SELIMUT kapas bersaiz kecil Ellia lilitkan pada tubuh Airika sementara sepupunya itu begitu asyik merenung langit malam. Risau dia kalau-kalau Airika masuk angin!
"Haih... Kenapalah kau suruh aku yang stay untuk jaga kau?"
Airika memalingkan wajahnya ke sisi. Senyum senget terlukis pada wajahnya yang kini jauh lebih berseri berbanding pagi tadi itu.
"Kenapa? Meluat eh nak jaga orang sakit?"
"Eee, mulut kau ni, kan!" Ellia bercekak pinggang. "Bukan macam tu lah... Weh! Kau tak nampak ke macam mana daddy kau dengan Claude pandang aku sebelum ni? Takkan kau tak sedar yang diaorang berharap kau akan pilih diaorang untuk jaga kau di sini?"
Terkenang kembali detik cemas Ellia sebelum kepulangan Brendan dan Claude tadi, terus terburai gelak Airika.
Ellia menayang muka pasrah. "Lawak sangat ke bagi kau?"
"Sorry... Tapi, aku terhibur tengok kau bersikap macam tu. Ah, err, have a good rest, uncle... Claude, kau pun sama juga... Err, ha... Ha... Ha... Erm, I... I... Pffttt!"
Tertawa lagi Airika selepas mengajuk gaya percakapan Ellia sebelum ini. Tiada rasa bersalah langsung yang singgah di hatinya waima dia merupakan punca utama mengapa Ellia berbicara dengan cara sedemikian.
"Ehem, okey... Serious talk now. Grace, sorry kalau tu buat kau rasa tak selesa. Tapi, aku minta kau yang jaga aku malam ni sebab aku masih nak bincangkan sesuatu dengan kau... Of course, it's something yang aku tak boleh nak simply discuss dengan sesiapa aje selagi aku belum pasti."
Kening Ellia naik sedikit. Bila Airika berubah daripada seseorang yang gelak tidak ingat dunia kepada seseorang yang serius dalam sekelip mata seperti ini, dia tahu benar bahawa Airika sungguh-sungguh mahu bercakap pasal suatu hal serius.
"Apa dia benda yang kau nak discuss tu?"
"Erm, macam ni... Sebelum aku kena kurung oleh Si Kylie tu, aku sebenarnya berada di rumah lama aku. Kau ingat rumah tu, kan?"
Ellia menganggukkan kepalanya. "How weird... Habis tu, macam mana pulaโ Erm, alright, continue."
Cepat-cepat Ellia mengurung niatnya untuk bertanyakan soalan itu kala tersedar itulah yang akan Airika jelaskan sebentar lagi. Dilihatnya Airika tersenyum nipis saat dia memutuskan agar tidak menghabiskan soalan tersebut.
"Aku perasan yang dekat area tu, cuma ada satu kenderaan lain aje selain kereta aku. And it was a black motorcycle without its rider... Mulanya, aku tak adalah curiga atau risau dengan motosikal tu since I thought daddy would be in the villa... Dan mungkin juga, penunggang motosikal tu cuma buat lawatan atau tersesat aje dekat kawasan tu. Tapi bila aku sedar yang daddy tak ada di situ, aku pun mula risau. Yalah, kawasan tu kawasan terpencil kut... Macam tak logik pula kalau orang nak buat lawatan atau sesat sampai boleh masuk situ sedangkan jalan ke kawasan tu bukannya jalan yang orang akan jumpa dengan mudah. Just when I was about to get in the car again, tiba-tiba aje kepala aku kena pukul. Masa aku sedar semula, aku dah ada di apartmen Kylie... This was really out of my expectation. But this wasn't something yang aku langsung tak boleh terimalah... Sebab sejujurnya, aku dah rasa pelik masa daddy chat aku dan suruh aku datang ke rumah tu. Like he never seemed to have the intention of going back there before... So to have him asking me to go there, it's really so not him."
Penjelasan Airika itu membuatkan Ellia memandangnya dengan rasa bingung.
"Kau dah cakap dengan uncle pasal ni?"
Airika menggaru kepalanya, dan hal itu agak terlihat canggung pada pandangan Ellia. Sangat bukan gaya Airika yang selama ini terkenal sebagai suatu persona yang yakin berbicara!
"I didn't tell him about this sebab aku tak nak daddy risau dan sibuk nak cari tahu siapa yang chat aku masa tu. Aku cuma ajukan a few tricky questions kepada dia untuk tahu sama ada dia ada niat nak jumpa aku dekat rumah lama kitorang tu ataupun tak, and I got to know that he really had no intention of returning there. Maknanya, memang bukan daddylah orangnya yang chat aku masa tu."
"Even though I'm sort of disagreeing with this decision of yours, tapi aku boleh faham kenapa kau tak bagitahu uncle... Sebab kalau aku yang ada dekat posisi kau pun, aku mesti akan buat benda yang sama. Well, we're both the type that dislikes making people worrying about us. So, I can relate to you."
