๐Ÿฌ๐Ÿฐ๐Ÿฎ โ€ฃ ๐™Ž๐™ฉ๐™ž๐™ก๐™ก ๐™– ๐™๐™ž๐™œ๐™๐™ฉ๐™š๐™ง

Background color
Font
Font size
Line height

TATAPAN yang diberikan kepada dirinya sedari beberapa minit lepas membuatkan Ellia berasa janggal. Tidak sangka pula dia salah menduga bahawa L telah melihat isi komputer mini VRSnya itu. Yalah, dia mana ada menggunakan password untuk mengunci komputer tersebut... Dan kalau ada sekalipun, L mahir bab-bab menggodam. Jadi, dia sangkakan adiknya itu sudah memeriksa semua maklumatnya di dalam komputer tersebut. Namun ternyata, L amat menghormati privasinya sehinggakan langsung tidak melihat-lihat isi komputernya itu.

Jenuh memikirkan bagaimana dia harus memulakan bicara, akhirnya Ellia berdehem kecil sebelum bersuara.

"Erm, jujurlah... Aku tak tahu macam mana aku patut explain... So, I'll just begin my explanation. Macam yang aku dah cakap tadi, CL yang kenalkan aku kepada VRS. At first, I simply played the game for fun... Aku tak pernah terfikir pun nak join Rank Mode. Like really, aku just main dan berlatih aje dalam Testing Mode. Sampailah satu hari tu... CL tiba-tiba tanya aku sama ada aku nak cuba main Rank Mode atau tak. Dan bermula daripada satu pertanyaan dia tu, aku pun terus start join battle. He carried me a lot during the earlier battles, and he also had taught me on how to adapt to different kind of battling styles. And the rest, well... Korang pun tahu agaknya..."

"Why didn't you tell me?" soal Sun dengan muka yang dibuat-buat sedih, merajuk.

"Exactly, I feel betrayed, sis..." L menghela nafasnya berat.

"Okey... You two, I just started to play VRS without imagining my future on the game. Jadi, bila kakak mula serius dengan VRS dan makin aktif ambil bahagian dalam Rank Mode... Kakak rasa insecure if anyone find out about it. Kakak lebih suka berahsia, lagipun kakak newbie aje. There's nothing much to be proud of." Perlahan sahaja suara Ellia bertutur.

"Just newbie? Baru kemunculan pertama aje, kakak dah jadi topik hangat dalam VRS Timeline. That's something to be proud of," kata L, jelas tidak bersetuju dengan pandangan Ellia soal dirinya itu.

"True. Belum sampai pun setahun kakak main VRS, kakak dah dapat your first solo victory tanpa perlu kena carry in the arena. That's such a rare achievement and you've done it greatly!" Sun menambah dengan nada yang kuat, ingin Ellia sedar bahawa pencapaian kakaknya itu dalam VRS bukanlah lagi sesuatu yang boleh dikatakan 'biasa'.

Vierra tiba-tiba menyentuh bahu Ellia, membuat gadis itu terangkat kepala memandangnya. "You really nailed it, sweetie. Saya tak patut ragu dengan CL awal-awal dulu. He really have guided you well on this game. Gee, he's just a real King... He even picked his own Queen."

"Doc, what are you talking about? Doc ni mengarutlah..."

Rasa panas membahang sahaja wajah Ellia disebabkan ucapan Vierra yang terang-terangan ingin mengusiknya itu. Haih, sudahlah seluruh anggota Crowner mendengar sekarang ini!

"Betullah, Ellia oii... Selama saya kenal CL, dia tak pernah langsung pay attention dekat girl players yang diramal boleh jadi Queen dalam VRS, okey? However, you are an exception. And please... I've seen that one battle, where that cold head just literally went mad when VGC harmed you. Taking dark players' head like he's some kind of a grim reaper... CL yang saya kenal takkan buat macam tu untuk someone he doesn't care about. That just proved that he took you as a priority in his life... And I dare to bet yang CL memang sentiasa percaya pada kebolehan kamu dalam bermain VRS, walaupun kamu dikalahkan oleh sesiapa. Kamu tahu apa, Ellia? Rel pun percaya dekat kamu... Dia yakin CL dah temui Queen yang layak untuk isikan takhta kosong tu. Apa lagi, selepas dia sendiri jumpa kamu dalam VRS."

