RENTAK jantung Ellia berubah cepat bila mata mama dan papanya tertuju tepat kepada dirinya. Dia melepaskan keluhan di dalam hati. Hesy! Awal tadi dia sudah memasang niat mahu menyampaikan segalanya kepada Blair dan Sienna, tetapi bila waktunya sudah tiba saat ini, darah gemuruhnya datang pula.
"We're waiting, Sofie Gracellia."
Ellia menggaru pipinya. Wajah Blair lalu dipandang sambil meneguk liur. "Pa..."
"Ya?"
"Papa marah ke? Atau kecewa? Mama pula macam mana?"
Blair dan Sienna saling memandang sesama sendiri bila mendengar pertanyaan daripada Ellia itu. Raut wajah tanpa perasaan kemudian dipasangkan.
"Ellia rasa macam mana?" duga Sienna.
"Okey... Ellia tahu, mungkin mama dengan papa pun tak berapa berkenan yang Ellia jadi gamer. Tapi, Ellia... Ellia betul-betul sukakan VRS."
Pengakuan itu lahir tulus dari hati Ellia dengan harapan Blair dan Sienna akan merestui keinginannya dalam menjadi gamer. Kalau dia berkeras, sudah pastilah dia boleh menjadi gamer. Akan tetapi, tanpa restu daripada kedua orang tuanya, mana mungkin dia boleh menuntun langkah dengan lancar dalam dunia gaming. Restu mereka itu rahmat baginya, dan akan menguatkan lagi semangat dalam jiwanya. Maka, Ellia sangat mengharapkan restu daripada mereka.
"Sejak bila kamu mula main game tu? Siapa yang introduced it to you?"
Ellia tidak dapat membaca fikiran Sienna kala soalan itu dilemparkan. Jadi, dia memilih untuk jujur sahaja.
"I don't remember the date, tapi Ellia mula main game VRS selepas Ellia kemalangan tahun lalu... Erm, Ellia diperkenalkan kepada game tu oleh adik CA. Nama dia CL. Well, indirectly introduced by him..."
"Mama dengar, dia tu ex-Leader team adik-adik kamu. Was he good to you?"
"Hah? Ya, of course he was good to me."
"Kamu sukakan dia?" Blair menyerkap jarang secara mengejut.
"Sukโ Huh? Ah... Err..."
Salah tingkah Ellia dibuatnya! Dia menundukkan kepala dengan muka yang membahang menahan malu. Aduh! Mana dia mahu letak muka dia sekarang ini?
"Ohhhhhh... I see. Jadi, puteri sulung papa ni dah jadi admirer someone eh?"
"Papa!"
Blair tergelak besar. Tidak pernah-pernah lagi dia melihat reaksi Ellia yang seperti ini. Biasanya kalau diusik pun, Ellia cuma akan memasang riak cemberut atau memberikan serangan balas. Namun sekarang ini, Ellia malah bersikap malu-malu kucing dan tidak dapat membalas usikan Blair dengan bicaranya yang petah itu. Memang sahlah puterinya ini sudah terkena panahan Dewa Cinta!
"Blair, janganlah usik dia sangat... Tak tidurlah Ellia ni nanti," tegur Sienna.
Lega Ellia bila mamanya itu campur tangan. Namun, perasaan leganya berubah menjadi terkejut bilamana Sienna menggenggam tangannya. "Ma?"
"Go get some rest now. Ellia mesti dah penat, kan? Kita sambung cakap esok, okey?"
Meski penasaran akan jawapan Blair dan Sienna terhadap niatnya yang ingin bergiat dalam industri gaming, Ellia memutuskan untuk mendengar kata Sienna. Lebih baik dia berehat dulu dan berbincang dengan mereka semula pada esok hari.
"Okey... Then, good night, ma. Good night to you too, pa. Sweet dreams..."
"Erm, sweet dreams too, sweetie," balas Blair, tersenyum nipis.
Sienna pula sekadar mengangguk kecil bersama seulas senyuman terbentuk pada wajahnya. Nampak jelas yang dia juga sudah cukup penat bila melihatkan eyebag pada matanya yang begitu ketara.
