𝟬𝟯𝟡 β€£ π™π™π™š π˜Ύπ™π™–π™£π™œπ™š 𝙀𝙛 π˜Ύπ™§π™€π™¬π™£π™šπ™§

Background color
Font
Font size
Line height

JARUM jam yang bergerak itu Ellia perhatikan. Masih ada waktu 15 minit sebelum match Crowner bermula... Mengetahui hal itu, dia membiarkan dirinya larut dalam ruang fikirannya.

Setelah mengorek sedikit informasi peribadi soal CL daripada Vierra, dia mendapati yang CL tidak pernah mempunyai masalah kewangan. Menurut wanita itu, CL seorang yang berjimat cermat orangnya. Lelaki itu amat jarang mengeluarkan wang yang ada dalam simpanannya untuk hal-hal yang tidak bermakna. Malah, CL juga bukan seseorang yang suka berhutang. Jadi, pinjaman wang atas nama CL yang pernah disebut oleh Sun sebelum ini... Mungkinkah sebenarnya bukan dibuat oleh lelaki itu?

"Hmm, termenung lagi dia ni... Dah fly ke mana tu? Berapa batu dah kamu travel?" perli Vierra yang memerhatikan aksi termenung Ellia sedari tadi.

Terkelip-kelip mata Ellia apabila mendengar perlian itu. Spontan tangannya naik menggaru hidung. "Err, doc... Bila masa doc datang duduk sebelah saya?"

"Dua minit yang lalu, my dear... Apa yang kamu fikirkan sebenarnya? Tak habis-habis berkerut muka kamu tu saya tengok... Ada masalah ke?"

Ellia menggeleng laju. "Tak adalah... Erm, doc... Mama dengan papa ada call doc lagi ke?"

"Ada tu memanglah ada. Dah namanya pun parents, normallah diaorang call doc untuk tanya pasal keadaan kamu... Kenapa? Feeling homesick already?"

"Mana adalah. Saya tanya aje... Rasa bersalah pula dekat doc sebab doc asyik kena give them updates about me."

Vierra tersenyum nipis. Ditepuk-tepuk lembut bahu Ellia. "Jangan risaulah... Saya tak rasa susah pun. Lagipun, saya faham perasaan orang tua kamu. I'm a mother myself. Saya pun asyik tanya guru-guru anak saya sepanjang diaorang ikut kem selama dua minggu ni. Sekarang baru lima hari diaorang pergi sertai kem tu, but saya dah call guru-guru diaorang for more than 20 times already."

Hampir ternganga Ellia dibuatnya. Biar betul Vierra ini? Tumpah simpati dia ke atas guru-guru Venus dan Storme. Sangkanya sebelum ini, sifat protective Vierra akan berkurangan setelah Venus dan Storme semakin meningkat dewasa... Namun kenyataannya, sifat protective wanita itu kekal pada aras yang sama. Patutlah Venus dan Storme sentiasa mengadu kepadanya bahawa mereka kadang-kadang rimas dengan sikap Vierra, tetapi pada masa yang sama, terharu juga atas keprihatinan mama mereka itu.

"Doc, doc tahu guru-guru Venus dengan Storme akan bagi doc new updates if anything happen to them, kan? Jadi, doc tak perlulah call diaorang banyak kali... I get that you are worried as this is their first time going on a camp that's for more than a week, tapi... Doc kenalah percayakan Venus dan Storme. They won't fail to protect themselves."

"You're speaking like Seth. Haih... Saya seorang aje ke yang terlebih risau pasal mereka berdua?"

Satu keluhan berat Vierra lepaskan lalu pandangannya dijatuhkan ke lantai. Seth yang ketika ini sedang menguruskan sebuah projek di Australia juga ada berpesan supaya dia tidak bimbang akan anak-anak mereka. Namun sebagai seorang ibu, dia masih tidak mampu untuk menghilangkan rasa khuatirnya itu. Pantang teringat soal Venus dan Storme, pasti hatinya diburu rasa resah memikirkan keadaan mereka tanpa dirinya di sisi.

"You're a mother, doc. Perasaan risau terhadap anak-anak, saya rasa semua wanita yang bergelar ibu akan rasa. Mama pun pernah bagitahu saya sebelum ni yang dia selalu risau setiap kali L dengan Sun pergi sertai gaming championships di negara-negara luar. She also gets worried if I don't pick up her call. And if she heard no news at all about us even just for a few hours, dia boleh kena migrain. That's why saya dengan adik-adik saya tak pernah lupa keep her updated about us," kata Ellia dengan lembut.

