HATI Ellia sangat senang memikirkan hubungan antara Crowner dengan Empire yang cepat sahaja terjalin mesra. Team Empire kala ini sudah tidak lagi kekok berhadapan dengan Crowner yang merupakan team senior yang mereka amat kagumi. Mereka jauh lebih selesa dengan satu sama lain sekarang berbanding sewaktu friendship date tempoh hari.
Jika mereka ada masa, Crowner dan Empire bahkan mengatur perjumpaan dengan satu sama lain. Dan setahu Ellia, perjumpaan mereka itu agak kerap diadakan sekiranya jadual dua team tersebut tidak padat. Cuma itulah, dia yang tidak dapat mengambil bahagian dalam perjumpaan mereka dengan kerap. Semuanya disebabkan dia dikekang oleh hal sekolah dan perkara-perkara lain.
Pun demikian, Ellia tidak berasa keberatan walaupun dirinya tidak dapat menyertai semua perjumpaan mereka. Apa yang penting baginya adalah friendship date yang dia dengan Airika rancang itu telah membuahkan hasil dalam menyatukan lingkaran persahabatan mereka berdua.
Just a note; It actually isn't wrong to have a large circle of friends, but you need to make sure they are all high quality and authentic.
"Aku dah ada banyak kawan sekarang ni... Tapi, aku masih lagi tak boleh berhenti fikirkan dia. CL, am I selfish if I ask for you too?"
Helaan nafas berat dilepaskan. Gelang tangan dengan charm burung phoenix yang dipakainya disentuh kejap sebelum dia membawa tangannya naik menudungi wajah.
Hatinya sangat ingin tahu bagaimana khabar CL dan apa yang CL lakukan saat ini. Akan tetapi, dia langsung tidak dapat mengetahui apa-apa. Hal ini menyebabkan dia sebal dan tidak puas hati. Tetapi, dalam masa yang sama, dia tetap jua faham bahawa mereka memang harus berhenti berhubung. Semuanya demi mengelakkan isu kurang enak seperti hari itu beredar kembali dan menjadi sesuatu yang lebih serius.
Ellia berdebat dengan akal sendiri bahawa mungkin di sebalik kata pengecut yang CL berikan kepada diri lelaki itu sendiri, nyatanya CL sejak dari awal lagi sudah menduga dirinya akan diugut berkenaan hubungan antara mereka berdua. Sebab itulah, CL terus memutuskan secara sepihak tanpa berbincang dengannya yang mereka tidak akan menghubungi satu sama lain lagi. Hal yang sangat tidak adil, tetapi walau bagaimanapun, tetap sebuah perlindungan.
Calling himself a coward when he was simply making decision to protect her, just what was it in his mind?
"CL, I promise... Saya takkan hampakan awak. I will keep moving forward and go as far as I can... Saya takkan putus asa tak kiralah sesukar apa jalan yang saya kena lalui."
Tekad dan hasrat Ellia semakin teguh. Ianya umpama tiang batu yang berpasak kukuh di dasar hatinya.
Datanglah segala dugaan yang ingin menghalang langkahnya, Ellia berkeras tidak akan tunduk. Dia memiliki harapan, dan dia punya hajat untuk dikotakan. Maka, selama hajat dan harapan itu masih bernadi dan berakar dalam jiwanya, dia akan terus berjuang.
Because dreams, hopes and wishes can only be realized by fighting for it. Without a fight, none of it can ever be accomplished.
Lama Ellia menetapkan pandangannya pada lukisan dream catcher yang dia gantung tepat di dinding berhadapan katilnya sehingga mata gadis itu perlahan-lahan terkatup sendiri.
Malam itu berlalu dengan tenang. Gugusan bintang yang berada pada satu garis lurus terlihat bersinar terang, melakar sebuah laluan bintang di angkasa.
It's as if even the stars grant their blessing to her wish, unknowingly.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Kontra dengan Ellia, Airika pula mengalami malam yang agak sulit dan tidak tenteram di rumahnya.
Kini, dia sedang memakai headphonenya apabila mendengar sesi lawan bicara antara Annie dengan Brendan yang semakin menjadi-jadi. Dia yang sememangnya tidak dapat tidur sedari tadi kian bertambah sukar untuk melelapkan mata.
