๐Ÿฌ๐Ÿฑ๐Ÿณ โ€ฃ ๐™’๐™๐™š๐™ฃ ๐™๐™๐™š ๐™‹๐™–๐™ง๐™ฉ๐™ฎสผ๐™จ ๐™Š๐™ซ๐™š๐™ง

Background color
Font
Font size
Line height

SAMPAI sahaja Ellia di tingkat teratas Houstelier Hotel itu, deria baunya langsung aktif mengesan bau daging panggang. Matanya bersinar terang. Wah, mereka semua tidak main-mainlah! Barbecue party sungguh-sungguh diadakan untuk dirinya... Huwaa, ini mengharukan!

"Ehem, ehem, ehemmmm! Attention, our main lead has come... Everyone, line up and bowww!"

Mendengar mandat yang dikeluarkan oleh Dan itu, Alex, CA, Eli, Hope, L, Rel, Sun dan Yuki segera memberi tunduk hormat kepada Ellia dengan teratur. Melihat mereka semua sudah membongkokkan badan secara sempurna, Dan kemudiannya turut menunduk hormat juga.

Ellia tergelak kecil, lucu dengan keletah mereka. "Alright, stop it, you guys... Apa benda ni? Tunduk hormat? Gosh, please... Aku bukannya berketurunan permaisuri, okey? Dah, tak payah buat tunduk hormat lagi dah..."

Dan membawa penumbuknya ke bibir sebelum berpura-pura batuk. "Ehem... Please follow the rule."

Jari Dan yang menunjuk ke arah sesuatu di belakang Ellia membuatkan gadis itu memutarkan tubuhnya dengan dahi yang berkerut nipis. Satu signboard yang terpacak tegak terus muncul dalam bingkai penglihatannya.

"A Must-do: ROLE-PLAYING."

"Seriously?" Ellia menghadap semula ke arah mereka semua yang masih tunduk kepadanya. "This is a joke, right? Tell you what, aku takkan termakan dengan benda macam ni... Dah-dahlah, berhentilah buat tunduk hormat. Aku tahu, belakang korang mesti tengah sakit sekarang ni, kan? Jadi, hentikan ajelah acara tunduk hormat korang ni. Nanti jadi bongkok, korang sendiri yang susah."

Tidak mempedulikan mereka, Ellia berlalu dan melabuhkan duduknya di atas satu kerusi lipat. Garpu dicapai lalu dicucuk pada puding berwarna jingga yang terletak di atas meja. Saat puding itu dimasukkan ke mulut, matanya lekas terpejam. Ooo la la, yummy!

Walau bagaimanapun, dia mula kekok apabila rakan-rakannya masih kekal dalam keadaan tunduk hormat walhal sudah hampir lima minit. Takkanlah mereka betul-betul serius memaknakan apa yang tertulis pada signboard tadi?

"Err... Korang betul-betul serius ke ni? Korang? L? Sun? Alex? CA? Hope? Yuki? Dan? Eli? Rel?"

Ha, sampai habis sembilan nama disebutnya! Akan tetapi, dia tetap tidak menerima sebarang respons. Rasa serba salah Ellia buat seketika. Masalahnya, dia tidak reti dengan aktiviti role-playing! Sudahlah rasa malunya berada pada tingkat dewa... Keyakinannya tiada langsung dalam aktiviti sebegitu!

"Kal-Kalau korang macam ni, a-aku rasa better aku pulang ajelah..."

Ah, sudah! Rencananya mahu mengugut, tetapi boleh pula dia tergagap-gagap. Punah harapan Ellia mahu menjadi tukang ugut berjaya! Mana ada tukang ugut yang gagap orangnya di bumi ini... Err, ada ke?

'Oh, ingat aku main-main eh? Tak apa, korang tunggu... Ini Sofie Gracellia, okey? Kalau aku kata aku nak balik, aku mesti akan balik punya. Tak percaya? It's okay, biar aku balik betul-betul,' sungutnya di dalam hati.

Ketiadaan respons yang berkekalan menyebabkan Ellia tanpa ragu mengatur langkah untuk pergi dari situ. Dia menghela nafas perlahan lantas membilang nombor di dalam hatinya. Satu... Dua... Tiโ”€

"Kakak!"

"Ellia!"

Tepat sedetik sebelum kakinya mencecah laluan pemisah antara lantai hotel dengan lantai kawasan khas untuk sesi barbeku itu, mereka semua bersuara.

