LARUT Ellia terbuai dalam kancah lamunannya, dia tidak sedar yang seseorang telah mengambil tempat di sisinya. Buku yang ada di atas meja bahkan dia biar terbuka tanpa membacanya.
"Ehem..."
Deheman halus yang sipi-sipi telinganya tangkap itu berjaya mengalihkan perhatian Ellia. Wajah seorang lelaki yang bertatahkan senyuman bak berlian menjamah matanya. Akan tetapi, Ellia tidak mampu mengamati wajah lelaki itu dengan baik dek topi yang terletak kemas di atas kepalanya.
"Kau tak baca ke buku tu?"
Ellia mengikuti lirikan mata lelaki itu sehingga pandangannya jatuh ke buku yang diambilnya tadi. Spontan tangannya naik menggaru kepala. "Err... You want to read it?"
Lelaki itu pantas menganggukkan kepalanya bagaikan seekor burung belatuk. "Erm, tapi kalau kau nak baca... Kau boโ"
Tidak menguntai kata, Ellia cuma menolak buku itu ke hadapan lelaki tersebut. "Kau bacalah..."
"Oh, thanks..."
Ellia cuma menganggukkan kepala. Kemudian, dia bangkit berdiri dari tempat duduknya lalu meninggalkan ruangan perpustakaan itu. Hilang sudah keinginannya untuk membaca...
Niat asalnya ke situ memang demi tujuan membaca, tetapi benaknya masih terisi dengan hal kotak ugutan yang diterimanya beberapa hari yang lalu itu. Ditambah lagi dengan pesanan daripada CA yang meminta dia untuk tidak memandang ringan terhadap ugutan tersebut, jiwanya kini seakan tidak kenal rehat. Kesannya, dia asyik runsing sahaja semenjak kebelakangan ini.
Langkah kaki diarahkan ke sembarangan tempat sebaik keluar dari perpustakaan itu. Dia buntu tentang apa yang patut dia lakukan sekarang. Susah benar dia mahu fokus terhadap sesuatu jika hal-hal itu masih bermain dalam akal fikirannya.
"Tu-Tunggu dulu!"
Mendengar suara lelaki tadi, Ellia menoleh ke belakang dan mendapati lelaki itu sedang berlari-lari anak ke arahnya. Dahinya berkerut seribu, hairan mengapa lelaki itu berbuat sedemikian.
Usai sampai di hadapan Ellia, lelaki itu tertunduk sejenak. Tercungap-cungap dia mengatur nafasnya. Selang 10 saat kemudian, dia mengeluarkan sesuatu dari poket tracksuitnya lantas menghulurkan benda itu kepada Ellia.
"Kad... Kad perpustakaan kau."
Ellia menepuk dahi. Kad yang dihulur itu disambutnya dengan helaan nafas lega.
"Gosh, terima kasih... Maaf sebab kau terpaksa berlari kejar aku. Aku betul-betul tak sedar yang aku tertinggal kad ni tadi..."
"No big deallah... Tapi, kau kena hati-hati lepas ni. Kalau kau tercicir kad ni di mana-mana, nanti jenuh kau nak terangkan dekat para pustakawan library tu. Bila kad ni hilang, diaorang takkan semudah tu nak bagi kau kad baru. You've read the rules, no?"
"Yeah, aku tahu peraturannya... Cuma itulah, aku tengah serabut tadi. So once again, thanks to you for putting in efforts to give me this card back."
Lelaki di hadapannya itu tersenyum nipis. Salam dihulurnya. "Aku Claude, Claude Hesper."
Terkesima mendengar nama itu, Ellia membulatkan matanya. Lelaki itu sepertinya sedar akan reaksi terkejut Ellia dan melepaskan tawa kecil.
"Kau kenal aku ke?"
"Ke-Kenal," jawab Ellia dengan sedikit tersekat-sekat.
Mustahillah dia tidak kenal lelaki itu! Claude Hesper, dia merupakan Knight dalam team Empire merangkap kawan rapat kepada Airika yang juga dalam team tersebut. Mereka berdua sering terlihat bersama-sama sehinggakan pernah menjadi trending di media sosial akibat foto akrab mereka yang tersebar secara meluas dalam VRS Timeline.
"Lah... Ingatkan kau tak kenal aku tadi. So, no handshakelah ni?" Claude menaikkan alisnya.
"Err, boleh ke?"
Claude tertawa mendengar pertanyaan polos itu. "Apa pasal pula tak boleh? Kau bukannya pembawa virus pun, kan? Hmm... Setahu aku, virus Korona tu tak tersebar ke negara ni."
"Bukan macam tu... I mean, tak ada yang marah ke? Dan kau tak kenal aku ke?"
Sedaya upaya Ellia memastikan intonasinya melontarkan soalan itu tidak berbunyi sombong ataupun pelik. Dia tidak punya niat mahu mendatangkan sebarang tanggapan buruk daripada lelaki itu terhadap dirinya.