"Tapi, Venus dengan Storme macam tak berapa suka kalau saya terlalu ambil tahu tentang keadaan diaorang... Do you think they hate me for being such a protective mother?"

"Saya rasa diaorang mungkin tak berkenan sangat dengan sikap doc yang terlalu mengambil tahu hal diaorang, tapi saya tak rasa diaorang bencikan doc. It's just that your protective trait is pressuring them... Bila doc terlalu ambil tahu tentang diaorang, diaorang rasa macam tak bebas nak buat sesuatu sebab doc sentiasa nak tahu semua benda yang diaorang buat. I'm not saying that you shouldn't pay attention to what they do, but doc... Don't put too much attention on them. Let them feel secure in their shells. As a mother, doc kena ambil berat tentang perasaan diaorang. Doc perlu bagi diaorang space untuk putuskan sama ada diaorang nak bagitahu apa-apa dekat doc or not. Don't push them, communicate softly instead."

Melihat garis datar yang terbentuk pada wajah Vierra kini berubah menjadi lengkung senyuman, Ellia menghela nafas perlahan. Fuh, nasib baik Vierra tidak emo lagi!

"Thanks, sweetie. Kalau tadi saya rasa macam tengah bercakap dengan Seth, sekarang saya rasa macam saya sedang bercakap dengan seorang wanita bergelar ibu yang jauh lebih matang daripada saya pula... Gosh, you're really something, Ellia. And that's why you are irreplaceable nor are you forgettable."

Ellia hanya tersenyum. Tidak mampu dia berdalih, ucapan Vierra itu membuatkan hatinya tersentuh. Tiada satu waktu sekalipun selama ini di mana Vierra pernah gagal membuat dirinya terasa berharga. Wanita itu sentiasa punya cara istimewa buat meyakinkan dia yang dirinya cukup bererti. Dan disebabkan perkara itulah, dia mengambil Vierra sebagai doktor peribadinya.

Waktu yang beredar pantas hanya mereka sedari bilamana alarm yang Vierra pasang berbunyi. Mereka berdua langsung fokus menghadap ke wajah televisyen sejenak selepas itu.

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Senarai players diumumkan terlebih dahulu sebelum Qualification Match yang disertai oleh team Crowner dan team Supernova berlangsung.


Perbezaan position yang dipilih hanyalah bilangan players posisi Healer dan posisi Protector sahaja. Bagi Crowner, mereka mempunyai tiga players posisi Healer sedangkan dalam Supernova pula, hanya ada dua players yang memegang posisi itu. Namun buat Supernova, mereka memiliki dua orang players posisi Protector yang mungkin memberikan kelebihan kepada mereka untuk melindungi aset-aset team di Pagoda.

Sebaik perlawanan dimulakan, Ellia memberi tumpuan pada setiap posisi ahli-ahli Crowner yang ditunjukkan melalui peta lokasi Night Caribbean Island, yakni lokasi iklim Mediterranean versi malam. Anak matanya tajam menatap satu character ID yang memikul tanggungjawab sebagai Ace dalam team itu. J!

"Now that the battle has begun, we can see it clearly that these two teams are on fire. There's not much changes in Supernova except for their positions. However, we can definitely see that Crowner's Ace has changed. We have been hearing things about this Jerry... And this is his first time being in the arena live with the official members of Crowner. Would he throw us some surprises?"

"Crowner has been famous as the only esport team that hide their faces and real identities. But I could see that... This J is extremely bold. He shows his face with pride, breaking the 'old tradition' of Crowner. I tell you what, this is the first sign that the old Crowner is going to evolve into a new Crowner. And I dare to bet, this J would really give us surprises!"

Naik menyampah pula Ellia dengan komen hos kedua itu. Pasti hos kedua tersebut peminat J! 'Tak apa... Mari kita tengok sehebat mana Si J yang gantikan CL ni,' desisnya dalam hati, jengkel.

Khusyuk benar dia memerhatikan skrin televisyen untuk melihat aksi Crowner. Dia sangat berharap yang mereka bakal berjaya memenangi Qualification Match ini. Berdasarkan apa yang dia perhatikan, Crowner benar-benar mahu menyertai IGCC pada tahun hadapan. Maka sekiranya match dengan Supernova ini mereka menangi, tentu sekali masa depan mereka dalam IGCC 2020 nanti akan menjadi lebih cerah kerana mereka akan terus layak menjadi peserta kejuaraan itu.

