NYANYIAN merdu burung-burung di awal pagi membangunkan Ellia dari lelapnya. Sambil menguap, dia menumpukan pandangan pada katil Airika. Dan saat menyedari katil itu kosong, matanya pantas membulat. Ke mana Airika pergi?
Belum pun berpeluang menggeledah seluruh pelosok wad itu, Ellia terus mengalihkan pandangan ke bahagian pintu tika terdengar bunyi seseorang bersenandung kecil dari luar wad.
I'm grateful for the storm
Made me appreciate the sun
I'm grateful for the wrong ones
Made me appreciate the right ones
Korus lagu Grateful oleh Rita Ora langsung bermain di fikiran bilamana bunyi senandung itu didengarinya dengan lebih jelas.
Selang sesaat kemudian, pintu wad itu terbuka, menampilkan sosok Airika yang tengah memegang dua beg kertas berhiaskan logo kafeteria hospital. Kelihatan wajahnya sedikit terkejut tatkala bertentang empat mata dengan Ellia.
"Err... Kau dah bangun rupanya," ujar Airika dengan sedikit kekok usai menutup pintu wad. "Oh ya, aku ada beli makanan untuk kau ni... Adβ"
"Aira, kau sedar tak yang kau tu seorang pesakit?" pintas Ellia. Ekspresi wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang geram dengan fiil Airika.
Airika mengeluh perlahan. "Grace, aku dah pulihlah. Lagipun, setakat nak pergi kafeteria tu apalah sangat... Keadaan aku bukannya terlampau nazak, okey?"
"Ha, menjawab!"
"Aku ada mulut, so..." Airika menggantungkan ayatnya itu apabila melihat reaksi Ellia yang seperti ingin menelan dirinya hidup-hidup. Bersama puppy eyes, dia lekas-lekas berjalan mendapatkan Ellia.
Ellia mencebikkan bibirnya kala Airika merangkul lengannya dengan raut comel. "Ni dah kenapa pula ni?"
"Graceeeee... Janganlah marah-marah awal pagi macam ni. Mari kita breakfast, lepaskan tension dulu... Okey?"
"Aku tak lapar."
Gruuukkkkkk!
Sesungguhnya lidah boleh memalsukan kenyataan, tetapi perut tidak akan mampu berbohong. Sudahnya, Ellia sekadar menebalkan kulit wajahnya bila menangkap senyum senget Airika. Dear perut, mengapalah tidak ingin berkompromi dengan dirinya?
"Dah, tak payah nak tunjuk ego... Geram macam mana pun, kau kena juga hormati pendirian perut kau. Dia nak isi tangki yang sekarang ni tengah kosong, kau kenalah layan."
Ayat Airika itu menyebabkan Ellia terkedu. Wah! Hebat sekali aturan bicaranya ya?
"Aku bukβ"
"Say aaa..."
Entah bila Airika membuka satu bekas polistirena, Ellia jadi terkebil-kebil sebentar. Ligat betul gadis itu beraksi! Seminit yang lalu, dua beg kertas berisi makanan yang Airika pegang tadi baru sahaja diletakkan tepat atas meja kaca bersebelahan mereka saat ini. Alih-alih, dalam sekelip mata cuma, Airika kini telah mengeluarkan isi salah satu beg kertas tersebut.
"Stop that say aaa... Sekarang ni, aku nak mandi dulu."
Tanpa membubuh sebarang ayat lain, Ellia lantas menonong masuk ke bilik mandi setelah mengambil pakaian persalinannya dari dalam beg yang dihantarkan oleh Sun petang semalam. Sayup-sayup telinganya mendengar tawa ringan Airika selepas masuk ke situ. Pasti Airika sibuk mentertawakan dirinya!
Ellia menggeleng-gelengkan kepalanya. Bagaimanalah agaknya situasi Claude selama ini yang tentu sekali asyik diduga dengan tingkah nakal sepupunya yang seorang itu?
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
"Aku dah fikirkan."
