𝟬𝟰𝟳 β€£ π™ˆπ™€π™§π™š π˜Ώπ™šπ™©π™–π™žπ™‘π™¨

Background color
Font
Font size
Line height

MENJELANG tengah hari, barulah kelibat semua orang muncul di dapur. Ellia yang asyik termenung terus memanggungkan kepala, melihat gelagat mereka semua satu demi satu.

"Err... Morning?" sapanya dengan nada teragak-agak. Waktu sudah tengah hari, tetapi mereka baru sahaja terjaga. Jadi, sapaannya boleh dikira masuk akal juga, bukan?

"Morning," balas Alex, CA, Dan, Eli, Hope, L, Sun dan Yuki senada.

"Awalnya kakak bangun... Tak tidur ke?" soal L dengan dahi yang berkerut.

Ellia menjongketkan alisnya. "Awal? Are you for real, Blaine Allen? Sedar tak yang beberapa minit lagi dah nak pukul 1.00 petang? Atau sebenarnya, L masih mamai?"

L menggaru-garu pipinya, tidak tahu mahu membalas apa. Smartwatch yang melingkari pergelangan tangannya kemudian disentuh. Memang betul, sekarang sudah pukul 12.53 tengah hari!

Ellia menggeleng-gelengkan kepalanya menyaksikan kerenah mereka semua yang jelas masih dalam fasa 'morning blue'.

"Since korang semua dah bangun, then go have your breakfast. Aku dah panaskan semula semua lauk-pauk termasuk nasi dan sup yang Aunty Celeste sediakan pagi tadi. And once you're finished, come to the living room. Aku nak discuss something."

Usai berkata sedemikian, dia meninggalkan kawasan dapur. Membiarkan lapan orang insan yang ada di situ terkebil-kebil dengan pemberitahuannya. Masing-masing memandang sesama sendiri sebelum akhirnya semua sibuk mengangkat bahu dek tidak tahu apa yang Ellia mahu bincangkan.

Mereka lantas bergerak secara teratur untuk mengambil makanan. Tidak ada seorang pun yang gelojoh ingin cepat-cepat mengisi pinggan disebabkan tidak mahu berlaku sesi perlanggaran antara mereka. Takut nanti ada pula tayangan perdana krisis dapur yang disiarkan pada waktu tengah hari begini!

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Sebelum memulakan bicaranya, Ellia terbatuk-batuk kecil. Batuknya bukan sebab sakit, tetapi untuk mendapatkan perhatian semua orang. Kala perhatian mereka semua teralih kepadanya seperti yang dia inginkan, barulah dia mulai membuka bicara.

"Aku tahu... Yang isu CL adalah sensitif untuk kita semua. Tapi, aku kena juga discuss something about his issue. Sebelum ni, Sun pernah bagitahu aku yang manager korang pernah tertinggal rekod pinjaman wang yang dibuat oleh CL dengan pihak management. Was this the reason why korang fikir CL khianati Crowner?"

Sedaya upaya Ellia melunakkan suaranya, tidak ingin ucapannya itu terdengar kasar. Yalah... Topik sensitif, kalau dibahas dengan nada keras, pasti ada yang makan hati dalam diam. Sebolehnya dia ingin mengelak sebaik mungkin daripada menyebabkan sebarang pergolakan dalam hubungan mereka.

"Kinda... Tapi sekarang, kitorang tahu yang itu mustahil." Rendah ton suara Eli membalas.

"Erm... Aku agak keliru. I thought kad kredit CL dari VPB tu jenis yang unlimited, dan boleh digunakan bila-bila masa aje. Then, macam mana korang boleh terfikir yang dia buat pinjaman tu pula?" CA menyoal dengan tenang. Intonasinya tidak terkesan mengancam, sebaliknya dipenuhi dengan rasa ingin tahu.

"Oh, pasal kad kredit tu... Yes, kad kredit CL yang dia dapat dari VPB tu memang unlimited and can be used anytime. Tapi, ada satu tempoh sebelum ni di mana kad kredit Premium CL tu tak boleh digunakan. Bukanlah tak boleh guna untuk selama-lamanya, tapi just untuk sementara waktu aje. It's because back then, VPB buat pembaharuan eksklusif untuk kad kredit versi lama yang diaorang keluarkan. Masa renew card tu, CL kena tunggu pihak VPB hantar kad kredit baru kepada dia. So at that time, dia berbelanja menggunakan kad kredit yang pihak management bagi. You see, kad kredit daripada pihak management penggunaannya ada had sendiri. Bukannya unlimited macam kad kredit dari VPB tu... So, each time any of us berbelanja melebihi limit yang ditetapkan, perbelanjaan kitorang akan dicatat sebagai pinjaman. Alright, that's just the basic info you have to know. Now, moving on to that rekod pinjaman... Kitorang analisis tarikh pinjaman tu dibuat and it matched dengan masa CL belum dapat kad kredit baru dia. We didn't know much about his family background, thus we simply made our own guesses... Thinking that maybe CL was really in a dire strait situation." Dan membuat penerangan. Dan setelah beberapa saat berperang dengan perasaan teragak-agaknya, dia menyambung lagi. "Members Platinum are all rich kids... Jadi kalaulah CL betul-betul in need of money at that time, we felt like there's a possibility that he chose... Chose to turn his back on us."

