๐Ÿฌ๐Ÿฑ๐Ÿฑ โ€ฃ ๐˜ฝ๐™š๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ค๐™ง๐™ฃ ๐™ž๐™ฃ ๐™๐™๐™š ๐™ˆ๐™ž๐™™๐™™๐™ก๐™š

Background color
Font
Font size
Line height

BERSAMA nafas yang kencang, Ellia tersedar dari mimpi dengan peluh yang merenik membasahi wajah dan bahagian belakangnya. Matanya dipejam rapat lalu tangannya naik mengatup wajah. Boleh pula gambar yang dikirim kepadanya semalam terbawa masuk ke alam mimpinya!

Gambar yang diterimanya pada malam tadi itu adalah gambar yang diambil daripada scene di mana karakter Aelice dipermalukan dalam Private Solo Battle sebelum ini. Pada gambar tersebut, terdapat perkataan 'game over'. Selain itu, ianya disertai pesanan teks yang mengatakan, "Kalau kau tak nak dipermalukan macam ni sekali lagi atau hadapi benda yang lebih teruk, rasanya kau tahu apa yang kau patut buat."

Sejujurnya, walaupun perkara itu sudah berlalu untuk beberapa ketika, kepahitan yang dia alami masih berbekas sehingga sekarang. Sebab itulah, perasaan Ellia menjadi terganggu semalam. Alasannya adalah kerana dia teringat akan keadaannya yang tidak berdaya untuk melawan para dark players dari VGC sewaktu itu.

"Sofie Gracellia, benda tu dah berlalu... Donโ€™t let it affect you any further." Dia memperingatkan dirinya sendiri.

Sesudah itu, dia bingkas bangun dari katilnya lalu mencapai tuala mandi yang disidainya pada suatu palang besi khas untuk meletakkan tuala tersebut. Kemudian, dia bergerak menuju ke bilik mandi dengan langkah ringan.

Malas mahu membebankan fikirannya dengan tekanan daripada ugutan yang diterimanya itu, Ellia memilih untuk bersiap lebih awal daripada kebiasaannya. Dia takut seandainya dia semakin terbawa tekanan bila terus berada di katilnya tanpa melakukan apa-apa... Tidak pasal-pasal, lewat pula dia berangkat ke sekolah nanti!

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

Entah pengumuman Pengetua Callum tadi khabar yang menggembirakan ataupun tidak, Ellia pun tidak tahu apa yang patut dia rasakan kini.

Mahu tahu apa pengumuman itu?

Sebenarnya, menurut Pengetua Callum, Sekolah Tinggi Gardenistรฉ akan menganjurkan sebuah karnival esports selama beberapa hari ini bermula esok. Kononnya, untuk menggalakkan pelajar yang berbakat bermain games melangkah lebih jauh dalam bidang esports.

Di satu sisi, pengumuman ini membuatkan Ellia cukup gembira kerana karnival itu akan membolehkan dia menggantikan waktu latihannya bermain VRS yang sebelum ini tergendala. Semuanya disebabkan kekangan assignments yang bertimbun setinggi lima inci dan bermacam-macam tekanan lain yang mengusutkan kepalanya.

Namun di satu sisi lain pula, dia risau kalau-kalau kegiatan gamingnya terbongkar di hadapan semua orang jika dia tidak berwaspada. Pasti mencetuskan keriuhan sekiranya hal itu benar-benar berlaku!

"Kakak..."

Sun yang entah sejak bila muncul di sisinya memaut lengan Ellia dengan manja. "Kakak... Kakak participate ke nanti?"

"Erm, tak kut... Sebab kalau kakak participate and attract unnecessary attention, tinggilah risikonya untuk identiti kakak terdedah nanti." Ellia membalas setelah membuat pertimbangan buat sejenak waktu. "Eh, tapi... Teams yang Pengetua Callum sebut tadi tu memang akan datang ke?"

