𝟬𝟰𝟰 β€£ 𝘼 π˜½π™–π™©π™©π™‘π™š π™¬π™žπ™©π™ π™π™šπ™‘

Background color
Font
Font size
Line height

PETANG harinya, lebih kurang pukul 4.30 petang, Ellia tiba di Crowner Palace dengan Vanessa sebagai pemandu sukarelanya. Hairan mengapa dia boleh tergerak hati untuk datang ke situ? Hendak dijadikan cerita, Ellia sebenarnya terlanjur membuat janji dengan adik-adiknya untuk berlatih bermain VRS di Crowner Palace pada waktu petang ketika mereka menghubunginya tengah hari tadi. Tidak, terlanjur membuat janji itu pun bukan atas keinginannya. Konklusinya, ini semua disebabkan kelicikan adik-adiknya dalam memerangkap dia supaya bersetuju untuk berlatih bermain VRS dengan team Crowner!

"Nak nanny tunggu dekat sini ke?" soal Vanessa dengan kening yang terjongket.

Laju Ellia menggeleng. Gila apa dia mahu membiarkan Vanessa yang usianya sudah lewat 30-an itu menunggunya? Latihan gaming mana ada yang sekejap sahaja, jadi tidak wajar rasanya jika dia meminta Vanessa untuk menunggu. "Nah, it's okay. Nanny tak payahlah tunggu Ellia, nanti Ellia balik dengan L dan Sun... Anyway, thank you, nanny for sending me here. Sorry sebab menyusahkan..."

Vanessa tersenyum nipis. "Hesy, kamu ni! Apa cakap macam tu? Mana ada susahlah... Lagipun, ni memang tugas nanny untuk jaga kamu. Especially now that you don't have your favourite driver anymore."

Favourite driver... Mendengarkan hal ini, Ellia tersenyum seraya menggaru-garu kepalanya. Tahu sangat siapa yang dimaksudkan oleh Vanessa itu! Siapa lagi kalau bukan Kim?

"Thanks again, nanny... Erm, then saya pergi dulu. Bye-bye, nanny. Jumpa lagi nanti..."

Setelah berbalas lambaian, kereta yang dipandu Vanessa lantas meninggalkan perkarangan Crowner Palace. Ellia pula membawa langkahnya ke hadapan pintu masuk Crowner Palace itu.

Tangannya yang baru naik sedikit untuk mengetuk pintu terkaku bilamana bunyi jeritan kedengaran dari ruangan dalam. Pelipisnya berkerut nipis. Ada sesiapa yang bergaduh ke apa?

"Bongoklah kau ni, Dan! Apa pasal kau tembak aku pula?"

"Eh! Apa pasal aku pula? Salah kau kut! Kau yang tiba-tiba muncul masa aku nak shoot enemy!"

"Tak, sekarang ni masalahnya... Korang sedar tak yang korang patutnya bantu aku habiskan enemy? Yang korang sibuk bergaduh pasal tu buat apa? Battle ni belum habis lagi, okey?"

Suara Dan, Eli dan L yang jelas itu membuatkan Ellia menepuk dahi sendiri. Hesy, ingatkan bergaduh betul-betul... Rupa-rupanya pasal game!

Beberapa detik berlalu, barulah Ellia memberanikan diri untuk mengetuk pintu di hadapannya itu. Tidak sampai seminit, wajah Sun langsung kelihatan sebaik pintu itu dibuka.

"Kakak, come quick! Abang L, Dan dengan Eli tengah battle!"

Pasrah sahaja Ellia tatkala tangannya ditarik oleh Sun agar mengikut langkah gadis itu. Seusai masuk ke ruang utama Crowner Palace, dia terkebil-kebil dek melihat Dan, Eli serta L yang khusyuk dengan acara battle mereka.

"Ellia!"

Alex, Hope dan Yuki pantas menyambut kedatangan Ellia lalu membiarkan dia terselit di tengah-tengah mereka. Empat gadis lain di ruangan itu kesemuanya menyuruh Ellia supaya menyaksikan kesudahan battle yang disertai Dan, Eli dan L. Sudahnya, dia diam sahaja menonton battle itu.

