𝟬𝟯𝟲 β€£ 𝙏𝙀𝙀 π™ˆπ™ͺπ™˜π™ 𝙩𝙀 π™π™–π™ π™š

Background color
Font
Font size
Line height

HILANG semangat Ellia apabila mendapat tahu yang keluarga besar Lawrence dan Jennings bakal menganjurkan satu majlis mewah buat kedua-dua keluarga itu. Kalau boleh diikutkan rasa hati yang memang tidak berkenan mahu menghadiri majlis tersebut, tentu mulutnya akan dengan ringan mengatakan tidak kepada undangan yang telah diterimanya.

Namun, dia tidak boleh melakukan itu kerana dia jelas akan satu hal. Bukan hanya dia yang akan terkena tohmahan daripada ahli-ahli keluarganya nanti, tetapi juga mama dan papa serta adik-adiknya.

Therefore, no matter how sickening the situation she has to be in, she'd just gulp it down as if her heart is made of stone.

Majlis itu akan berlangsung pada malam ini, dan Ellia sendiri sudah bersetuju ingin menghadirinya. Persetujuan yang teramatlah kontra dengan keinginan hatinya... Walau bagaimanapun, dia melakukannya demi kebaikan semua orang. Atau sebenarnya, semua orang kecuali dirinya.

Memikirkan yang dia akan bersendirian tanpa kedua-dua adiknya dalam majlis itu, dia langsung berasa lemas. L dan Sun sibuk dengan sesi latihan gaming di Crowner Palace, jadi mereka tidak akan pergi ke majlis tersebut. Tanpa mereka, situasinya tentu sekali lebih sulit daripada kebiasaan.

Keluhan dilepaskan. Rancangan Running Man yang sedang bersiaran di kaca televisyen tidak lagi mampu menarik hatinya. Ellia bersandar pada sofa dengan bantal gebu diletakkan di atas wajahnya.

It will be such a long, long night.

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Semenjak kaki menapak masuk ke ruangan utama hotel mewah tempat majlis diadakan, senyuman palsu yang paling manis lagikan natural terukir indah pada wajah Ellia.

Bilamana mama dan papanya terpaksa meninggalkan dia dek harus bertegur sapa dengan uncles serta auntiesnya, rasa kekok mula merangkak masuk ke sangkar hati Ellia. Dia bukan jenis yang mahir bersosial sehinggakan hubungannya boleh dikatakan negatif dengan semua sepupunya. Sebetulnya, Ellia dan adik-adiknya memang tidak sebulu dengan para sepupu mereka. Maklumlah, pola pemikiran dan gaya pergaulan mereka amat jauh berbeza antara satu sama lain.

"Ellia."

"Ellia."

Ellia memanggungkan kepalanya ke hadapan tatkala dua suara tegas itu bergabung menyapa halwa telinga. Grandma? Dan grandpa? Kepalanya cepat-cepat ditundukkan sebagai tanda hormat. "Greetings, grandma and grandpa."

Terasa bagaikan oksigen dirampas daripada dirinya bila mereka tidak kunjung mengatakan apa-apa. Ellia jadi penasaran sekali, rasa paranoid pun terbit juga sedikit. Mengapa agaknya mereka diam sahaja?

Dengan takut-takut, kepalanya didongak kembali. Dia terkebil-kebil saat mengetahui yang grandma dan grandpanya tiada lagi di depan mata. Liur ditelan pahit kala mendapati mereka berdua hanya meninggalkan dia begitu sahaja di situ. Tindakan mereka memanggil namanya... Adakah cuma untuk memperhatikan adabnya sama ada masih wujud ataupun tidak?

Malas ingin memikirkan lebih lanjut, Ellia terus mengalihkan fokusnya. Pandangannya lantas ditebarkan ke sekeliling, mengamati setiap sudut ruangan hotel itu. Satu perasaan yang tidak lagi asing bermukim di ruang dada.

That feeling of being lonely... Even when the room is too crowded.

Langkahnya kemudian dibawa ke satu meja kosong yang terletak sedikit jauh dari meja-meja lainnya. Usai melabuhkan duduknya pada kerusi yang tersedia di meja itu, Ellia menikmati persembahan musical instruments yang sedang berlangsung di atas pentas.

