KEHENINGAN meliputi suasana di dalam perut kereta CA apabila dia dan Ellia sama-sama tidak mengambil inisiatif untuk berbicara. Kedua-duanya fokus dengan apa yang mereka kerjakan; CA dengan pemanduannya, Ellia pula dengan lamunannya.
Saat CA tiba-tiba berdehem, lamunan Ellia akhirnya menemukan noktah. Gadis itu memandang ke sisinya, dan mendapati CA juga sedang memandangnya.
Di tengah-tengah kesibukan jalan raya yang menyebabkan pemanduannya tergendala, CA mengambil keputusan untuk menjadi pemula bicara. "Ellia... Kau curiga dengan manusia yang bernama J tu, kan?"
Ellia mengangguk kecil. Di hadapan CA, tidak ada apa-apa yang perlu dia sembunyikan memandangkan gadis itu tidak seperti para ahli Crowner yang akrab dengan J. "You too, right?" duganya.
Pada hakikatnya, dia telah lama menyedari kecurigaan CA terhadap J semenjak nama J disebut-sebut dalam perbincangan mereka di Crowner Palace tadi. Hanya sahaja, dia tidak mengatakan apa-apa. Dan disebabkan dia mengetahui hal ini, dia telah menantikan peluang untuk berbual dengan CA berkenaan insan bernama J itu.
Ketika CA menawarkan bantuan untuk menghantar dia pulang ke rumah sebelum ini, Ellia sudah tahu gadis itu juga ingin berbincang secara peribadi dengannya soal perkara yang sama. Maka, dia dengan senang hati bersetuju menerima bantuan CA.
Walau bagaimanapun, semenjak mereka memasuki perut kereta, tiada sesiapa yang membuka mulut sehinggalah beberapa detik yang lalu. Aneh? Mungkin. Tetapi sebenarnya, ia berlaku kerana mereka berdua terasa janggal. Tidak, berkemungkinan besar cuma Ellia yang janggal. CA di sisinya santai sahaja sedari tadi, namun memilih diam kerana tahu Ellia masih merasa janggal. Janggal sebab apa? Tentu sekali kerana ucapan Ellia berkaitan CL sebelumnya. Ucapan yang sempat menyebabkan semua orang di Crowner Palace terkedu, sedangkan Ellia pula diserbu rasa malu apabila tersedar yang dia terguna nada bersifat romantik ketika memberi ucapannya itu.
"Erm... He's really suspicious. In fact, aku sebenarnya dah rasa dia tu mencurigakan lepas tengok Qualification Match yang Crowner ikut hari tu. Like he suddenly got the limelight, and overshadowed the other seven members. Even CL pun tak ada buat macam tu sepanjang dia jadi Ace, you know? Sure he got his own limelight too, but he's never gone so overboard that he overshadowed the others. Dan jujur, aku bukannya nak menangkan CL sebab dia adik aku. But, it's justβ Ellia, you get my point, don't you?"
Ellia tersenyum nipis. "Don't worry, CA. Aku faham maksud kau. Aku pun rasa benda yang sama... Aku dah tengok hampir semua battle yang Crowner pernah sertai, so when I watched the Qualification Match, aku sedar perubahan yang berlaku. How all the lights were only on this one person called J..."
Tangan CA kemudian naik memegang dagunya, terlihat seolah berfikir mengenai sesuatu. "But Ellia... That Matteo... Dia pun agak mencurigakan juga, don't you think so?"
Anggukan kecil Ellia berikan. Sungguhpun dia ada mengatakan yang hal Matteo itu perlu diketepikan dahulu, dia tidak pernah bercadang untuk membuang terus Matteo daripada senarai 'suspek' di belakang kejatuhan CL.
"I've heard about him from Doc Vie and had also read some stuffs about him on VRS Timeline... Dan logically, walaupun dia mungkin bukan pesalah utama, there's still possibility that he's got his hands dirty on a few things. I don't know why... Tapi, aku rasa dia mungkin tahu apa sebenarnya yang berlaku di luar pengetahuan kita."
Tanpa perlu penjelasan tambahan, CA langsung dapat menjangka apa yang Ellia ingin lakukan. "So, you're thinking of finding him?"
"Yes. Tapi, CA... Aku dapat tahu yang dia memang tak tinggalkan sebarang jejak lepas tarik diri daripada jadi ahli sah Crowner. So, if I want to track him, aku perlu upah orang. Masalahnya, aku tak boleh nak saja-saja upah orang untuk jejaki dia, since my family always keep me under their watch. Diaorang akan curiga, and there would be a lot of messy scenes..."
"Then, biar aku yang hantar orang untuk upah dia. Don't worry, this won't do any harm on me. And aku betul-betul tak anggap benda ni menyusahkan... You see, CL adik aku. Jadi, sebagai kakak dia, aku memang patut tolong dia selesaikan semua kekacauan ni."