"Erm, aku kenal kau... Kau salah seorang daripada sepupu Airika, kan? Eh... Tapi, siapa yang nak marah kalau aku salam kau?"
Naik bingung kepala Ellia dengan pertanyaan lelaki itu. Jadi... Airika dengan Claude cuma kawan biasa sahaja?
"Haah... Err, Airika?"
Claude menggaru pipi yang tidak gatal sebelum membuang pandang ke arah lain. "Ke-Kenapa pula dia nak ma-marah?"
Ellia tersenyum nipis. Oh, jadi begitulah kisahnya... Melihat Claude salah tingkah, dia langsung tahu apa yang sedang berlaku di antara dua orang itu. Nampaknya, Airika dengan Claude memang masih berstatus kawan ketika ini. Tetapi jelasnya, Claude menaruh hati kepada Airika.
Salam Claude perlahan-lahan disambutnya. "Who knows? Anyway, aku Sofie Gracellia. Ellia, for short."
Mereka bersalaman buat sebentar waktu sahaja. Kedua-duanya sekadar menganggap salam itu sebagai sesi berkenalan secara rasmi yang singkat. Tidak lebih daripada itu.
Baru sahaja Claude ingin membuka mulutnya kembali, telefonnya tiba-tiba sahaja berbunyi. Matanya memandang sekilas skrin telefon lalu dia mengusap tengkuknya.
"Erm, Ellia... Aku ada hal sekarang ni. Aku pergi dulu eh?"
"Oh, alright. Then, adios."
Claude hanya melemparkan senyum dan kemudiannya meminta diri sekali lagi. Selepas itu, dia berlari masuk semula ke perpustakaan.
Ellia memikirkan tentang sosok Airika yang dalam diam suka mengusik itu. Apabila diletakkan di sisi Claude yang senang gelabah dan agak pemalu itu, bagaimana agaknya keadaan mereka?
"What a match..." Dia menutur perlahan bersama senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
Kad perpustakaan yang ada di tangannya segera dimasukkan ke dalam kocek bajunya. Saat dia berpaling hendak melangkah menuju ke arah asal yang ingin dilaluinya, matanya menangkap kelibat seseorang yang sedang melarikan diri di seberang jalan.
"Macam pernah nampak aje..."
Matanya dikecilkan, meneliti penampilan orang itu. Tunggu, bukankah itu...
Telefonnya segera dibuka. Nombor CA didail dengan kadar yang cukup pantas. Dia menggigit kuku apabila CA masih tidak menjawab selepas tiga kali bunyi deringan kedengaran.
"Pick up your phone, CA..."
Tepat sesaat sebelum Ellia ingin menamatkan panggilan, suara CA melantun halus ke telinganya.
"Hello, Ellia? Kenapa kau call aku ni?"
"CA... Aku nampak dia. I saw him..."
"Him who?"
"Matteo!"
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Minum?"
CA menyerahkan satu gelas plastik berisi ice lemon tea kepada Ellia. Rasa tidak tenteram pula hatinya melihat Ellia yang sedang tidak senang duduk itu...
Ellia mengambilnya dengan senyum segaris. "Thanks."
"Ellia... Calm down a bit. Kau mungkin salah orang tadi or maybe, dia dah tak ada dekat area tu. So, prepare yourself for any negative news, okay?"
Wajah CA Ellia pandang sebelum dia menggeleng rakus. "Aku yakin itu memang dia... But yeah, I'll surely prepare myself for any negative news."
CA menepuk-nepuk bahu Ellia. Dia tahu Ellia sama sepertinya, ingin menemui Matteo dengan secepat mungkin bagi menyiasat apa sebenarnya yang berlaku sebelum ini. Mereka berdua sama-sama percaya yang Matteo tahu sesuatu, sebab itulah mereka perlu mencarinya.
Dan kalau pun Matteo tidaklah begitu berpengetahuan tentang apa yang berlaku di sebalik tabir konflik Crowner itu, sekurang-kurangnya mereka tetap juga dapat mencari tahu apa yang lelaki itu ketahui.
Better one small part than none at all.
"By the way, kau pergi perpustakaan ke tadi?"
"Erm, haah... Aku cuba nak alihkan perhatian aku daripada asyik fikir pasal kotak tu. Tapi, tak berjaya pun," ujar Ellia dengan jujur.
"Aku tahu aku ada bagi kau tekanan by asking you to do a police report. Tapi Ellia, aku harap kau tak adalah tertekan sampai abaikan kesihatan dan life kau pula..."
Ellia menggeleng perlahan. "Kau tak bagi aku tekanan, kau sebenarnya bagi aku kesedaran... Mungkin aku memang tak patut pandang remeh pasal ugutan tu. Tapi, aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Kalau ignore, macam yang kau cakap, aku mungkin akan hadapi masalah nanti. But kalau tak ignore, aku cuma ada dua pilihan... Sama ada aku tinggalkan dunia VRS ataupun buat police report and found out about the culprit. Dan aku tak mampu nak buat apa-apa pilihan... Aku tersepit, CA."