Waktu berlalu dalam sekelip mata, kini tibalah masanya untuk acara dinner selepas banyak penyampaian ucapan dan persembahan dilakukan. Demi tidak bertembung dengan sesiapa, Ellia menunggu sehingga kawasan tempat hidangan itu diletakkan kosong.

Yakin bahawa semua orang sudah mengambil makanan, dia mengatur langkah dengan teliti untuk ke kawasan tersebut. Beberapa tapak sahaja lagi dia mahu sampai ke situ, sesuatu yang cuba dia elakkan berlaku jua akhirnya.

Pranggggggg!

Ellia terkedu tika melihat piring kaca yang jatuh ke lantai itu kala ini sudah pecah. Wajahnya bertukar pucat saat semua mata memandang ke arahnya dan gadis di hadapannya. "Ma-Maaf..." Dia menutur perlahan meskipun pada dasarnya, peristiwa yang berlaku itu bukanlah salah dirinya.

"Ma-Makanan kegemaran aku..."

Evangeline tampak seperti ingin menangis sahaja melihatkan keadaan makanannya yang telah berterabur di atas lantai itu.

"What's going on in here?" soal Blake yang muncul bersama dengan Sapphire.

"Grandma, grandpa... Eva tadi terlanggar dengan kakak Ellia, so my food... I─ I'm sorry..."

Ellia mengepal kuat penumbuknya sampaikan dia dapat merasakan kukunya terbenam ke dalam kulitnya. Bibirnya digigit kuat, cuba memberi sokongan kepada diri sendiri. "I─"

"Tak apa, Eva. It's okay, grandpa pasti kamu tak bersalah."

Bukkkk!

Bait bicara Blake itu menyebabkan hati Ellia seperti dihempap batu yang begitu berat. Secara tidak langsung, bukankah grandpa baru sahaja memutuskan dirinya yang bersalah dalam kejadian ini?

"Ellia, apologize for your misbehaviour."

Arahan Sapphire itu menyebarkan lagi bisa yang sedia ada dalam hatinya ke segenap sanubari. Misbehaviour? Tetapi, apa salahnya?

Jika tadi Ellia boleh meminta maaf, namun sekarang berbeza. Dia tidak mampu menuturkan perkataan itu kerana dia tahu hal yang berlaku ini bukan salahnya. Benaknya tertanya-tanya sendirian. Egoiskah dia jika kata maaf itu tidak ingin dia ucapkan?

They said, just apologize although it's not your fault. Sometimes, giving up your pride is the best solution.

Namun, Ellia bukan setegar itu. She couldn't give up her pride. No, not in this situation. Mengapa dia dipersalahkan? Mereka bahkan tidak menyaksikan apa yang sebenarnya terjadi tetapi sebaik sahaja mereka datang kepada dirinya dan Evangeline, kesalahan langsung ditumpukan pada dia? Where is the fairness in this situation?

"Ma, pa... Apa yang dah berlaku ni?"

Mendengar suara Blair, Ellia langsung memandang ke sisinya dan mendapati kedua-dua mama dan papanya sedang berdiri hampir dengannya. Mereka berdua berdiri dengan raut bimbang pada wajah masing-masing.

"Anak kamu ni, Blair... Buat masalah lagi," ujar Blake.

"Dia langgar Eva dan sekarang, tak nak minta maaf pula? Where did she learn this kind of attitude?" tempelak Sapphire.

Bersama secebis kekuatan yang masih berakar dalam diri, Ellia bersuara. "Ma, pa, I─"

"Sweetie, it's okay. Accidents like this can happen anytime... You just have to apologize for your mistake. It's not that hard, right?" Sienna memegang lembut bahu anak gadisnya itu.

"Yes, sweetie. Ellia cuma kena minta maaf aje... Bila buat silap, minta maaf tu perkara paling penting," ucap Blair pula.

Kata-kata mama dan papanya itu benar. Minta maaf itu perkara yang mudah dan paling penting untuk dilakukan dalam satu situasi. Namun demikian, mengapa hatinya begitu berat mahu mengucapkan dua kata tersebut?

"I can't..."

Perlahan ayat itu meniti di bibir Ellia. Tetapi, sudah cukup untuk mengeruhkan lagi keadaan.

"You can't? What kind of attitude is this? Sebagai seorang Lawrence dan seorang Jennings, kamu patutnya tahu cara beradab!"

