β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
"Kau balik ikut siapa, Rel?"
Rel menoleh ke arah Dan. "Oh, aku balik ikut kawan aku..."
"Kawan eh? Yakin ke kawan?" Yuki tersenyum penuh makna.
Rel tergelak kecil. "Nah, Yuki... It's not like what you think. Ya, aku yakin dia cuma kawan. This friend is a he, by the way."
"Err, sorry..."
Alex, Dan, Eli, Hope, L dan Sun tergeleng-geleng kepala memandang Yuki yang sudah tertunduk menekur lantai. Itulah padahnya apabila mengusik tidak kena orang!
"Tak apa... No harm was done, Yuki. Buat apa kau nak minta maaf pula?"
Yuki menggaru kepalanya. "Manalah tahu kau terasa... Aku minta maaf ajelah."
"Tak ada maknanya nak terasa dengan perkara kecil macam ni... Eh, by the way, korang ada dengar apa-apa khabar pasal manusia yang bernama Matteo tu tak?"
Wajah ahli-ahli Crowner mula dihiasi kerutan, hairan mengapa Rel mempertanyakan soal Matteo.
"Tak ada pula... Kenapa?" Eli mengangkat alisnya.
"Oh, aku tanya aje... It's just that... I think dia boleh bantu bersihkan nama CL kalau kita dapat cari dia. You know, it would be ineffective if kita yang bersuara pasal hal CL. Dahlah CL sekarang ni tak dapat dikesan... Orang-orang mungkin akan fikir kita ada buat secret deals with him. Antis CL pun dah makin ramai dalam VRS Timeline tu... Silap hari bulan, kalau kita yang pergi cuba bersihkan nama CL tanpa bahan bukti, kita pula yang kena serang. Lagipun, announcement hari tu, kan dibuat oleh pihak management korang menggunakan Crowner's official account... Jadi, mesti ada banyak benda yang orang-orang akan persoalkan. Kita tak sempat record apa-apa pasal perbualan kita dengan J tadi... So, if we simply bring up his name and offer no evidence, then it would spark a big fire. Sebab tu, sekarang ni, aku dapat rasa yang cuma Matteo boleh bantu kita. I figured it was weird how he left you guys right before he was announced as the official member of your team. I mean, patutnya dia just went with J as another official member of your team ajelah untuk perbodohkan korang kalau dia berpihak dengan J... Tapi, dia tak buat macam tu. Dan berdasarkan gosip yang aku dengar dari ahli-ahli VGC, Matteo sebenarnya tinggalkan VGC around the same time he left Crowner. Isn't this weird?"
Hope mengherotkan bibirnya ke kiri dan kanan. "Hmm, the last time I saw him... Dia memang acted weird. Dia selalu cuba elak berjumpa dengan kitorang, dan setiap kali kitorang bincang pasal CL... Dia akan pergi macam tu aje. Like he couldn't bear to hear it... And he looked somewhat... Uh, what was the word again?"
"Guilty," celah Sun sambil berpeluk tubuh.
"Oh, right... Dia memang nampak macam bersalah masa tu. Pernah sekali aku terserempak dengan dia di tingkat atas, dan aku nampak dia renung pintu bilik CL," tambah Eli pula.
"Why does that sounds creepy to me?" Dan menelan liur. "Tapi apa-apa sekalipun, aku rasa dia memang feel bad for CL's issue. Nampak sangat daripada gaya masa tu walaupun dia tak kata apa-apa... Lagipun, setahu aku, CL tetap layan Matteo dengan baik walaupun Si Matteo tu tak hormat dia."
"Now that we talked about this... Aku pun mula sedar yang dia memang pelik masa tu. Asyik tak senang duduk aje bila nama CL kena sebut lepas dia tinggalkan team masa tu." Yuki turut bersuara bila teringat kembali mengenai Matteo.
"Well, bukan ke J cakap tadi yang Si Matteo tu ambil kesempatan ke atas kad yang CL pinjamkan kepada dia? Perasaan curiga kita dekat CL berkembang sebab rekod pinjaman wang tu, which was actually Matteo's... Tak kiralah seteruk mana perangai Matteo terhadap CL masa tu, aku tahu yang dia bukannya spesies manusia yang tak reti kenang budi. Mesti dia rasa bersalah sebab dia dah burukkan keadaan bagi CL sedangkan CL tolong dia dengan pinjamkan kad tu..." L membuat deduksi sendiri usai mereka selesai berbicara.
Rel memetik jarinya. "See? Maknanya, dia mungkin cuma berpihak dengan J masa awal-awal aje... Tapi lepas CL tertolong dia, dia pun mencair. Terus tak jadi nak jatuhkan CL... Unfortunately, dia punya keinsafan tu datang terlalu lewat. I bet he couldn't even meet you guys for one last time because J dengan manager korang tu mungkin dah dapat tahu yang dia berpaling tadah daripada diaorang. Sebab tu lah, dia tarik diri secara online aje. And who knows? Maybe dia ada kena ugut dengan benda lain lagi selepas tu... Dia pun tak dapat nak berterus terang dengan korang sampailah ke hari ini."
"Tertolong, heh?" Alex memandang Rel dengan ekspresi menyampah.
Baru sahaja Rel ingin membalas, tiba-tiba...
Pin! Pin!
"Oh, kawan aku dah datang tu... Okeylah, aku pergi dulu. Bye, korang."
Dia lantas berura-ura ingin mendapatkan kereta Audi yang sedang berparkir di luar pagar Crowner Palace itu. Namun baru beberapa langkah diambil, dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya dan mendapatkan L.
"Apa ni?" L terpinga-pinga apabila satu pendrive kecil diletakkan ke atas telapak tangannya.
"Benda ni amanah yang CL bagi dekat aku hari tu... Katanya, khas untuk korang bertujuh. Aku tak tahu apa isinya, tapi aku rasa it's an important message... From him as the Leader of Crowner."
Dalam pada tertanya-tanya akan isi pendrive tersebut, Crowner melambai jua ke arah Rel yang bagaikan mahu putus tangan memberikan lambaian kepada mereka.
"Safe journey!"
"Take care, bro!"
Rel cuma membalas ucapan mereka itu dengan senyuman lebar. 'CL, aku dah selesaikan tugas yang kau bagi. Even agak lewat, it's still valid, right?' detik hatinya.
Setelah memasuki perut kereta, kereta yang dinaikinya langsung membelah jalan raya dengan kelajuan yang cukup pantas.
γβ¨Ύγβ¨Ύγ
ββββββ
Wait... This chapter almost reached 4000 words, LOLππ Gee...
Anyway, Yna harap isi-isi dalam chapter ni dapat difahami. Kalau messy sampai tak dapat nak difahami tu, hmm... Just comment, alright?
Oh ya, just an info... Isi pendrive tu cuma akan diceritakan dalam special chap, after this story meet its end (for S1)--πππ
So, till we meet again on the next chap and thanks for reading! β€οΈβ€οΈπ₯°
You are reading the story above: TeenFic.Net