Ellia tersenyum senget. Just a piece of cake! "Apa? Korang, kan suka sangat tunduk hormat..." Intonasinya dibuat-buat dingin.

Sesaat kemudian, terasa kedua-dua lengannya dirangkul mesra dari belakang. Tidak perlu melihat pun, Ellia sudah tahu siapa gerangan yang berani berbuat perkara itu.

"Kakak... Janganlah merajuk. L, Sun dengan yang lain... Kitorang semua bertungkus-lumus sediakan parti barbeku untuk kakak, you know? Mana boleh kakak balik macam tu aje..." L bersuara lembut dengan nada memujuk.

Suatu fenomena yang amat jarang dilihat! Tetapi, Ellia masih kekal dengan wajah beku palsunya. Sekali-sekala kena pujuk, seronok juga ya rasanya?

"Haah... Betul tu. Sun dengan abang dah ikut cakap kakak... Kitorang langsung tak jejak sekolah hari ni sebab tak nak kacau kakak dengan Qualification Match kakak tu. Sampai hati kakak tak menghargai kebaikan hati kitorang, kan?"

Berdrama pula adiknya yang seorang ini! Namun, bila masa dia minta L dan Sun supaya tidak hadir ke sekolah? Ellia mengeluh perlahan. Sun... Sun... Elok sangatlah menjadi seseorang yang kuat memutarbelitkan fakta.

Telinga Sun kemudiannya dipiat perlahan. "Eiii! Bila masa kakak suruh korang tak datang sekolah? Kakak kata, bila dekat sekolah nanti... Walaupun korang dapat tahu yang kakak menang, just pretend like it's nothing. Tapi alih-alih, korang tak hadir sekolah pula!"

"Kakak... Just pretend like it's nothing, you say? Sun lebih rela tak hadir sekolah berbanding tak dapat jadi manusia pertama yang raikan kemenangan kakak secara live. Do you know that? Macam mana Sun nak berlagak yang kemenangan kakak tu bukan apa-apa? Sun ketua fandom kakak kut! Tengok ni, Sun pakai T-shirt hashtag stan my sister lagi!"

Ellia melepaskan telinga Sun dan memerhatikan penampilan adiknya itu. Disebabkan tadinya Sun memakai jaket yang menutupi T-shirt pada tubuhnya itu, dia tidak dapat mengamatinya dengan baik. Namun kini, setelah Sun menanggalkan jaket tersebut, pandangannya terasa berpinar-pinar kerana T-shirt adiknya itu. Tidak boleh tidak, dia lalu meletakkan tangannya ke dahi, matanya pula terpejam erat.

"Design... Susan Haelynn, siapa yang buat design T-shirt ni?"

"Mestilah Sun! Kenapa? Tak cantik eh? Kakak, I had put sparkles everywhere... So it looks all sparkling. Sun tambah manik-manik lagi... Takkanlah tak cantik?"

Keyakinan adalah segalanya. Ya, seorang Susan Haelynn mana pernah tidak yakin.

Sayang sekali, Ellia tidak mampu menerima keyakinan adiknya itu pada masa ini. Boleh naik demam dia dengan rekaan baju Sun itu!

"You..."

"Kakak, nak duduk?" soal L.

"Yes... I don't think I can handle this."

L dan yang lain mengemam bibir, masing-masing cuba menahan tawa dek reaksi Ellia itu. Cuma Sun seorang yang memuncung panjang.

"Kakak, tak cantik ke?"

"Sun, I'm sorry but there are too much sparkles and beads... Dan warna T-shirt ni terlampau terang."

'It might even has the potential to make someone go blind,' sambung Ellia dalam hatinya. Namun untuk menyuarakan hal itu, dia tidak berani. Takut nanti Sun makan hati berulam jantung pula!

"Really?"

Sun tunduk memandang ke arah T-shirt yang melekap di tubuhnya itu. Nampak okey sahaja di matanya, tetapi mendengar komen daripada Ellia itu, dia jadi bimbang andai kakaknya terasa dengan design yang dibuatnya.