Airika menatap Ellia dengan kening ternaik sedikit sebaik ayat itu dilantunkan. Walaupun sejujurnya sudah boleh menebak apa yang Ellia maksudkan, dia tetap jua berpura-pura keliru. Dia mahu Ellia menyebutkan topik itu tanpa teragak-agak, biar terlihat yakin pendapat sebenar Ellia tentangnya.
"Tentang PQ Qualification Match tu... Aku rasa aku dah decide apa yang aku nak buat."
"Well, apa keputusan kau?"
Ellia menghela nafas perlahan. Pandangan dihalakan ke luar tingkap kaca, memerhatikan suasana sekeliling di luar wad Airika itu. Dengan tangan yang bersilang di dada, dia berdiri tegak.
"Aira, aku rasa kau pun tahu yang pihak IGCC cukup tegas. Bila terdapat mana-mana player yang tak datang hadiri tournament tanpa bagi alasan kepada diaorang, player tu mesti akan disenaraihitamkan daripada daftar nama gamers yang boleh masuk IGCC."
"Ya, aku tahu... Tapi, kau takkan terima nasib yang sama macam sesetengah players yang disenaraihitamkan tu. Grace, aku dah bagi alasan kenapa kau tak dapat hadiri tournament tu kepada pihak IGCC. Walaupun diaorang tak ada bagi respons positif masa aku bagi alasan tu, aku percaya kau masih berpeluang untuk masuk IGCC. Selagi kau sudi cuba lagi kali ni, kau mesti akan dapat hasil yang berbeza. This time, I'll not be against you... I'll absolutely fight alongside you if there's any objections coming from our family."
"Aku... Aku tak rasa aku mampu."
Airika menyentuh bahu Ellia. Mendengar nada yang begitu ketara menggambarkan beratnya hati gadis itu saat ini, dia mula merasa bimbang.
"Hey, what's wrong? Kau masih rasa trauma dengan apa yang jadi hari tu ke? Grace, please... If you're willing, everything will work out fine this time."
"And how do you guarantee that?"
Seakan terkubur diksi Airika pada ketika soalan itu dipertanyakan. Emosi yang terserlah jernih daripada intonasi suara Ellia membuat hatinya sesak sendiri. Masakan mungkin dia mampu memberi kepastian dengan sempurna jika itulah hal yang Ellia mahukan... Tetapi andai tidak dicuba, bukankah nantinya akan lebih membuahkan sesal di kemudian hari?
"Jujur aku cakap... Walaupun aku mampu terima apa yang dah berlaku hari tu dan ikhlaskan semuanya, aku tak boleh nafikan satu benda. Aira, what had happened back then carved a scar on me."
Tidak membalas, Airika memutuskan untuk fokus mendengar luahan Ellia.
She's been bottling up everything for a while, and now when there's an eruption in her soul, she just needs to be heard. A good listener, that's what she currently needs.
"Aku tahu aku mungkin dah bersikap hipokrit... I acted as if I was really fine. Like I wasn't hurt at all when I got into that mess. Tapi, sebenarnya aku tetap rasa sakit... You know, aku dah berusaha sebaik yang aku mampu untuk melayakkan diri ke stage perlawanan rasmi. And yet, I just had to face the fact how I wasn't able to join it in the end. It was more than a slap on my face, aku tak... Tak mampu nak jelaskan macam mana perasaan aku macam tu. People said, all your hard work won't ever fail you. However, my hard work failed me... And it's really disappointing."
Tirai emosi Ellia yang akhirnya terbuka menyingkapkan lukanya meruntun sanubari Airika. Nyatanya, realiti memang sebegini, bukan? Tatkala hati enggan meletakkan beban kesalahan di atas bahu orang lain, yang akan menjadi bahu untuk menggalas beban tersebut semestinya adalah bahu diri sendiri. Heartbreaking, isn't it?
"As much as I try to let go, the pain just won't fade away."
"I'm sorry..."
Ucapan itu sekali lagi terluah. Airika menjatuhkan wajahnya, memandang lantai yang dilapisi jubin putih berkilat itu.
