𝟬𝟲𝟴 β€£ π™π™π™š π™π™π™§π™žπ™‘π™‘π™žπ™£π™œ π™€π™¨π™˜π™–π™₯π™š

Background color
Font
Font size
Line height

DISANGKA panas seharian, rupanya awal pagi lagi sudah ditimpa hujan. Hari ini jelas memang tidak kurang buruk daripada hari sebelumnya.

Ellia mengurut-urut sisi kepalanya sebaik menyaksikan video yang tengah viral di Internet itu. Suasana riuh yang kedengaran di tingkat bawah pastinya berlaku disebabkan video ini.

Rakaman video itu diambil pada tahun di mana dia, Airika dan Evangeline sama-sama mengambil bahagian dalam pertandingan seni ketika umur mereka 12 tahun.

Dalam pertandingan itu, Airika tidak mendapat tempat sedangkan Evangeline dan Ellia pula masing-masing menduduki tempat pertama serta tempat kedua.

Jika Ellia perlu jujur, sebenarnya ketika acara penilaian kedua, dia sebetulnya sudah hampir dinobatkan sebagai juara. Akan tetapi, peluangnya untuk menjadi juara pertandingan tersebut berubah 360 darjah semasa penilaian ketiga. Semuanya hancur berantakan dek lukisannya untuk penilaian terakhir itu dilumuri dengan pelbagai cat berbeza warna.

Dengan baki masa lebih kurang 30 minit, dia tidak punya pilihan lain selain menyediakan lukisan baharu. Tetapi disebabkan dia tidak membawa bahan pewarna, lukisannya semasa itu adalah dalam bentuk hitam putih sahaja. Yalah, ikutkan aturan asal, dia sepatutnya hanya perlu mempamerkan karya lukisannya yang sudah siap. Manalah dia menjangkakan bahawa lukisannya itu akan dihentam malapetaka pada hari penting tersebut!

Sebagai kesannya, lukisannya ketika penilaian terakhir itu mendapat markah yang cukup rendah daripada para juri sekali gus mengubah kedudukannya dalam pertandingan tersebut.

It's quite a blow how one change could turn the result of something just like that.

Selama bertahun-tahun, tiada siapa yang mengetahui gerangan yang telah merosakkan lukisannya pada masa itu. Bahkan dia sendiri pun tidak pernah terniat hendak mencari tahu siapa pelakunya.

Namun hari ini, identiti si pelaku itu terdedah akhirnya oleh kerana penyebaran video tersebut. Solana Airika... Ya, gadis itulah pelakunya.

Airika merupakan pemegang posisi Honored Granddaughter yang sangat dibanggakan oleh grandma dan grandpa. Maka, bila dihadapkan dengan kenyataan ini, sudah tentulah mereka berdua pusing kepala memikirkannya. Lebih-lebih lagi, sudah begitu ramai orang yang tahu bahawa lukisan yang Airika rosakkan itu adalah lukisan kepunyaan Ellia. Informasi padat oleh tukang penyedia video tersebut juga menyebabkan pelbagai spekulasi negatif mula timbul di media sosial.

Ellia tahu, ianya cukup sukar untuk memulihkan nama Airika sekarang ini bilamana para pengguna Internet sibuk membuat tuduhan dan perkongsian tidak berasas mengenai sepupunya itu. Mengetahui hal ini, tentu sekali grandpa berkemungkinan besar akan mengubah pemilik gelaran Honored Granddaughter sekali lagi.

One mistake can ruin everything.

Itu adalah pegangan Blake selama ini. Jadi, dia akan sentiasa cuba mengekalkan kesempurnaan dalam pelbagai benda. Dan itu termasuklah juga prestasi pemegang gelaran Honored Grandchildren.

Ellia tidak begitu pasti jika gelaran selepas ini adalah Honored Granddaughter ataupun Honored Grandson. Kerana kalau dilihat daripada urutan kelahiran dalam keluarga Lawrence, selepas dirinya dan Airika, cucu yang layak menyandang gelaran itu adalah Bruno. Akan tetapi, Bruno pernah terlibat dalam masalah perkelahian yang mengakibatkan dirinya digantung sekolah. Dia juga tidak mengagumkan Blake dalam sebarang hal.

