๐Ÿฌ๐Ÿฑ๐Ÿฏ โ€ฃ ๐˜ผ๐™ฃ๐™ค๐™ฉ๐™๐™š๐™ง ๐˜ฟ๐™ค๐™ฌ๐™ฃ๐™›๐™–๐™ก๐™ก

Background color
Font
Font size
Line height

BUAT entah kali yang keberapa, Ellia melakukan beberapa posing lagi di hadapan cermin. Masuk kali ini, rasanya sudah lebih 10 kali dia mengganti pakaiannya. Entahlah apa yang tidak kena dengan hati gadis itu, dia asyik berfikir bahawa pakaiannya terlalu menonjol dan bergaya...

Tok! Tok! Tok!

"Ellia, kawan Ellia dah sampai tu."

Suara Vanessa menerobos masuk ke halwa pendengaran Ellia, membuatkan Ellia mengeluh perlahan. Janji pukul 9.30, tapi datang seawal pukul 9.15... Typical CA!

"Aku masih tak puas hatilah dengan penampilan aku ni..." Ellia menggerutu kecil.

"Ellia? Sweetie?"

Vanessa yang berdiri di depan pintu bilik Ellia itu mengerutkan dahinya. Apalah agaknya yang gadis muda itu buat di dalam biliknya? Dipanggil-panggil tidak menyahut? Itu sepertinya bukan ciri seorang Ellia yang dia kenal selama ini.

Selang seminit kemudian, akhirnya pintu bilik itu dibuka jua dari dalam. Wajah Ellia langsung hadir dalam bingkai pandangannya. Vanessa berpeluk tubuh dengan alis yang terjongket ke atas.

"Now, what's with that face you're making?"

Ellia menjuihkan bibirnya. "Nanny... I look too flashy, no? Ellia dah cari pakaian in my closet yang tak terlampau menonjol, tapi kebanyakannya dresses and trendy clothes. I think this one is the only outfit yang boleh dikategorikan sebagai kasual dan cuma bergaya sikit... And yet, I still feel like it's too flashy. I mean, look atโ”€"

"Alright, enough." Vanessa mencantas percakapan Ellia yang sudah hampir seperti latihan untuk pertandingan tongue twister itu.

Matanya ligat meneliti pemakaian gadis itu dari atas hingga ke bawah, cuba mengesan sekiranya ada apa-apa yang tidak kena dengan pakaian tersebut. Namun tidak kira bagaimanapun dia lihat, pakaian itu langsung tidak menonjol di matanya. Pada dasarnya, pakaian itu sama sahaja seperti pakaian yang digayakan oleh orang-orang muda di tempat umum. Entah dari celah mana Ellia melihat ianya menonjol... Vanessa pun hilang kosa kata disebabkan sifat anxiousnya itu.

"Ellia, you're already looking very plain in this outfit. Cuba bertenang, okey? Ramai aje orang-orang dekat luar sana yang pakai pakaian macam ni... Kamu tak payahlah risau yang orang akan kenal kamu. Listen to me... The more you grow anxious, the more likely you're to reveal yourself. Jadi, tenangkan diri kamu. Now, follow my instruction. Breathe in, breathe out..."

Mendengar arahan Vanessa, Ellia mula menarik dan menghembus nafasnya. Dengan menyeragamkan kadar degupan jantungnya, dia berasa jauh lebih tenang. Nafas lega dihelanya.

"Thanks, nanny."

Ellia tersenyum nipis lalu mendakap tubuh Vanessa. Satu kucupan singkat dilabuhkan pada pipi wanita itu sebelum dia berpamitan pergi.

"Take care, sweetie," pesan Vanessa dengan suara yang kuat apabila Ellia sudah terlebih dahulu turun ke tingkat bawah.

Lancar benar gerakan gadis itu menuruni anak tangga! Kadangkala, dia yang mahu pitam dengan aksi larian tangga Ellia. Sudah berulang kali dia berpesan... Tetapi apakan dayanya, Ellia tetap jua melakukan aksi berisikonya itu waima telah diperingatkan untuk sentiasa berhati-hati di kawasan tangga. Itulah salah satu tabiat buruknya yang sangat sukar diubah!