Pada kenyataannya, sepertimana Ellia kecewa, begitulah juga perasaan Airika. Sekiranya dia jujur dengan Ellia dan tidak membuat andaian sendiri, mungkin tragedi yang menimpa sepupunya itu tidak akan berlaku. Sekarang ini, dia meminta Ellia menyertai PQ Qualification Match demi menebus kesilapannya. Tetapi, dia baru sedar... Siapa dia dan apa haknya untuk meminta Ellia melakukan hal itu? Selepas insiden tempoh hari, bagaimana boleh dia dengan tidak tahu malunya mengajukan permintaan tersebut kepada Ellia?
She was one of the culprits behind the tragedy that befallen Ellia. So, how come she has the nerve to even ask her to do anything now?
"Aku tak patut minta apa-apa daripada kau... Aku tak ada kelayakan tu. Kau berhak buat keputusan sendiri... Grace, aku... Aku..."
Bergetar hebat tubuh dan nada Airika. Beginikah rasanya bila diri merupakan seorang pesalah? Waima tidak dikenakan hukuman dan dimaafkan, dosa yang sudah diperbuat mana mungkin terpadam. Rasa bersalah tetap bertempat di jiwa, sesal masih menghukum batin.
"Aira... Pandang aku."
Dalam kabur, cahaya redup mata Ellia yang terselindung berbagai emosi mengunci pandangan Airika. Menyaksikan itu, dia terpaku. Suatu fakta hadir di laman sukmanya, mendeklarasikan bahawa Ellia sememangnya berjiwa tegar.
Such a pair of eyes enveloped with various emotions, they just prove how strong someone has been in their life. Those eyes really speak, in a language only some people could understand. It's the language of those with broken hearts.
"Aku dah cakap, aku mampu terima dan ikhlaskan semuanya yang dah berlaku sebelum ni. Tu bermakna yang aku tak salahkan kau, Aira... Aku sakit sebab diri aku sendiri. Bukan orang lain, tapi aku. I expected too much from myself... Sebab tu, aku rasa sakit macam ni. Aku yang berfikir semuanya akan okey aje kalau aku rahsiakan perkara sebenar daripada semua orang selama ni... Aku yang berfikir aku boleh sembunyikan hakikat tu daripada semua orang sampai ke akhirnya... Aku betul-betul ingat yang aku mampu sertai IGCC sebelum semuanya terbongkar... But it turned out wrong, just like how it was when I thought the third evaluation during that art competition would be all fine. Sekali lagi, aku buat kesilapan tu... Berfikir yang semuanya akan sentiasa baik-baik aje sedangkan aku tak mampu nampak masa depan. Aku yang tak pernah bersedia awal-awal untuk berdepan ujian mendadak, sebab tu aku asyik sakit sendiri. So, don't blame yourself, it's been my fault... It's always been so."
Pecah empangan yang sedari tadi Airika tahan kala bicara Ellia itu selesai. Kepalanya digeleng rakus, tidak terima dengan pernyataan yang Ellia keluarkan.
"Why? Why would you think it's your fault? Kalau bukan sebab orang lain, kau takkan berdepan semua masalah tu. It's because of others that you always ended up hurting yourself."
Ellia melorek senyum segaris. "At first, we always came to that conclusion... Yang orang lain adalah pesalah sebenar dalam masalah yang kita hadapi. Tapi, kenyataannya... Bila kita fikir sampai ke dasarnya, kita mesti akan dapat nampak kesilapan kita sendiri. Aira, kau tahu, dalam satu masalah... Sentiasa ada dua sisi yang terlibat. Diri kita sendiri dan pihak yang bagi kita masalah tu. Kita sentiasa salahkan pihak yang bagi kita masalah, tapi masalah tu takkan mungkin wujud kalau kita tak buat silap. Do you get me? Itu maknanya, dalam satu masalah, in a part or two, we clearly made some mistakes. Sometimes, they were so small that we can't notice them. But when we finish connecting the dots, we'll definitely see how all the small mistakes do their part in the problem. Jadi, segalanya berpunca daripada diri kita sendiri. What we do, how we react... Terlampau banyak faktor yang menyebabkan kita buat silap. That's why troubles usually become our friends."
