MERASAKAN simbahan cahaya matahari pada wajahnya, Ellia yang merehatkan matanya terus membuka mata semula. Ternampak sahaja sengihan lebar di wajah L dan Sun, dia langsung mengesan sesuatu.
"Apa dia?" soalnya sebaik mereka memasuki perut kereta.
"Tak ada apa-apalah," jawab Sun.
L yang terlihat ingin membuka mulut tiba-tiba memaparkan wajah berkerut menahan sakit. Senyuman paksa ditayangkan seraya matanya menjeling tajam wajah adik perempuannya itu.
"Haah, mana ada apa-apa... Kitorang senyum aje."
"Kalau ada apa-apa, cakap ajelah..."
Ellia bernada jengkel. Dia tahu, mereka berdua ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Tetapi itulah, suka sangat mahu berdalih! Kononnya, tiada apa-apa. Sekali di rumah nanti, ha... Teruslah sibuk mahu bercakap itu ini!
"Ehem, okey... Sun dengar tadi kakak kena buli di kelas kakak Airika. Betul ke?"
Keningnya terjongket bila mendengar soalan Sun itu. "Buli, hmm? Entahlah, kakak rasa tak adalah masuk kategori buli sangat... Anyway, what's about it?"
"Kitorang dengar kakak jawab soalan fungsi gubahan Add Maths yang agak susah nak dijawab. Is that true?"
Sun mencebikkan bibirnya tatkala L menyoal terlebih dahulu sebelum dirinya. Namun begitu, dia tidak menimbulkan sebarang pertelingkahan seperti biasanya. Sebaliknya, dia khusyuk menanti jawapan daripada Ellia.
"Erm... I've seen you both answered multiple questions like that one a lot of times already. That's why kakak dapat jawab," jelas Ellia.
"You mean... Kakak hafal jalan kira kitorang?" Sun membeliakkan matanya.
"Really, sister?" L memandang Ellia dengan mata yang berbintang.
"Mmm..." Kekok Ellia membalas.
Melihatkan tiga beradik itu sedang asyik berbual, Conrad yang merupakan pemandu baharu keluarga Ellia berdehem bagi meraih perhatian mereka. Namun malangnya, dia diabaikan.
Conrad melepas nafas berat. Kalau diikutkan, dia bukanlah asing mana dengan mereka bertiga walaupun dirinya bergelar pemandu baharu. Kerana sebetulnya, dia dahulu pernah bekerja sebagai waiter di restoran milik Windy. Dia seringkali menjadi waiter yang menyajikan hidangan buat keluarga Ellia setiap kali mereka datang ke restoran tersebut. Maka, boleh dikatakan yang dia cukup biasa dengan mereka.
"Err, Ellia..."
"Err, L..."
"Err, Sun..."
Beberapa kali dia cuba mencelah, tetapi tidak berjaya. Masuk cubaan entah yang keberapa, L akhirnya memberikan respons.
"Uncle Con, uncle nak cakap apa?"
Walau bagaimanapun, tidak sempat Conrad membalas, tiga beradik itu kembali aktif berbual. Bagai mahu dia hantuk sahaja kepalanya ke stereng kereta! Haih... Dugaan betul menjadi pemandu mereka bertiga ini! Tiada langsung peluang untuk dia mengatakan apa-apa kepada mereka.
Pasrah dengan nasibnya, Conrad memutuskan ingin membiarkan mereka habis berbicara dahulu sebelum dia bersuara lagi. Lambat pun lambatlah... Apa yang penting, tiga beradik itu puas berbual.
Beberapa minit kemudian, Sun tiba-tiba melontarkan satu pertanyaan.
"Uncle, kenapa kereta ni rasa macam pegun aje?"
Conrad tidak tahu sama ada dia patut ketawa atau menangis mendengar soalan itu. Tangannya kemudian naik memicit-micit pelipisnya.
"Sebab ni lah uncle panggil kamu bertiga tadi, tapi kamu ignore aje uncle..."
"Err, ada apa-apa masalah ke, uncle?" tanya Ellia, rasa serba salah pula selepas mendengar keluhan Conrad itu.
"Macam ni... Uncle baru aje terima pesanan daripada papa kamu. Dia kata, grandma dengan grandpa kamu nak kamu datang ke Roseaviene Mansion. Tapi, uncle tak pasti sama ada kamu bertiga nak terus pergi ke sana atau nak singgah rumah dulu."
Ellia, L dan Sun saling berpandangan sesama mereka. Cuba merisik informasi daripada satu sama lain, tetapi akhirnya, ketiga-tiganya mengangkat bahu masing-masing apabila mendapati tiada seorang pun antara mereka bertiga yang tahu mengapa grandma dan grandpa ingin menemui mereka.