Airika tersenyum nipis. Dia tahu, Ellia adalah orang yang tepat untuk dia menceritakan masalahnya. Sepupunya itu memang sentiasa menjadi karakter yang memahami orang lain.
"Daddy meluah dekat aku yang selama aku menghilang baru-baru ni, dia cuma bekerja dari rumah aje... Jadi, aku rasa orang yang chat aku masa tu adalah 'orang rumah' aku sendiri."
Dagu diketuk-ketuk sambil minda Ellia ligat berfikir. 'Orang rumah' ya?
"Perlu ke fikir sampai macam tu sekali? Macam over aje aku tengok kau ni..." Airika memutarkan bola matanya.
"Apanya yang over? Benda ni kena fikir elok-elok, tahu?" bidas Ellia, tidak terima 'fitnah' itu. Heh, fitnahlah kononnya!
"Aku tahulah, Grace... Kau tak berkenan dengan Eva, kan? I never missed all your expressions on her all these years, alright? Tak kira macam mana kau palsukan ekspresi kau, your eyes let me know the truth everytime."
Ellia tersengih penuh makna. Sepertinya, meskipun hubungan mereka berubah janggal selama beberapa tahun ini, mereka tidak pernah lupa memerhatikan satu sama lain dalam diam.
Indeed, a strong bond is never truly broken.
"Fine, fine, fine... Ya, aku memang tak berkenan dengan Eva. Aku tak tahu kenapa... Tapi, aku sentiasa rasa macam ada yang tak kena dengan dia. Whenever she smile genuinely, I've always felt like she's pouring out poison from her mouth. Dan dia cuma bahasakan aku kakak bila keluarga besar kita berkumpul... Kalau cuma dengan cousins or there's only us both, dia mesti akan guna panggilan aku-kau."
Airika menjongket kening dengan tangannya memeluk tubuh. "So, you want her to 'sis' you?"
"What kind of conclusion is that?"
"Ni bukan conclusion. Aku cuma nak tahu aje... Do you want her to 'sis' you so bad?"
Ellia menggeleng-gelengkan kepalanya. "Look, I don't mind if she doesn't 'sis' me. Aku cuma rasa macam it's too insincere bila dia panggil aku kakak selama ni."
"Gosh... Aku tak expect sisi kau yang macam ni. So, you could dislike someone this way, ayy?"
Selamba sahaja Ellia mengangkat bahu. "I never said I was an angel."
Respons Ellia itu menyebabkan Airika memandang kagum terhadapnya. Semakin sarkastik Ellia dirasakannya sekarang ini!
"Hmm, that's a good reply... Apa-apa sekalipun, rasanya tak perlu kut kita fikirkan sangat pasal siapa yang hantar chat tu. Tak lama lagi, mesti kita akan tahu juga kebenarannya. Right now, aku nak bercakap pasal VGC dan VRS."
Tidak menjangkakan topik mereka akan berubah 180 darjah sebegitu rupa, Ellia terkebil-kebil memandang Airika. Sudah mengapa pula Airika ingin bercakap tentang VGC dan VRS?
"Ya, aku tahu kau bingung kenapa aku tiba-tiba bangkitkan isu ni. Tapi, kan... Grace, to be frank, aku dah lama perhatikan cara VGC rekrut orang baru. Dan aku bagi perhatian dekat semua players yang diaorang sasarkan, termasuklah Siea. Sebelum ni, aku tak pernah tengok pihak VGC layan players lain dengan cara yang sama diaorang layan kau. You see, even though they are infamously known as brutal dark players, they have always toned it down a bit. I don't know how to describe it, tapi diaorang selama ni tak pernah hancurkan karakter players lain seperti diaorang hancurkan karakter Aelice. Setiap kali diaorang tumpaskan mana-mana player, diaorang mesti akan tinggalkan pesanan dekat player tu yang kalau diaorang nak jadi lebih kuat, they shall come to VGC. Yet when it came to you, diaorang terus aktifkan mod pemusnah. Macam diaorang tak nak langsung kau ada dalam VRS..."
"I don't get it..."
"Setahu akulah, kan... The elite queen of VGC, Lily, dia tu salah seorang calon PQ of VRS yang paling kuat dan ramai yang cakap dia boleh jadi Queen baru dalam VRS. Aku ada dengar juga yang dia tu agak controlling orangnya... Sampaikan semua orang dekat VGC dengar cakap dia. I could feel that she's aiming the Queen title... Dan aku rasa dialah penyebab kenapa pihak VGC bagi treatments macam tu dekat karakter Aelice. Back then, she seemed to take you very seriously and was determined to make you give up early on VRS that she ruined Aelice so brutally. She must be taking you as one of her ultimate opponents."
Terkedu Ellia dibuatnya. Dia agak tersentak tika tangannya dicapai Airika.