Mendengar dan mencerna baik semua yang Ellia sampaikan, Airika seolah tertampar dengan bait bicaranya itu. Dia mengesat air matanya sambil memandang tepat ke dalam anak mata Ellia.
"I get you now... But, ayat terakhir kau tu... Was that a song reference?"
"You tell me." Ellia melirik wajah Airika seraya bibir ditarik membentuk sengihan.
"It must be a song reference then. Mmm... Jadi, keputusan kau... Kau tak nak ambil bahagian kali ni?"
Senyap Ellia mengumpul seribu tanda tanya dalam benak Airika. Mengapa Ellia mendiamkan diri? Mungkinkah fikiran Ellia masih bercelaru lagi dan pendiriannya kian goyah kini?
"Iβ"
Ting!
Ting!
Bunyi pesanan masuk daripada kedua-dua telefon Airika dan Ellia menyebabkan mereka berdua terus mengakhiri perbualan. Mereka saling bergegas mendapatkan telefon masing-masing.
Bilamana mereka siap membaca pesanan yang masuk itu, kedua-duanya lantas bertatapan dengan riak yang tidak percaya. Biar betul?
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
"Memandangkan kamu semua dah ada di sini sekarang. jadi dah tiba masanya untuk grandpa buat pengumuman rasmi sepertimana yang grandpa bagitahu dalam group chat tadi."
Airika, Ellia, Evangeline, L, Sun dan para sepupu mereka yang lain tidak berbunyi sama sekali semasa Blake membuat ucapannya itu. Pandangan tajam Blake terasa cukup melemaskan dan melelahkan bagi mereka semua. Hesy, grandpa mereka itu memang terlampau dingin sampaikan mereka boleh terganggu waima dia cuma memandang sahaja!
"Grandpa ambil banyak masa untuk fikir siapa yang patut jadi Honored Grandchildren kali ni. Dan selepas buat banyak pertimbangan ditambah dengan usul-usul para shareholders utama perusahaan Lawrence, grandpa buat keputusan untuk pilih Eva sebagai Honored Granddaughter yang baru."
"Why her?"
"Grandpa, she's an outsider!"
"Orang yang boleh jadi Honored Grandchildren mesti berdarah Lawrence. Dan dia bukan Lawrence!"
"Grandpa, you're being unfair!"
"Eva tak berkelayakan untuk jadi Honored Granddaughter, grandpa!"
"Please reconsider your decision."
"Grandpa... Walaupun dia anak tiri uncle Brendan, dia tetap bukan Lawrence. Lagipun, apa yang dia boleh buat untuk syarikat?"
"Selama bertahun-tahun, Honored Grandchildren yang dipilih semuanya berdarah Lawrence asli. Kalau grandpa pilih Eva sebagai Honored Granddaughter yang terkini, won't you be breaking the tradition?"
Keadaan di ruang berkumpul itu mula riuh dengan bunyi bantahan yang secara jelasnya menentang penganugerahan gelaran Honored Granddaughter kepada Evangeline. Pada masa ini, hanya Airika, Ellia, L, dan Sun tidak bersuara. Oh ya, Evangeline juga menyepi cuma.
Dalam diam, Ellia rasa kasihan pula dengan Evangeline. Penentangan berterusan sepupu-sepupunya terhadap keputusan Blake itu tentu sekali sangat tidak sedap didengar oleh si empunya badan yang dipertikaikan sebagai Lawrence tersebut. Tidak mampu dia duga bagaimana rasanya berada di posisi Evangeline dalam situasi ini. Pasti sulit untuk menahan rasa hati yang bergelojak di dada!
"Everyone, enough!"
Memetir suara Blake kedengaran. Automatik keadaan yang tadinya ribut kala ini bertukar menjadi sehening tanah perkuburan!
"Ini bukan perbincangan. Ini pengumuman, dan grandpa takkan ubah keputusan grandpa tak kira apa sekalipun yang kamu semua cakap. Dengar sini... The moment Eva stepped inside Roseaviene Mansion as Brendan's stepdaughter, she's already a Lawrence! Dan selama ni, Eva dah bantu syarikat dengan menyumbangkan idea untuk pelbagai projek. Many shareholders have approved of her being the new Honored Granddaughter too. Grandpa rasa, tradisi lama patut digantikan sekarang. And it shall begin with Eva."
