KEDATANGAN mengejut Brendan ke vila peribadi keluarga Ellia pada tengah hari itu menyebabkan Blair dan Sienna meminta Ellia menukar tempat perbincangannya dengan rakan-rakannya.
Mengerti yang orang tuanya ingin berbincang secara peribadi dengan Brendan di ruang tamu, Ellia membawa semua rakannya ke bilik bacaan setelah selesai menjamu selera.
"So... Apa yang kakak nak bincangkan?" soal Sun dengan tidak sabar. Dia amat yakin yang Ellia mengajak CA, Crowner, Empire dan Rel bertemu bukan cuma untuk berterima kasih semata-mata.
Ellia tersenyum nipis. "Selepas kakak hilang dari hidup Sun untuk beberapa hari ni, nampaknya Sun dah jadi makin peka. Mungkin lepas niβ"
"Tak nak! Tak nak pisah dengan kakak lagi dah! Semua orang asyik buli Sun bila kakak tak ada, tahu tak? Tak aman mental Sun selama beberapa hari ni..."
Sun terus memeluk lengan Ellia lalu melentokkan kepalanya ke bahu kakaknya itu, bermanja persis seekor kucing parsi.
"Dia mula lagi..." L memutarkan bola matanya.
"Kalau jealous, cakap," balas Sun seraya mencebikkan bibirnya.
"Okay, enough..." Ellia menggeleng-gelengkan sahaja kepalanya.
Tidak berapa lama kemudian, dia berdehem kecil membetulkan suaranya. "Erm... Jadi, sebenarnya... Aku memang bukan saja-saja aje ajak korang berjumpa dekat sini. Well, aside from wanting to say thanks to you guys, aku juga nak cakap pasal Airika."
Automatik wajah-wajah yang sebelum ini ceria bertukar kelat. Sun yang tadinya bermanja dengan Ellia juga kini melepaskan tangan kakaknya itu. Dia berdiri dengan tangannya disilang ke dada sementara L pula hanya memaparkan raut tanpa emosinya.
Ellia mengeluh melihatkan hal itu. "Claude, Hoshi, Ingrid dan Zaire... Korang rapat dengan Airika, kan?"
Ahli-ahli Empire diam, tidak memberikan respons kepada soalan mudah tersebut. Entah malas atau enggan menjawab, tiada seorang pun yang boleh membaca fikiran mereka.
"Aku tahu korang kecewa dekat dia. Tapi, korang yakin ke dialah punca aku kena kurung oleh grandma dan grandpa aku?"
"Kalau bukan dia, siapa lagi? Dia pun mengaku yang diri dia tu bersalah." Ingrid bersuara keras.
"Jujur, aku dah periksa akaun VRS aku... Tak ada langsung kesan kena view oleh pihak lain selain daripada aku. Korang pun tahu, kan? VRS akan sentiasa bagi notis amaran kalau ada sumber luar yang view akaun kita menggunakan web haram. Tapi, tak ada... Dan semua bukti-bukti yang menunjukkan aku adalah Siea hari tu, it's not something yang Airika boleh dapat dengan mudah. Ada benda-benda private dekat akaun aku yang cuma aku seorang tahu tapi ada pada dia. Just how did she get it if she didn't view my account?"
"Jadi?" L menjongket keningnya.
"Honestly speaking, I've had my doubts since the time it was revealed that Airika was the one yang dah bocorkan identiti aku kepada my grandparents... Aku dapat rasa yang dia tak bersalah, tapi dia sembunyikan sesuatu. And just yesterday, lepas video pasal dia rosakkan lukisan aku tu jadi viral, aku mula terfikir yang mungkin itulah sebabnya."
Menyedari mereka semua mula tertarik untuk mendengar penjelasannya dengan hati yang lebih terbuka, Ellia akhirnya mampu bernafas lega.
"Tapi, pasal lukisan tu... Kau tak marahkan dia ke?" duga Zaire.
"Pfft... Childish betul aku kalau aku memang simpan dendam hanya sebab lukisan tu."
