampu fahami.

Rancak dia mengetik papan kekunci untuk mendapatkan respons daripada komputer itu, hambar rasanya bilamana tiada respons langsung yang diterima. Kemudian secara mengejut...

Bunyi trompet yang maha besar impak bunyinya membuatkan Ellia tersentak setengah mati. Kaki yang terlanggar bucu meja dek kejutan bunyi itu segera diusap-usap dengan wajah berkerut menahan sakit.

"Awww!" Mendesis kesakitan Ellia sebaik kakinya diangkat sedikit.

Mata lantas terarah pada skrin komputer, ingin mengetahui apa pemberitahuan yang baru diterimanya. Mustahillah ada bunyi trompet kalau tidak ada pemberitahuan, bukan?

Tidak sampai pun satu milisaat, bergema terus jeritan Ellia di dalam biliknya.

"Qualified player? Me?"

Akankah kisah hidupnya menjadi drama jika dia pengsan saat ini juga?

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

Sun terlongo menatap sebaris ayat pada skrin televisyen di hadapannya itu. Perlahan-lahan, sebutir popcorn yang ada pada tangannya menggelongsor turun sehingga akhirnya mendarat di atas lantai. Kepalanya lantas diteleng ke sisi. Langsung sahaja pandangannya bertembung dengan pandangan sang abang yang tidak kalah terkejut persis dirinya.

"You saw it, right?" L menyoal lalu menelan liurnya.

Sun mengangguk perlahan. "So, I'm not seeing things... Our sister... She actually..."

"Created another history," sambung L apabila Sun dilihatnya seakan tidak mampu berbicara lagi.

Tidak semena-mena, beberapa raungan pecah di tengah ruangan tersebut. Mahu terloncat keluar jantung para jejaka di ruangan VRS Matches Watching Room itu!

"Tak, sekarang ni aku tak faham kenapa korang pula yang beria sangat menangis..." Zaire memandang pelik ke arah para gadis yang kini berkumpul sambil saling berpelukan di hadapannya.

"Itulah pasal... Macam korang pula yang berada di tempat Ellia sekarang ni," tokok Eli.

Sementara itu, Claude, Dan, Hoshi dan L sudah tergeleng-geleng mengenangkan ketidakfahaman dua manusia itu terhadap sifat warga perempuan. Apa mereka tidak faham lagi ke dengan 'keunikan' perempuan?

Bagi perempuan, mereka akan sentiasa feel satu sama lain dalam pelbagai keadaan. Waima dalam kalangan mereka cuma terdapat seorang sahaja yang memperoleh kejayaan, yang lain pun pasti akan berasa gembira. Ya, seperti inilah keadaannya bagi kaum perempuan yang bersahabat dengan hati yang tulus. Hasad dengki ditolak jauh ke tepi pada setiap masa.

"Diamlah, korang memang takkan faham perasaan kitorang! Dasar lelaki tak peka..."

Ingrid mencerlung jengkel ke arah Eli dan Zaire sebelum memberikan jelingan tajam kepada Claude, Dan, Hoshi dan L. Memandai-mandai betul menghakimi mereka!

"Eh, apa pasal kau jeling kitorang macam tu?" Tidak puas hati Hoshi bilamana dia dipanah jelingan Ingrid.

"Kitorang tak ada cakap apa-apa kut... Dua orang tu aje yang ada cakap pasal korang tadi," ujar Dan pula.

Claude dan L hanya menganggukkan kepala, tanda mereka menyetujui perkataan Dan. Tidak perlulah rasanya mereka pun sibuk membuat hujah membela diri kalau akhirnya, benda yang sama juga hendak dicakapkan.

"Good, then you fourโ”€"

"Weh! Aku pun tak ada cakap apa-apa, okey?" Timbul pula suara Rel sebelum sempat Alex menyudahkan kata-katanya.

"Fine, fine, fine..." Sempat Alex menjulingkan matanya ke atas sebelum menyambung bicara. "Kau pun terkecuali together with diaorang berempat... While you two, we're not talking to you in the next few days."

Eli dan Zaire saling berpandangan antara sesama sendiri sebelum mengangkat bahu masing-masing. Sedetik kemudian, seulas senyum sinis tersungging pada wajah kedua-dua lelaki itu. Tidak bercakap dengan mereka selama beberapa hari ini ya? Baik, mari tengok jika para gadis itu mampu.

