๐Ÿฌ๐Ÿฑ๐Ÿฒ โ€ฃ ๐˜ผ ๐™‘๐™ž๐™˜๐™ฉ๐™ค๐™ง๐™ฎ ๐˜พ๐™–๐™ก๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™›๐™ค๐™ง ๐™๐™ง๐™–๐™œ๐™š๐™™๐™ฎ

Background color
Font
Font size
Line height

DALAM pada berjalan sendirian di kawasan koridor yang menempatkan bilik seni dan bilik muzik, Ellia tetap tidak menurunkan tingkat kewaspadaannya. Tali beg galasnya dipegang erat. Gayanya itu memperlihatkan seolah-olah dia takut beg galas tersebut bakal dicuri.

Namun kenyataannya, Ellia memegang erat tali beg galasnya bukan untuk alasan itu. Dia berbuat sedemikian kerana dia sedang gementar. Gementar kerana takut bahawa dirinya dilihat sesiapa semasa bermain VRS nanti, dan risau tentang kesudahan Qualification Match yang akan disertainya pada hari ini.

Ya, Ellia sudah membuat keputusannya. Dia akan bermain untuk Qualification Match yang biasa sahaja.

"Haih... Kenapa tangan aku sejuk sangat ni?"

Dia merungut kecil apabila dua tapak tangannya bertemu. Terasa macam dia baru sahaja memegang ketulan ais yang banyak sehinggakan suhu tangannya begitu sejuk!

Ellia kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya. "Come on, Ellia... Belum apa-apa lagi, kau dah menggeletar teruk macam ni. Chill, alright? Tak ada orang yang tengok kau main pun... There'll only be you and the computer."

Saat matanya terpandang tanda nama bilik seni, automatik bibirnya membentuk lengkung positif. Segugus kunci yang berada dalam tangannya diputar-putar laksana mainan spinner. Pfft, mentang-mentanglah ada keychain berbentuk spinner pada gugusan kunci itu... Dijadikan pula kunci itu sebagai mainan spinner sebenar!

Tiga langkah besar lalu diambil sebelum dia berhenti tepat di hadapan pintu bilik seni. Kunci di tangannya itu kemudiannya dia cucuh masuk ke dalam lubang tombol pintu tersebut.

Mendengar bunyi 'klik', Ellia langsung memulas tombol itu. Bunyi berkeriut lekas kedengaran apabila pintu itu dibukanya.

Tatkala kaki menapak masuk ke dalam bilik seni yang sudah beberapa ketika tidak dilawatinya itu, perasaan rindu mulai merangkak dalam sanubarinya.

Dahulu, di bilik seni inilah Ellia menghamparkan segala emosinya. Dia berkarya dengan bebas, berbekalkan berus lukisan dan warna air yang pelbagai jenis, untuk meluahkan perasaan yang terpendam dalam dirinya. Ketika itu, dia belum kenal VRS mahupun berinteraksi dengan CL. Belum lagi bertemu rakan-rakan yang dia miliki sekarang ini... Dia sendirian cuma. Hanya bilik seni ini yang menjadi penemannya apabila adik-adiknya tidak berada di sekolah.

Pada kanvas yang tersedia, dia acapkali mencurahkan kreativitinya dengan penuh emosi. Saat itu, dia sahaja yang ada di bilik seni ini. Hasilnya, dia selalu merasa bebas di situ. Tiada mata yang memerhati, tiada telinga yang mendengar, dan tiada mulut yang berucap. Cuma dia dan karya-karyanya yang wujud.

Puas mengimbau kenangan, Ellia tunduk mengerling jam tangannya. Baru pukul 8.00, masih ada waktu sejam setengah sebelum Qualification Match itu bermula.

Dia meletakkan beg galasnya yang berisi komputer mini VRS itu ke atas meja yang sedia ada di sisinya. Selepas itu, dia berlari-lari anak membuka langsir, membiarkan bilik seni itu mendapat pencahayaan dari luar yang sejak sekian lama tidak sampai ke situ.

Berdasarkan pernyataan guru subjek seninya, iaitu Mrs. Marian, bilik seni itu sudah agak lama tidak diguna pakai. Lagi pula, sekolah telah membuka bilik seni baharu pada tahun lalu. Jadi, bilik seni yang dia datangi ini memang kurang digunakan.

