HARI baharu telah pun memulakan kitarannya. Pagi ini, Ellia bangun dengan keadaan yang lumayan baik. Dia bahkan terlihat agak berseri memandangkan tiada lagi rasa sakit kepala atau tekanan melampau yang menjadikan harinya bermula dengan buruk seperti sebelum ini.
Tika ini, dia sedang dalam perjalanan untuk ke tingkat bawah. Baru separuh anak tangga dituruninya, dia langsung menangkap bunyi orang berbual-bual di tingkat bawah. Dahinya pantas berkerut bila terdengar satu suara feminin yang amatlah asing pada deria pendengarannya. Vierra tidak beritahu pula yang wanita itu akan menyambut seorang tetamu pada hari ini... Aduh, rasa gelisah dirinya kini! Patutkah dia turun sahaja ke tingkat bawah atau berpatah balik ke biliknya?
Akibat terleka, kakinya yang tidak stabil menukar haluan pada anak tangga menyebabkan dirinya tersilap langkah. Secara refleks, tangannya berpaut kemas pada susur tangga, menyokong tubuh daripada jatuh tergolek bagaikan nangka busuk. Pun begitu, ibu jari kaki yang entah bagaimana boleh terlipat membuatkan dia automatik mengadu sakit. "Aww!"
"Ellia!"
Vierra yang mendengar suara Ellia lekas-lekas pergi ke kawasan tangga. Melihatkan keadaan Ellia yang sudah terduduk di atas anak tangga, dia bersegera mendapatkan gadis itu. "Oh gosh, kamu okey tak ni?"
Ellia mengangguk kecil sambil tangan sibuk mengurut-urut ibu jari kakinya. Dihadapkan dengan wajah Vierra yang begitu ketara geram padanya, dia jelas bahawa sebentar lagi wanita itu akan mula berleter. Maka, bilamana Vierra memulakan sesi bebelannya, dia dengan pasrah hanya menadah telinga sahaja.
"Mari pergi ke tingkat bawah... Biar saya papah kamu," ujar Vierra pada akhirnya.
Sambil dipapah oleh wanita itu, Ellia kemudian tiba ke tingkat bawah dengan selamat. Seorang gadis mengukirkan senyuman yang cukup manis ke arahnya, membuatkan dia tidak boleh tidak tersenyum kembali. Kenyataan bahawa senyuman balas Ellia kepada gadis itu bukanlah dibuat-buat sedikit mengejutkan dirinya sendiri. Dia bukanlah seseorang yang cepat mesra dengan orang lain, namun sekiranya dia menyukai vibe orang yang ditemuinya, dia pasti akan menjadi ramah. Walaupun begitu, dia biasanya cuma akan menilai vibe melalui gaya cakap seseorang. Namun bagi gadis di hadapannya ini... Baru sekadar melemparkan senyum, tetapi Ellia sudah cukup berkenan dengannya. Aneh!
Seolah dapat membaca niat tersirat dalam hati Ellia dan tetamunya itu, Vierra langsung bersuara. "Oh ya, kamu berdua belum kenal lagi, kan? Apa kata kamu kenal-kenal dulu? Saya nak pergi sediakan breakfast untuk kamu berdua dekat dapur. So, you girls have your time, okay?"
Selepas wanita itu berlalu ke ruangan dapur, gadis tadi menghampiri Ellia bersama seulas senyum. Tangan dihulur, ingin berjabat sebagai tanda perkenalan. "Selamat berkenalan, aku CA."
"CA?" Ellia terkebil-kebil, tetapi menyambut jua salam gadis itu.
"It's a nickname and stands for Castilla Arvia. Dan kau pula?"
"Ellia, Sofie Gracellia."
CA membulatkan matanya. "Sofie Gracellia?"
Ellia menganggukkan kepalanya dengan rasa kekok. Mengapa pula reaksi CA seperti itu? Ada yang tidak kena ke apa?
"Wah, I finally meet you! Oh ya, lupa nak bagitahu kau... Actually, I'm CL's princess."
Pernyataan itu menyebabkan Ellia terkesima. CL's princess? Adakah gadis di hadapannya ini kekasih CL? Tidak pasal-pasal, sifatnya bertukar dingin dengan begitu sahaja.
Sedetik kemudian, CA tersedar akan respons Ellia yang kurang mesra selepas mendengar pernyataannya. Dia menggigit bibir tika merasakan dirinya sudah berbuat suatu kesalahan. Masalahnya, apa yang dia telahโ Nanti dulu! Mungkinkah Ellia salah faham soal pernyataannya tadi? "Erm, Ellia... Iโ"
"CA, Ellia, come join me in the kitchen... Breakfast is ready." Vierra memintas sebelum CA sempat menyudahkan percakapannya.
Mengabaikan ibu jari kaki yang masih ngilu, Ellia buru-buru pergi ke dapur dan membiarkan CA termangu sendirian di kawasan ruang tamu itu.
