PEN diketuk-ketuk ke permukaan meja sambil mata tekun merenung ruang kosong. Andai sahaja matanya adalah laser, mesti sudah tembus dinding ruang tamu rumah Vierra itu direnungnya!
Semenjak CA pulang pada tengah hari tadi, memang itu sahajalah yang Ellia lakukan. Berfikir, berfikir dan terus berfikir seakan tiada noktah langsung untuk aksi berfikirnya itu. Sampaikan Vierra pun naik risau dengan tingkahnya... Entah apalah agaknya yang menghantui fikiran gadis itu.
Puas berfikir dalam posisi duduk tegak, dia menyandarkan pula belakangnya ke sofa. Tidak habis-habis dia cuba membuat sebarang perkaitan yang munasabah dalam isu CL... Namun apabila disimpulkan, tiada satu pun antara perkaitan buatannya itu yang masuk akal. Tertekan dia sendirian!
"You really can't stop thinking, don't you?" Vierra mengeluh memerhatikan wajah yang tidak henti-henti dihiasi kerutan itu.
"Doc... Doc rasa masuk akal tak kalau seseorang yang cukup berjimat cermat dan extremely kaya pergi buat pinjaman wang?"
Vierra menggosok-gosok dagu, membuat pertimbangan bagi persoalan yang baru dilontarkan kepadanya itu. Sejenak kemudian, kepalanya digeleng kecil.
"Saya rasa, benda tu tak masuk akal... Kalau dah namanya orang kaya, mesti banyak duit. Ditambah pula kalau orang kaya tu berjimat cermat, lagi 'selamat'lah duit dia yang banyak tu... So, untuk apa dia nak buat pinjaman pula, kan? Dia dah ada duit kut... Berbanding buat pinjaman yang akhirnya akan jadikan dia seorang penghutang, better dia guna duit yang dia ada tu. Well, unless that person's brain fails to function... This scenario literally makes no sense to me."
Kepala Ellia terangguk-angguk sahaja mendengar pendapat wanita itu. Kalau dia yang ditanya sekalipun, memang dia sendiri turut akan mengatakan senario yang dia jadikan topik perbincangan mereka itu adalah tidak masuk akal.
Meskipun dia telah mendapat tahu daripada CA yang hubungan CL dengan keluarga Davies tidak begitu baik, namun dia percaya ianya mustahil untuk CL membuat pinjaman yang besar kepada pihak management Crowner. Mengapa? Kerana dia yakin yang CA bakal turun tangan membantu CL jika benar lelaki itu berhadapan dengan masalah kewangan. Jadi, masakan mungkin CL akan membuat pinjaman andai dia mendapat bantuan daripada kakaknya itu.
Apa-apa pun, itu adalah alasan pertama mengapa dia mengatakan senario tersebut tidak masuk akal. Untuk alasan kedua, dia fokus terhadap tujuan mengapa CL membuat pinjaman kalau-kalau perkara itu memang benar. Akan tetapi, dia tidak dapat memikirkan sebarang tujuan yang mendorong lelaki itu membuat pinjaman. CL suka berjimat cermat, maka tentu sekali dia tidak akan menggunakan banyak wang demi kepentingan dirinya. Jika untuk keluarga pula, hal itu teramatlah mustahil. Keluarga Davies merupakan salah satu keluarga jutawan yang paling berpengaruh di dunia, tidak kurang hebatnya daripada keluarga Lawrence dan Jennings. CL tentunya tidak perlu membazir masa untuk membuat pinjaman demi kesenangan mereka kerana harta yang keluarga itu miliki adalah tidak terkira banyaknya. Lalu, untuk tujuan apa lagi?
"Wait a minute... Soalan kamu ni ada kaitan dengan CL ke?"
Anak mata Ellia dipanah tajam oleh mata Vierra. Tidak tertelan liur dia dibuatnya akibat pandangan wanita itu yang cukup tajam!
"Err, bu-bukan..."