"So, which one?" soal Conrad. "Nak terus pergi sana atau singgah rumah dulu?"
L dan Sun mengarahkan pandangan mereka kepada Ellia, meletakkan pilihan di tangan kakak mereka itu.
Mengerti makna pandangan mereka itu, Ellia lantas mengherotkan bibirnya ke kiri dan kanan. "Erm... Ada tak papa bagitahu kenapa grandma and grandpa suruh kitorang ke sana?"
"Nope, tak ada penjelasan langsung pasal tu," balas Conrad.
"Then, kalau macam tu... Kita pergi sana terus ajelah," putus Ellia.
"Alright, mandat diterima."
Setelah keputusan tersebut didengarinya, barulah Conrad memulakan pemanduannya. Ha, macam inilah yang dia mahu sejak dari tadi! Lokasi selesai diputuskan, maka tanggungjawabnya pun mudah terlaksana.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Pangggggggggg!
Tamparan yang dilayangkan ke wajahnya itu membuatkan pipi Ellia terasa bagaikan disengat. Bibirnya digigit kecil, menahan rasa pijar pada pipinya itu.
"Good, Sofie Gracellia... Kamu memang tak reti nak jaga nama baik keluarga langsung, kan?"
Berombak dada Blake menahan rasa marahnya. Wajah cucu sulungnya itu dipandang tajam. Langsung tiada sedikit pun rasa serba salah yang membekas di hatinya waima tangannya baru sahaja menampar pipi Ellia sehingga pipi gadis itu terlihat memerah saat ini.
Ellia memejamkan matanya sebelum menghela nafas perlahan. "Honestly, grandpa... To you, macam mana sebenarnya nak jaga nama baik keluarga? Is it that I should excel in everything, never be defeated and be looked up to by all?"
Blake mendengus kasar. "Walaupun grandpa bagitahu kamu, boleh ke kamu faham? Kamu cucu sulung dalam keluarga Lawrence dan cucu kelima dalam keluarga Jennings, but never once I heard that you excel in anything. Kamu tahu tak, Ellia? Keluarga Lawrence dan Jennings sentiasaโ"
"Sentiasa excel in anything, right? Ya, Ellia tahu tu, grandpa... Ellia tahu walaupun grandpa tak cakap. Tapi, grandpa... Are you sure you heard nothing about me? Or you actually just let the wind carried away what you heard about me? I admit it... Ellia memang tak pernah tunjuk prestasi yang terlalu cemerlang macam cucu-cucu grandpa yang lain, tapi Ellia pun pernah achieve something. Grandpa aje yang tutup telinga dan tak nak ambil tahu pasal Ellia..."
"And what did you achieve? Tempat kedua dalam pertandingan melukis aje, kan? Atau mungkin kamu tengah bercakap pasal benda ni? Tapi, benda ni pun... Kamu langsung tak cemerlang. Jadi berhentilah, Sofie Gracellia. Berhenti memalukan keluarga, dan cuma buat apa yang kamu mampu aje. Jangan ambil bahagian dalam benda ni lagi, do you get me?"
Sedaya upaya Ellia berusaha untuk menyekat ledakan emosinya di dada. Bicara Blake itu... Tidak mampu lagi dia terima dengan baik sekarang.
"No, Ellia belum tersingkir lagi daripada perlawanan rasmi. Jadi, Ellia tetap nak teruskan bermain VRS."
Ya, benar. Semuanya sudah terbongkar tika ini. Dan ianya berlaku disebabkan satu orang. Mata Ellia sempat menikam wajah si pelaku yang membongkarkan kegiatan gamingnya itu, yakni Airika yang kini duduk menunduk sambil meramas jari-jemarinya. Sungguh dia tidak mampu membaca pemikiran gadis itu! Inikah cara Airika supaya dia tidak bermain VRS lagi?
"Sofie Gracellia!"
Melihat tangan Blake sudah menjulang tinggi ke atas, Ellia langsung bersiap menerima satu lagi tamparan. Walau bagaimanapun, Sapphire tiba-tiba datang menahan tangan Blake.
"Ellia, kamu patut berhenti."
Ringkas sahaja ucapan yang dilontarkan oleh Sapphire. Tetapi, Ellia tidak kuasa ingin mendengarnya. Sumpah dia mahu keluar dari ruangan ini sekarang juga!
"Grandma, Ellia dah cakap... Ellia takkan berhenti main VRS. Not until I get eliminated officially."
"Ellia! Kamu nak tunggu sampai masa tu baru kamu nak berhenti? Then, kamu akan lebih memalukan kami!"
