AiRilakkuma
Ellia, tolonglah dengar cakap
aku. Sebelum kau menyesal,
tolong berhenti bermain VRS.
TELEFON segera diletakkan semula ke meja setelah Ellia habis membaca chat daripada Airika itu. Tidak akan, dia tidak akan berhenti bermain VRS!
Dia sudah menjunjung tekad untuk terus bermain VRS tidak kira apa sekalipun di lubuk hatinya yang paling dalam. Jadi, dia akan pastikan tekadnya itu kekal teguh waima rintangan seperti apa datang membadai hidupnya.
Jauh di dasar hatinya, Ellia bukannya langsung tidak mengerti mengapa Airika mahu dia berhenti bermain VRS. Namun, dia mengharapkan agar Airika juga memahami dirinya. Mengerti yang dia tidak gentar akan keluarga mereka, dan dia juga berharap Airika akan menyokong keputusannya untuk terus melanjutkan kegiatan gamingnya.
Kenyataan yang Airika seolah tidak cuba memikirkan perasaannya dan berkeras mahu dia berhenti bermain VRS sedikit sebanyak melukai hatinya. Kerana nyatanya, Ellia sudah mulai menghargai Airika sebagai seorang sahabat yang baik.
Awalnya, dia fikir Airika akan memberikan dia sokongan andai identitinya sebagai Siea terdedah. Tetapi, sepupunya itu malah meminta supaya dia tidak meneruskan perjalanannya dalam VRS. Hatinya sungguh sakit dengan permintaan Airika itu!
Ellia kecewa, amat kecewa dek sikap Airika. Akan tetapi, pada masa yang sama, dia juga berat hati untuk membiarkan hubungan mereka berdua musnah cuma kerana hal ini.
Mereka bukan lagi anak-anak kecil yang tidak mampu berfikiran matang, maka seharusnya masalah yang mereka hadapi ini diselesaikan dengan cara yang lebih baik, bukan?
Putus kawan? Heh, itu cara budak-budak! Ellia tentunya akan berasa tercalar maruah jikalau dia melakukan hal tersebut.
Setelah membuat beberapa pertimbangan dalam mindanya, Ellia memutuskan untuk bertemu Airika di sekolah nanti. Mereka patut berbincang secara bersemuka dan menjernihkan semula masalah yang timbul ini. Takut nanti kalau dibiarkan, makin melarat pula sampaikan mereka langsung tidak mahu lagi bertegur di kemudian hari!
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Tok! Tok! Tok!
Airika yang leka menatap langit tidak memberikan perhatian langsung kepada gerangan yang mengetuk pintu kelasnya itu.
"Oh, Ellia... May I help you with anything?"
Namun demikian, sebaik mendengar nama yang disebut oleh Madam Eleonora itu, Airika langsung memutarkan kepalanya tepat menuju ke pintu kelas. Entah mahu disebut sebagai tindakan refleks ataupun apa, tetapi dia langsung berdiri tegak tanpa sempat dia mengawal dirinya.
Ellia cuma memandang sekilas ke arah Airika yang sudah menjadi pusat perhatian seisi kelas itu sebelum kembali menumpukan pandangannya kepada Madam Eleonora. Kepalanya ditundukkan sedikit, tanda hormat.
"I'm sorry for disturbing your class, madam. Tapi kalau boleh, I would like to have a word with Airika."
"Oh, boleh... Kalau kamu berjaya jawab soalan ni."
Suara-suara ejekan sumbang lantas ditangkap oleh deria pendengaran Ellia. Walaupun dia tahu dia sedang diremehkan, Ellia hanya menganggapnya eebagai perkara biasa. Lagi pula, ini bukan julung kalinya dia berdepan dengan dugaan mental sebegitu.
Tidak memberi kesempatan untuk Airika bersuara, Ellia terus menapak masuk ke dalam ruangan kelas tersebut. Pen elektronik khas untuk interactive whiteboard yang terletak di atas meja guru diambilnya lalu dia mula menulis jawapan bagi soalan fungsi gubahan yang dia disuruh jawab itu. Sesudah selesai mengerjakan soalan tersebut, pen elektronik dalam tangannya diletakkan semula dengan elok di atas meja.
Melihat dengan mata kepala sendiri bahawa jalan kira dan jawapannya itu betul, Ellia berpaling ke sisi. "Now... May I talk with her?"
Madam Eleonora yang masih dalam keadaan shock hanya mampu mengangguk. Matanya tidak berkelip menatap Ellia. Dalam kepalanya sekarang, cuma ada satu persoalan. Mengikut khabar yang dia dengar, Ellia pelajar aliran seni yang cenderung mendapat gred rendah. Jadi, bagaimana pula Ellia boleh sukses menjawab soalan subjek Matematik Tambahan yang selama ini mengelirukan ramai pelajar itu?