Ellia meneruskan bicaranya memandangkan tiada sesiapa yang ingin mengutarakan sebarang isu lain. "Aku tak pasti kalau korang semua tahu pasal benda ni... Tapi sejujurnya, hubungan aku dengan Airika sebelum ni sangat renggang. Err... Actually, masa mommy dia masih ada dulu, kitorang boleh dikatakan rapat juga. But time flew by and we grew up quite too quick... A lot of pressure from here and there, then we just drew a line to keep ourselves apart from each other. Kitorang baru mula berbaik baru-baru ni, dan masih dalam proses adapting to each other lagi... Mungkin dia risau hubungan kitorang akan rosak bila aku dapat tahu pasal apa yang sebenarnya berlaku masa pertandingan tu, that she was the one who ruined my painting."
"Tapi, bukan ke apa yang dah jadi sekarang ni jauh lebih buruk lagi?" Dingin Alex melontar bicara.
"Betul tu!" Hope menyokong pernyataan tersebut.
"Dengan berpura-pura dialah orang yang dah bocorkan identiti kau kepada your grandparents, bukan ke itu pun merosakkan hubungan korang juga?" Dan tergeleng-geleng kepala memikirkan betapa tidak masuk akalnya perkara itu.
"Exactly. Aku rasa benda ni lebih merosakkan hubungan korang berbanding apa yang dia buat kepada lukisan kau tu," kata Yuki.
"Truly ridiculous no matter how I think about it," keluh Eli.
"Just where did she get the idea that you would be so mad if you learn about what truly happened during that competition?" Rel mendengus kecil.
Anehnya, Ellia seakan mengerti mengapa Airika bertindak sedemikian. Dia tersenyum pahit.
"Selama bertahun-tahun, orang yang jadi kawan Airika cumalah korang berempat. Airika anak tunggal, dan walaupun dia ada Eva, I could tell that she doesn't feel comfortable with her. Antara semua sepupu dia, aku rasa, satu-satunya sepupu yang dia pernah rapat cuma aku seorang. Tapi, hubungan kitorang baru nak pulih. Jadi, tak mungkin dia berani ambil risiko untuk dedahkan kesalahan dia macam tu aje. Lagipun, siapa antara kita yang tahu kalau-kalau dia diugut seseorang? Airika... Dia sentiasa rasa keseorangan bila dia bersendirian. So kalau dia diugut yang kononnya semua kawan dia akan tinggalkan dia if dia tak dengar arahan daripada tukang ugut tu, aku yakin Airika akan hilang rationality dia untuk seketika. But in just a moment where her rationality left herself, anything can happen."
Ellia memandang satu-persatu wajah di ruangan tersebut sebelum kehairanan sendiri. Mengapa mereka semua melihatnya dengan riak seperti terkejut?
Hoshi memandang wajah Ellia tanpa berkelip. "Kau memang biasanya fikir mendalam macam ni ke?"
Tersentak sejenak, perlahan-lahan Ellia mengangguk, tanda mengiyakan.
"This was also how you think about CL's issue back then?" tanya Rel pula.
Sekali lagi, Ellia mengangguk.
"Kalau nak faham sesuatu isu, we need to go into the details. Bukan cuma berfikir sebagai pihak luar, tapi cuba fikir sebagai pihak dalaman juga. I mean, letakkan diri as the one yang terlibat dalam satu isu tu. Barulah semua benda akan jadi lebih jelas, dan kita akan lebih faham macam mana orang lain berfikir. Why they did what they did? Why they said what they said? It's all deductions and logics, with a touch of fair observation," jelasnya dengan tenang.
"Oh ya, aku baru teringat... Kalau tak silap aku, aku ada terdengar seorang guard tu berbual dengan seseorang on the phone. Dan atas arahan seseorang tu lah, aku dipindahkan ke bilik yang ada laluan rahsia tu. Aku dah verify dengan parents aku tadi, dan aku dapat tahu bukan diaorang yang arahkan aku dipindahkan ke bilik tu. Malah, perpindahan aku ke bilik tu pun cuma a few guards yang tahu. Also, my parents said, daddy Airika yang notified diaorang tentang isu aku dikurung di Roseaviene Mansion. L dan Sun pula bagitahu aku yang diaorang dikhabarkan tentang perpindahan aku ke bilik tu oleh seorang guard. Seingat aku, itu jugalah guard yang pindahkan aku ke bilik tu. Now that I think about all these things, rasanya ada seseorang lagi yang dah turut membantu aku lepaskan diri dari 'penjara' tu dalam diam."
