MELALUI bukaan langsir yang gagal menyembunyikan cahaya dari luar tingkap bilik itu, Ellia berbaring mengiring ke kanan, membelakangi CA yang tidur di sisi kirinya.
Jangan hairan mengapa mereka berdua tidur dalam satu bilik yang sama. Sebenarnya, situasi ini terjadi kerana mereka memutuskan untuk bermalam di Crowner Palace. Memandangkan CA dan Ellia sama-sama tidak mahu menyempit di bilik Alex, Hope, Sun mahupun Yuki, kedua-duanya harus berkongsi bilik. Bukannya tidak ada bilik lain selain daripada bilik yang satu ini, tetapi itulah... Dua daripada bilik lain itu merupakan bilik tetamu yang sangat jarang digunakan, jadi bilik-bilik itu agak berhabuk. Bilik yang satu lagi itu pula milik J. Kedua-dua CA dan Ellia tidak berkenan dengan pemilik bilik tersebut, maka akhirnya mereka berakhir dengan situasi sebegini; Berkongsi bilik.
Sebentar tadi, sebelum CA terlelap, Ellia sempat juga berbual-bual dengannya. Ikutkan hati, dia ingin melanjutkan perbualan mereka. Akan tetapi, dia jatuh kasihan melihat keadaan CA yang jelas kelelahan itu. Sudahnya, dia yang bertindak mengakhiri sesi perbualan mereka. Berpura-pura seperti dia sudah mengantuk walhal dia masih lagi bertenaga. Yalah, dia tahu CA tidak akan berehat sekiranya dia tidak berbuat sedemikian... CA pasti akan menemaninya berjaga tidak kiralah betapa penatnya gadis itu. Sebab itulah, Ellia langsung mengeluarkan bakat lakonannya demi membuatkan CA percaya yang dia benar-benar mengantuk.
Namun kontra dengan lakonannya tadi, mata Ellia kala ini sangat sukar terpejam. Bukan cuma kerana dia belum mengantuk, tetapi juga kerana memikirkan soal penghuni asal bilik yang ditempatinya kini. Kenyataan bahawa bilik yang dia dan CA kongsikan ini dahulunya milik CL membuatkan ruang dadanya terasa sendat tanpa ada alasan yang pasti.
Jejak CL di dalam bilik ini masih tertinggal. Entahkan lelaki itu sengaja ataupun tidak, tetapi sebilangan daripada barang-barangnya ada di sini... Misalnya, trofi, model-model karakter sedia ada dalam VRS, buku-buku dan bahkan, seragam khas team Crowner kepunyaannya.
Berkenaan ruang bilik ini pula, dekorasinya kelihatan simple. Bertemakan warna hitam putih, cukup ketara yang CL orangnya plain sahaja. Walaupun begitu, Ellia boleh melihat bahawa bilik ini tersusun rapi. Berdasarkan pemerhatiannya, peletakan objek-objek seperti potret dan tumbuhan di ruangan ini cukup terperinci. Menandakan bahawa CL seseorang yang agak mementingkan kekemasan.
Tanpa disengajakan, matanya tiba-tiba terpandang bingkai gambar yang berdiri di atas meja sisi katil tempat dia berbaring. Dek adanya sedikit cahaya malap daripada lampu tidur, foto yang terdapat dalam ruang bingkai gambar itu terlihat jelas oleh mata Ellia. Tidak mampu tidak, imej CL yang memakai cap dan bermask itu menggamit perhatiannya.
'CL, awak dekat mana sekarang ni? Awak still ambil tahu pasal saya dengan yang lain ke? Atau awak dah buka lembaran hidup baru?' Hatinya tertanya-tanya dalam sepi.
Sedar yang persoalan itu tidak akan terjawab, dia mengeluh lembut. Perlahan-lahan matanya dipejamkan, cuba memujuk diri agar mendapatkan rehat dengan sebaiknya. Dan pada penghujungnya, setelah beberapa percubaan tambahan, barulah Ellia berhasil membawa dirinya menjengah alam mimpi.