It's something usual, isn't it? New things are always in the spotlight while the old ones simply go to waste.

Selesai membuat pembersihan, barulah Ellia menghidupkan pendingin hawa. Peluh yang membasahi dahi dikesat menggunakan sapu tangan miliknya.

Seketika kemudian, dia melabuhkan duduk pada kerusi di kawasan meja tempat dia meletakkan beg galasnya tadi. Komputer mini VRS dikeluarkan dari dalam beg tersebut dan dihidupkan. Beberapa regangan jari dilakukan sementara menunggu proses 'on' komputer itu selesai.

Sekali lagi, pandangan Ellia dia jatuhkan pada jam tangannya. Tinggal lima minit lagi! Headphone lincah disarungnya ke kepala.

"Alright, here I go... Kalah menang tak penting, apa yang penting adalah pengalaman," ucapnya perlahan dengan senyuman.

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

Ellia memilih arena Grand Event sebagai medan tempurnya bagi Qualification Match yang disertainya kini. Sikapnya memang berani mati, itu suatu hal yang nyata. Dungu? Ya, sedikit.

Dalam sejarah VRS, hanya dua orang sahaja dalam kalangan girl players yang memilih arena Grand Event sebagai medan tempur Qualification Match mereka, yakni Chaela, bekas PQ of VRS yang sehingga hari ini kekal tiada pengganti dan Ellia. Namun kalau dalam kalangan guy players, sudah ramai yang pernah mencabar kemampuan diri menyertai Qualification Match dengan arena Grand Event sebagai medan tempur.

Semua orang sudah maklum akan kenyataan bahawa arena tersebut adalah suatu arena yang amat menggerunkan. Tetapi berbanding dengan battles biasa, pusingan Qualification Match yang berlangsung di arena itu adalah jauh lebih dahsyat keadaannya. Bahkan lebih fatal berbanding medan Merciless stage. Sebab itulah, ramai yang tidak akan bertindak memilih arena Grand Event kala menyertai Qualification Match. Ianya... Terlalu mencabar!

Ellia pun tidak tahu mengapa dia memilih arena Grand Event tanpa berfikir panjang ketika pihak VRS mengirim pilihan medan tempur kepadanya malam tadi. Tetapi apa-apa sekalipun, dia tidak mungkin menarik diri sekarang. Pilihan sudah dibuat, dan tarik diri bukanlah pengakhiran yang dia inginkan. Maka, dia tetap akan menyertai Qualification Match ini juga meskipun dia tahu dia berkemungkinan besar bakal menghadapi kekalahan!

Seusai masuk ke arena, Aelice mula mencari tempat persembunyian. Lokasinya ketika ini adalah Rou Island versi pagi, medan tempur kedua yang bertempat di suatu kepulauan selepas Caribbean Island. Ianya medan tempur bersuhu sederhana panas dengan matahari yang bersinar terang. Selain itu, ianya juga salah satu medan tempur yang jarang Ellia jejaki, tetapi sudah dia pelajari laluan-laluannya.

Sedang Aelice berlari menuju ke arah sebatang pokok kelapa yang besar untuk bersembunyi, tiba-tiba sahaja satu das tembakan dilepaskan tepat ke arahnya. Mujur dia sempat mengelak!

"Weh! Diaorang ni datang dari mana?" Ellia cemas sebentar dek melihat karakter-karakter yang berpakaian seperti orang asli mengejar Aelice.

Dia hanya dapat bertenang semula selepas teringat akan fakta yang sekarang ini, dia bukannya berlawan dengan characters biasa yang dikawal oleh players hidup seperti dirinya. Sebaliknya, dia sedang bertempur dengan characters yang berada di bawah kawalan tetapan computer judges IGCC sendiri.

Dia sudah dimaklumkan bahawa hal ini bukan bererti judges yang menjadi lawannya, tetapi... Computers. Judges hanya menetapkan pergerakan-pergerakan characters itu, tetapi mereka tidak akan mengambil bahagian apabila battle berlangsung di arena Grand Event. Characters yang mereka tetapkan pergerakannya itu akan berlawan sendiri sedangkan mereka pula sekadar menjadi pemerhati.