Ellia yang mulanya sedikit khuatir memikirkan bahawa pencarian Matteo akan menyusahkan CA perlahan-lahan melepaskan helaan nafas lega setelah gadis itu selesai berbicara. Di antara mereka berdua, tidak dapat dinafikan, CA memang jauh lebih sesuai untuk menjejaki lokasi Matteo. CA sudah menggalas tanggungjawab sebagai pengelola syarikat keluarga sekarang ini. Maka, andai dia ingin mencari seseorang sekalipun, keluarganya tidak akan masuk campur memandangkan dia bukan lagi berada dalam aturan mereka. Tambahan pula, keluarga Davies lebih berfikiran terbuka berbanding keluarga Lawrence dan Jennings. Selagi CA tidak melakukan sesuatu yang kurang berpatutan, keluarga gadis itu semestinya tidak akan menentang tindakannya.
Pin! Pin! Pin!
Mendengar hon yang datang dari kereta di belakang mereka, barulah kedua-dua gadis itu tersedar yang kenderaan di hadapan mereka sudah pun mula bergerak. CA, tanpa banyak bunyi, turut meneruskan pemanduannya.
Sekali lagi, suasana hening datang menyelimuti mereka berdua. Namun, bukan untuk masa yang lama bilamana CA membuka mulutnya lagi.
"By the way, thanks for being so understanding on prince. Tak ramai yang faham macam mana budak tu berfikir, and there's even more less that have good opinions on his attitude. In truth, cuma ada beberapa orang aje yang akan yakin untuk bela dia macam kau, tapi... Untuk seseorang bela dia macam cara kau tadi, I bet you're the only one in this world who can do it."
Senyuman yang tercalit pada wajah CA membuat Ellia terkebil-kebil di sebelahnya. Tetapi, hanya sebentar sebelum dia turut sama tersenyum.
"It's just that the tone you used... Sounded like you practically read some love song lyrics to my ears. Kalau aku tak tahu apa hubungan korang, I could have thought you twoβ"
"CA! Whatever you're thinking of... I-It's nothing of the sort..." Ellia memintas laju dengan pertuturan yang tersekat-sekat. Rasa hangat terasa menyebar pantas ke seluruh wajahnya.
CA tergelak senang hati dalam pada fokus memandu. "Alright, alright... No more teasing. Tapi, Ellia... Kalau kau act all flustered and blushed every now and then, how can one not tell what you have in your heart?"
"CA!"
Ellia merengek kecil, bagaikan seorang kanak-kanak yang tidak dibelikan ais krim oleh orang tuanya. Bezanya, dia pula merengek sebagai rayuan supaya CA berhenti mengusiknya.
Perjalanan mereka lantas dihujani gelak dan rengekan yang semestinya menghilangkan semangat seorang Sofie Gracellia. Like sister, like brother sungguh CA dan CL! Dua-dua suka mengusik, dan yang asyik menjadi mangsa adalah dirinya. Haih, apalah nasib...
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
Rendah sahaja kepala Ellia turun mengarah ke lantai. Dalam waktu yang sama, debaran yang terasa memalu kencang dadanya membuatkan dia berpeluh dingin meskipun pendingin hawa di ruang tamu rumahnya itu berfungsi dengan baik.
Di bawah panahan mata Blair dan Sienna, dia benar-benar tidak dapat tampil santai seperti biasanya. Mengimbas semula apa yang telah berlaku dalam majlis perjumpaan keluarga Lawrence dan Jennings tempoh hari, dia semakin tidak senang duduk.
Memanglah adik-adiknya sudah memberitahu dia yang mama dan papa mereka tidak mempersalahkan Ellia atas ledakan emosinya pada hari itu, tetapi tetap sahaja dia tidak dapat bertenang. Bagaimana jika mereka mula mempersoalkan dirinya tentang bermacam-macam hal? Jujur, dia masih belum bersedia lagi untuk berbincang mengenai kondisi mentalnya dengan mama dan papanya. Ah, kusut kepalanya begini!
"Ke mana kamu pergi malam tadi?" Blair menyoal dengan nada datar.
Tersentak, Ellia membalas dengan takut-takut. "El-Ellia ikut L dengan Sun bermalam dekat tempat gaming diaorang."
"Kamu pulang ke rumah, tapi kamu langsung tak bagitahu apa-apa. Sofie Gracellia, mind to tell me your why?"
Ton suara Sienna tetap sama seperti kebiasaannya, namun cukup jelas bahawa gaya percakapannya itu bukanlah sesuatu yang Ellia boleh anggap normal. Ianya sangat dingin dan renggang, membuat ruang dadanya padat dengan emosi yang bercampur aduk sehingga terasa sesak.
"Mama tak minta penjelasan kamu pun tentang apa yang berlaku masa majlis hari tu, Ellia. Mama cuma nak kamu bagitahu mama... Why did you choose to find your peace at someone else's place? Are we not your family or... We're too useless that we aren't capable of being the shoulders you can lean on?"