"Hmm, maybe... Kalau sekolah edarkan jemputan rasmi untuk minta diaorang jadi mentors or facies, rasanya diaorang mesti akan datang."

Belum sempat Sun membalas, L sudah terlebih dahulu memberikan jawapan kepada Ellia. Buat satu milisaat, dapat Ellia dengar dengusan kesal Sun yang nyata tidak puas hati dengan kehadiran mengejut L itu. Hailah, L memang suka benar menyerang titik kelemahan Sun yang mudah tidak puas hati terhadap orang lain itu!

"Erm... You two... Are okay?"

L dan Sun menjatuhkan pandangan mereka kepada Ellia secara serentak. Sempat mereka bertemu mata dengan satu sama lain, tetapi itu pun tidak lama. Mereka berdua menghadiahkan seulas senyuman kepada Ellia.

"We're okay," jawab Sun.

"In fact, better than the last times." L menambah.

Ellia terkebil-kebil dengan balasan mereka. Dua adiknya itu menunjukkan ekspresi gembira yang cukup tulen. Tetapi, bagaimana? Bagaimana mereka boleh kembali gembira seperti ini seolah-olah tidak ada hal buruk yang berlaku semalam?

Could it be possible that their heart-healing process began and ended in just a short while?

"By the way, kakak... Kenapa kakak tak bagitahu kitorang pasal result kakak untuk exam akhir tahun 2019? Sekolah ni dah heboh, kitorang pula baru tahu sekarang..." Sun membuat muncung panjang sedepa.

"Itulah... Kakak tak bagi updates langsung dekat kitorang." L menayang riak monyok.

Adik-adik siapakah dua manusia ini? Ellia hampir jatuh rahang melihat mereka seperti itu di hadapannya. Kepalanya lekas diteleng ke kedua-dua belah sisinya. Nanti ada pula yang jatuh saham jika dilihat orang!

"Eee, korang berdua ni! Kenapa buat muka macam tu? Tak malu ke kalau orang nampak? Nanti kena cop as sulky childs, nak ke?"

Mendengarkan hal tersebut, L dan Sun langsung berdehem dan membetulkan ekspresi wajah mereka. Masing-masing tampil berlagak cool dan berkarisma dengan cara mereka sendiri.

"Tapi, kenapa kakak tak bagitahu? Kenapa? Kenapa? Kenapa?"

Terhambur tawa Ellia dek tingkah Sun itu. Berbicara dengan nada rajuknya namun tampil dengan gaya cool... Aduh, terasa lawak sungguh pemandangan tersebut!

L pun turut serta tertawa kecil. Comel betul budak bongsu yang bernama Sun ini! Sudah 17 tahun pun, masih juga tidak berkurang kecomelannya.

Sementara itu, Sun berusaha mengawal ekspresi wajahnya agar tidak berubah bilamana kedua-dua Ellia dan L sibuk mentertawakan dirinya. Dia mesti tetap cool... Tidak ingin dia dicop sebagai budak kuat merajuk meskipun hal itu adalah suatu kebenaran!

"Korang sibuk masa tu... Lagipun, kakak rasa it's not really a big deal. Compared to your results, apalah sangat keputusan kakak tu? Setakat 5A+, 3B+, dan 1C+ aje kut..."

"You're at it again, sister." L bernada tidak puas hati. "Berapa kali L kena ingatkan kakak yang kakak tak patut remehkan diri kakak sendiri? Kakak, living in a toxic surrounding is already enough to keep your mind polluted. So, why would you be even more toxic to yourself?"

Ellia meramas jari-jemarinya sendiri. Dia tidak mampu membalas bila Rel mengucapkan hal tersebut. Tidak, lebih tepatnya lagi, dia tidak tahu bagaimana dia harus membalas kata-kata Rel itu.

Mana mungkin dia boleh menyangkal kata-kata Rel kerana pada hakikatnya, itulah realiti dirinya. Bukan sahaja dia hidup dalam persekitaran yang toksik, malahan dia juga bersikap toksik kepada dirinya sendiri.