Ellia menutup pintu bilik mama dan papanya itu dengan hormat selepas keluar dari situ. Terdetik rasa bersalah dan rasa bersyukur terhadap mereka berdua dalam hatinya. Rasa bersalah kerana sudah menyusahkan mereka dan rasa bersyukur sebab mereka ada di sisinya.
Dia bertekad bahawa jika Blair dan Sienna tidak bersetuju dengan keinginannya, dia akan berusaha untuk meyakinkan mereka supaya memberikan dirinya restu. Azam itu tertanam subur dalam dirinya.
She will definitely put up a fight for her dream!
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Siulan merdu burung-burung menghiasi pagi Ellia sebaik dia terbangun. Usai selesai membersihkan diri, dia terus menuju ke tingkat bawah tanpa berlengah.
Ketika dia tiba di tingkat bawah, kelihatan Blair, L, Sienna dan Sun yang sedang duduk-duduk di ruang tamu. Mereka mengucapkan selamat pagi kepadanya dengan begitu ceria, membuatkan Ellia kekok sendiri disebabkan mood mereka yang agak sedikit terlebih ceria itu.
"Uh, good morning. Nampaknya, semua orang in a good mood today... Kenapa? Ada berita gembira ke? Mama pregnant lagi eh?"
Membulat mata Sienna dek soalan terakhir Ellia itu. Blair di sisinya ketawa terbahak-bahak sahaja. Sementara itu, L dan Sun pula mengemam bibir menahan tawa.
"Sofie Gracellia, apa yang kamu fikir ni?"
"Oh, bukan eh? Ellia ingatkan mama nak bagi Ellia adik baru... Well, muka mama nampak berseri lain macamlah hari ni."
Sienna mengetap giginya. "Eee, Ellia ni! Makin nakal sekarang ni eh? Anyway, let's talk business now."
Suasana yang cepat sahaja berubah itu menyebabkan Ellia terkebil-kebil. Talk business? Ada hal penting apa yang mamanya ingin bincangkan sehingga aura ceria tadi terus berubah begitu sahaja? Mungkinkah...
"Ellia, come here." Sienna menggamit Ellia datang menghampirinya.
Ellia tanpa banyak soal terus pergi kepada mamanya itu. Walaupun begitu, dia dikejutkan dengan pelukan erat Sienna yang di luar jangkaannya. Pelukan yang bukan hanya melibatkan dirinya seorang, tetapi juga adik-adiknya.
"Mama tahu mama bukan mama yang baik... Mama sentiasa sibuk bekerja dan jarang ada masa dengan Ellia, L dan Sun. Kadang-kadang, mungkin mama sampai abaikan kamu bertiga... Tapi, kamu masih lagi sayangkan mama dan cuba faham mama walaupun mama macam ni."
Luahan sebak Sienna itu meruntun sayu hati Ellia, L dan Sun. Mereka bertiga membalas pelukan Sienna dengan penuh rasa kasih.
"Ellia, sepanjang mama dengan papa bekerja dulu... Ellia yang dah didik L dengan Sun untuk kekalkan hubungan baik dalam keluarga kecil kita ni. Ellia anak sulung, tapi Ellia tak pernah mengadu apa-apa dekat mama dan papa. Untuk apa yang Ellia dah buat sebagai kakak L dan Sun, mama hargai sangat-sangat. You have taught them a lot more than me and your pa... You have been so mature through all these years, never made any complaints and you're always responsible for your duty. Tak kiralah sebagai seorang anak, seorang cucu mahupun seorang kakak. You've been doing your best to satisfy everyone. L dengan Sun pula, kamu berdua... Mama bersyukur sebab kamu sudi dengar kata kakak kamu walaupun kamu bertiga dulunya tak rapat. Bila kamu berdua lahir, mama jadi semakin aktif bekerja dan biarkan Vanessa yang jaga kamu... Mesti kamu berdua terasa, kan? Orang yang sentiasa pujuk kamu bila kamu sedih pun adalah kakak kamu, mama tahu tu. I wasn't always there whenever you needed me... You must have resented me a lot when you were younger, right? The three of you just never said it..."
"What are you saying, ma? Ellia tak pernah salahkan mama. Ellia tahu mama bekerja untuk kesenangan keluarga kita, same goes for pa," ujar Ellia.