"Aii, aii, Captain Nanny!" balas Ellia dengan nada yang sama kuat.

"Captain Nanny? Eh, ada-ada aje budak ni!" Vanessa menggeleng-gelengkan kepalanya. Lain macam betul nickname yang Ellia gubah untuknya!

Namun jauh di sudut hatinya, Vanessa tidak keberatan dengan nickname itu. Malahan, dia gembira kerana Ellia menggubah nickname sedemikian buatnya. Tidak kiralah betapa pelik bunyinya, daripada kewujudan nickname itu, dia boleh tahu yang keadaan Ellia jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Ya, Vanessa tahu. Dia tahu Ellia mengalami kemurungan biarpun gadis itu sudah mencuba sebaik mungkin untuk menyembunyikan keadaan mentalnya. Ellia berfikir dia tidak akan sedar, tetapi masakan mungkin itu berlaku bilamana dia telah mengenali gadis itu semenjak Ellia dilahirkan lagi.

Dengan adanya perkongsian daripada Vierra mengenai kondisi mental Ellia, rasa syaknya bukan lagi hanya syak semata-mata. Tetapi sekarang, dia dapat melihat Ellia kian berubah.

Getting better and better, just as how she used to be.

Hati Vanessa berharap sekali yang Ellia akan semakin ceria pada masa hadapan. Kerana Ellia... Sangat layak mendapatkannya.

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

"Ni kali pertama aku nampak kau pakai pakaian kasual macam ni," komen Ellia dengan jujur.

CA tertawa halus. "Me either. Biasanya kau pakai dresses or trendy clothes yang... No offense but... Menonjol."

"While you... Well, don't take it to heart either... Always in your businesswoman's clothes."

Dua gadis itu saling menggelengkan kepala masing-masing, mengingati bagaimana gaya pemakaian mereka sebelum ini. Seorang biasanya memakai pakaian bergaya, seorang lagi selalu formal dalam pakaian bisnesnya. Sekarang bila kedua-duanya memakai pakaian kasual, perbezaannya amatlah ketara daripada kebiasaan satu sama lain.

"Kau ada contact dengan adik kau lagi ke lepas hari tu?" CA mengerling sekilas ke arah Ellia sebelum kembali memfokuskan pandangan ke hadapan.

"Erm, aku agak busy dengan a few assignments these past few days... So, tak ada. Lagipun, Crowner sibuk. Aku juga tak nak ganggu diaorang..."

Terangguk-angguk kepala CA mendengar ucapan Ellia itu. Seketika kemudian, dia mengeluh. "Ellia... Kau... Haih, tak ada apa-apalah..."

Ellia menongkat dagu. "CA, what is it?"

"Alright, I'll tell you. Ellia, kau tak rasa risau ke dengan Crowner? I mean, we hadn't told them anything about that suspicious manager..."

"CA... Now that you mentioned it, aku makin rasa tak sedap hatilah."

Ellia tidak berbohong. Sejak dari pagi tadi, mengenangkan bahawa hari ini adalah perlawanan rasmi pertama Crowner dalam IGCC selepas tidak menjadi peserta tahun lepas, hatinya memang sudah terasa lain macam. Dan saat CA menyebut soal manager Crowner yang mencurigakan itu, perasaan tidak sedap hatinya jadi makin bertambah.

"Geez... Nampaknya, kita berdua kena fikir positif aje buat masa sekarang ni."

CA bersuara lantas melepaskan keluhan. Tidak biasanya mereka berdua sama-sama berfikiran negatif seperti ini... Pada umumnya, mereka sentiasa punya pendapat berlainan. Walaupun kadangkala mereka merisaukan satu hal yang sama, pasti ada salah seorang daripada mereka yang menjadi sosok penenang.

Namun begitu, sekarang ceritanya berbeza. CA dan Ellia, kedua-duanya saling tidak sedap hati memikirkan Crowner. Entahkan pesimis atau apa, mereka berdua cuma tidak dapat mengawal perasaan negatif itu daripada timbul dalam hati masing-masing.

"Erm, kita kena fikir positif... Mesti takkan jadi apa-apa nanti."

"Erm..."