Ellia terkelu lidah mahu membalas. Kedengaran seperti mereka terlalu mengharapkan dirinya pula! Dia bukannya hebat sangat, jadi mengapa mereka percaya akan dirinya? Sejujurnya, perjalanannya dalam VRS memang masih panjang. Gelaran Queen itu pastinya layak dijuluki oleh seseorang yang lebih baik daripada dia.

L dan Sun lantas meletakkan tangan mereka ke atas tangan Ellia dengan kedudukan L di kiri manakala Sun di kanan. Kedua-duanya tersenyum lebar. "Us too. Kami pun percaya dengan kakak."

"And don't forget us, we've got your back," ujar Alex yang kemudian mendapat anggukan sebagai sokongan daripada Dan, Eli, Hope dan Yuki pula.

"You guys..."

Terharu benar Ellia dengan sokongan yang mereka semua berikan. Jadi, beginilah rasanya bila ada orang-orang yang tulus pada dirinya... Hidupnya sungguh terasa lebih bermakna dengan kehadiran mereka.

"Kakak jangan nangis, okey?" Sun merangkul lengan Ellia lalu meletakkan kepalanya pada bahu sang kakak kesayangannya itu dengan selesa. "Everyone will shine when it's their time to shine, the same goes to you, sis... Selama ni, orang-orang pandang rendah pada kakak. So this time, you shall shine so bright that they become real blind."

"Setuju. Kalau kakak perlu bantuan, kitorang mesti akan bantu kakak. And if you don't want anyone to know about you being a gamer, L dan Sun akan bantu cover kakak... Jadi, kakak tak perlu risau." L bertutur lembut.

"Erm... Gosh, how lucky I am to have all of you in my life," ujar Ellia bersama senyum mekar.

"Eh, tapi kan... Macam mana doc boleh kenal dengan CL? Dan pasal Rel yang doc sebutkan tadi... Which Rel are you referring to, doc?" L bertanya seraya menjongket alisnya.

Vierra terkebil-kebil bila dia menjadi pusat perhatian tanpa sebarang amaran. Bukankah Ellia yang patutnya dijadikan subjek perbicaraan utama? Mengapa dirinya pula yang menarik perhatian sekarang?

"Err, erm... Saya sebenarnya dah lama kenal CL. Well, I was friends with his late mom. That's why I knew him. While for the Rel I've mentioned before... Dia adik saya merangkap one of CL's best mate aside from you guys in Crowner and of course, Ellia. Dan kamu semua pun kenal dia siapa," dedah wanita itu sambil berhati-hati dalam melontar kata.

Berkerut habis wajah semua anggota Crowner seusai mendengar pendedahan tersebut. Mereka kenal identiti Rel yang dibicarakan oleh Vierra itu?

"I'll give you a clue. Lagu IZ*One, Violeta."

Sengaja Ellia tidak terus membongkarkan identiti Rel kepada mereka. Tidak seronoklah kalau identiti Rel terdedah dengan begitu mudah tanpa ada sedikit teka-teki!

"No way! Viol ke? Player rank ketiga dalam VRS tu?" Mulut Dan ternganga luas. Nasib baik tiada lalat yang lalu!

"Yup. Betullah tu... Dialah orangnya."

Sementara Ellia tenang-tenang belaka riak wajahnya, reaksi ahli-ahli Crowner pula tidak ubah seperti disampuk hantu. Atau paling tidak pun, terserempak dengan hantu. Kejutan besar agaknya bagi mereka bertujuh!

"Okay... Erm, jadi macam mana CL boleh kenal Ellia?" Hope menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan alis terangkat.

"Oh, he was warded opposite to Ellia's ward. Dia kata, dia ternampak Ellia dan entahlah... Ellia just caught his attention, I guess. Err, sebelum kamu tanya... CL sebenarnya kena tahan dekat wad sebab dia terlibat dengan accident masa tunggang motorbike dia. Well, dia accident since dia cuba elak daripada langgar kucing. Dan tulang kaki dia retak sebab accident tu. Tapi, dia okey... Malah, dia pulih dengan kadar yang jauh lebih cepat berbanding most people," terang Vierra.