Entah apa yang Annie dan Brendan ributkan, Airika juga tidak tahu soal tunjang permasalahan mereka itu. Namun daripada apa yang dia perhatikan, Brendan berkemungkinan besar naik angin kerana Annie terlalu banyak meluangkan masa di luar berbanding di rumah. Waktu pulang Annie bahkan tidak menentu, kadangkala hampir tengah malam dan ada kalanya pagi esok baru nampak batang hidungnya. Ke mana dia pergi, dengan siapa dia meluangkan masanya dan apa yang dia lakukan... Hanya wanita itu yang tahu.
Airika sedar, Brendan tidak pernah menghantar sesiapa untuk mengekori Annie selama ini. Awalnya, dia fikir daddynya itu tidak mahu Annie merasa dikongkong. Akan tetapi, sekarang ini, apa yang dia lihat adalah Brendan sepertinya tidak berniat untuk peduli akan perbuatan Annie lagi dan sekadar sibuk mencari kesalahan wanita itu. Untuk apa? Itulah yang menjadi misteri dalam benaknya kini.
Selain itu, Airika menyaksikan sendiri bagaimana layanan Annie kepada Brendan berubah dari sehari ke sehari. Sifat lemah lembut, penyayang, hormat dan pedulinya... Semua itu yang dahulunya wujud telah berubah dan lesap saat ini.
Airika tertanya sendirian. Mungkinkah perubahan sifat-sifat itu yang membuat Brendan jadi tawar hati dengan Annie?
"Apa yang berlaku antara diaorang sebenarnya?" gumam gadis itu dengan nada perlahan.
Andai dibiarkan mereka seperti ini, hubungan Annie dan Brendan pasti akan retak tidak lama lagi. Mengetahui hal ini, ingin rasanya Airika masuk campur. Tetapi, dia mana tahu apa-apa berkenaan hubungan mereka. Takut nanti dia malah mengeruhkan keadaan sedangkan niatnya cuma mahu membantu.
"Mommy, apa Lana patut buat?"
Sumpah Airika buntu! Dia tidak mampu membuat keputusan, sama ada ingin membantu atau membiarkan sahaja Annie dan Brendan seperti itu.
Fikir punya fikir, akhirnya gadis itu bersengkang mata pada malam tersebut. Bertemankan beberapa siri jeritan yang datang daripada Annie dan Brendan, malam itu terasa amat panjang baginya.
But then again, she's no stranger to such a long night.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Tepat hari ini, sudah seminggu semenjak Qualification Match yang Ellia sertai itu berlangsung. Dan kini, Ellia harus menduduki match ulangan atas arahan rasmi pihak VRS. Semuanya disebabkan komuniti VRS Timeline yang menghantar petisyen agar dirinya menyertai Qualification Match yang kedua. Dalam erti kata lain, ini juga bererti bahawa dia perlu mengulangi kejayaan yang dia telah capai hari itu.
Dalam keadaan Public Mic dimatikan, Ellia memasuki medan tahap Extreme dengan tenang. Selepas beberapa bulan lamanya, hari ini menandakan kali pertama dia kembali semula ke medan bertahap. Nyatanya, pentas Grand Event terpaksa dia tinggalkan sekarang juga adalah disebabkan petisyen yang dibuat oleh komuniti VRS Timeline itu kepada pihak rasmi VRS.
Pihak VRS sentiasa berpegang kepada suara majoriti dalam hal menyangkut petisyen rasmi. Memandangkan rata-rata pengguna VRS Timeline menginginkan Ellia melakukan match ulangan, mereka pun mengirim notifikasi kepadanya supaya menduduki pusingan kedua. Dan tentu sekali, ini membawa erti bahawa pusingan hari itu tidak lagi akan diambil kira walaupun Ellia jelas telah melayakkan diri untuk ke perlawanan rasmi sebelumnya.
Jenis match ulangan yang disertai Ellia petang ini ditetapkan oleh para pengguna VRS Timeline. Mereka sepertinya tidak mempercayai kemenangannya dalam arena Grand Event tempoh hari, jadi mereka meminta dia bermain dalam medan tempur bertahap kali ini.