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
Selepas membersihkan diri, Ellia terus menuju ke kawasan tangga, berniat hendak pergi ke tingkat bawah. Dalam keadaan separa gelap, tangannya memegang alur tangga sementara kakinya melangkah perlahan menuruni anak-anak tangga. Bimbang semacam hatinya bila mengenangkan yang dia mungkin tersilap langkah dan jatuh tergolek ke bawah... Boleh patah riuk tulang-temulangnya nanti!
Tika kaki berpijak pada lantai tingkat bawah, helaan nafas lega dilepaskan. Dia lantas menuju ke dapur, iaitu satu-satunya ruangan yang terpasang lampu. Dengan santai, dia membuka satu-persatu kabinet yang ada di dapur itu, cuba mencari sebarang minuman pek.
Ellia bukannya tidak tahu diri yang dia itu sekadar penghuni satu malam di Crowner Palace, tetapi memandangkan ahli-ahli Crowner telah memberitahunya semalam supaya dia menganggap Crowner Palace bagaikan rumah sendiri, maka dengan senang hati dia menuruti perkataan mereka itu.
Usai menemukan minuman pek yang disukainya, dia segera membancuh minuman itu. Duduknya lantas dilabuhkan pada sekaki kerusi dapur yang berdekatan sebelum dia mencapai telefonnya dan memeriksa isian-isian baharu dalam VRS Timeline.
FORUM: DETHRONED CROWNER
βcassidybrownbear started the forum
cassidybrownbear
What's wrong with the current Crowner?
Rasa macam members team tu cuma tukang sapu or kuli-kuli untuk the new
Ace aje... Diaorang macam dah hilang
skills diaorang, tahu tak?π¬π
MelancholiaBabe reply to cassidybrownbear
Kan? Aku ingat aku seorang aje yang rasa
macam ni... Huweeiii, aku nak Crowner
yang dulu!ππ
TiredOfDrama reply to cassidybrownbear
Aku rasa sedih tengok corak battle diaorang dalam Qualification Match tu...
Diaorang dah tak macam dulu. Dulu semua
Don'tBeALoser reply to cassidybrownbear
Aku rasa diaorang memang dah lack on skillslah sekarang ni... I guess, they're now crownless. And that's all thanks to CL's betrayal~~π
SpreadHateNoLove reply to cassidybrownbear
I agreed with @Don'tBeALoser, sh*ts happened to Crowner because of his betrayal. He's really a sh*tty person! Aku percaya yang Crowner patut bubar aje sekarang ni... They're no more in VRS.π
CrownerLoyalChild reply to SpreadHateNoLove
Just like your username, you're nothing more than a dark hearted person. Aku camlah username kau, kau ni memang dah lama jadi anti-Crowner, kan? Banggalah kau sekarang bila Crowner jadi problematic, kan?ππ
SpreadHateNoLove reply to CrownerLoyalChild
Heh, kau lagi! Kau ingat aku tak kenal kau? Penyokong setia team Crowner yang sampah ni, kan? Aku dah kata Crowner ni sampah, now it's proven. Dahlah, tak payah nak jadi loser!ππ
RaiseThatMidFing reply to SpreadHateNoLove
Agreed! Crowner memang team sampah... Buat malu aje jadi penyokong diaorang! Dahlah sibuk nak hide muka diaorang ala-ala selebriti... Weh, diaorang ingat diaorang tu idols ke? Berlagak betul! Apa lagi manusia yang bernama CL tu... Boleh pergi mampus awallah!ππ€
Laju sahaja Ellia menekan butang back selepas membaca komen-komen tidak enak dalam forum berkaitan team Crowner itu. Nampaknya, prestasi Crowner dalam Qualification Match tempoh hari masih menjadi bualan hangat walaupun sudah hampir seminggu berlalu...