Persetujuan dicapai bersama. Akan tetapi, baik CA mahupun Ellia, tidak ada seorang pun yang boleh memadam kerisauan dalam hati mereka. Mereka cuma mampu berharap agar segalanya akan baik-baik sahaja untuk Crowner. Crowner masih sedang dalam proses bangkit semula... Jika sesuatu yang buruk berlaku, apa akan terjadi kepada team itu? Sungguh mereka berdua tidak berani membayangkan perkara terburuk yang mungkin berlaku!

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

Meski sudah memakai pelitup muka untuk menyembunyikan wajah mereka, CA dan Ellia tetap mengambil tempat duduk di satu sudut hujung yang agak tersorok. Pun demikian, mereka masih juga boleh melihat dengan jelas keadaan di pentas rasmi perlawanan itu dari situ.

"Ni kali pertama kau ke Cavanaige Auditorium eh?" CA menyoal dalam keadaan separa berbisik.

"Erm... Kau pula? Dah pernah ke sini sebelum ni?"

"Haah... Tapi, tu pun dah lama dulu."

Ellia memandang skrin besar yang tergantung kemas di hadapan mereka. Pada skrin itu, terdapat nama tiga team yang akan bertanding hari ini, iaitu Crowner (CRWN), Valker (VALK) dan Mannequin (MNQ). Mengikut apa yang dia ketahui, perlawanan pertama adalah antara team Crowner dengan Valker. Pemenang dalam perlawanan mereka ini nantinya bakal menentang team Mannequin.

"Kau kenal tak dua team tu?"

CA turut sama memandang ke arah skrin yang menjadi perhatian Ellia itu. "Oh... Kenal. Eh, Lia! Bukan tu kenalan kau ke?"

Terpinga-pinga Ellia dibuatnya. Lia? Kenalan? Dia hanya tersedar daripada kekeliruannya apabila CA menyenggol sikunya. Boleh pula dia terlupa yang mereka sedang menggunakan nama samaran!

Sebentar tadi, sebelum memasuki auditorium tersebut, mereka sebenarnya telah memutuskan hendak memakai nama pura bagi mengelakkan diri mereka dikenali orang lain; 'Lia' untuk Ellia, dan 'Cas' untuk CA. Jadi pada masa ini, panggilan itu adalah nama mereka. Mahu tidak mahu, mereka perlu mengadaptasikan diri dalam menggunakannya.

"Erm, kejap... Biar aku tengok betul-betul."

Ellia mengecilkan matanya untuk mengenal pasti identiti orang yang CA gelarkan sepupunya itu. Dalam sesaat cuma, dia langsung mengecamnya. Airika!

"So, how? It's her, right?"

Perlahan sahaja Ellia menganggukkan kepala. Dia tidak hairan bagaimana CA boleh kenal dengan Airika. Airika, kan sama popular dengan dirinya. Hanya sahaja, untuk alasan yang berbeza.

"Cas... Kauโ”€"

"Hesy! Korang boleh diam tak? Asyik bercakap aje dekat belakang aku... Kalau tujuan korang cuma nak bercakap, tak payahlah pergi sini!" marah seorang gadis dengan raut wajah yang tegang.

Terenjut bahu Ellia dek terkejut dengan kemarahan tiba-tiba gadis itu. Dari ekor matanya, dia melihat banyak mata yang sudah mula fokus ke arah mereka. Liur diteguk payah.

Unseen trouble always come knocking unexpectedly, no?

"Err... Maaf ya, cik... Saya dengan kawโ”€"

"Kau diam! Aku tengah bercakap dengan dia, bukan dengan kau!"

CA terdiam apabila percakapannya diputuskan oleh gadis tersebut. Tersirap naik terus darah ke kepalanya. Dia paling benci dengan spesies manusia yang berani mencantas bicaranya!

Menyedari perubahan emosi CA melalui caranya memandang gadis tidak dikenali itu, Ellia buru-buru membuka mulutnya. "Cik... Saya minta maaf sebab dah ganggu ketenangan cik. Tapi, kalau boleh saya tahu... Cik sedar tak yang cik pun tengah mengganggu ketenangan orang ramai sekarang ni?"