Tangan CA naik menepuk dahi. Ah, sudah! Selama ini, dia telah merangka bagaimana scene pertemuan pertama mereka bakal berlangsung. Sungguh ironi rasanya melihatkan apa yang berlaku sekarang justeru scene yang tidak terdapat sama sekali dalam perancangannya!
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Ma, pa... Kakak dekat mana? Jam dah pukul 9.00 pagi ni... She's not usually the one that comes down late."
L memandang Blair dan Sienna dengan penuh curiga. Sejak dia dan Sun pulang semalam lagi, dia sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada kedua-dua orang tuanya itu... Mereka seperti menghindari topik perbicaraan mengenai Ellia. Tetapi, mengapa? Ada sesuatu yang berlaku kepada Ellia sewaktu ketiadaan mereka ke?
"Right... Mama dengan papa ada sembunyikan sesuatu daripada abang dan Sun ke?"
Sun yang punya pemikiran sama seperti sang abang turut serta menyoal mama dan papanya. Matanya tajam melirik mereka berdua, menagih jawapan kepada pertanyaan yang kala ini menghuni mindanya.
"Tak... Bukan macam tu. Papa lupa bagitahu kamu semalam... Sebenarnya, Ellia sekarang ni tinggal dengan Doc Vie..."
Blair memberikan jawapan sambil sedaya upaya mengekalkan riak bersahaja. Kalau boleh, dia sebenarnya tidak mahu L dan Sun mendapat tahu apa yang berlaku pada malam majlis family gathering itu. Dia bukannya apa, dia hanya tidak ingin mereka berdua pula yang pergi membuat hal dengan Blake dan Sapphire sehingga merumitkan lagi masalah yang sedia ada.
"Kenapa pula kakak tinggal dengan Doc Vie? Dan sejak bila?" tanya Sun dengan tegas.
"Ma, pa... Be honest with us. Masa majlis family gathering tu, ada sesuatu yang berlaku kepada kakak ke? Do not cover the truth from us, please... L tahu, kakak bukan seseorang yang akan senang-senang tinggalkan rumah macam tu aje melainkan sesuatu berlaku. Dan L juga tahu mama dengan papa tak nak hubungan L dan Sun with grandma and grandpa jadi lebih keruh, tapi L tak boleh berdiam diri if the two of them hurt my sister. It's been years, ma, pa... Kakak selalu makan hati sebab grandma and grandpa, takkan mama dengan papa tak sedar yang kakak terluka? Sheโ"
L menghentikan ucapannya kala tangan Sun mencengkam lengan sweaternya, mengutus amaran senyap agar dia tidak terlanjur bicara. Kesudahannya, dia sekadar dapat melepaskan satu dengusan kesal.
"Ma, pa... Apa yang dah jadi sebenarnya? Mama dengan papa tak patut rahsiakan apa-apa daripada abang dan Sun... Sebab apapun yang berlaku kepada kakak, we both have the right to know about it," tambah Sun.
Blair dan Sienna saling bertatapan. Meski ada rasa tidak senang untuk mengatakan kebenarannya kepada L dan Sun, namun mereka berdua juga tahu mereka tidak boleh menutupi kebenaran itu buat waktu yang lama.
L dan Sun, mereka berdua amat protective terhadap Ellia, kakak kesayangan mereka. Ellia sendiri turut mempedulikan dua adiknya itu, sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kakak dengan sebaik mungkin. Hal ini, baik Blair mahupun Sienna, tiada yang mampu menyangkalnya. Justeru itu, jauh di lubuk hati masing-masing, mereka merasa bersyukur dikurniai tiga orang anak yang mengambil berat akan satu sama lain. Begitu jauh berbeza sikap dengan anak-anak saudara mereka atau juga pantas disebut sebagai sepupu-sepupu kepada Ellia, L dan Sun.
"Okey, mama dengan papa akan bagitahu apa yang berlaku tapi... Janji dengan kami yang kamu berdua takkan bertindak melulu," kata Sienna.
"Tengoklah macam mana nanti, kalauโ Aww! Haih, okey... L takkan bertindak melulu."
Sun tersengih penuh makna dengan jawapan abangnya itu. Perlu kena 'ketam', baru mahu akur! Cerlungan tajam yang kemudian datang dari sisinya tidak dihiraukan langsung. Dia tahu, L sedang menahan rasa geram saat ini. Akan tetapi, dia peduli apa?
Sienna menarik nafas sebelum memulai bicara. "Sebenarnya, malam tu..."
โขโฆโฆโโโโโขโฆแกแโขโฆโโโโโฆโฆโข
"Ellia, kau jangan salah faham... Sebenarnya, CL tu adik aku. I always address myself as CL's princess sebab tu nickname yang dia guna untuk panggil aku. And for him, I sometimes address him as my prince."
Cepat sahaja CA membuat penjelasan kepada Ellia sebaik selesai membasuh pinggan. Dia benar-benar tidak mahu salah faham antara mereka berlarutan!
"Adik?" soal Ellia untuk kepastian.
"Yes, dia adik aku. Actually, we were both born in the same year, bezanya aku lahir awal tahun, dia pula hujung tahun... Still, we're the same age though."