Jika dikenangkan hatinya yang terbakar, mahu sahaja dia memberikan reply di forum tersebut, tetapi dia tahu dia mungkin akan memburukkan lagi keadaan sekiranya dia terlibat dalam perdebatan dengan pengguna-pengguna toxic yang anti-Crowner itu. Jadi mahu tidak mahu, niatnya itu dipadamkan jua.
Forum terbaru yang muncul dalam recommendationnya dibaca dengan hati yang kurang baik selepas melewati beberapa forum toxic lain berkaitan CL serta ahli-ahli Crowner. Hesy, panas hati dia dengan gelagat pengguna-pengguna toxic dalam aplikasi itu! Penyokong-penyokong Crowner pun satu... Di tengah-tengah konflik yang melanda Crowner ini, ke mana perginya mereka? Atau jangan-jangan mereka sudah berpaling tadah? Sungguh, jika sahaja hal itu benar, Ellia bakal meledak dengan rasa tidak puas hatinya!
FORUM: 'SILVER QUEEN' VERSUS 'PINK-HAIRED ELSA' !!
βclaimorechips started the forum
claimorechips
Guys, it happened for real, right?
Silver Queen returned and have
a dueo with our Pink-Haired
claimorechips
Stup*d keyboard...π Ignore that typo,
it's supposed to be 'duel'.
WaitingForQueen'sArrival reply to claimorechips
Oh my goshhhhhhh! Aku ingat aku seorang aje yang rasa Silver Queen buat comeback...ππ It's really her, right? I'M NOT GONNA TAKE A NO!π«π«
CinderellaWithoutRela reply to WaitingForQueen'sArrival
I think it's really her... But OMG, it's a battle between two Queen! πππππππ Pink-Haired Elsa memang powerful walaupun dia cuma guna satu weapon aje! And Silver Queen, her skills stay alive walaupun dia dah lama tak terlibat dalam battles! Aku nak diaorang sama-sama masuk IGCC tahun depan! π«β€οΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈ
Celv.Tan reply to CinderellaWithoutRela
Gurl, you're not alone~ Kitorang pun nak diaorang masuk IGCC tahun depan! πβ€οΈβ€οΈ
CinderellaWithoutRela reply to Celv.Tan
Ahhhh, King Aethan replied to my comment! King Aethan, I love you! You're so cool during the Qualification Match! β€οΈβ€οΈβ€οΈβ€οΈππππππππ
HamsterShortiePant reply to claimorechips
Sameeeeee~~ My eyes have received too much blessings by watching their battle! πβ¨β€οΈβ€οΈβ€οΈ Silver Queen and Pink-Haired Elsa, they are real Queen! π«ππ
I.ChokeDogBone reply to claimorechips
It's really a BOOM BATTLE from them! π«β€οΈβ€οΈβ€οΈ But, I kinda missed our Queen Siea~~ She's got potential too! ππ€§π€§
gameover.You reply to I.ChokeDogBone
Kan? I miss her too! Silver Queen and Pink-Haired Elsa memang pro, tapi Queen Siea pun pro juga! Ni semua sebab players from VGC tu, diaorang jatuhkan maruah dia... So cruel! π¬βΉοΈππππππ
It'sHardbutIt'sTrue reply to gameover.You
Bukan diaorang aje... Toxic community dekat VRS Timeline ni pun teruk! Aku rasa kesian dengan Queen Siea tu! If only I can hug her... Queen Siea, please return! ππ€§π€§π€§π€§π€§πππ
Tersentak Ellia dibuatnya bilamana dia membaca komen-komen yang menyebut profile namenya itu. Senyuman hangat tanpa sedar terukir di wajahnya.
Ternyata masih ada yang mengingati nama profilenya lagi... Dia sangkakan dirinya akan segera dilupakan selepas dia 'menghilangkan diri' begitu sahaja. Namun, kini dia ketahui bahawa dirinya punya penyokong-penyokong tersendiri. Walaupun dia jatuh, mereka tidak mentertawakan dirinya. Pada saat dia menghilang, mereka mengingati namanya. Ketika dia tidak lagi menjadi sebutan, mereka kekal mengaguminya.