Lenyap sudah kosa kata semua orang di ruangan itu. Takkanlah...
"Is it possible..." Ragu-ragu Claude ingin membuat telahan.
"Apa-apa sekalipun, semua ni cuma tekaan selama kita tak tahu perkara sebenar. Jadi, kita patut jumpa Airika dulu untuk clear all the misunderstanding. So, ada sesiapa dekat sini yang masih berhubung dengan Airika ke?"
Keheningan yang melanda membuatkan Ellia menghela nafas berat. Nampaknya, mereka semua memang memutuskan hubungan terus dengan Airika selepas isu yang terjadi beberapa hari lepas itu.
"A-Aku akan cuba cari dia."
Claude memberitahu sebelum meninggalkan ruangan itu dengan terburu-buru. Tidak pun menanti sesiapa membalas, dia sudah menghilang daripada pandangan semua orang di situ.
"Eh, Claude! Kau nak cari dia dekat mana?"
Soalan Zaire itu sama sekali tidak mendapat jawapan daripada Claude. Maklumlah, orang yang ditanya itu sudah keluar lebih awal dari bilik tersebut. Manalah dia sempat mendengar soalan yang dipertanyakan!
Ingrid menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Jadi, kita patut ikut dia ke?"
"Aku rasa, kita patut tunggu. Kalau Claude jumpa dia, Claude mesti akan notify kita nanti."
Ellia yang merasakan suasana di bilik bacaan tersebut menjadi sedikit janggal terus bingung bagaimana caranya ingin menghilangkan kejanggalan yang tiba-tiba melanda itu.
"Erm, Ellia..." CA memanggil, memadam kesunyian.
"Hah?"
"Kau memang dah lama ke belajar ride motorbike?"
Perhatian semua orang terarah kepada Ellia sebaik soalan tersebut dipertanyakan. Kelihatannya mereka semua tertarik untuk mengetahui perihal dirinya yang tidak kekok langsung menunggang motorbike.
"Dah lama jugalah... Erm, aku sebenarnya dah start belajar all the basics about motorbikes sejak sekolah rendah. Then, start belajar menunggang motorbike betul-betul masa umur aku 13 tahun."
"Really? Kenapa L dengan Sun tak tahu yang kakak boleh ride motorbike? Sejak bila kakak ada masa untuk praktis?" Bertubi-tubi L bertanya.
Sun yang berdiri di tepi abangnya itu mengangguk-angguk laksana burung belatuk. Dia pun bingung bagaimana mereka boleh terlepas pandang akan kegiatan menunggang motorbike kakak mereka itu!
"Masa tu, L dengan Sun dah mula sibuk dengan VRS. Dah jadi official members for team Crowner... Korang banyak habiskan masa dengan your team, and I spent my time learning how to ride motorbike well."
"Oh..." L dan Sun membulatkan mulut mereka. Patutlah mereka tidak tahu... Rupanya Ellia bergiat menunggang motorbike semasa mereka pun tengah sibuk dengan VRS.
"Eh, jadi motorbike tu siapa punya?"
Ellia memandang Sun dengan raut tidak percaya. "Are you for real? Masih tak sedar lagi ke? Tu motorbike mamalah."
"Hah?" Ternganga L dan Sun dibuatnya.
Mereka yang lain juga tergamam dengan pemberitahuan itu. Biar betul?
"L dan Sun tak tahu ke? Mama dulu seorang motorbike racer yang profesional before she gave up on that dream of hers to focus on the company. Kakak berlatih menunggang motorbike pun sebab mamalah... Back then, she was hoping that kakak akan dapat realisasikan impian dia yang dia tak dapat tunaikan dulu. Tapi, mama terus tak berkenan kakak menunggang motorbike lepas kakak kemalangan dekat litar a few years ago. Back then, I sustained minor injuries... Simply got some cuts and bruises. And then, mama dah tak nak bagi kakak berlatih menunggang motorbike. Dia terlampau risau yang kakak akan accident lagi..."