Ellia awalnya terkejut dan sedikit tidak puas hati bercampur kecewa tatkala mendapat tahu tentang match ulangan ini, tetapi kesudahannya, dia tetap akur jua dengan permintaan pihak VRS. Biarlah dia penuhi sahaja kemahuan para pengguna VRS Timeline yang masih meragui kebolehannya itu agar mereka tahu bahawa kemenangannya dalam match sebelum ini bukannya suatu penipuan.
Berdasarkan analisis ringkas, Ellia melihat bahawa keseluruhan peserta dalam medan Extreme tersebut adalah seramai 3800 orang. Dia juga sedar bahawa medan tempur bertahap itu memberikan aura yang cukup berbeza dengan aura di medan Grand Event yang disertainya tempoh hari. Agaknya, mungkin kerana para players di medan tempur bertahap ini merupakan manusia sebenar dan bukannya karakter komputer.
"Siea, focus..." Dia berpesan kepada dirinya sendiri.
Aelice mula digerakkan dengan lebih lancar untuk meninjau keadaan sekitar.
Namun demikian, baru beberapa minit melakukan tinjauan, timbul satu perasaan tidak enak yang membuat hati Ellia mendadak gundah. Perasaan itu hadir tanpa sebarang amaran, dan tanpa alasan. Akan tetapi, Ellia tidak dapat mengabaikannya untuk sebab yang dia sendiri tidak tahu.
"Hesy! Feeling apa pula ni?"
Ellia cuba mempraktikkan teknik pernafasan yang baik untuk membantu dirinya bertenang, tetapi hampa. Suasana hatinya masih juga dalam keadaan buruk.
Perhatiannya yang terganggu membuatkan kawalannya terhadap Aelice sedikit terkesan. Maka, pada ketika beberapa grenades berasap dilontarkan secara mengejut sehingga menutupi persekitaran Aelice, Ellia tidak bersedia sama sekali.
Nasib baiklah Ellia kemudiannya berjaya menjernihkan semula fikirannya dan mengelakkan Aelice daripada dihentam serangan beberapa bilah pedang yang datang dari pelbagai arah.
Dia mengaktifkan weapon cemeti pada karakter Aelice lalu menghantar serangan balas secara bebas. Setiap libasan cemeti yang dia lakukan hanyalah mengikut anggarannya terhadap lokasi musuh-musuhnya.
Meski sudah hampir setengah tahun bermain VRS, nyatanya ketakjuban Ellia terhadap visualisasi realistik VRS masih tidak berkurang. Lihatlah apa yang berlaku sekarang ini... Jika ianya game lain, dia tentu akan dapat mengenal pasti dengan mudah lokasi musuh-musuhnya disebabkan kewujudan character ID mereka pada skrin. Tetapi untuk VRS, apabila grenades berasap dilepaskan, players akan sukar mengesan kedudukan satu sama lain dan cuma boleh bergantung kepada kemahiran menganggar jarak mereka sendiri. Ini kerana character ID akan lesap selama mana kesan grenades berasap itu berlangsung.
Pada Ellia, hal ini adalah sesuatu yang amatlah realistik. Kerana dalam kehidupan sebenar, mana mungkin seorang manusia boleh melihat apa-apa di tengah kancah kabut ataupun asap tebal. VRS mematuhi sifat realistik dunia sebenar, dan itulah yang membuatkan dia sangat mengagumi penciptaan game ini.
"Saga Kill!"
Mendengar pemberitahuan tersebut, Ellia membelalakkan matanya. Rasa terkejutnya kian bertambah tika melihat pengurangan players adalah melebihi 30 orang. Biar betul?
"Geez..." Dia berdecit kecil.
Usai sahaja asap yang ada di sekitarnya menghilang, barulah Aelice memajukan langkah menuju ke suatu kawasan yang terdapat sekumpulan players.
Belum pun mengenal pasti identiti mereka, Ellia sudah memutuskan bahawa mereka merupakan players jenis elit dan tidak boleh diremehkan. Pun begitu, dia langsung tidak bercadang untuk melangsungkan perlawanan yang panjang. Dan kerana itu, dia menggerakkan Aelice sebagai si penyerang sebelum sempat mereka melancarkan serangan.
Menggunakan grenades yang besar impaknya dalam menurunkan LR, cepat sahaja Aelice berhasil melaksanakan satu lagi siri killing.