"Starlight Party!"

Setelah beberapa minit yang penuh dengan perbalahan-perbalahan kecil, akhirnya Dan, Eli dan L yang menyertai battle tersebut secara berkumpulan dideklarasikan sebagai pemenang.

"Finally, we beat them up this time!" Puas hati sungguh L dengan keputusan battle itu!

"Nasiblah kita dah kaji teknik-teknik diaorang sebelum sertai battle kali ni!" Dan dengan penuh dramatiknya mengelap dahi menggunakan belakang tangannya. Macamlah ada peluh yang terbentuk pada dahi itu!

"Hei, janganlah happy sangat! Ini pun kita menang tipis aje... Kalau bukan sebab salah seorang ahli Olympus tu buat silap tadi, aku rasa kita takkan berpeluang untuk menang langsung," tukas Eli yang tampaknya tidak berapa senang dengan battle itu. Meski bergelar pemenang, dia merasakan kemenangan mereka itu bukan sesuatu yang layak dibanggakan.

Raut wajah para ahli Crowner yang bertukar dingin dan agak hilang fokus itu membuatkan Ellia berdehem kuat. Dengan serta-merta, mereka semua memandang ke arahnya.

"Dengar sini... Menang tipis bermaksud yang korang dah cukup bertuah untuk jadi pemenang. So, be grateful enough for it. Korang sendiri sedar yang korang hampir kalah, jadi berbanding act sendu sebab kecewa yang korang tak dapat that kind of ultimate victory... Korang patutnya buat reflection, study your weaknesses and then, improve your skills. Itu apa yang korang patut buat, dan itu juga benda yang korang sebenarnya dah pernah buat berulang kali sebelum ni. I believe you know what you should do so that you won't simply depend on luck next time."

Alex, Dan, Eli, Hope, L, Sun dan Yuki terpana mendengar bait bicara Ellia. Jika dinilai berdasarkan pengalaman bermain VRS, mereka bertujuh tentunya akan menang menentang Ellia. Namun berdasarkan kematangan, sekarang ini mereka terasa kerdil di hadapan gadis itu. Benar kata Ellia, mereka mestinya memperbaiki kelemahan-kelemahan mereka dan bukannya bersedih akan kemenangan yang mereka perolehi dengan sedikit tuah itu. Mereka bahkan sudah pernah melewati situasi yang sama dahulu, jadi sepatutnya mereka tahu apa yang patut mereka lakukan.

"I know... Korang jauh lebih berpengalaman daripada aku. Tapi, aku tak boleh tengok korang macam ni... Therefore, I need to say what I need to say. Maaf kalau aku lancang... But, you guys really shouldn't be like this. Where was the strong spirit that used to be in your souls? Where was the bright eternal fire that used to be there for Crowner? Kenapa korang mudah sangat lemah semangat sekarang ni? Tell me, mana perginya Crowner yang dulu? Or are you going to blame it on CL who have left? You know, CL tak tinggalkan korang untuk tengok Crowner musnah..."

Sekelip mata sahaja, aura di ruangan itu mula berubah. Dingin dan sayu, penuh dengan bermacam-macam emosi lainnya yang tergumpal menjadi satu.

L mengetap giginya dengan mata yang memerah. "You said he already learnt of the truth... Then, kenapa dia tak kembali kepada kitorang?"

"Masa mula-mula dulu, dia risau yang kalau dia kembali kepada korang dan jelaskan segalanya sekalipun, everything wouldn't be the same anymore. Korang mungkin takkan percayakan dia lagi. Lagipun, dia dah ingkari janji dia untuk tak tinggalkan korang... I could understand him for that. It's not easy to piece back all the broken pieces. And now that you guys also knew the truth... To me, he still can't come back because... Dia takut. Remember that official post on VRS Timeline yang kata CL penyebab korang kalah dalam tournament dekat Itali dulu? The impact on CL was way too huge. Walaupun korang delete post tu sekalipun, his name was already muddy. Kalau dia kembali sekarang, he would definitely be a joke in VRS industry... But that won't be a big deal to him. The real deal is that korang akan terjejas kalau dia kembali menjadi ahli Crowner. CL sangat menghargai korang... Jadi, dia takkan benarkan diri dia jadi perosak untuk korang. Aku tahu, dia pun mesti nak kembali... But, he couldn't possibly be selfish for one more time. He already left you once and let Crowner be made as a joke... So now, how can he return to you guys and turn Crowner into a joke for the second time? He's too scared that he might drag you all down with him."