Ah, sudah! Tergagap sahaja Ellia, terus kembang mekar senyuman di bibir Vierra. Ellia menggigit bibirnya. Wanita itu arif sekali soal keperibadiannya. Vierra tahu dia jenis yang boleh menipu sekiranya pembohongan yang ingin dilakukannya itu telah dia rancang sedari awal. Namun pada kebanyakan waktu, Ellia sebenarnya sedikit sulit untuk menipu sekiranya dia tidak membuat perancangan ingin berbohong. Contohnya, seperti situasi sekarang inilah.
"Okey, fine. Sebenarnya, macam ni..."
Mahu tidak mahu, akhirnya Ellia memuntahkan jua segala kisah yang tidak pernah dia dedahkan kepada Vierra selama ini. Siapa tahu? Mungkin juga Vierra boleh memberikan saran kepadanya, sama ada patut atau tidak dia menyorokkan kisah yang telah dia ketahui itu daripada team Crowner.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Rumit juga konflik diaorang ni eh? Hmm, kalau saya jadi kamu... Saya pun bingung nak buat apa. Tapi, saya berpegang kepada prinsip honesty is the best policy. Jadi, saya rasa saya mesti akan bagitahu Crowner. Not because saya tak hormati keputusan CL untuk let things slide, but because Crowner members are also my friends. I believe that... Dalam sesebuah konflik yang melibatkan dua pihak, kedua-dua pihak mesti jelas tentang punca konflik tu. Walaupun mungkin nanti kejujuran saya menyebabkan saya pun terheret dalam konflik, I will still be satisfied. Because I'm being honest and that's all that matters to me."
Seperti itulah apa yang Vierra ucapkan kepadanya sebentar tadi, membuatkan Ellia termangu sendirian di beranda kini.
Memikirkan apa yang dia telah lakukan selama beberapa tempoh ini, Ellia terasa geli hati pula. Bukannya apa, tetapi sudah banyak kawasan di rumah Vierra dia tempati dan di semua kawasan itu, tiada satu waktu pun di mana dia berhenti berfikir. Tergeleng-geleng kecil kepala gadis itu.
"Haih, Sofie Gracellia... Memang kau ni tak boleh berhenti berfikir ya? Entah apa-apa gaya kau macam ni," omelnya, mengutuk diri sendiri.
"Ellia, sweetie!" laung Vierra dari tingkat bawah.
Sepantas kilat, Ellia terus berlari menuruni anak tangga supaya cepat tiba ke tingkat bawah.
Menyaksikan aksi gadis itu, bagaikan mahu gugur jantung Vierra! Haih... Tidak serik-serik lagi rupanya selepas hampir terjatuh dari tangga pagi tadi. "Ellia!" jeritnya, sebal.
Ellia yang sudah selamat menjejakkan kaki ke tingkat bawah itu tersenyum innocent waima riak menyinga Vierra singgah di kornea matanya.
Vierra mengurut-urut dadanya. Dia perlu sabar... Ya, berhadapan dengan sisi keanak-anakan lagikan degil khusus milik seorang Sofie Gracellia memang mengocak ombak di lautan hatinya yang tenang. Silap hari bulan, boleh terjadi tsunami dalam hatinya dek gadis itu!
Sisi Ellia yang satu ini dahulunya sudah lenyap ketika gadis itu belum berkenalan dengan VRS dan CL. Walaupun kehadiran semula sisi ini membuktikan yang kondisi mental Ellia sekarang semakin membaik, tetapi pada masa yang sama, ia juga menandakan bahawa Ellia akan sulit diatur bila sisinya ini berada dalam mod aktif. Pusing kepala Vierra jadinya!
"I think... I shall take a rest. Ni, L tiba-tiba chat saya... Dia nak chat dengan kamu katanya," beritahu Vierra yang sudah tidak sanggup mahu berleter.
"Oh, okey..."
Telefon yang dihulurkan kepadanya Ellia sambut. Vierra lantas duduk di atas sofa sambil tangannya bergerak mengurut-urut sisi kepala. Nampak tertekan sekali wanita itu!