Dalam pada panik, Ellia tetap juga berjaya mengawal karakter Aelice dengan profesional. Karakternya itu digerakkan pantas sehingga berjaya lolos daripada ditangkap oleh characters tadi. Namun demikian, dia sama sekali tidak dapat berehat bilamana dua characters bersenapang memunculkan diri di hadapan Aelice.

Aelice ditetapkan supaya mengambil beberapa biji kelapa lalu mencampakkannya ke arah mereka sementara Ellia memilih weapon yang sesuai untuk menyerang.

Beberapa grenades dan sebilah pedang mudah lentur diaktifkan pada karakter Aelice.

Aelice pantas membaling grenades asap ke arah dua characters tadi. Mengetahui mereka terganggu dengan asap tersebut, dia maju menyerang mereka menggunakan pedangnya. Bahagian jantung kedua-dua characters itu ditikamnya tepat tanpa belas kasihan.

"Slash Kill!"

Belum sampai seminit selepas Aelice membunuh mereka, dia membaling pula pedang di tangannya ke belakang dan...

"Epitome!"

Ellia tersenyum nipis mendengar suara server itu. Dia sudah lali dengan situasi sebegini. Jika ada serangan terang-terangan di depan, pastinya akan ada juga serangan hendap di belakang. Konklusinya... Even the back must have eyes, fellas!

Tidak membuang masa, setelah pedang tadi berpatah balik sendiri ke tangan Aelice, dia langsung meninggalkan kawasan itu.

Berhadapan dengan serangan anak panah yang muncul dari pelbagai arah secara mengejut, Aelice menggunakan pula weapon boomerang dan mematahkan semua serangan itu dengan gerakan membulat boomerangnya.

Berdasarkan serangan jitu itu, Ellia langsung dapat menyedari bahawa characters yang tengah menyerangnya kali ini berbeza rank dengan empat characters yang dibunuhnya tadi.

Aelice lantas melontar boomerangnya dengan lebih jauh, membuatkan boomerang itu bergerak menyerang mengikut bulatan secara lebih meluas. Beberapa bunyi erangan kesakitan kedengaran sebelum...

"Saga Kill!"

Ehhh?

Ellia mengerutkan dahinya. Baru sahaja dia terfikir yang serangannya itu tidak akan berkesan, dan sekarang... Semua characters tersebut terbunuh? Ertinya, semua characters itu bukanlah pada rank yang sama dengan Aelice? Namun serangan mereka tadi...

"Jitu tak bermakna rank diaorang tu tinggi. Sometimes, itu cuma bermaksud yang diaorang tu mahir menyerang."

Kata-kata CL itu bermain dalam benaknya, dan Ellia mula faham maknanya sekarang. Characters yang pergerakannya ditetapkan oleh judges IGCC sendiri, masakan mungkin biasa-biasa sahaja. Mereka players veteran dalam dunia VRS yang sudah terlalu berpengalaman mengatur serangan. Tentulah characters mereka pun boleh menyerang dengan baik waima berada pada rank rendah!

Jumlah players yang tinggal dalam arena itu dilirik sekilas. Ada 4000 lebih orang lagi... Fuh, lambat lagi tempoh dugaan mahu berakhir nampaknya!

Sambil berjalan, Aelice mula meninggalkan beberapa 'benda' di kawasan sekelilingnya. Saat sekumpulan characters orang asli muncul di hadapannya, langkahnya terus dihentikan.

Aelice menunggu mereka menyerang, tetapi mereka seperti tidak bergerak sama sekali. Hairan Ellia jadinya!

Pun begitu, rasa hairannya terus mati bila beberapa kumpulan characters orang asli muncul mengepungnya. Jika dilihat, jumlahnya seakan menjangkau 4000 characters!

"Biar betul? Diaorang semua terus berkumpul macam ni ke? Woi! Ni bukan dikira cheating ke?" Separa menjerit Ellia melontar bicara.

Bagai mahu tercabut jantungnya tika melihat satu anak panah berapi dilempar kepada Aelice! Tidak sempat mengelak langsung, anak panah itu sudah melintasi bahagian bahu Aelice. Langsung sahaja LRnya menurun ke tahap 70 peratus!

Ellia ternganga. Satu anak panah itu sahaja boleh menurunkan 30 peratus tahap LR? Apakah? Kalau terkena lagi sekali, mesti tahap LR Aelice akan sampai ke tahap sederhana kritikal!

Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia menghabiskan tenaga Aelice dengan mengaktifkan dinding pelindung. Dihujani anak panah beserta anak sumpit yang berapi, ketahanan dinding itu terkesan. Tenaga Aelice juga semakin berkurang bagi mengekalkan dinding tersebut sebagai perlindungannya.

"Kau akan kalah! Kalah! Kau akan kalah, Sofie Gracellia!"

Mengingati pesanan suara daripada malam tadi yang dihantar oleh tukang ugutnya menggunakan satu lagi nombor yang tidak dikenalinya selepas nombor hari itu disekatnya, Ellia mengetap gigi. Dasar pengganggu ketenangan mental!

Jika boleh, dia juga tidak ingin kalah.

Namun melihat skrin komputer itu, dia kaku di posisinya. Serangan berlanjutan tanpa henti, dan pertahanannya semakin goyah... Masih ada lagikah sinar kemenangan yang tinggal untuknya?

Atau akankah dia kalah seperti ini?

"Tapi, aku tak bercadang untuk kalah macam ni," gumam Ellia sendirian.

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

"No! Kenapa Ellia tak bergerak ni? Kalau dia asyik bertahan dalam dinding tu, itu sama aje macam suicide!"

CA yang menonton perlawanan live Ellia itu jadi tidak senang duduk. Nampak macam mahu menangis pun ada juga! Dia tidak ingin Ellia kalah... Tidak dengan cara seperti ini. Dia tahu, Ellia mesti boleh melakukan sesuatu. Pasti ada cara untuk gadis itu menjadi pemenang!

"CA, tenang dulu, okey? The battle isn't over yet," ujar Eli.

"Betul tu, kakak janganlah risau. Rel pernah battle dengan dia, dan Rel boleh jamin yang selama ni, Ellia masih belum tunjukkan kebolehan sebenar dia. Macam CL, dia tak pernah tunjuk sangat apa yang dia boleh buat," tambah Rel pula.

Ketika semua orang dalam bilik menonton perlawanan VRS khas di Crowner Palace itu mula riuh dengan pendapat masing-masing, Alex yang khusyuk memfokuskan tatapannya ke skrin televisyen cepat sahaja meminta mereka semua senyap.

"You guys, senyap, please... Tengok tu, Aelice dah start gerak semula."

"Hah?"

CA, Dan, Eli, Hope, L, Rel, Sun dan Yuki buru-buru menatap skrin televisyen semula.

"What is she doing?" Dan mengerutkan dahinya.

Seakan ditarik magnet, mereka bersembilan memajukan badan masing-masing untuk melihat dengan lebih dekat skrin televisyen itu. Tidak semena-mena...

"BOOOMMMMMMMMMMM!"

"Starlight Party!"

"Mak kau, jantung aku meletup!" latah Yuki dengan kuatnya.

Mereka yang lain pula mengundurkan badan masing-masing semula seraya mengurut dada.

"Siapa yang set sound tinggi sangat ni?"

Soalan CA itu membuatkan ahli-ahli Crowner pantas menuding jari ke arah Rel yang tersenyum innocent.

"Viorel Aerean!"

"Uwaaa, ampunkan Rel! Kakak, ampun! Apa ni? Dahlah adik kakak tu kaki buli, sekarang kakak pula yang pukul Rel! Ini tidak adil!"

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

Ellia menghembus nafas lega. Ada senyuman puas yang mekar pada wajahnya, tanda gembira dengan kemenangan yang baru sahaja dia perolehi.

Tidak sia-sia dia meninggalkan segala batuan mudah terbakar di kawasan sekeliling Aelice tadi! Dengan adanya cahaya matahari, semua batuan yang disusun rapi dalam bentuk bulatan itu terbakar dan menghasilkan letupan besar.

Semua batu itu sebenarnya bahan letupan yang cukup berguna walaupun ianya bekerja dengan kadar yang lebih lambat berbanding grenades. Selama ada api atau matahari, batu-batuan itu dapat dirangsang untuk mencetuskan sebuah letupan. Memanglah tidak berapa berkesan jika hanya sedikit sahaja digunakan, tetapi kisahnya berbeza andai semua batu tersebut digunakan dalam jumlah yang cukup banyak seperti yang Ellia lakukan sebelumnya.