Jadi, inikah rasanya bila mempunyai penyokong-penyokong setia? Ellia gembira sekali dengan komen-komen beberapa pengguna itu. Sekurang-kurangnya, biar tidak banyak, dia terharu jua mengetahui bahawa masih ada juga yang peduli akan dirinya dan mengharapkan dia menonjolkan diri semula seperti sebelum ini.
"Anak ni siapa ya?"
"Ahhhhh!" Ellia pantas terjerit kecil akibat terkejut dengan teguran itu. Wajahnya buru-buru dipalingkan ke belakang, terarah tepat ke wajah seorang wanita yang tidak dikenali.
"Err, aunty pula siapa?"
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
"Maafkan saya ya, aunty? Saya terjerit dekat aunty tadi..."
Ellia menundukkan kepala, menjatuhkan pandangannya ke lantai apabila rasa bersalah mula berakar dalam hatinya.
Celeste tergelak halus. "Tak apalah... Aunty pun silap juga. Yalah, tiba-tiba aje tegur kamu... Mesti kamu terkejut, kan?"
Anggukan kecil Ellia berikan. Masakan mungkin dia tidak terkejut tatkala dirinya ditegur secara mengejut oleh wanita itu! Lagipun, dia tidak tahu yang Crowner ada mengupah seseorang sebagai chef breakfast mereka. Kalau dia tahu, tidaklah dia terkejut sangat ditegur oleh wanita bernama Celeste itu.
Celeste, dia berdarah campuran Perancis-Sepanyol tetapi sudah lama bermastautin di negara Cavville. Dia mulanya tinggal di luar bandar negeri Vorche, namun disebabkan pekerjaannya, dia berpindah ke bandar utama negeri ini.
Katanya, pekerjaan utamanya adalah pengusaha kafe kecil-kecilan. Dia juga memberitahu bahawa tempat dia bertemu dengan ahli-ahli Crowner buat pertama kalinya adalah di kafe itu. Oleh kerana mereka menyukai masakan hasil tangannya, dia diupah menjadi chef breakfast di Crowner Palace.
Didengar dari cara pertuturannya, Ellia dengan mudah mengesan yang Celeste ramah orangnya. Dia senang diajak bergaul, tidak lokek ilmu dan amat suka berbual. Dan hal ini membuatkan Ellia selesa dengan wanita itu kerana keperibadiannya yang mirip Windy.
"Erm, aunty..."
"Hmm?" Celeste yang sibuk menggaul sup hanya membalas panggilan itu dengan menggumam kecil.
"Masa CL masih ada dekat sini... Crowner okey ke? Err, macam mana nak cakap eh? Saya bingung pula nak explain..."
"Tak apa, aunty faham soalan kamu. Well, yes... They were far better then than now. Hubungan diaorang semua memanglah tak selalu sweet, tapi diaorang mesti akan berbaik dengan sendirinya lepas bergaduh. Kadang-kadang terasa macam diaorang tu budak-budak, but that's what make them adorable as a team. Now that CL is gone, aunty jarang nampak mood diaorang yang lively macam dulu-dulu."
Nada kecewa Celeste menyapa gegendang telinga Ellia, membuatkan gadis itu tersenyum pahit. Dia yang tidak pernah melihat interaksi CL dengan ahli-ahli Crowner yang lain terasa cemburu akan wanita itu. Mesti Celeste seronok melihat interaksi mereka sebelum ini... Sayang sekali buat dirinya, dia tidak berkesempatan lagi untuk melihat hal yang dilihat Celeste itu sekarang.
"Aunty, kalau boleh tahu... Aunty sedar tak bila hubungan diaorang mula retak?"