And out of everyone, she's actually the worst heartbreaker of her own heart.

Katanya, mahu menjaga hatinya. Tetapi, tabiat buruk tetap sukar diluputkan dari jiwanya.

Mungkin Ellia sudah boleh menangkis segala ucapan toksik orang-orang di sekelilingnya sekarang ini. Akan tetapi, dia belum mampu menghalang dirinya sendiri daripada melukai sekeping hati miliknya.

"Kakak... Could you please try to appreciate everything you've achieved no matter how small it is? Even though some people won't find it satisfying, at least you should find it does."

Sun mencapai tangan kanan Ellia. Lembut dia berbicara, tidak mahu Ellia terluka jikalau dia menggunakan nada tinggi atau kasar.

L menghela nafasnya. Dia pula meraih tangan kiri Ellia. "Hey, sister... L bukan nak sakitkan hati kakak. Tapi, L tak boleh terima bila kakak menyakiti diri kakak sendiri. How could you find your healing if you're still hurting yourself?"

Ellia menganggukkan kepalanya dengan mata yang sedikit berair. "I get it... And I'm trying, you know..."

Tiga beradik itu kemudiannya berdakapan dengan manis. L dan Sun menyalurkan kekuatan kepada kakak mereka, sedangkan Ellia pula meminjam secebis kekuatan yang dia perolehi daripada mereka.

'I promise... Kakak akan belajar untuk lebih menghargai diri kakak sebab kakak pun dah penat... Penat untuk sakitkan hati kakak sendiri,' desis hati kecil Ellia.

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

Ellia menghidupkan komputer mini VRSnya usai menyiapkan kumpulan homeworks terakhirnya. Dia menggoyang-goyangkan tangannya bagi meredakan rasa lenguh yang dialaminya akibat banyak menulis.

โœ‰ VRS Special Notice

Dear Siea, you are chosen to be one of the special participant for PQ Qualification Match for IGCC 2020 that will begin next month, on 7th February 2020.

You may choose to join this Qualification Match or the normal one based on your own will.

The normal Qualification Match had also been rescheduled, and it would be on 28th January 2020.

We really hope that you will be participating in any of these two Qualification Match.

Last but not least, may you have a great day! ๊จ„

Hampir tiga minit dia statik menghadap skrin komputer itu tanpa berkelip, otaknya masih gagal mencerna apa yang sedang berlaku sekarang ini. Tanpa sempat dia kawal, mulutnya telah bergerak sendiri memanggil nama L dan Sun.

Dalam sekelip mata sahaja, kedua-dua adiknya itu terus datang ke biliknya. Kala Ellia berpusing memandang mereka, wajah kedua-duanya terlihat panik bagaikan ada sesuatu yang buruk baru terjadi. Kerutan langsung terbentuk jelas di wajahnya.

"Kenapa muka korang macam tu?"

"Hah?" L dan Sun memandang hairan ke arah kakak mereka itu.

"Well, kenapa kakak menjerit?"

Ellia kehairanan dengan soalan Sun itu. Menjerit? Bila masa dia menjerit?

Memperhatikan reaksi bingung Ellia itu, L menghela nafasnya. Rasanya dia sudah faham apa yang terjadi... Pasti Ellia mengalami shock dengan sesuatu sampaikan tanpa sedar, kakaknya itu menjerit memanggil nama dirinya dan Sun.

"Kakak... Kakak mesti kena 'surprise' dengan sesuatu, kan? Sebab tu lah, kakak tak sedar yang kakak menjerit panggil kitorang tadi."

Setelah mendengar bicara L itu, Sun mula teringat salah satu daripada habit pelik Ellia. Habit yang boleh berlaku bila-bila sahaja tanpa mengira tempat dan masa... Ianya seperti suatu tindakan luar kawal setiap kali habit Ellia yang satu ini 'menunjukkan diri'.