Dalam keadaan yang masih separa terkejut, L dan Sun tetap memasukkan jua apa yang diberitahukan oleh kakak mereka itu ke dalam akal masing-masing. Tidak hairanlah reaksi Sienna malam tadi seolah pucat semacam memerhatikan Ellia menunggang motorbike! Ternyata ada kenangan silam yang mereka berdua tidak ketahui.
"What about papa then?" L memandang Ellia dengan pandangan yang penuh rasa ingin tahu.
"Papa... Erm, papa pula pelumba kereta profesional. I mean, bekas. He gave up on his dream of being a world-class car racer much more earlier than ma... Tapi, diaorang memang dah awal-awal berkenalan dekat litar lumba tu. Well, kawasan lumba kereta dengan lumba motorbike terletak bersebelahan aje..."
"My goodness... Jadi, mama dengan papa ni memang bukan calang-calang orangnya, kan? Seorang pelumba kereta, seorang lagi pelumba motorbike... Padanlah berjodoh!" Suka benar hati Sun mempelajari kerjaya awal orang tuanya itu!
"Ehem..."
Sun menekup mulutnya bila mendengar suara deheman itu. Lambat-lambat tubuhnya diputarkan ke belakang. Sengihan comel dilemparkan. "Eh, mama..."
"Elok betul perangai tu, kan? Bergosip pasal mama dengan papa Sun sendiri eh?" Sienna bercekak pinggang.
"Ma... Bukan Sun yang mulakan. Kakak yang bocorkan semua benda."
Cepat sahaja Sun membela dirinya, mengakibatkan Ellia yang tidak bersedia mengeluarkan ayat pembelaan diri terpinga-pinga. Amboi, bagus sungguh adiknya ini!
Sienna hanya menggelengkan kepala sahaja lantas memandang ke arah Ellia. "Ellia, uncle Brendan nak bercakap dengan Ellia."
"Huh? Err, okey."
Terkelip-kelip mata Ellia. Brendan mahu bercakap dengan dirinya? Agak-agaknya, pasal apa?
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
"Ellia, uncle tahu Lana dah buat silap pada kamu. Dan jujur, sebagai daddy dia, uncle rasa bersalah dekat kamu."
Lembut sahaja tutur kata Brendan, mendamaikan hati Ellia yang mendengar. Semenjak dari dulu, Brendan memang soft-spoken orangnya. Jarang meninggikan suara, dan sentiasa tenang. Brendan bahkan jauh berbeza dengan aunties dan unclesnya yang lain. Mereka pasti akan menyindirnya setiap waktu setiap kali berbual bersama, tetapi Brendan tidak. Dia juga sosok yang penyayang. Disebabkan itu, Ellia sentiasa selesa berbual dengannya.
"Uncle... Sejujurnya, Ellia tak salahkan Aira. Walaupun dia buat silap, Ellia tahu hati dia tetap baik. Jadi, uncle janganlah rasa bersalah atas apa yang Aira dah buat."
"Ellia, kamu..."
Ellia tertunggu-tunggu akan sambungan ayat Brendan itu. Akan tetapi, dia sedar ayat itu tidak akan menemui penghujungnya bilamana Brendan melepaskan keluhan kecil.
"Tak ada apa-apalah."
"Uncle... If you have nothing to say anymore, then would you like to listen to me?"
Brendan menjongketkan keningnya. "Do you have something to say to me?"
Ellia mengangguk kecil. "Erm... Uncle, Ellia nak tahu sesuatu. Selama ni, bila uncle pandang Aira, uncle teringat pasal aunty ke?"
Raut wajah Brendan sedikit berkocak, namun laju sahaja dia membetulkan semula ekspresinya. Senyuman nipis diukirkan. "Apa maksud Ellia ni?"
"You know very well what I'm talking about, uncle. Aira nampak sama macam aunty... Betul, kan? Even I could see how much she really took after aunty."