CA dan Ellia saling bertatapan setelah mendengar penjelasan Dan itu. Kedua-duanya bergabung pendapat dalam sepi, membuatkan orang-orang di sekeliling mereka penasaran akan apa yang difikirkan oleh dua gadis tersebut.

"Alright, another question. Selain gambar dan rekod pinjaman tu, ada apa-apa benda lain yang mencurigakan tak?"

Wajah Alex, Dan, Eli, Hope, L, Sun dan Yuki mula dihiasi kerutan. Kesemuanya berfikir keras sama ada terdapat perkara-perkara lain yang mencurigakan. Namun begitu, setelah beberapa detik CA menunggu jawapan mereka, mereka bertujuh sekadar memberikan gelengan.

"Are you really sure about this? Jujur, aku rasa curiga dengan sesuatu disebabkan apa yang Aunty Celeste bagitahu aku tadi." Ellia menyandarkan belakangnya ke sofa lalu memerhatikan riak wajah mereka semua.

"Apa yang Aunty Celeste bagitahu kakak?" tanya Sun dengan kerutan pada wajahnya.

"She said, sebelum isu pengkhianatan tu berlaku... Korang asyik bergaduh dan tak nak dengar cakap CL. Alright, before that... Please excuse me if you think I'm poking my nose in this matter way too much. Kalau korang rasa tak selesa, bagitahu aje aku dan I'll stop right away. I truly want to keep the air cool between all of us, tapi aku tahu itu cuma akan berlaku kalau semua orang berfikiran terbuka. Jadi, in case any of you feel like stopping this discussion, simply voice out before a fire get started so that we won't have conflict with each other. Okey, back to what Aunty Celeste have told me... Dia kata korang mula bermasalah bila sesi recruiting new members began. So, I need you guys to recollect your memories and tell me if there was anything suspicious going on back then."

"Alright, your words I noted, sister. Mmm... Seingat Sun, tu memang betul. Kitorang banyak bergaduh even before isu tu lagi, and the way CL tried to handle us during that time was slightly ineffective. Honestly, it was something unusual sebab biasanya, CL sentiasa dapat handle kitorang bila kitorang bergaduh. Yet, bila Sun fikir, actually tak ada masalah pun dengan cara CL... At that time, dia memang cuba tenangkan kitorang dengan cara dia yang biasa tu. Tapi, kitorang yang tak endahkan dia. Not sure why. But, I'd say it was a real mess when we kept arguing back then... Ada yang tak datang latihan, ada yang tak nak bercakap dan ada yang hampir nak keluar team."

Kening Ellia bertaut sambil matanya fokus kepada adiknya itu. "Then, siapa yang pegang watak pendamai masa tu?"

"It was J," jawab Alex tanpa ragu.

Manusia mencurigakan itu lagi! Ellia berdehem kecil dan mengekalkan raut wajah tenangnya. Mengingat bagaimana hubungan ahli-ahli Crowner dengan J, dia tidak boleh membiarkan mereka tahu yang dia ada rasa syak wasangka terhadap lelaki itu. Selagi belum ada sebarang bukti yang dapat mengheret nama J sebagai 'suspek', maka dia tidak seharusnya terang-terangan menunjukkan perasaan curiganya kepada lelaki tersebut.

"I see. Erm, ada tak sesiapa yang macam jadi watak penghasut supaya korang tak dengar cakap CL?"

Di luar pengetahuan semua, Ellia melontarkan soalan ini untuk tujuan saja-saja. Dia cuma ingin mengalihkan perhatian mereka daripada memandangnya, risau jikalau ada yang menyedari soal riak wajahnya yang masih sedikit tegang setelah nama J disebut.

"Now that you asked this question, aku tiba-tiba teringat pasal seseorang. And this someone... Dia salah seorang member tak sah Crowner yang made it to the lineup but tarik diri last minute. Kalau diikutkan, dia patutnya jadi official member in our team sekarang ni. Tapi, hmm... Anyway, that's not the point. My point about him is he's quite suspicious masa tu. Dia macam added fuel to the fire, he told us not to listen to anyone's order and just go our way. Like if we want to fight, then we should fight. Tak payah nak dengar cakap sesiapa atau peduli pasal apa-apa."