Bagi sepupu-sepupunya yang lain, Ellia tidak berapa tahu bagaimana keadaan mereka. Maklumlah, Blake tidak pernah menyebut nama sesiapa dalam kalangan cucu-cucunya dengan begitu kerap. Jauh sekali mahu bercerita tentang para cucunya. Ya, tidak walaupun bagi Ellia sendiri dan Airika. Maka, untuk menjangkakan siapa cucu pilihan Blake selepas ini memang tidak mudah.

Puas menebak-nebak siapa cucu pilihan Blake yang seterusnya, Ellia memutuskan untuk memikirkan perkara lain pula.

Agaknya, bagaimana keadaan keluarga dan rakan-rakannya sekarang? Dan bagaimana dengan Airika? Adakah mereka semua baik-baik sahaja?

Keluhan panjang Ellia lepaskan. Argh! Mengapalah dia kini dikurung di bilik yang paling hujung? Sudahlah tiada kawasan balkoni yang boleh dia jadikan tempat memanjat keluar dari situ seperti di dalam drama! Haih... Dia sangat tidak puas hati mengapa dia dipindahkan dari bilik sebelumnya!

"I freaking hate this room," luahnya lalu mendengus kasar.

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Pagi-pagi lagi, L dan Sun sudah mengajak semua rakan mereka berkumpul di rumah. Disebabkan mama dan papa mereka sedang sibuk bekerja di luar negeri, mereka bersepakat melakukan sesi perbincangan bersama-sama membebaskan Ellia dari 'penjara' di situ sahaja.

"Mmm... First of all, boleh tak aku tahu siapa yang pergi lukis pelan ni?"

Sun cepat sahaja mengangkat tangan selepas soalan itu dipertanyakan oleh Dan. Dia tersenyum lebar, mengharapkan Dan memuji pelan yang dilukisnya itu.

Dan hilang kosa kata. Kala pandangannya bertembung dengan L yang sedang menggelengkan kepala ke arahnya di sisi Sun, tahulah dia yang dia patut menyimpan kejujurannya di dalam hati sahaja. It seems like honesty may not be too good all the time.

"Oh, this looks quite nice... It's understandable. Nice job, Sun."

Lagilah suka hati Sun mendengar ucapan daripada Dan itu. Baru sahaja ingin meminta pendapat para rakannya yang lain, L tiba-tiba bersuara.

"Erm, Sun... Kita ketepikan dulu sesi puji-pujian, okey? Sekarang ni, mari fokus untuk rancang strategi melarikan kakak dari 'penjara' tu."

"Oh, okey... Erm, menurut informasi baru yang Sun terima, kakak sekarang dikurung dalam bilik ni."

Sun menunjuk ke arah satu bilik yang terletak di tingkat tiga. Kedudukannya tepat di hujung barisan kanan sederet bilik yang terdapat pada tingkat itu.

"Eh, wait... Ni bilik yang tak ada balkoni tu, kan?"

L yang mengingati kedudukan bilik di tingkat tiga itu membulatkan matanya. Biar betul? Mengapa Ellia dipindahkan ke situ pula?

"Eh, betul ke? Bilik ni tak ada balkoni?"

Terkejut beruk Sun mendengar hal itu. Dia bukannya apa, tetapi dia memang tidak menghafal kedudukan bilik-bilik di Roseaviene Mansion. Ada terlalu banyak bilik di mansion tersebut, dan dia tidak bercadang mahu membuang waktu mengingati setiap perincian bilik yang wujud di situ sebelum ini. Tidak sangka pula yang rupanya pengetahuan mengenai bilik-bilik itu akan membantu pada masa kritikal sebegini. Huh, menyesal dia tidak mencari tahu soal perincian bilik-bilik di situ!

"Haah... Wait, sunny... You don't know about this room?"

L menayang raut tidak percaya kepada adiknya itu. Apakah? Jadi, adakah cuma dia seorang yang bertungkus-lumus mengingati perincian setiap bilik di Roseaviene Mansion?

"Sorry, brother... Sun ingat abang suruh Sun hafal kedudukan bilik aje. Tak tahu pula yang abang nak Sun hafal perincian bilik-bilik tu sekali..."

"You're so... Geez, and here I thought we could memorize the rooms together in case I forgot anything... I can't believe I'm a clown."

Sun meneguk air liur sebelum dia tersenyum innocent. "Wolfie, janganlah marah... Marah-marah tu tak elok untuk kesihatanlah. You do know that, don't you?"