Ellia mencuri pandang ke arah semua orang yang ada di ruangan tersebut, ingin melihat jikalau ada sesiapa lagi yang berani bersuara. Namun nampaknya, tiada sudah yang punya keberanian hendak mengeluarkan hujah bantahan.
Nafas ditarik lalu dihembusnya perlahan. Rasa gemuruh yang menebal dalam diri ditolak ke tepi seusai dia berdiri daripada duduknya.
Tajamnya renungan Blake sempat mengocak sejenak ketenangan Ellia, tetapi mujurlah dia mahir mengembalikan semula rasa tenangnya. Dengan tatapan hormat, dia membalas renungan setajam mata pisau itu.
"Have you got any objection, Sofie Gracellia?" Dingin sekali intonasi Blake meluahkan soalan itu.
Ellia cukup sedar grandpanya itu masih tidak puas hati dengan tindakannya yang melarikan diri dari Roseaviene Mansion sebelum ini. Meskipun tidak disuarakan, dia bukannya buta untuk mengesan hal tersebut. Dia yakin, jika bukan kerana pengumuman rasmi ini, Blake tidak mungkin akan memanggilnya datang ke sini. Ketidaksenangan hati Blake pada dirinya kian bertambah, dan dia tidak mampu berbuat apa-apa soal itu. Dia cuma boleh menerimanya, mengerti bahawa dia tidak akan memenuhi standard yang Blake tetapkan sampai bila-bila.
"Grandpa kata, grandpa rasa tradisi lama patut digantikan sekarang ni, kan?"
Blake memeluk tubuhnya. "And so?"
"Ellia pun ada pendapat yang sama. However, idea pengubahan tradisi lama yang Ellia fikirkan adalah berbeza dengan idea grandpa."
"Maksud kamu?"
Liur diteguk pahit oleh Ellia. Matanya kemudian dililaukan ke serata ruangan itu, menganalisis setiap wajah-wajah yang ada di situ. Dapat dia nampak raut kebingungan dan kekeliruan yang terpeta pada wajah para sepupu dan adik-adiknya. Ya, sudah tentulah mereka bingung dan keliru kerana tiada seorang pun yang tahu apa idea yang ada dalam mindanya.
"Sejak dari awal, tradisi Honored Grandchildren dah diwujudkan dalam keluarga Lawrence. Sejujurnya, bagi Ellia, tradisi ni sangat tak adil. It's not only to me, but also to everyone in this room except for you, grandpa. Siapa yang dapat gelaran Honored Grandchildren akan menjadi cucu kehormat, patut dihormati dan diagung-agungkan. Tapi, grandpa... Macam mana dengan cucu-cucu yang lain? Don't they deserve the same amount of respect? We're all humans, we ain't saints nor are we some kind of powerful living beings. Jadi... Kami semua patut terima layanan yang sama rata, kan? Everyone is equal to one another in terms of being a human. Kami semua ada sesuatu yang orang lain tak ada, we are our own self. That's why this tradition is so unfair. Therefore, Ellia nak minta grandpa... Hapuskan tradisi ni, dan bukannya setakat ubah cara tradisi ni dilakukan. Let there be fairness for if there's no fairness, everyone would never be satisfied with their possessions."
Sepi menyelimuti seisi ruangan itu selepas Ellia menyudahkan bicaranya. Bervariasi reaksi Ellia lihat bila dia memandang sepintas lalu ke arah semua orang. Ada yang tidak percaya, ada yang berfikir mereka salah dengar, ada yang berbisik-bisik dengan satu sama lain, ada yang bersedia mendengar tengkingan Blake, ada yang menatap simpati kepada dirinya dan ada yang melihatnya dengan mata berbintang.
"Hapuskan tradisi ni? And what makes you think that I will agree to that?" duga Blake. Riak wajahnya kekal tidak berkocak, membuat Ellia tertanya-tanya apa pandangan sebenar Blake mengenai ucapannya itu.
"Ellia tahu,
You are reading the story above: TeenFic.Net