Jerkahan maha kuat itu menyentakkan hati Ellia. Terimbau semula kenangan beberapa tahun yang lalu, pada waktu dia membuat kesilapan di majlis para pewaris muda keluarga millionaire dahulu... Begitulah juga jerkahan yang diterimanya daripada Blake.

"I didn't sign you up for all the classes to become like this, Ellia! Kamu betul-betul mengecewakan grandma... Can't you do even one thing right in your life?"

Kaca mulai terbentuk pada bebola mata Ellia. Peritnya mendengar bicara itu keluar dari mulut Sapphire... It's making her feel so suffocated.

"Ma, pa, Ellia tak─"

Belum pun sempat Blair dan Sienna ingin mempertahankan Ellia, ucapan mereka sudah terlebih dahulu dihentikan oleh Blake. Tangan lelaki itu terangkat sehingga ke paras bahu, memberi amaran supaya mereka tidak melanjutkan bicara.

"Kalau kamu berdua terus macam ni, sampai bila baru anak kamu ni akan belajar daripada kesilapan dia? Dia dah banyak kali jatuhkan air muka keluarga kita! Macam mana kamu berdua ajar dia selama ni sebenarnya?"

"Sebab kamu asyik manjakan Ellia, sekarang ni dia membesar jadi seseorang yang tak reti nak beradab!"

Tidak semena-mena, Ellia menghamburkan tawa kecil sebaik selesai Blake dan Sapphire melemparkan bicara keras mereka. Tanpa peduli dirinya ditafsirkan sebagai orang gila oleh sesiapa pun yang melihat tingkahnya di situ, tawanya menjadi semakin kuat. Sedetik kemudian, satu demi satu titisan cecair yang bergabung dalam ruangan mata kian berlinangan hangat menuruni pipinya.

"I've tried my best, my very best to impress all of you. Tapi, yang terbaik daripada Ellia tak pernah cukup untuk korang... Kan? Tahu tak semua ni memenatkan? Grandma, grandpa... Bukan salah mama dan papa kalau Ellia tak mampu penuhi standard korang. It's my faults... It's only myself to begin with. Ellia pun malu, you know... Malu sebab jadi sebahagian daripada keluarga ni sedangkan Ellia tak ada apa-apa untuk dibanggakan. Sebut aje nama keluarga Lawrence dan Jennings, kepala semua orang akan terangkat. Because all of you excelled in so many things... So I sticked to the family rules, I did and still do because I think that's all I can do. I swallowed all the pain up to this day, but right now, I couldn't anymore. Enough is enough... I'm begging you, grandma dengan grandpa... Salahkan aje Ellia, tapi bukan mama dengan papa. Mama dengan papa terlalu baik untuk Ellia. I know I don't deserve them as my parents... I also don't deserve to stand here with all of you... Jadi, Ellia minta diri dulu. And last but not least, for the apology, I'll say it now. Maaf sebab Ellia dilahirkan sebagai Sofie Gracellia yang tak ada kelayakan menjadi seorang Lawrence dan Jennings."

Setelah selesai menguntaikan bicara panjang lebar itu, dia mengorak langkah pergi dari ruangan tersebut. Tidak menghiraukan panggilan mama dan papanya, Ellia mempercepatkan langkah kakinya. Terbuka sahaja pintu lif, high heels yang dipakai lekas-lekas ditanggalkan sebelum masuk ke dalam lif tersebut.

This was the first time she ever voiced out her thoughts in front of her 'big family'. Somehow, she's satisfied by having herself breaking her own laws to not lose control a moment ago. It feels like the burdens she's been carrying all this time are finally lifted up from her shoulders now.

β€’β—¦βœ¦β”€β”€β”€β”€β€’β—¦α˜‘α˜žβ€’β—¦β”€β”€β”€β”€βœ¦β—¦β€’

Langit sungguh-sungguh mengetahui isi hati seorang Sofie Gracellia. Dikirimkan hujan buat gadis itu saat hatinya patah kini. Stesen bas yang kosong menjadi tempat dia berteduh untuk sementara waktu ini.

Hampir sejam sudah Ellia meninggalkan hotel. Namun, belum ada sesiapa yang menjumpai dirinya. Jujur, dia tidak merasa tertekan dengan situasinya ini sebaliknya bersyukur sebab dia dapat melayan perasaannya sendirian. Padanya, penghibur hati tidak selalu diperlukan bagi melenyapkan duka.