"Saga Kill!"
"Bloody Seal!"
Ellia tersenyum nipis. Bloody Seal, tanda yang diberikan kepada mana-mana player yang berjaya membunuh lebih daripada 100 players dalam masa lima minit. Ianya juga tanda yang menunjukkan bahawa dirinya seorang killer aktif dalam VRS.
Aelice tidak membuang masa langsung dan terus sahaja mencari-cari musuh. Setiap kali ada musuh yang ditemui, dia akan segera menghabiskan LR mereka.
Just like a bloodthirsty beast, her killing become as fast as lightning and unstoppable.
Pada penghujungnya, hanya tinggal Ellia dan lima orang players lagi di medan tersebut. Mereka bertemu tepat di pusat medan itu dengan karakter masing-masing yang sudah bersedia untuk menyerang.
Detik itu juga, Ellia sedar mengapa perasaan tidak enak dalam hatinya tumbuh begitu sahaja. Ternyata para dark players yang dahulunya mempermalukan Aelice mengambil bahagian dalam match ini. Dan Ellia tahu, mereka menyertai match ini adalah bagi mengulangi sejarah hitam itu.
Raut wajah Ellia berubah tegang sedangkan tangannya pula sedikit menggeletar. Panahan matanya tertuju tepat pada skrin komputernya itu sambil hatinya marak dengan api amarah.
Hades, Lily, Rainbow dan dua orang lagi players lain yang Ellia lupa siapa mereka mara mendapatkannya secara serentak.
Statik di posisinya, Aelice sekadar menanti serangan mereka dengan tenang. Namun tepat sedetik sebelum weapons mereka menyentuhnya, cemeti Aelice sudah lebih dahulu membelit semua weapons mereka.
Dengan satu gerakan ringan yang santai, Aelice mencampakkan weapons mereka ke tepi. Selepas itu, dia melibas cemetinya dengan ligat ke arah dua players asing yang berdiri berhampirannya. Selang satu milisaat kemudian, dia menyerang Rainbow yang cuba membantu mereka pula.
Walaupun LR mereka belum habis lagi, Ellia tidak mengacuhkan mereka. Kerana baginya, mereka bukanlah sosok yang penting untuk dia pedulikan.
Aelice dia gerakkan untuk menyerang Hades, namun serangannya secara mengejut dihadang oleh Lily. Tidak, bukan dihadang. Sebaliknya, diterima. Ya, Lily menerima serangan itu bagi pihak Hades dan terbunuh disebabkan itu.
Ellia menghela nafasnya apabila mendengar suara J, Rainbow dan dua players yang tengah nazak itu menyeru nama Lily. Dia memutarkan bola matanya, beranggapan bahawa aksi mereka sedikit berlebihan. Begitu dramatik! Cuma kena kill dalam game kut, bukannya betul-betul mati pun.
"Kau! Berani kau buat macam tu dekat
dia!"
Suara J yang memetir itu membuatkan Ellia hampir tergelak sinis. Sebegitu berhargakah Lily pada lelaki itu? Memikirkan Alex yang tulus menaruh perasaan kepada J dan tindakan J yang pernah mengambil kesempatan atas ketulusan gadis itu, hatinya terbakar sendiri. Ditambah lagi dengan pengkhianatan J kepada Crowner. Rasa meluap-luap sahaja gunung berapi dalam dirinya saat ini!
Ellia lantas menggerakkan Aelice untuk membunuh Rainbow dan dua players tadi bagi memastikan tidak ada gangguan dalam perlawanannya dengan J sebentar lagi.
"Glory Kill!"
Baru sahaja Aelice selesai menumpaskan tiga musuhnya itu pada satu masa yang sama, dia terlempar ke belakang tika Hades memukulnya menggunakan satu tongkat. LRnya segera berkurangan dengan kadar lebih 50 peratus dalam waktu yang cukup singkat.
Ellia yang tidak menduga situasinya akan menjadi kritikal sebegini rupa sedikit bimbang untuk berhadapan dengan J. Tetapi, kebimbangan yang membekas di hatinya perlahan-lahan surut kala dia teringat tujuan murninya bermain VRS.