Tidak hanya Crowner, kali ini Ellia pun tercengang sama. Maklumlah, dia mana pernah tahu mengapa CL ditahan di hospital. Jadi sekarang, normallah jika dia terkejut dengan info itu. Nampaknya, untung si kucing, malang sang CL!

"Eh, kejap... Tadi kakak cakap CL carried kakak dalam battles sebelum ni, kan?"

Ellia menganggukkan kepala sebagai jawapan kepada soalan L itu. Dahi membentuk kerutan kecil. Aik, takkanlah L baru sedar soal apa yang dia cakapkan tadi? Sejak bila otak adiknya itu lambat bagi tindak balas?

"Maknanya... Vinci tu karakter CL?" Sun membulatkan matanya.

"Mmm, ya."

"Sis... You better spill the beans. Kakak bercinta dengan CL ke?"

Sumpah Ellia mahu pengsan mendengar soalan itu! Dikelilingi dengan berpasang-pasang mata yang menagih jawapannya, dia berasa sangat tidak senang duduk. Jawapan apa yang mereka jangkakan keluar daripada mulutnya?

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

"Kakak, maaf eh? Kitorangโ”€"

"Don't, please. Kakak faham situasi korang... Janganlah rasa bersalah."

Ellia menepuk-nepuk lembut bahu Sun. Senyuman nipis diukirnya mesra. Pada dia, cukuplah sudah perbincangan mereka sebentar tadi buat masa ini. Sekurang-kurangnya, inti konflik yang melanda Crowner sebelum ini kini telah dia jelaskan.

Tidak berapa lama selepas Ellia menjawab pertanyaan maut Sun tadi, Eli menerima suatu pemberitahuan daripada pihak IGCC. Menurut pihak IGCC, mereka ingin membincangkan sesuatu dengan Crowner. Dan disebabkan seluruh anggota team Crowner diperlukan dalam perbincangan hal itu, maka mereka semua perlu pergi menemui pihak IGCC.

Kala ini, cuma L dengan Sun yang menghantar pemergiannya dan Vierra. Alex, Dan, Eli, Hope serta Yuki pula berada di dalam Crowner Palace, sedang mempersiapkan diri masing-masing untuk bertemu dengan pihak IGCC yang cukup dihormati ramai itu nanti.

Ellia benar-benar tidak ambil hati langsung memandangkan dia faham situasi mereka. Keutamaan mereka perlu didahulukan sebelum apa-apa sekalipun. Lagi pula, mereka juga sudah mengucapkan selamat tinggal. Jadi, tentang apa lagi yang patut dia rasa kecil hati?

"Kakak... Kakak masih tak nak pulang ke?" L menyoal dengan nada rendah.

"Erm... Tapi, L dengan Sun tak payahlah risau. Nanti kakak mesti akan balik juga. Because no matter what, it's where I belong. It's our home."

Melalui riak wajah kedua-dua adiknya, mudah sahaja Ellia mengetahui apa yang mereka rasakan. Mereka risau dan agak kurang setuju dengan keputusannya, tetapi tetap sahaja, tidak ingin memaksa. Ya, seperti itulah sifat mereka pada dasarnya. Mereka menghormati keputusan yang dia ambil, dan dia amat bersyukur atas hal itu.

"I get it. Kakak, take care sepanjang kakak tinggal dengan Doc Vie, okey? Jangan jatuh sakit dan kalau ada apa-apa, give us a call." L berpesan lagak seorang abang.

"Yup yup... If things ever get too hard, don't hide yourself away in the dark. We're here, and make believe that we'll never let you lose your light."

Tindakan Sun memeluk kejap tubuh Ellia kemudian bertukar menjadi sesi siblings hug bila L turut serta memeluk dua saudara perempuannya itu.

Damai terasa mata Vierra menyorot aksi tiga beradik tersebut dari dalam kereta. Wanita itu dapat merasakan betapa eratnya hubungan adik-beradik antara mereka bertiga. It's such a beautiful siblings relationship that only few could possibly have in this vast world.

"Berjaga-jaga dengan orang di sekeliling korang, okey? Jangan sampai ada gelombang konflik kedua yang datang untuk hancurkan Crowner." Ellia menitip pesan, berharap supaya pesanannya itu kekal diingati adik-adiknya.

"We will, sis," ucap L dan Sun bersamaan.