Ellia... Kakaknya itu, jika terlalu terkejut, pasti mulutnya akan ringan memanggil nama sesiapa sahaja yang ada di rumah. Tetapi, bukan sembarangan orang yang dipanggilnya. Kebiasaannya, Ellia hanya akan memanggil orang-orang yang rapat dengannya dan mempunyai kaitan dengan perkara yang membuatkan dia mengalami shock itu. Kadangkala, dia akan memanggil dengan cara menjerit. Ada waktunya dia seperti merengek, dan ada masa lain pula, dia menyanyi. Merisaukan? Ya, tentulah. Terutamanya bila Ellia menjerit bak orang yang ketakutan, persis apa yang telah berlaku beberapa minit lepas.

"Err, I did it again... Sorry," ucap Ellia.

Dia juga tahu soal habitnya yang satu itu. Lagi pula, bukan sekali dua sahaja habit tersebut pernah tampil menggemparkan orang-orang di rumah ini.

"It's okay. Tapi, apa yang buat kakak terkejut sangat sampai kakak panggil nama kitorang?"

Sun menghampiri kakaknya manakala L cuma membuntuti langkah Sun dari belakang.

"Ni... Notis ni... Apa benda?"

Ayat tanyanya itu mungkin kedengaran pelik, tetapi Ellia tidak ambil pusing sama sekali. Biar berterabur macam mana pun ayatnya, selagi boleh difahami, itu sudah memadai.

L dan Sun membaca notis yang Ellia terima itu dengan teliti sebelum mata mereka membulat besar.

"It's really happening? Sun tak tahu apa-apa ke pasal benda ni?"

Sun menggeleng laju. "Abang pun tak tahu ke? I thought that old statement from 2017 was only a prank. Tak sangka pula pihak VRS memang betul-betul akan buat pemilihan PQ pada tahun ni!"

"Abang memang tak ambil tahu pasal benda ni. But gosh, then this year would definitely be interesting," kata L.

Ellia menukar-nukar arah pandangannya; sesaat pada L, sesaat lagi pada Sun. Dia berharap mereka akan memberikan sedikit pencerahan kepadanya. Namun alih-alih, mereka cuma berbual antara sesama mereka sahaja. Apa ini? Dia dipalau ke?

"Ehemmmm..." Deheman kuat dibunyikan.

"Eh, kakak... Lupa pula kakak dekat sini. Err, kakak tak tahu ke pasal benda ni?"

Bagai mahu dihantuk sahaja kepalanya ke dinding tika mendengar soalan Sun itu. Kehadirannya memang dilupakan rupanya... Hei! Dia ini spesies mikroorganisma ke apa sampaikan mereka boleh terlupa soal kewujudannya di situ? Dan tolonglah... Kalau dia tahu apa yang dimaksudkan oleh pihak VRS melalui notis tersebut, untuk tujuan apa dia memanggil L dan Sun ke biliknya?

Ellia menarik nafas lalu menghembusnya dengan tenang. "Kalau kakak tahu, do you think I'd still call you both to come here?"

"Ah, err... Ya tak ya juga, kan? Erm, kakak... Sebenarnya, sekarang ni, kakak bebas untuk pilih Qualification Match mana satu yang kakak nak ikut. One is the normal one, which was like the normal Solo Battle... Kalau kakak jadi pemenang keseluruhan, kakak akan jadi juara. Kakak mungkin dapat sebarang titles, tapi titles yang biasa-biasa ajelah... I mean, the titles you will get aren't going to be like CL's PK title. Tapi kalau kakak join PQ Qualification Match dan kakak menang, you could be the real PQ of VRS. Same level as CL."

Wayar-wayar dalam otak Ellia yang berselirat membuatkan dia lambat memahami penjelasan adiknya itu. Dia mengambil masa selama lebih kurang dua minit demi memproses inti penting dalam penerangan tersebut. Dan detik dia berhasil mencerna segalanya, dia terus terpana.