Ketika ini, Cream dan LΓ©rose yang memegang posisi Detector mengambil jalan berasingan dengan satu sama lain. Sementara Cream menguasai laluan di kiri, LΓ©rose pula mengawasi laluan di kanan. Pada masa yang sama, Fade menyusul di belakang Cream manakala Freddie kekal berjaga-jaga di sekitar LΓ©rose selaku Healer.

Yumi yang merupakan Healer ketiga sekadar mengikut laluannya sendiri. Dia melepasi Mid Point dan tiba dengan selamat di kawasan Supernova. Tatkala bertembung dengan Bee sang Detector pertama Supernova, panahan berais karakter Priya segera dia lancarkan tepat ke arah Bee.

Ellia ternganga bilamana Yumi sama sekali tidak ragu memaksimumkan energy busur panahnya semata-mata untuk membunuh Bee yang sudah terjejas LRnya itu. Sebentar tadi, Bee baru sahaja mengaktifkan Invisible Power pada karakter Asuka selepas terkena panahan Yumi. Jadi, agak berisiko untuk Yumi melakukan hal itu. Apatah lagi, memaksimumkan energy sebarang weapon akan menyebabkan weapon itu freeze atau tidak dapat digunakan selama tiga saat berikutnya. Ini bermakna seandainya Yumi gagal mengagak di mana kedudukan Bee dan panahannya tersasar, Yumi semestinya akan dikill oleh Bee.

Bakul berisi snek diletakkan ke atas meja dengan mata yang tidak berkelip. Aduh, Ellia pula yang tidak senang duduk walaupun bukan dirinya yang bermain!

"First Blood!"

"Oh my goodness! Yumi did it! She got First Blood! What an archer, this is marvelous!" Penuh bersemangat hos pertama yang mengacarakan Qualification Match itu berbicara.

Scene yang baru Ellia saksikan tadi membuatnya terpaku. Matanya membulat, takjub. Yumi berjaya mempredict di mana Bee berada dengan begitu sempurna! Panahannya bahkan menembusi tepat kepala Bee. Kalaulah scene tadi itu acara memanah Olimpik, Yumi secara sahnya telah pun berhasil mendapatkan Bull's eyes! Gosh... Diri Yuki di dalam VRS memang jauh berbeza dengan dirinya di dunia realiti!

"How on earth did she do that?" gumamnya perlahan.

"CL kata, walaupun pertuturan Yuki agak pelat since dia seorang Japanese... Tapi, panahan dia tak pernah pelat. That's why she's one of the best archer to ever exist in VRS." Vierra memberitahu bersama seulas senyuman pada bibirnya.

"Mmm... Rasanya, inilah apa yang orang panggil as bakat semula jadi," ujar Ellia, kagum.

Point of view dalam Qualification Match itu kala ini difokuskan pula kepada dua skrin yang mana menunjukkan situasi Cream bersama Fade dan LΓ©rose dengan Freddie. Kedua-dua partners Detector dan Healer itu seperti juga Yumi, kini berada di kawasan Supernova.

Cream dan Fade membuat killing berterusan terhadap monsters yang menjaga kawasan tempat mereka berada, menyumbangkan lebih banyak energy yang menjadi aset team. LΓ©rose dan Freddie pula bekerjasama menumpaskan Monster, sang Healer yang gagal melindungi Bee sebelum ini.

Ellia tumpang simpati atas nasibnya. Nampak macam sia-sia belaka usaha Monster melepaskan diri daripada Yumi beberapa detik yang lalu apabila dia sekarang berdepan dengan LΓ©rose dan Freddie yang bagaikan singa kelaparan... Tepat seperti yang dia jangka, Monster berjaya dikill dalam sekelip mata tanpa diberi kesempatan untuk melawan.

Tika scene untuk karakter Jaw ditayangkan, moodnya berubah dengan drastik. Sambil lewa cuma dia perhatikan Jaw berlawan dengan karakter-karakter lain daripada team Supernova. Meski gerakan Jaw agak smooth, Ellia tetap tidak senang dengan kehadirannya sebagai Ace dalam Crowner. Adakah lelaki itu sudah sah menjadi pengganti CL? Jika ya, terus terang dia katakan, dia tidak setuju. Lelaki itu seperti membawa bisa tersendiri pada penglihatannya, dan dia risau akan niat sebenar J ke atas Crowner.