WOLFIE L
It's me... So, kenapa L
tiba-tiba chat pula
ni?
Kakak, L nak... No, actually
Crowner nak berbincang
dengan kakak. Can you
come to Crowner Palace?
โโ 15:36
Kening Ellia hampir bertaut disebabkan chat L itu. Sedetik kemudian, terasa berderau darahnya tika teringat perihal komputer VRS yang dia terlupa letakkan semula di dalam lacinya. Pintu biliknya bahkan tidak berkunci semasa dia meninggalkan kediamannya. Oh no!
Mengesan riak pucat gadis itu, Vierra jadi penasaran. "Kenapa ni, Ellia?"
"Do-Doc... Doc tahu tak di mana Crowner Palace?"
"Hah? Oh, tahu... Kenapa? Kamu nak pergi sana ke?"
Ellia mengangguk laju. "Ya, saya kena pergi ke sana sekarang. Crowner tengah tunggu saya."
"Okey, let's go. Tapi, kamu pakai nak baju macam tu aje ke?"
"Erm..."
Tidak lagi bertanya apa-apa, Vierra terus mencapai kunci keretanya. Mereka berdua keluar bersama-sama dari rumah itu. Sementara Vierra memanaskan enjin kereta, Ellia pula membantu mengunci mangga rumah tersebut sebelum masuk ke dalam perut kereta.
Tepat pukul 3.40 petang, kereta Mercedes-Benz Vierra membelah jalan raya dengan kelajuan stabil. Sepanjang perjalanan, Vierra hanya fokus pada pemanduannya tanpa menguntaikan sebarang kata memandangkan Ellia terlihat seperti bercelaru fikirannya. Harapnya di dalam hati, gadis itu akan baik-baik sahaja selepas bertemu Crowner nanti.
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
Selepas mendengar lock pintu dibuka dari dalam, bertemankan Vierra, Ellia masuk ke dalam ruangan Crowner Palace dengan hati yang tidak tenteram. 'Breathe, Ellia... Breathe.' Hatinya memperingatkan.
"Doc?" L dan Sun menjongketkan kening tatkala melihat Vierra di sisi Ellia.
"Kakak tak nak Doc Vie tinggal terabai dalam kereta, that's why kakak ajak dia masuk sekali," jelas Ellia sebelum langsung memberi soalan. "Jadi, apa yang nak dibincangkan?"
"I suppose... You know what this is, don't you?"
L meletakkan sebuah komputer mini VRS di atas meja kaca yang terletak di tengah-tengah ruang tamu tempat mereka berkumpul kini.
Tidak perlu waktu yang lama untuk Ellia mengecamnya. Itu memang merupakan komputer mini VRS miliknya yang dahulu dimiliki CL. Ini bererti dugaannya tadi benar dan perkara yang dia risaukan akhirnya terjadi jua sekarang.
"Jadi, akhirnya... Macam ni lah semuanya terdedah," ucap Ellia, tersenyum nipis. Pandangannya yang tadi tertumpu ke arah komputer itu kala ini dialihkan ke arah satu demi satu ahli Crowner yang berdiri di hadapannya. "You both knew it already, kakak memang kenal CL. Like truly know him... Dan kalau korang tanya bila, it's been a long time already. Kakak kenal dia lepas kakak terlibat dengan accident. He introduced me to VRS by giving me this computer and that's how we befriended each other."
Alex, Dan, Eli, Hope, L, Sun dan Yuki terlongo. "Befriended? You and CL?"
Vierra mengemam bibir, cuba untuk tidak tertawa dengan reaksi mereka itu. Dia faham betul mengapa mereka memberikan reaksi sebegitu. Sebagai seseorang yang rapat dengan CL, dia cukup mengerti bahawa lelaki itu bukan jenis yang ramah. Maka untuk mendengar pengakuan Ellia itu, ianya sukar dipercayai.
