𝟬𝟰𝟰 β€£ 𝘼 π˜½π™–π™©π™©π™‘π™š π™¬π™žπ™©π™ π™π™šπ™‘

Background color
Font
Font size
Line height
middle of a battle. Kalau kita continue talk, sampai bila-bila pun tak ada kesudahan battle ni..."

"Uh, okay..."

Aelice dan Violetta yang tampil dengan gaya Self-made Character baharu oleh Rel itu mula bergerak bersama-sama. Sementara Aelice menukarkan weapon busur petirnya menjadi boomerang ais, Violetta pula kekal dengan weapon katana airnya.

Mereka mengambil haluan berasingan selepas tiba di pertengahan jalan. Masing-masing membuat killing secara persendirian dan tidak menyerang satu sama lain disebabkan sudah berjanji yang mereka cuma akan menentang sesama sendiri setelah menghabiskan players lain yang masih tersisa di arena Grand Event ini.

Aelice melontar boomerangnya setiap kali mengesan sebarang karakter yang berdekatan dengannya. Maka sebagai kesannya...

"Death Slayer!"

"Havoc Soul!"

"Mania Kill!"

Dan terdapat juga situasi-situasi di mana dia mendapat durian runtuh...

"You killed Santa Claus! You received 30 supreme gifts, 17 lucky spins, and 750 diamonds!"

"You killed Aquaman! You received 15

aqua weapons, 13 lucky spins, and 350
diamonds!"

"You killed Joker! You received 50 dark
weapons, 20 lucky spins, and 600 diamonds!"

Selepas terlibat dengan semua killing itu, barulah Ellia faham mengapa Lily sebelumnya digelar 'Wonder Woman'. Ianya kerana tema istimewa Grand Event kali ini, iaitu Avengers and Their Enemies. Gelaran-gelaran khas pada sesetengah players itu mereka dapatkan dek menjadi para peserta terawal yang menyertai Grand Event ini.

Ganjaran-ganjaran yang akan diterima sekiranya berjaya membunuh players yang punya gelaran itu cukup lumayan. Tetapi sebenarnya, players yang dikurniai gelaran tersebut jauh lebih beruntung andainya berjaya terselamat daripada dibunuh. Ganjaran yang mereka akan terima adalah berganda-ganda banyaknya daripada ganjaran untuk players yang membunuh mereka.

Tidak terasa waktu berlalu dengan pantas, mata Ellia membulat apabila melihat jumlah players yang tinggal cumalah dua sahaja. Namun saat memandang karakter yang berdiri di hujung laluan yang Aelice lalui, dia tersenyum senget. Ha, tidak hairanlah jumlah players berkurangan dengan begitu cepat! Rel serius mahu berlawan dengan dia rupanya...

"A'ight, bring it on, Rel," kata Ellia sambil mengawal karakter Aelice agar mara menghampiri Violetta.

Rel mengaktifkan Flying skill pada Violetta, membuatkan karakternya itu terbang dengan pantas ke arah Aelice. Dia tersenyum lebar. Baiklah, mari lihat sehebat mana prestasi anak murid CL sekarang ini!

Violetta melibas katananya betul-betul di hadapan Aelice. Serangan mengejut! Nasib baik Aelice sempat berundur tika katana itu dilibas...

Serangan katana Violetta berterusan, langsung tidak memberi muka kepada Aelice untuk melakukan apa-apa. Walau bagaimanapun, setiap serangannya berhasil ditangkis oleh Aelice dengan gerakan-gerakan yang tangkas.

Rel mula merasa tercabar. Takkanlah dia sama sekali tidak dapat menghentam Aelice dengan serangannya yang bertubi-tubi itu? Kelajuan serangannya lantas dinaik taraf, enggan berbelas kasihan lagi.

Pada masa itu juga, Ellia meningkatkan fleksibiliti Aelice supaya semakin lancar mengelak daripada setiap serangan Violetta. Dia sedar yang Rel akan menambahkan kelajuan serangan Violetta, jadi dia tidak boleh mengekalkan fleksibiliti Aelice pada tahap yang sama.

Alex, Dan, Eli, Hope, L, Sun dan Yuki khusyuk menyaksikan pertempuran Ellia dengan Rel itu. Takjub sungguh melihat kemahiran Ellia mengendalikan karakternya walaupun Rel tidak berlembut dengan dirinya!

Di tengah-tengah suasana kritikal itu, Ellia sempat juga menggantikan weapon Aelice kepada lembing.

Violetta lekas-lekas berundur bilamana Aelice hampir menusuknya dengan lembing itu. Aelice melempar lembingnya ke arah Violetta, namun berjaya dielak dengan mudah olehnya. Saat lembing itu mendadak berpatah balik kepada Aelice, Violetta yang mulanya ingin mengambil kesempatan untuk melakukan serangan terhadap Aelice terkejut akan hal tersebut.

Rel meneguk air liur. 'My goodness, weapon dia ni lain macam... Takkanlah lembing dia tu ada speciality untuk tiru ciri boomerang pula?' desis hatinya, kagum sekali gus hairan mengapa lembing Aelice boleh berpatah balik sebegitu.

Tidak hanya Rel, seluruh ahli Crowner turut tercengang melihat lembing Aelice yang ajaibnya boleh berpatah balik itu. Weapon skill apakah?

Merasakan dirinya ada peluang untuk menang melawan Rel, Ellia semakin teruja. Akan tetapi, perasaan terujanya perlahan-lahan padam kala karakter Violetta berjalan mengundur setapak demi setapak daripada Aelice. Erk! Apa rancangan Rel sekarang?

Violetta memetik jarinya dan Ellia seolah mampu melihat wajah karakter itu tersenyum. Dia yang baru tersedar Aelice seperti telah terjerat dengan perangkap Violetta berura-ura mahu melarikan diri. Malang sekali, usahanya gagal kerana sebuah matrik api sudah marak membakar Aelice. Sesaat kemudian...

"K.O!"

"Phew..." Ellia menghela nafasnya setelah battle itu berakhir. Headphone ditanggalkan lalu dia berpaling ke belakang. "So, how?"

"Kakak, let me ask you something... Kakak memang baru mula main VRS tahun ni ke? And less than three months?" Sun menyoal kembali dengan ton serius.

"Err... Ya. Why?"

"Then... Ma-Macam mana kau boleh main dengan gempak macam tu?" Mata Hope terkelip-kelip menatap Ellia.

Ellia terkelu lidah untuk menjawab. Apa benda yang gempak? Rasanya dia cuma main biasa-biasa sahaja sebentar tadi...

"Apa-apa sekalipun... Good game, Ellia!" sorak Yuki bersama sengihan lebar .

"Yes, good game!" Alex, Dan, Eli, Hope, L dan Sun turut tersenyum seraya menaikkan ibu jari mereka.

Ellia membalas senyuman mereka semua dengan hati yang lapang. "Thank─"

Tok! Tok! Tok!

Automatik kemeriahan di ruangan itu terganti dengan kewujudan tanda tanya dalam hati mereka semua. Siapa yang datang?

〄⨾〄⨾〄

β–’β–’β–’β–’β–’β–’

I feel like it's kinda messy, but... Hmm, tak tahulah macam mana nak kemaskanπŸ˜‚πŸ˜‚

I'll explain kenapa matrik api tu boleh terbentuk in next chap... And FYI, Yna dah ubah Planned Event menjadi Grand Event. Another information is Self-made Character untuk Grand Event memang boleh diubah-ubah...

Alright, I think that's all for now. Thanks for reading! πŸ₯°πŸ’œ


You are reading the story above: TeenFic.Net