"Jujur, ma... L pun tak salahkan mama. Memanglah dulu L pernah terasa, tapi L tak pernah ada perasaan untuk menyalahkan mama ataupun papa. With sister who always guided me well, L belajar untuk faham kesusahan mama dan papa. L tak nak egois, dan L nak mama dengan papa tahu yang L sentiasa hargai setiap masa you both were there for me. Walaupun tak sekerap kakak, you both would still entertained me whenever you were there and during the time I needed it." L berbicara dengan jujur. Tidak sanggup rasanya dia mendengar Sienna yang seolah merendahkan darjat dirinya sendiri sebagai seorang ibu!
"Yes, ma. Sun memang salahkan mama dulu... Sangat-sangat salahkan mama dan papa sebab tak pernah ada untuk Sun. Sun anak bongsu, tapi mama dan papa macam tak pernah ada untuk Sun... And it broke my heart how you always prioritize works more than me. That's until I learned how hard life was for you and pa... Bila syarikat berdepan krisis besar masa tu, Sun nampak macam mana payahnya mama dan papa cuba selesaikan krisis tu. Sun dengar luahan mama dan papa setiap kali you both came to my room at night... Sejak tu, daripada mempersalahkan mama dan papa, Sun malah rasa bersalah. Masa tu, kakak dengan abang pun asyik bagi guidance dekat Sun supaya Sun belajar untuk terima yang mama dan papa bekerja bukan demi diri sendiri, tapi untuk kita sekeluarga. Lama-kelamaan, Sun mula terbiasa dan boleh faham you both. I truly regretted resenting you both when everything you did back then was for our family."
Jatuh bercucuran air mata Sun membuat pengakuan itu. Tersengguk-sengguk dia menangis di dalam pelukan Sienna.
Blair menyertai sesi pelukan tersebut dengan mata yang berair. Anak-anaknya itu memang permata yang tidak akan terganti sampai ke akhir nyawanya. Dia tahu benar betapa sukarnya untuk kebanyakan anak menerima orang tua yang sibuk dengan pekerjaan sehingga mengabaikan mereka. Maka, memiliki Ellia, L dan Sun sebagai anak-anak yang sangat memahami adalah suatu anugerah padanya. Mereka punya gaya matang masing-masing, dan mereka bersinar dengan cara tersendiri.
"I'm really grateful, love... That we have these three diamonds with us."
Sienna tersenyum mendengar kata-kata Blair itu manakala Ellia, L dan Sun pula mengangkat wajah memandang papa mereka.
"We're grateful to have you both as our parents too," ucap Ellia.
"Yes, mama dengan papa sentiasa cuba bagi yang terbaik untuk kami," sokong L.
"True, and you both really don't have to be sorry anymore. Kakak, abang dan Sun sendiri dah cukup faham yang mama dengan papa pikul tanggungjawab yang besar," tambah Sun.
Selepas beberapa minit mereka sekeluarga berdakapan, sesi pelukan itu berakhir.
Dengan wajah yang masih tersisa air mata, Sienna memegang bahu Ellia. Dia mengukir senyum manis buat puterinya itu.
"Jadi... Sweetie, I approve of your dream. If you want to be a gamer, then go for it. Mama mungkin tak dapat selalu ada untuk Ellia dalam perjalanan gaming Ellia... Tapi setidak-tidaknya, mama patut bagi Ellia restu, kan? Ellia sayang, mama takkan halang impian Ellia kalau impian tu boleh bahagiakan Ellia... What matters the most to me is your happiness. So long as you're happy, mama akan sentiasa restui apa sekalipun jalan yang Ellia pilih. Begitu juga dengan L dan Sun."
"Papa pun setuju dengan mama. Tak ada benda yang lebih penting di dunia ni berbanding kebahagiaan anak-anak papa dengan mama ni. We will always support the three of you, our precious diamonds. Jangan peduli apa orang lain cakap, ikut aje kata hati Ellia. L dan Sun pun sama... Just go where your heart wants to be, and always remember that our prayers will be with you."
Ellia menghamburkan tangisan kegembiraan. Kedua-dua tangan mama dan papanya digapai lalu dikucup hormat.
"Terima kasih, ma, pa... Ellia janji, Ellia akan sentiasa buat yang terbaik dalam VRS dan takkan sia-siakan restu mama dan papa ni."