Sometimes, you yourself is enough to hush the pain away. Self-comfort, at some points, it can be one's greatest cure in time of sadness.

Pun begitu, hati Ellia sangat merindukan satu sosok yang senantiasa mampu menenangkannya sebelum ini. CL... Alangkah baiknya kalau CL masih ada dengan dia... Pasti dia akan berasa lebih tenang. Dia tergeleng-geleng perlahan. Nyatanya, dia memang sudah banyak bersandar kepada lelaki itu. CL was her cure, her healer when she broke down and so close to giving up before. Now that he's no longer there, her heart can't help but to miss him a lot.

"The rain is so comforting, isn't it?"

Suara lembut itu agak mengejutkan Ellia. Wajahnya dihadapkan ke sisinya. Terlihat seorang gadis yang jelita sedang berdiri di sisinya sambil menatap langit yang masih mencurahkan air hujan.

"Uh, I'm sorry... Saya tiba-tiba aje datang ganggu awak. Sekali lagi, say─ Ah! A-Awak ni... Cik So-Sofie Gracellia Lawrence, kan?"

Name tag yang terpasang kemas pada uniform gadis itu dilirik sekilas oleh Ellia. 'Acela Jesmyn', itu nama gadis tersebut. Nama yang merujuk kepada satu benda sahaja; Bunga.

Acela, ertinya bunga daripada Tuhan. Jesmyn pula bererti bunga yang berbau harum.

Bimbang gadis itu terasa dek dia tidak kunjung bersuara, Ellia pantas menguntumkan senyuman manis kepadanya. "Ya, saya Sofie Gracellia. Tak payahlah panggil saya cik... Rasa awkwardlah pula. Panggil aje saya Ellia..."

"Err, boleh ke?"

"Mestilah boleh. Kenapa pula tak boleh? Oh, lagi satu... Awak janganlah risau, awak tak ganggu saya. Stesen bas ni tempat awam, bukan hak milik persendirian... Kalau hak milik persendirian sekalipun, saya bukan pemiliknya."

Acela tersengih seraya menggaru-garu kepalanya. "Erm, okey... Kalau macam tu, boleh saya panggil awak kak Ellia?"

Kening Ellia terjongket naik. Eh? Kak Ellia?

"Ma-Maaf kalau awak rasa I'm pushing my luck... Ta-Tapi... Saya cuma... Err, rasa tak selesa nak panggil awak dengan nama pertama macam tu aje sedangkan saya tiga tahun lebih muda daripada awak."

"Oh... Macam tu. No problemlah, just call me the way you want to."

"Baik, kak Ellia! Kakak boleh panggil saya Cela. Erm, kakak... Kalau Cela boleh tanya, kenapa kakak tak pakai kasut?"

Ellia tersenyum kelat. "Something happened and wearing high heels just... Makes me sick."

Terangguk-angguk kepala Acela. Relatable betul pernyataan Ellia itu! Dia juga rasa yang memakai high heels memang menyusahkan. Just so people know, not every girl can walk well in heels.

"Erm, kebetulan Cela ada bawa spare shoes... I don't know if it fits, but I hope you can give it a try. Cela bukannya apa, tapi Cela takut nanti kaki kakak cedera pula..."

Teragak-agak Ellia ingin mencapai kasut yang dihulurkan oleh Acela. Janggal rasanya bila berdepan dengan seseorang seperti Acela yang tidak bermuka-muka sama sekali. Ketulusan gadis itu terpancar jelas melalui sinar mata dan senyumannya. Harus Ellia katakan, hal tersebut adalah sesuatu yang amat jarang ditemui pada kebanyakan orang.

"Thanks, Cela. It fits me... Tapi, tak apa ke kakak pakai kasut ni? Sebab dari reka bentuk kasut ni... Kakak rasa kasut ni special."

Senyuman nipis lambat-lambat Acela kuntumkan. "Tak apalah, kakak. I'm happy that it fits you... Well, honestly it used to be special. But, now... Not anymore."

Baru berapa detik dia menyepi, dia bersuara sekali lagi. "Oh yeah, right... Kakak mesti rasa sejuk, kan? Here... Kakak pakailah jaket ni."