Dan kenyataannya, tidak hanya dia seorang yang terkejut dengan kejayaan Ellia menjawab soalan itu, tetapi juga para pelajar di dalam kelas tersebut. Semuanya takjub dengan prestasi Ellia yang di luar jangkaan mereka itu. Tidak terkecuali Airika sendiri.
Dilihatnya Ellia lantas melangkah keluar dari kelas tersebut, namun sempat melirik dirinya. Membaca bicara mata Ellia ketika itu, Airika mengetepikan perasaan kagumnya dan buru-buru membereskan permukaan mejanya yang berterabur. Pantang betul dia membiarkan permukaan mejanya itu ditinggalkan dalam keadaan tidak rapi!
Selepas berpuas hati dengan susunan barang-barang di mejanya, barulah dia menunduk hormat kepada Madam Eleonora, persis yang Ellia telah lakukan, sebelum turut meninggalkan kelas itu.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Ellia..."
Airika menikus memandang lantai sambil sibuk memainkan jari-jemarinya, gugup dengan respons yang akan Ellia berikan kepadanya.
"I'll be honest with you... Sebenarnya, selepas aku berfikir semalam, aku faham yang kau berniat baik. And I guess I was harsh on you last night, so I'm sorry for that. Tapi Aira, aku harap kau pun akan faham aku juga. I can't quit VRS because of our family, I just can't do that. Aku rasa happy sangat lepas aku mula main VRS... Yes, memanglah ada masanya aku rasa down, tapi perasaan tu hilang sendiri bila aku belajar terima kejatuhan dan kegagalan aku dalam VRS. Jadi, aku... Tak nak berhenti main VRS. It's the one thing that made me feel alive again... So, how could I bear to quit it just like that? Only because I will get opposed by our family? Wouldn't quitting it for that reason make me a loser?"
Bait bicara Ellia yang lembut tetapi dalam masa yang sama tegas dan tidak menyembunyikan isi hati sebenarnya itu membuat Airika tersentak. Penggunaan panggilan 'Aira' itu juga agak mengejutkan padanya. It's been so long since Ellia last called her that. Ianya panggilan manja buat dirinya yang mommynya pilihkan untuk Ellia gunakan semasa mereka kecil dahulu.
Menurut Ellia, dia merasakan panggilan 'Lana' patut digunakan khas oleh daddy dan mommy Airika sahaja. Sementara untuk panggilan 'Rika' pula, Ellia mengatakan bahawa panggilan itu kedengaran seperti nama hamster Airika, Ricca. Walaupun ejaannya berbeza, tetapi panggilan tersebut dan nama hamster Airika memang sama bunyinya, yakni 'Rika'. Atas usul mommy Airika, Selena, Ellia pun menetapkan panggilan 'Aira' sebagai gelarannya kepada gadis itu.
Walaupun begitu, panggilan tersebut perlahan-lahan lenyap selepas jurang hubungan mereka berdua semakin melebar. Inilah kali pertama Ellia menggunakannya semula sesudah mereka kian akrab kini.
"Aira?"
"Hah?" Airika hampir menepuk dahi sendiri bila memikirkan dirinya yang mengelamun sedangkan mereka tengah melakukan suatu perbincangan saat ini. "Err, sorry... Erm, first of all, it's okay. Apa yang kau cakap semalam tu, even kasar, tapi ada betulnya juga. Aku memang takkan dapat faham perasaan kau walaupun aku kata aku faham. Because like how you said it, our paths are different and so, I don't know how you feel because I didn't walk your path."
Dia berjeda sejenak sebelum memberanikan diri mencapai tangan Ellia. Dengan kepala yang masih menunduk, dia menyambung ucapannya.
"I could tell that you value VRS with all your heart. But Ellia, aku tak nak kau diapa-apakan oleh grandma dan grandpa. Jadi, aku harap kau dengar cakap aku... Diaorang takkan benarkan kau bermain VRS, and what they are capable of doing is beyond your imagination. Ellia, kau kenaโ"
"Aira, aku tahu diaorang boleh buat apa. But you heard me, right? Aku tak nak berhenti main VRS." Ellia menekan perkataannya dengan serius.
"Ellia, please..."
"Aku tanya kau, Aira. Apa sebenarnya alasan kau minta aku berhenti bermain VRS? Is it only because you care for me or is there another reason behind this request?"