Blair dan Sienna menyentuh tangan Ellia yang memegang tangan mereka itu lantas mengangguk-anggukkan kepala. Mereka tahu itu walaupun Ellia tidak menyuarakannya. Mereka percaya kepada Ellia, dan yakin yang Ellia akan senantiasa memberikan yang terbaik daripada dirinya.
L dan Sun turut senang hati melihat kegembiraan kakak mereka itu. Melihat Sun yang sudah tercebik-cebik ingin menangis, L merangkul bahu adiknya itu lalu menyandarkan kepala Sun ke bahunya.
"I'm so happy for her..." Sun berbicara perlahan dengan suara serak.
"Me too, Sun... Me too."
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Jadi, berkenaan Airika... Apa pendapat Ellia?"
Sebaik telinganya menangkap nama itu, Ellia terus memutarkan kepalanya ke sisi, memandang wajah papanya dengan riak wajah yang tiada ekspresi. Keluhan ringan dia lepaskan.
"Entahlah, pa... Ellia tahu, dia mesti ada sebab sendiri kenapa dia buat macam tu. And about the video yang tengah viral sekarang ni, Ellia memanglah terkejut bila dapat tahu dia yang rosakkan lukisan Ellia masa tu... Tapi jujur Ellia cakap, Ellia tak berdendam. Lagipun, I still got a place during the competition and we can never rewrite the past, so... Why not let bygones be bygones?"
Jawapan yang penuh unsur kematangan daripada seorang Sofie Gracellia itu menghadirkan senyum pada wajah Blair. Tidak pernah mengecewakan, pemikiran puterinya itu sentiasa jernih dan hatinya bersih daripada meletakkan kesalahan terhadap seseorang atas apa yang menimpa dirinya.
"Tapi, kakak... Don't you think she's too much? Dahlah dulu dia rosakkan lukisan kakak, sekarang dia rampas peluang kakak untuk bersinar dalam VRS pula. Takkanlah kakak tak marah langsung dekat dia?" L bersuara tidak puas hati.
"Haah... Dia tu macam tak boleh aje tengok kakak bahagia!" kutuk Sun.
"L, Sun... Apa cakap macam tu?" Sienna menegur tegas, tidak berkenan dengan cara L dan Sun yang seperti cuba menjadi batu api itu.
L dan Sun terdiam sebelum masing-masing menuturkan kata maaf. Mereka bukannya apa... Hanya sahaja, mereka tidak puas hati dengan tindakan Airika yang seolah asyik cuba meragut momen bahagia Ellia.
"Everything happen for a reason. Just because we see the surface, doesn't mean we know what's beyond it. Di luar pengetahuan kita, di luar penglihatan kita sebagai manusia biasa... Kita takkan tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku selagi kita tak selidiki sesuatu benda yang kita curigai tu. Jadi, kakak minta dengan L dan Sun... Jangan terlalu mudah menuduh dengan hanya berdasarkan apa yang L dan Sun nampak. Ingat lagi apa yang berlaku dengan CL sebelum ni, kan? Haven't you two learn your lesson?"
Teguran Ellia yang cukup mendalam itu membuat mereka berdua tersentak. Bagaimana mereka boleh alpa dengan apa yang terjadi sebelum ini? Dan kini, kembali mengulangi apa yang mereka pernah perbuat dahulu, apa beza diri mereka ketika itu dengan diri mereka yang sekarang?
Ellia mengangkat tangannya sebelum L dan Sun sempat membuka mulut. "Kakak tak nak dengar perkataan maaf keluar dari mulut kamu berdua... Apa yang kakak nak adalah L dan Sun belajar untuk tak mudah menghakimi orang lain. This world is judgemental enough, don't you think so? Jadi, jangan hanya melihat apa yang kamu putuskan untuk lihat. Tapi, perhatikan juga semua benda yang kamu pilih untuk tak lihat."
Blair dan Sienna tidak mampu tidak tersenyum dek teguran Ellia itu. Semenjak dari kecil, tegurannya sentiasa menusuk ke hati. Menyemai benih-benih kematangan dalam diri para adiknya, dan mendidik mereka dengan seelok mungkin. Dan hal ini, seorang Sofie Gracellia tidak pernah gagal melakukannya.
Setelah menghabiskan sesi tegurannya, Ellia kemudiannya memandang ke arah Blair dan Sienna. "Ma, pa..."