PQ... Prodigy Queen... Itu merupakan posisi untuk girl player yang mengatasi semua girl players lain dalam VRS, bukan? And just like the Prodigy King, a Prodigy Queen will also rule over the world of VRS.

"This must be a joke, right? Ada kemungkinan tak yang pihak VRS mungkin dah tersilap hantar notis?"

"Well, I haven't heard of any other Siea. Kalau kakak rasa diaorang silap hantar, then which other Siea yang diaorang maksudkan?"

L menyilangkan tangannya ke dada seraya menjongketkan keningnya.

Sun pula meloncat-loncat kegirangan sambil bertepuk tangan. "Go go Siea! Go go Aelice! Go go go go go go go! Kalau macam ni, baik Sun pergi tempah lightstick dengan banner awal-awal untuk kakak... Sekali lagi, congratulations, kakak sweetieku yang tersayang!"

Mujurlah tiada confetti yang dikeluarkan oleh adiknya itu... Seriau Ellia jadinya! Apa pasallah Si Sun itu yang terlebih teruja dengan notis ini? Dia yang menerima, tetapi dia yang nervous semacam... Kontra benar semangat mereka berdua!

"Yippie yoo, yoopie yeah! I stan my sis!" laung Sun lagi selepas meninggalkan bilik Ellia.

"Uh, wha-what was that?"

L hanya mengangkat bahu. "Biasalah... Macamlah kakak tak kenal budak bongsu tu... Bila aje perangai dia tak macam budak-budak?"

"Kalau dia dengar ni... Monyok lagi Si Sun tu sebab L."

Ellia tergeleng-geleng kepala membayangkan reaksi Sun yang geram terhadap L. Pasti haru-biru suasana dalam biliknya nanti!

"Sebab tu lah L tak cakap masa dia ada dekat sini... Baik, kan L dekat kakak? Kalau L cakap masa dia dekat sini tadi, mesti sekarang dia tengah mengadu domba dekat kakak... Minta pujuklah, minta supportlah... Nanti tak dapat kakak nak bergembira dengan notis ni! So, you really should be thankful to me for my kindness."

Kebaikanlah sangat! Ellia lantas memutarkan bola matanya. Haih... Kerenah dua adiknya itu memang acapkali membimbangkan hatinya sebagai seorang kakak. Seorang si manusia panas dingin yang kaki mengusik, seorang lagi si puteri pil gembira yang kaki merajuk... Kalau bergaduh, memang tidak amanlah rumah mereka ini!

"Fine, fine, fine... Thank you for your kindness."

L tersenyum senget. "Okeylah, kakak... L nak pergi berenang dulu. Oh, and congrats, kakak! Chaiyo!"

Ellia melorek senyum nipis. "Thanks."

Seusai pintu biliknya ditutup oleh L, Ellia menyandarkan belakangnya pada kerusi yang dia duduki. Keluhan panjang dilepaskan. Jadi sekarang, bagaimana dia mahu membuat pilihan? Dan pilihan mana satu yang lebih baik? Argh, sakit kepala dia dia memikirkannya!

Seriously, being torn in the middle will always call for a headache.

ใ€„โจพใ€„โจพใ€„

โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’

Ellia stress, guys--๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜‚ Dia cuma nak tengok sejauh mana dia boleh pergi, tapi dia tak pernah terfikir apa yang dia nak capai dalam VRS selama ni.

Hmm, susah juga, kan bila tak dapat nak buat sebarang pilihan? ๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜ณ

Yna rasa cerita ni makin melalut๐Ÿ˜ต๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜ณ But still, Yna nak completekan. So, bertabah ajelah tak kira betapa mengarut lagi story ni akan jadi nanti... ๐Ÿ˜‚๐Ÿ‘€

Anyway, thanks for reading! Love ya'! โค๏ธโค๏ธโค๏ธ


You are reading the story above: TeenFic.Net