Celeste memandang ke arah Ellia. Matanya mencerminkan pelbagai emosi yang sukar buat Ellia terangkan satu demi satu. Seolah ada banyak rasa yang Celeste pendamkan di lubuk hatinya berkaitan soalan itu.
"Hmm... Pasal ni, aunty rasa hubungan diaorang mula berubah selepas diaorang buat keputusan nak rekrut ahli baru untuk team Crowner. Awal-awal tu taklah ketara mana, tapi lama-lama perubahan tu makin jelas... Aunty dah lama kenal diaorang, jadi aunty tahu sangat kalau diaorang berubah. Awalnya, aunty ingat mungkin hubungan diaorang berubah sebab yalah... Diaorang dah membesar, tekanan pun makin bertambah. So, aunty taklah fikir macam-macam. Tapi lepas tu, aunty rasa diaorang memang dah lain sangat... Especially bila diaorang makin mudah bergaduh dan tak nak dengar cakap satu sama lain. Biasanya CL tu watak pendamai, he had his own way untuk selesaikan isu antara ahli-ahli kumpulan... But it suddenly didn't work out anymore. Malah, diaorang makin senang nak lepaskan kemarahan dekat CL. Panggil CL berat sebelahlah, talam dua mukalah... Haih, aunty pun pening kenapa diaorang punya baran masa tu teruk sangat..."
Selesai berjeda sebentar, Celeste menyambung lagi. "But the worst one should be that one time... Masa CL dituduh mengkhianati team, the situation was truly miserable. Sebelum kejadian pengkhianatan yang entah betul ataupun tak tu, CL dengan ahli-ahli Crowner sebenarnya memang dah ada salah faham sikit. Well, tu pun sebab CL tak datang training beberapa kali dekat sini... And he explained nothing for that. That's why they were on bad terms. After the issue, things then went down real quick. Aunty tak tahu macam mana diaorang berbincang, but I honestly believe that there must be a miscommunication between them. Sebab tu lah, akhirnya CL keluar dari team. Aunty bukan nak sokong mana-mana pihak, tapi jujur... Aunty rasa CL tak khianati Crowner. Because I could really see how much he loved the team back then, and I think he still does... Up till now."
Ucapan itu disudahinya dengan sebuah keluhan berat. Kemudian, dia kembali memberi tumpuan kepada masakannya.
Ellia tidak lagi menyoal apabila melihat Celeste kehilangan mood positifnya. Pada pendapatnya, Celeste sudah menganggap seluruh ahli Crowner termasuklah CL sebagai anak-anaknya sendiri. Maka ketika CL keluar dari team itu, hatinya terluka melihat perpaduan mereka runtuh. Mungkin ahli-ahli Crowner mahupun CL tidak pernah sedar... Namun hakikatnya, perpisahan mereka itu tidak sekadar menyakiti mereka, tetapi juga banyak hati lain yang ada di sekeliling mereka.
Such a lively surrounding that used to be there... For people who care enough for it, how can they not miss it once the 'party' was over?
γβ¨Ύγβ¨Ύγ
ββββββ
Hmm... MengbrokenπΆβΉοΈβΉοΈ
Anyway, here comes another update from me... Hehehehe, Yna nak update sebanyak mana yang Yna mampu sebelum Yna uninstall Wattpad... So, maybe akan ada update lagi selepas ni.π π
Oh, and just FYI... Walaupun CL merupakan PK of VRS, fans still boleh panggil player pilihan diaorang dengan gelaran 'King'. 'cause it's a free title, not an official one like PK of VRS. And also, it's just some sort of acknowledgement terhadap seorang player. However, kalau someone nak mention PK of VRS, then the only one that's able to use it should be CL. This is the rule. But if one day, the official King's title is used by someone else, (where CL's no longer the PK of VRS), then that person would be the one to use it. At that point, CL cuma akan digelar bekas PK of VRS aje.π¬πΆβΉοΈ
Don't know if this chapter is alright, but thanks for reading! π₯°
You are reading the story above: TeenFic.Net