Blair dan Sienna menjongket kening, tertanya-tanya bila Ellia memanggil mereka.
"Boleh tak Ellia pergi jumpa dengan kawan-kawan Ellia?"
"Mestilah boleh," kata Sienna. "Ajaklah diaorang datang sini... Mama nak sediakan jamuan untuk diaorang atas pertolongan diaorang semalam."
"Oh, alright, ma..."
Blair tiba-tiba memicit dahi. "Ugh, rasa sakit kepala pula... Love, saya rasa saya tak dapโ"
"Jangan nak mengada! Awak tu saja aje nak mengelak daripada bantu saya buat kerja dapur, kan? Semalam awak kata alasan mata saya masuk habuk tu lapuk, kan? Then, today... Let me tell you something. Alasan sakit kepala awak tu pun dah terlalu lapuk, okey?"
Ellia, L dan Sun sembunyi senyum melihatkan papa mereka itu menayang raut cemberut. Haih, papa... Papa... Entah sampai bilalah alasannya untuk tidak memasuki dapur itu akan dia guna pakai.
"Love, kalau saya tolong awak dekat dapur... Awak mesti suruh saya rasa semua masakan awak. Kalau macam tu, hilanglah six pack saya ni, love oiiii... Awak tak rasa sayang ke?"
Lain macam sungguh ucapan Blair itu! Ellia, L dan Sun pula yang naik segan mendengar. Aduhai...
Memerah bagai tomato pipi Sienna. Dia pantas mengalihkan pandangannya dari wajah Blair. "A-Awak jangan mengarutlah! As-Asyik cakap yang bukan-bukan aje awak ni! Fine... Kalau awak tak nak ikut saya bekerja dekat dapur, tak apa. Biar saya seorang-seorang aje yang sibuk di dapur tu..."
Apabila Sienna berlalu dengan kadar yang pantas ke dapur, Blair pula yang tidak kuasa membiarkan wanita kesayangannya itu sendirian bertungkus-lumus di situ. Sudahnya, dia mengejar jua Sienna di dapur. Tidak mengapalah... Biar six pack hilang, janji buah hatinya itu tidak berjauh hati dengannya. Seksa dia nanti kalau Sienna merajuk!
"Makin lama, makin sweet aje Sun tengok mama dengan papa ni." Sun tertawa kecil.
"Ha, mulalah tu nak berimaginasi pasal Prince Charming dia... Sun tu masih budak kecil lagi, tahu? Jangan fikir pasal cinta-cinta bagai ni." L memberi amaran.
Ellia tergeleng-geleng kecil dengan gaya dua adiknya itu. Mulai lagi bertelingkah, nanti mesti ada seorang yang merajuk dan seorang lagi berusaha keras demi memujuk... Dia hafal benar dengan plot pergaduhan L dan Sun itu! Semuanya bermula dengan pertelingkahan kecil sebelum rajuk Sun membuat hal dan L jadi terkapai-kapai hendak memujuknya.
Namun, tatkala menyaksikan mereka bertelingkah ketika ini, tidak dapat dinafikan bahawa hatinya senang. Bukan senang kerana adik-adiknya akan bergaduh sebentar lagi, sebaliknya senang sebab dia dapat melihat mereka di hadapannya seperti ini. Begitu juga dengan kemesraan yang Blair dan Sienna tunjukkan. Ellia sangat senang memerhatikan interaksi mereka kembali.
Sungguh dia rindu keluarga kecilnya itu sepanjang dikurung sebelum ini! Walaupun baru beberapa hari dia tinggal berjauhan dengan mereka, kerinduan itu tetap ada membekas di hatinya. Jadi, kala ini, dia amat bersyukur kerana dia dapat bersama-sama dengan mereka.
She would always feel complete in their presence.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
I feel so soft~~๐ฅบโค๏ธโค๏ธโค๏ธ
Apa-apa sekalipun, dah ada happy moments untuk Ellia semula. Jadi, korang pun mesti happy juga, kan? Ke masih tak puas hati lagi ni? ๐๐
Alright, tak naklah komen panjang-panjang... So, see you on the next chap! ๐ค๐
โฟปเฏ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐๐๐ เฏโฟป
You are reading the story above: TeenFic.Net