'He even left me for the same reason,' tambah Ellia dalam hatinya. Tetapi, tidak perlulah diluahkan hal itu. Biar dia simpan kemas dalam kotak hatinya tanpa perlu sesiapa ketahui.

"I miss him... So bad." Pecah suara Sun menuturkan sebaris ayat itu. Dia memang merindui kehadiran CL di Crowner Palace. Bukan secara romantik, tetapi sebagai kawan dan adik. Masih segar di ingatan bagaimana CL dulunya juga berperanan sebagai penasihatnya, persis seorang abang. Tidak jauh berbeza dengan Dan, Eli dan L.

Ellia mendakap tubuh adiknya itu, menggosok-gosok perlahan belakangnya. "Listen... He may no longer be here, but he's always somewhere out there, hoping to see Crowner get crowned again soon." Lembut suaranya kedengaran. Terdengar seperti ayat memujuk Sun, tetapi sebenarnya ditujukan kepada setiap ahli Crowner yang berada di situ.

Tanpa sebarang kata, Alex, Dan, Eli, Hope, L dan Yuki menyertai mereka berdua berdakapan. Kesemuanya berkongsi satu rasa yang sama, yakni rindu akan sosok seorang CL.

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Suasana yang tadinya agak suram kini berubah. Lapan orang yang berada di Crowner Palace itu semuanya bersepakat hendak mengetepikan perasaan sayu mereka dan fokus kepada tujuan utama mereka berkumpul bersama-sama pada hari ini; Berlatih bermain VRS.

"Uh... Kenapa korang berkumpul dekat belakang aku pula ni?"

Ellia memusingkan tubuhnya ke belakang lantas menggosok-gosok tengkuknya, janggal dek melihat semua ahli Crowner berkumpul di belakangnya saat ini. Pada waktu ini, dia baru sahaja selesai menghidupkan komputer mini VRSnya yang sebentar tadi disimpan dalam beg galasnya.

"Nak tengok kau main."

"Nak tengok kakak main."

Terlongo Ellia jadinya. Alasan apakah? Buat apa mereka mahu tengok dia bermain pula? Aduh, dia tidak biasalah bermain sambil diperhatikan orang secara face to face!

"Tak payahlah risau, anggap aje kitorang ni tak wujud... Kalau tak pun, bayangkan aje yang kau sekarang ni tengah dikelilingi tujuh ekor kucing." Alex tersengih-sengih.

"Betul, betul, betul... Meow!" Hope membuat muka kucing ganas.

"Erm, apa kata macam ni? Better korang tengok aku main guna app VRS Timeline aje─"

"Nope nope nope... Kakak ada dekat sini, jadi buat apa nak tengok kakak main guna app tu sedangkan kitorang boleh tengok semuanya betul-betul depan mata kitorang?" Sun memicingkan matanya sambil tangan disilangkan ke dada.

Mahu bagi alasan supaya mereka tidak menontonnya bermain secara bersemuka, tetapi semua alasan yang dia ada tidak masuk akal. Kalau masuk akal sekalipun, semuanya boleh ditolak dengan mudah. Aduh, tertekan habis mental Ellia!

"Kakak, relax, alright? Kitorang buat macam ni supaya kakak terbiasa dengan suasana dekat Cavanaige Auditorium nanti... You'll be surrounded by so many people, be it audiences or gamers. So, kalau kakak tak dapat nak biasakan diri sejak dari awal... Kakak mungkin akan hadapi masalah kalau main in public later."

L yang faham akan kondisi Ellia menggunakan ton lembut untuk menenangkan hati yang gundah itu. Dia tahu bahawa Ellia benci─ Ralat, bukan benci. Sebaliknya, trauma. Ellia trauma menjadi pusat perhatian orang ramai. Dan hal ini berlaku kerana persekitaran toksik yang sedari awal telah menekan dirinya sehingga meninggalkan parut dalam jiwanya yang tidak pernah benar-benar sembuh.