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

Tidak ada kata yang mampu diucapkan, hanya hatinya sahaja yang sesak dipenuhi dengan bunga-bunga pujian mekar buat gadis itu. CL tersenyum senang mengenangkan pencapaian Ellia pada hari ini.

Dia tahu bagaimana sosok asal Ellia dalam VRS, dia juga yang melihat bagaimana potensi gadis itu berkembang sejak saat Ellia menjejaki dunia VRS. Bermula daripada benih kecil, perlahan-lahan bercambah menjadi anak benih yang semakin dewasa dan akhirnya kini mekar sebagai sekuntum bunga yang megah dengan caranya sendiri.

Amat jelas bahawa Ellia sudah banyak berubah dari segi kemahiran dan teknik bermainnya, namun sejujurnya, gadis itu masih sama di penglihatannya. Bagi CL, perwatakan dasar Ellia tetap tidak berubah. Tidak kira sehebat mana pun gadis itu pada ketika ini, dia tidak pernah lupa diri. Semua itu jelas terlihat pada cara Ellia mengendalikan Aelice. Sedikit pun tiada tercalit unsur sombong mahupun meremehkan orang lain pada karakter Aelice apabila berhadapan dengan musuh, membuktikan kenyataan yang Ellia sentiasa waspada akan gamers lain dan tidak dikelabui oleh fikiran meninggi diri meskipun kebolehannya dalam VRS telah diiktiraf ramai tika ini.

Dengan sifat Ellia yang tidak berubah ini, CL yakin dan percaya Ellia akan mencapai kejayaan dalam VRS. Kerana sesungguhnya, kejayaan itu ditempah melalui keutuhan perwatakan dasar seseorang. Jika sifat asalnya tidak berubah, maka matlamatnya juga akan tetap sama seperti pada mulanya. Ellia mahu membuktikan dirinya kepada orang lain, dan perkara itu tidak berubah sehingga ke hari ini. Tidak mengambil kesah apa orang lain kata, dia hanya memegang niat asalnya. Itulah yang membuatkan CL memiliki keyakinan dan kepercayaan terhadap gadis itu, bahawa dia akan berjaya kerana setia berpegang kepada matlamatnya sejak dari mula.

"Kau akan terus ke depan, Sofie... Aku tahu kau boleh, dan aku akan sentiasa sokong kau. You really deserve everything for the way you fight for it," tutur CL dengan nada rendah.

Tidak kira sejauh mana jarak mereka, tidak kira dengan cara apa... CL akan terus menemani perjalanan Ellia dalam VRS. Ya, biar mereka sudah terputus hubungan sekalipun, sokongannya terhadap Ellia tidak mungkin berhenti bernadi.

ใ€„โจพใ€„โจพใ€„

โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’

Pheww, finally an update! ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ Sorry for the long wait, korang... (Kalau ada yang tertunggu-tunggu cerita ni lah...๐Ÿ‘€)

So, first of all, hello?๐Ÿ˜…
Yna's here, just nak bagitau yang cerita ni dibiarkan berhabuk sebab Yna sibuk ngan SPM before this... And then, after habis SPM, dilanda writer's block pula. Hence, I apologize in advance kalau korang rasa chap ni ke laut... I feel like it's messy๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ณ

Yna rasa, mesti ramai yang dah lupa juga dengan jalan cerita this story ennn... Dan benda ni buatkan Yna dua hati nak continue with this story. Bukan nak kata apa, tapi... Yna rasa tak confident nak keep writing this story after a few months berhabuk. Not that I want to delete it, but I don't know... Korang rasa cerita ni dah melalut ke?

Boleh tak sesiapa respond Yna? HUHUHUHUHU... Yna just nak tahu pendapat korang, 'cuz I need it. Yna nak tahu macam mana pandangan pembaca, so boleh tak korang please respond supaya Yna tahu apa yang korang fikir pasal story ni?

Rasa macam memaksa pula... Tapi jujur, Yna memang nak tahu pandangan readers. Apa-apapun, I'm sorry kalau ada yang rasa Yna ni macam memaksa... ๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ

Alright, itu ajelah... Sayonaraaa, and take careee~๐Ÿ’•

โฟปเฏ ๐—ง๐—›๐—”๐—ก๐—ž๐—ฆ ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—ง ๐™๐™Š๐™ ๐™๐™€๐˜ผ๐˜ฟ๐™€๐™๐™Ž เฏโฟป

i) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
ii) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ท๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
iii) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
iv) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“


You are reading the story above: TeenFic.Net