"Tak marah. I'm smiling, can't you see it?"

Erk! Ketara betul senyuman palsu pada wajah L ketika ini. Berdiri bulu roma Sun melihat senyuman tersebut. Huwaa, habislah dia kalau L naik angin!

"Erm, you both... Dah ada idea ke macam mana nak bebaskan Ellia?" Yuki menyoal, ingin tahu.

L menghembus nafasnya, menyemai benih ketenangan dalam hatinya. Namun sedetik kemudian, ketenangannya goyah lagi bila dia tersedar yang memorinya mengenai perincian bilik-bilik di Roseaviene Mansion itu mula bercampur aduk.

"Abang?"

"Wait, I got it all mixed up..."

Seolah baru mendengar suatu kenyataan yang tidak masuk akal, Sun menunjukkan reaksi terkejut yang sangat semula jadi. Kalau L terkeliru dengan perincian bilik-bilik di mansion tersebut, bagaimana mereka mahu merancang pembebasan Ellia nantinya?

"Habis tu, sekarang ni... Siapa yang ingat perincian bilik-bilik di mansion tu?"

"Did you forget us, sunny?"

Automatik semua mata di ruang tamu itu tertuju ke pintu masuk rumah tersebut. Kelihatan Blair dan Sienna kini sedang berdiri bersebelahan memandang mereka semua.

"Ma, pa!" jerit L dan Sun serentak lantas bangkit berdiri tegak.

"Kamu berdua langsung tak terniat nak cerita apa-apa pada kami, kan?" Sienna menyoal seraya menuntun langkah mendekati dua orang anaknya itu.

Blair pula menyusul di belakangnya. Dia menggeleng-gelengkan kepala sahaja memerhatikan wajah L dan Sun. "Kakak kamu dikurung oleh grandma dan grandpa kamu... How could you keep it hidden from us? Blaine Allen, Susan Haelynn... Kamu sedar tak mama dengan papa ni siapa?"

Terkelu lidah L dan Sun ingin membalas. Rakan-rakan mereka yang lain pun semuanya sudah berdiri saat ini dengan keadaan kepala mereka menunduk.

"Ma, pa... Kami cuma tak nak mama dengan papa rasa tertekan. I mean, you both were already so busy working on a new project... If you were to take care of this matter too, then you'll get even more exhausted."

Blair memegang bahu L. Nafas dihela perlahan. "Papa tahu kamu nak mencontohi kakak kamu, L. She's always that kind of one mature child. And since you believe that now it's your responsibility to be in her position as the eldest sibling, you are determined to act like her, no?"

L diam, tidak mengeyakan dan tidak juga menafikan. Namun pada hakikatnya, dia memang mengakui hal itu. Dia ingin menjadi seperti kakaknya yang matang. Memandangkan kini Ellia tiada dan kakaknya itu memerlukan bantuan, dia sebagai abang mesti menjadi sosok yang memimpin Sun.

"Tapi, kamu kena tahu... Kematangan tu bukan bermakna bergantung hanya kepada diri sendiri. Kematangan adalah cara kamu menilai dan membuat keputusan dengan cara yang sepatutnya. Tak terburu-buru dan rancang semuanya dengan teliti, itulah definisi matang. Sweetie matang dengan cara dia yang tersendiri, but you... Wolfie, you are you. Kamu pun boleh matang in your own way... Tak perlu ikut cara kakak kamu, buat dengan cara kamu sendiri."

Nasihat Blair itu tercatat dalam kalbu L. Dia menganggukkan kepalanya, tanda faham dengan ucapan papanya itu.

"Mama dengan papa dah arif sangat dengan mansion tu. Now that sweetie is locked in there, I won't be sitting quietly. Betul cakap kamu, L... Bilik ni memang tak ada balkoni. Tapi sebenarnya, bilik ni ada satu laluan rahsia..."

"Laluan rahsia?" Sun pantas menatap wajah Sienna tanpa berkelip.

"Yes. Dalam bilik tu, ada satu glob. Bila diputar, sebenarnya glob tu akan jadi tuil yang boleh tunjukkan pintu masuk ke laluan rahsia tu."

"Kejap... Macam mana mama boleh tahu?" L memandang penuh curiga terhadap Sienna.