"Let me be honest, Grace... Lily already noticed how you're a rare diamond in VRS sejak dia bagi perhatian pada perkembangan kau. So, untuk elakkan kau jadi lebih hebat, dia buat keputusan nak hancurkan kau sampai kau nak give up dalam VRS. Tapi, dia dah buat silap besar... Bila dia putuskan untuk hancurkan kau, dia tak sedar yang dia dah buka peluang untuk kau dapatkan sayap baru yang lebih hebat daripada sayap asal kau. She did cut your old wings, but that just allowed you to grow a new pair of wings. Kau jadi makin hebat sejak dia hancurkan kau... Masa mula-mula kita berjumpa di Grand Event, aku pun terus dapat rasa macam mana hebatnya kau cuma dengan words yang kau bagi aku masa tu. Aku memang tak tahu that it was you back then... But even so, I admit it. You're such a rare diamond in VRS. Dan kalau kau minta kejujuran aku tentang apa pendapat aku bila aku mula-mula tahu kaulah Siea, I'll tell you... Aku sokong kau, Siea. Sangat-sangat sokong kau. Jangan berhenti main VRS sebab kau ada sepasang sayap yang cuma kau seorang aje boleh miliki dalam VRS. I'm really sorry for all the words I've said to you before... I never meant them. What I'm telling you now is my genuine feeling, and it's also what I wanted you to hear instead of all the nonsense I've said back then."
"Aira... Thank you so much." Bergenang air mata Ellia mendengar kata-kata tulus Airika itu.
Airika menguntum senyuman hangat. "No, don't thank me. It's unnecessary. Memang inilah apa yang aku nak cakap masa tu sebenarnya, tapi aku cakap benda lain pula... Anyway, let's not dwell on the past. Ellia, aku nak sangat tebus kesilapanโ"
"Bukan ke kau dah tebus kesilapan kau dengan memudahkan aku larikan diri dari Roseaviene Mansion?" cantas Ellia.
"Kau tahu?"
"Erm... Lepas aku kerah otak berfikir guard tu sebenarnya bersekongkol dengan siapa, aku akhirnya sedar kaulah orangnya yang minta aku dipindahkan ke bilik yang ada laluan rahsia tu. Tapi, macam mana kau dapat tahu pasal that secret passage?"
"Mommy dulu suka sangat cerita dekat aku how she looked up to aunty for her youth spirit. Dia bagitahu aku macam-macam pasal aunty dan dia pernah dedahkan rahsia pasal bilik tak ada balkoni tu... That's how I got to know about it."
"I see. Then, kau memang sengaja minta daddy kau bagitahu parents aku yang aku kena kurung ke?"
"Daddy bagitahu kau ke?"
"Indirectly... Mama dengan papa aku yang sampaikan hal ni dekat aku lepas uncle dedahkan kau yang minta dia bagitahu diaorang pasal aku kena kurung di Roseaviene Mansion."
Nafas dihela perlahan sebelum Airika menganggukkan kepalanya. "Well, I know your parents will definitely succeed on getting you out of that 'jail'... Sebab tu lah, aku minta daddy bocorkan dekat diaorang yang kau kena kurung. Tapi, tak kira apa sekalipun, aku tak rasa kesilapan aku dah ditebus sepenuhnya dengan bantuan kecil ni. Because you still didn't manage to join the IGCC..."
Ellia menepuk-nepuk bahu Airika, berharap gadis itu berhenti menyalahkan diri sendiri. "It's alright. Maybe belum masanya lagi untuk aku join IGCC..."
Terpana dia saat Airika mendadak menggeleng rakus. Apa yang lebih di luar jangkaannya adalah tatapan Airika terhadapnya yang penuh dengan kesungguhan murninya itu.
"Tak. Kau masih boleh sertai IGCC."
"Apa yang kau cakap ni, Aira oii? Jangan nak berguraulah... Perlawanan rasmi, kan dah mula."
"There's another one, Grace. The PQ Qualification Match hasn't even been held, remember?"
Ellia mahu membuka mulutnya, tetapi suaranya seolah terkunci di kerongkong. Debaran yang mengasak dada membuat dia cukup tidak senang duduk.
Airika menggenggam erat tangan Ellia. "Yes, Sofie Gracellia. Kau bolehโ No! Aku nak kau ikut perlawanan rasmi untuk jadi PQ of VRS. Don't miss this one. I beg you, please?"
Membeku Ellia di posisinya. Sebetulnya, dia tidak menjangkakan perbualan mereka pada malam ini akan berhujung dengan topik tersebut. What a long night conversation though...
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Excited seorang-seorang HAHAHAHA~~ Apa-apa ajelah... By the way, I love Airika punya cara untuk pastikan Ellia join IGCC yang special untuk PQ tu. Paksaan, LOL--๐๐๐
Before the bye, Yna nak minta maaf kalau chapter ni messy HUHUHUHU... Abaikanlah yang tak masuk akal tu, okey? Dan kalau ada apa-apa yang korang tak faham, just comment.
โฟปเฏ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐๐๐ เฏโฟป
i) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ณ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ โง โ
You are reading the story above: TeenFic.Net