"Ya... Dan aku dah lama tahu pasal korang. I mean, about your conflict with him... Secara jujurnya, aku tak nak pilih kasih sebab aku sebagai orang tengah, jelas yang konflik korang ni... Berpunca daripada miscommunication. Seorang ke hulu, yang selebihnya ke hilir. Ha, macam tu lah kisahnya!"
"Ellia," sebut Vierra, memberi amaran agar gadis itu menjaga percakapan.
Ellia menghembus nafasnya perlahan. "Look... Aku tahu yang walaupun korang satu team, mesti ada masanya korang tersalah faham dengan satu sama lain. Because well, you guys are humans and there are no perfect human beings in this world. Jadi, biar aku bagitahu korang... Apa kesilapan korang sebelum ni. Dan tak lupa juga, kesilapan CL."
Usai berjeda, dia kembali melanjutkan bicaranya. "Kesilapan korang... Korang tak sebut pun apa sebenarnya gambar yang buatkan korang curiga dengan dia. While CL, he thought you guys were asking about that bar picture. You guys demanded his explanation, and he gave it. However, you demanded for an explanation he didn't know for what and he explained about something that you guys thought was the thing you wanted to know. All the mess... Semuanya berlaku cuma sebab korang tak sebut apa yang patut disebut dan tak cakap apa yang patut dicakap. And now, I don't know why I'm the one being so emotional."
"Tapi, pasal rekod pinjaman wang tu?" Sun bertanya dengan takut-takut, ngeri dek raut wajah kakaknya yang terang-terang memancarkan ketegangan itu.
"Tentang tu, kakak tak tahu rekod tu betul ataupun tak... Tapi kalau betul sekalipun, pinjaman tu tak dibuat oleh CL. He's a Davies, alright? Untuk apa pula dia nak buat pinjaman wang when he's got his sister, CA on his back andai kata dia memang berdepan dengan masalah kewangan?"
Jatuh rahang seisi team Crowner akibat kenyataan yang dibentangkan oleh Ellia itu. Davies? CL berdarah Davies?
Bila mereka kekal diam seribu bahasa, Ellia sama sekali tidak mampu menduga apa yang sedang mereka fikirkan. Sudahnya, dia tunduk menekur lantai bagi menenangkan hatinya yang bergelora.
"Erm, okey... Then, rekod pinjaman tu dah tentunya bukan CL punya atau probably a fake one. Tapi, aku masih ada pertanyaan di sini. Pasal gambar pertemuan dia dengan Owen tu... Apa yang CL dah bagitahu dekat kau?" soal Dan dengan kening yang terangkat.
"Oh, pasal tu... CL cakap dia terjumpa Leader Platinum secara kebetulan. Tak lebih dari tu pun... And also, CL bagitahu aku yang dia diberi dengar voice recording team Platinum oleh pihak management korang. Diaorang dedahkan yang kononnya CL khianati korang masa dia dekat bar tu, when he was heavily drunk... Truth be told, aku rasa nak naik angin aje bila dapat tahu pasal recording tu. Sebab kalau betullah korang memang tak percayakan CL disebabkan recording tu aje, then it would be so unfair to him. Tapi rupanya, cuma CL dan pihak management aje yang tahu soal recording tu. CL pernah bagitahu aku sebelum ni yang dia ada cari bukti with some people about the bar incident tapi tak jumpa apa-apa langsung sebab CCTV dekat bar tu rosak. So, kebenaran tentang recording tu tak diketahui. That's why when I found out yang korang tak tahu pasal recording tu, aku tersedar cuma CL dan pihak management korang aje yang involved in that hal mencari bukti. CL juga cakap yang tak ada sesiapa percayakan dia even dia cuba jelaskan, but honestly... Lepas dengar penjelasan korang, aku dah faham kenapa benda tu berlaku. Penjelasan dia cuma bukan apa yang korang nakkan. Korang percayakan CL, aku tahu tu. Tapi korang still ada rasa ragu terhadap dia, sebab tu korang minta penjelasan dia, kan? And in the end, explaining session yang tak berjalan lancar tu menjadi penyebab korang berpisah."