"Eh? Cela bawa spare jacket juga?"

Hairan, tetapi Ellia ambil jua jaket yang diberikan kepadanya. Memang rare benar Si Acela ini! Entah-entah, dia ada sediakan spare untuk semua benda agaknya...

"Bukan, sebenarnya─"

Pin! Pin! Pin!

Bunyi hon kereta Mercedes-Benz yang kuat menyebabkan dua gadis tersebut menoleh ke hadapan. Sebaik tingkap kereta itu diturunkan, wajah Vierra lantas menyapa mata kedua-duanya.

"Ellia, come in," ujar Vierra dengan suara yang sedikit lantang, cuba menyaingi bunyi hujan yang lebatnya tidak terkata.

"Cela, do you need a ride?" soal Ellia, khuatir akan keadaan Acela yang bakal tinggal bersendirian di stesen bas itu.

Pin! Pin! Pin!

Kali ini, sebuah kereta Ferrari pula berhenti di hadapan stesen bas tempat mereka berteduh. Ia berada tepat di belakang kereta Vierra. Tatkala cermin kereta itu diturunkan, terlihat seorang wanita yang saling tidak tumpah irasnya dengan Acela.

"It's okay... My mom dah datang," ucap Acela.

Wanita yang mengemudi kereta Ferrari tadi bersuara dalam bahasa asing. Tidak silap Ellia, rasanya itu bahasa Itali. Dan bagi maksudnya pula, dia mengagak yang wanita itu meminta Acela agar tidak berlengah-lengah.

"I've got to go, kakak. Sampai jumpa lagi... It's so nice to meet you."

Ellia hanya mengangguk-anggukkan kepala sambil lambaian dihantar kepada Acela apabila gadis itu memasuki kereta mamanya. Setelah kereta Ferrari itu bergerak meninggalkan kawasan stesen bas tersebut, barulah dia berlari-lari anak masuk ke dalam kereta Mercedes-Benz milik Vierra.

"I'm sorry, doc... Maaf sebab buatkan doc tertunggu-tunggu."

Rasa serba salah Ellia jadinya dek membiarkan Vierra tertunggu-tunggu akan dirinya. Pasti mama dan papanya yang memberitahu Vierra bahawa dirinya tiba-tiba 'menghilang', sebab itulah Vierra boleh ada di sini. Entah berapa lama wanita itu telah menghabiskan masa demi mencari dirinya... Vierra tentu terbeban disebabkan dia.

"It's okay, sweetie. Saya tak kesah pun... And please, can you not overthink about me? Saya tak anggap kamu sebagai beban, okey? You're like my own daughter already, tak mungkin saya boleh anggap kamu macam tu."

Lembutnya lenggok bicara Vierra yang persis seakan Sienna, hati Ellia terusik oleh rasa terharu. "Thank you, doc."

Vierra menepuk-nepuk bahu Ellia. Tuala kecil berwarna putih yang terdapat di tempat duduk belakang segera dicapai lalu diserahkan kepada gadis itu. Kemudian, dia menyuakan pula segelas minuman dalam bekas plastik yang luarnya dibungkus menggunakan kotak. "It's a warm chamomile tea."

"Thanks again, doc... I don't know what else I can say aside from thank you."

Senyuman melebar pada wajah Vierra kala melihat Ellia tersenyum nipis. Walau senyuman Ellia itu tidaklah sesegar mana, tetapi sekurang-kurangnya ia bukan lagi suatu kepalsuan belaka. Semenjak mengenali CL dan VRS, gadis itu kian berubah. It's indeed a slow process, but Ellia's current development is so true to the eyes. She has changed, still in the healing process but definitely, she's now a better her.

Tepat pukul 9.30 malam, iaitu 10 minit kemudian, kereta Mercedes-Benz Vierra akhirnya meluncur di atas jalan raya dengan kelajuan yang normal. Hujan juga sudah redah sedikit berbanding awal-awal tadi.

Atas permintaan Ellia sendiri, Vierra tidak menghantar gadis itu pulang ke kediamannya. Melihatkan Ellia yang kini lena di sisinya dari ekor mata, dia melepaskan keluhan kecil. Seusai mendengar penerangan serba ringkas daripada Sienna sebelumnya, dia langsung tahu yang kesabaran Ellia sungguh

You are reading the story above: TeenFic.Net