"Why would you be embarrassed when it's me who'll get eliminated?"
"Kamu membawa nama keluarga Lawrence dan Jennings! Kamu tak sedar lagi ke benda tu? Untuk benda yang kamu tak boleh nak dapatkan hasil cemerlang, kamu patut lepaskan!"
Ellia membalas tatapan tajam Sapphire. "Dan macam mana grandma boleh tahu yang Ellia takkan dapat hasil cemerlang dalam VRS?"
"Kamu dah pernah kalah! Itulah bukti yang kamu takkan cemerlang dalam benda ni!"
"Dan Ellia juga pernah menang, grandma."
Sapphire memegang bahu Ellia. "Pandang mata grandma dan bagitahu grandma sekarang. Kamu rasa kamu boleh jadi juara dalam pertandingan rasmi nanti?"
Ellia terkedu. Soalan yang sama sekali tidak terduga, dan lidahnya menjadi kelu untuk memberikan jawapan. Masakan mungkin dia dengan yakin boleh mengatakan ya!
Blake tertawa kecil, sinis terdengar. "See? Kamu pun dah boleh rasa benda tu dalam diri kamu. Ellia, kamu dah tahu yang menjadi juara bukannya tahap kamu. Jadi, kenapa masih nak mencuba juga?"
"Sebab Ellia nak tengok sejauh mana Ellia boleh pergi! Because I just can't leave VRS like that! I can't let it go!"
Ingin sekali Ellia muntahkan isi hatinya itu, namun entah mengapa suaranya seakan terjerat di kerongkong. Pada penghujungnya, dia hanya mampu melepas nafas lemah.
"There's a reason behind everything. Perlu ke Ellia jelaskan kepada grandpa? Because just like how you said I won't be able to understand you, I don't think you will get me either."
Kerana mereka tidak berjalan di jalan yang sama. Maka, sudah pastilah Blake tidak akan mampu memahaminya. Dan begitu juga dengan dirinya. Ianya perkara yang sama dengan Airika.
"Jadi, kamu akan teruskan?" Blake menyoal tegas.
"Yes." Ellia menjawab dengan nada yang tidak kalah tegasnya.
"Saph, I don't think there's another way..."
Sapphire yang membaca pandangan Blake ke arahnya melepaskan keluhan kecil. Interkom di meja dihidupkan lalu satu arahan diberikan.
Satu arahan ringkas yang membuatkan Ellia membulatkan matanya. "Grandma, grandpa..."
"All the guards, come to my room."
Itulah arahan Sapphire, dan Ellia sama sekali tidak perlu penjelasan mengapa Sapphire memanggil guards ke ruangan tersebut.
Detik berikutnya, sekumpulan guards masuk ke ruangan itu. Hanya dengan melihat gerakan tangan Blake, mereka semua terus tahu apa yang patut dilakukan.
Ellia pantas meronta-ronta ingin dilepaskan tatkala dua belah tangannya dipegang kemas oleh dua orang guards yang bertubuh sasa.
"Lock her in the room," ujar Blake lalu memutarkan tubuhnya, enggan melihat Ellia.
"Grandpa! Grandma! You cannot do this to me!"
Menjerit-jerit Ellia bilamana dia diseret pergi dari ruangan itu. Tidak, dia tidak mahu menjadi tawanan grandma dan grandpanya!
Malangnya, percuma sahaja dia menjerit. Bukannya jeritan itu akan didengari mereka. Ralat, mereka sebenarnya tidak akan peduli walaupun mereka mendengar jeritan tersebut.
And so, in the end, her voice remain unheard no matter how hard she scream aloud.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Apa yang korang buat ni? Let my sister go!"
Seusai melihat Ellia diseret keluar oleh beberapa guards dari ruangan peribadi Sapphire, L buru-buru cuba menghampiri kakaknya itu, tetapi langkahnya terhalang dek seorang guard yang berbadan dua kali ganda lebih besar daripada dirinya.
Sun yang juga ingin mendapatkan Ellia mengalami nasib yang serupa dengan abangnya itu. Giginya diketap kuat.
"Apa yang korang cuba buat sebenarnya ni?" Keras suaranya melontar pertanyaan.
"L, Sun, don't get involved." Blake yang muncul bersama dengan Airika dan Sapphire berbicara keras.
"Grandpa, just what are you trying to do?" Tertahan-tahan nada L mempersoalkan tindakan grandpanya itu.
"We want to discipline her," jawab Sapphire bagi pihak Blake.
"Discipline? Disiplin untuk apa?" Sun mengerutkan dahinya. Pada waktu bersamaan, matanya mencerlung tajam ke arah Airika yang menyepi.