"Kain yang Sun pilih untuk buat T-shirt tu kain fabrik kasar... Kalau terlampau lama pakai, nanti Sun mungkin rasa tak selesa sebab kulit Sun jenis sensitif. So, Sun patutnya gunakan kapas atau jenis kain lain yang tak terlampau kasar. And instead of combining all these beads and sparkles that it became a mess, why not you just add a few little flowers embroidery then put cute white beads on the center of all the flowers? Lagi simple macam tu, kan? And for the colour of the T-shirt, I think you can use pastel colours."

Tersedar yang dia baru sahaja membentangkan idea design baju yang lahir murni dari akalnya, Ellia pantas mengembungkan pipinya. Semua yang berada di sekelilingnya membisu memandang dia dengan riak yang sukar ditafsirkan, menyebabkan Ellia mulai salah tingkah. Dia berdiri dari duduknya dan mendongak ke atas, menghayati panorama langit malam. Sesekali pipinya digaru, cuba memadam rasa canggung.

"Ellia... Kau nak ambil course fashion eh?" tanya CA, meleraikan kesunyian.

"Erm... I do."

"Lah... No wonder kau boleh dapat idea untuk design baju dengan tiba-tiba macam tu aje," kata Hope.

"It's weird but... Aku dah boleh terbayang macam mana rupa baju tu." Alex menggaru kepalanya.

"Kan? Aku pun sama." Cepat sahaja Yuki bersetuju. Bahu Alex dipaut teruja. "Mesti cantik, kan?"

"Aku pun dah boleh bayangkan..." Rel turut mencelah.

Alex, CA, Dan, Eli, L, Sun dan Yuki memandang pelik ke arahnya. Pandangan mereka seperti mengatakan, "Bro, you alright? Kau tak keliru dengan gender kau, kan?"

Ellia hanya melepaskan tawa sahaja. Dia tidak rasa pelik pun dengan Rel. Lagipun, dia sedar citarasa fesyen Rel cukup baik juga. Dari rambut sehingga kasut, amat nyata bahawa Rel sememangnya seseorang yang agak mementingkan fesyen. Stylo semacam!

"What? Fesyen tu seni, kan? It's a beautiful thing, and everyone have the right to define it. I mean, aku tak perlu jadi perempuan untuk tahu pakaian perempuan mana yang bergaya. Aku boleh imagine the looks of women's clothes if I want to. And women can do the same, no? Ellia, let me ask you... Dalam kelas kau, cuma perempuan aje ke yang tertarik untuk jadi pereka fesyen atau berminat dengan fesyen?" Rel memeluk tubuh dengan pandangan seriusnya tertuju pada Ellia.

"Erm... No. Malah sebenarnya, cuma ada sekitar tiga orang perempuan aje di kelas aku yang nak ambil bahagian dalam industri fesyen. While guys, there are actually more than 20 who are in love with fashion course. And in total, kelas aku ada lebih kurang 50 something students... So, urm, you can imagine how awkward the situation is for us three girls..."

"Gosh... That's... Extremely awkward."

"Okey, okey... Cukup-cukuplah dulu dengan berbual tu, korang. Aku rasa semua makanan ni dah mula sejuk," tegur Eli, menghentikan sebarang perbualan baru daripada terwujud. Jatuh simpati dia dengan semua makanan yang terbiar itu!

"Eleh... Kalau kau lapar, cakap ajelah. Dasar glutton!" CA tersenyum mengejek.

"Say that again... I dare you." Eli mengecilkan matanya.

"Oh, I'm scared... Gluttttooonnnn!"

Dan dengan itu, bermulalah aksi kejar-kejar antara seorang teruna berusia 22 tahun dengan sang dara berumur 21 tahun.

Terlopong habis semua mata yang melihat. Namun setelah bertukar-tukar pandangan, senyuman penuh makna lekas terbentuk pada wajah mereka.

"Alright, guys... Yang singles boleh makan dulu," beritahu Dan dengan selamba sambil menggenggam erat tangan Hope. Sengaja menunjuk!

"Dan, you're really one bad guy," omel Hope dengan nada perlahan.

"You love me, anyways."

"Hmm... So, you should feel lucky."

"I do feel so."

Senyap-senyap Alex, Ellia, L, Rel, Sun dan Yuki pergi mengambil makanan sementara empat individu lain di situ sibuk beraksi manis. Macam itulah gayanya bila dunia milik berdua sahaja!

To all the singles out there, your one(s) may haven't come yet, but you should enjoy your solo time. Love yourself even before you meet the one(s) so you would always feel enough in love.