"You... You won't laugh at me, right?"

Soalan itu ringkas, tetapi buat Ellia, sangat sulit untuk dia suarakan dengan kuat. Ada getar dalam nadanya yang ingin dia sembunyikan, dan ada resah yang menginap dalam batinnya. Dia enggan terlihat lemah dan tidak mahu dipandang dengan pandangan simpati. Hasilnya, soalan itu terucap dengan nada yang sangat rendah. Sama ada mereka bertujuh dengar ataupun tidak, Ellia sendiri pun tidak pasti.

"Kitorang takkan ketawakan kau... Sedangkan kau pun tak ketawakan kitorang masa kitorang battle macam newbie tadi, jadi kenapa pula kitorang akan ketawakan kau?" Eli bersuara santai.

"Betul tu... Lagipun, kitorang ajak kau ke sini hari ni pun memang sebab kitorang nak tengok kau main dan ajar kau apa-apa yang patut. Kitorang nak bantu kau buat preparation before the Qualification Match begin..." Dan memberi ulasan tambahan.

Ellia menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan. "Okey, then I'll join the arena now..."

Dia memutarkan tubuhnya menghadap komputer, membelakangi mereka semua yang berada di belakangnya. Headphone dipakai lalu jari-jemarinya mula bergerak di atas papan sesentuh komputer itu. Public Mic ditetapkan off.

Sebaik memasuki arena Grand Event yang kali ini bertempat di Dark Land, iaitu salah satu daripada lokasi beriklim khatulistiwa, Ellia pantas mengkaji peta arena itu. Apabila satu anak panah dengan aura hijau tiba-tiba dilepaskan ke arah Aelice, gerakan jemarinya yang sebelumnya diperlahankan sedikit bertukar ligat seperti biasanya.

Melihat berpuluh-puluh anak panah dilepaskan tanpa henti, Aelice melompat naik ke atas semua anak panah itu, satu demi satu. Menggunakan tekanan daya daripada semua anak panah tersebut, dia meloncat naik ke udara.

Sepantas kilat Ellia memilih weapon busur berunsur petir. Aelice kemudian digerakkan supaya melepaskan anak busur yang berunsur petir itu secara bertubi-tubi ke sembarangan arah. Sungguhpun tiada player yang kelihatan, tetapi dia tidak teragak-agak langsung untuk menyerang balas. Kena ataupun tidak player yang menyerangnya tadi, Ellia tidak tahu hasilnya. Apa yang dia tahu, dia perlu menyerang dengan berani.

"Foolish move!"

Tenang sahaja reaksi Ellia mendengar suara player itu. Namun seusai player itu menunjukkan dirinya di hadapan Aelice, dia segera diselubungi dengan aura yang menakutkan. Bagaikan dirasuk pula gayanya!

Enggan bersikap baik, dia mengaktifkan terus unsur petir pada semua busur yang mendarat di tanah tadi. Karakter yang baru ingin mendekati Aelice itu cuba mengelak, namun cubaannya sia-sia belaka.

Hakikatnya, semua panahan yang Aelice lepaskan itu meskipun dilepaskan ke sembarangan arah, bukanlah saja-saja dia lakukan. Dalam pada memanah secara tidak teratur tempatnya, diam-diam dia telah pun mencipta suatu matrik petir yang besar untuk memerangkap musuh.

Tidak sampai seminit, pemberitahuan yang Ellia ingin dengar akhirnya kedengaran.

"You killed Wonder Woman! You received 18 magic bows, 15 lucky spins and 295 diamonds!"

"What Wonder Woman? That's a freaking snake girl," ujarnya tanpa dapat ditahan-tahan.

Alex, Dan, Eli, Hope, L, Sun dan Yuki ternganga melihat aksi killing Ellia itu. Lagi tergamam mereka bila mendengar ucapannya!

"My goodness, aku yang archer ni pun tak sedar yang dia buat matrik petir..." Yuki memberi komen dengan mata yang terkelip-kelip. Shock!