"Orang yang hantar kotak ugutan tu... Dia memang dah rancang semuanya dengan teliti. It seems like they know yang kau akan rasa tersepit macam ni... Tapi, Ellia, aku nak tanya kau satu benda. Kau memang takkan tinggalkan VRS, kan?"
Nada serius CA yang terselit ketika bertanyakan soalan itu membuatkan Ellia berasa tercabar untuk menjawab.
"Ya, aku takkan tinggalkan VRS."
"Jadi, maknanya kau sedarlah yang kau memang takkan dapat cover identiti kau selama-lamanya, kan?"
Ellia terkedu untuk menjawab. Sorotan mata CA yang menagih jawapan penuh tekad daripadanya menyebabkan dia semakin teragak-agak ingin memberikan jawapannya.
"Ellia... Sama macam adik-adik kau, kau pun takkan dapat sembunyikan kenyataan daripada keluarga kau untuk selamanya. Kau nak stay dalam VRS, I know. But Ellia, as much as you say you want to, I could still see the doubts in your eyes. Sekarang ni, kau masih lagi tak yakin dengan penerimaan keluarga kau kalau diaorang tahu yang kau seorang gamer. Kau belum bersedia nak dedahkan kepada diaorang tentang siapa Siea yang sebenarnya... Ellia, ask yourself. Sampai bila kau akan sembunyikan Siea yang hidup dalam diri kau? Sampai bila kau nak tutup kewujudan Aelice yang merupakan penguat kau dalam VRS?"
CA menghela nafas berat tika Ellia kekal diam buat suatu tempoh yang cukup lama. "Aku nak pergi toilet dulu. After that, I'll send you home."
Ingin Ellia melontar bicara tatkala melihat sepasang mata itu mengharapkan dia memberi jawapan. Tetapi pada akhirnya, dia hanya mampu terdiam. Sudahnya, dia menghantar langkah CA ke tandas dengan lirikan mata cuma.
Hatinya cuba menepis kebenaran perkataan gadis itu... Namun, dia sendiri tahu ianya suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan. CA benar... Sampai bila dia akan terus bersembunyi? Sampai bila dia mahu berahsia?
Her mouth said that she's ready, but after all this time, which of her actions that actually prove her words are true?
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Ellia bermain-main dengan kiub rubik di tangannya. Sesudah berfikir soal Matteo yang masih tidak dapat ditemui, dia memikirkan pula pertanyaan-pertanyaan CA tadi.
"Give my questions some thoughts, Ellia. It's best to prepare yourself before a tragedy falls on you."
Itulah pesanan CA sebelum gadis itu pulang tadi. Sampai sekarang, suaranya masih terngiang-ngiang di peti ingatan Ellia.
Ellia memejamkan matanya. Kiub rubik diletakkan ke meja lantas wajahnya diraup lelah. Jika dia katakan bahawa dia belum mampu menjawab soalan-soalan itu, adakah dia seorang pengecut?
Seandainya dia berbohong dan memberikan kepastian yang palsu pula, siapa yang akan mendapat untungnya? Orang lain mungkin percaya, tetapi bagaimana dengan dirinya?
The thing is that... When you tell lies, the original fool would be yourself. You may deceive others, but you could never deceive your own mind. Unless you're actually a pathological liar who'd believe their own lies.
Entah sejak bila dia beralih duduk di atas katilnya, Ellia pun tidak sedar. Apa yang dia tahu, kini dia hanya mahu berbaring dan berehat.
To find all the answers to such questions she herself hasn't had the courage to answer, it's not doable until she learns how to answer it.
"Just sleep. Nap is the cure to headache, even if it's just for a temporary period."
Menuruti perkataannya itu, Ellia memejamkan mata. Membiarkan mindanya berehat buat seketika daripada memikirkan berkenaan pelbagai hal yang hanya dapat menyakitkan kepalanya adalah solusi sementara yang dia putuskan kini.
Mungkin esok, mungkin nanti, dia akan mendapatkan solusi yang terbaik atau berdepan dengan hal yang terburuk dalam hidupnya. Tetapi sekarang, biarlah dia berehat dahulu demi memulihkan letihnya.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Boleh feel tak tu tension yang Ellia rasakan?
Dilema bila tersepit antara dua pilihan, kan? Yna pun selalu tersepit between two choices-- And I normally chose more 'no' than 'yes'. It's that one habit yang Yna rasa dah berakar dalam diri Yna... Bad or not, even I don't know what it would bring me in the future.
And here, some characters yang Yna tak sempat tunjuk sebelum ni๐ ๐
Double update for today! Thanks for reading, you guys~~๐ฅฐโค๏ธ
You are reading the story above: TeenFic.Net