Tenang, namun tegas gaya bicaranya. Belum sempat gadis itu mahu bersuara lagi, Ellia telah lebih awal menambah ayat baharu.

"Kalau tak percaya, cik pandanglah kawasan sekeliling. How many people are staring, and how many people are looking displeased currently? Miss... If you want us to be silent, you just have to tell... Don't shout as if you're going to fire an assistant of yours."

CA mulai tenang apabila kemenangan terlihat berpihak kepada Ellia. Diam-diam dia mengagumi cara gadis itu berkomunikasi dengan caranya yang tersendiri untuk mengelakkan konflik. Tidak perlu nada tinggi, cuma ketenangan dan ketegasan yang dicurahkan menjadi asas bicaranya. Itu pun sudah cukup bagi mendiamkan mulut sang lawan bicara gadis itu.

"Well, I don't know who you are but she's right... Sekarang ni, orang yang sebenarnya mengganggu ketenteraman awam is you and not her."

Seorang lelaki berhud dan mengenakan pelitup muka tiba-tiba mencelah. Kali ini, dia pula yang menjadi pusat perhatian orang ramai.

"Kau ingat kau tu apa?" Dengan nada menyampah, gadis tadi menyoal.

"Me? A human, obviously. With male gender."

Respons selamba itu berjaya menghadirkan bunyi tawa daripada sesetengah orang dan membuat wajah gadis tersebut merona merah. Fuh, terbakar hati agaknya!

"Kauโ”€"

"Ladies, if you don't mind... Will you come with me? We can chat somewhere else... Tanpa gangguan bunyi nyamuk," pintas lelaki itu.

"Sure," sahut CA sambil menarik tangan Ellia.

Ellia yang tidak menjangkakan perubahan situasi itu menjadi bingung secara mendadak. Sedar-sedar sahaja, CA sudah menariknya pergi dari kawasan tersebut untuk mengikuti lelaki yang tidak dikenali itu.

Gadis yang mencari pasal dengan mereka itu pula sibuk terjerit-jerit sehinggalah beberapa orang pengawal wanita datang menegurnya. Automatik mulutnya terkunci rapat disebabkan teguran mereka yang lebih kepada peringatan keras. Padan muka! Dia ingat auditorium itu moyang dia yang punya agaknya... Aduhai, sedihnya nasib orang yang suka berangan-angan dirinya berada di awangan!

"Cas, kenapa kita ikut dia ni?"

CA memandang ke arah Ellia dengan pandangan tidak percaya sementara lelaki yang berjalan di hadapan mereka itu malah meletuskan tawa.

"Ellia... Kau seriuslah tak kenal siapa dia ni?"

Terkelip-kelip mata Ellia disebabkan soalan itu. Eh, tidak menggunakan nama samaran lagi ke? "Err... Am I... Supposed to know him?"

"My goodness... You really..."

Tangan CA naik memicit dahinya sendiri. Ellia masih belum sedar identiti sebenar lelaki yang mereka ikuti ini? Biar betul?

"Kakak, tak payahlah stres sangat... Normal apa kalau dia tak kenal... It was only some online interactions, it wasn't possible for her to know me."

Online interactions? Jantung Ellia mengepam darah dengan cukup laju sebaik dua perkataan itu lahir dari mulut lelaki tersebut. Takkanlah...

Sedetik selepas itu, dia menolak kecurigaannya itu ke tepi dan mula bernafas dengan lebih sekata. Rasanya, dia sudah tahu siapa gerangan lelaki itu.

"Viorel Aerean?" sebutnya.

Langkah santai lelaki itu terhenti sebelum dia menanggalkan pelitup mukanya. Segaris senyuman ditayangkan kepada Ellia.

"Finally, kita berjumpa juga... Yep, aku Rel. Kau Ellia, kan?"

Ellia tersenyum di sebalik pelitup mukanya dan mengangguk, tanda mengeyakan. "Eh, tapi... Kenapa kau dekat sini?"

"Oh, tentang tu... Aku sebenarnyaโ”€"

Pranggggggg!

Bunyi kuat yang menyerupai bunyi kaca pecah itu mengejutkan CA, Ellia dan Rel. Selepas berbalas pandangan dan mencapai persetujuan secara senyap, ketiga-tiganya mengatur langkah segera menghala ke arah sumber bunyi tersebut.