Sesudah berpamitan dengan mereka berdua, barulah dia masuk ke dalam kereta Vierra. Dia duduk dengan seeloknya di sebelah wanita itu bersama beg galas yang berisi komputer mini VRS pada belakangnya.

Bunyi hon dan lambaian ringan lantas mengiringi pemergian mereka dari Crowner Palace.

โ€ขโ—ฆโœฆโ”€โ”€โ”€โ”€โ€ขโ—ฆแ˜กแ˜žโ€ขโ—ฆโ”€โ”€โ”€โ”€โœฆโ—ฆโ€ข

When I feel my fear staring at me
I tell it just wait and see
I know who I'm gonna be
I know who I'm gonna be
The world's half-asleep
It's gonna wake up and see

If it's a million to one

I'm gonna be that one and
If it's a shot in the dark
I'm gonna be the sun
And I just can't afford to be wrong
Even when I'm afraid
You're gonna know my name
Yeah, you're gonna know my name

Sebahagian daripada lirik lagu Million to One oleh Camila Cabello itu terpahat kukuh dalam ingatan dan hati Ellia setelah dia mendengar lagu tersebut. Lagu itu seakan mewakilkan perasaannya, menceriterakan situasinya pada saat ini.

It's the one song, that makes her heart want to fight so badly in this current situation she's facing.

Jujur, ada ketakutan yang bermukim dalam jiwanya. Namun, Ellia juga tidak mahu terus-terusan dikuasai perasaan takutnya itu lagi. Dia mesti berani, untuk dirinya... Untuk impian yang dia punya.

Even when the fear arises, she's telling her mind to never back down. She whispers to her heart to remain strong and believe in that one dream she's living for.

Ellia yang duduk bersila di atas katilnya langsung mencapai telefon yang terletak di sisi katilnya. Ia merupakan telefon keduanya sekarang, dipilih khas oleh L dan Sun bagi menggantikan telefon pertamanya yang acapkali terabai itu.

Pada nota yang ditinggalkan oleh adik-adiknya itu, mereka mengatakan bahawa mereka tidak ingin dia dibelenggu dengan persekitaran media sosial yang toxic. Sebab itulah, mereka membelikan dia telefon tersebut.

Selama ini, Ellia akui dia tidak berniat mahu membeli telefon kedua. Akan tetapi, hal itu bersebab. Ianya kerana dia tidak ingin membazirkan wang yang mama dan papanya berikan kepada dirinya. Wang yang mereka peroleh dengan penat lelah dan usaha berterusan, masakan mungkin dia membeli barangan yang tidak penting bagi dirinya. Menurutnya, dia jarang menggunakan telefon pertamanya, jadi tidak perlulah dia membeli telefon lain. Begitulah pandangan Ellia sebelumnya.

Yet, it might also be that way because of her own insecurities. Her fragile side that always think so small of her... The side that keep her worried about everything she does, and eventually affects her life.

Pada hakikatnya, Ellia kadangkala merasakan dirinya tidak layak untuk menggunakan wang daripada mama dan papanya. Dia tidak pernah ada apa-apa yang boleh dibanggakan... Dia justeru sering menjatuhkan air muka mereka kerana ketidakmampuan dirinya dalam pelbagai bidang. Maka, jika dia menggunakan wang itu, ianya sama seperti dia tidak tahu diri langsung, bukan?

Ellia memejamkan matanya sebelum merebahkan kepala ke atas bantal. Telefonnya kini dibiarkan terlantar kembali pada meja di sisi katilnya.

"These hard days will pass, and just become memories someday. Be strong, Sofie Gracellia. Be strong." Dia berbisik lembut kepada dirinya.

Shutting all the negative voices in her head, she keep on telling herself about her worth. Until she finally managed to get some sleep for herself.

There's no doubt that she's... Still struggling, still fighting, and still a fighter.

ใ€„โจพใ€„โจพใ€„

โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’

The mood changed likeโ”€๐Ÿ™

Camila Cabello's song Million to One is really one motivational song to me, dan Yna rasa lagu tu bersesuaian dengan kisah Ellia. So, I'm making it as Ellia's anthem in this story.๐Ÿฅบโค๏ธ

Uh, really don't know what else I shall be saying... So, I'm sorry if this chap is messy... And thanks for reading! ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿฅบ


You are reading the story above: TeenFic.Net