Sebentar tadi, dia hanya membiarkan Aelice statik dalam dinding perlindungan itu kerana dia menunggu waktu letupan tersebut berlaku. Meskipun ianya suatu jalan yang berisiko tatkala dia memikirkan potensi letupan itu mungkin berlaku lebih lambat berbanding jangkaannya dan dia terbunuh sebelum letupan itu berlaku, Ellia tetap berani memilih jalan tersebut.

Mengapa? Kerana dia tahu bahawa benda yang berisiko sentiasa punya dua kesudahan. Bad ending and good ending.

Lagi pula, seandainya dia mahu menukar pelan pun sebelum ini, apa lagi pelan yang dia ada? Dia sudah terlanjur mengaktifkan dinding perlindungan, dan pada masa bersamaan, tenaga Aelice juga sudah menurun dengan drastik. Kalau dia masih cuba melawan semua characters pada rank Deity itu dengan tenaga yang tersisa, dia hanya menempah maut sahaja. Kerana nyatanya, dia memang tidak akan berpeluang menumpaskan 4000 lebih characters tersebut!

Bagi rank semua characters itu, Ellia cuma menentukannya berdasarkan serangan-serangan yang mereka lancarkan ke atas Aelice. Pada waktu ini, rank Aelice masih lagi 'Saintess'. Dan dia sudah membuat pelbagai percubaan beberapa waktu dahulu, di mana dia membandingkan serangan daripada players rank mana yang biasanya dia tidak mampu elak. Keputusan percubaannya sewaktu itu menunjukkan yang dia paling sukar mengelak serangan daripada players rank 'Deity'. Bagi serangan players yang lebih rendah rank daripada dirinya atau sama rank dengan dirinya, Ellia umumnya boleh mengatasi mereka jika fokusnya tidak lari.

Sebagai tambahan, terdapat satu lagi faktor yang menyumbang kepada kemenangan Aelice kali ini, iaitu gerakan terakhir yang Ellia lakukan. Tepat sebelum letupan itu berlangsung, dia telah memantulkan semula serangan 4000 lebih characters yang terkena dinding perlindungannya dengan cebisan tenaga yang tersisa pada Aelice. Maka, tahap LR mereka langsung jatuh merudum. Dan akhirnya, perkara tersebut memberikan kemenangan kepada Ellia sebaik berlakunya letupan itu.

Dalam asyik berbangga dengan pencapaian itu, Ellia tidak sedar akan kewujudan beberapa pasang mata yang memerhatikan dirinya secara diam-diam.

And unfortunately for her, she doesn't even realize what kind of tragedy that would be brought upon herself later.

ใ€„โจพใ€„โจพใ€„

โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’

This is the 'bilik menonton perlawanan VRS khas' in Crowner Palace. ๐Ÿ˜…

I CALLED IT, I'M SO NOOB AT WRITING THIS STORY--๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜”๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜Œ

Rasa macam everything tak masuk akal...
JSJSHSHSHS, kalau Yna ikut hati Yna ni, memang confirm cerita ni dah lama masuk kubur. #Delete๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Yna tak tahu pun apa pandangan korang pasal cerita ni... HUHUHUHU... Yalah, tak ramai yang comment. EH, AMBOI, MENGADANYA YNA NI, KAN KAN KAN?๐Ÿ˜‚๐Ÿ™„

Tak adalah terasa sangat bila tengok comment boards tu kadang-kadang sepi / sikit aje yang comment. Cuma itulah, Yna pun nak tahu juga apa pandangan korang-korang yang tak comment tu... Like, okey ke tak okey cerita ni?

Tapi Yna tak nak paksalah korang comment, cuma sendu sendiri... Sebab Yna tertanya-tanya apa pandangan korang tapi tak dapat nak tahu--๐Ÿ˜‚๐Ÿ‘€๐Ÿ˜ณ Hmm, apa-apa sekalipun... Thanks sebab baca.๐Ÿฅบ

Even ramai yang mungkin tak kesah apa yang Yna tulis ni๐Ÿ˜‚, Yna still nak take some time to give some appreciation kepada korang-korang yang masih bertahan melayan story ni.

For the silent readers yang vote tapi tak

You are reading the story above: TeenFic.Net