Diam Airika sudah cukup untuk Ellia mendapatkan jawapan kepada pertanyaannya itu. Ternyata memang ada alasan lain. Tangan Airika yang memegang tangannya digenggam.
"Tell me, Aira. What is it? Kauโ"
"I just don't want you to play VRS! Aku tak nak kau main VRS! Don't you get it?"
Ellia terkedu. Genggaman tangannya perlahan-lahan dia leraikan. "Wh-What?"
"I hate the comparisons between us... I'm really sick of it. Aku nak orang-orang berhenti bandingkan kita berdua. Dan untuk benda ni berhenti, kita tak patut berada dalam field yang sama. School, work and all... Kita sentiasa ada sesuatu yang orang akan banding-bandingkan. So, this time, for VRS, I... I don't want it to happen anymore. I'll really get sick if it happen again! Kau tak muak ke, Ellia? Kita asyik dibanding-bandingkan setiap masa... Belum cukup lagi ke perbandingan antara kita berdua selama ni? And now, you want to add another thing to the list of our comparisons?"
Naik turun dada Airika menutur bicara. Tangannya dia genggam sehingga kukunya terasa terbenam di epidermis kulitnya.
"Ah, I see..." Terangguk-angguk kepala Ellia. "Jadi, rupanya tu yang bagi kau rasa terbeban selama ni... Terus terang, Aira, aku pun muak. Dan disebabkan tu, aku dah tak ambil peduli lagi pasal comparisons yang orang-orang buat tentang kita sekarang. Tapi, aku tak sangka pula yang... You truly mind this."
Airika menghela nafasnya. "Of course I mind it... Benda yang melibatkan diri aku, macam mana aku boleh tak kesah?"
"Tapi, maaflah... Aku takkan berhenti main VRS sebab alasan kau ni. Well, since semuanya dah jelas sekarang, rasanya kita tak payah nak bercakap pasal apa-apa lagi. I'll get going first."
Ellia mengorak langkah dengan teliti, meninggalkan Airika yang kekal tunduk merenung lantai. Entah apa yang menarik sangat pada lantai itu, dia pun bingung.
"Sofie Gracellia! Macam mana kalau kau menyesal nanti? Your stubbornness might lead you to a bad ending! Do you know that?"
Soalan keras itu berjaya mengunci langkahnya, tetapi tidak cukup untuk membuatkan Ellia berpaling. Dengan mata yang lurus ke hadapan, wajahnya memekar dengan senyum segaris.
"Manusia mana yang boleh lari daripada penyesalan? We live, we make mistakes, we learn then we grow. Jadi kalau pun nanti aku menyesal, biar ajelah... A bad ending could very well open a new page in another book. So, I prefer to be stubborn... Supaya aku boleh tamatkan cerita aku with either a good ending or a bad ending. If it's a good ending, then I'll continue with the next chapters and perhaps make it a series. And if it's a bad ending, I'll simply end the story and write a new book with a better plot."
Kemudian, dia melanjutkan langkahnya, membiarkan Airika sendirian di rooftop sekolah itu.
Airika menatap belakang tubuh Ellia sehingga lesap daripada medan penglihatannya. Matanya dipejamkan.
"Manusia mana yang boleh lari daripada penyesalan? Such a precious phrase... But it really speaks honesty, because in truth, no human could."
Benar, langsung tiada manusia yang mampu melarikan diri daripada penyesalan. Penyesalan pun tidak pernah meninggalkan sosok yang bernama manusia.
Regret, it comes fast. In a split second, just like the wind, it touches you right away.
Penyesalan... Ianya sedang menimpa Airika sekarang. Perkataan yang sudah diucapkan, tidak dapat dia tarik kembali. Masa juga tidak boleh diputar semula.
Kesudahannya, dia cuma tersenyum. Biarkan sahaja... Penyesalan itu, kan mendewasakan dan mendidik. Maka, dia akan bertahan sahaja dengan rasa sesal ini.
Philosophy of regret, need we say more?
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Need I say more?๐ Hmm, Yna nak tanya ni...
Ada yang benci Airika tak?
Anyway, so sorry if chapter ni berterabur... Kalau ada pertanyaan / kekeliruan, comment aje, okey?
Alright, sayonara! ๐๐ฅฐ
โฟปเฏ ๐ง๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐๐๐ เฏโฟป
i) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ณ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ โง โ
ii) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ท๐ฐ๐ต๐ช๐ฏ๐จ โง โ
iii) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ค๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐จ โง โ
iv) ๐๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ด ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ฆ๐ท๐ฆ๐ณ๐บ๐ต๐ฉ๐ช๐ฏ๐จ โง โ
You are reading the story above: TeenFic.Net