Tidak pasal-pasal, pandangan Ellia turun menekur lantai. "Err, I thought you and CLโ"
CA menggeleng laju. "Tak... Maafkan aku, mesti cara aku introduce diri aku tadi yang buat kau salah faham."
"It should be me to say sorry. Tiba-tiba aje aku act cold towards you... Maafkan aku."
Ruangan dapur itu serta-merta menjadi ruang minta maaf sampaikan Vierra yang baru kembali ke situ seusai menjawab panggilan hospital terus berkerut dahi memandang dua gadis itu. Sudah kenapa pula ada acara meminta maaf di dapur ini?
"Ehem... Saya ada terlepas sesuatu ke? Atau kamu berdua tengah main game minta maaf?"
CA dan Ellia mengalih pandang kepada Vierra yang kelihatan terpinga-pinga sebelum ketawa kecil. Semakin bertambah rasa tertanya-tanya dalam hati wanita itu jadinya! Apa benda yang kelakar?
"Tak adalah, doc... We just had a small misunderstanding," beritahu CA. "Now, if you don't mind, saya nak ajak Ellia berbual-bual dulu dekat tingkat atas... Bye-bye, doc."
Tidak berpeluang Vierra hendak memberi balasan, CA dan Ellia sudah meninggalkannya di situ. Dia lantas memutarkan bola matanya. "Orang-orang muda zaman sekarang, macam ni lah gayanya... Nasib baik reti cuci pinggan dan gelas sendiri!" Tergeleng-geleng kepala wanita itu.
Sementara itu, di beranda tingkat atas, CA dan Ellia begitu asyik menikmati pemandangan langit yang cerah dilengkapi oleh matahari serta kawanan awan. Sesekali Ellia melirik sekilas pada CA. Raut wajahnya cukup jelita dan senyuman manis bagaikan tiada tarikh luputnya daripada bibir merah pic semula jadi itu.
Jujur Ellia nyatakan, dia sepertinya pernah melihat wajah CA sebelum ini. Hanya sahaja otaknya seakan tidak ingin memberi kerjasama untuk mengingat di mana wajah CA pernah dilihatnya dahulu.
"Ha, dah ingat!" serunya tanpa sebarang amaran.
Terkelip-kelip mata CA menatap wajah Ellia. "Err, kenapa ni?"
"Kau ni... Castilla Arvia Davies, kan?"
CA terkedu sebelum perlahan-lahan mengangguk. "Tapi, macam mana kau boleh tahu?"
Ellia tersenyum janggal seraya menggaru pipinya. Memang wajarlah CA terkejut... Lagipun, wajah para pewaris keluarga jutawan Davies selama ini tidak pernah terpampang di muka hadapan majalah atau muncul di kaca televisyen kerana mereka sangat mementingkan privasi masing-masing. Jadi, cukup jarang untuk orang awam mengenali mereka.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna wajah mereka tidak pernah ada di platform lain. Mereka mempunyai akaun di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Maka, orang-orang tetap boleh mencari tahu soal mereka.
Sebagai faktanya, Ellia telah mengenali CA semenjak mula-mula menggunakan Twitter. Quotes daripada gadis itu banyak memberikan inspirasi, membuatkan Ellia sangat mengaguminya. Setelah menemui akaun CA tanpa sengaja di laman Instagram, dia mulai mengetahui lebih banyak hal tentang gadis itu. Bermula daripada identitinya sebagai salah seorang pewaris keluarga Davies sehinggalah bagaimana rupa paras sebenarnya.
"Wait, wait, wait... Kau Sofie Gracellia, pewaris keluarga Lawrence yang selalu bagi like on my posts and tweets tu, kan?"
Bersinar-sinar mata CA mengingati hal tersebut. Tangan Ellia kemudiannya dia capai laju dengan rasa teruja. "I know we haven't known each other for so long, but I want to have you as my bestie. Boleh tak?" pintanya tanpa berkias panjang.
Ellia mengangguk kecil bersama satu lengkung positif pada wajahnya. Terbit rasa gembira dalam hati memikirkan pertambahan seorang lagi kawan yang tulus di hidupnya. Is this her lucky year to encounter so many good friends?
Buat waktu yang agak lama, dua gadis itu langsung bertukar-tukar cerita tentang banyak hal dengan selesa. It's literally amazing how they just bonded really well with each other, from strangers to besties in a short time.
ใโจพใโจพใ
โโโโโโ
Wowww~ CA dengan Ellia dah jadi kawan dah sekarang ni๐๐ JSHSSJSHJSHHJS~ Yna suka buat scene Ellia dapat friend(s) baru. Maybe because sebelum ni, her life was so lonely...๐ฅบ๐ That's why I'm happy when she befriended any new character(s).
I don't know apa nak cakap pasal this chap, but I still want to say sorry if it's messy... And thanks for reading!๐ ๐ฅฐ
P/S: That scene yang Ellia punya ibu jari kaki terlipat tu, Yna pun pernah alami sendiri. Tak adalah terseliuh, tapi yep... Memang ngilu๐๐
You are reading the story above: TeenFic.Net