"Kamu berdua jangan ingat mama kamu ni penurut sangat... Masa dia muda dulu, dia─ Auch, love! Awak ni nak bunuh suami awak ke? Suami awak ni dah tua, tahu tak? Mana boleh awak siku saya macam tu." Penuh tidak puas hati Blair meluahkan kekesalannya dek tingkah sang wanita kesayangannya yang baru sahaja menyiku rusuknya itu.

"Padan muka! Ingat lawaklah tu ungkit-ungkit masa lalu..." Sienna mengerling tajam ke arah Blair.

"Anyway, mama tahu apa yang kita kena buat kalau nak bebaskan Ellia dari tahanan grandma dan grandpa kamu. Listen well, alright?"

Sienna mula menjelaskan satu demi satu plot rencananya dengan teliti. Penerangannya hanya menggunakan bahasa yang mudah agar senang difahami oleh para anak muda di hadapannya itu.

"Faham, kan?"

"Faham, puan."

"Faham, ma!"

Blair memeluk bahu Sienna. "You're always the best in planning a break out."

"Don't try to start anything, Blair. I'm warning you." Sienna melempar bicara lembut, tetapi jelas sedang mengeluarkan aura yang berbaur ancaman.

Wajah rakan-rakan L dan Sun dipandang dengan riak mesra. Satu senyuman terlorek pada bibirnya. "Tak payah panggil kami encik ataupun puan, okey? Just aunty and uncle."

"Yes, formality isn't needed... Lagipun, rasa macam kami tengah bekerja pula bila dengar panggilan tu," tambah Blair. Senyumannya yang terbentuk menampakkan lesung pipit pada pipi kirinya.

CA, Crowner, Empire dan Rel mengangguk laju bersama senyuman yang tidak lekang di bibir mereka. Sungguh di luar jangkaan mereka, nyatanya pasangan Blair Lawrence dan Sienna Jennings Lawrence ini sangat ramah!

"Oh ya, sunny..."

"Yes, ma?" Sun terpinga-pinga bila dirinya disebut secara mengejut.

"Mama rasa kamu patut elakkan melukis pelan lagi selepas ni... Mama yakin kawan-kawan kamu pun faham maksud mama."

Terkelip-kelip mata Sun mendengarkan bicara Sienna itu. Selepas menerima anggukan kepala daripada semua orang di ruangan itu, tangannya segera naik menggaru pipi. Teruk sangat ya lukisan pelannya ini?

"Erm, then Sun akan cuba tak lukis pelan lagi... Well, selagi keadaan tak memerlukan. Eh, tapi mama... Macam mana mama dengan papa boleh tahu yang kakak sekarang ni kena kurung?"

"Oh, itu... Uncle Brendan kamu yang bagitahu."

L dan Sun membeliakkan mata mereka. Hah? Daddy Airika yang bagitahu?

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Tertekan sungguh Ellia saat mendapati dirinya tidak dapat tidur. Sekejap dia berbaring mengiring ke kiri, sekejap ke kanan dan sekejap lagi terlentang... Pelbagai posisi sudah dicuba, tetapi sukar rasanya untuk tidur di bilik 'penjara' baharunya ini.

Bunyi loceng yang entah dari mana wujudnya hadir menembusi halwa pendengaran Ellia secara tiba-tiba, sekali gus membangkitkan rasa takut dalam dirinya. Berpeluh dingin Ellia tika mendengar bunyi loceng itu yang diiringi derapan langkah kaki seakan terhenti tepat di hadapan pintu biliknya pada masa ini.

Selimut ditarik rapat ke dada sebelum dinaikkan menutupi keseluruhan tubuhnya. Otak ligat mengimbas adegan-adegan dalam filem seram yang pernah ditontonnya beberapa waktu dahulu.

Patutkah dia berlakon mati? Atau dia perlu berpura-pura tidur?

Sedang dia mempertimbangkan tindakan yang harus diambil sekiranya dia diganggu 'makhluk malam', pintu itu menyambut beberapa ketukan perlahan yang hanya sipi-sipi didengari telinganya.

Bagai mahu menangis Ellia dibuatnya bila dia turut mendengar namanya disebut! Apa yang malang sangat nasibnya ini? Tak cukup dengan dikurung, dia diganggu entiti dari alam lain pula?

'Patut tak aku tinggalkan wasiat? Mana tahu aku mati sebab sakit jantung jumpa hantu... At least, adalah juga barang kenang-kenangan...' Hatinya berbisik.