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

"Kau memang tak guna! Manusia paling keji aku pernah jumpa di muka bumi ni!"

L mencekak kolar seragam yang dipakai oleh J. Matanya merah menyala, marak dengan api amarah. Kalaulah boleh, ingin rasanya dia membunuh lelaki itu di situ juga sekarang ini!

"L!"

Dan dan Eli segera menarik L menjauh daripada J. Mereka bimbang jikalau L hilang kawalan dan melakukan hal di luar dugaan. Sungguhpun mereka juga marah, tetapi kekerasan bukanlah solusi kepada masalah yang mereka hadapi kini.

"J, kenapa... Kenapa kau buat macam ni? Kau... Kau ada masalah ke? You didn't betray us, right?"

Alex cuba menghampiri J, namun dia dihadang oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Rainie. Gadis itu menolak bahu Alex dengan kuat, membuatkan tubuh Alex sedikit terhuyung-hayang.

Dia yang kebetulannya demam benar-benar tidak begitu bertenaga ketika ini. Pada saat tubuhnya terasa ingin melayang, bahunya dipaut kemas oleh seseorang secara mengejut.

Kepalanya didongak, memandang ke arah individu yang membantunya itu. Seraut wajah tampan yang tidak dikenali singgah ke kornea mata. Seketika cuma matanya bertembung pandang dengan sepasang mata lelaki itu sebelum lelaki tersebut melarikan anak matanya.

Alex sedikit tergamam bilamana ekspresi wajah itu berubah dalam sekelip mata, daripada riak yang boleh dipanggil ramah meski tiada senyuman kepada riak tegang yang jelas memperlihatkan segunung amarah terpendam. Kala menyaksikan sepasang mata lelaki itu tertuju ke arah J, benaknya diterpa rasa bingung. Siapa lelaki yang membantunya ini sebenarnya?

"So, I was right... Kau memang Hades."

J tersenyum apabila mendengar komen itu. "Viorel Aerean... One of CL's best buddy. Hmm, ya... Jangkaan kau masa tu betul. Tapi, semuanya dah terlambat sekarang. What else can you do now, Violetta?"

Rel tersenyum senget dengan penuh kesinisan. "Eloklah tu... Sekarang, semuanya dah jadi macam ni. Jadi, semua plot drama kau dah habislah, kan? Biar aku tanya kau. Dendam kau dah terbalas sepenuhnya dekat Crowner ke sekarang ni? Atau masih ada lagi?"

"Dendam aku pada diaorang takkan habis! Diaorang dah sebabkan abang aku dan kawan-kawan dia jadi macam sampah... Sampai bila-bila dendam ni takkan habis!"

"Bullsh*t... You want to talk revenge, ayy? Dengar sini... Abang kau dan kawan-kawan dia menang dengan cara yang kotor sepanjang diaorang bermain dalam VRS. Crowner pula tumpaskan diaorang dengan kebolehan sendiri... Sebab Crowner, diaorang jadi sampah? Are you kidding me? Sejak dari awal lagi, diaorang memang sampah dalam VRS. Kau fikir selain kau dengan orang-orang dari VGC, ada ke orang lain yang terima kemenangan-kemenangan diaorang dengan hati yang terbuka? Tak payah bermimpilah... Diaorang kejam dan licik. Had it not been because of Crowner, VRS would have long became the joke of the century... Aku yakin kau tahu yang abang kau dengan kawan-kawan dia banyak buat illegal deals with the judges untuk pastikan kemenangan diaorang dalam setiap pertandingan VRS. And you looked up to them for this action? Seriously, I've never seen a living person this foolish in my entire life..."

Sedar yang J mara mendapatkan dirinya, Rel dengan cekap menyerahkan Alex kepada Ellia yang berdiri berdekatan.

"Even if that's true... Apa hak Crowner untuk malukan diaorang?" J mencerlung tajam wajah Rel.

"Apa maksud kau dengan gunakan perkataan 'malukan'? Kalah menang adat pertandingan. Siapa kalah,

You are reading the story above: TeenFic.Net