"Kakak kamu ni... Cuba nak libatkan diri dalam benda yang dia langsung takkan dapat capai apa-apa. And she refused to stop even when we had told her to do so," ujar Blake.
Tanpa penjelasan, melalui tatapan Ellia yang membenarkan telahan mereka, L dan Sun masing-masing mengeluh berat di dalam hati. Jadi, semuanya sudah terbongkar?
Baik L dan Sun, kedua-duanya terpaksa mengurung niat mereka daripada bersuara disebabkan mereka mengerti pandangan yang dilemparkan oleh Ellia.
"Don't say anything. Just don't say anything... Please."
Ayat inilah yang mereka tafsirkan daripada pandangan kakak mereka itu. Dan kerana ini juga, mereka tidak bersuara untuk membela Ellia.
"Don't worry. Grandma akan pastikan kakak kamu baik-baik aje... She would eat and rest well, I can promise you that," kata Sapphire.
Tiada reaksi mengenai kata-kata Sapphire itu, Blake cuma memaparkan riak dinginnya. "Guards, take her to the room."
Hanya mampu menyaksikan kakak mereka dibawa ke 'penjara' tanpa dapat melakukan apa-apa, L dan Sun merasa sangat tidak berdaya. Sun yang hampir tidak dapat mengawal diri berura-ura hendak mengejar Ellia, namun ditegah oleh L.
L menggelengkan kepala, tanda supaya Sun tidak bersikap melulu. Sungguhpun dia juga tidak rela dengan layanan yang diberikan kepada kakaknya itu, dia tahu yang dia perlu mengawal impulsnya agar tidak mengeruhkan lagi keadaan. Dan sebagai saudara yang lebih tua menggantikan Ellia kala ini, dia juga bertanggungjawab memastikan Sun tidak bertindak di luar kawalan. Dia harus berfikiran matang dan memikirkan cara untuk melepaskan Ellia selepas ini bersama-sama Sun. Ellia memerlukan dirinya dan Sun supaya dapat lolos daripada 'penjara' itu, maka dia perlu mengawal kemarahannya buat masa sekarang.
"Terima kasih kepada kamu, Rika. Grandpa memang tak salah memilih kamu sebagai Honored Granddaughter."
Blake menepuk-nepuk bahu Airika. Sementara itu, Sapphire pula mencapai tangan gadis tersebut. Senyuman mekar pada wajah tuanya.
"Yes, kalau bukan sebab kamu, grandma dan grandpa takkan dapat tahu yang Ellia tu rupanya ada hati nak jadi gamer."
Airika diam tidak menyahut. Dia menumpukan pandangannya ke arah L dan Sun. Kelihatan dua adik sepupunya itu menggeleng kesal dan tersenyum sinis kepadanya. Hal itu membuat hatinya dimamah rasa bersalah.
L dan Sun mengatur langkah pergi dari situ tanpa membuat sebarang pamitan. Tiada sekelumit pun rasa ingin bersopan dalam hati mereka lagi!
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Hmm... Masa chapter 53 hari tu, Yna kata cerita ni dah sampai 45%. Tapi masuk chapter 66 ni, peratus siap for this story rasanya macam dah mendekati level 80%, I think?
HUHUHUHU, Yna rasa macam tak pandai menganggarlah--๐ฉ๐๐ Tak apalah, kalau macam tu, let this story just go with the flow. Tak payah nak ambil kesah pasal berapa peratus siapnya...
Honestly, Yna rasa macam chapter ni jerit satu perkataan dekat Yna... "MENGARUT!" Yep, that's the word.๐ Tapi yalah, Yna dah bagi warning, kan? Cerita ni makin lama akan jadi makin merapu, so... Siapa yang sudi layan ke'merapu'an cerita ni, bolehlah stay sampai ke penghujungnya. Ehehehe~~๐๐ฅบโค๏ธ
Oh ya, pasal yang interkom tu... Kalau tengok drama, Yna perasan bos akan bercakap dengan assistant diaorang guna benda alah tu. While the assistant pula akan jawab melalui phone... But for the scene in this story, the guards guna gajet yang macam walkie-talkie (versi canggih and lebih kecil). Ni khayalan Yna aje, (tak tahulah pula kalau memang dah ada yang macam ni)...๐
Anyway, boleh faham juga, kan chapter ni? Kalau tak faham, comment aje, okey? Alright, see you again soon! ๐๐
P/S: Nampaknya, tak ada yang benci Airika.๐๐ธ
โฟปเฏ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐๐๐ เฏโฟป
i) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ณ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ โง โ
You are reading the story above: TeenFic.Net