Jawapan daripada Yuki itu agak memeranjatkan Ellia yang sama sekali tidak menduga soalannya akan menuai hasil sedemikian. Ada watak penghasut? "Siapa dia?"

"His name was Matteo, popularly known as Mat.E in VRS."

Matteo... Matteo... Di mana dia pernah menjumpai nama ini dahulu ya? Ellia yakin, dia pernah melihat nama itu dalam satu forum VRS Timeline sebelum ini. Apabila memori datang menjengah mindanya, hampir-hampir sahaja dia ingin memetik jari. Namun, dia mengawal diri daripada melakukan aksi itu dek merasakan aksi tersebut tidak sesuai untuk dia lakukan.

Lelaki itu, Matteo atau profile namenya dalam VRS, Mat.E adalah ahli tidak sah Crowner yang paling dicurigai sebagai dalang di sebalik isu pengkhianatan CL. Dialah abang kepada member baru Platinum yang pernah Vierra sebutkan tempoh hari. Dan menurut Vierra sewaktu itu, Rel ada mengatakan bahawa Matteo ini jugalah insan yang telah merakamkan perbualan ahli-ahli Platinum sehingga CL dituduh mengkhianati Crowner. Akan tetapi, hal berkenaan recording itu tidaklah berat sangat bagi Ellia. Padanya, recording tersebut cuma berfungsi merumitkan konflik, tetapi ia bukannya sesuatu yang terlalu penting dalam konflik Crowner ini.

Andaikan betul seperti yang Yuki terangkan, ertinya Matteo cukup mencurigakan. Pun begitu, Ellia tidak rasa hal ini semudah yang mereka sangkakan. Walaupun Matteo mungkin memang pernah menghasut ahli-ahli Crowner supaya tidak menghiraukan CL ketika mereka bertegang urat dahulu, itu tidak terus memberikan konklusi yang Matteo merupakan dalang utama di sebalik semua kekacauan yang telah berlaku sebelumnya.

"But the main culprit... I don't think it's him. Aku tak boleh jelaskan kenapa aku rasa dia bukan pesalah utama... Because I'm currently depending only on my logic to make deductions and there's no proof. Anyway, mari ketepikan pasal dia dulu sampai kita jumpa benda lain yang melibatkan dia. Sekarang, aku nak tahu kenapa korang boleh bergaduh masa tu... Internal or external causes, let me know if you find something odd."

Dalam fikirannya, Ellia jelas yang keputusannya untuk mengetepikan Matteo itu agak mengelirukan. Malah, dia sudah menyediakan hujah tambahan yang dapat digunakan sekiranya ada sesiapa yang menentang tindakannya itu. Akan tetapi, dia sedikit terkejut bila tiada sesiapa yang membuka mulut hendak mempersoalkan alasan di balik tindakannya yang mengetepikan Matteo buat masa sekarang.

"Erm, L rasa kitorang banyak bergaduh masa tu sebab kitorang banyak perbezaan pendapat. Especially tentang team strategy yang baru. Back then, banyak team yang dah terbiasa dengan strategi-strategi yang kitorang guna. So, we needed to have a new set of strategies..." L memberitahu selepas memerah otak untuk mengingat kembali pergaduhan-pergaduhan silam dalam team Crowner sewaktu itu.

Memandangkan tiada sesiapa yang menyuarakan bantahan, Ellia memilih untuk meneruskan sahaja sesi perbincangan itu dengan selesa. "Okay, kakak faham pasal tu... Tapi, kakak nak tahu something. Ada tak yang officially bertugas mengatur strategi team masa tu?"

"Tak ada. Biasanya kitorang discuss new strategy together, since you know... Kitorang nak pastikan semua orang puas hati. Tapi, benda ni susah... Sebab setiap kali ada perbezaan pendapat, siapa yang kebetulan bad mood atau memang bad temper akan menyebabkan pergaduhan. However, kitorang jarang buat strategi baru... So, we didn't really think this was a big problem. But right now, looking back on the past, aku rasa benda ni sebenarnya sangat troubling untuk kitorang. Oh, right... Dalam beberapa perbincangan strategi tu, CL sebenarnya tak terlibat sebab dia dijemput menghadiri satu event dekat VPB. Masa tu lah, hubungan kitorang semua jadi renggang. Our leader yang biasanya jadi watak pendamai tak ada dengan kitorang, so the situation was a real mess when we argued. And normally, CL yang akan combine strategi-strategi kitorang untuk pastikan everyone got their own part in making the strategies. Jadi bila dia tak ada, kitorang kinda lost our direction."

Kejujuran Alex itu membuatkan Ellia mengangguk-angguk kecil. Dia mengeluh tanpa bunyi. Leader's role is really important in a team, no?