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜ž โ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

Burung-burung asyik berkicauan rendah menyambut ketibaan waktu pagi. Matahari juga sudah memancarkan teriknya ke bumi. Ramai orang kini sibuk menyelesaikan bisnes pagi hari mereka; bersarapan, berangkat kerja, dan bersenam.

Namun pada masa yang sama, di satu bilik yang suram, suatu dengkuran halus masih lagi kedengaran. Kelihatan jam locengnya pula terbaring di atas meja pada sisi katilnya.

Tok! Tok! Tok!

"Ellia... Ellia..."

Tiada sahutan. Vanessa mengeluh sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya. Belum bangun lagi puteri sulung Encik Blair dan Puan Sienna itu rupanya!

"Penat sangat agaknya budak ni... Itulah, siapa suruh pulang lewat semalam? Kan tak dapat nak bangun awal pagi ni... Hmm, kena fake hope lagi aku... Janjinya semalam nak temankan aku beli bahan buat manisan jam 8.00 pagi tadi, sekali tengok, masih elok berselimut walaupun sekarang dah jam 9.30 pagi... Haih... Sabar ajelah aku macam ni." Dia berleter rendah.

Sudahnya, Vanessa turun kembali ke tingkat bawah dan mencapai kunci kereta. Terpaksalah dia pergi membeli semua bahan membuat manisan itu seorang-seorang!

Seolah terdengar-dengar kutukan di tepi telinganya, Ellia membuka mata dengan kadar yang cepat. Sesudah menguap, dia berlalu ke bilik air dengan langkah longlai.

Selang beberapa minit, dia keluar dari situ dengan wajah yang lebih segar. Kemudian, dia menuju ke kawasan meja studinya. Telefon yang diletakkan di atas meja studinya dicapai dengan rasa tertanya-tanya apabila melihat ia kerap bercahaya dan bergetar.

SunNy

Kakak, check your VRS
Timeline now!!!
โ”โ” 09:32

Kakak, are you there?
โ”โ” 09:35

Kakak? Oh God, you're
worrying me!
โ”โ” 09:36

Kakak, reply to me,
please... Are you
okay?

โ”โ” 09:37

Kakak... Please...
Type something.
โ”โ” 09:38

Pusing kepala Ellia dibuatnya! Mengapa Sun menghantar chats seperti itu kepadanya? Apa yang ada dalam aplikasi VRS Timeline sekarang?

Tidak ingin terus penasaran, tangannya ligat mencari aplikasi tersebut. Setelah dijumpai, dia langsung menekan ikon aplikasi itu. Beberapa saat perlahan-lahan berlalu, namun isian dalam aplikasi itu masih belum selesai loading. Hesy, saspens hatinya!

Ellia keluar ke balkoni biliknya dengan harapan proses loading itu akan berjalan lebih cepat. Dia mahu tahu apa sebenarnya yang sedang beredar trending di dalam aplikasi tersebut sekarang ini!

Menyaksikan lingkaran loading itu menghilang, hati Ellia mula merasa tidak nyaman. Jantungnya seakan terhenti tatkala beberapa posts yang sedang trending kian terpapar sepenuhnya pada skrin telefonnya itu.

"HOT NEWS!
One of the PQ of VRS candidates, Siea, was revealed to have messaged with CL before this. Below were some revealed messages between the two. What are your thoughts on this? Could they possibly be in a relationship?

Note: These messages were from last year, and the last one message was situated right before CL's account got banned and became inactive."

A-Apa semua ini?

ใ€„โจพใ€„โจพใ€„

โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’

Ooffff--๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜ณ
YESSS, I KNOW CERITA NI MAKIN MENGARUT๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Don't complain sekarang, okey? (Kalau korang dah terniat) Complain lepas S1 ni selesai nanti, Yna tak nak patah hati sekarang--๐Ÿ˜‚๐Ÿ‘€ Takut nanti tak end langsung story ni... HUHUHUHU~

โฟปเฏ ๐—ง๐—›๐—”๐—ก๐—ž๐—ฆ ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—ง ๐™๐™Š๐™ ๐™๐™€๐˜ผ๐˜ฟ๐™€๐™๐™Ž เฏโฟป
i) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
ii) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ท๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
iii) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“
iv) ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ โง˜ โœ“

Alright, see ya' on the next chap! โค๏ธโค๏ธ


You are reading the story above: TeenFic.Net