Bukankah dia cuma ingin melihat sejauh mana dia boleh pergi di dalam VRS? Hanya seringkas itu sahaja. Jadi, dia hanya perlu memberikan yang terbaik setiap masa, bukannya mendapatkan yang terbaik setiap waktu.
Doing her best is a must, getting the best is a bonus. That's the law.
"Kau akan membayar harga atas apa
yang kau dah buat pada dia! Kau...
Berani betul kau rosakkan reputasi
Ungkapan J tersebut menyebabkan Ellia tidak habis fikir bagaimana cara otak lelaki itu bekerja. J menyalahkan Crowner atas ketidakupayaan abang dan rakan-rakan abangnya sendiri... Dan kini, lelaki itu tidak dapat menerima tindakannya yang membunuh Lily kerana tindakan tersebut telah merosakkan reputasi sempurna Lily selama ini. What a funny brain he's got...
Serangan J yang tidak tentu arah dianalisis oleh Ellia. Sesekali dia ada juga menggerakkan karakter Aelice demi mengelak terkena serangan Hades.
Dia yang telah membaca gerakan J berfikir untuk mengambil kesempatan bila serangan Hades nanti membuka ruang untuk serangan baliknya. Walaupun begitu, niatnya terpaksa dia batalkan kerana strategi Hades dalam merancang serangan mendadak berubah.
Ah, sudahlah! Ellia yang sudah malas mahu memerhati dan menunggu J bersedia dengan serangannya terus memarakan karakter Aelice.
Weapon boomerang yang muncul secara mengejut dan hampir mengenai leher Aelice menaikkan tingkat kewaspadaan Ellia. Dia tahu, serangan maut J yang hanya disaksikannya dahulu tengah dia hadapi pada masa ini.
Satu kesilapan boleh memusnahkan segalanya, dan Ellia tidak bercadang untuk membuat kesilapan itu.
Semakin cepat gerakan serangan J, semakin lincah pula gerakan mengelak Aelice. Waima kebanyakan waktunya dia hanya sipi-sipi berjaya mengelak, Ellia menolak untuk merasa tertekan dengan hal itu.
"Kau cuma dapat mengelak, heh?
Siea, Siea... Do you think that
avoiding my attacks can help
you to beat me?"
Nada mengejek J jelas kedengaran. Sayang sekali, J tidak tahu bahawa bicaranya itu tidak memberi kesan kepada Ellia langsung.
Ellia malah berkeras untuk terus-menerus mengelak daripada serangan J. Tetapi tidak kira bagaimanapun, tentulah dia turut sedar akan hakikat yang dia tidak boleh mengelak sehingga ke akhirnya.
Dalam pada tangannya sibuk berdansa di atas papan kekunci, otaknya ralit menganalisis pelbagai benda. Antaranya termasuklah strategi J, kelebihan karakter Ace, Thorn yang lelaki itu gunakan dan apa yang karakter Knight pilihannya, Yuta dapat lakukan.
"Apa aku nak buat ni?" Ellia menggigit kecil bibir bawahnya. Mati akal dia memikirkan strategi untuk menewaskan J tika dia tidak dapat memikirkan apa-apa walaupun sudah sehabis daya membuat pelbagai analisis!
Sebaik kelajuan Hades bertambah lagi dan Aelice terkena sedikit serangannya, LR Aelice semakin menyusut. Jika tadi LRnya lebih kurang tinggal 40 peratus, sekarang cuma 20 peratus sahaja.
Detak jantung Ellia mula menjadi tidak terkawal. Matanya lurus menatap karakter Hades dan karakter Aelice secara bergantian. Perbezaan LR mereka adalah pada tahap 50 peratus. Dan kini, karakter yang lebih cerah peluangnya untuk meraih kemenangan semestinya adalah Hades.
"Kau dah sampai sejauh ni, Sofie. Jangan hanya sebab kau rasa kau tak berpeluang untuk menang, kau mengalah... Selagi LR kau belum habis, kau masih ada peluang. Kau masih boleh menang."
Bicara keras CL suatu ketika dahulu bergema di kotak mindanya, membuat semangat Ellia yang sudah hampir padam berkobar-kobar semula. Gadis itu kemudian menganggukkan kepalanya.
"A one percent chance is still a chance."
Aelice mendadak berhenti mengelak
You are reading the story above: TeenFic.Net