"And the change of her aura is scary... It gave me chills all over my body," kata Hope pula.

"Eh, tapi karakter tadi tu... Macam kenal aje." Sun mengusap-usap dagunya, mengerah otak untuk mengingat kembali siapa player yang mengawal karakter yang menjadi mangsa killing pertama Ellia itu.

"It's that girl version of Hades, Lily." Alex memberitahu, membuatkan berpasang-pasang mata terus tertuju kepadanya.

"Lily?"

Selang sesaat selepas itu, Dan memetik jarinya. "Ah, I get it! Dia salah seorang yang terlibat menganiaya Aelice masa dalam Private Solo Battle hari tu, kan? No wonder Ellia suddenly turned real dark..."

"Dan korang sedar tak apa yang lebih scary? Her strong aura is equal to that dark aura of CL," tutur Eli rendah. Berdiri tegak bulu romanya mengenangkan kemiripan antara aura CL dengan Ellia!

L diam sahaja sambil mata fokus melirik ke arah kakaknya. Cara Ellia menekan papan kekunci dan melancarkan serangan untuk menentang players lain sangat mengagumkan! Tidak teragak-agak, malah cukup agresif sehinggakan semua musuhnya memilih berundur.

Mungkin ramai yang akan mengatakan bahawa Ellia sudah menggunakan semua skills yang ada pada dirinya dalam Grand Event ini. Namun begitu, dia dapat merasakan kakaknya itu masih belum menonjolkan kekuatan sebenarnya. She still keep her true strength hidden, making it hard to predict how strong she is currently. Dalam diam, dia tersenyum menyedari hal itu. Siapa sangka? VRS ternyata merupakan platform istimewa untuk Ellia akhirnya memancarkan sinarnya.

Tidak terganggu dengan perbualan yang berlaku di sekitarnya, Ellia menumpukan seluruh perhatiannya kepada arena Grand Event itu. Dia yang sedar Aelice diekori sedari tadi dengan pantas menggerakkan karakter Aelice supaya berpaling ke arah belakang. Dan tepat seperti dugaannya, terdapat satu karakter yang mengikutinya.

"Liz, wait! Don't attack, ni aku..."

Aelice yang hampir melepaskan anak panah ke arah karakter di belakangnya itu terus membatalkan niatnya untuk melancarkan serangan kala suara Rel kedengaran. Terkelip-kelip mata Ellia memandang skrin komputer, cuba mengecam character ID karakter yang hampir-hampir diserangnya itu. Selepas memastikan karakter itu sememangnya milik Rel, barulah dia tenang sedikit. Dia kemudiannya menaip laju di ruangan CIG sebelum menekan butang send.

"Geez, seronok sangat ke follow orang
senyap-senyap?"

Di hujung sana, Rel malah tertawa kecil. "Sejak bila kau sedar aku follow kau?"

"Well, sejak kau berlakon jadi pokok

and got shot..."

"Well, ehem... Itu satu kemalangan. Kalau aku main betul-betul, player tadi tu langsung takkan dapat peluang untuk harm my character, alright?" Rel menggosok-gosok hidungnya. Malu dia woi! Nama sahaja player rank ketiga di seluruh dunia, tetapi senang pula diserang...

"Fine, fine, fine... Itu cuma satu
kemalangan. By the way, kau
main solo ke ni?"

"Erm, of course main solo... Nak main dengan siapa lagi? He's no longer here with me, you know? But gee, even if he's here, dia dah tak dapat nak temankan aku main lagi..."

Ton suara Rel agak santai, namun jika didengar dengan teliti, sebenarnya terselit nada kecewa dalam bait bicaranya. Gilalah kalau dia kata dia tidak peduli soal akaun CL yang kena ban itu! CL sering menjadi teman latihannya, okey? Jadi, dia juga merasakan kehilangan bilamana akaun CL dinyahaktifkan.

"Kau still contact dia ke? Or..."

Keluhan Rel kedengaran. "Here's a problem. Aku tak dapat nak contact dia langsung sejak beberapa hari yang lalu... Erm, anyway, boleh tak kita sambung talk after this battle? I mean... Girl, we're still in the

You are reading the story above: TeenFic.Net