"Ellia... Kau dengar tak ni? Dia tak jawablah, Eli... Macam mana ni? Kita salah bilik ke? Atau dia tidur mati?"

Lenyap terus segala imaginasi tidak munasabah Ellia sebaik mendengar nama Eli disebut. Dan suara itu... Bukankah itu suara CA?

Dengan langkah tergesa-gesa, selimutnya dicampak sahaja ke tepi lalu dia berlari ke pintu.

"Anyone outside?" soal Ellia dengan sedikit keras.

"Ellia, ni kitorang..." Suara tadi berbicara lagi.

"CA?" duga Ellia, masih was-was.

"Ya, ni aku. Eli pun ada sekali ni... But anyway, let's not waste time talking. Ellia, aku nak kau dengar elok-elok apa yang aku cakap ni. Right now, pergi cari glob dalam bilik tu dan turn it around."

Lekas-lekas Ellia pergi ke kawasan meja untuk mencari glob yang disebutkan CA itu, namun dia gagal menemukannya. Beberapa minit tercari-cari akan glob tersebut, Ellia akhirnya duduk di atas katil akibat pening kepala bergerak tanpa henti.

"Found it?" Eli bertanya.

"Not yet. Just where did that globe─"

Ayat Ellia itu terus mati tatkala matanya menangkap sesuatu yang bercahaya malap di  ruang terbawah rak buku di hadapannya. Perlahan-lahan kakinya mendekati rak buku itu lantas dia duduk mencangkung.

Debu yang menghiasi permukaan benda bercahaya tersebut dilap menggunakan kain yang dia ambil dari almari sebentar tadi. Ellia hampir bersorak bila mendapati itulah glob yang sedari tadi tidak ditemuinya. Finally!

"I found it!"

"Great! Jadi sekarang, pergi putarkan glob tu..."

Arahan CA itu dituruti oleh Ellia. Dia terkesima seketika bila menyaksikan potret besar yang tergantung di dinding bilik itu bergerak ke tepi, menunjukkan suatu laluan yang diterangi banyak pelita.

"Sec-Secret passage?"

"Ellia, kalau kau jumpa laluan yang pelik-pelik... Masuk aje situ. Lepas masuk, make sure kau tekan satu suis berbentuk macam bumi."

"Alright, I get it," balas Ellia.

"Hei! Kamu berdua ni siapa?"

Hampir luruh jantungnya mendengar jerkahan mendadak itu! Terkejut dia, tahu?

Berdasarkan situasi semasa, nampaknya kehadiran CA dan Eli dikesan oleh bodyguard. Akan tetapi, Ellia tidak risau sangat akan keadaan mereka kerana dia tahu dua manusia itu cukup aktif dalam aktiviti maraton.

Sesudah mendapatkan telefonnya, Ellia bersegera memasuki laluan rahsia pada dinding itu. Tidak lupa dengan arahan CA, dia menekan suis berbentuk bumi yang terus dapat dilihatnya setelah masuk ke laluan tersebut.

Waima takut-takut melalui laluan yang asing pada dirinya itu, Ellia tetap jua memberanikan diri untuk memarakan langkahnya.

"Aku rasa aku ni dah jadi Aelice versi hidup... Kalaulah Aelice tu pun man─ Uwargghhhhhhh!"

Bergema ruangan rahsia itu dengan jeritan Ellia saat gadis itu mendapati dirinya menggelongsor turun entah ke mana.

Bukkkkkkk!

Jangan salah faham, itu bukan bunyi Ellia terjatuh. Sebaliknya, bunyi tangannya yang entah bagaimana boleh terpukul kepala sendiri. Ellia mendarat dalam keadaan baik-baik sahaja selepas sesi menggelongsor itu selesai. Yalah, nasib baik ada tempat landing! Kalau tidak, entah bagaimana kondisi punggungnya ketika ini.

Sambil menggosok-gosok kepalanya yang sakit, Ellia bangkit dari tempat mendaratnya itu. Seluruh ruangan tempat dia berada kini diperhatikan dengan mata yang bersinar-sinar. Biar betul? Adakah ini tempat simpan motorbike jenis premium?

Matanya yang tertumpu pada sebuah motorbike berwarna perak berkilat di pusat ruangan tersebut membuatkan Ellia jatuh rahang. Kunci bagi motorbike itu yang disangkut pada satu hanger besi diambilnya laju.

You are reading the story above: TeenFic.Net