Ellia mengangkat wajahnya. Nada serak yang kedengaran daripada mamanya meruntun hati kecilnya. Kepalanya digeleng rakus. "Bukan... Mama, it's not like that. Ellia cumaβ Mama dengan papa mesti kecewa dekat Ellia, kan? Yalah, Ellia hilang kawalan dan malukan mama dengan papa macam tu... I keep on rubbing dirt on your names... I'm so sorβ"
"Sorry for what? Kenapa Ellia nak minta maaf atas sesuatu yang buat Ellia rasa bebas? Ellia asyik pendam perasaan aje selama ni... Ellia ingat papa tak tahu? Papa tahu, Ellia sakit hati. Tapi, papa tak kata apa sebab papa tahu sangat puteri papa ni keras orangnya... Selagi Ellia boleh bersabar, Ellia akan pilih untuk pendam. Pendam, dan terus pendam semua perasaan tak puas hati tu... Until it erupts inside of you. Ellia, listen... If you want to apologize, then the one you should be apologizing to is yourself. How many times had you been forgetting your self worth? How many times had you forced yourself to swallow all the tears and the pain you've felt before? Let me ask you... Did you ever make your count?"
Blair menghela nafasnya tika Ellia terdiam. "Sofie Gracellia adalah puteri sulung Blair Lawrence dan Sienna Jennings. Tak ada satu pun benda di dalam dunia yang boleh ubah fakta ni. Sweetie, always trust your heart. Listen to it, follow it... Respect yourself, remember your worth, and never forget that you are loved. Jadi, tak kira apa sekalipun kamu nak buat, if it's the right thing to do for yourself, do it. Jangan peduli tentang orang lain... Apa yang patut Ellia pentingkan ialah diri Ellia, dan hati Ellia."
Kata-kata itu meresap terus ke dalam hati Ellia. Dia mengawal emosinya, sedaya upaya menegah air matanya daripada mengalir. Ayat yang tadinya ingin diucapkan kini terkunci di kerongkongnya.
"Mama dengan papa tak nak Ellia sakiti diri Ellia untuk kami. You deserve to be happy... And know that you are always enough for us..."
Seusai mengatakan hal itu, Sienna menyentuh tangan Ellia lalu dielusnya perlahan. "We love you, sweetie."
"I love the both of you too..." Ellia menatap kedua-dua mama dan papanya itu dengan tatapan seorang anak kecil.
"We know," sahut Blair dan Sienna secara bersamaan.
Tanpa berlengah, Ellia pantas memeluk mereka berdua yang tika ini berdiri di depannya.
"Maaf... Maafkan Ellia sebab tinggalkan rumah... Maaf sebab langsung tak hubungi mama dan papa... Ellia cuma tahu buat sesuka hati Ellia aje... I'm so sorry for that."
Tidak ada balasan daripada Blair dan Sienna, tetapi tindakan mereka yang memeluk dirinya kembali sudah lebih dari cukup untuk menyatakan bahawa mereka memahami dia.
Having such parents like them is really a blessing to her.
β’β¦β¦βββββ’β¦α‘αβ’β¦βββββ¦β¦β’
"I hope she's really fine. Ellia tak sembunyikan keadaan mental dia daripada kita, kan? Blair, what ifβ"
"Dear, kita kena percayakan Ellia. Takkanlah dia nak tipu kita pasal kesihatan dia sendiri?"
Perbualan mama dan papanya yang dia terdengar sebentar tadi meremukkan hati Ellia. Dia meraup wajahnya dengan mata yang terpejam.
"I'm so sorry. Ellia terpaksa tipu mama dengan papa... I just don't want you to keep worrying about me."
Ya, Ellia berbohong. Dia membohongi Blair dan Sienna dengan mengatakan bahawa keadaan mentalnya baik-baik sahaja. Sudah terlalu banyak kekhuatiran mereka pada dirinya. Dia tidak sanggup untuk menambahkan lagi perasaan khuatir daam hati mereka.
Cukup-cukuplah... Lihatlah bagaimana reaksi mereka sebelum ini ketika cuba meyakinkan Ellia yang Ellia perlu menyayangi dirinya sendiri dan berhenti menelan segala kesakitannya dalam diam. Terlalu ketara betapa bimbangnya mereka terhadap Ellia, dan Ellia... Dia mana mungkin sudi membutakan matanya dan berpura-pura tidak menyedari hal itu.
Jadi, walau apa sekalipun, Ellia akan berusaha untuk tampil baik-baik sahaja di hadapan mama dan papanya. Dia akan menghapuskan kekhuatiran mereka dengan cara itu. Mereka tidak perlu tahu apa yang dia alami, dan seteruk mana keadaan mentalnya.
She would handle it herself, they need not to experience another heavy heart moment for her.
"Mama, papa... Jangan risau pasal Ellia lagi. I promise you, I will handle myself the very best I can. I'll guard my own heart, just as you wish."
γβ¨Ύγβ¨Ύγ
ββββββ
Alright... Heyyooo, I'm back with another chapter~π₯°β€οΈ
Honestly, it's currently my exam week. But... Yna still update juga. Well, jangan contohi Yna HUHUHUHU... Prioritize your study, okay? ππ»π€©
Yna rasa chapter ni boring... So, hmm... Tak tahu nak comment apa.
Anyway, thanks for reading and sorry if ada apa-apa kesilapan~ππ
P/S: My birthday is only a few days away, so... Hehehe, Yna publish chapter ni as my gift to you all. ππ€π
You are reading the story above: TeenFic.Net