Malas mahu memikirkan lebih lanjut berkenaan J yang mengawal karakter Jaw itu, dia meletakkan tumpuannya kepada match yang masih berlangsung. Walau bagaimanapun, minatnya pada match itu semakin hilang dek tumpuan yang sepenuhnya jatuh pada Jaw kini.

Match tersebut kelihatannya mendekati penghujung tatkala Jaw berjaya mendapatkan Ultimate Kill setelah membuat satu lagi killing terhadap Alpha, Protector malang Supernova yang tadi telah dicabut nyawa pertamanya oleh Jaw juga. Jaw kemudian bersegera menuju ke kawasan checkpoint bersama diamond yang sudah ada dalam genggaman tangannya.

"Jaw got the diamond! Oh my goodness, is this the end to Supernova?"

Kedengaran teruja sekali nada hos kedua membuat ulasannya. Bertambah meluat Ellia yang menyaksikan match tersebut!

"Starlight Party!"

"Yes, it's a victory for Crowner! Crowner secure their spot to the first round of IGCC 2020!" Hos pertama membuat pengumuman itu dengan nada gembira.

Dalam pada berkongsi kegembiraan atas kemenangan Crowner, Ellia tidak mampu menafikan rasa hati yang berkecamuk di ruangan dadanya. Ada sesuatu yang aneh dengan corak battle Crowner kali ini... Sesuatu yang sepertinya memudarkan identiti sebenar team itu.

"Diaorang mesti rasa gembira sebab menang..."

Vierra tersenyum segaris sebelum alisnya terjongket ke atas melihatkan reaksi Ellia yang tidak begitu gembira. "Ellia... Kenapa ni?"

"Doc, benda ni peliklah... Saya tahulah Jaw tu Ace, tapi bila dia jadi fokus utama berbanding members Crowner yang lain... It just feels off. Dan the other members... Rasa macam karakter posisi Detector and Healer cuma tolong clearkan jalan untuk Jaw. Malah, karakter Knight and Protector tak ada ditunjukkan pun dalam match ni... This isn't the Crowner that I know. Crowner yang saya kenal, semua members dalam team tu bersinar dengan cara masing-masing. Tapi dalam match ni, Jaw seorang aje yang bersinar... Doc tak rasa pelik ke? Something is off with this current Crowner!"

Terkulat-kulat Vierra saat Ellia menghamburkan pandangannya dengan nada yang cukup tegas. "Err..."

Bila tersedar akan gaya bicaranya yang agak keterlaluan, Ellia lekas-lekas mengemam bibir. "Sorry, doc... I was overreacting, right?"

Vierra menggeleng perlahan lalu berdehem membetulkan suaranya. "Erm... Saya mengaku yang saya masih tak berapa faham pasal VRS ni... Tapi lepas saya teringat battles Crowner sebelum ni dan apa yang kamu baru cakapkan, saya mula rasa yang kamu betul. Ada sesuatu yang tak kena dengan new setting team Crowner ni..."

Niat Ellia mahu bersuara terbantut disebabkan bunyi telefon Vierra. Kala Vierra tersenyum kekok ke arahnya selepas melirik skrin telefon, fahamlah dia bahawa wanita itu perlu menjawab panggilan tersebut. Kepalanya diangguk sahaja lalu dia meminta diri untuk pergi ke tingkat atas.

Usai meninggalkan Vierra, dia mendaki anak tangga sehingga ke tingkat atas dengan bermacam-macam hal bermain dalam mindanya. Apa yang sudah berlaku kepada Crowner? Serious talk, dia risau soal team itu!

〄⨾〄⨾〄

β–’β–’β–’β–’β–’β–’

Macam nak nangis aje bila baca betapa hambarnya scenes gaming dalam cerita ni... Aigooooo~πŸ˜‚πŸ˜­ Bertabah ajelah dengan kehambaran ni eh? πŸ˜ͺπŸ˜–

I honestly don't know macam mana nak buat the scenes to be real epic... HUHUHUHU, I guess writing the gaming scenes is the ultimate challenge that I need to face in order to write this story.πŸ˜”πŸ˜­

Apa-apa sekalipun, thanks for reading! Kalau ada yang nak dipertanyakan, just ask, okay? See you on the next chap! ❀️❀️πŸ₯°


You are reading the story above: TeenFic.Net