"Serius, aku tak tahu konflik kitorang serumit ni... Kisah CL dengan kisah kitorang berbeza. Like really, macam tak percaya aje how the matters just crashed and burnt." Alex bersuara rendah. Dia seperti menerima kejutan bila Ellia mendedahkan kisah bagi pihak CL.
"Honestly, aku tahu aku patut bersikap jujur sejak dari awal. Dan memang aku berniat nak dedahkan semua ni lebih awal, tapi CL cakap aku tak patut masuk campur sebab dia tak nak aku pula yang terlibat konflik dengan korang. Well, not going to lie... Aku pun fikir yang korang takkan percayakan aku atau at least, bentak aku... So, this is quite surprising. Korang betul-betul percayakan aku ke?"
"Dengan cara kakak bercakap awal-awal tadi, how come kitorang tak dengar elok-elok apa yang kakak cakap? Your face was like screaming death whenever we tried to open our mouth as you talked," balas L yang kemudian disambut dengan anggukan serentak ahli-ahli Crowner lainnya, tanda mereka berpendapat sama sepertinya.
Ellia memandang ke arah Vierra dan terlihat wanita itu turut memberikan respons yang sama dengan Crowner. Apakah? Adakah riak wajahnya tadi terlalu menakutkan?
"CL ada cakap apa-apa lagi ke selepas kau dedahkan semua ni?" Hope yang tadinya menyepi tiba-tiba bertanya.
"Erm... Dia cakap korang layak dapat Leader yang lebih baik daripada dia, someone that can communicate well with you. Dia rasa diri dia memang tak layak untuk jadi Leader korang sebab like you guys said, he broke his own promise by leaving the team. Sebab tu, dia rasa it won't make any difference even if he told you any of these matters. Lagipun, korang mungkin tak percayakan dia kalau dia bercakap jujur sekalipun... Since he already left the team, I guess, that's why he thought you guys won't trust him anymore."
Raut kekesalan lantas terlukis pada bingkai wajah ahli-ahli Crowner tidak berapa lama selepas itu. Ellia pun memutuskan untuk tidak berkata apa-apa lagi, dia mahu membiarkan mereka bertenang setelah terlerainya semua salah faham yang berlaku antara mereka dengan CL sebelumnya.
"Ellia, Rel minta kamu turn on your computer." Vierra memberitahu sebaik menerima satu chat daripada adiknya.
Dalam bingung, Ellia menuruti sahaja permintaan Rel yang disampaikan oleh Vierra itu. Meja kaca tempat komputer mininya diletakkan dihampiri lalu komputer itu dihidupkan. Mengenangkan keadaan skrin yang tetap gelap itu, dia kehairanan. Takkanlah habis bateri?
"Apa yangโ"
โ VRS Official Invitation
Dear Siea, we would like to invite you to join Qualification Match for IGCC 2020 in February. May we have the pleasure to have you as one of the participant?
Tergamam habis Ellia selepas membaca undangan rasmi yang terpapar itu. "Am... Am I seeing things?"
"Hah?" Vierra dan ahli-ahli Crowner yang ingin tahu pantas berkumpul di sekeliling Ellia, mahu melihat apa sebenarnya yang membuatkan Ellia mematung di hadapan skrin komputer itu.
"Oh my, sweetie... Congratulations!" Tersenyum bangga Vierra menatap Ellia.
"You're Siea?"
Erk! Disebabkan soalan itu, Ellia semakin keras kejung di hadapan komputernya.
What a day it is... Now, everything finally turn clear like crystals.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Yna pula yang excited tulis chapter ni, LOL๐๐๐๐คฃ
Yna tak pasti apa pandangan korang pasal chapter ni, but for me, I'm glad with all these scenes.๐ฅบ๐
I'm sorry if chapter ni messy, and thanks for still supporting & reading. Love ya'!๐ฅฐ๐
P/S: Kalau ada benda yang korang nak tanya, just ask, okay?๐
You are reading the story above: TeenFic.Net