"Kalau macam tu, macam mana J boleh jadi pengatur strategi dalam team ni pula?" Dalam payah, Ellia berhasil jua menetapkan ekspresi datar tika mulutnya menyebut identiti yang paling dia curigai itu.

"Oh, pasal tu... Awalnya, J cuma hulurkan bantuan sikit. Dia kata, dia agak expert dalam bidang membuat strategi. Jadi, dia minta kitorang cuba strategi yang dia buat. The game went so smooth once we used one of his strategies. And at the end of the day, semua orang sepakat nak guna strategi dia. Sebenarnya, kitorang teragak-agak juga sebab... You know, dia belum jadi official member dalam team lagi. Rasa macam tak patut pula kitorang buat macam tu... Yet, he said he didn't mind it at all."

"He said that himself?" CA yang sedari tadi mendengar tiba-tiba mencelah, membuatkan Eli memandang ke arahnya. Anggukan yang diterimanya daripada lelaki itu hanya dibalas dengan 'oh' sebelum dia kembali menyepikan diri.

"Macam mana dengan CL? Dia tak kesah ke?" Ellia meneliti reaksi ahli-ahli Crowner. Ada yang tertunduk, ada yang sempat membuka mulut tetapi tidak jadi bersuara, dan ada pula yang mengalihkan pandangan ke arah lain. Satu set reaksi yang sudah mencukupi untuk dijadikan sebagai jawapan kepada pertanyaannya.

"He actually... Objected our decision. Naturally, it had always been the eight of us yang atur strategi baru bersama-sama. So, kenapa pula tiba-tiba nak biarkan satu orang yang haven't even become the official member jadi pembuat strategi dalam team? Disebabkan pendapat CL ni, kitorang berdebat dengan dia... We felt like he was being too prideful to not let others help us. We told him it was hard to discuss new strategies while keeping everyone happy... Besides, discussions may have lasted for a few days or even weeks. And by the time we finished discussing, berkemungkinan kejuaraan esports dekat Itali tu dah bermula. Kitorang tak boleh ambil risiko." Melihatkan tiada sesiapa yang bersuara, sudahnya Dan yang sukarela memberi jawapan.

'He wasn't being prideful... It's just that dia percayakan kebolehan korang semua untuk atur strategi baru walaupun korang rasa tu mustahil. He naturally knows that you all can make a good strategy if everyone combine their ideas,' ungkap Ellia dalam hatinya. Ingin disuarakan, tetapi risau nanti mencipta konflik pula. Akhirnya, kepalanya sekadar diangguk kecil, tanda yang dia faham akan alasan ahli-ahli Crowner menentang pendapat CL. "So, that was the final conflict you guys had with him before the betrayal issue?"

Anggukan seirama diterimanya daripada Alex, Dan, Eli, Hope, L, Sun dan Yuki.

"Then, lepas konflik tu... I mean, masa korang bermain as a team dalam kejuaraan esports dekat Itali tu, korang belum berbaik tapi korang tetap bermain sama-sama and simply kekalkan sikap profesional korang. Am I right?"

Anggukan diterimanya sekali lagi walaupun mereka agak ragu dek tidak dapat menjangka jenis reaksi yang akan mereka dapat daripada Ellia.

"So, that explains why he went to that bar... Dia cuma nak lepaskan tekanan, by trying to find his healing using alcohol."

Tidak Ellia sedari, ayatnya yang patut disimpan dalam hati itu terucap rendah olehnya. Alex, CA, Dan, Eli, Hope, L, Sun dan Yuki sampai tersentak mendengarnya.

Saat Ellia tersedar semua mata memandangnya, barulah dia tahu yang ayat itu telah diluahkannya tanpa dia sendiri sedari. Senyuman nipis diukirkan. "I may not be there when you guys were still a team... But, I don't actually need to be there to know how important you guys are to him. And I don't have to hear him explaining each of your worth in his life... To understand what he felt about you guys. His actions... Always give away what a person needed to know about his feelings."

Ya, Ellia memaksudkan segala yang dia katakan itu. She means it all because it's him.

It's CL... He's not a man of many words, but a man of detailed actions.

〄⨾〄⨾〄

β–’β–’β–’β–’β–’β–’

Fufufufufu~ Cara otak Yna merancang konflik Crowner ni is seriously killing meπŸ˜‚πŸ˜‚ I had to give a lot of details, needed to describe the what(s), the how(s) and even the why(s)...

So, please read it carefully, you guys. Konflik diaorang ni agak memeningkan, jadi kalau korang nak faham apa yang berlaku... Sila cuba hadam apa yang Yna tulis, slow-slow.πŸ˜…πŸ™‚ Kalau tak faham juga, silalah tanya Yna. Comment aje, okey? πŸ˜‰

Alright, thanks for reading and sorry if it's messy~πŸ₯°πŸ€πŸ€


You are reading the story above: TeenFic.Net