"Kamu betul. Mereka berdua memang nampak sama."
"Tapi, mereka masih berbeza. Uncle, walaupun hubungan Ellia dengan Aira sempat renggang sebelum ni, Ellia tetap perasan macam mana layanan uncle pada dia. If I'm being honest, uncle... Uncle tak sepatutnya buat Aira macam tu. Aira kehilangan mommy dia pada usia yang sangat muda, dan adalah menjadi tanggungjawab uncle untuk memberikan dia kasih sayang yang dia perlukan. Ellia tahu, uncle kekalkan jarak daripada Aira sebab Aira terlalu mengingatkan uncle kepada aunty. I won't say I understand how that feels like, because I clearly know nothing about it. But as a daughter, Ellia tahu Aira sakit, sakit bila tak dapat rasa kasih sayang yang sepatutnya dia dapat daripada satu-satunya orang tua dia yang masih dia miliki. She needed you, and she still is. Uncle, forgive me first for being blunt... But you already lost your beloved wife, now are you really going to lose your only daughter too?"
Keras bicara itu melempang Brendan, menyebabkan dia terpempan tanpa dapat membalas. Wajah anak saudaranya itu ditenung dengan rasa yang bercampur aduk di dada.
"Uncle kena tahu, walaupun Aira tak pernah tunjuk sebarang reaksi atau mengadu dekat uncle lagi... Itu tak bermakna yang dia dah tak peduli pasal layanan uncle kepada dia. No matter how much she has grown up, she's still your child. And it's the nature of a child to be in need of love from their parents. Aira pernah mengaku dekat Ellia, uncle... Yang dia rasa dia dah tak ada home. Uncle, you know what's the deepest meaning of home, don't you? It symbolizes a place where one can return and get their healing there, it's where one may always be happy and also where they have their family. It's a safe haven."
Ellia enggan peduli sudah berapa banyak daripada bait bicaranya itu yang menoreh hati Brendan. Dia mahu Brendan sedar akan khilafnya, dan berubah menjadi lebih baik.
"And you know what's the worst? It's the fact that Aira kena tengok uncle layan Eva dengan begitu baik di depan mata dia selama bertahun-tahun sementara dia cuma dapat layanan yang acuh tak acuh aje daripada uncle. Uncle, she's hurt... Can't you see that? All these years, semua yang uncle buat dah lukakan hati dia... Tinggalkan parut yang mungkin sampai bila-bila akan terus ada pada jiwa dia."
Bergenang air mata Ellia mengatakan semua itu. Sesungguhnya, dia mengerti sekali bagaimana seksanya bila terluka parah dan mendapat parut pada jiwa.
You bleed inside, but nothing is seen on the outer side. It makes you feel helpless the moment you start bleeding because there's just no medicine to cure the wound inside of yourself. In the end, you simply let the bleeding stop on its own and let it stay as scars. But each time the scar got hit, you just have to accept how it bleeds over and over again. Like an eternal curse, it never leave the soul.
"This is a daughter's advice, uncle. Ellia tak pasti apa perasaan uncle sekarang, tapi Ellia tak menyesal dengan apa yang Ellia dah cakap. I've said what I wanted to say... So, I'll get going first. Take your time to ease your mind, uncle. Then, you decide what you want to do next."
Tiada balasan yang dia terima daripada Brendan, namun Ellia tidak ambil pusing soal itu. Apa yang penting, dia telah menyuarakan apa yang sepatutnya dia suarakan. Sama ada Brendan akan mendengar nasihatnya itu ataupun tidak, segalanya terpulang kepada unclenya itu sendiri. Sebab pada akhirnya, dalam hubungan ayah dan anak itu, dia bukannya sesiapa melainkan orang luar semata-mata.
γβ¨Ύγβ¨Ύγ
ββββββ
Makin mendekati chapter 100 ni, Yna pula yang nervous--πππ Aduh... Yna nak habiskan cerita ni sebelum chapter 100. But kenapa rasa macam masih lama lagi nak habis? HUWAAAAAππ
Apa-apa ajelah...
You are reading the story above: TeenFic.Net